BAB 20

Romance Series 351253

Angah memandang tajam Adel dari atas pentas. Adel turut membalas sebelum bertindak mengalihkan anak matanya dari Angah. Seram dia dengan tatapan mata helang itu yang seakan ingin membunuhnya. Ikutkan hati mahu sahaja disorokkan badannya. Sudahlah abang fasi yang seorang itu kerap kali meenungnya.

"Okay, sekarang saya akan edarkan kertas atau brochure kepada anda serba sedikit mengenai universiti kita. Jadi, saya minta beberapa orang fasi untuk mengedarkan kertas tersebut sekarang."

Mendengarkan itu, Angah pantas bergerak turun daripada pentas bersama dengan brochure di tangannya.

"Segak kan fasi yang pakai baju putih tu." tegur salah seorang pelajar di tepi Adel.

Adel tersentak. Serasa dia hanya Angah yang memakai baju putih dalam kalangan fasi.

"Yang mana satu?" tanya salah seorang lagi pelajar baharu

"Alah, yang tengah jalan ke arah kita ni. Tengok tengok, dia datang nak bagi kat kita lah." kedengaran galak suara pelajar tersebut saat melihat suusk tubuh Angah yang maju ke barisan mereka.

Adel menahan perasaan. Direnung tubuh lampai Angah yang maju ke arah mereka. Angah dengan riak seriusnya. Adel menelan liur yang terasa kesat. Serba tak kena duduknya saat ini. Pada masa yang sama, fasi lelaki yang kerap kali merenungnya turut melangkah ke arah mereka.

Adel hanya mampu menunggu kedatangan kedua lelaki tersebut ke barisan mereka. Namun, Angah yang hadir terlebih dahulu. Melihat Angah yang sudah berada di barisan Adel, maka fasi lelaki tersebut bergerak menuju ke barisan lain. Adel menghembus nafas lega. Entah kenapa dia dapat melihat aura ketegangan antara dua lelaki itu.

"Nah." hulur Angah tepat di muka Adel.

Adel panggungkan wajah. Direnung brochure dan wajah Angah bersilih ganti sebelum menyambut huluran brosure tersebut.

"Terima kasih." ucap Adel perlahan. Bibir dikemam. Angah mengangguk dingin sebelum bergerak ke arah pelajar baharu yang lain. Adel mengeluh. Sakit matanya melihat dua orang gadis itu yang terkinja-kinja menggeletis dengan Angah.

Tidak lama, Angah kembali kepadanya. Tanpa riak bersalah dan penuh selamba, dilabuhkan duduknya sebelah Adel. Adel tercengang. Dipandang wajah Angah di sebelah.

"Pandang depan bukan pandang aku." bisik Angah. Serentak, Adel toleh ke depan kembali. Dibiarkan Angah di tepinya tanpa sebarang kata sehingga majlis selesai.

Hampir sejam berada dalam dewan, pelajar dibenarkan bergerak keluar untuk bersama dengan ahli keluarga. Adel melangkah menuju keluar. Rimas berada dalam dewan. Langkah diatur pantas menuju keluar namun mengenangkan ada hajat yang harus dilunasi, kaki melencong ke arah tandas.

Adel membetulkan kedudukan baju di badan setelah selesai menunaikan hajat. Asyik berjalan, tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Serasa hilang imbangan, pantas dipaut kuat lengan kekar tersebut. Angah menarik masuk ke pelukannya. Adel memeluk erat pinggang kekar itu.

Adel membulatkan mata bila sedar akan kehadiran Angah. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Angah mengepung tubuh Adel dengan kedua belah tangan. Diperhati wajah cantik milik Adel.

"Angah ni kenapa?" soal Adel geram. Bagai mahu putus nafasnya tetiba ditarik sebegitu rupa. Nasib sahaja dia tidak menjerit kuat. Jika tidak, percuma sahaja dapat malu.

"Buat apa lalu sini?" soal Angah mendatar. Sesekali dikerling sekeliling mereka mencari kelibat manusia. Namun, line kelia.

"Orang buang air kecil lah. Itu pun nak tanya ke. Nampak kan signboard tandas tu." leter Adel.

"Mana lah aku tahu. Kot lah kau sesat ke apa. Kalau aku tahu, tak ada lah aku tanya. Macam lah aku boleh rasa kalau kau nak terkucil nak terberak." balas Angah pula tidak mahu kalah.

Adel mendengus.

"Dah lah, Adel nak keluar pergi kat ibu dengan papa. Tepi sikit." Adel tolak perlahan tubuh Angah menjauhinya.

Angah mengalihkan kedudukan. Duduk rapat-rapat begini takut lain pula jadinya nanti. Adel sudah sedia untuk melangkah pergi.

"Kejap, tunggu aku." dilelar pergelangan tangan Adel. Adel menoleh malas. Kening diangkat.

"Aku pun nak lepas hajat macam kau juga. Ingat, tunggu aku. Jangan pergi mana-mana. Sini banyak buaya." balas Angah sebelum menghilang.

Adel terdiam. 'Buaya'? Dari mana pula datangnya buaya? Naik hairan dia dengan Angah.

Melihat susuk tubuh Angah menghilang, Adel pantas melangkah. Malas dia mahu menunggu Angah. Nanti kalau mereka bergandingan bersama, apa pula kata yang lain? Terlalu awal mahu didedahkan hubungan antara mereka. Biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu.

Adel berlari anak menuju ke arah ibu dan papa yang sedang berada di tempat menunggu.

"Ibu,papa." seru Adel.

Keduanya menoleh pantas. Sebuah senyuman dilemparkan saat melihat Adel menuju ke arah mereka. Keduanya bingkas berdiri.

"Dah settle?" soal ibu pantas.

Adel mengangguk. Digenggam tangan milik ibu. Dilabuhkan duduknya rapat di sebelah ibu.

"Macam mana? Best tak nak belajar kat sini?" soal papa.

Adel mengetap bibir.

"Best tu memang best. Tapi sedih nak tinggal ibu dengan papa." ujar Adel perlahan sambil dipamerkan riak muka sedih. Papa tertawa. Ibu sudah mulai dihambat rasa.

"Mula lah tu nak buat ibu sedih. Ibu kalau boleh taknak adik duk hostel tapi kesian pula kat adik nak kena berulang alik dari rumah." ujar ibu muram. Digenggam tangan Adel erat.

Yelah, semua anaknya kini jauh dari matanya. Jika dulu, ada anak daranya menemani tapi kini tinggal dia dan suami sahaja. Tapi, sebagai ibu dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Pelajaran menjadi keutamaan si anak.

"Alah, nanti adik cuti dia balik lah. Awak ni pun, janganlah bersedih. Kesian dia nak belajar nanti tak senang." papa berpesan lembut.

Adel hanya tersenyum.

"Ibu jangan sedih, nanti adik balik. Kalau rajin adik berulang dari rumah kadang-kadang."

Ibu mulai mengukir senyuman manis. 

"Betul?" soal Ibu meminta kepastian

"Ya, betul. Tapi adik tak janji lah. Adik usaha okay."

Ibu mengangguk seraya tersenyum. Sekurangnya ada harapan Adel akan berada di rumah selalu.

"Eh, Angah tak ada jumpa adik ke?"
soal papa hairan.

Adel mengetap bibir. Belum sempat dia berkata apa, terasa kerusi di sebelah ditarik. Adel tersentak. Pantas kepala dipusing deras ke arah sebelah. Melihatkan wajah Angah, Adel diam.

"Kenapa kau tak tunggu aku?" soal Angah terus tanpa tangguh.

Adel diam.

"Haa Angah. Baru nampak muka. Ingatkan dah tak tahu family sendiri ada kat sini." tegur papa bersulamkan perlian.

"Angah busy la papa." jawab Angah mudah.

Papa menggeleng.

"Kot ye pun busy, jenguklah kami dulu. Ini call pun tidak, whatsapp pun tak." balas papa lagi.

Angah mengeluh.

"Papa dengan ibu dah makan ke?" soal Angah mengalih topik perbualan.

"Dah tadi. Ingat nak ajak Angah makan sekali, tapi bayang kamu pun kami tak nampak, kami makan jelah."

Angah mengangguk. Perlahan, dikelih ke arah Adel yang membisu di sebelah. Sebal dia bila keluar tandas, Adel sudah menghilang. Terang-terangan tadi dia meminta Adel menunggu di luar.

"Kau dah makan?" soal Angah mendatar.

Adel menggeleng perlahan.

"Jom pergi beli makanan." ajak Angah.

Adel tercengang.

"Tapi, Adel tak lapar lagi." balas Adel perlahan.

"Dah tu kau nak makan bila? Kau ingat nanti kau ada masa nak makan?" tanya Angah.

Adel diam. Dialihkan pandangan ke arah ibu dan papa yang rancak bersembang sambil memerhati sekeliling.

"Takpa, nanti Adel makan. Sekarang Adel kenyang lagi." tolak Adel lagi.

Angah mendengus. Tanpa lengah, ditarik tangan Adel. Spontan, Adel terbangun. Ibu dan papa memandang dengan kerutan seribu di dahi. Kemudian, digelengkan kepala mereka melihat keduanya.

Sampai di gerai makanan yang tersedia, tangan Adel dilepaskan. Adel mengeluh dalam.

"Kau nak makan apa?" soal Angah sambil mata meninjau makanan yang dijual.

"Makan hati." jawab Adel sebal.

Angah menoleh malas.

"Jangan nak buat lawak boleh tak? Dah, pilih cepat. Nanti nak settle pasal barang-barang kau lagi." bebel Angah.

"Kan Adel dah cakap, Adel tak lapar. Adel kenyang lagi. Susah sangat ke Angah nak faham?" selar Adel.

Tanpa menghiraukan bebelan Adel, sebungkus nasi goreng kampung bersama beberapa jenis kuih diambil.

"Semua berapa kak?" tanya Angah.

"Rm 10 dik." jawab kakak berumur lingkungan 30-an.

Sekeping duit not merah rm10 disua. Tangan Adel ditarik kembali. Adel menggelengkan kepala. Malas berbalah, diikutkan sahaja rentak kaki Angah. Pandangan orang di sekeliling malas nak dihiraukan.

Bungkusan makanan diletak di atas meja. Kelibat kedua ibu bapa mereka tidak pula kelihatan. Adel mulai resah ditinggalkan berduaan dengan Angah saat ini.

"Tak payah nak cuak sangat, aku bukan nak makan kau pun. Tapi, kalau kau tak makan makanan yang aku beli ni, memang aku akan makan kau." bisik Angah perlahan.

Adel tersentak. Bulat matanya memandang Angah di hadapan. Pipi pun naik merah mendengarkan kata-kata Angah yang tak bertapis tersebut.

Adel berdehem. Angah simpan senyum. Bungkusan nasi goreng dibuka dan ditolak ke arah Adel.

"Makan." arah Angah.

Adel ketap bibir. Dipandang wajah Angah dan nasi bersilih ganti.

"Tak payah nak pandang aku, makan nasi tu. Banyak benda lagi nak kena settle kejap lagi." ujar Angah turun menjamah nasi goreng di hadapan.

Dengan perlahan, Adel menyuap nasik tersebut ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.

"Hai Hayy."

Keduanya tersentak. Adel panggungkan kepala. Terbias seraut wajah cantik perempuan bertudung lavender. Tersenyum manis ke arah mereka. Adel menoleh memandang Angah di hadapan.

"Hayra." sapa Angah kaget. Tidak sangka dengan kehadiran Hayra di antara mereka.

Adel terdiam. Jadi, inilah Hayra, perempuan yang Angah bercakap di telefon tempoh hari. Cantik, patutlah Angah berkenan. Seketika, dia membandingkan Hayra dan dirinya.

"Boleh saya duduk?" tanya Hayra sopan.

Spontan, Adel merenung Angah di hadapan. Menanti jawapan balas daripada Angah. Angah diam, mencari jawapan yang sesuai. Ingin berkata ya, takut Adel terasa dan salah faham. Nak dikata tidak, ini tempat awam. Sesiapa pun boleh duduk. Lama berdiam, kepala diangguk lambat-lambat.

Adel sedaya upaya cuba mengawal riak wajah. Nasi dipandang sepi. Hilang terus selera makannya dengan kehadiran Hayra antara mereka. Hayra dengan riak senyum, melabuhkan duduk di sebelah Angah. Angah terdiam. Spontan, badan terasa keras.

Seketika, Adel dan Angah saling merenung antara satu sama lain. Seolah berbicara dengan renungan yang hanya difahami oleh mereka. Adel pantas menundukkan wajah.

"Siapa ni Hayy? Taknak kenalkan dengan saya ke?" tegur Hayra ramah. Sesekali dipandang wajah Adel di hadapan. Cantik! Desis hatinya.

Angah berdehem.

"Ni Adelia, adik saya." beritahu Angah perlahan. Terasa tak terkeluar perkataan adik dari mulutnya. Adel merenung nasi. Akhirnya, mengaku juga Angah kepada orang bahawa Adel adiknya.

Hayra tersengih.

"Oh ya, hai nice to meet you Adelia." sapa Hayra mesra.

Adel mengukir senyuman kekok.

"Hai..nice to meet you too. Panggil Adel je." balas Adel perlahan.

Hayra mengangguk.

"Saya ingat awak tak makan lagi. Baru nak ajak makan sama-sama." rengek Hayra lembut.

"Kawan awak?" soal Angah

Hayra mengeluh.

"Diorang ada tugas untuk aktiviti esok. So, tinggal saya sorang. Jadi, bosan pula kalau makan sorang-sorang. Tu yang cari awak nak ajak makan sekali. Tapi awak dah makan dulu." ujar Hayra lembut. Tidak berhenti sepasang mata itu merenung wajah kacak milik Angah.

"Ohh, sorry lah Hayra. Saya makan dengan Adel. Kesian pula dia makan sorang-sorang. Lagipun, Adel ni tak boleh kalau lewat makan, nanti perut dia masuk angin." jelas Angah panjang. Direnung wajah Adel yang menunduk menguis makanan.

Adel tersentak. Berkerut dahinya dengan penjelasan Angah. Namun, dibiarkan sahaja. Buat seolah tidak mendengar kata-kata Angah.

Kelihatan Hayra mengangguk faham. Dibelek jam di pergelangan tangan. Baru teringat kalau dia ada janji dengan salah seorang rakannya di blok 3D. Perlahan, tubuh bingkas berdiri.

"Ohh I see. Tak apa lah kalau macam tu. Saya gerak dulu. Kebetulan saya ada janji dengan kawan. Bye, jumpa lagi Adel." tangan dilambai ke arah Adel mesra. Adel turut membalas lambaian Hayra walaupun separuh hati.

Hilang sahaja tubuh Hayra, Angah pantas merenung Adel.

"Aku dengan Hayra tak ada apa-apa. Kau jangan nak memandai fikir yang bukan-bukan." ujar Angah.

Entah kenapa, dia rasa dia perlu menjelaskan siap-siap mengenai hubungannya dengan Hayra. Mungkin kerana, tidak mahu Adel salah faham akan hubungan mereka.

Adel terdiam bila melihat Angah seolah mengerti akan persoalan yang bermain di fikirannya ketika ini.

"Adel tak cakap apa pun." jawab Adel perlahan.

"Hati kau yang cakap." bidas Angah selamba.

Adel terhenyak.

"Luggage kau mana?" soal Angah

Adel menunjukkan jari ke arah tepi tiang.

"Satu luggage je?"

Adel mengangguk.

"Habis makan ni kita pergi dorm kau." putus Angah.

Sekali lagi Adel mengangguk faham. Nak cakap lebih-lebih pun dia bukan tahu selok belok universiti ni lagi. Nanti tak pasal je sesat. Dah satu masalah pula. Mata diangkat merenung Angah yang asyik menyumbat masuk makanan dalam mulut.

Seketika, bibir menguntum senyum mengingatkan keprihatinan Angah pada dirinya. Jauh di sudut hati, dia dapat rasakan kalau dirinya disayangi seperti mana dia menyayangi Angah.

"Senyum-senyum, kiss mulut tu nanti baru tahu." gertak Angah perlahan.

Pantas Adel menundukkan wajah kembali. Nasi yang berbaki disuap kalut. Hati berdoa agar ibu dan papa cepat muncul. Tak betah berduaan dengan Angah. Wajah merah menyala akibat malu ditangkap Angah ketika asyik merenung wajah kacak itu. Sementara Angah pula, simpan senyum. Comel!

haii. welkem to my chanel. hahaha. apa khabar semua? sihat ke? Ayuh kita berdoa, semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan.

Share this novel

Iznawati ahmad
2021-12-20 20:06:14 

cik ziera lama menyepi dirimu..rindu dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience