BAB 9

Romance Series 351253

Riuh-rendah suasana pada malam itu di halaman rumah. Kedengaran gelak tawa memenuhi halaman rumah mereka. Haruman semerbak bbq berasap bertebaran di udara. Seminggu berlalu sejak setelah daripada perlawanan bola sepak yang telah dimenangi oleh pasukan sekolah mereka yang diketuai oleh Angah.

Adel mengerling Angah yang ralit mengipas beberapa jenis makanan bersama Along. Sesekali terbias senyuman kacak Angah. Sekilas, terbayang kembali adegan di mana Angah memeluk dan mengangkat tinggi dirinya ke udara. Serasa panas membahang wajahnya saat ingatan diterpa kejadian tersebut.

Segak Angah pada malam ini. Walaupun hanya mengenakan seluar tracksuit hitam dipadankan dengan baju T-shirt kelabu sangat menarik perhatian. Ditambah pula dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap. Sekali lagi, dikerling Angah yang bergelak tawa.

"Adik, ambil dulang atas meja tu bawa datang sini. Along nak letak sosej."

Suara Along yang nyaring kedengaran memecatkan lamunan Adel. Tubuh bingkas berdiri. Dulang dicapai sebelum kaki menapak menapak menuju ke arah Along.

"Nah!" dulang diunjukkan ke arah Along.

Along tersenyum. Angah diam. Hanya tunduk mengipas dan membalik-balik sosej dan ayam di atas pemanggang. Adel yang berada di sebelahnya dibiarkan.

"Along, adik nak rasa sikit sosej tu. Macam sedap je." pinta Adel manja.

Tidak banyak soal Along unjukkan bekas yang sudah tersedia dengan sosej ke arah Adel. Along bingkas bangun. Dibawa langkah ke arah meja yang tersedia meninggalkan Adel dan Angah berdua.

Adel mencapai sosej yang bergolek dalam pinggan. Tanpa lengah, dicapai.

"Auwwwww!" Adel terjerit kecil.

Angah tersentak. Kepala ditoleh deras ke sebelah. Terkejut dia saat mendengar Adel mengaduh di sebelah. Dilepaskan besi di tangan. Menginjak ke arah Adel yang sedang berkerut menahan kesakitan.

"Kenapa?" soal Angah cemas.

Dengan pantas, jemari Adel ditarik.

"Sosej ni panas." adu Adel perlahan.

Angah diam. Membelek-belek jemari Adel yang sedikit memerah. Diangkat wajah memandang Adel.

"Sakit lagi?" soal Angah perlahan.

Adel mengangguk. Tercebik-cebik nukanya menahan rasa pedih di tangan. Angah kembali menilik tempat yang merah. Dipicit tempat tersebut.

Adel mendesis kesakitan. Angah membawa jemari Adel dekat dengan bibirnya. Adel terpaku. Hanya memerhati tingkah Angah yang ralit meniup jemarinya yang memerah.

"Sakit lagi ke?" soal Angah sekali lagi. Lembut sahaja suaranya menampan telinga Adel. Adel terbuai. Serasa jatuh bergelimpangan hatinya.

Adel tersenyum. Kepala digeleng perlahan.

"Tak sakit dah." balas Adel lembut.

Angah berdeham. Dilepaskan tangan Adel. Dijarakkan kedudukan tubuh mereka. Leher digosok beberapa kali. Adel mengigit bibir lembut. Digenggam sisi baju kuat.

"Adik!" seru Along kuat.

Keduanya tersentak. Pantas mereka berpaling. Along melambai tangan menggamit Adel agar datang ke arahnya.

Adel menoleh ke arah Angah. Merenung wajah Angah. Angah turut membalas renungan Adel. Ikutkan hati dia mahu bersama Angah sahaja tapi terasa janggal pula.

"Adik, sini lah." panggil Along lagi.

"Pergilah." ujar Angah. Besi pemanggang dipegang kembali.

Adel tersenyum kelat. Diatur langkahnya lambat-lambat menuju ke arah Along. Seketika, dilabuhkan duduknya bersebelahan Along.

"Kenapa Along panggil adik?" soal Adel terus.

Along tertawa kuat.

"Saja je."

Adel tersentak. Dipaling deras wajah ke arah Along yang memandang luris ke arah Angah.

"Saja?" soal Adel kuat.

Along mengangguk dalam tawa yang masih bersisa.

"Saja nak kacau adik dengan Angah. Along tengok sekarang adik dah macam baik dengan Angah." ujar Along menyeringai sengih.

Adel terdiam. Dibawa renungan ke arah Angah.

"Tak ada lah. Biasa-biasa saja." nafi Adel.

"Eleh, ingat Along tak nampak ke tadi?"

"Nampak apa?" cepat Adel menyoal.

Along tertawa.

"Siap tiup-tiup tangan bagai." usik Along.

Adel diam. Meramas jemari sendiri di ribaan.

"Ma..na ada lah. Along ni memandai je. Tadi Angah tolong adik tiup tu sebab tangan adik merah. Pegang sosej panas." jelas Adel kalut.

"Yaka?" uji Along. Disenggol bahu Adel beberapa kali.

Adel mengangguk laju.

"Ahh, Along tak percayalah."

"Along ni. Betul lah. Along jangan nak fikir bukan-bukan eh." ditolak bahu Along.

Along tersengih mengusik.

"Ahh tak ada, tak ada. Along tetap tak percaya." tukas Along lagi.

Adel mendengus. Dijulingkan bebola mata ke atas. Menyampah dengan usikan Along. Angah memandang dari kejauhan kemesraan Along dan Adel.

"Angah. Pandang apa tu?" soal ibu dari belakang.

Angah tersentak. Dipandang wajah ibu yang sedang mengambil sosej di dalam pinggan sebelum disuap masuk ke dalam mulut.

"Ibu." sapa Angah lembut.

"Tak masak lagi ke daging tu?" soal Ibu lagi. Dibelek daging perap di atas pemanggang. Terasa kecur liur melihatkan daging yang mengeluarkan bau yang semerbak.

"Kejap lagi ibu. Sikit lagi nak masak. Rasanya sepuluh minit lagi boleh angkat dah." ujar Angah.

"Angah tak ajak kawan-kawan sekali datang malam ni?" soal ibu lagi.

"Kejap lagi lepas isyak kut ibu diorang datang. Memang Angah suruh diorang datang lepas isyak." jelas Angah.

Ibu mengangguk.

"Okay lah kalau macam tu. Ibu masuk dalam kejap, nak sedia air. Dah isyak dah ni. Takut nanti kawan-kawan Angah datang pula."

Ibu mulai menapak masuk ke dalam rumah.

"Papa mana bu?"

Ibu menoleh ke arah Angah.

"Papa pergi surau. Kejap lagi balik lah tu." ujar Ibu.

Angah mengangguk. Dikerling sesekali Along dan Adel. Dihela keluhan kecil sebelum kembali meneruskan kerjanya.

Setengah jam, kelibat beberapa rakan pasukan bola sepak Angah mulai kelihatan memenuhi halaman rumah mereka pada malam itu.

"Hai Adel."

"Hai."

"Adel. Comel lah awak"

Adel diam mebatu. Mata tidak lepas mencari kelibat Along yang masuk ke dalam rumah sebentar tadi. Sapaan-sapaan nakal dari beberapa rakan sepasukan Angah hanya dibalas dengan senyuman. Tidak mahu dicop sombong dan berlagak.

"Hayy!" sapa Raid pada Angah. Ditepuk lembut bahu Angah dari belakang.

Angah mengganguk.

"Lambat kau datang malam ni." kata Angah.

Raid tersengih kelat. Digaru kepala yang tidak gatal. Angah mengerling ke arah Raid yang serba salah.

"Aku ada hal sikit tadi. Sorry lah. Bukan aku sengaja." dalih Raid.

Angah mencebik. Beria sahaja Raid menawarkan diri untuk datang awal pada majlis keraian kemenangan mereka pada malam ini. Alih-alih tinggal janji, malahan Raid orang yang paling terakhir sekali melangkah masuk ke dalam halaman rumah mereka.

"Hayy, sorry lah geng. Betul aku tak tipu, aku memang ada hal." jelas Raid sekali lagi.

Sesekali, kedengaran gelak tawa rakan-rakan mereka yang lain. Sesaat, terbias ketidakselesaan di wajah Adel.

"Hayy!" seru Raid perlahan. Mata sedari tadi tidak lepas dari memandang Adel yang sedang diganggu oleh Farid, salah seorang playboy sekolah.

Angah mengerling ke arah Raid di sebelah. Dagu diayunkan ke depan.

"Cuba kau tengok adik kau." arah Raid.

Angah menoleh pantas. Seketika, terasa darah panas menyerbu naik ke muka. Renungan tajam diberikan.

"Kau nampak apa yang aku nampak?" soal Raid tidak bernada.

Angah diam. Hanya renungan tajam diberikan.

"Nampak." ringkas dan padat jawapan balas diberikan.

"Aku rasa lebih baik kau pergi settlekan cepat. Aku nampak adik kau macam dah tak selesa sangat dah tu." ujar Raid sekaligus menyuruh Angah.

"Kau take over kejap." arah Angah keras.

Raid mengangguk. Disambut besi di tangan Angah.

Angah menapak laju ke arah Adel yang sedang mencuba seboleh mungkin mengelak daripada diganggu Farid. Angah menggeleng. Sebal dengan sikap Farid yang tidak fikir tempat dan masa untuk mempamerkan perangai tidak semenggahnya.

Makin laju langkah diatur. Langkah dihentikan di belakang tubuh Adel yang membelakanginya. Kelihatan Adel masih lagi tidak sedar akan kehadiran Angah.

Farid tersenyum sinis. Angah membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.

Angah berdeham. Adel tersentak. Dipusingkan tubuhnya ke belakang. Tanpa bersedia, dilelar pergelangan tangan Adel dan ditarik masuk ke dalam rumah mereka.

Adel hanya menurut. Sedikit sebanyak Adel bersyukur kerana kehadiran Angah tepat pada masanya. Dihela nafas kelegaan. Farid hanya memandang dengan gelengan. Protective!

"Along mana?" soal Angah tidak bernada.

"Tak tahu. Tadi ada." balas Adel perlahan.

Tiba di ruang tamu, dilepaskan tangan Adel jatuh ke sisi. Adel menunduk. Angah mendekatkan jarak mereka. Adel panggungkan wajah. Dipandang wajah Angah yang terbias di ruang kornea mata.

"Tak payah keluar. Duduk je dalam rumah." arah Angah. Sesekali dikerling rakan-rakan di luar yang sibuk menjamu selera.

"Kenapa pula?" soal Adel.

Angah mendengus.

"Aku cakap tak payah keluar, tak payah lah." sela Angah.

Adel terdiam. Liur ditelan.

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi, aku cakap duduk dalam rumah, so duduk dalam rumah. Kau keluar siap." pesan Angah disertai dengan ugutan.

Adel mengeluh. Kepala diangguk lesu.

"Kau nak makan apa?" pujuk Angah kembali dalam diam.

Adel menggeleng. Terasa dia dengan tindakan Angah. Mesti Angah malu punya adik seperti dia. Sebab itu Angah cepat sahaja mengarahkan dia agar duduk sahaja dalam rumah.

"Cepatlah. Nak merajuk kejap-kejap lagi boleh tak. Sekarang, aku tanya kau nak makan apa."

"Adel nak sosej dengan daging bakar." ujar Adel.

Angah menggangguk. Tanpa lengah, diatur langkahnya kembali ke halaman rumah.

"Mana Adel?" tanya Raid. Dijenguk kepala ke belakang mencari kelibat Adel.

"Aku tak bagi dia keluar. Aku suruh dia duduk dalam rumah." jawab Angah.

"Biar betul?"

Angah mengangguk. Dicapai pinggann polisterin putih dan diambil beberapa ketul daging dan sosej ke dalam pinggan tersebut.

"Betullah. Kau ingat aku nak biar je Farid tu ushar Adel?"

Raid diam. Dianggukkan kepalanya lambat-lambat. Bersetuju dengan tindakan Angah.

"Ni nak bagi kat siapa? Kau nak makan?" tanya Raid hairan. Jari ditunding ke arah pinggan yang berisi.

Angah menggeleng acuh tak acuh.

"Aku nak bagi kat Adel. Merajuk sebab aku suruh dia duduk dalam rumah. Tak bagi dia keluar."

"Habis ke dia makan kau letak bertimbun macam gunung jerai ni?"

Angah mengangkat bahu.

"Ikut dia lah nak habiskan ke tak." jawab Angah bersahaja.

Raid diam. Malas lagi untuk bersoal jawab. Lebih baik dia menyertai rakan pasukan mereka yang lain yang sedang enak menjamu selera.

Angah meninggalkan Raid di belakang. Dilucutkan kasut di kaki dan menapak ke arah Adel yang santai di sofa ruang tamu.

"Nah!" unjuk Angah. Diletakkan bekas makanan tepat di hadapan Adel.

Adel angkat wajah. Adel simpan senyum.

"Banyaknya. Adel mana habis makan sorang." rungut Adel manja.

"Makan setakat mana kau nak sudahlah." balas Angah.

Adel mencebik manja.

"Kau nak apa-apa lagi ke?" tanya Angah bersedia untuk melangkah keluar.

Adel mengangguk. Angah ayunkan dagu ke hadapan sebagai isyarat bertanya.

"Angah teman Adel makan sekali boleh?" pinta Adel teragak-agak. Ditundukkan kembali wajahnya.

Angah terdiam. Menimbang-nimbang permintaan Adel. Seketika, suasana sepi menyelebungi mereka. Adel menanti dalam diam.

Perlahan, Angah labuhkan duduk bersebelahan Adel. Adel tersenyum.

"Cepat lah makan. Kejap lagi aku nak keluar pergi kat diorang." arah Angah. Sengaja dikeraskan suaranya.

"Okay." jawab Adel girang. Terasa mahu melompat tinggi bila mana Angah sudi untuk makan bersama dengannya.

Mereka mulai menjamah makanan. Ralit masing-masing mengunyah makanan dalam mulut. Sesekali, mereka saling memandang antara satu sama lain.

Sesaat, Adel perasan kuah ayam yang tercalit di tepi bibir Angah. Tidak betah melihat, Adel menarik sehelai tisu yang tersedia.

"Angah.." seru Adel lembut.

Angah berhenti mengunyah. Ditoleh ke arah Adel yang menyeru namanya.

"Apa?" soal Angah kembali.

Adel menginjak merapatkan kedudukan mereka. Tisu dilap di tepi bibir Angah. Dilap dengan lembut.

Angah terkesima. Spontan terasa keras tubuhnya dengan tindakan spontan Adel. Serasa serba tidak kena dia dibuatnya.

"Dah." ujar Adel.

Angah tersedar. Dengan pantas, tubuh bingkas berdiri.

"Aku keluar dulu. Kau makanlah." ucap Angah kalut.

Tanpa lengah, diatur langkahnya laju menuju ke luar. Menyertai rakan-rakan pasukan bola sekolah mereka. Adel mengigit bibir. Sesaat, terasa bibir melorek sebuah senyum. Entah kenapa dia terasa gelagat Angah sebentar tadi lucu di matanya. Namun, dia suka dengan layanan yang diberikan Angah.

"Adik, kenapa duduk kat sini?" Suara Along menyentakkan lamunan Adel.

Adel menoleh ke belakang.

"Tak ada. Saja je duduk dalam rumah. Segan dengan kawan-kawan lelaki Angah." jelas Adel. Walhal, Angah yang memintanya untuk duduk di dalam rumah. Hingga makanan dia pun Angah yang ambilkan. Sweetnya Angah!

"Banyakya makanan. Habis ke?" Seketul daging dicapai Along.

"Tadi adik share dengan Angah."

Along terdiam. Dikerling Adel dan Angah yang sedang bergelak tawa dengan rakan pasukan bolanya di luar.

"Angah teman adik makan?"

Adel mengangguk girang. Tidak sempat ditangkap riak pelik di wajah Along mendengar ujarannya.

"Kenapa?" tanya Adel bila mana Along hanya diam. Seketul daging disuap ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.

"Tak ada apa." jawab Along.

Along tersentak. Kepala digeleng lambat-lambat. Sebuah senyuman kelat diberikan kepada Adel. Tak tahu kenapa, dia seolah dapat menangkap sesuatu antara mereka. Namun, buat masa ini biarlah ia menjadi sebuah rahsia antara dirinya sahaja.

••••

Selamat malam. Selamat membaca. Enjoy reading. Jangan lupa komen. Semoga readers semua sihat-sihat selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience