BAB 14

Romance Series 351253

Seperti yang dijanjikan, petang ini merupakan datenya bersama dengan Along. Sebenarnya, bukanlah dirancang cuma Along saja untuk meluangkan masa bersama Adel memandangkan semalam Adel ditimpa sakit.

Jam yang berada di pergelangan tangan dibelek. Tepat jam sepuluh pagi. Memandangkan, mereka merancang untuk pergi ke beberapa tempat, maka seeloknya jam sebegini mereka sudah keluar. Kartun yang terpasang di televisyen dibiarkan berbunyi nyaring sementara tangan ligat membalas Whatsapp daripada si buah hati, Aira.

"Along." tegur ibu perlahan.

Along menoleh pantas. Terbias seraut wajah ibu di penglihatan. Kelihatan peluh berjejeran di wajah si ibu.

Along kerutkan dahi. Hairan dengan penampilan si ibu pagi ini.

"Ibu jogging ke apa?" soal Along sambil membelek si ibu atas bawah.

Ibu mencebik.

"Tak ada maknanya ibu nak jogging. Ibu dari belakang, berkebun." jawab ibu. Peluh di dahi dikesat dengan tangan. Kipas dikuatkan kelajuannya.

"Ibu tanam apa je kat belakang?"

"Banyak ibu tanam. Ada cili, bendi, terung. Tapi ibu banyak tanam ulam-ulaman lah. Biar badan sentiasa sihat." ujar ibu.

Along mengangguk.

"Nanti boleh lah ibu masak asam pedas letak bendi. Letak banyak-banyak tau bu. Along suka. Asam pedas ibu memang terbaik lah." puji Along rancak.

Ibu tertawa.

"Yelah tu. Hari tu ibu masak Along makan sikit je." rungut ibu.

Along tersengih. Digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hari tu Along rushing lah ibu. Ingat sebelum balik sana petang tu nak makan sekali lagi, tapi tak sempat. Sampai sana terbayang-bayang asam pedas ibu." Along menceritakan perkara sebenar sekaligus mengambil hati ibu semula.

Ibu tersenyum seraya mengangguk.

"Yelah, nanti ibu masakkan untuk Along. Kesian dia ya, sampai meleleh-leleh air liur."

Along tertawa.

"Mestilah."

"Ni segak-segak ni nak pergi mana? Keluar dating dengan Aira ke?" soal ibu seraya dibelek anak terunanya lama.

Along tersenyum.

"Bukan keluar date dengan Aira tapi dengan Adella." ujar Angah. Kening diangkat tinggi.

"Ohh. Angah tak ikut sekali ke?" soal ibu lagi.

"Entah. Tak kut ibu. Macam lah ibu tak kenal Angah tu macam mana. Memang tidak lah dia nak keluar kalau ada adik sekali." kata Along.

Ibu mengeluh.

"Entahlah Along. Ibu pun tak tahu dah nak buat macam mana untuk buat Angah terima adik. Dah lama, bertahun-tahun tapi Angah masih macam payah nak terima Adel." keluh Ibu perlahan.

Along tersenyum. Tubuh bingkas bangun. Dibawa merapati ibu. Dipaut bahu ibu rapat.

"Ibu janganlah risau. Along yakin, suatu hari nanti Angah akan terima adik. Walaupun bukan sebagai adik tapi sebagai seseorang yang dekat dengan hati dia. Who knows?"

Ibu terdiam. Agak kurang jelas dengan maksud kata-kata yang terluah daripada bibir Along.

"Maksud Along? Ibu tak faham."

Along tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Tak ada apa lah bu." dalih Along.

Biarlah apa yang dia ketahui dan rasai menjadi sebuah rahsia dirinya seorang. Sekarang bukanlah satu masa yang sesuai untuk dijelaskan. Namun, dia yakin suatu hari nanti apa yang dia rasai akan terungkap.

"Along, ibu. Buat apa tu?" Angah menyoal perlahan.

Keduannya tersentak. Tidak sedar akan kehadiran Angah yang tiba-tiba hadir antara mereka. Tidak pula bunyi derap kaki Angah menapak ke arah mereka atau mereka yang tidak sedar?

"Tak buat apa pun. Saja je ibu borak-borak kosong dengan Along." ujar ibu sambil tersenyum.

Angah mengangguk. Dikerling Along di sisi ibu. Segak pagi ini dengan mengenakan seluar khakis dan Tshirt putih.

"Along nak pergi mana pagi-pagi ni? Keluar date eh?" soal Angah.

"Aah, Along nak keluar date dengan adik." Along berterus-terang.

Angah tersentak. Date?

"Pergi date mana je?" soal Angah lagi.

"Tak tahu lagi tapi rasa macam banyak je tempat boleh date." balas Along.

"Tunggu Angah. Angah nak keluar juga." jawab Angah

Along tersentak.

"Eh, mana boleh. Ini date Along dengan adik. Angah mana boleh join." sengaja Along menguji.

Angah mencebik.

"Apa salahnya kita date bertiga?"

"Angah date lah dengan buah hati Angah. Apa nama dia girlfriend Angah tu..haa, Maya."

"Siapa Maya?" soal Adel perlahan.

Along tersentak. Angah tergamam. Terkejut mereka dengan kehadiran Adel yang sudah bersiap cantik.

Angah cuak. Along tersenyum.

"Siapa lagi? Maya tu awek Angah kalau adik nak tahu. Adik tak pernah jumpa Maya ke? " jawab Along selamba berselitkan soalan.

Pantas, Adel menentang wajah Angah yang turut memandangnya. Direnung wajah kacak Angah mencari kebenaran. Angah terdiam. Cuma matanya sahaja yang membalas renungan Adel.

"Ohhh. Tak, adik tak pernah tengok Maya." balas Adel perlahan sambil menggeleng dengan mata masih lagi beradu pandang dengan Angah.

Entah kenapa, saat ini dia amat mengharapkan agar Angah menafikan kebenaran tersebut. Serasa, hatinya dipalu rasa sakit. Angah masih lagi diam. Terasa berat sekali mulutnya untuk membalas ujaran Along.

"Adik dah siap? Kalau dah siap, jom kita gerak. Tak sabar nak date dengan adik kesayangan Along ni." kata Along sambil melirik ke arah Angah.

Adel alihkan pandangan. Direnung wajah Along pula.

"Jom." balas Adel perlahan. Tubuh tegap milik Angah dilepasi namun sesaat terasa pergelangannya dilelar lembut dari belakang. Adel menoleh.

"Tunggu aku." pesan Angah seraya terus mendaki laju ke anak tangga. Adel terpana. Along hanya memandang.

"Along." seru Adel.

Along ayunkan dagu ke depan.

"Angah join kita sekali ke?" Adel bertanya setelah kelibat Angah kelihatan hilang dari pandangan.

Along angkat bahu. Kunci kereta di tangan dimain-mainkan. Adel mengeluh.

Tidak lama, bunyi derap kaki laju menuruni tangga. Serentak Along dan Adel menoleh. Kelihatan Angah segak bergaya dengan topi diselitkan di atas kepalanya.

"Jom." ajak Angah.

Along bingkas bangun. Berjalan melepasi Angah dan Adel terlebih dahulu. Angah dan Adel menyoroti langkah Along dari belakang.

Setengah jam perjalanan, mereka tiba di sebuah shopping complex yang berada di tengah-tengah bandaraya. Dari kejauhan, kelihatan ramai orang memenuhi ruang shopping complex. Mengenangkan hari ini merupakan hari minggu maka tidak hairan ramai orang pengunjung bertandang menghilangkan bosan dan stress.

Namun, ia tidak menjadi halangan untuk mereka meramaikan kawasan shopping complex itu. Sudahlah dia jarang dapat date dengan abang-abangnya. Tambahan, dengan baby boy yang sedang berjalan di belakang mereka.

Adel memaut rapat lengan Along. Angah hanya memandang dari belakang. Ikutkan hati, mahu sahaja dileraikan pegangan itu namun bila difikirkan kembali, tiada sebab untuk dia rasakan sedemikian rupa, jadi dibiarkan sahaja. Tangan sesekali naik membalas pesanan whatsapp daripada pengirim.

"Along tak menyesal ajak adik date hari ni?" soal Adel perlahan. Dikerling Along di sisi.

Along mencebikkan bibir.

"Tak sebab Along memang nak ajak adik date pun. Since dah lama kita pun tak keluar jalan sesama." ujar Along.

Adel tertawa girang. Seronok dengan perhatian yang diberikan oleh Along. Along hanya tersenyum. Senang melihat kegembiraan yang terlukis di seraut wajah Adel.

"Adik nak makan apa? Along belanja."

Adel membulatkan biji mata. Bibir mekar dengan senyuman.

"Betul? Jangan menyesal eh sebab adik nak makan banyak-banyak." ugut Adel manja.

Adel mengerling kawasan food court yang terdiri daripada pelbagai francais. Terasa berpinar matanya melilau melihat deretan pelbagai restoran di situ. Banyak betul! Cakap sahaja mahu makan makanan apa? Semuanya tersedia. Tinggal beli dan makan sahaja. Auch, tak sabar mahu paw Along. Haha.

"Adik nak makan apa? Cepat lah. Nanti makin ramai pula orang. Dah satu hal nak kena beratur tunggu." gesa Along bila melihat Adel masih lagi melilau mencari makanan yang mahu mereka singgah untuk isi perut.

Sesekali, dikerling sekilas Angah yang asyik membalas pesanan whatsapp.

"Erm, adik nak makan Mcd lah Along sebab diorang ada bawa keluar menu baru." Adel tundingkan jari ke arah restoran Mcd yang terletak bersebelahan sayap kanan ruang food court.

"Serius nak makan Mcd je? Along ingat adik nak makan Sushi King ke, Nando's ke." ujar Along sambil menggeleng.

Adel mengangguk sambil menyeringai sengih.

"Dah adik craving Mcd. So, adik makan Mcd jelah. Lagipun kesian pula adik nak pau Along makan makanan mewah-mewah. Nanti, kesian Along kena cuci pinggan kat belakang." seloroh Adel sambil tertawa.

Along pantas bulatkan mata. Tangan naik mencubit pipi milik Adel. Adel menepis perlahan.

"Adik ingat Along ni sengkek sangat ke,hah? Sekali dengan owner Mcd lah Along boleh belikan untuk adik" sela Along.

Adel hanya tertawa.

"Amboi, melampau nau statement. Dah lah. Adik dah lapar ni. Tambah-tambah bila ada orang offer nak belanja, jadi makin lapar. Jom!" ajak Adel kalut.

Dari tadi, perutnya sudah berteriak meminta diisi. Mengenangkan menu baharu yang diperkenalkan oleh Mcd membuatkan dia terasa kecur air liur.

"Angah." seru Along.

Angah tersentak. Pantas, telefon dimasukkan dalam poket seluar jeans miliknya. Adel diam.

"Kenapa?" soal Angah sepatah.

"Angah okay ke kita makan Mcd?" soal Along. Tidak boleh juga dia lupakan Angah memandangkan Angah juga adiknya. Setahu dia, Angah bukanlah seorang yang gemar dengan makanan fast food begini.

"Okay." ujar Angah sepatah.

Along mengangguk. Serentak ketiga mereka mulai melangkah memasuki ruang restoran Mcd.

••••

"Along."

Along panggungkan wajah.

"Ya?" dengan mulut yang masih mengunyah isi ayam, Along bertanya.

"Adik nak tealive." ujar Adel manja.

"Adik nak minum apa?"

"Okay, tunggu sini. Along pergi belikan untuk adik."

"Eh, tak payah la. Adik boleh pergi beli sendiri. Tengok dari jauh pun dah tahu ramai. Lagipun, macam lama je kena beratur." mata ligat menjeling kedai Tealive yang berada bertentangan dengan Mcd.

Boleh tahan ramai juga umat manusia yany sedang beratur panjang di depan kedai minuman Tealive. Nampak gayanya, mahu lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit juga dia terpacak di situ.

Along kerutkan dahi.

"Betul ni taknak Along pergi belikan?" soal Along inginkan kepastian daripada si adik.

Adel mengangguk sambil tersenyum.

"Okay. Nah kad Along. Guna je." balas Along seraya menghulurkan sekeping kad bank ke arah Adel. Adel menyambut girang manakala Angah pula seperti biasa, diam tidak berkutik. Along menjeling sekilas ke arah Angah di sebelah.

"Angah nak apa?"

Angah menoleh. Sedari tadi, sengaja dia mendiamkan diri. Mendengar celoteh Along dan Adel tanpa rasa mahu menyampuk. Diam sahaja tunduk menjamah makanan di depan mata. Lagipun, tiada topik yang mahu dibualkan dengan mereka terutamanya Adel.

"Along ingat Angah macam budak tu ke? Minta itu ini?" soal Angah sinis. Dikerling sekilas Adel yang sedang beratur.

Along mencebik.

"Mana lah tahu kut Angah nak apa-apa. Pergilah beli, Along belanja." tukas Along.

Angah menggeleng.

"Tak payah lah. Angah pun ada duit Angah sendiri lah. Along ingat Angah sengkek sangat ke apa?"

Along julingkan mata ke atas. Diketap bibirnya perlahan.

"Mana lah tahu. Kalau tahu, tak ada lah Along offer nak belanja. Tapi bagus juga, selamat duit Along." ujar Along sambil tertawa kuat.

Angah menjuihkan bibir ke depan. Membiarkan Along tenggelam dengan ketawanya. Angah menjeling!

••••

Adel mengucapkan terima kasih kepada cashier yang manis memakai seragam putih bersama dengan apron. Baki duit yang diberikan diserahkan kembali kepada Adel. Adel memegang kuat secawan tealive di tangan. Kaki menapak perlahan menuju kembali ke arah tempat duduk mereka bertiga sebentar tadi. .

"Along mana?" soal Adel saat melihat hanya tubuh tegap Angah yang kelihatan. Mata melilau mencari kelibat Along.

Angah panggungkan wajah. Lama dilabuhkan renungan ke arah Adel. Adel melarikan tatapan. Segan diperhatikan sedemikian rupa.

"Toilet." balas Angah sepatah.

Adel diam mengangguk. Perlahan, disisipkan minuman tealive sebentar tadi membasahkan tekak. Ikutkan hati, terasa tidak tertelan air coklat tersebut tapi digagahi jua.

"Sedap ke?" soal Angah tetiba. .

Adel tersentak.

"Huh?"

Angah mengeluh.

"Sedap ke air kau beli tu?" tanya Angah.

Adel mengangguk lambat-lambat.

Tanpa sebarang amaran, Angah menarik perlahan minuman milik Adel ke arahnya. Adel hanya terkebil-kebil memerhati. Tanpa diduga, selamba sahaja Angah sisip minuman tersebut. Adel terpana! Wah, dia direct kiss dengan Angah. Wajah terasa panas membahang. Angah sembunyi senyum.

"Biy!"

Serentak keduanya menoleh. Angah terkesima. Adel tersentak. Biy? Siapa biy? Adel menoleh deras menentang wajah Angah yang diam terkesima.

Adel memerhati Angah dan gadis tersebut bersilih ganti. Angah menelan liur yang tetiba terasa kesat.

"Awak buat apa kat sini, Maya?" soal Angah pantas.

Maya tertawa kecil. Dikerling sekilas Adel yang masih tunak memandangnya.

"Jumpa awak lah." balas Maya mudah.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" soal Angah laju.

"Alah, KL ni bukan besar mana pun. Pusing-pusing jumpa juga. Saya whatsapp awak, awak tak balas pun. Tak bagitahu pun keluar." rungut Maya manja.

Angah pantas membelek telefon yang terdampar di depan mata. Dibuka applikasi whatsapp. Tertera nama Maya paling atas sekali. Sebuah keluhan dilepaskan.

"Dah tengok?" soal Maya perlahan.

Angah mengangguk.

"Sorry tak perasan." jawab Angah ringkas.

Adel diam antara mereka. Agak terkejut dengan jawapan balas daripada Angah. Tak perasan? Sedari tadi, Angah hanya tunduk sahaja membelek telefon di tangan. Hanya dia dan Along yang asyik berceloteh. Sesekali sahaja Angah menyampuk, itu pun macam mahu tak mahu sahaja bersembang.

"Adik awak ke ni, biy?" soal Maya ramah. Tanpa dipelawa, dilabuhkan duduknya rapat dengan Angah. Angah pula naik segan. Pantas dijarakkan kedudukan mereka.

Adel kemam bibir. Memerhati kedudukan keduanya yang rapat.

"Ya, adik saya." jawab Angah perlahan. Direnung wajah Adel yang sukar ditebak reaksinya ketika ini. Adel diam. Sesekali dihirup air tealive yang dibeli.

"Hai, Saya Maya." Maya hulur tangan. Adel menyambut. Dibalas senyuman kecil Maya.

"Adel." seru Angah.

Adel menoleh.

"Kau cakap nak pergi kedai buku kan?" soal Angah tetiba.

Adel mengerutkan dahi. Kedai? Buku? Masa bila pula dia cakap mahu beli buku? Beli buku apa lagi kalau dia sudah habis persekolahan. Adel dihurung rasa pelik.

"Alah, kau cakap tadi nak beli novel apa benda entah. Jom lah." tokok Angah lagi.

Tatapan Angah dibalas. Maya turut memerhati pelik.

"Ahh, novel. Ya, novel tu. Adel baru ingat." Adel tertawa kekok. Kepala yang tidak gatal digaru.

Angah bingkas bangun. Dibawa tubuhnya ke arah Adel. Dilelar pergelangan tangan kecil Adel. Adel bangun dengan tergesa.

"Okay lah, Maya. Kami gerak dulu. Baru ingat nak cari novel budak ni. Kejap lagi nak balik pula. Sorry tak boleh lama-lama dengan awak." dalih Angah. Adel mengangguk laju.

"Sorry kak Maya. Kami gerak dulu. Jumpa lagi." pamit Adel pula.

Maya tersenyum pendek. Sebuah keluhan dilepaskan bersama gelengan. Hampeh punya Hayyan!

"Kenapa Angah tinggal dia sorang-sorang?" soal Adel pantas.

Angah menoleh malas ke arah Adel. Kedua jemari mereka bercantum menjadi satu ibarat sepasang kekasih yang sedang berjalan berpegangan tangan dengan bahagia.

"Saja." cukup ringkas!

"Mana boleh sesaja lah. Tak baik tahu tinggal dia macam tu je sorang-sorang." cepat Adel memintas.

Angah hentikan langkah.

"Kalau dah kesian, pergilah teman dia bersembang." kata Angah.

Adel mencebik.

"Eh, apa pula Adel kena sembang dengan dia? Dia kan kawan Angah, Angah lah kena sembang. Tiberr suruh orang pula." bidas Adel selamba.

"Ohh, dah pandai menjawab eh sekarang. Siapa ajar?"

"Memanglah pandai menjawab. Dah ada mulut. Lainlah kalau bisu. Angah lah ajar." kutuk Adel lagi.

Angah sembunyi senyum. Geram sahaja bila mulut itu membebel.

"Tak ada maknanya aku yang ajar. Kau yang pandai sendiri."

"Dah tu Angah tanya lagi kenapa?"

Angah diam. Tak terkata dia dengan balasan yang terluah daripada mulut Adel. Baru kali ini dia dapat mendengar Adel berceloteh lama dengan dirinya.

"Apa tengok-tengok? Cucuk kang mata tu, jadi Kassim Selamat baru tahu." ujar Adel sambil kedua jari dibuat seperti garfu.

Angah bulatkan mata. Ewah, makin berani! Mahu tertawa dia tapi cepat sahaja ditahan.

"Nak aiskrim tak?" soal Angah mengalih topik perbualan.

"Nakk!!" jerit Adel. Bersinar matanya mendengar pertanyaan Angah. Sudah tentu dia mahu. Feveret dia kut!

"Jom!" tangan Adel ditarik. Adel tersenyum. Senang dia dengan perlakuan Angah.

"Nak perisa apa?" soal Angah sambil meninjau aiskrim yang tersedia di dalam peti aiskrim.

"Nak cornetto vanila ni lah." unjuk Adel.

Angah capai dua batang.

"Angah makan ke perisa vanila?"

Angah angguk acuh tak acuh.

Usai, mereka bergerak keluar. Dilabuhkan kedudukan di tepi ruang yang tersedia untuk pengunjung. Dibuka balutan aiskrim sebelum disuap masuk ke dalam mulut.

"Maya tu girlfriend Angah eh?" Adel bertanya.

Angah diam. Sengaja dipekakkan telinga daripada menjawab soalan Adel. Cornetto disuap lagi.

"Angah." seru Adel lagi.

Angah menoleh.

"Apa benda kau ni?"

"Jawablah." gesa Adel manja tanpa sedar.

Angah terkaku. Dia berdeham perlahan.

"Kawan aku lah." jawab Angah.

Adel mencebik.

"Tapi dia panggil Angah biy tadi." Adel berkata perlahan.

Angah tersentak.

"Lantak dia lah nak panggil apa pun. Mulut dia. Takkan aku nak halang pula." tukas Angah.

Adel diam berfikir. Betul juga kan tapi.....

"Tapi mana ada orang panggil saja-saja kalau tak ada hubungan istimewa."

Angah mengeluh.

"Apa pula tak ada. Aku dengan dia kawan je. Biy ke apa ke suka hati dia lah. Bukan masalah aku. Yang kau sibuk ni apehal?" tanya Angah.

Adel tersentak. Cepat sahaja disuap masuk cornetto ke dalam mulutnya. Kepala digeleng laju. Angah tersenyum senget.

"Tak ada apa. Saja tanya." jawab Adel.

"Yaka tak ada apa?" provok Angah.

"Betul lah. " jawab Adel kuat.

Angah tersenyum.

"Tapi macam best pula panggil biy. Biy!" seru Adel perlahan.

Angah menoleh deras ke sisi. Adel tersenyum membalas. Serasa mahu terlompat keluar jantungnya mendengar Adel memanggilnya biy. Entah kenapa terasa ada rama-rama dalam perutnya ketika ini.

"Siapa biy?" soal seseorang.

Serentak keduanya menoleh. Along rupanya.

"Tak ada siapa lah. Lamanya Along gi tandas."

"Nak buat macam mana, saham banyak nak kena labur." selamba jawapan diberikan.

"Sedapnya aiskrim. Along nak rasa sikit." pinta Along saat melihat aiskrim yang sedang dikunyah kedua adiknya.

"Along nak rasa?"

Along mengangguk.

Adel suakan aiskrim ke mulut Along. Namun, belum sempat mencecah ke dalam mulut, Angah pantas sua masuk aiskrim miliknya ke mulut Along. Entah kenapa dia tak suka dengan tindakan Adel yang ingin berkongsi aiskrim dengan Along.

Adel terpana. Along terkesima. Angah beriak selamba.

"Sedap tak long?" soal Angah selamba.

Along mengangguk lambat-lambat. Adel mengigit bibir.

"Jomlah kita balik. Dah lambat ni. Nanti bising pula ibu kat rumah. Adik ada nak beli apa-apa lagi ke?" tanya Along.

Adel menggeleng seraya tersenyum.

"Tak ada apa dah Along. Kenyang dah. Full tank. Thank you Along." ucap Adel mesra.

Along tersenyum sambil mengangguk. Digosok kepala Adel. Mereka bingkas bangun sebelum mengorak langkah menuju ground floor untuk ke parkir kereta.

untuk readers yang menunggu. Enjoy reading. Jangan lupa titip komen. tq

Share this novel

Esjasz Malek
2021-10-07 18:39:56 

update please


NovelPlus Premium

The best ads free experience