BAB 13

Romance Series 351253

Tiga tahun kemudian..

Adel menapak keluar ke arah halaman rumah. Sejak-sejak dia sudah tamat sekolah dan sedang menunggu keputusan peperiksaan, jarang sekali dia luangkan masa dengan menghirup udara segar pada pagi hari.

Al-maklumlah, sejak mula memasuki tingkatan empat dan menghuni kelas sains tulen, jarang sudah dia punya masa untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, dia memang menyibukkan diri dengan pelajaran. Bukan apa, dia tahu letak kedudukannya di mana. Maka, dia percaya bahawa dengan ilmu sahaja bakal menjadi bekalan dan pedoman hidup dia kelak.

Tahun yang menginjak begitu cepat terasa. Terasa baru sahaja dia melangkah masuk ke alam persekolahan, dan tidak sedar kalau sekarang kini dia sudah tamat belajar dan sedang menanti keputusan SPM. Doa dan harapannya, agar suatu hari nanti dia juga boleh berjaya seperti kedua abangnya dan Mikael.

Mengingatkan Mikael, dia dihurung rasa rindu. Dua tiga hari lepas, Mikael ada menelefon dirinya. Banyak benda yang mereka bualkan. Mikael juga banyak bercerita mengenai hal pembelajarannya di Universiti. Entah kenapa dia rasakan sangat selesa dengan Mikael. Caranya yang mengambil berat sangat membuatkan dia terharu.

Berbeza sekali dengan layanan yang diberikan oleh Angah pada dirinya. Hubungannya dengan Angah masih juga dingin seperti dahulu. Bila Angah cuti semester dan pulang ke rumah, dia hanya beriak biasa walaupun jauh di sudut hati dia terasa janggal. Namun, hendak lari ke mana. Sudah namanya juga tinggal sebumbung. Mana mungkin, dia lari.

Cuma, dia kini mengambil pendekatan dengan tidak mempeduli lagi layanan Angah padanya. Baginya, kalau Angah masih lagi ingin bersikap dingin pada dirinya, dibiarkan sahaja. Bila difikirkan, terasa penat juga dalam diam mengharapkan mereka menjadi mesra.

Angah juga sudah berubah menjadi seorang lelaki yang muda belia. Kacak usah dikatalah, memang sejak azali lagi. Badannya makin sasa dan tegap. Persis seorang model. Dia yakin kalau di universiti ramai para junior mahupun senior yang menaruh hati pada Angah. Di sekolah dulu juga dia sudah menjadi kegilaan apatah lagi di universiti yang dipenuhi dengan umat manusia.

"Bahhhh!"

Adel pejamkan matanya rapat. Dengan riak sebal Adel menoleh deras. Terinjut bahunya saat disergah seseorang dari belakang.

Tidak lama, kedengaran tawa kuat menampar cuping telinga miliknya. Adel mengetap rapat bibir. Mata dicerlun tajam menghunus ke arah Along.

"Along! Terkejut orang tahu tak? Ishh, dia ni kan." jerit Adel kuat. Cemberut sahaja wajahnya.

Serasa mahu luruh jantungnya saat disergah sebegitu rupa. Punyalah dia asyik mengelamun sekali elok sahaja Along mencantas lamunannya.

"Apa? Dia yang mengelamun macam nak tembus, salahkan Along pula. Adik yang salah okay. Along panggil banyak kali, dia boleh buat derk je." balas Along.

Adel mencebik. Dijelirkan lidahnya ke arah Along yang mengambil tempat di sebelahnya.

"Nak Along potong ke lidah tu? Tak baik tau jelir kat Along."

Adel menjulingkan mata ke atas.

"Along nak apa ni kacau adik pagi-pagi. Nak feeling sikit pun tak boleh. Kacau je." selar Adel bergurau.

Along tertawa kecil.

"Tak ada apa. Saja jelah nak kacau adik kesayangan Along ni. Along bosan kat dalam, so Along join lah adik lepak kat luar."

"Kak Aira kan ada. Kacau lah dia." ujar Adel merujuk kepada Aira Atirah, buah hati Along. Lembut sahaja raut wajah milik Aira. Padanlah Along terpaut.

"Kak Aira ada kat kem lah sekarang dik. Nak kacau apa bendanya." ujar Along perlahan.

Adel tersenyum mengusik.

"Along tak join sekali ke kem tu?"

"Malas lah. Sekali sekala nak cuti dengan tenang." ujar Along.

"Oh, ni kira bosan sebab kak Aira tak ada lah ni sebab tu Along kacau adik? Kan kan?" soal Adel tersenyum seraya bahu Along disenggol beberapa kali.

Along menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dah tu, adik je yang boleh Along kacau. Nak kacau Angah, ermm alamatnya perang dunia ketiga lah jawabnya. Angah tu tahu nak marah je" cebik Along.

Adel diam. Ya, Angah kini sedang berada di rumah. Sudah seminggu Angah balik bercuti semester. Kebetulan, Along juga turut bercuti semester maka agak meriah rumah mereka pada masa ini.

"Hah, bercakap pasal Angah, mana dia Along?" soal Adel saat merasakan tiada kelibat Angah kelihatan. Kebiasaannya ada sahaja kelibat bapak singa itu di ruang tamu atau dapur.

"Mana lagi, keluar jogging lah. Macam lah adik tak tahu. Lainlah macam kita ni, tahu ternak lemak je." jawab Along.

"Eh, Along je yang ternak lemak, adik tak. Adik kurus." nafi Adel cepat.

Along tertawa kuat. Takut sangat kalau kita cakap dia gemuk.

"Takut Along kata dia gemuk lah tu." usik Along tersenyum senget.

Adel menggeleng.

"Tak takut pun lah. Sebab kenyataannya, adik memang tak gemuk. Along yang gemuk." balas Adel seraya mengutuk si Abang yang sudah membulatkan biji mata.

"Eleh, adik pun makin gemuk lah sekarang. Ingat Along tak tahu ke adik asyik makan tidur, makan tidur je. Ingat boleh kurus ke?" kutuk Along kembali.

Adel menekapkan kedua belah tangan ke telinga. Sengaja berbuat tidak dengar ujaran Along sebentar tadi. Malah, dijelirkan lidahnya ke arah Along. Along kembali membalas.

"Along gemuk." kutuk Adel.

"Adik gemuk. Booo!" balas Along lagi.

"Ahh, tak ada tak ada. Along yang gemuk. Adik kurus. Booo!!" ejek Adel kembali tidak berpuas hati.

Bab gemuk kurus jangan main-main eh, memang boleh bawa bergaduh.

"Adik gemuk macam Azwan Ali. Hahaha" balas Along lagi. Tidak cukup dengan itu, sengaja ditarik hujung rambut Adel. Terdongak Adel ke belakang.

"Along! Sakit lah! Oh, main kasar eh." Adel sudah bangun daripada duduk, bersedia untuk melangkah mengejar Along yang sudah mulai melarikan diri.

"Along, jangan lari. Ishh!" bebel Adel geram.

"Kejarlah Along dik. Buktikan adik tak gemuk. Kalau adik dapat tangkap Along, Along bawa adik jalan-jalan. Belanja adik." jerit Along kuat.

Mendengarkan itu, Adel menguatkan larian. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Buat seketika, mereka saling berkejaran di depan halaman rumah. Kedengaran gelak tawa kedua mereka. Larinya tidak setara mana, gelak tawanya yang lebih.

Angah memperlahankan larian. Terasa melekit tubuh badannya disimbahi dengan peluh. Terasa basah lencun bajunya saat ini. Sesaat, terdengar gelak tawa dari arah pintu masuk rumahnya. Langkah makin diperlahankan. Semakin menghampiri, semakin jelas ia kedengaran.

Seketika, terdiam dia melihatkan Adel yang sedang berkejaran di halaman dengan Along. Dihentikan langkah dan diam tegak memerhati gelagat keduanya yang riang berkejaran seperti kanak-kanak ribena. Dipusatkan pandangannya ke arah Adel yang sedang bergelak tawa.

Serasa sudah lama dia tidak melihat gelak tawa sebegitu daripada Adel. Sebuah keluhan lemah dilepaskan, mana mungkin gelak tawa dipamerkan ke arahnya sedangkan dia sendiri yang mencipta jarak dan jurang antara mereka. Kalaulah Adel tahu dia sedang diperhatikan, mesti automatik gelak tawa miliknya disimpan kemas.

"Adik gemuk!" usik Along sambil mengelak ditangkap oleh Adel. Siap dijelirkan lidahnya ke arah Adel.

"Adik kuruslah!" laung Adel manja. Tangan menggapai ingin mencapai baju Tshirt Along.

Angah melorek senyuman pendek tanpa sedar saat dia terasa lucu dengan gelahat mereka yang sedang asyik berkejaran. Alangkah indahnya, kalau hubungan dia dengan Adel seakrab hubungan Adel bersama Along.

Adel asyik berlari sehingga tanpa sedar lariannya mengarah ke arah si bapak singa. Laju langkahnya berlari hingga rentak lariannya mula terasa pincang dan hilang kawalan. Angah yang sedari tadi memerhati mulai cemas bila mana dia dapat melihat dengan jelas Adel yang sudah mulai terumbang ambing ingin jatuh menyembah bumi.

Along yang turut perasan, sudah berpatah balik lariannya menuju ke arah Adel. Bersedia dengan segala kemungkinan. Adel pejamkan mata saat terasa kaki hilang kawalan dan ingin terjelepuk ke tanah.

"Adik!" jerit Along.

Angah menerpa dengan pantas berbanding Along. Dengan pantas pinggang langsing milik Adel disauk dari belakang dan serentak itu Angah jatuhkan tubuhnya ke tanah sebagai penahan. Dirangkul erat tubuh genit itu ke dadanya.

"Aaaaaa." Adel terjerit kecil. Dia betpaut kuat pada tubuh Angah.

Angah memeluk erat. Adel memejamkan mata erat. Tersemban dia di dada tegap milik Angah. Terbenam hidung mancungnya di dada tegap itu. Adel mencelik matanya lambat-lambat. Perlahan, didongakkan wajah ke arah gerangan yang menyambutnya saat ini. Sesaat, dia terkedu bila seraut wajah kacak Angah menyapa ruang kornea matanya miliknya.

Keduanya bertatapan dari jarak dekat. Terdengar hembusan nafas turun naik mereka. Adel telan liur yang terasa kesat. Bibirnya digigit kuat.

"Adik. Adik okay?" Along menerpa laju. Dipaut tubuh Adel bangun daripada dada Angah. Serentak, tautan Angah di pinggang Adel terlepas.

Adel mengangguk perlahan.

"Adik okay." jawab Adel ringkas.

Angah bangunkan tubuh. Dikibas perlahan badannya daripada rumput yang terlekat di badan.

Adel menunduk namun memandang Angah secara curi-curi dengan ekor hujung mata. Tidak tahu untuk mempamerkan reaksi apa. Ingin sekali dia ucapkan terima kasih, namun seakan tidak terkeluar pula suaranya saat ini.

"Jom kita masuk dalam." ajak Along kalut. Dilelar pergelangan tangan Adel.

"Aduh!" Adel mengaduh tanpa sedar.

Angah tersentak. Along cemas.

"Kenapa?" tanya Along pantas.

Adel belek telapak tangan miliknya yang melecet dengan sekali sekala mendesis kesakitan.

"Tangan adik melecet ni." ujar Along perlahan. Dibelek telapak tangan Adel bersilih ganti.

Angah pantas rapatkan jarak. Ditarik tangan Adel daripada genggaman Along ke arahnya. Adel terdiam. Along terpana.

"Tangan kau luka ni. Jom masuk, letak ubat." ajak Angah tidak bernada.

Adel lelarkan tautan tersebut pantas. Angah tersentak. Terasa lain hatinya dengan tindakan spontan Adel. Adel mengeluh. Cukuplah, dia sudah tidak mahu lagi terjebak dengan keprihatinan Angah yang dusta semata-mata. Biarlah hubungan antara mereka kekal seperti orang asing. Dia sudah lelah mengharapkan hubungan baik dengan Angah.

"Nanti Along letakkan ubat kat tangan adik boleh?" pinta Adel manja. Pandangan tajam Angah dibiarkan.

Along pantas mengangguk laju. Walaupun dia diusung rasa hairan, namun reaksi balas tetap diberikan.

"Kita masuk dulu lepas tu Along letak ubat kat tangan adik." ujar Along. Dilelar pergelangan tangan Adel sekali lagi sebelum keduanya mulai menapak masuk ke arah pintu rumah. Adel hela nafas panjang.

Angah masih lagi tegak memerhati. Sebuah keluhan lemah dilepaskan. Merasa melekit dan tengik dengan bau badan sendiri, akhirnya dia turut melangkah menuju masuk ke dalam rumah.

••••

Adel terjaga daripada tidur. Dicelik matanya berulang kali. Perlahan, tubuh dibangunkan. Dikerling sekilas ke arah jam loceng di tepi kepala katil. Tepat pukul dua pagi. Tekak yang terasa haus memaksanya bangun pada waktu-waktu begini. Ikutkan hati mahu sahaja dia teruskan lenanya.

Wajah diraup perlahan. Lampu tidur dinyalakan memberikan suasana yang agak terang menghiasi biliknya. Comforter diselak ke tepi. Rambut dibiarkan memgurai mencecah ke bahu. Kaki pantas menapak ke arah pintu bilik dan terus menuruni anak tangga.

Suasana ruang tamu yang malap ditemani dengan cahaya suram melegakan dirinya. Sekurangnya tiada sesiapa yang mengetahui dia terjaga tika ini. Derap kaki diperlahankan.

Kriuk!

Adel pantas memegang perut yang berbunyi. Baru teringat kalau setelah dia masuk ke bilik petang tadi, baru kini dia keluar memandangkan sakit di tangan memaksanya untuk memejamkan mata awal. Bila terjaga waktu sebegini, sudah tentu dia dihurung rasa lapar.

Bandage yang berbalut di telapak tangannya juga tidak sempat ditukar. Sudahlah telapak tangan dominanya yang melecet. Jadi, agak sukar untuk dia melakukan sebarang kerja dan aktiviti. Adel menapak ke ruang dapur. Fikirnya, hanya ingin membancuh air teh dan cicah dengan roti sahaja. Hendak menjamah nasi, dia tidak punya keinginan.

Heater diisi dengan air sebelum dipanaskan. Bergerak pula ke kabinet dapur. Mata meliar mencari balang yang berisi teh. Dibelek segenap ruang, namun masih jua tidak kelihatan. Pintu kabinet dibuka tutup. Sesaat, mata terpandangkan balang kecil berbunga merah terselit di kabinet tingkat atas. .

Adel mengeluh perlahan.

"Siapa punya kerjalah letak balang teh ni tinggi-tinggi. Tak tahu ke aku ni tak sampai nak ambil benda alah ni. Aduh."Adel berbisik perlahan.

Bibir diketap rapat. Dengan perlahan, kaki cuba dijengket sehabis mungkin.

"Come on Adel. Sikit lagi. Chaiyok!" ujarnya kepada diri sendiri.

"Sikit lagi. Orait, good job. Sikit lagi." Adel masih berbisik seorang diri.

Namun, mata terbuntang besar saat terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Terasa hangat sekujur tubuh tersebut melekap di badannya. Adel terdiam kaku. Tangan yang menjalar mencapai balang teh terasa ditindih dengan tangan kekar seseorang.

Adel menoleh lambat-lambat ke belakang.

'oh my baby boy' detik Adel dalam hati.

"Dah tahu tak sampai tak payah nak cuba-cuba ambil. Tak memasal boleh sakit lain." bisik gerangan tersebut rapat di telinganya.

Adel diam tidak berkutik. Hangat kedua belah tangan kekar itu menjalar di pinggangnya. Terasa hembusan hangat Angah di rambutnya. Adel pejamkan mata menikmati haruman maskulin Angah.

"Terima kasih." ucap Adel perlahan.

Angah beriak biasa.

"Kau buat apa pagi-pagi buta macam ni kat dapur?" soal Angah.

"Adel nak minum air. Nak makan dengan roti." ujar Adel berterus terang.

"Pergi duduk sana. Aku bancuhkan untuk kau. Tangan pun berbalut macam mumia. Lagi berlagak nak bancuh air sendiri konon." Angah menyindir.

"Tak payah. Adel boleh bancuh sendiri." balas Adel. Dicapai balang teh tersebut.

Angah mendengus. Dilarikan pantas balang teh jauh dari gapaian Adel.

"Angah ni kenapa? Bak sini lah balang tu." arah Adel.

"Kau degil sangat ni kenapa?" tanya Angah geram.

"Bila masa pula Adel degil? Adel cuma cakap Adel boleh bancuh sendiri." selar Adel.

"Adella Mikayla!" seru Angah perlahan.

Adel mencebik. Namun, masih lagi dia dengan sengaja tidak berganjak.

Angah peluk tubuh merenung Adel. Adel ayunkan dagu ke depan.

"Aku suruh kau pergi duduk sana kan? Kau tercegat kat sini lagi apahal? Jangan degil boleh tak?" soal Angah sarkastik.

Adel mengeluh perlahan. Dengan riak sebal, akhirnya dituju kerusi meja makan dan dilabuhkan duduknya di situ.

"Kau nak minum air apa?" soal Angah.

"Teh." jawab Adel sepatah.

Angah lincah menyediakan air teh untuk Adel. Sesekali dikerling Adel yang sedang membelek telapak tangan miliknya. Pandai menjawab sudah Adel sekarang.

Siap, Angah tatang mug berisi air teh ke arah Adel di meja makan. Ditolak mug tersebut rapat ke Adel.

"Nah." unjuk Angah dengan sebalang besar roti.

Adel masih lagi sebal. Dia hairan dengan sikap Angah. Kata bencikan dia tapi sikapnya masih lagi mengambil berat akan Adel. Entahlah, dia juga hairan. Di setiap kejadian, mesti akan ada Angah yang menyelamatkan dia. Kalau benci kenapa tak biarkan sahaja dia? Kenapa mesti berlagak seolah Angah peduli akan dirinya? Kenapa! Kenapa!

Angah turut mengambil tempat di hadapan Adel. Adel berdeham. Janggal pula bila mana duduk bertentangan begini. Maklum sajalah, hubungan dingin mereka sudah berlanjutan selama tiga tahun.

"Tak nak makan nasi ke?" soal Angah memecahkan suasana hening antara mereka.

Adel menggeleng.

"Kenyang ke makan roti je?" soal Angah lagi. Memancing mulut mungil itu bersuara.

Adel angkat bahu.

"Takkan dah jadi bisu kut. Aku rasa tadi bukan main kau menjawab dengan aku." ujar Angah geram.

"Tengah makan mana boleh cakap." bidas Adel selamba.

Angah tersentak.

"Tu kau bercakap boleh pula." sela Angah.

"Dah Angah asyik duk tanya, siap cakap Adel bisu lagi. Jadi, terpaksa lah Adel cakap juga." bebel Adel manja.

Angah sembunyi senyum. Riak dingin dikekalkan.

"Sakit lagi tangan tu?"

Adel mengangguk.

"Lepas kau habis makan, ikut aku." arah Angah.

Adel tersentak.

"Ikut pergi mana?" tanya Adel pantas.

"Pergi mall."

"Mall? Buat apa?" terjerit Adel dibuatnya.

Angah tertawa kecil. Adel terkesima. Setelah tiga tahun, akhirnya Angah sudi tersenyum ke arahnya.

"Tidur kat sana." jawab Angah main-main.

Adel mencebik. Malas melayan, dihabiskan hirupan terakhir air tehnya. Terasa sedap pula air teh buatan Angah ini.

"Angah kenapa tak tidur lagi?" Soal Adel perlahan.

"Aku buat kerja sikit tadi." jawab Angah ringkas.

Adel mengangguk. Kerusi ditolak ke belakang.

"Tinggal kat situ. Nanti aku basuhkan." arah Angah.

Adel diam. Mengenangkan arahan tersebut, dia hanya menurut. Angah menapak ke arah Adel. Dilelar pergelangan tangan itu sebelum mengheret Adel ke ruang tamu. Adel menelan liur. Debar terasa melanda. Tapi, langkah Angah tetap diikut.

Didudukkan Adel di sofa ruang tamu. Adel memerhati dengan penuh minat langkah Angah yang ke sana sini. Sejenak, Angah ambil tempat di sisinya. Dicapai telapak tangan Adel yang dikatakan berbalut seperti mumia.

Ikatan tersebut dibuka dengan cermat. Takut menyakiti Adel. Adel diam. Sekaan terbuai dirinya dengan tindakan Angah. Serasa mahu lena juga ada. Direnung wajah tampan Angah. Direnung dengan penuh minat tanpa sedikitpun mengalihkan bebola matanya.

"Aku tahu aku kacak." ujar Angah bersahaja.

Adel tersentak. Dengan pantas, dilarikan tatapannya laju. Bibir digigit kuat. Wajah terasa panas membahang nenahan rasa malu. Adui, macam manalah dia boleh cuai merenung anak teruna orang.

Angah pula melorek senyuman. Comel sahaja dia rasakan reaksi Adel. Adel renung tangan kekar Angah yang sedang menukar bandage baru menggantikan yang lama. Sekali lagi, mata naik merenung wajah Angah. Namun, kali ini renungannya dibalas oleh Angah.

Angah rapatkan kedudukan wajah mereka. Adel terpana, terasa matanya dipanah dengan aura Angah. Terasa ada rama-rama yang seakan berterbangan di dalam pelusuk hati dan perutnya.

"Angah, Adik." seru Along sambil memisat-misatkan matanya yang terasa kesat.

Serentak, keduanya tersedar. Mata serentak merenung Along yang tercegat di tangga memerhati mereka. Pantas, Adel laju bingkas berdiri. Angah pula berpura-pura mengemaskan alatan yang digunakan untuk merawat Adel.

"Korang buat apa kat bawah pagi-pagi buta macam ni? Solat tahajjud ke apa?" serak suara Along bertanya.

Adel hampir tersedak. Angah berdeham.

"Tak buat apa, aku tukarkan pembalut luka Adel ni. Kau kenapa turun?" soal Angah beriak biasa seboleh mungkin.

"Along haus. Itu yang turun bawah tu. Tak sangka pula ada korang. Nasib Along tak jerit." ujar Along dengan suara masih serak.

Adel pantas berjalan laju menapak ke tangga. Didaki laju anak tangga satu persatu tanpa menoleh. Dia malu!

"Asal dengan adik tu ngah? Nampak hantu ke apa."

Angah hanya angkat bahu.

"Entah. Mengantuk sangat kut." dalih Angah tanpa memandang wajah Along.

Debaran yang melanda masih lagi terasa. Nasib sahaja...jika tidak.. Mengingatkan kembali kejadian tadi, dia juga turut terasa panas membahang. Malu!

"Okaylah Along. Angah naik atas dulu. Mengantuk pula." pamit Angah.

Along hanya mengangguk. Pelik dia dengan kedua adiknya. Tapi rasa yang singgah di hati makin kuat. Kalau dulu dia ragu-ragu, kini dia semakin yakin.

Petiangggg! selamat membaca. Jangan lupa drop your komen. Thankyou!

Share this novel

Esjasz Malek
2021-09-26 17:37:05 

update please


NovelPlus Premium

The best ads free experience