BAB 25

Romance Series 351310

Adel meringis kesakitan. Terasa kejang urat kakinya. Sebuah keluhan dilepaskan. Terbayang kembali peristiwa yang membuatkan Adel memahat kukuh ingatan tersebut di kepala dan mindanya. Tidak terbayang jika hayatnya sampai di situ sahaja. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memanjangkan umurnya.

Masing-masing mengunci rapat mulut daripada menceritakan kejadian tersebut kepada orang tua dan keluarga mereka. Biarlah, ia menjadi sebuah kenangan yang menjadi pengajaran sampai bila-bila. Mungkin akibat terkejut, Adel demam panas.

Badan yang menelentang dibangunkan perlahan-lahan. Tubuh disandarkan ke kepala katil. Mata yang terasa kelat dicelik penuh. Sinar pagi yang memecah masuk ke dalam bilik dibiarkan.

Tubuh bingkas berdiri. Setelah hampir tiga hari demam dan berkurung sahaja dalam bilik membuatkan Adel rasa jemu dan ingin termuntah. Bosan apabila disuruh supaya berehat sahaja di dalam bilik. Mujur sahaja Ayana datang melawat. Hilang seketika perasaan bosannya.

Pintu bilik dikuak dari dalam. Rambut diikat gaya messy bun sahaja. Suasana rumah yang sunyi sepi membuatkan Adel dilanda hairan. Kebiasaannya ada juga bunyi riuh rendah.

Dengan cermat, langkah diatur menuruni anak tangga. Sesekali mata melingas mencari penghuni rumah yang lain. Sejenak terdengar bunyi kelentung kelentang dari dapur. Spontan, langkah dilencongkan ke dapur.

Menjenguk masuk ke dapur, terbentang sekujur tubuh Angah sedang asyik memasak sesuatu. Adel ketap rapat bibir. Serta merta ingatan melayang ke arah kejadian lemas tempoh hari. Entah apa yang merasuk Angah yang meluahkan perasaannya pada Adel. Ahh, walaupun terasa indah, dia dihantui rasa segan yang teramat.

Angah meletakkan kuali di dalam sinki. Nasi goreng yang sudah siap dimasak dibawa menuju ke meja makan. Namun, kaki spontan terpasak ke lantai bila mata menangkap kelibat Adel yang sedang tercongok di pintu masuk dapur. Menunduk membelek kaki.

"Kenapa kau turun?" tanya Angah.

Adel panggung wajah. Sisi baju digenggam.

"Ermm, Adel haus." bohong Adel.

Angah merenung Adel atas bawah. Dengan rambut gaya messy bun, Adel kelihatan comel.

"Nak air apa?" soal Angah lagi.

"Air kosong." jawab Adel.

"Duduk sini. Aku ambilkan untuk kau." arah Angah.

Adel menurut. Dilabuhkan duduknya di kerusi meja makan.

Angah mencapai sebiji gelas putih sebelum dituang air kosong ke dalam gelas tersebut. Usai, dibawa menghampiri Adel yang melabuhkan duduk di meja makan.

"Nah.." disua gelas tersebut kepada Adel.

Adel mendongak.

"Terima kasih." ucap Adel perlahan.

Angah labuhkan duduk bertentangan dengan Adel. Adel meneguk hingga habis air tersebut.

"Kenapa kau tak duduk atas je? Kau tahu kan kau tak sihat lagi?" soal Angah mendatar.

Adel bermain dengan jari jemari di ribaan.

"Adel bosan duduk dalam bilik. Lagipun Adel dah sihat." jawab Adel.

"Kau ni degil kan? Dah tak sihat, duduk jelah dalam bilik. Buat apa turun bawah. Haus, lapar bagitahu aku. Aku bawa naik atas." ujar Angah.

Adel diam. Mengambil masa beberapa lama untuk membalas kata-kata Angah.

"Adel taknak susahkan Angah. Adel dah tak demam. Boleh turun bawah ambil sendiri." ujar Adel sambil menunduk.

Serentak, terasa meja ditepuk kuat. Adel tergamam.

"Masalahnya kau dah susahkan aku, dah susahkan Along. Dah susahkan semua orang? Kau tahu tak?" tempik Angah tiba-tiba.

Adel terpana. Terinjut bahunya saat ditempik Angah. Terketar bibirnya menahan rasa.

"Kenapa Angah cakap macam tu?" soal Adel gagap.

Angah merenung Adel tajam.

"Kau tanya kenapa aku cakap macam tu? Kau rasa?" tanya Angah kembali.

Tubir mata mula terasa panas, merah berkaca.

"Sebab Adel lemas hari tu?" tanya Adel inginkan kepastian.

Angah tertawa sinis.

"Ohh, tahu. Aku ingatkan kau dah lupa."

Adel bingkas bangun. Menentang tubuh Angah yang berdiri di hadapannya. Disapu air mata yang mengalir di pipi.

"Adel tak minta untuk Angah tolong Adel. Kenapa perlu tolong selamatkan Adel kalau rasa Adel ni menyusahkan Angah?" soal Adel berani dengan linangan air mata.

Angah larikan renungan.

"Aku belum cukup jahat nak biarkan kau mati depan mata aku, Adelia." jawab Angah sekaligus merobek hati Adel yang sedia terluka.

Adel terdiam. Hanya mata bersama bibir yang terketar menahan rasa sakitnya mendengar kata-kata Angah.

"Benci sungguh kan Angah pada Adel?" soal Adel berbisik perlahan.

Angah diam. Hanya renungan balas diberikan.

Adel tolak kerusi ke belakang. Perlahan tubuh dipusing menuju keluar daripada ruang dapur yang tegang antara mereka.

Lemah kakinya melangkah pergi meninggalkan Angah.

"Kau rasa aku bencikan kau ke?" soal Angah perlahan namun masih dapat didengari oleh Adel.

Adel hentikan langkah. Namun, tubuh dibiar terpasak ke lantai tanpa ada niat mahu menoleh.

Angah maju menghampiri Adel yang kejung tubuhnya.

"Kau rasa aku bencikan kau ke?" tanya Angah lagi.

Adel dongak ke atas. Menghapuskan sisa air mata yang galak bertakung di tubir mata.

"Adel tak tahu apa perasaan Angah. Jangan tanya Adel." luah Adel sendu.

"Kalau betul aku bencikan kau kenapa aku selamatkan kau?"

Adel mengeluh. Sungguh dia lelah dengan soalan daripada Angah. Naik buntu untuk dia memikirkan jawapannya.

"Adel tak tahu, jangan tanya Adel!" jerit Adel lantang.

"Kau tak tahu rasanya nyawa seakan direntap pergi bila mana tengok orang yang kau sayang tengah diambang maut. Kau tak tahu." bisik Angah tertahan.

Spontan Adel menoleh. Saling tegak berdiri merenung sesama sendiri.

"Adel tak minta pun jadi macam tu." ujar Adel perlahan. Menunduk ke lantai.

"Kau tak tahu betapa takutnya aku tengok kau tergapai macam tu." ucap Angah lagi.

Adel panggung wajah.

"Maafkan Adel. Sungguh Adel tak sengaja." pinta Adel dengan esak tangis kedengaran.

Angah pusingkan tubuh membelakangi Adel.

"Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa, mesti kau takkan buat macam tu."

Adel diam. Melihat Angah yang membelakanginya, tubuh Angah dihampiri. Dipeluk tubuh Angah erat dari belakang. Angah kesat air mata yang menghiasi tubir mata.

"Maafkan Adel. Sungguh Adel tak sengaja." pinta Adel sayu. Teresak menyembankan wajah di belakang badan Angah.

Angah memusingkan badan ke arah Adel. Ditarik Adel masuk ke dalam pelukannya. Seketika, mereka saling berpelukan.

"Maafkan Adel." wajah didongakkan memandang wajah Angah. Angah tunduk. Wajah Adel yang basah dengan air mata disapu. Dikucup kedua belah pipi Adel sebelum dipeluk kembali Adel erat.

Adel turut membalas pelukan kejap Angah.

"Adel pun sayangkan Angah." ucap Adel sebak.

••••

Adel melenggang menuju ke pintu saat terasa pintu diketuk beberapa kali. Rambut yang serabai diikat agar nampak lebih kemas.

Pintu dikuak dari dalam. Sebentar, terbias belakang tubuh seseorang. Adel berdehem. Angah palingkan tubuh.

"Busy?" tanya Angah sepatah.

Adel menggeleng lambat-lambat. Angah mengangguk.

"Kenapa?" tanya Adel hairan

Angah mengetap bibir.

"Jom keluar." ajak Angah.

Dahi berkerut seribu

"Pergi mana?" soal Adel bingung

"Keluar." ringkas jawapan yang diberikan.

"Keluar pergi mana?"

Angah berdecit perlahan. Pelipisnya digaru. Kenapa Adel terlalu banyak bertanya? Sudahlah sehari suntuk dia berperang dengan perasaannya hari ini, sama ada mahu mengajak Adel keluar atau tidak.

Seperti yang pembaca-pembaca sedia ketahui, hubungan dirinya Adel bukanlah terlalu baik sebelum ini. Tapi, mengenangkan hubungan yang dingin dan hambar dulu agak baik sekarang, jadi dia bercadang untuk mengajak Adel keluar.

" Kau nak keluar dengan aku ke taknak sekarang ni? Banyak soal betul. Kalau taknak bagitahu je." bebel Angah.

Adel mengeluh. Diketap bibirnya.

"Yelah-yelah, tunggu kejap, Adel pergi tukar baju." jawab Adel geram.

Tak boleh ke buang sikit angin dalam badan tu? Bawa-bawa lah kentut sama Angah oii..Biar angin dalam badan tu keluar. Ini tidak, asyik berangin sahaja.

Angah simpan senyum.

"Nak kena cakap kasar-kasar baru nak ikut. Suka sangat bagi aku angin. Nasib comel!" desis Angah perlahan.

Sepuluh minit, terpacul kembali Adel di muka pintu.

"Dah?" tanya Angah

"Dah siap." jelas Adel

Angah beriak biasa. Adel tutup pintu sebelum melepasi tubuh Angah.

"Kejap."

Adel hentikan langkah. Dagu diayunkan ke depan. Angah maju ke arah Adel.

"Yang melawa sangat ni kenapa?" soal Angah saat menilik pakaian Adel di tubuh.

Adel tercengang. Ditilik baju di tubuhnya atas bawah.

" Macam ni lawa? Mana ada lawa. Biasa jelah." nafi Adel bercampur segan.

Angah geleng kepala. Malas nak berbalah dan bersoal jawab.

" Hurm, dah lah, nanti lambat. Takut Jalan jammed pula." ajak Angah. Spontan tangan Adel ditarik dan digenggam.

Keduanya menonong sahaja menuruni tangga tanpa menyedari kelibat Along yang santai menonton televisyen di ruang tamu. Along menoleh saat melihat derap kaki kedua adiknya menuruni tangga.

"Oittt.." panggil Along.

Serentak, langkah keduanya terhenti.

"Korang nak pergi mana?" tanya Along. Ditilik keduanya atas bawah. Amboi, tangan tu..genggam tak lepas.

"Dating.." jawab Angah selamba sebelum menarik tubuh Adel keluar.

Adel yang tidak bersedia, terinjak tubuhnya mengikuti langkah Angah.

Along tertawa.

"Fuyooo, dating. Nak ikut boleh tak?" tanya Along bingkas bangun melenggang melihat Angah dan Adel yang menyarung kasut. Tubuh disandarkan ke bingkai pintu.

Angah menjeling.

"Tak boleh. Nak dating ajak Aira. Apehal nak kacau kami dating dua?" tanya Angah.

Adel di sisi Angah sudah terkulat-kulat menahan perasaan malu dan tidak percaya.

Along melirik Adel di sisi.

"Adik.." seru Along.

Adel dongak wajah.

"Hmm.."

"Along nak ikut juga boleh tak?" tanya Along sengaja.

Adel diam sebelum melirik Angah di sisi. Sudahnya, dia angkat bahu.

"Alah, bolehlah. Along bosan duduk rumah." usik Along lagi.

Angah mendengus.

"Jom. Tak payah layan Along ni. Mengada je lebih." ujar Angah seraya menarik tangan Adel kembali.

Along tertawa.

"Haip tangan tu. Biasa dia." laung Along tak sudah-sudah ingin menyakat.

Angah menoleh ke arah Along. Dengan sengaja, tangan yang bertaut diangkat sebelum dikucup kekura Adel sambil ditunjukkan ke arah Along di muka pintu.

Along tercengang sebelum tertawa besar. Adel sudah kejung menahan malu yang teramata. Terasa hangat ciuman Angah di kekuranya.

"Whoaaaa!" jerit Along. Angah tertawa.

"Jangan jeles bosskuuu.." balas Angah kembali.

Along jelir lidah sebelum disambut oleh ketawa Angah.

Adel sudah serba tidak kena. Diam di tempat duduk pemandu.

Angah menoleh. Hairan melihat Adel yang diam kejung di sisi memandang lurus ke hadapan.

"Kau kenapa sampai peluh-peluh ni?" soal Angah. Suhu penghawa dingin dinaikkan. Ditenung wajah Adel di sisi.

"Hah?"

Angah angkat kening.

"Tak ada apa.." jawab Adel kalut.

Angah kulum senyum. Dirapatkan badannya ke arah Adel. Spontan, Adel tahan dada bidang itu.

Angah tertawa kecil. Adel terpana. Jarang dia dapat dengar dan lihat bibir itu mengukirkan senyuman yang bisa membunuh urat sarafnya. Bergelimpangan jatuh hatinya saat ini.

"Kot ya pun, pakailah seat belt dulu. Aku tak ada duit tau nak bayar saman kau." ujar Angah seraya memasang tali pinggang ke tubuh Adel.

Adel mengelipkan mata beberapa kali. Direnung wajah Angah yang hampir dengan wajahnya yang sedang ralit memakaikan tali pinggang ke tubuhnya.

Spontan, bibir tersenyum.

"Jangan senyum macam ni kat orang lain." pesan Angah tetiba sambil merenung Adel.

"Huh?" tanya Adel bingung.

Angah menggeleng kepala. Tubuh dibawa ke tempat memandu semula. Ditoleh semula ke arah Adel yang sedang kebingungan.

"Tak ada apalah." jawab Angah mudah sambil memicit hidung Adel

"Sakitlah.." rungut Adel manja.

Angah tersenyum sedikit mendengar.rungutan manja Adel sebelum menggerakkan kereta menuju ke destinasi mereka.

Rindu Adel dgn Angah ke tu? Jangan lupa komen. Happy reading! Oh ya, boleh drop komen korang nak author create scene apa antara Adel dan Angah? Kalau author rasa berminat dengan idea daripada korang, author akan tulis scene yg korang drop kat komen. Okay gais ? Orait ke tak orait? Tk.

Share this novel

Nor Hashimah
2021-12-27 07:00:10 

besttt..tq Ziera


NovelPlus Premium

The best ads free experience