BAB 18

Romance Series 351253

Mikael memarkirkan kereta di tempat khas yang tersedia. Adel memusatkan pandangan ke luar cermin kereta. Sekilas, dialihakan renungannya ke arah Mikael yang ralit melepaskan tali pinggang keledar dari badan.

Mikael yang perasan akan renungan aneh daripada Adel dari sisi tersenyum mesra seolah dapat meneka apa yang bermain di fikiran sang gadis pada ketika ini.

"Rumah siapa ni?" soal Adel setelah lama berdiam diri memerhati tingkah Mikael.

"Rumah saya lah. Saya nak ambil barang kejap. Tertinggal. Lepas tu saya hantar awak balik." jawab Mikael.

Adel tersentak. Terasa diri dihenyak rasa kurang enak. Otak mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Barang apa?"

"Powerbank." jawab Mikael mudah.

Dengan perlahan, tubuh dilolos keluar daripada kereta. Adel tercengang. Berkira-kira ingin melangkah keluar atau tidak daripada kereta.

Mikael yang menyedari kelibat Adel yang masih dalam kereta tersenyum seraya menggelengkan kepala. Pasti Adel dihujani rasa takut. Kaki diatur semula menuju ke arah kereta. Kelihatan Adel mematung dalam kereta.

Jari diketuk di cermin kereta. Adel tersentak. Pantas cermin kereta diturunkan. Tersungging senyuman di wajah Mikael.

"Ya?"

"Awak nak duduk dalam kereta ke? Taknak masuk dulu kejap?" tanya Mika berselitkan pelawaan.

Adel memerhati sekeliling rumah. Hati tiba-tiba dirudung rasa kagum melihatkan dekorasi rumah agam yang tersergam mewah di hadapannya saat ini. Cantik dengan bunga-bungaan menghiasi sekeliling rumah.

Ruang gazebo yang dihiasi dengan kerusi kayu jati di sudut kanan rumah benar-benar membangkitkan kedamaian di hatinya. Teringin sekali kaki menjejak masuk ke dalam rumah tersebut. Jika dari luar sudah kelihatan cantik dan kemas, sudah pasti dalam rumah lagi gah dan menarik.

"Adel, nak masuk tak?" tanya Mika sekali lagi.

Adel mengalihkan renungan. Didongakkan wajah memandang wajah Mika.

Kepala digeleng perlahan.

"Takpa lah Mika. Saya duduk dalam kereta sahaja lah." jawab Adel perlahan.

"Jom jelah kalau awak nak masuk pun. Jangan risau, bibik ada." pujuk Mika ikhlas.

Adel diam. Menimbang-nimbang dalam diam pelawaan Mika. Lama berteleku, akhirnya pintu kereta dibuka dari dalam. Mika menjarakkan kedudukan.

"Jom." ajak Mika.

Adel menyandang beg ke bahu. Baju dibetulkan kedudukannya.

Sambil berjalan masuk, mata dilingas ke kiri dan kanan melihat suasana rumah. Mika sudah lolos masuk ke dalam rumah meninggalkan Adel di belakang. Menjenguk ke dalam rumah, sekali lagi Adel dipaku rasa kagum. Melihat susunan atur dan dekorasi rumah gaya kini benar-benar memukau matanya.

Diperhati sekeliling rumah sambil meletakkan tas tangan ke sofa mewah berwarna hijau lumut yang tersedia dia ruang tamu. Dihenyak punggungnya ke sofa ribuan ringgit tersebut.

Seketika, terasa derap kaki seseorang menuruni tangga menampan telinga milik Adel. Adel dilanda debar. Perlahan, dibangunkan tubuhnya sebelum tubuh dipusing menghadap gerangan yang berada dengannya saat ini.

"Mika..kamu.." belum sempat kata-kata tersebut dihabiskan, terasa lidah kelu membaluti gerangan tersebut.

Adel tercengang. Namun, dengan perlahan senyuman diukir menyapa gerangan tersebut. Buat seketika, keduanya saling merenung antara satu sama lain namun dengan riak wajah yang berbeza.

Suasana sepi menyelubungi keduanya. Adel makin dilanda segan dan hairan dengan riak yang terpamer.

"Aun..aunty.." sapa Adel gagap.

Tersedar dengan reaksi keterlanjuran yang terpamer, wajah segera dimaniskan.

"Adel." seru wanita tersebut bergetar perlahan. Terasa mata panas serta merta.

Adel ukirkan senyuman kekok. Namun, diri dihurung rasa hairan dengan reaksi yang diberikan. Bagaimana wanita ini mengetahui namanya?

Setapak demi setapak dihampiri tubuh Adel. Perasaan ditahan sehabis mungkin. Adel menanti dalam hairan. Namun, dibiarkan sahaja.

"Mama!" seru Mikael kuat sekaligus menghentikan langkah wanita tersebut.

Tersentak, segera keduanya menoleh memandang wajah Mikael yang menuruni tangga.

Adel menghembus nafas kelegaan dengan kehadiran Mikael pada tepat masanya. Diukir senyum ke arah Mikael. Mikael menuju ke arah keduanya.

"Papa mana mama?" soal Mikael.

"Papa belum balik lagi. Ada miting katanya. Mika balik ambil apa?" soal Mila perlahan. Dikerling wajah Adel.

"Balik ambil powerbank mama. Tertinggal. Risau juga takut bateri habis nanti." jawab Mikael.

Mila mengangguk. Direnung wajah Adel tanpa berkelip. Mikael yang perasan segera berdehem.

"Ehem!"

Mila tersentak.

"Ermm, okaylah mama. Kami gerak dulu ye. Nanti Mika balik. Tak lama pun." Mika meminta diri.

Mila menggangguk faham.

"Jom Adel. Kita gerak." ajak Mika perlahan. Risau juga dia dengan mamanya saat ini.

Adel mengangguk laju. Dibontoti langkah Mika dari belakang. Namun, sesaat terasa pergelangan tangannya dilelar dari belakang. Adel menoleh. Merenung tangan yang dilelar sebelum naik merenung wajah mama Mikael.

"Kejap." hanya sepatah.

Mikael angkat kening bertanya. Adel jungkitkan bahu tanda menjawab. Mika menggelengkan kepala.

Tidak lama, Mila muncul dengan sebekas makanan.

"Nah, bawak bekal di jalan." dihulur bekas cantik tersebut ke arah Adel yang tercengang.

Tiada reaksi, perlahan diletakkan bekas makanan tersebut ke atas telapak tangan Adel sebelum digenggam tangan mulus itu kejap. Adel terdiam. Namun, bibir mengukir senyuman. Terasa diri disayangi tiba-tiba.

"Terima kasih." ucap Adel perlahan.

"Sama-sama."

Tanpa disedari, diusap rambut ikal milik Adel. Adel terpana. Terasa kaku dengan belaian tersebut. Terasa hati dijentik sayu.

"Nanti datang lagi ya." bisik Mila perlahan. Ikutkan hati mahu sahaja ditarik tubuh itu masuk ke dalam pelukan. Namun, takut pula menimbul ketakutan pada Adel.

Adel mengangguk perlahan.

"Adel, jom gerak. Nanti lambat marah pula buah hati awak tu." ujar Mikael.

Adel mencebik. Malu dikatakan sedemikian.

"Adel balik dulu Aunty." pamit Adel sopan. Mila mengangguk dengan berat hati. Namun, senyuman tetap menghiasi tubir bibirnya.

Mikael tersenyum. Digamit Adel agar mengatur langkah. Adel mengatur langkah perlahan menuju keluar. Tubuh dilolos masuk. Lambaian Mila dibalas sebelum kereta menderum laju membelah jalan raya menuju pulang.

••••

Angah menyelak tirai biru yang menghiasi ruang tamu. Sesekali mata melingas ke jam dinding yang tergantung. Bibir mendengus kasar. Telefon yang menjerit nyaring dibiarkan sahaja. Geram terasa bila mana kelibat Adel masih belum kelihatan.

Tubuh dihenyak kasar ke ruang tamu. Kaki disilang panggung. Tidak lama, terasa deruman kereta kedengaran menampan cuping telinga miliknya. Tubuh spontan bangun. Mengintai di celahan langsir.

Kelihatan Adel dan Mikael saling berpapasan di halaman rumah. Gayanya seperti Mikael sudah tidak mahu singgah ke rumah mereka. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Angah mengukirkan senyuman senget. Patuh juga dia, bisik Angah.

Perlahan, tubuh dihenyak kembali ke sofa ruang tamu. Televisyen sengaja dipasang dan dibiarkan terbuka walhal dia tidak gemar pun menonton televisyen. Angah menanti kemunculan kelibat Adel dalam diam.

Adel menolak daun pintu rumah agam mereka. Setelah menghantar kepulangan Mikael dengan lambaian, Adel melangkah masuk memandangkan waktu sudah menginjak ke waktu senja. Daun pintu ditutup perlahan.

"Ehem!"

Adel tersentak. Pantas kepala menoleh ke arah sofa. Terbias seraut wajah Angah. Adel mengeluh. Malas menghiraukan Angah, Adel bergerak menuju ke arah anak tangga. Ingin ke tingkat atas untuk membersihkan diri.

"Nak pergi mana?" Angah bertanya dingin.

Adel hentikan langkah. Ditoleh malas ke arah Angah yang merenungnya tajam.

"Nak naik atas." Adel menjawab malas. Sebal hatinya mengingatkan dia terpaksa pulang awal ke rumah. Sudahlah mereka banyak agenda petang ini. Cadangnya mahu menonton wayang, tapi mengenangkan arahan Angah mereka akhirnya akur.

Angah bangun. Melangkah menghampiri Adel dengan kedua tangan diseluk masuk ke dalam saku seluar track miliknya. Nampak kacak di situ. Adel diam. Menunduk memandang kaki sendiri.

"Keluar pergi mana je tadi?" soal Angah bernada biasa namun tegas.

Adel mendengus.

"Angah nak sibuk-sibuk ni kenapa? Apa masalah Angah?" sembur Adel tanpa dapat ditahan. Terasa mahu memuntahkan segala ketidakpuasan hatinya.

Angah ketap bibir.

"Jawab jelah aku tanya." pintas Angah

"Angah tak payah nak sibuk boleh tak?"

Angah ketap bibir.

"Suka hati aku lah nak sibuk. Kau tak perlu tahu dan ambil tahu. Sekarang, aku tanya kau pergi mana je dengan Mika tadi?" balas Angah bersulamkan soalan.

Adel menentang wajah Angah namun tidak lama bertindak mengalihkan kembali. Tidak betah bertentang mata lama-lama. Takut jatuh bergolek hatinya.

"...dan Adel pun ada hak juga taknak jawab soalan Angah." bidas Adel

"Adelia Mikayla!" seru Angah perlahan namun tertahan.

Adel menjulingkan mata ke atas. Buat tidak tahu.

"Kau jawab sekarang. Kalau tidak.." Angah jeda.

Adel tentang wajah Angah berani.

"Kalau tidak apa? Angah nak buat apa?" soal Adel.

Angah rapatkan jarak. Ditundukkan wajah setara dengan wajah Adel. Adel terdiam.

"Kalau tidak aku kiss kau sekarang. Kau tahu kan aku berani buat apa sahaja." bisik Angah perlahan

" Adel tak keluar pergi mana pun lah. Jalan-jalan kat Mall je." jawab Adel sebal akhirnya.

"Haa, boleh je kan jawab soalan aku. Memang suka kan nak aku tinggikan suara, uji kesabaran aku. Memang sengaja nak bagi aku nampak jahat." sela Angah geram.

Adel diam. Namun dalam hati mahu sahaja ditinju-tinju muka kacak Angah.

"Suka hati Angah lah. Malas Adel nak layan." jawab Adel.

Perlahan, tubuh dipusing kembali ingin mendaki anak tangga. Namun, sekejap terasa lengannya dilelar. Adel mengetap bibir.

"Jangan sentuhlah!" jerit Adel geram.

Angah tercengang. Tidak sangka dengan reaksi Adel. Namun, pegangan masih tidak dilepaskan.

"Kau kenapa ni? Asal marah sangat? Period ke apa?" soal Angah kuat. Adel mendengus lagi.

"Pergilah sentuh awek Angah. Sentuh-sentuh Adel kenapa!" sembur Adel geram. Direntap lenganya daripada pegangan Angah.

Mengingatkan kejadian semalam, terasa membuak rasa geramnya. Dah ada awek, buatlah cara ada awek. Kenapa bermain dengan hati dan perasaan dia? Huh!

"Adelia.." seru Angah lembut.

Adel pekakkan telinga. Angah menghembus nafas panjang. Mengumpul ketenangan.

Perlahan, ditarik bahu Adel. Adel endahkan. Dikeraskan tubuhnya.

"Siapa awek aku?" soal Angah perlahan. Tidak lagi kuat seperti tadi.

Adel jungkitkan bahu.

"Adel.." seru Angah panjang.

Adel mengeluh.

"Manalah Adel tahu. Awek Angah, bukan awek Adel."

"Kalau kau tak tahu, kenapa kau memandai-mandai cakap aku ada girlfriend?" tanya Angah inginkan kepastian.

"Orang tahu lah. Orang dengar Angah cakap semalam dengan girlfriend Angah. Hayra kan nama dia?" Jawab Adel geram. Tanpa sedar kantoikan diri sendiri.

Angah diam. Lama, akhirnya baru dia teringat. Ohh, jadi Adel terdengar perbualannya bersama Hayra semalam. Ini kes cemburu ke macam mana ni?

Angah tersenyum senget. Didekatkan kedudukan mereka.  Adel mengerutkan dahi. Tadi marah-marah macam orang gila. Eh, sekarang senyum-senyum pula.

"Kau cemburu?" soal Angah sambil tersenyum senget.

Adel telan liur. Berdebar hatinya dengan renungan Angah.

"Mana ada. Tak ada sebab Adel nak cemburu lah. Jangan nak perasan boleh tak." bentak Adel kalut.

Angah tahan ketawa.

Dipaut pinggang Adel. Adel pula spontan tangan naik menahan dada Angah. Didongak wajah memandang wajah kacak Angah. Liur ditelan kesat.

"Aku dengan Hayra tak ada apa-apa hubungan istimewa. Dia bukan girlfriend aku, dan aku bukan boyfriend dia. Remember that, baby!" bisik Angah romantis. Rapat di wajah Adel.

Adel diam. Hanya bebola mata bergerak membalas renungan Angah. Tidak betah, Adel melepaskan tautan antara mereka. Jatuh bergelimpangan hatinya dengan Angah. Aduhai hati.

Ditolak dada tegap Angah. Angah tersenyum. Adel mengorak langkah laju ke atas. Meninggalkan Angah tersenyum sendirian memerhati langkah Adel yang kalut mendaki anak tangga naik ke atas.

"Lain kali main cakap lagi. Tahu takut. Tapi cute."

••••

Angah henyak tubuh tepat di tepi Adel. Adel keraskan kepala daripada berpusing menoleh ke tepi. Dibiarkan Angah yang sedang berada di sebelahnya. Angah menjeling dengan ekor hujung mata.

Adel beriak biasa. Kerepek pisang yang berada dalam balang di pelukannya dibawa ke mulut. Dikunyah dan ditelan seolah tiada perasaan. Walhal dalam hati jangan cakap. Serasa mahu melompat keluar sahaja jantungnya.

Ditambah pula dengan haruman daripada tubuh Angah. Aduh, bikin penasaran sahaja. Angah jalarkan tangan. Merebut balang yang sedang dipeluk kejap oleh Adel. Adel peluk kuat rapat ke dada.

Buat seketika mereka saling berebutan antara satu sama lain. Adel akhirnya menoleh ke arah Angah. Angah jungkitkan kening. Adel mendengus!

"Angah ni kenapa? Pagi-pagi dah kacau Adel. Ishhh!" bentak Adel kurang senang.

Angah diam. Dengan kuat, balang tersebut direntap dan dibawa ke tubuhnya. Adel mengetap bibir rapat. Angah tersenyum menang.

"Sedap lah. Patut lah aku tengok dari tadi kau asyik mengunyah je kerepek ni. Habis sebalang. Patut lah makin gemuk." ejek Angah ketawa kuat.

Adel menjeling. Geram dia dengan sikap Angah. Tak habis nak membuli dan menyakitkan hati dia.

"Suka hati lah Adel gemuk ke kurus. Tak ada kacau Angah pun." balas Adel kuat.

"Apa kau cakap..kau ni kan.."

"Angah, adik.." seru papa perlahan.

Serentak keduanya menoleh ke arah papa mereka. Kedudukan dibetulkan. Adel mencapai kembali balang di tangan Angah. Angah hanya membiarkan. Nanti kalau berebut tidak memasal sahaja balang tersebut melayang atas kepalanya.

"Ya papa.." keduanya menyahut sopan

Papa menghenyakkan tubuh di sofa mewah berdekatan kedua mereka. Masing-masing menanti butir bicara daripada orang tua mereka.

"Result permohonan sambung belajar adik bila keluar?" soal papa tanpa tangguh.

Adel berdehem. Balang diletakkan ke atas meja kopi ruang tamu.

"Esok papa keluar." jawab Adel ringkas.

Papa mengangguk faham. Angah diam.

"Sebenarnya papa ada benda nak bagitahu korang berdua." ujar papa lembut.

Keduanya bungkam. Benda? Apa dia? Masing-masing mulai menimbulkan soalan dalam hati.

"Tak ada benda apa pun. Cuma, papa nak bagitahu yang papa dan ibu dah bersetuju nak daftarkan adik di universiti Angah." ujar papa jelas.

Adel bungkam. Angah bulatkan biji mata.

"What? Universiti Angah? Tapi kenapa?" separut menjerit Angah dibuatnya. Tegak tubuhnya yang sedari tadi santai menyandar.

Papa tersenyum. Adel pula sudah tidak senang duduk melihat reaksi Angah.

"Tak ada apa. Cuma, pada pendapat ibu dan papa, seeloknya kalau adik satu tempat pengajian dengan Angah. Bukan apa, senang nanti Angah boleh tolong tengok-tengokkan adik." jelas papa.

"Universiti Along kan ada. Masukkan jelah dia dekat uni Along. Along pun ada boleh jagakan budak ni." tepis Along dengan alasan.

"Angah lupa ke Along hanya tinggal satu sem je lagi? Tahun depan dah habis belajar." soal Ibu pula seakan memerli.

Angah mendengus. Ditoleh mencari wajah Adel.

"Alah, apa salahnya kalau Along habis tahun depan? Bukan Along sorang je yang belajar situ. Ramai je lagi." sangkal Angah lagi.

Ibu menggeleng.

"Adik kan baru je nak start belajar. Jadi, kesian lah pada adik nanti tak ada siapa-siapa yang boleh tengok-tengokkan dia. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?" ulas ibu perlahan.

Angah julingkan mata ke atas.

"Besar panjang macam ni pun nak kena orang jaga lagi ke? Amboi, melampau." perli Angah.

Adel menunduk. Angah menjeling.

"Adik ni perempuan, Hayy. Bukan lelaki macam kamu. In case, kalau jadi apa-apa kamu boleh tolong tengokkan adik. Sekurangnya, lega sikit hati ibu dengan papa bila kamu belajar sekali." ujar Ibu bersulamkan pujukan.

Angah mencebik.

"Malas lah nak jaga-jaga dia. Dah besar panjang, jaga lah diri sendiri. Bukannya ada penjahat pun kat uni tu. Rasanya, belum ada lagi kes culik ke apa ke setakat ni kat uni Angah tu. Papa dengan ibu je fikir bukan-bukan."

"Hayy, jaga mulut kamu." bisik Papa keras. Tidak suka dengan kata-kata Angah.

Ibu menggeleng.

"Memang lah setakat ni tak ada lagi. Mana tahu ke depan-depan nanti. Papa dengan ibu bukan minta Hayy 24 jam tengokkan adik, just cukup papa dengan ibu tahu adik ada Hayy kat sana kalau dia ada apa-apa masalah." kata ibu perlahan.

"Tapi papa, ibu..."

"Dah Hayyan. Kamu cakap lah apa pun, papa dengan ibu dah muktamad nak masukkan adik ke uni kamu. So, papa taknak dengar apa-apa lagi dah. Lagipun, ni untuk kebaikan adik juga. Angah je yang papa dan ibu boleh harapkan untuk jaga adik." putus papa tegas namun lembut.

Angah peluk tubuh dengan sebal. Dijeling Adel yant menunduk di sebelahnya.

"Papa, tak payah lah. Adik boleh je masuk tempat pengajian lain. Jangan risau, adik boleh jaga diri adik sendiri." ujar Adel menjernihkan suasana.

Papa angkat tangan.

"Dah adik. Keputusan papa muktamad. Adik akan sambung belajar dengan Angah." ujar papa seraya bangun dan melangkah bangun menuju ke ruang belakang. Melepa di taman belakang bersama dengan kucing-kucing peliharaan mereka.

Adel mengeluh. Angah menjeling ke arah Adel.

"Seronok lah kau dapat masuk belajar uni aku." rungut Angah geram.

Adel pekakkan telinga. Tubuh dibangunkan. Daripada duduk bersama Angah di situ, lebih baik dia bertapa sahaja di dalam bilik. Sepuluh kali rela dia dalam bilik daripada menghadap Angah yang turun naik sahaja anginnya. Sebal dia dengan sikap Angah.

"Hey, kau nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi lah." jerit Angah kuat.

Adel mengorak langkah seolah tidak mendengar jeritan Angah. Biarlah lelaki itu melalak keseorangan. Malas dia nak mengambil tahu. Angah selerakkan rambut. Langkah Adel dipandang sepi.

wuuu..Adel dengan Angah study sekali. eiii.. malemmm..Sudi2 lah komen. yg murni2 saja ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience