BAB 36

Romance Series 351310

Angah merenung Adel yang tenang menyumbat pakaian ke dalam beg galas miliknya. Nafas dihela perlahan. Sekilas, fikiran melayang kepada mama kandung Adel. Apakah tepat keputusan yang mereka ambil? Berkahwin tanpa persetujuan sang Ibu? Akan kekalkah perkahwinan mereka?

Arghhh, jujur sebenarnya sangat sulit untuk dia lakukan. Tapi, perasaan sayang terhadap Adel juga tak dapat dia sembunyikan. Sungguh, Angah dalam dilema saat ini, ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Fikirannya saat ini sarat dengan segala persoalan dan kebimbangan.

"Angah.." Adel menyeru perlahan.

Tangan yang lincah menyumbat pakaian ke dalam beg berhenti serta merta. Tubuh berganjak mendekati Angah yang ralit memandang ke luar tingkap hospital. Tegak mematung sedari tadi. Entah apa yang dilamunkan buah hatinya juga dia tidak dapat tebak.

Angah tersentak. Pantas kepala ditoleh saat menyedari langkah Adel yang mampir ke arahnya. Sebuah keluhan dihembus.

Adel labuhkan duduk di sisi Angah. Sebuah senyuman dihulurkan. Angah membalas pendek. 

"Angah okay?" soal Adel. Bahu Angah diusap lembut.

Angah mengangguk. Biarlah apa yang dirasai saat ini bergema dalam hati dan fikirannya seorang sahaja. Dia tidak mahu kalau kebimbangan yang dirasai turut membelenggu Adel.

"Aku okay. Kau dah siap kemas ke?" tanya Angah sekaligus mengalihkan topik perbincangan yang bakal menjurus ke arah hal mereka.

Adel tersenyum seraya mengangguk.

"Dah siap. Rasanya kita dah boleh discharged dah. Jom." ajak Adel lembut.

Angah mengangguk. Langkah diatur keluar dari wad. Adel mengekori dari belakang dengan menjinjit beg barangan Angah. Mujur tidak banyak barang bakal suaminya.

Usai urusan di kaunter menguruskan hal Angah, Adel mampir ke arah sang jejaka yang santai menunggunya di kerusi. Serentak, mereka beriringan menuju ke kereta.

Adel menoleh merenung Angah yang tenang memandu kereta di sisinya. Bibir dikemam. Jari jemari di ribaan bermain sesama sendiri.

"Kenapa?" tanya Angah sambil menoleh memandang Adel sekilas di sisinya. Kening diangkat sekaligus menjadikan wajah Angah kelihatan macho disitu.

Adel tersentak. Kepala digeleng lambat-lambat.

"Sayang.." seru Angah meleret.

"Huh?" Adel merenung Angah

Angah pantas membawa jemarinya bertaut dengan jemari runcing Adel.

"Kenapa? Kau ada benda ke nak cakap atau tanya aku? Just go on. Aku dengar." arah Angah lembut.

Adel menarik nafas dalam sebelum dihembus. Kekuatan dikumpul.

"Bila kita nak kahwin?" tanya Adel senafas.

Angah terdiam. Lama matanya diluruskan memandang ke depan. Pertanyaan Adel menyentakkan dirinya. Entah apa yang harus dikatakan kepada Adel.

"Angah. Jawablah." pinta Adel separuh merayu.

Angah berdehem. Jari Adel digenggam erat.

"Sayang, listen." arah Angah.

Adel diam memasang telinga. Menumpu sepenuh perhatian terhadap apa yang bakal diperkatakan Angah.

"Kita kahwin. Tapi bukan dalam masa yang terdekat. Aku nak jumpa mama kau dulu. Walau apa pun, aku tetap kena jumpa mama kau. Mohon restu dia even dia tak suka. Itu tanggungjawab aku." jelas Angah.

Adel terdiam.

"Macam mana kalau mama tolak Angah?" tanya Adel.

Angah mengeluh.

"Sama ada dia tolak, dia marah atau apa sekalipun, ia tetap menjadi tanggungjawab aku untuk jumpa dan mohon restu daripada dia, sayang. Dia ibu kandung kau. Kita tetap perlu dahulukan dia." ujar Angah tenang.

"Adel takut, takut kalau mama tetap tak restu hubungan kita. Adel tak sanggup hilang Angah." Adel berkata sayu.

Angah tersenyum hambar. Kepala Adel diusap lembut.

"Aku pun tak sanggup hilang kau. Kau tahu kan?" Angah menyoal perlahan.

Adel mengangguk lemah.

Adel meluruskan pandangan ke hadapan. Akankah mama merestui mereka sedangkan harapan untuk mereka bersatu juga tipis saat ini?

Adel menoleh melabuhkan renungan ke wajah Angah. Mampukah dia melepaskan lelaki ini jika jodoh tidak berpihak kepada mereka?

"Angah takkan mungkir janji kan? Walau macam mana pun kita tetap akan kahwin kan?" Adel bertanya sayu.

Saat ini hatinya perlukan jaminan daripada Angah walaupun dia tahu mereka punya seribu halangan di hadapan. Dan halangan itu, sudah pasti datangnya dari sang ibu. Angah merenung Adel. Lama mereka berbalas renungan. Adel menuntut jaminan, Angah pula dihambat kebimbangan.

Namun, untuk tidak menghampakan Adel, sebuah anggukan diberikan bersama genggaman erat yang bertaut antara mereka.

Adel mengeluh kelegaan. Tangan Angah dibawa ke bibir dan dikucup lama. Doanya, agar yang baik-baik sahaja untuk mereka.

••••

Tiga bulan kemudian

Adel menunduk merenung jemari di ribaan yang tersarung kemas dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian putih. Cantik bersilau memukau pandangan. Tidak sangka, akhirnya dengan sekali lafaz, dirinya sah bergelar isteri kepada Hayyan.

Angah yang sedang melakukan solat sunat di hujung ruang masjid, dipandang dengan perasaan sayang yang menggebu. Akhirnya, jodoh berpihak kepada mereka walaupun tentangan daripada Ibu kandungnya, Mila.

Mengingatkan sang Ibu kandung, Adel dihurung rasa sedih dan pilu. Fikiran terus terbayang akan kejadian yang berlaku beberapa bulan sebelum mereka diijabkabul pada hari ini.

"Mama tak setuju!" lantang suara Mila mengejutkan seisi rumah agam yang terang disuluh lampu berantai cantik.

Serentak semuanya, mengalihkan pandangan merenung Mila yang turun naik nafasnya menahan perasaan. Adel yang berada bersebelahan Mikael dipalu debar.

Mikael menggenggam erat tangan sang adik yang menikus di sebelahnya. Kekuatan miliknya disalurkan kepada Adel. Dari kedinginan jari jemari Adel, dapat dia tahu kalau Adel saat ini dihurung rasa takut melihat ketegasan yang dipamerkan sang Ibu.

"Jangan risau, Abang dengan papa ada." bisik Mikael perlahan.

Adel menoleh memandang Mikael di sisi. Sedikit sebanyak, ketakutan yang dirasai pudar dengan kata-kata Mikael.

"Mila, saya merayu tolonglah restu hubungan Angah dengan Adel." Rayuan Nina sekali lagi membuatkan kesemua mereka tersentak kecuali Mila.

Maleek dan Rizal menghembuskan sebuah keluhan. Biarlah mereka menjadi pemerhati terlebih dahulu.

"Awak tak dengar atau pura-pura tak dengar Nina? Saya dah kata, saya tak setuju. Susah sangat ke awak nak faham kata-kata saya? Saya rasa saya bercakap dengan awak dalam bahasa Melayu." bidas Mila.

"Kenapa susah sangat awak nak restu hubungan Adel dengan Angah? Apa salah mereka pada awak?" tanya Nina kuat.

Mila menentang wajah Nina.

"Awak rasa kenapa?" soal Mila kembali.

"Takkan kerana kejadian tu awak terus nak hukum mereka? Tak adil awak nak hukum mereka sedangkan itu salah kami, bukan salah mereka berdua."

Mila tersenyum sinis.

"Memang bukan hukuman untuk mereka, tapi hukuman untuk awak dan family awak sebab gagal jaga Adel." jawab Mila.

Perlahan, Nina merebah kedua lutut ke lantai.

"Ibu!"

"Ibu!"

Serentak, Adel dan Angah bersuara. Terkedu mereka saat melihat Nina melutut di lantai menghadap ke arah Mila.

Mila turut tersentak dengan tindakan Nina. Sedikit sebanyak, hati dijentik rasa sayu. Namun, cepat ditepis.

Angah menerkam ke arah Nina. Bahu sang Ibu dipaut kejap seraya menarik bangun tubuh itu namun Nina menepis. Angah tergamam. Takkan begitu sekali pengorbanan ibu pada mereka? Serta merta mata terasa panas.

Adel turut bangun bersimpuh di tepi Nina. Mila menahan perasaan. Begitu sekali relanya Nina melutut demi sebuah 'restu'.

"Sekali lagi saya merayu. Tolong! Restui mereka. Saya tak kisah kalau awak nak hukum saya, tapi tolong jangan hukum mereka berdua. Mereka anak saya. Saya cuma nak mereka bahagia. Tolong, saya mohon secebis ihsan keibuan daripada awak. Restui mereka, Mila. Hanya itu yang saya minta." rayu Nina berserta linangan air mata.

Adel sudah terhincut menangis. Angah pula menyapu air mata yang menitis. Sungguh, dia tidak sanggup melihat sang ibu diperlakukan sedemikian rupa.

"Merayulah macam mana sekalipun, saya takkan berpatah balik dengan keputusan saya, Nina." ujar Mila.

"Mama please. Izinkan kami berkahwin mama. Adel merayu." Adel merangkak menuju ke arah Mila. Tangan memeluk kedua betis milik Mila.

Mila kemam bibir. Mata serta merta panas bertakung dengan air mata.
Mikael pantas bingkas bangun. Menarik Adel yang teresak memeluk kaki si ibu. Maleek ketap bibir.

"Mila. Abang mohon, buanglah ego awak. Tak guna kalau awak panjangkan hal ini, kalau anak-anak kita jadi taruhannya. Percayalah, apa yang terjadi ni kehendak Allah. Kita hanya manusia, Mila. Tak lari dari kesilapan. Mila yang abang kenal, bukan jenis seorang pendendam dan ego. Mila yang abang kenal, penuh dengan kasih sayang dan tolak ansur. Abang mohon, janganlah hukum mereka macam ni. Kasihanilah Adel dan Hayyan."

Mila mengelap air mata yang menitis di pipi.

"Kalau bukan kerana salah abang dulu, saya takkan jadi macam ni." ujar Mila berbisik keras.

Maleek menunduk. Sebuah keluhan dilepaskan.

"Mama.." Mikael menyeru perlahan. Kedua kaki turut melutut memegang tangan sang Ibu.

"Mika tak pernah minta apa-apa daripada mama selama ni. Sekarang, Mika nak minta satu je mama. Tolonglah, restui Angah dan Adel. Takkan mama nak biarkan adik jauh sekali lagi dari kita? Bukan ke peluang macam ni yang mama tunggu selama ni. Adik kembali hidup dengan kita." pujuk Mikael perlahan.

Mila diam. Hanya pandangan lurus ke hadapan.

"Please, mama. Mika merayu." sekali lagi rayuan diluah. Namun, Mila masih diam. Tegak merenung lurus ke hadapan.

Angah bangun. Jujur, dia sudah tidak kuat. Dengan kekuatan yang masih bersisa, bahu Nina direngkuh kuat. Nina spontan terbangun. Wajah Nina dipegang. Air mata Nina yang merembes Angah sapu perlahan.

Cukuplah dia melihat Ibunya diperlakukan sedemikian rupa.

"Jom bu kita balik. Angah dah tak sanggup tengok Ibu merayu macam ni." ajak Angah sebak.

Adel tergamam. Wajah didongak merenung Angah. Bibir terketar. Jangan cakap kalau Angah sudah berputus asa dengan hubungan mereka.

"Angah.." Adel menyeru perlahan.

"Mila. Tolong, abang mohon." Maleek merayu sekali lagi.

Mila mengangkat tangan tepat di wajah Maleek sebagai isyarat supaya Maleek tidak meneruskan lagi kata-kata.

"Cukup! Saya taknak dengar apa-apa lagi. Saya tetap takkan berpatah balik dan saya tetap dengan keputusan saya. Muktamad!" usai, terus diatur langkah mendaki tangga menuju ke atas.

Adel bangun perlahan-lahan menuju ke arah Angah yang tegak berdiri. Angah merenung Adel.

"Kita tetap akan kahwin kan?" tanya Adel lambat-lambat.

Angah menunduk.

"Sayang. Maafkan aku sebab terpaksa mungkir janji." Angah bersuara tersekat-sekat berlawan dengan sebak.

Adel sudah membulatkan mata. Bibir terketar-ketar. Kepala digeleng tidak percaya.

Angah panggung wajah. Air mata Adel disapu perlahan.

"Aku sayangkan kau tapi kasih sayang aku tak mampu lawan kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Aku doakan supaya kau dapat jodoh yang lebih baik daripada aku. Maafkan aku sebab terpaksa mungkir janji. Aku harap suatu hari nanti kau dapat maafkan aku. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap sayangkan kau. Selamanya, Adelia Mikayla." ucap Angah menangis pilu.

Yang lain sudah memandang ke arah lain. Masing-masing turut menyapu air mata yang menitis di pipi.

Adel diam. Mata merenung Angah tanpa kelip. Sesaat, terasa nafasnya sesak. Cuba bernyawa namun seakan ada sesuatu yang menghempap dada. Pandangan yang jelas mulai kabur dan kelam sebelum semuanya berubah menjadi gelap gelita.

"Sayang!"

"Adik!"

"Adel!"

Hanya itu yang mampu dia dengari sebelum terasa dia rebah di pangkuan Angah.

"Sayang." sebuah kucupan terasa hinggap di pipi.

Adel tersentak. Kejadian lepas yang bermain di fikiran terbang melayang diganti dengan wajah sang suami yang segak menyarung baju Melayu berwarna putih dihiasi dengan songkok. Ahh, benar-benar bertuah dia memiliki Angah.

"Abang." seru Adel perlahan.

Angah tersenyum.

"No more Angah?" seloroh Angah.

Adel tersenyum malu.

"No more." balas Adel dengan wajah kemerahan.

"Tak sabar malam ni." ujar Angah berbisik rapat di telinga Adel

Adel mengerutkan dahi. Kenapa dengan malam ni? Ada apa-apa acara ke?

"Kenapa dengan malam ni?" tanya Adel polos.

Angah tercengang sebelum ketawa kuat dilepaskan. Aduhai isteri, naifnya.

"Alah, sayang ni blur lah. Sayang rasa ada apa malam ni?" Angah bertanya dengan wajah beriak nakal. Kening diangkat dan dimainkan.

Adel diam. Lama difikirkan sebelum akhirnya fikiran dapat menangkap maksud kata-kata Angah. Serta merta wajah terasa merah membahang.

"Dah tahu kenapa malam ni?" usik Angah.

"Ish, abang ni. Tak ada benda lain ke nak fikir. Huh!"

Angah tertawa sekali lagi.

"Apa pula salah abang. Betul lah, memang itu kan kalau lepas kahwin. Sayang ni macam tak biasa pula."

Adel mencebik.

"Memanglah tak biasa. Bukan pernah kahwin pun sebelum ni." balas Adel tak mahu kalah.

"Nanti abang buat sayang biasa."

Adel pantas mengeluarkan sepit ketam miliknya. Angah sudah seram.

"Okay, okay. Jangan cubit abang. Sorry sorry. Gurau sikit pun tak boleh. Kahwin sorang lagi baru tahu." kalut Angah bersuara.

"Jangan nak mengada. Buatlah kalau berani. Adel potong abang 18, kasi Anjing makan."

"Wow,ganasnya isteri abang. Tapi suka." usik Angah lagi.

"Cakap lagi, Adel cubit abang betul-betul kang." ugut Adel sambil mengacah ingin mencubit sang suami.

"Taknak lah sayang. Sakit. Tak kesian ke kat abang? Nanti malam tak boleh nak beraksi dah dengan sayang."

Adel menjegil mata.

"Tengok tu, cakap lagi."

"Okay fine. Tak cakap dah."

"Betul?"

Angah mengangguk.

"Jom keluar. Diorang dah tunggu kita dah tu." ajak Adel.

Keduanya serentak bingkas bangun berpimpinan tangan menuju ke arah ahli keluarga yang sedang berada di bawah khemah menunggu mereka.

"Sweetnya pengantin baru kita ni." usik Along.

Angah mencebik. Adel tersenyum. Pinggang Angah dipeluk kejap dari sisi. Angah memaut bahu Adel rapat ke tubuhnya. Sweet sangat!

"Tahniah Adik, Angah. Abang doakan supaya korang bahagia selamanya. Apa pun, abang sentiasa ada dengan korang." ujar Mikael perlahan. Tubuh Adel didakap erat.

"Thanks abang. I love you." ucap Adel.

"Kat abang tak kasi I love you pun." rajuk Angah.

Adel tertawa.

"Malam nanti Adel say I love you banyak-banyak kat abang." Adel berbisik perlahan.

Angah menoleh ke sisi. Wajah jelita sang isteri dengan sentuhan mekap dari Ilya ibtisam benar-benar memukau matanya.

"Janji?"

Adel mengangguk laju. Sebuah senyuman manis diberikan.

"Adik." Maleek bersuara perlahan.

"Papa." Adel membalas.

"Tahniah anak papa. Papa doakan semoga perkahwinan adik kekal selamanya. Jadi isteri yang baik, dengar cakap suami. Ingat, apa pun yang berlaku papa sentiasa dengan adik. Harungi ujian sebagai suami isteri dengan tabah ya sayang." pesan Maleek penuh kebapaan.

Adel mengangguk hiba. Tubuh sang papa dipeluk kejap.

"Tapi mama.." Adel bersuara perlahan.

Maleek menepuk bahu Adel.

"Pasal mama Adik jangan risau. Nanti papa pujuk mama. InshaaAllah suatu hari nanti, mama akan terima. Kita doakan yang terbaik ya." pujuk Maleek menenangkan Adel.

Adel mengangguk.

"Angah. Jaga dan sayangi Adel sebaiknya ya. Jangan kecewakan anak papa." pesan Maleek seraya memeluk kejap menantunya.

"InshaaAllah papa. Hayyan akan jaga Adel macam nyawa Hayyan sendiri. Doakan kebahagiaan kami." pinta Angah. Bahu Adel dipeluk kejap. Adel memandang Angah. Serasa tak puas memandang suami sendiri saat ini. Arghh, bahagianya rasa. Macam tak percaya mereka kini suami isteri.

Maleek mengangguk.

"Always." Maleek membalas.

"Jom semua, kita balik. Mama ada masak special untuk semua sempena hari bahagia adik dan Angah." ujar Nina girang. Soal Mila, dilupakan seketika.

Biarlah saat ini, kegembiraan menghiasi mereka. Kerana di masa hadapan, belum tentu lagi kegembiraan ini akan kekal.

Angah menarik Adel sekaligus menghentikan langkah sang isteri.

"Kenapa abang?" tanya Adel.

"Abang lupa nak cakap something kat sayang." ujar Angah. Kelibat ahli keluarga mereka yang lain dibiarkan maju ke hadapan.

"Apa?" soal Adel bingung.

"Sayang cantik sangat hari ni. Macam angel." bisik Angah romantis. Sebuah kucupan dilabuhkan di pipi Adel.

Adel tertawa kecil. Ingatkan apalah tadi yang suaminya mahu katakan.

"Abang pun handsome sangat. Rasa macam nak kunyah-kunyah je." seloroh Adel. Pipi Angah diusap manja.

"Tunggu malam ni. Nak kunyah lama-lama pun takpe. Abang rela."

Adel menjulingkan mata ke atas. Bahu Angah ditampar lembut.

"Dah lah, malas layan abang. Asyik nak menggatal je."

Angah tertawa. Langkah Adel dikejar sebelum tubuh itu disauk dan didukung gaya bridal. Adel tergamam. Pantas, tangan memaut leher Angah. Keduanya tertawa mesra. Bahagia bergelar suami isteri.

Tanpa sedar, aksi-aksi manja mereka sedari tadi dirakam oleh kedua abangnya secara sembunyi. Jangan tak tahu, kedua abangnya merupakan jurugambar sambilan.

"Aku harap diorang bahagia selamanya." ujar Along sambil tersenyum.

"Aku pun harap macam tu." ujar Mikael turut menyahut perlahan. Keduanya berbalas senyuman.

Tak minta banyak, nak minta semua orang komen tanda korang hadir support karya Zira. Hehe. So macam mana bab kali ni? best ke best sangat-sangat? Berapa bintang boleh kasi? Jangan lupa, kasi reward. Hahahahaha. okaylah, happy reading semua. muah!

Share this novel

Khairina Haziqah
2022-03-03 06:28:00 

baca Bab1 2100 Abis pukul6:15 best sgt

Khairina Haziqah
2022-03-03 06:26:01 

waaaaa rasa na nngis

alexa
2022-03-02 14:10:27 

auuu . i is jeles . tq update sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience