BAB 19

Romance Series 351253

Adel mengeluh untuk kesekian kalinya. Penat meniarap, tubuh dilentangkan. Menghadap siling yang bercorak bunga merah. Penat sudah mengira bunga di siling, badan dibiarkan pula mengiring ke kanan.

Melihat jam di meja sisi katil berdetak perlahan. Bibir ketap, mata dibiarkan tembus ke luar tirai jendela biliknya. Terbayang kembali perbualan semalam di ruang tamu. Jauh di sudut hati, dia dihurung rasa gembira bila mana papa meminta dirinya menyambung pelajaran di universiti Angah.

Namun, kegembiraan yang kunjung tiba hanya sekejap sahaja, bila Angah secara terang-terangan membangkang keputusan papa. Terasa sedih dirinya. Bukanlah kegembiraan dia dapat belajar bersama Angah kerana adanya Angah di situ, tetapi dia cukup tahu kalau iniversiti Angah merupakan antara universiti terbaik di Malaysia.

Jadi, mana mungkin dia menolak. Menjadi seseorang yang berjaya dan berguna merupakan impian dirinya sejak dahulu lagi. Kerana, dia tahu kalau tiba masanya nanti dia akan keluar daripada rumah ini. Jadi, biarlah dia keluar dalam keadaan dirinya yang sudah ada segalanya.

Sekilas, terbayang wajah mama Mikael di ruang mata. Sehingga kini, masih terasa usapan lembut di tubuhnya. Dia juga perasaan, kalau sepasang mata yang cantik itu seakan sedang menyembunyikan sesuatu. Namun, tak dapat dia cari jawapan kepada persoalan tersebut.

Entah kenapa, seolah terasa dekat dirinya dengan gerangan itu. Tetapi, cepat sahaja ditepis perasaan tersebut jauh-jauh. Mungkin, dia terlalu berharap agar dia dapat bertemu dengan keluarganya yang sebenar secepat yang mungkin.

Adel tersentak saat terasa bahunya dipegang dari belakang. Kepala menoleh deras. Terbias seraut wajah lembut milik ibu di ruang matanya. Senyuman dihulur.

"Ibu.." sapa Adel lembut.

Ibu tersenyum. Perlahan, dilabuhkan punggung rapat di sebelah Adel. Adel menginjak memberi sedikit ruang.

"Adik buat apa kat dalam bilik ni? Kenapa tak turun? Ibu ada masak cucur udang, kegemaran adik." ujar ibu perlahan. Diusap sayang rambut anak daranya.

Adel tersenyum.

"Tak ada apa lah ibu. Saja je nak bertapa dalam bilik hari ni." balas Adel ringkas.

Sebenarnya, dia malas nak bertembung dengan Angah. Sebal dia dengan sikap Angah, kejap okay, kejap tidak. Sakit kepala dia nak melayan.

"Betul? Adik ada masalah ke? Kalau ada, share lah dengan ibu. Mana tahu kut-kut ibu boleh tolong." usul ibu seolah memujuk.

Adel menggeleng.

"Betul. Adel okay jelah ibu. Ibu tak payah lah risau, Adel okay je." tangan Nina digenggam. Nina membalas.

"Adik marahkan Angah ke pasal nak sambung belajar kat uni dia?" soal ibu seakan dapat menebak hati si anak.

Adel diam. Perlahan, mata tunduk merenung jemari di ribaan.

"Taklah bu." jawab Adel hampir tidak kedengaran.

Ibu mengeluh. Ditarik bahu Adel rapat ke arahnya.

"Adik janganlah ambil hati ye dengan kata-kata Angah tu. Macam lah Adik tak tahu, Angah tu kalau dari dulu lagi perangai dia macam tu. Ibu minta maaf bagi pihak Angah ye."

Adel menggeleng laju.

"Ehh, Adik okay lah ibu. Takpa, adik faham Angah macam mana. Cuma, adik terkilan sikit je. Angah macam tak suka adik belajar sekali dengan dia. Tapi, ibu jangan risau adik okay dah." ujar Adel bersungguh. Terasa bersalah pula bila ibu yang bersungguh memohon maaf bagi pihak Angah.

Ibu tersenyum.

"Betul ni?" Nina meminta kepastian.

Adel mengangguk.

"Okay lah kalau macam tu. Tapi, adik jangan simpan dalam hati ye. Angah tu sebenarnya, dia sayangkan adik. Cuma tulah, mungkin dia tak tahu cara dia nak tunjukkan rasa sayang dia macam mana. Orang lelaki ni, mulut kata lain, hati kata lain. Kadang-kadang, hati dan mulut mereka tak berjalan seiring. Jadi, ibu harap adik faham ye." ujar ibu panjang lebar.

Adel terdiam. Mencerna kata-kata ibu. Sekilas, teringat sikap-sikap Angah dari dulu hingga kini. Bila diamati, ada betulnya juga kata-kata ibu. Kadangkala, dia berasa dirinya disayangi, kadangkala dia terasa seperti dibenci. Entahlah, susah dia nak menebak isi hati si abang.

"Okay lah, ibu keluar dulu ye. Nanti adik turun tau. Ibu masak banyak nak bagi adik makan. Jangan risau, Angah keluar." ibu memintas cepat seolah memahami soalan yang bermain di fikiran Adel. Rambut ikal Adel diusap penuh kasih sayang.

Adel tersenyum segan. Perlahan, kepala diangguk. Ibu tersenyum sebelum bergerak keluar dari bilik. Adel mengeluh sekali lagi.

••••

Adel menarik luggage hitam miliknya sebelum disandarkan di tepi tangga. Mata meninjau sekeliling ruang tamu. Seketika, terdengar derapan kaki dari arah tangga. Adel menoleh.

Terbias, wajah kedua orang tuanya. Ibu turun bergandingan bersama papa. Keduanya segak berbaju batik biru lembut. Adel membalas senyuman kedua mereka.

Ibu dan papa turut tersenyum. Ibu memberhentikan langkah tepat di hadapan Adel yang cantik berbaju kurung moden hitam berbunga pink. Terserlah kecantikan semulajadi anak daranya.

"Adik dah siap?" soal papa mesra.

Adel menggangguk.

"Dah papa. Semua dah siap." jawab Adel yakin bercampur girang.

Ibu dan papa tersenyum.

"Amboi, nampak macam tak sabar je anak dara ibu ni nak tinggalkan ibu dengan papa." ujar ibu seolah berjauh hati.

Adel tertawa melihat wajah ibu yang mulai cemberut. Papa turut tertawa kecil dengan reaksi ibu.

"Ibu ni, mana ada lah. Ibu janganlah cakap macam tu. Sedih hati adik dengar." Adel menggenggam kedua belah tangan si ibu.

Ibu diam.

"Ibu, janganlah sedih. Alah, Adel bukan pergi jauh pun. Dalam KL juga." pujuk Adel perlahan.

Ibu panggungkan wajah. Wajah dimaniskan kembali.

"Yelah, yelah. Ibu tak sedih. Sorry sebab cakap macam tu tadi."

Adel tersenyum.

"Haa, macam tulah. Ni cemberut je muka. Dah tak cantik ibu Adik. Kan papa?"

Papa mengangguk laju.

"Aah, nampak buruk lah ibu merajuk macam tu adik." papa menokok tambah.

Ibu menjeling tajam. Amboi, anak beranak sibuk mengenakan dia ehh?

"Amboi Abang pun, seronok eh kenakan saya?" ibu pincingkan mata.

Papa tertawa kuat. Ibu mencebikkan bibir. Adel memerhati dengan senyuman simpul.

"Dah lah, jom. Layan korang, alamatnya lambat lah kita nak daftarkan adik." ibu mulai bergerak menuju ke arah pintu meninggalkan papa dan Adel di belakang.

Keduanya memandang satu sama lain dengan ketawa yang sedang ditahan daripada meletus. Nanti makin marah pula mem besar mereka.

"Jom adik. Nanti makin hangin mem besar kita sorang tu. Takpa, luggage ni biar papa yang bawa." suruh papa perlahan.

Adel tersenyum seraya mengangguk. Perlahan, diorak langkah menuju menyoroti langkah ibu dari belakang.

••••

Tepat pukul 10 pagi, kenderaan mereka di tiba di hadapan dewan besar Tun Abdul Razak. Kelihatan riuh rendah suasana. Adel melangkah keluar daripada kereta mewah milik papa.

Pintu kereta ditutup perlahan. Mata meliar meninjau suasana meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu yang hadir untuk mendaftarkan diri mereka. Kelihatan ramai sanak saudara yang datang memriahkan hari pendaftaran anak, adik, sedara mara mereka.

Along dari awal lagi sudah memaklumkan dan meminta maaf kepada dirinya mengenangkan Along tidak dapat turut serta menghantarnya kerana Along sedang menduduki peperiksaan semester keenam.

Mendengarkan hal itu, Adel hanya tersenyum. Along dihambat rasa bersalah kerana tidak dapat turut serta untuk menemani Adel di hari pendaftaran. Angah pula katanya sibuk. Entah apa yang disibukkan pun tidak tahu.

Angah pun seolah tidak mengalukan kedatangan dia di universiti itu, jadi dia malas untuk mengambil tahu. Lagipula, dia masih terkilan. Namun, jauh di sudut hati dia mencari jika ada kelibat Angah di depan ratusan orang ketika ini. Namun, hampa.

"Adik, menung apa lagi tu? Jom. Makin ramai dah tu." ujar Ibu saat melihat Adel ralit memerhati sekeliling.

Adel tersentak. Kepala diangguk. Diatur langkahnya mendekati si ibu dan bapa. Serentak, ketiganya mulai mengatur langkah ke dewan besar Tun Abdul Razak yang tersergam besar.

Adel dihurung rasa kerdil saat ini melihatkan betapa ramai umat manusia di dalam dewan namun terasa semakin berkobar perasaannya untuk belajar. Tetiba, terasa mata terpanah akan kelibat seseorang di atas pentas.

Segak berseluar jeans biru gelap dipadankan dengan T-shirt putih menyerlahkan ketampanan jejaka itu. Adel hanya memandang. Nampaknya, jejaka itu seolah tidak perasan akan kehadirannya. Ibu dan papa dibiarkan di luar memandangkan hanya pelajar dibenarkan masuk mendaftar dalam dewan.

Adel mengeluh. Perlahan, kaki diatur menapak ke arah meja urusetia yang tersedia. Senyuman diberikan tanda menyapa dan dibalas. Usai, Adel bergerak ke hadapan kerusi yang telah diatur tersusun di hadapan pentas. Adel berdebar bila merasakan jarak dirinya dan pentas makin dekat dengan jejaka tersebut.

Jejaka itu seakan tidak sedar akan kehadiran Adel. Adel tidak tahu sama ada jejaka tersebut memang sebetulnya tidak perasan akan kelibat dia atau sengaja mengelak dari berpapasan dengan dirinya. Adel mengatur langkah demi langkah.

"Okay, pelajar yang selesai mendaftar di kaunter, boleh bergerak mengambil tempat di duduk yang disediakan kerana akan diadakan sesi orientasi pelajar. Jadi, mohon kerjasama para pelajar untuk melancarkan perjalanan majlis kita pada hari ini." suara kuat seorang fasilitator lelaki kedengaran kuat bergema dalam dewan.

Adel mengambil tempat duduk di baris keempat. Sengaja Adel memilih untuk duduk di baris tersebut. Ia menjadikan kedudukan dia tidaklah terlalu dekat dengan Angah yang sedang berada di tepi pentas sedang bersembang dengan salah seorang fasilitator.

Kelihatan Angah rancak sekali bersembang dan bergelak ketawa. Adel mengeluh. Terasa dia dengan sikap Angah. Kalaupun betul Angah tidak suka akan dirinya belajar di situ sekalipun, janganlah sampai langsung tidak mengambil tahu tentang dirinya yang akan mendaftar pada hari ini. Adel menunduk.

"Okaylah, sementara kita menanti rakan-rakan kamu yang lain selesai mendaftar, marilah kita adakan sesi sembang santai. Jangan risau, jangan takut kita sembang-sembang saja. Jadi, kalau jadi yang bertuah tu jangan malu dan segan ye adik-adik." sekali lagi suara fasi lelaki tersebut bergema.

"Hayy.."

"Hurmm.."

"Kau ada cakap hari tu, adik kau masuk belajar dekat sini."

Angah diam. Namun, dibalas dengan jungkitan bahu.

"Lahh, takkan kau tak tahu kut. Kau biar betul Hayy. Adik kau kut, bukan jiran kau." Alif menegur.

Angah mengeluh.

"Biarlah dia masuk belajar sini ke tak. Yang kau sibuk-sibuk ni apehal? kau nak try adik aku ke apa?" senang Angah memberi balas.

Alif tercengang.

"Kau ni Hayy, apa pula sampai ke situ fikiran kau ni. Bukanlah aku nak try. Tapi aku hairan, kau macam biasa je. Tak pergi pun kat adik dengan family kau kat luar sana." tegur Alif

"Takkan aku nak sambut dengan paluan kompang, red carpet bagai kut? Kau ni pun." cebik Angah.

"Taklah sampai macam tu. Cuma, kau macam tak meraikan adik kau sambung belajar dengan kau kat sini." bidas Alif terus terang.

Angah tersentak. Ketara sangatkan reaksi yang ditonjolkan? Adui..

"Alah, nanti aku pergilah jenguk adik aku. Kau pula yang lebih-lebih macam dia adik kau. Aku debik kejap lagi." Angah membuat gaya ingin melempang.

Alif tertawa.

"Tapi, aku rasa mesti adik kau cantik kan, Hayy? Sebab tu kau tak bagi kita orang ikut kau jumpa adik kau nanti."

Angah ketap bibir.

"Memang taklah aku nak ajak korang. Korang tu buaya tembaga. Semua nak dirembatnya." selar Angah.

Alif tertawa.

"Kau melampau sangat statement kau tu Hayy. Aku ni pencinta wanita yang setia tahu. Setia macam aku, kau samakan dengan buaya tembaga. Agak-agaklah bro.."

Angah tersenyum senget.

"Konon! Piiiraaahhh..Dasar buaya tembaga, ada hati mengaku setia." kutuk Angah lagi.

Alif hanya tertawa.

"Adelia.." seru fasi lelaki tersebut.

Serentak Angah menoleh deras bila merasakan nama yang cukup sinonim dengannya disebut kuat. Adel turut menoleh memandang ke arah Angah. Pandangan fasi lelaki di hadapan yang merenung dirinya dibiarkan.

Sesaat, keduanya saling berpandangan antara satu sama lain. Adel menelan liur bila terasa, kelibatnya sudah berjaya disedari Angah. Angah merenung dari atas pentas. Alif sudah bergerak turun dari pentas menuju ke kaunter pendaftaran.

"Adelia, nice name. Macam tuan empunya badan."

Angah sudah berubah riak mendengarkan kata-kata fasi lelaki tersebut. Adel tersentak. Perlahan, Angah mengalihkan renungannya menentang wajah fasi lelaki itu. Namun, kelihatan hanya senyum senget diberikan sebagai balasan kepada Angah.

Jangan lupa titipkan komen yg murni2 sahaja ye. Tq.

Share this novel

badgirl
2021-12-03 12:39:29 

best good

badgirl
2021-12-03 12:39:27 

best good

badgirl
2021-12-03 12:39:25 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience