BAB 16

Romance Series 351310

Jam loceng yang berbunyi nyaring mengejutkan Adel daripada lena. Tubuh tidak segera dibangunkan. Hanya tangan sahaja yang meraba menghentikan jam loceng yang bingit berteriak di tepi telinga. Senyap! Adel mengesot tubuh bangun dengan perlahan.

Belakang badan disandar ke kepala katil. Mulut yang menganga luas menguap ditutup dengan belakang tangannya. Wajah diraup menghilangkan rasa kantuk yang masih bersisa. Usai solat subuh tadi, dia kembali terlena setelah agak sukar untuk melelapkan mata angkara keputusan SPM yang bakal diumumkan hari ini.

Adel mengeluh perlahan. Rambut yang sedikit berserabai dikemaskan. Comforter diselak ke tepi. Kedua belah kaki menjuntai turun mencecah lantai. Badan direnggangkan kiri dan kanan sepanjang menuju ke kamar mandi. Tuala direntap perlahan sebelum tubuh hilang di sebalik dinding bilik air.

Lebih kurang lima belas minit bertapa, Adel melangkah keluar dengan berkemban. Rambut yang basah diuraikan dengan jemarinya. Tubuh dihentikan tepat di hadapan meja solek. Telefon yang terdampar solek dicapai. Aplikasi Whatsapp dibuka. Sekelip mata, kumpulan kelas mereka bingit dengan keputusan yang bakal keluar.

Adel hanya membaca sekilas lalu. Malas mahu membuat ramai dalam group kelas mereka. Sepasang baju kurung moden dicapai. Disarungkan ke tubuhnya. Sesekali, terdengar detingan whatsapp masuk bertalu-talu. Adel menggelengkan kepala. Wajah ditatarias dengan cantik lebih daripada kebiasaannya.

Puas hati dengan penampilan diri, Adel bergerak turun ke bawah. Anak tangga dipijak cermat. Sekilas, terdengar gelak tawa kedengaran daripada dapur. Adel melajukan langkah.

"Selamat pagi anak ibu. Cantiknya anak ibu hari ni." ibu menyapa mesra.

Adel tersenyum membalas sapaan si ibu dan papanya.

"Adik Along ke ni?" Along pula menyapa namun lebih kepada mengusik.

"Kenapa, ada nampak Adel macam adik orang lain ke?" Adel menyoal geram.

Along tertawa. Ibu dan papa mengulum senyum dan saling berpandangan. Senang melihat keakraban kedua anak mereka.

"Along ingat anak tenuk mana lah yang melenggang masuk dapur pagi-pagi ni." kutuk Along bersahaja.

"Along memang suka cari pasal dengan Adel kan. Alah, bagitahu jelah Adel cantik hari ni."

Along mencebik.

"Tak da maknanya cantik. Cam taik ada lah." kutuk Along lagi.

Adel mendengus.

"Ahh, tak kisah lah. Janji adik cantik hari ni. Werkk!" Adel jelirkan lidah ke arah Along. Along kembali membalas.

"Dah-dah. Makan cepat. Nanti adik nak pergi sekolah pula kan ambil result." Ibu pantas bertindak meleraikan gurauan antara kami.

Along kembali menyambung suapan makanan yang tergendala. Adel mencedok sedikit bihun goreng ke dalam pinggan sebelum turut disuap masuk dalam mulut.

"Adik nak papa dengan ibu pergi sekali ke?" soal papa lembut. Ditenung raut wajah anak gadisnya. Bibir yang terasa berminyak dikesat dengan tisu.

Adel panggungkan wajah memandang gerangan si ayah di hujung meja. Pandangan ibu dan Along dibalas.

"Adik tak kisah papa. Kalau papa dengan ibu ada masa jom lah pergi sekali. Ramai-ramai meriah sikit." usul Adel perlahan.

Serentak ketiganya mengangguk.

"Kalau macam itu, papa dengan ibu pergi sekali dengan adik. Pukul berapa boleh gerak pergi sana?" putus papa terus. Adel tersenyum.

"Pukul sepuluh dah boleh gerak papa cikgu bagitahu semalam." jawab Adel.

Papa mengangguk.

"Okaylah kalau macam tu. Kita ada lebih kurang dua jam lagi."

"Angah balik tak Along?" soal ibu pula mengambil alih mengajukan soalan. Raut wajah anak bujangnya ditenung.

Along yang enak menyuap makan tersentak. Seraut wajah ibu dipandang. Sudu diletakkan tepi pinggan.

"Tak pasti lah bu. Along ada whatsapp Angah semalam tanya balik ke tak. Angah cakap kalau dia tak sibuk, dia balik lah." jawab Along tenang. Dikerling sekilas Adel yang menekur menunduk di sisinya menguis makanan.

"Macam tu pula. Hari tu beria cakap boleh balik. Apa salahnya kalau balik kejap. Ermm, tak apa lah. Adik makan cepat. Ibu dengan papa naik dulu. Nak bersiap." Ibu bingkas berdiri. Pinggan kotor milik papa turut disambar dan dibawa ke sinki.

" Tak baik awak cakap macam tu. Mungkin Angah betul sibuk kut. Tak apa lah kalau Angah tak ada, kita kan ada boleh teman adik. Dah, jom naik atas bersiap cepat. Nanti lambat pula." ujar papa perlahan sebelum bergerak menuju keluar.

Adel memasang telinga dalam diam. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan Angah ada di bersama mereka dan dirinya di saat-saat berharga seperti ini. Sebuah keluhan dilepaskan.

"Kenapa adik? Along tengok adik senyap je. Tak sedap ke bihun ibu masak tu?" soal Along pantas walaupun dia tahu kenapa Adel beriak sedemikian.

Adel tersentak. Bibir kalut menguntum senyum menutup galau di hati.

"Tak ada apa lah. Sedap je bihun ibu masak ni. Adik cuma rasa nervous je nak ambil result kejap lagi." nafi Adel pantas. Biarlah galau di hatinya menjadi rahsia.

Along tersenyum. Digosok kepala Adel lembut. Adel tersenyum. Bihun disuap payah ke dalam mulut. Namun, masih terselit sedikit harapan agar Angah tetap ada pada saat-saat penting begini.

"Tak payah nak nervous lah. Along yakin adik Along ni dah buat yang terbaik. Along percaya adik akan dapat result yang gempak nanti. Dah makan. In shaa Allah, everythings gonna be fine." Along bertindak menyedapkan hati si adik. Bahu Adel ditepuk perlahan.

Adel tersenyum. Kepala diangguk perlahan.

••••

Kereta diparkir cermat. Along memandang ke belakang mencari kelibat si adik. Sesaat, terbias seraut wajah Adel yang sedang menongkat dagu memandang ke luar. Along termangu seketika. Dikerling sekilas papa dan ibu yang sudah beransur keluar daripada kereta.

"Adik.." panggilan manja Adel diseru perlahan.

Adel tersentak. Pantas dipandang seraut wajah Along yang termangu memandangnya.

"Jom. Kita dah sampai." ajak Along ringkas.

Adel memandang ke luar. Kelihatan ramai calon-calon SPM hadir bersama ibu bapa masing-masing. Terlukis riak gembira dan teruja di segenap wajah mereka. Adel mengangguk perlahan.

Along menolak pintu kereta sebelum tubuh dilolos keluar. Adel menyoroti dari belakang. Sebuah keluhan lemah dilepaskan bila merasakan harapan yang tersimpan seakan kabur. Diintai ke belakang mencari kelibat Angah jika-jika ada. Namun, hampa.

"Adik. Cepat." gesa Along saat melihat langkah Adel yang lambat. Dia perasan kalau kerap kali Adel menjeling ke belakang.

Saat terasa nama diseru, Adel melangkah laju menyaingi kelibat Along dan kedua orang tua mereka yang jauh beberapa tapak ke depan.

"Adel!" laungan seseorang mengejutkan Adel. Adel pantas menoleh. Saat melihatkan wajah Ayana, sebuah senyuman mekar terhias di bibir merah itu.

Kelibat Ayana langsung didekati. Sekelip mata, keduanya berpelukan kejap, melunas rindu yang menggebu di hati setelah hampir dua bulan tidak bertemu.

"Adel. Aku rindu kau." ujar Ayana.

Adel membalas pelukan kemas Ayana.

"Aku pun rindu kau juga." balas Adel riang.

Pelukan dilepaskan namun kedua tangan mereka masih berpaut.

"Dah lama ke kau sampai?" soal Adel.

"Baru lagi. Sebenarnya aku dah nampak kau masa kat parking lagi. Tapi, tengok kau baru nak keluar dari kereta aku gerak dulu datang dewan. Lagipun segan pula aku dengan abang kau" ujar Ayana tersengih.

Adel mencebik.

"Sejak bila kau pandai segan ni?" soal Adel selamba.

Ayana julingkan mata ke atas.

"Kau kan menyempat lagi nak mengutuk aku. Betul lah, aku segan. Lagipun, aku kan jarang jumpa dengan Along kau. Lainlah Hayyan." nafi Ayana. Sesekali dibalas senyuman rakan sekolah mereka yang lain.

"Alah, tak ada apa yang perlu kau nak segan. Along aku okay je." kata Adel. Dijeling kelibat keluarganya.

"Eh, Angah kau tak datang sekali ke?" soal Ayana bila mata hanya terpandangkan kelibat kedua ibu bapa Adel dan Alongnya.

Adel tersenyum tawar. Perlahan, kepala digelengkan.

"Tak datang. Dia busy." jawab Adel perlahan.

Ayana terdiam. Entah kenapa, dia dapat rasakan kesuraman di wajah Adel.

"Kau sedih ke Hayy tak datang sekali tengok kau ambil result?" tebak Ayana perlahan.

Adel melarikan wajah ke arah lain. Mengelak dari membalas tatapan Ayana.

"Tak ada lah. Buat apa nak sedih. Lagipun kau tahu kan hubungan aku dengan dia macam mana. Mana pernah baik." dalih Adel sekaligus menutup rasa terkilan di hati.

Ayana tersenyum. Sekilas ikan di air, dia sudah tahu jantan betinanya. Dia tahu kalau Adel sedang cuba menutupi kesedihan di hatinya.

"Tak payah lah kau nak sorokkan dari aku Adel. Aku tahu apa yang kau tengah rasa sekarang."

Adel diam. Nafas dihela.

"Dah lah, tak payah lah cakap pasal dia lagi. Buang masa je." putus Adel sebal.

Ayana tersenyum.

"Kau janganlah sedih. Mana tahu betul dia memang sibuk. Tak dapat ada dengan kau sekarang." pujuk Ayana. Tak sampai hati pula melihat kesedihan yang berlingkar di wajah Adel saat ini.

Seketika, terdengar suasana riuh para pelajar yang masuk dan keluar dari dewan dengan memegang kertas keputusan masing-masing. Adel dan Ayana saling berpandangan. Serentak, keduanya menghamburkan tawa. Orang lain sibuk dengan mengambil result dalam dewan, mereka berdua boleh pula menyembang santai di luar.

Kedua mereka serentak menghayunkan langkah menuju ke dalam dewan besar. Debaran baru kini mulai terasa. Masing-masing berdoa agar rezeki memihak kepada mereka sekaligus usaha mereka selama ini membuahkan hasil.

"Tahniah, Adel." ucap cikgu Kamisah.

"Tahniah, Ayana." ucapan sama turut dihulurkan.

Adel membelek dekat keputusan di tangan. Seketika, senyuman terukir luas di bibirnya. Tidak ketinggalan Ayana yang turut lebar dengan senyuman.

"Adel, kita tak mimpi kan?" soal Ayana pantas.

Adel menoleh memandang Ayana yang sudah kehilangan kata di sisinya. Dipandang wajah cikgu Kamisah yang tersenyum memandang mereka berdua.

"Tahniah untuk kamu berdua. Tak sia-sia usaha kamu selama ni. Selamat maju jaya! Jangan lupa kami di sini." ujar Cikgu Kamisah sebak.

Adel dan Ayana dihurung rasa terharu.

"Terima kasih cikgu atas segala jasa cikgu selama ni mendidik kami." ucap Ayana perlahan.

Cikgu Kamisah mengangguk gembira. Adel memadang Ayana yang turut memandangnya. Sesaat, mereka saling berpelukan bersama jeritan kegembiraan. Berpusing-pusing keduanya di tengah ruang dewan itu meraikan kecemerlangan mereka dalam keputusan SPM.

Along menjenguk ke dalam saat mata terlihat kedua gadis tersebut saling berpelukan. Terserlah kegirangan di wajah cantik masing-masing. Along mengukir senyuman lebar. Alhamdulilah, Along panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Tak sia-sia usaha Adel selama ini.

Along berbalas pandangan dengan kedua orang tua mereka. Seketika, kelihatan Adel berlari anak menuju ke arah mereka bertiga dengan senyuman lebar. Ibu dan papa sudah dengan riak tidak sabar mereka. Masing-masing menanti dalam debaran.

"Macam mana adik? Okay ke?" soal ibu pantas.

Adel tersenyum lebar sebelum tubuh ibu dirangkul kejap. Ibu terkesima. Namun, tidak lama membalas pelukan anak gadisnya.

"Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Tahniah adik. Papa bangga dengan adik." ucap papa sebak.

Adel rungkaikan pelukan. Kepala Adel digosok perlahan oleh papa. Jauh di sudut hati, dia berasa bangga dan sedih kerana anak gadisnya berjaya dengan cemerlang. Sedikit sebanyak, terasa kurang perasaan bersalah dal dirinya selama ini.

Ibu turut menitiskan air mata. Dikucup pipi Adel semahunya. Sungguh dia bangga dengan kejayaan yang dicapai Adel pada hari ini. Mila, Maleek, anak korang dah berjaya!

"Tahniah sayang. Ibu bangga sangat dengan Adel." ujar Ibu pula dengan sisa tangisan.

Adel tersenyum lebar. Dari kejauhan dia dapat melihat Ayana yang tirut berkongsi kegembiraan bersama dengan ahli keluarganya di hujung dewan. Dibalas senyuman girang Ayana dari jauh.

"See, kan Along dah cakap adik boleh dapat result gempak punya." ujar Along. Digosok kepala Adel beberapa kali. Adel tersengih.

"Terima kasih papa, ibu, Along. Tanpa semua, Adel takkan berjaya sampai tahap ni." ujar Adel merendah diri.

"Apa cakap macam tu. Ini semua usaha adik. Kami saksikan kesungguhan adik untuk berjaya dalam SPM ni. Jadi, adik layak dapat apa yang adik usahakan dengan sungguh-sungguh." pintas Ibu bila dirasakan Adel masih merendah diri.

"Betul cakap ibu tu. Kejayaan adik pada hari ni kerana usaha adik sendiri. Kami cuma bantu apa yang patut saja." ujar Papa pula.

Adel senyum terharu mendengar kata-kata tersebut.

"Tapi, adik tetap nak berterima kasih pada ibu, papa dengan Along kerana selama ni sentiasa support adik. Sentiasa dengan adik. Terima kasih." ucap Adel bertalu-talu.

Ibu dan papa mengangguk seraya tersenyum.

Along menapak mendekati Adel.

"Tahniah adik. Along bangga dengan kejayaan adik pada hari ni." kata Along sambil tersenyum lebar. Bahu Adel dipaut rapat.

Adel tersenyum. Namun, sekilas teringatkan Angah yang tidak dapat turut serta dengan mereka pada hari ini, bersama-sama berkongsi kejayaan. Tapi, cepat ditepis jauh perasaan terkilannya. Pantas, diukir kembali senyuman.

"Jom, kita bergambar kat sana. Lepas tu kita pergi makan. Adik cakap je nak makan apa, papa belanja hari ni." ujar papa.

Serentak kesemuanya ketawa.

"Waa, jarang-jarang ni papa offer nak belanja. Kalau macam tu Along nak makan kari kepala ikan Rimbun Buluh lah papa. Perghh, sedap dia tak boleh bawa bincang." ujar Along bersungguh. Terasa kecur liurnya bila terbayangkan kepekatan kari kepala ikan di restoran terkemuka tersebut.

"Haih, siapa yang dapat result cemerlang ni? Along ke adik?" seloroh papa.

Along tersengih. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Adel hanya tersenyum mengejek.

"Entah. Along pula yang over eh." tambah Adel sengaja.

"Alah, mana-mana jelah. Janji, papa belanja kita makan besar hari ni." ujar Along girang.

"Jom kita pergi bergambar dulu." ajak ibu sambil menarik Adel menuju ke pelamin yang tersedia untuk mengambil gambar. Adel dipakaikan selempang khas untuk pelajar cemerlang keputusan SPM.

••••

Angah lepaskan sebuah keluhan. Tangan membelek telefon.

"Hayy." seru seseorang.

Angah panggungkan wajah. Kepala ditoleh pantas ke sisi. Sesaat, Angah terdiam. Seraut wajah lembut bertudung menyapa ruang kornea matanya.

"Hayra, awak buat apa kat sini?" soal Angah kaku.

Tidak sangka dirinya disapa Hayra Marissa, gadis popular di universiti mereka. Siapa sahaja tidak kenal dengan sosok gadis ini. Kerana keayuan dan kejelitaan wajahnya sekaligus menjadi tarikan kepada lelaki-lelaki lain di universiti mereka. Apabila melihat dengan jarak dekat begini, sedikit sebanyak Angah mengakui kalau gadis ini benar-benar jelita seperti yang dimomokkan oleh pelajar-pelajar lain.

Hayra tersenyum manis. Tidak sangka dia berpeluang menegur Hayyan, salah seorang lelaki hot di pusat pengajian mereka. Angah membalas senyuman manis Hayra. Terasa bergetar dadanya disajikan dengan senyuman menawan gadis itu.

"Boleh saya duduk dekat sini?" soal Hayra perlahan. Diunjuk ruang tempat duduk berhampiran Angah.

Angah pantas memberikan ruang.

"Duduklah. Lagipun, ni kan tempat awam. Tak perlu nak minta izin saya." kata Angah.

Hayra tersenyum lagi. Perlahan dilabuhkan duduknya berhampiran Angah namun masih ada jarak antara mereka.

Angah berdeham. Hayra bertindak membetulkan tudung bawal miliknya. Tetiba terasa dirinya mahu kelihatan cantik di hadapan lelaki itu. Angah membetulkan letak baju di tubuhnya. 

"Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Saya tengok dari tadi awak khusyuk je menunduk." ujar Hayra ramah. Cuba untuk mencipta perbualan dengan Angah.

Angah tersenyum kekok. Digosok belakang lehernya.

"Ohh, tak ada apa. Saja just siapkan draft assigment je. Malas nak pergi library, jadi saya lepak dekat anjung ni jelah." jelas Angah.

Hayra mengangguk faham mendengar kata-kata Angah.

"Sorang je ke?" soal Hayra lagi. 

"Awak pula dari mana? Kelas ke?" soal Angah pula.

Hayra mengangguk sekali lagi.

"Ikutkan ada kelas dekat dewan hujung sana, tapi last minute lecturer bagitahu kelas cancel petang ni. Jadi, terpaksa lah patah balik lalu sini." ujar Hayra. Sesekali direnung wajah tampan milik Hayyan.

Angah mengangguk. Dibalas renungan mata bundar milik Hayra. Terasa berdebar jantungnya dengan renungan gadis itu.

Seketika, detingan whatsapp berbunyi. Angah alihkan perhatian. Telefon dibelek. Hayra diam memerhati. Angah labuhkan kembali renungan ke wajah cantik Hayra.

"Okaylah Hayra, saya gerak dulu. Ada hal sikit." ujar Angah kalut. Teringat dia akan sesuatu. Ralit membalas sapaan Hayra membuatkan dirinya terlupa akan perkara penting.

Hayra kendurkan senyuman melihat Angah yang sudah bangun terkocoh-kocoh ingin beredar. Kalut dia melihat jemari Hayyan ligat memasukkan laptop ke dalam beg yang tersedia.

"Awak nak gerak dah ke? Ada kelas?" soal Hayra pantas. Seboleh mungkin cuba untuk berbual dengan Angah dengan lebih lama.

Angah mengangguk. Sengaja berbohong. Hayra maniskan wajah. Perasaan kecewa dikunci dalam.

"Ya, saya terlupa saya ada kelas lepas ni." balas Angah ringkas. Tangan kalut memasukkan barang ke dalam beg.

Hayra mengangguk lambat-lambat.

"Ermm, kalau macam tu tak apa lah. Mungkin lain kali kita boleh berbual panjang lagi." ujar Hayra menyelitkan harapan.

Angah diam. Seolah tidak mendengar kata-kata Hayra.

"InshaAllah." sepatah sahaja dibalas Angah.

Hayra tersenyum.

Angah kerling jam di pergelangan tangan.

"Okaylah, saya gerak dulu." pamit Angah sambil menggendong beg ke belakang. Hayra turut bingkas bangun.

"Hayy!" seru Hayra kuat bila melihat Angah beberapa tapak menjauh.

Angah hentikan langkah. Menoleh memandang sekujur tubuh Hayra.

Hayra menapak mendekati Hayyan. Angah menanti.

" Ni nombor telefon saya. Kalau awak sudi, saya nak jadi kawan awak." Hayra berterus terang.

Angah tergamam. Huluran tangan Hayra dipandang lama. Berkira-kira ingin menyambut atau tidak.

Perlahan, Hayra selitkan di telapak tangan Angah. Angah diam. Hayra tersenyum. Biarlah kalau katakan dia perigi cari timba sekalipun. Dia tidak kisah kerana baginya dia memang betul-betul mahu berkawan dengan Angah.

"Jumpa lagi Hayy. Hati-hati. Bhai." pamit Hayra sambil menghadiahi Angah dengan senyuman menawan. Angah hanya tegak berdiri. Hayra atur langkah bergerak meninggalkan Angah yang masih termangu di belakang. Bersama senyuman, langkah diatur kemas menuju pulang ke asrama.

Angah menghela nafas. Perlahan, kertas tersebut diselit masuk dalam poket seluar jeans miliknya. Terbayang-bayang senyuman menawan milik gadis itu mengusik hati lelakinya. Langkah diatur kembali menuju ke sesuatu tempat.

••••

Adel berguling sambil membelek telefon di tangan. Gambar-gambar hasil tangkapan pagi tadi dibelek tanpa jemu. Terasa diri cantik serta-merta. Keluhan lemah dilepaskan. Jauh di sudut hati, hati masih rasa terkilan kerana ketiadaan Angah bersama mereka untuk meraikan hari kejayaannya.

Adel atur langkah ke bawah. Ingin menuju ke dapur. Terasa haus pula tetiba. Sudahlah kebelakangan ini cuaca panas. Malam juga masih lagi panas. Kadangkala, sekali dua tiga kali dia mandi. Tekak dilurut atas bawah. Rambut digayakan ala messy bun sahaja.

Bersama telefon di tangan yang rancak membalas whatsapp Mikael, Adel menuruni anak tangga. Sesekali bibir menyeringai sengih membaca lelucon Mikael kepada dia. Sungguh dia rindukan Mikael. Adel melangkah masuk ke ruangan dapur. Lampu diketik. Serentak cahaya menyimbahi dapur.

Telefon dibiarkan terdampar di meja mendedahkan aplikasi whatsapp perbualannya bersama Mikael. Adel bergerak menuju ke kabinet ingin membacuh air. Sesekali terdengar isyarat mesej masuk. Adel mengerling sekilas. Tangan ligat membancuh air.

Angah mengemaskan kedudukan rambut yang terasa serabai. Leher dilentukkan ke kiri dan kanan. Tubuh direnggangkan. Terasa hilang segala sengal di badan akibat menunduk lama. Angah hentikan langkah saat melihat sekujur tubuh Adel bertenggek di birai dapur sedang ralit membancuh air.

Angah hela nafas. Teringat kembali perbualannya bersama Along yang mengatakan kalau Adel berwajah mendung kerana ketiadaan dirinya. Angah atur langkah dengan derap perlahan menuju ke ruang dapur. Tidak berniat ingin memeranjatkan Adel. Dihentikan langkahnya di meja makan. Seiring itu, notifikasi whatsapp bertalu-talu menghiasi skrin telefon Adel.

Angah maju ke arah telefon milik Adel. Angah tersentak bila mana nama Mikael menghiasi dada skrin. Kelihatan Mikael sengaja spam whatsapp kepada Adel. Tanpa lengah, dicapai pantas telefon milik Adel. Dibelek atas bawah skrin tersebut.

'I love you Adel'

Hampir juling mata Angah melihat kiriman whatsapp daripada Mikael. Terbayang jelas wajah Mikael di kotak fikirannya saat ini. Angah mendengus kasar.

"Siapa Mikael ni?" soal Angah dingin.

Adel tersentak. Terkejut disapa tiba-tiba dari belakang. Tubuh dipusing.

"Angah ni kenapa terkejutkan orang tiba-tiba!" soal Adel geram.

Angah diam. Langkah dimaju ke arah Adel.

"Aku tanya, Mikael ni siapa?" soal Angah lagi.

Adel mendengus.

"Orang lah. Takkan haiwan pula kot." jawab Adel acuh tak acuh.

"Main-main kau eh. Aku tanya, jawablah." gesa Angah.

Adel mengeluh.

"Betullah, Mikael tu manusia." jawab Adel lagi.

"Aku tahulah Mikael ni manusia. Aku tak cakap pun dia haiwan." bidas Angah geram.

"Dah tu, Angah tanya lagi kenapa?" Adel sebal. Dah tahu, tanya lagi!

Angah menghembus nafas.

"Adelia Mikayla..." seru Angah dengan gigi yang terketap rapat.

"Dah lah curi-curi baca whatsapp orang. Pastu tanya-tanya orang pula." Omel Adel geram.

Angah diam.

"Jawablah. Siapa Mikael?" Angah kendurkan suara.

"Kawan Adel lah." balas Adel sebal.

"Yang sebaya dengan aku tu ke?" soal Angah lagi.

"Ermm.." gumam Adel malas. Hilang mood dia untuk minum pada malam ini. Terasa hilang rasa haus yang beraja di anak tekak.

"Kawan ke boyfriend?" soal Angah lagi.

Adel mendengus kuat. Rimas disoal bertalu-talu.

"Entah!" jawab Adel.

Angah ketap bibir.

"Susah sangat ke nak jawab soalan aku?" desak Angah.

"Kan Adel dah cakap. Kawan! Tak faham ke apa?" bentak Adel.

"Haa, boleh je jawab kan soalan aku. Bukan aku tanya pasal negara pun." bidas Angah.

"Dah lah. Bak sini balik telefon orang." Adel meragut kasar telefon miliknya di tangan Angah. Sengaja dilanggar bahu Angah. Angah terinjak ke tepi. Sebuah keluhan dilepaskan.

Adel berura-ura ingin melangkah dari ruang dapur. Namun, sekejapan terasa tangannya dipaut. Adel keraskan tubuh.

"Mikayla." seru Angah perlahan. Adel berpura tidak dengar.

Angah tarik Adel merapati tubuhnya. Adel beriak tanpa perasaan. Direnung dada Angah. Angah paut pinggang Adel perlahan.

"Kau marahkan aku?" soal Angah perlahan.

Adel diam.

"Adel."

"Mikayla."

"Adelia Mikayla..." seru Angah.

Adel mendengus.

"Sayang..." seru Angah lembut.

Adel tersentak. Namun, cepat dikawal riak wajahnya.

"Apa?" soal Adel kasar.

Angah sembunyi senyum.

"Aku tanya. Jawablah." arah Angah lembut.

"Adel ni siapa nak marah-marah Angah?" soal Adel sarkastik.

Angah diam. Direnung wajah cantik yang menunduk itu.

"Sorry." ucap Angah.

Adel panggungkan wajah.

"Sorry for what?" soal Adel bingung.

"Sebab tak ada masa kau ambil result kau pagi tadi." ucap Angah kesal.

Adel diam.

"Tak apa. Adel sedar diri Adel ni siapa. Tak penting pun pada Angah." ujar Adel perlahan.

"Adel, kau.."

"Dah lah. Adel mengantuk. Penat nak tidur." Tubuh Angah ditolak lembut. Terlepas pautan di pinggang Adel.

Angah rangkul kembali tubuh genit itu.

"Kau dengar dulu boleh tak?Aku bukan sengaja tak nak datang masa kau ambil result kau tadi, tapi aku ada hal." ujar Angah.

Adel diam.

"Percayalah, aku bukan sengaja." bisik Angah.

"Lain kali, kalau tak boleh datang jangan beria-ria berjanji." rungut Adel.

Angah senyum.

"Apa senyum-senyum?" marah Adel manja. Ditumbuk perlahan dada bidang Angah.

"Kau marah aku lagi?" soal Angah perlahan. Diberikan senyuman menggoda ke arah Adel. Adel terpana.

"Entah." Adel jungkit bahu.

"Jom ikut aku."  ajak Angah tetiba. Adel terpinga.

"Nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Adel kalut.

Angah dudukkan Adel di sofa ruang tamu dengan cermat.

"Kau tunggu sini. Aku datang balik kejap lagi." kata Angah.

Angah berlari memanjat tangga naik ke atas. Adel ditinggalkan seketika. Adel menanti. Tidak lama, terdengar kembali derapan kaki Angah menuruni tangga.

"Pejam mata dulu." arah Angah.

Adel tersentak. Direnung wajah Angah mencari jawapan. Anggukan Angah memaksa Adel memejamkan matanya lambat-lambat.

Adel diamkan diri. Angah keluarkan sesuatu dari poket seluar track miliknya. Dikeluarkan sesuatu dari bekas tersebut. Perlahan, dipasangkan ke tempat yang sepatutnya. Adel tersentak bila terasa sesuatu dipasangkan ke lehernya yang jinjang. Terasa rambutnya disebak ke tepi.

"Okay, buka mata sekarang." bisik Angah perlahan.

Adel bukakan mata lambat-lambat. Dibawa tangannya ke arah leher. Dipegang leher yang tergantung dengan seutas rantai.

"Cantiknya..." ucap Adel teruja. Dipandang wajah Angah dengan rantai di leher bersilih ganti.

Adel pusingkan tubuh menghadap Angah yang ralit merenungnya. Diberikan sebuah senyuman ke arah Angah.

"Kau suka?" soal Angah mesra.

Adel mengangguk laju bersama senyuman lebar. Jujur dia terkejut dengan hadiah yang tidak disangka-sangka dari Angah. Serasa seakan tidak percaya dirinya.

"Marah aku lagi tak?"

Adel menggeleng. Ditundukkan wajahnya. Malu bertatapan dengan Angah.

Angah tersenyum kecil. Dipaut pinggang Adel.

"Tahniah Adelia Mikayla. I'm really proud of you." ucap Angah.

Adel panggungkan wajah. Dibalas renungan Angah.

"Terima kasih." ucap Adel.

Angah senyum. Dimainkan rantai yang terjuntai di leher Adel.

"Tak sangka pandai juga aku pilih kan untuk kau." Angah puji diri sendiri sambil membelek rantai tersebut.

Adel mencebik namun senyuman kembali diukir.

"Terima kasih Angah. Adel suka."

"Ada satu syarat." kata Angah tetiba. .

"Apa?" tanya Adel

"Jangan pernah tanggalkan dari leher kau. Jangan sesekali tanggalkan." pesan Angah tegas.

"Kenapa?" soal Adel bingung.

"Kau tak perlu tahu sebab dia. Just, ingat pesanan aku sampai bila-bila." ujar Angah.

Adel terdiam. Menimbang-nimbang kata Angah. Lama baru kepalanya dianggukkan.

"Good girl. Dah jom naik. Nanti tak pasal kena soal macam-macam nampak dengan diorang." ajak Angah.

Ditarik tangan Adel mendaki anak tangga. Adel menurut. Sampai di muka pintu bilik, dilepaskan tangan Adel perlahan.

"Goodnight girl." bisik Angah sebelum tubuh dilolos masuk juga ke dalam kamar biliknya.

"Goodnight too baby boy." ucap Adel pula tanpa dapat didengari Angah. Masuk ke kamar, Adel menekup wajah dengan bantal. Terasa bahagia hidupnya dijamu dengan perubahan sikap Angah.

Nah utk kalian yang rindukan Angah dan Adel. Teruskan menyokong karya saya. tq. Love uolss! Jangan lupa komen.

Share this novel

Nora Muhamad
2021-11-18 20:16:42 

bila nak update lagi

Nora Muhamad
2021-10-30 21:30:23 

bila nak update lagi

Esjasz Malek
2021-10-16 09:05:59 

sweetnye angah


NovelPlus Premium

The best ads free experience