BAB 22

Romance Series 351253

Mila tersenyum saat melihat anak bujangnya yang asyik mengelamun di gazebo rumah mereka. Perlahan, kaki diatur menuju ke arah anak bujangnya.

"Mika.." seru Mila perlahan. Dilabuhkan duduknya rapat di sebelah Mikael.

"Mama.." sapa Mikael kembali. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah mama tersayang.

"Buat apa? Mengelamun panjang mama tengok.." tegur Mila.

Mikael tersenyum. Digosok belakang lehernya.

"Tak ada apa lah mama. Saja ambil angin malam." jawab Mikael.

Mila tersenyum.

"Ingat buah hati ye?" usik Mila.

Mikael tersentak.

"Hishh, tak ada lah mama. Saja je mengelamun. Tetiba teringatkan Adel. Apa khabar dia agaknya." jelas Mikael lembut.

Mila diam. Renungan dilemparkan ke halaman yang luas terbentang. Sebuah keluhan dilepaskan. Terasa menggebu rindu di hatinya saat ini. Kalaulah dia mampu, sekarang juga dia pergi ke Adel dan memeluk erat tubuh itu.

"Mama.." seru Mikael saat melihat Mila tenggelam dalam lamunan.

"Mama.." kuat kali ini panggilannya.

Mila tersentak. Air mata yang mengalir tanpa sedar dihapus.

"Mama janganlah macam ni. Susah hati Mika tengok." pujuk Mikael lembut.

Mila menoleh.

"Mama rindukan adik, Mika. Rindu sangat-sangat. Kalau boleh sekarang juga mama nak pergi jumpa dia. Bagitahu dia kalau mama ni mama kandung dia." ujar Mila sebak.

Katakan, hati ibu mana yang tidak rindukan si anak sendiri? Betapa walang hati si ibu saat hanya dapat melihat si anak tanpa dapat membelai nya?

Mikael mengeluh.

"Ya, Mika faham mama. Kita semua rindukan adik. Mika dengan papa pun rindukan adik." jelas Mikael.

Mila tersenyum hambar.

"Adik dah masuk universiti Angah kan?" tanya Mila perlahan.

Mikael mengangguk.

"Macam mana mama tahu adik belajar dengan Hayyan?" soal Mika hairan.

Seingat dia, dia tidak pernah menceritakan perihal Adel menyambung pelajaran di universiti Angah. Atau dia yang terlupa?

"Mesti dia seronok belajar kat sana. Teringin sangat mama nak jumpa dia." ujar Mila tanpa niat menjawab soalan Mikael.

Mikael terdiam bercampur hairan.

"Betul mama nak jumpa adik?" soal Mikael serius.

Mila tersentak. Direnung wajah Mikael dengan riak kurang percaya.

"Boleh ke?" soal Mila lambat-lambat bercampur ragu.

"Boleh je. Macam mana? Kalau mama nak jumpa, hujung minggu ni Mika bawa mama dengan papa jumpa adik." pelawa Mika.

Mila mulai mengukirkan senyuman. Pantas kepala diangguk laju. Gembira bukan kepalang hatinya mendengar ajakan si anak.

"Kalau macam tu, esok Mika bagitahu papa. Mama jangan lupa siapkan kek coklat kegemaran adik." pesan Mikael. Terasa senang hatinya melihat kegembiraan yang terlakar di riak wajah sang ibu.

"Mama memang nak buat untuk adik." ujar Mila gembira.

"Dah, mama jangan sedih okay. Nanti kita jumpa adik." pujuk Mikael lagi.

Mila tersenyum dalam sebak.

'Adel, mama rindu'

"Okay lah mama. Mika naik atas dulu. Ada kerja sikit nak buat." pamit Mika.

Mila mengangguk. Dicium sayang wajah anak bujangnya. Tak sabar nak menanti hujung minggu ini.

••••

"Eh, asal yang ramai sangat kat situ." Ayana hentikan langkah.

Adel yang menonong di depan kembali berpatah semula. Kelibat pelajar berkerumun di hadapan dewan membuatkan mereka dilanda rasa ingin tahu.

"Jom Adel, kita pergi sana." ajak Ayana seraya menarik tangan Adel laju.

Tak lama, mereka tiba di situ sekaligus memeriahkan majlis.

"Ada apa ni korang kumpul ramai-ramai?" soal Ayana pada salah seorang pelajar di tepi mereka.

"Oh, ada majlis siswa siswi Kolej Za'ba nanti." jawab pelajar tersebut.

Keduanya serentak mengangguk faham.

"Hujung bulan ni la Adel. Nice juga. Boleh kita join." Ayana sudah berangan.

Adel diam membaca memo yang ditampal. Kebiasaannya memo ditampal terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat secara atas talian.

"Yakin je kau nak join. Kita kan pelajar baharu lagi. Boleh ke join?" tanya Adel ragu.

Ayana tepuk dahi.

"Kau baca memo sekali lagi. Buka luas sikit biji mata kau tu. Mana ada dia mention pelajar baru ke lama. Dia just mention siapa yang berminat boleh daftar dekat link tu nanti." jelas Ayana panjang lebar.

Adel tersengih. Mana lah dia tahu. Dia baca sekali lalu sahaja. Bukan tiap bait patah kata dia baca.

"So macam mana? Nak join tak?" tanya Ayana lagi.

"Kau ni macam berminat betul nak join, Ayana." selar Adel.

Ayana menyengih.

"Mestilah. Mana tahu, boleh jumpa jodoh. Tak dapat yang hensem, sedap mata memandang pun okay dah." Serentak tawa besar dihamburkan.

Adel mencebik.

"Kau datang sini nak menggatal ke belajar sebenarnya ni?" soal Adel

"Sebenarnya dua-dualah senang. Sambil menyelam minum air. Hidup ni janganlah skema sangat." jawab Ayana mudah.

Adel menggelengkan kepala.

"Lainlah kau Adel. Ramai laki ushar. Remy lah, Aizad lah, apa lagi sorang tu, ish tak ingat pula aku."

Adel kerutkan dahi.

"Siapa lagi sorang?"

"haa, Affan."

Adel mendengus. Geli tekak mendengar nama Affan.

"Dah lah, kau takyah nak sebut-sebut nama dia. Panas telinga aku ni dibuatnya." pesan Adel.

"Eh asal pula? Affan tu sikit punya segak, kau taknak."

Adel menjuihkan bibir.

"Segak ke huduh ke, aku tetap taknak. Eii, dah lah. Tak payah sembang pasal dia. Semak!" ujar Adel sebal. Emo dia dengar nama jantan tu.

"Kau ni Adel. Orang segak nak kat kau, kau pula jual mahal."

"Aku bukan jual mahal. Dah aku tak nak, takkan aku nak paksa. Hell no way!"

"Bukan paksa. At least, kenal dulu hati budi si Affan tu. Tengok macam baik."

Adel julingkan mata ke atas.

" Tengok macam baik tapi kurang baik. Lelaki macam tu kau nak aku kenal hati budi? Apa kata, kau je ambil Affan tu since aku tengok kau macam berminat je. Kau jelah yang kenal hati budi jasa baik dia. Aku tak berminat." provok Adel sambil senyum senget.

Ayana tersentak.

"Eii, taknak lah aku. Buaya darat macam tu. Minta simpang!"

Adel tertawa.

"Haa, tahu pun kau dia tu buaya darat. Dah tu kau nak aku jadi mangsa dia yang ke berapa? Memang taklah nok." tolak Adel bersungguh.

Ayana tersengih.

"Alah, aku gurau je tadi Adel. Kental betul hati kau daripada terkenen dekat Affan tu. Segak macam Affan pun kau boleh reject."

Adel senyum sahaja.

"Well, he is not my taste."

Ayana senggol bahu Adel beberapa kali. Adel melihat dengan hujung mata

"Dah tu, macam mana taste kau? Bagitahu lah nok. Excited juga aku nak tahu." gesa Ayana.

Adel menoleh. Dipincing matanya.

"Sibuk je nak tahu taste orang. Dah lah, jom gerak. Layan kau, alamat kebulur lah kita kat sini." pantas, Adel bergerak mendahului Ayana.

••••
Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Tidak terkecuali Adel dan Ayana. Masing-masing asyik melingkar di atas katil.

Ayana bergolek kiri dan kanan. Sesekali dikerling Adel yang menelentang bermain telefon. Penat bergolek, Ayana turut menelentang.

"Adel.." seru Ayana

Adel kelih ke tepi. Diangkat keningnya tanda bertanya.

"Jaket siapa tu? Sejak bila kau ada jaket macam ni?" tanya Ayana hairan.
Tidak pernah dia nampak Adel menyarung jaket tersebut sebelum ini. Bahkan selama ini. Atau dia sahaja yang tidak pernah perasan?

Adel berdehem.

"Jaket Angah aku." jawab Adel ringkas.

Ayana tersentak. Lekas tubuh dibingkas bangun. Duduk bersila menghadap Adel.

"Kejap, kau cakap tu jaket Angah kau?" tanya Ayana kuat.

Adel mengangguk lambat-lambat.

"Kenapa?" soal Adel

"Serius lah wei. Sejak bila Hayyan baik dengan kau?" tanya Ayana semangat semacam.

Adel angkat bahu.

"Adel.."

"Apa?"

"Jawablah. Eii kau ni, curious aku tahu."

"Apa benda?"

"Sejak bila Hayyan baik dengan kau? Siapkan pinjamkan jaket segala?" soal Ayana bertalu.

"Sejak bila je dia baik dengan aku?"

Ayana bingung.

"Kalau tak baik, tak adanya dia nak pinjamkan jaket dia kat kau." tukas Ayana

"So, dengan hanya dia bagi pinjam jaket dia, kau terus assume dia baik dengan aku? Macam tu?" tanya Adel

Ayana garu kepala.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik." bebel Ayana.

Adel senyum senget.

"Taklah. Dulu kan dia tak sukakan kau, so aku ingat sampai sekarang lah kut dia still macam tu. Tak tahu pula dia dah baik dengan kau." sela Ayana kembali menelentang.

"Nak kata baik tu tidaklah, cuma okay sikit lah perangai dia berbanding dulu." jelas Adel

Ayana menoleh Sebelum mengangguk faham.

"Tapi kan, sejak bila dia macam berbaik dengan kau?"

"Hurmm, entahlah. Sebab dia tu jenis angin. Cuma, sejak kita dah dia dah habis sekolah lah." terang Adel cuma mengingat kembali.

"Ohh..so kiranya sekarang ni dia dah tak ada lah kutuk-kutuk, sakitkan hati kau macam dulu?" tanya Ayana lagi tidak puas hati.

"Kurang dah la. Cuma, sekali sekala tu ada lah. Tapi, aku malas nak layan. Biarlah dia. Bukan luak pun."

"Baguslah kalau macam tu. Senang hati aku dengar. Aku rasakan, dia tu sayang je kat kau. Cuma tula, dia tak tunjuk. Mungkin dia tunjuk rasa sayang dia dengan cara macam tu." Ayana memberi pandangan.

Adel diam. Ditoleh ke arah Ayana sambil mencerna kembali kata-kata rakannya.

"Mungkin.." jawab Adel perlahan. Sebuah keluhan dilepaskan.

••••

Mikael parkir kereta di tempat yang tersedia. Usai, tubuh lolos keluar daripada kereta. Kepala ditoleh mencari kelibat kedua orang tuanya. Melihat riak gembira yang terpamer di wajah keduanya membuatkan hati kecilnya turut berlagu riang.

"Mama, papa..jom." ajak Mikael.

Mila dan Maleek mengangguk sebelum bergerak mengikut rentak Mikael dari belakang. Sesekali mata menelusuri kawasan kampus yang cantik dihiasi pelbagai tanaman.

Adel mengemaskan baju. Menanti dengan kegembiraan di pondok tepi tasik kampus mereka. Tidak tahu kenapa, dia dihantui rasa gembira bila diberitakan oleh Mikael bahawa dia dan keluarganya datang menjenguk Adel di kampus.

"Adel.." seru seseorang.

Adel pantas menoleh. Namun, dia dihuni rasa terkejut saat melihat wajah orang lain yang tersembul ketika ini.

"Angah.." balas Adel lambat-lambat. Senyuman mekar kembali mengendur.

"Kau jalan dulu. Aku jumpa dia kejap." arah Angah kepada salah seorang rakannya.

"Kau buat apa kat sini sorang-sorang? Dating dengan Affan ke?" soal Angah terus tanpa mukadimah.

Adel ketap bibir. Sikit sikit Affan. Naik muak dia dengar nama jantan tu.

Angah labuhkan duduk di sebelah Adel. Direnung kehijauan tasik yang terbentang di hadapan. Peluh yang merenik di dahi dilap.

"Adel." seru seseorang lagi.

Adel tersentak. Perlahan-lahankepala menoleh. Serentak, tubuh bingkas berdiri.

"Mika!" seru Adel girang. Senyuman kembali terukir.

Angah diam. Dirinya ikut bangun memerhati Adel yang gembira menyambut kedatangan Mikael bersama keluarganya.

"Auntie, uncle.." sapa Adel sopan. Tangan dihulur.

Mila dan Maleek mengangguk serentak. Direnung wajah Adel tanpa henti. Serasa mahu sahaja dipeluk tubuh kurus itu.

"Duduklah." pelawa Adel. Dilabuhkan kembali duduknya di samping Angah.

"Hayyan.." sapa Mika sambil menghulurkan salam kepada Hayyan.

Angah mengangguk sebelum menyambut huluran salam Mikael. Dikerling Adel yang dari tadi tidak berhenti senyum.

"Adel sihat?" tanya Mila ramah. Rambut Adel diusap-usap.

Adel mengangguk sambil tersenyum manis.

"Auntie Uncle sihat?" tanya Adel kembali.

"Mama demgan papa sihat." jawab Maleek. Adel terdiam mendengar Maleek membahasakan dirinya papa dan Mila sebagai mama.

"Terima kasih sebab sudi jenguk Adel kat sini." ujar Adel terharu

"Eh, tak ada apa lah. Memang kami nak jenguk Adel pun. Mama rindu." tukas Mila berterus terang.

"Macam mana belajar dekat sini? Okay?" tanya Mila lagi.

Adel tersenyum mengangguk sebelum mata menoleh merenung wajah Angah yang diam memerhati sedari tadi.

"Alhamdulilah, setakat ni okay auntie uncle. Lagipun, Angah pun ada." jawab Adel mesra.

Angah sembunyi rasa gembira.

"Tak payah panggil Auntie Uncle. Panggil mama dengan papa je. Lebih mesra." pintas Mila cepat.

Adel tersenyum kekok sebelum mengangguk. Angah turut mengangguk.

"Ni Hayyan ye?" tanya Mila beralih kepada  Angah di tepi Adel.

Angah tersentak sebelum mengangguk dan tersenyum.

"Ya auntie. Saya Hayyan." jawab Angah.

Adel simpan senyum. Terasa lucu pula bila Angah kelihatan sopan begitu.

"Tak payah nak senyum sangatlah." bisik Angah perlahan.

Adel hanya senyum.

"Biarlah." jawab Adel.

Angah cebik bibir.

"Oh ya, mama ada bawa kek coklat untuk Adel. Makanlah." bekas berwarna biru disua ke arah Adel.

Adel membulatkan mata.

"Mama ni macam tahu-tahu je Adel tengah craving nak makan kek coklat. Terima kasih mama." girang Adel menyambut huluran Mila.

Angah terdiam mengamati sesuatu. Dikerling ke arah Mikael yang sedari tadi diam memerhati. Sesekali kelihatan Mikael tersenyum lebar. Dia seolah dapat menebak sesuatu.

"Hayyan makan lah sekali. Banyak ni mama bawa bekal." pelawa Mila mesra kepada Angah.

Angah mengangguk. Bahu Adel disenggol.

"Suap sikit kat aku. Tangan aku kotor." bisik Angah.

Adel menoleh. Dijeling wajah Angah dan kek di tangan bersilih ganti.

"Suap lah sendiri."

Angah mendengus.

"Kau ni faham bahasa Melayu ke tidak? Aku cakap tangan aku kotor. Pegang bola tadi. Takkan kau nak suruh aku suap kek dengan tangan kotor macam ni? Kalau aku masuk hospital nanti macam mana?" soal Angah tertahan.

Adel mengeluh. Dicapai sepotong kek coklat bersalut coklat cair di atasnya dalam bekas.

"Buka mulut." arah Adel segan. Mama dan papa hanya tersenyum manakala Mikael sudah tersengih sinis.

Angah buka mulut. Adel suap masuk ke dalam mulut Angah. Naik merah mukanya menahan segan. Tapi, mujur sahaja mama dan papa kelihatan biasa sahaja riak mereka.

"Nak lagi?" tanya Adel.

Angah mengangguk.

Dicapai sepotong lagi dan disuap masuk ke dalam mulut. Usai, dicapai tisu yang tersedia. Spontan, dilap tepi bibir Angah. Angah tercengang. Adel turut terkedua. Pantas dilarikan tangan dan wajahnya. Malu!

Mikael berdehem.

"Tangan kau parkinson ke apa takleh suap sendiri Hayy?" soal Mika sambil tertawa.

"Aah, tiba-tiba rasa parkinson. Macam sedap pula bila ada orang suap macam ni." ujar Angah bersahaja sambil mengerling Adel di sebelah.

Adel hanya diam. Buat-buat tidak dengar.

"Adel bila nak datang rumah mama lagi?" tanya Mila. Maleek lebih suka berdiam diri mengamati wajah Adel. Terasa luruh rindu yang dipendam sekian lama.

Adel berdehem.

"Hmm, tak pasti lagi mama. Tapi, InshaaAllah, Adel ada masa nanti Adel pergi." jawab Adel tidak mahu menghampakan.

"Angah pun datang lah sekali. Boleh mama masak makanan kegemaran kamu berdua." Maleek menyampuk.

"Datanglah Hayy rumah aku. Ramai-ramai meriah sikit." tokok Mikael pula mempelawa bersungguh.

Angah tersengih.

"InshaaAllah mama papa. Nanti kami datang kalau ada masa lapang." jawab Angah pula.

Mila dan Maleek tersenyum memandang keduanya. Hati dilanda rasa gembira bukan kepalang kerana memikirkan yang mereka akan kembali bersatu lagi sebagai sebuah keluarga sempurna.

Zira terharu tengok komen2 readers2 semua. Terima kasih atas sokongan kalian pada karya2 Zira. Zira hargai komen2 daripada kalian. zira laff u alls! Jangan lupa komen. Thankyou again!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience