BAB 11

Romance Series 351310

"Hayyan Rifqi!" serentak kedengaran nyaring ketukan di pintu bilik.

Angah mencelikkan mata dengan deras. Terkebil-kebil matanya mencari tahu dari mana datangnya tempikan nyaring tersebut.

"Hayy!" sekali lagi suara ibu kedengaran berserta ketukan bertalu-talu singgah di permukaan pintu.

Angah yang masih lagi dalam keadaan separa mamai menggelengkan kepala. Menghalau rasa mengantuk yang membelit dirinya. Badan yang kejung berbaring dibangunkan perlahan sebelum disandarkan di kepala katil.

Dikerling sekilas jam di sisi meja katil. Tepat jam sembilan setengah pagi. Wajah yang serabai diraup. Keluhan kecil dilepaskan sebelum comforter diselak ke tepi. Kedua belah kaki dijuntai turun ke bawah menceceah lantai. Tubuh ditegakkan sebelum direnggangkan ke kiri dan kanan.

"Angah!" seru ibu lagi.

Angah menggelengkan kepala. Kaki menapak perlahan ke muka pintu. Tombol dipulas dan pintu terkuak luas.

"Bangun pun, ibu ingat dah pengsan dah kat dalam. Sikit lagi nak roboh pintu bilik Angah ibu ketuk." terjah ibu berbaur sindiran.

Angah menutup mulut yang menguap. Ibu menggeleng melihat tingkah si anak. Sudah besar panjang tapi perangai masih lagi kebudak-budakkan.

"Ada apa ibu ketuk pintu bilik Angah pagi-pagi ni? Angah mengantuk lagi lah ibu." Angah merengek perlahan.

Ibu mencebik.

"Angah tanya kenapa? Angah tahu tak hari ni result SPM Angah keluar?" soal ibu tidak bernada. Kedua belah tangan naik memeluk tubuh seraya mata merenung si anak.

Angah membulatkan biji mata. Terdiam dia seketika mendengarkan soalan ibu.

"Tak lawak lah ibu. Kot ye pun nak suruh Angah bangun, tak payah lah guna alasan macam tu." ujar Angah. Rambut disebak ke belakang.

Ibu mengeluh perlahan.

"Angah rasa ibu ada masa nak bergurau dengan Angah ke sekarang ni?"

Angah tertawa kuat. Lucu dengan kata-kata si ibu.

"Betul-betul lah bu. Ibu ni..." rengek Angah lagi.

Ibu menggeleng.

"Dah sekarang Angah pergi mandi, bersiap lepas tu turun makan. Sekejap lagi pukul sebelas pagi dah boleh pergi sekolah ambil result SPM." arah ibu.

Badan tegap milik Angah ditolak masuk ke dalam bilik kembali. Angah diam namun dalam diam turut menurut arahan yang diberikan oleh ibu. Tuala yang tersangkut diambil dan diletakkan ke bahu sebelum dibawa tubuh tegapnya ke dalam bilik mandi.

••••

"Dah siap dah anak ibu?" soal ibu mesra saat melihatkan Angah yang sudah siap segak dengan sehelai T-shirt berkolar Polo biru gelap dipadankan dengan seluar jeans.

Angah hanya diam. Kaki menapak ke arah meja makan yang terhidang dengan sarapan pagi walaupun waktu dah menginjak ke tengahari.

"Dah percaya belum hari ini result SPM keluar?" sindir ibu sambil tertawa kecil.

Angah mencebik. Dibiarkan sahaja ibu dengan sindiran tersebut tanpa rasa mahu membalas. Perhatiannya kini dilampias ke arah makanan yang terhidang di hadapan mata.

"Ibu tak payah lah nak sindir-sindir Angah. Angah bukan tak percayalah bu cuma tak sangka result nak keluar secepat ni. Manalah Angah tahu sebulan lebih dah keluar. Selalunya dua atau tiga bulan." ujar Angah panjang lebar.

"Yaka? Tapi tak apalah, keluar awal pun bagus juga. Kurang sikit debaran tu." tukas ibu.

Angah menyuap masuk nasi goreng ke dalam mulut. Dikunyah perlahan. Dikerling sekeliling mencari kelibat lain.

"Adel mana ibu?" soal Angah tanpa dapat ditahan.

Ibu tersentak. Tangan yang lincah mengelap kabinet dapur terhenti. Dipusing lambat-lambat ke arah si anak. Telinga dia tak salah dengar kan?

Angah turut berhenti mengunyah. Ditentang seraut wajah ibu. Dia ada salah cakap kah? Rasa-rasanya tiada.

"Ibu ni kenapa? Diam pula tetiba." sergah Angah perlahan.

"Tak ada apa. Cuma ibu pelik. Tak pernah-pernah Angah tanya adik, tetiba hari ni tanya. Buang tebiat apa?"

Angah menggaru kepala yang tidak gatal. Kepala ditunduk kembali. Menyuap makan ke dalam mulut.

"Mana ada apa-apa. Selalunya kan dia ada bersembang dengan ibu kat dapur pagi-pagi macam ni."

Ibu tertawa.

"Angah lupa ke hari ni hari sekolah macam biasa? Adik pergi sekolah lah." jawab Ibu.

Angah terdiam. Bibir digigit. Aduh, macam mana dia boleh terlupa Adel ke sekolah? Adoiii

"Sorry lah bu. Bila dah tak sekolah ni dah terlupa pula bila sekolah bila tak sekolah."

"Entah apa yang kamu ingat pun tak tahu lah. Ambil result ni pun nasib ibu yang ingatkan. Kalau tidak, jadi pekasam lah result Angah kat sekolah tu." tukas Ibu.

Angah menyeringai sengih.

"Ibu nak teman Angah sekali ke ambil result kejap lagi?" soal Angah perlahan.

"Angah nak ibu pergi sekali ke?" soal ibu kembali.

"Kalau ibu taknak pergi pun takpe, just tunggu Angah kat rumah. Lagipun macam lama juga rasanya tu." balas Angah perlahan.

Ibu mengangguk.

"Kalau macam tu tak apa lah, ibu tunggu Angah kat rumah je." ucap Ibu.

Angah mengangguk perlahan. Makanan yang masih bersisa dihabiskan.

••••

Bunyi loceng nyaring menyentakkan Adel yang sedang menulis sesuatu di meja. Adel panggungkan kepala. Dikerling sekilas Ayana yang sedang berceloteh dengan rakan sekelas mereka, Aimi. Entah apa yang dibualkan pun Adel tidak tahu memandangkan sedari tadi dia asyik menyiapkan latihan Matematik.

"Adel." seru Ayana.

Adel mengayunkan dagu ke hadapan sebagai isyarat bertanya tanpa suara.

"Hari ni kan result SPM keluar?" soal Ayana.

Adel diam.

"Yaka? Entah, tak tahu pula aku. Siapa bagitahu kau?" balas Adel.

"Aimi bagitahu. Dia cakap masa dia keluar pergi tandas tadi, dewan diorang hias lawa. Patutlah, cikgu-cikgu tak masuk kelas hari ni kan. Rupanya sibuk pasal result SPM nak keluar." ujar Ayana.

Adel menoleh ke luar. Melihat dewan yang terbias sedikit dari kejauhan. Dapat dilihat bunga-bungaan yang menghiasi dewan tersebut. Beberapa pelajar kelihatan turut bersidai di koridor kelas memandangkan guru-guru tidak masuk ke kelas untuk mengajar.

"Tak tahu pula aku keputusan SPM keluar hari ni sebab semalam babyboy aku tak cakap apa pun." ujar Adel.

Ayana tersentak. Dia menoleh lambat-lambat ke arah Adel yang terkaku di sebelahnya. Babyboy?

"Kejap, babyboy? Babyboy mana pula kau ni?" soal Ayana pelik.

Adel terdiam. Digigit rapat bibirnya. Macam mana gelaran yang diberikan kepada Angah boleh terlepas keluar daripada mulutnya?

Adel tertawa kekok menutup rasa segan.

"Babyboy aku tu kucing aku lah kat rumah. Kau salah dengar tadi tu." ujar Adel berselitkan penipuan. Dikemaskan alatan menulis masuk dalam beg sekolah.

"Okay fine." balas Ayana lambat-lambat.

"Diorang cakap boleh tahan ramai straight A's tahun ni. Tapi tak tahu siapa. Kau rasa siapa agak-agak?" Ayana masih lagi dengan topik mengenai keputusan SPM.

Adel mengangkat bahu. Entah, dia bukan ahli nujum boleh dapat ramal siapa-siapa.

"Entah lah. Susah nak ramal sebab aku tengok ramai juga senior-senior kita yang memang pandai. Jadi, tak boleh nak teka." Adel memberikan jawapan selamat.

Jauh di sudut hati, dia sudah dapat mengagak kalau baby boynya salah seorang pelajar cemerlang straight A's untuk result SPM tahun ini. Dia yakin malah amat yakin dengan tekaannya. Tetiba, dia dihurung rasa teruja untuk mengetahui result yang bakal diumumkan sebentar nanti.

"Aku rasa kan, Angah kau mesti salah sorang top student." ujar Ayana dengan tekaannya.

Adel menoleh. Yakinnya kamu, hebatnya kamu!

"Yakin bethol kau eh?"

"Eh, mestilah. Ini Ayana lah." dabik Ayana. Adel mencemik.

Seketika, terbayang wajah kacak milik Angah.

"Kau dah kenapa tersenyum-senyum aku tengok?" Ayana menyoal kuat. Disenggol bahu Adel di sebelah.

Adel mendengus kecil. Dengki sahaja Ayana dengan dia. Nak berangan sikit pun tak boleh.

"Tak ada apa. Nak senyum pun tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh tapi kalau dah tersenyum-senyum seorang diri orang fikir lain pula."

"Fikir apa?"

"Kau tengah angau eh sekarang ni? Dengan siapa? Dengan Mika?" soal Ayana mulai tersengih-sengih.

Adel menjulingkan mata ke atas. Mula dah nak merepek.

"Yana, kau jangan nak start merepek boleh tak? Aku tak angau kat siapa-siapa pun lah." nafi Adel bersungguh. Biarlah perasaannya dipendam menjadi sebuah rahsia.

"Eleh, yeye je. Alah, bagitahu jelah. Bukan aku nak canang sana sini pun kalau betul."

Adel menggelengkan kepala.

"Tak ada maknanya. Kau kalau tak merepek sehari memang tak sah kan?"

"Yang merepek ni juga lah yang jadi kawan kau tahu." ujar Ayana mencemik manja.

Adel tergelak.

"Yelah, yelah. Terima kasih Ayana yang cantik yang comel sebab jadi kawan aku." ditekan nadanya dalam.

Ayana menahan tawa. Adel pantas menggeletek pinggang Ayana saat merasakan tiada balasan yang diterima. Ayana menjerit kecil bersulamkan ketawa kuat. Tidak tahan dirinya digeletek sedemikian rupa.

••••

Adel memerhati kelibat Angah yang sedang menaiki tangga pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang straight A's untuk keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.

Angah kelihatan segak hari ini dengan baju T-shirt berkolar dan seluar jeans. Adel tersenyum saat melihatkan senyuman menawan yang dipamerkan Angah saat jurukamera ingin menangkap gambar. Untuk kesekian kalinya, dia dihurung rasa teruja dan gembira dengan kejayaan yang diperolehi Angah.

"Amboi, bukan main lebar lagi eh senyuman kau." usik Ayana yang berada di sebelahnya.

Adel mengerling ke sebelah sisi kanannya.

"Mestilah, Angah aku kut. Lainlah Angah orang lain." tukas Adel.

"Aku hairanlah dengan kau ni Adel. Setahu aku, Hayy tak pernah sukakan kau. Dan dia sendiri tak pernah mengaku kau adik dia tapi kau tetap sayangkan dia." ujar Ayana perlahan.

Adel terdiam. Dilepaskan keluahan panjang. Dipandang seraut wajah Angah yang pada masa yang sama turut memandangnya. Lama mereka bertatapan sebelum tatapan tersebut dileraikan oleh guru yang datang ke arah Angah.

"Biarlah kalau dia bencikan aku sekalipun, aku tetapkan sayangkan dia. Aku tak boleh nafikan benda tu." jawapan selamat diberikan kepada Ayana yang menanti balasan daripadanya.

"Tapi sampai bila?"

Adel menggelengkan kepala.

"Jujur, aku sendiri pun tak tahu sampai bila. Biarlah masa yang menentukan segalanya, Ayana. Aku yakin kalau suatu hari nanti, aku akan ada tempat di hati dia." ujar Adel perlahan.

Ayana diam sebelum kepala dianggukkan lambat-lambat. Sebagai sahabat, dia turut bersimpati dengan Adel yang tidak disukai si abang.

"Aku doakan agar Hayy dapat terima kau suatu hari nanti. Walaupun bukan sebagai sebagai adik tapi sebagai seorang yang tinggal sebumbung dengan dia sudah memandai." ujar Ayana seraya tersenyum. Ditepuk bahu kurus milik Adel.

Adel tersenyum.

"Thanks Ayana." ucap Adel terharu.

"No hal lah." balas Ayana kembali.

"Kini, tiba masanya untuk kita mengumumkan pelajar terbaik SPM pada tahun lalu. Untuk pengetahuan para pelajar dan juga para guru, pelajar terbaik dinilai berdasarkan kepada pencapaian kukurikulum dan juga kokurikulum. Tidak adil rasanya jika kita hanya menilai kepada prestasi akademik hingga membelakangkan pencapaian sukan. Maka, oleh itu majlis dengan ini menjemput Tuan pengetua sekolah, Tuan Haji Fuad Bin Isa untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan anugerah pelajar terbaik." ucap pengerusi majlis panjang lebar.

Adel dan Ayana masing-masing menanti dalam debaran. Rasanya bukan mereka sahaja, kesemua pelajar juga sudah masing-masing dihurung dengan perasaan yang sama. Terdengar jeritan-jeritan nakal yang menyebut beberapa nama.

Muzik dibunyikan. Terasa makin kuat debaran. Adel menegakkan tubuh. Kuat hatinya mengatakan kalau Angah yang akan memperoleh anugerah tersebut. Pengetua sekolah mereka juga sudah mengambil tempat sambil memegang cenderahati anugerah pelajar terbaik.

"Anugerah pelajar terbaik tahun 2020 disandang oleh Hayyan Rifqi dari tingkatan 5 Venus. Dipersilakan saudara Hayyan Rifqi untuk naik ke pentas sekali lagi bagi menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada saudara Hayyan Rifqi."

Angah terpana. Tidak menyangka sama sekali kalau dia terpilih sebagai pelajar terbaik walhal dia rasa selama ini dia bukanlah baik mana.

"Hayy, cepatlah naik. Mengelamun pula dia." gesa Raid saat melihatkan Hayyan yang seolah terkedu di sebelahnya.

Angah membetulkan letak baju di tubuhnya sebelum melangkah kemas menuju ke arah pentas. Senyuman manis dipamerkan sepanjang langkah. Disambut cenderahati yang disua ke arahnya sebelum digenggam kemas tangan tuan pengetua sekolah mereka.

"Oh ya, kami ingin turut menjemput adik kepada Hayyan Rifqi selaku wakil keluarga untuk merakamkan gambar bersama. Dijemput Adel Mikayla untuk naik ke pentas bersama-sama bagi mengabadikan gambar bersama. Dipersilakan."

Adel tersentak. Ditoleh ke arah Ayana yang turut terkedu sepertinya. Liur ditelan kesat. Serta merta dada terasa berdebar. Tidak pula dia tahu bahawa namaya akan dipetik spontan begini.

"Adel. Pergilah. Semua dah pandang-pandang sini dah." arah Ayana perlahan.

Dilepaskan keluhan pendek sebelum langkah diatur ke arah Angah yang sedang menanti kehadirannya di atas pentas. Senyuman para pelajar lain dibalas sopan. Usai, didekatkan tubuhnya ke arah Angah. Angah beriak biasa. Tidak tahu untuk mempamerkan reaksi apa. Namun, demi sekeping gambar dimaniskan mukanya. Adel turut tersenyum.

"Tahniah diucapkan kepada saudara Hayyan Rifqi di atas anugerah tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Untuk yang tidak bernasib baik, jangan berputus asa kerana perjalanan masa depan kamu masih lagi panjang. Maka, dengan ini berakhir sudah majlis kita pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi."

Adel melangkah mendekati Ayana semula. Sesaat, terasa namanya dilaung kuat. Adel menoleh pantas. Terbias seraut wajah Mikael yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Adel membulatkan biji mata. Serentak senyuman manis menghiasi wajahnya.

"Mika!" jerit Adel teruja. Entah kenapa, terasa rindu dia terhadap Mikael.

"Adel. Saya rindu awak tahu tak?" ujar Mika berterus-terang.

"Eleh, konon. Tipu lah. Kalau rindu awak mesti contact saya." ujar Adel pula.

Mikael tertawa mesra.

"Betul lah saya rindu awak. Sorry lah, bukan saya taknak contact awak tapi saya busy sikit lepas SPM." ucap Mika menceritakan perkara sebenar.

Adel mencemik.

"Eh, Tahniah Mika. Top student SPM." ucap Ayana.

Mikael tersengih lebar.

"Terima kasih Ayana. Awak taknak ucap tahniah ke kat saya, Adel?" soal Mika merenung lembut ke arah Adel di sisi Ayana.

"Okay fine. Tahniah Mika. Saya bangga dengan awak. Mana parents awak? Ke awak datang sorang je?" Adel bertanya. Kepala dijenguk ke arah belakang mecari kelibat ibu bapa Mikael.

Mikael tersenyum.

"Tu, ada tengah bersembang dengan cikgu kat hujung sana." jari ditunding ke arah ibu dan bapanya.

Adel memerhati dari kejauhan. Serentak tanpa diduga pandangannya dibalas oleh kedua orang tua Mikael. Adel tersenyum menyapa dari jauh. Namun, hairannya kedua orang tua Mikael seolah kaku. Hanya merenungnya tanpa kelip.

Tidak betah, Adel mengalihkan pandangan merenung Mikael kembali.

"Okaylah, saya balik dulu. Adel, nanti saya contact awak tau. Sorry tak boleh lama-lama sebab ada hal lepas ni. Jumpa lagi. Gonna miss you Adel." ucap Mikael perlahan. Direnung tanpa lepas seraut wajah Adel.

Adel dihurung sebak. Tidak tahu kenapa tapi hatinya terasa sedih. Namun, cepat dimaniskan riak wajahnya. Mikael berjanji mahu menghubunginya kelak.

"Ehem!" suara deheman sesorang menyentakkan mereka berdua. Ayana meminta diri untuk ke tandas sedari tadi maka hanya tinggal Adel bersama Mikael.

Adel menoleh. Terpana seketika dengan kehadiran Angah di antara mereka. Dikerling sekilas ke arah Mika yang beriak biasa malah tersenyum menyapa Angah.

"Angah." seru Adel perlahan. Angah mengambil tempat rapat di sisi Adel.

"Tahniah Hayy." ucap Mikael mesra. Dihulurkan tangannya ke arah Angah.

Angah diam sebelum disambut salam Mikael. Kedua lelaki itu berjabat erat. Mikael dengan riak mesra manakala Angah dengan riak biasanya.

"Terima kasih. Tahniah juga untuk kau Mika." ucap Angah kembali.

Mikael mengangguk seraya tersenyum. Dilabuhkan renungannya ke arah Adel di sisi Hayyan. Sebuah senyuman diberikan kepada Adel. Angah memerhati dengan hujung ekor mata. Terasa tidak senang dengan perlakuan Mikael.

"Okaylah, saya gerak dulu. Adel, nanti saya call atau whatsapp awak okay. Take care, Adel. Bhai." pamit Mikael sambil melangkah berat meninggalkan Adel di belakang. Nafas dihela panjang sebelum menyoroti langkah kedua ibu bapanya di hadapan.

Angah membawa tubuh mendepani Adel. Adel merenung dada bidang Angah.

"Tahniah Angah. Adel bangga dengan Angah." ucap Adel perlahan. Ikutkan hati, panjang ucapan yang mahu diberikan tapi mengenangkan hubungan mereka yang suam-suam kuku dimatikan hasratnya.

"Ermm, terima kasih." balas Angah tidak bernada.

"Hai Adel." Adel menoleh deras. Tersentak dia dengan kehadiran Farid merangkap playboy sekolah mereka. Angah mengetap rapat rahang. Ditarik tubuh Adel rapat ke tubuhnya.

"Adel taknak ucap tahniah ke kat abang Farid?" soal Farid sinis.

Adel diam. Spontan lengan sasa milik Angah dipaut. Menikus dia di sisi Angah.

"Apa masalah kau Farid?" soal Angah kuat.

Farid tertawa.

"Tak ada apa. Saja nak tegur Adel. Salah ke?"

Angah mendengus.

"Salah sebab tak ada sebab untuk kau tegur dia." ujar Angah.

"Come on lah Hayy. Sekadar tegur je kut. Tak perlu lah kau nak emo macam ni." kutuk Farid selamba. Dikerling Adel di sisi Hayyan. Comel!

Adel merenung wajah Angah yang sedang menahan geram. Angah turut menoleh memandangnya. Adel menggeleng kecil.

" Aku memang emo kalau orang macam kau yang tegur dia. Sekurangnya, Aku boleh protect dia daripada jadi mangsa playboy kau." bidas Angah.

Farid berubah riak. Namun, cepat dikawal.

"Suka hati aku lah kalau aku nak jadi playboy pun. Kau nak panas apehal? Takkanlah kau tergugat dengan aku, Hayy." sela Farid.

Angah tertawa kuat.

"Aku tak kisah kau nak jadi playboy sekalipun asalkan bukan Adel mangsa kau. Perempuan lain lantaklah kau lah. Sikit pun aku tak kisah. Dan aku sikit pun tak rasa tergugat dengan kau Farid." bidas Angah sekali lagi.

Farid hanya tersenyum senget.

"Okaylah Adel. Abang Farid ciau dulu. Nanti makin marah pula abang Adel ni. Seram! Jumpa lagi nanti. Muah!" serentak terus diangkat kaki menuju ke arah sekumpulan rakannya.

Angah mengepal penumbuk. Ikut hati sudah ditumbuk muka Farid sebentar tadi. Namun, memikirkan situasi dan tempat mereka sekarang terus dilupakan niatnya.

"Angah." panggil Adel lembut.

Angah menoleh.

"Kenapa?" soal Angah.

"Adel takut." ujar Adel.

"Tak payah takut. Aku ada." balas Angah menyedapkan hati Adel.

Adel diam sebelum mengangguk kepalanya lambat-lambat.

"Pukul berapa kau habis kelas?" soal Angah.

"Pukul satu." jawab Adel.

Angah menilik jam di pergelangan tangan. Lebih kurang setengah jam lagi masa sebelum sampai ke pukul satu.

"Pergi masuk kelas. Aku tunggu kau kat depan nanti. Kita balik sama." arah Angah.

Adel mengangguk. Dengan perlahan, langkah diatur menuju ke kelas miliknya. Angah melepaskan keluhan sebelum bergerak ke arah Raid dan Helmi yang memerhati dari jauh.

Enjoy reading! Komen sikit.

Share this novel

Iznawati ahmad
2021-09-15 04:39:28 

x paham ngan hayy nie tp mmg tepat ngan tajuk semahal cintamu


NovelPlus Premium

The best ads free experience