BAB 15

Romance Series 351310

Adel merenung Along yang ligat memasukkan pakaian ke dalam beg galas belakang miliknya. Terasa tidak sedar, masa begitu mencemburui mereka. Pejam celik pejam celik tamat sudah cuti semester Along. Tidak terkecuali Angah yang turut bersiap di biliknya untuk pulang ke tempat pengajian.

Adel hela nafas perlahan. Diperhatikan tanpa lepas tangan Along yang lincah bekerja menyumbat pakaian. Bibir tercebik ke hadapan membentuk muncung yang panjang. Selepas ini, dia pasti keseorangan. Kalau ada kedua abangnya, terasa meriah rumah mereka dengan suasana riuh antara mereka.

"Result adik keluar bila?" soal Along sambil meliar mencari barang-barang yang ingin dibawa pulang ke kolej.

"Bulan depan." jawab Adel ringkas.

"Nervous tak?"

"Tak." jawab Adel acuh tak acuh. Kedua belah tangan naik memeluk tubuh. Cemberut sahaja wajahnya.

Along menyeringai sengih.

"Kenapa dengan adik kesayangan Along ni? Masam je muka tu dari tadi." Along lilitkan tangan ke bahu Adel.

Adel keraskan tubuh. Sedikitpun tidak berpaling menentang wajah Along.

"Tak ada apa. Dah memang muka macam ni." ujar Adel.

Along tertawa.

"Yelah tu. Ingat Along tak tahu ke adik tengah merajuk sekarang?"

Adel menjungkitkan kedua belah bahu. Makin panjang muncung yang terbentuk.

"Mana ada lah. Tak ada maknanya nak merajuk." nafi Adel lagi.

"Bagitahu Along. Kenapa adik masam je dari tadi. Along ada buat salah ke dengan adik hari ni?" tanya Along perlahan. Prihatin!

Adel menunduk memandang jemari di ribaan.

"Adel sedih." ujar Adel ringkas.

Kedengaran nada sedih menghiasi suara Adel.

Along diam.

"Kenapa?" soal Along.

Adel mengeluh perlahan.

"Yelah, Along dah nak balik sana. Tinggal Adel sorang-sorang, tak ada kawan." jelas Adel.

Along tersenyum. Ikutkan hati, dia juga terasa berat untuk meninggalkan si adik keseorangan tetapi dia juga masih punya tanggungjawab lain yang perlu dilunasi.

"Alah, bulan depan kan Along balik lagi. Adik janganlah sedih. Kalau adik sedih, Along lagi sedih nak tinggalkan adik balik belajar." pujuk Along.

Adel menarik nafas sedalam mungkin. Menyembunyikan sebak yang bertandang.

"Okay? Senyumlah sikit adik abang. Adik kalau masam macam ni hodoh tahu tak? Macam tenuk." Along mulai mengeluarkan jurus mengutuknya.

Adel membulatkan mata.

"Ohh, cakap adik hodoh eh. Along pun sama lah. Dah lah gemuk! Macam mana lah kak Aira boleh kenan dekat Along." kutuk Adel kembali.

Along bingkas berdiri.

"eleh, cakap orang. Dia berkenan dekat Angah takpa pula?" bidas Along tanpa sedar.

Adel terdiam. Hanya mata terkebil-kebil memandang Along.

"Along cakap apa tadi?" soal Adel bingung.

Along tertawa kekok.

"Tak ada apa lah. Dah lah, jom kita turun bawah. Kejap lagi Along dah bertolak balik kolej." ujar Along seraya menggalas beg ke belakang.

Adel masih lagi berdiri statik tanpa sedar akan langkah Along yang sudah sedia di muka pintu. Menyedari Adel yang masih berdiri tercegat, ditolehkan tubuhnya ke belakang.

"Adik, menung apa lagi tu. Jom! Mengelamun pula dia. Haishh lah budak ni." seru Along kuat.

Adel tersentak. Nafas dihela. Malas bersoal jawab lagi, Adel segera memganggukkan kepala. Perlahan, disoroti langkah panjang Along dari belakang sambil menutup pintu bilik.

••••

Adel menuruni tangga menyoroti langkah Along. Dari anak tangga teratas, dapat melihat ibu yang sedang santai menonton televisyen di ruang tamu.

"Dah siap dah?" soal Ibu saat mata menangkap kelibat anak lelaki dan perempuannya berganding menuruni anak tangga.

Along menganggukkan kepala.

"Ya ibu. Dah siap dah." sahut Along.

"Angah mana?" soal ibu.

Keduanya berpandangan.

"Entah. Ingat Angah dah siap packing barang. Along ingat dia dah turun bawah." ujar Along.

Adel hanya diam.

"Kejap lagi turun lah tu kut." ujar Ibu kembali menonton televisyen yang menayangkan drama lakonan Janna nick.

"Adik dah makan? Ibu ada masakkan sambal sotong kegemaran adik."

Adel mengangguk seraya tersenyum.

"Dah ibu. Tadi dah makan dengan Along. Thank you ibu masakkan lauk kegemaran adik." ujar Adel riang. Dikucup sayang pipi si ibu.

Ibu tersenyum. Dikucup balas ciuman si anak.

Along mengambil tempat di sebelah ibu. Adel menapak ke dapur. Terasa haus melanda anak tekak.

"Adik nak pergi mana?" soal Along kuat.

"Nak pergi dapur kejap. Dahaga." ujar Adel seraya melangkah menuju ke ruang dapur.

Dicapai sebiji gelas berukir bunga kuning. Diatur langkahnya ke peti sejuk besar. Sebotol jus oren tropicana twister dicapai dan dituang separuh ke dalam gelas.

Adel bawa ke bibir gelas yang diisi dengan jus sebentar tadi. Namun, terasa terbantut pergerakannya saat terasa sebelah tangan menjalar masuk memaut pinggangnya erat dari belakang.

Adel menoleh pantas. Serentak, haruman maskulin menusuk masuk ke dalam hidung. Adel diamkan tubuh. Cuba berlagak biasa walhal dalam hati terasa mahu melompat keluar sahaja jantungnya.

Terbias seraut wajah Angah. Tanpa dipinta, dibawa gelas yang masih di genggaman Adel ke bibirnya. Diteguk selamba air tersebut hingga habis. Adel menelan liur.

"Kenapa Angah minum air Adel?" soal Adel terus.

"Aku haus." mudah jawapan yang diberikan.

"Yelah, tapi kenapa tak tuang sendiri? Kenapa minum air Adel?"

Angah tayang riak bersahaja.

"Malas! Sejak bila air tu ada nama kau?" soal Angah.

Adel mendengus.

"Dah Adel yang tuang, air Adel lah. Angah nak minum, tuang lain lah." bidas Adel.

Angah ketap rapat bibir daripada meletuskan tawa mendengar bebelan tersebut.

"Ohh, kira siapa yang tuang pula. Pasal air pun nak berkira ke?" selar Angah sengaja.

Adel bergerak menuju ke sinki. Adel basuh gelas yang sudah dihabisi airnya oleh Angah. Angah tersenyum dari belakang memerhati Adel yang lagak mahu berperang sahaja.

Perlahan, didekati Adel dari belakang. Sekali lagi, dirangkul pinggang Adel. Adel keraskan tubuh. Terkejut namun sengaja berlagak biasa.

"Kau marah aku ke?" soal Angah perlahan. Adel diamkan diri. Malas untuk bersuara.

"Okay fine." Angah lepaskan tautan. Dicapai sebiji gelas yang sama. Jus oren dituang kembali.

Adel perhati dengan ekor ujung mata. Menanti dalam diam.

"Nah." unjuk Angah segelas jus oren.

Adel menoleh, menentang seraut wajah Angah. Diperhatikan keduanya silih berganti.

"Cepatlah. Lenguh tangan aku tahu tak sua air ni kat kau?"

"Adel tak suruh pun."

"Cepatlah minum. Aku dah ganti balik minuman kau pun dikira bagus tau." Angah dekatkan lagi gelas tersebut.

Adel sambut dengan geram.

"Terima kasih. Ingatkan hati batu. Rupanya ada manners jugak eh." perli Adel selamba.

"Dengan kau je aku hati batu. Dengan orang lain aku mat romeo" balas Angah.

Adel mencebik.

"Angah, buat apa lagi kat dapur tu? Jom gerak. Nanti lewat kita sampai." laung Along kuat.

Keduanya tersentak. Adel meneguk cepat air yang diberikan Angah. Angah sudah mengorak langkah menuju keluar daripada ruang dapur dituruti Adel kemudian.

"Buat apa kat dapur? Lambat Along nanti tahu tak." rungut Along.

Angah mencebik.

"Minum air lah. Kalau menyusahkan, tak payah hantar. Angah boleh balik sendiri lah."

Along menggeleng.

"Angah jangan nak sentap boleh tak? Takyah mengada nak balik sendiri. Dah jom. Mana beg Angah?" soal Along lagi.

Angah menjeling malas. Disandang beg ke bahunya. Adel mulai dilanda sedih melihat keduanya sudah bersedia untuk bergerak pulang ke tempat pengajian masing-masing. Ibu yang memahami kesedihan di wajah si anak, memeluk bahu Adel dari tepi.

"Nanti diorang balik lagi. Jangan sedih ya." ujar Ibu memujuk perlahan.

Adel mengangguk sedih. Diperhatikan Angah yang sedang tunduk mengikat tali kasut sneakers miliknya. Usai, Angah bingkas berdiri.

"Ibu. Kami gerak dulu. Nanti dah sampai Along call ibu." ujar Along seraya menunduk menyalami tangan ibu. Dikucup sayang kedua belah pipi ibu. Digosok perlahan kepala Adel sambil tersenyum.

"Adik jangan sedih-sedih. Bulan depan Along balik lagi. Nanti kita keluar jalan-jalan." Along berjanji tanda memujuk.

Adel mengangguk. Along menepi. Memberi giliran pada Angah pula untuk beramah dengan ibu sebelum berangkat.

"Ibu, Angah balik dulu. Nanti sampai sana Angah call ibu. Kirim salam dekat papa." ujar Angah berbuat sama seperti Along. Dikerling wajah muram Adel di sebelah ibu. Alahai, sedihnya muka dia.

"Okay, hati-hati ya bawa kereta. Ingat, jangan laju-laju. Biar lambat asal selamat sudah. Jumpa lagi nanti." pesan ibu kuat.

Keduanya mengangguk. Along sudah bergerak menuju ke kereta bersama dengan barang di tangan. Angah masih lagi tercegat di muka pintu.

"Allah, jagung ibu." ibu terjerit kuat. Angah tersentak. Adel pula mengurut dada. Baru teringat akan jagung yang sedang direbus di atas api dapur. Mengingatkan itu, pintu dapur segera dituju meninggalkan Adel dan Angah berdua.

Angah dan Adel memerhati bayangan ibu yang mulai hilang. Angah kembali memanah wajah Adel yang muram.

"Aku gerak dulu. Jaga diri." pesan Angah perlahan.

Adel mengangguk lambat-lambat. Baby boy dia dah nak balik belajar.

Angah dekatkan jarak antara mereka. Melihat keadaan yang seakan memihak kepada mereka, Angah pantas paut tubuh Adel mendekat. Adel pula sudah dilanda sebak.

Dikucup sekilas ubun-ubun Adel. Dilepaskan pautannya cepat-cepat. Takut tertangkap oleh ibu dan Along. Adel terkaku. Perlahan, didongakkan wajah ke arah Angah. Terdengar hela nafas milik Angah. Angah tersenyum pendek. Digosok lembut kepala Adel.

"Bhai." pamit Angah berat hati. Beg yang tersangkut di bahu dibetulkan kedudukannya. Along berlagak seolah tidak nampak adegan antara keduanya sebentar tadi.

Adel menitiskan air mata. Terasa lain hatinya dengan kepergian Angah kali ini. Mata memandang bayang tubuh kedua abangnya yang sudah berura masuk ke dalam kereta. Angah hentikan langkah. Menoleh memandang Adel yang tercegat di muka pintu.

Adel hulurkan senyuman berserta lambaian. Adel tersenyum tawar. Membalas lambaian Adel sekilas sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Along menoleh memandang Angah di sisi.

"Dah habis dah drama?" soal Along tersenyum senget.

Angah mendengus.

"Drama apa pula Along ni." balas Angah.

"Bukan main lagi Along tengok Angah tadi. Dulu bukan main benci dengan adik." sembur Along.

Angah diam. Tali pinggang keledar dipasang kemas ke tubuh.

"Dulu lain, sekarang lain." balas Angah bersahaja.

Along tersenyum dalam diam. Gear kereta dimasukkan perlahan. Sesaat, kereta menderum meninggalkan perkarangan rumah dengan ditemani Adel yang berada dalam kesayuan. Namun, kali ini dia ditinggalkan dengan rasa bahagia!

For you readers2 sekalian. Enjoy reading! ringan2 tangan komen ya. lol, Zira.

Share this novel

Esjasz Malek
2021-10-08 07:47:22 

angah..terus terang je la kt adel tu.. makin best pulak..cepat2 ye update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience