BAB 7

Romance Series 351310

"Aku tengok sekarang bukan main baik lagi Mika tu dengan kau." Ayana bersuara tiba-tiba.

Adel yang sedang asyik menulis panggungkan wajah. Menoleh perlahan ke arah sisi. Memandang tunak ke arah Ayana yang sedang memandangnya. Dilepaskan pen dari pegangannya. Kedua belah tangan dilabuhkan ke meja.

"Biasa je. Baik gitu-gitu jelah." balas Adel sekaligus menafikan ujaran Ayana.

Ayana tersengih.

"Eleh. Konon. Setiap hari rehat dengan kita. Tu pun kau cakap baik biasa-biasa lagi ke?" tukas Ayana.

Adel menjulingkan kedua belah bebola mata ke atas.

"Betullah. Kau tu yang fikir bukan-bukan." sela Adel.

"Aku tak percaya."

"Kenapa pula kau tak percaya?"

"Yelah, kalau biasa-biasa je tak ada hari-hari break dengan kita."

Adel diam.

"Aku dengan Mika tu kawan jelah, Yana. Tak lebih pun. Aku selesa berkawan dengan dia." ujar Adel perlahan.

Ayana mengubah kedudukannya menghadap Adel. Didekatkan mukanya ke arah Adel. Adel menjauh. Wajah berkerut seribu.

"Macam mana kalau Mika sukakan kau?" bisik Ayana perlahan.

Senyuman senget menghiasi bibir Ayana. Jatuh rahang Adel dengan pertanyaan tersebut. Serasa mahu ketawa juga ada. Entah apa-apa sahaja lah soalan yang datang dari otak Ayana ini.

"Yana, kau jangan nak merepek boleh tak?" selar Adel pantas.

"Jawablah soalan aku, Adel." gesa Ayana.

Adel mengeluh kecil. Kepalanya digelengkan perlahan. Sakit kepala dengan soalan daripada Ayana.

"Yana, aku dengan Mika hanya kawan. Kawan semata-mata tak lebih daripada tu okay. Soalan kau ganas sangat."

Ayana mencebik. Tubuhnya diubah ke posisi asal.

"Apa susah sangat kau nak jawab soalan aku?" cebik Ayana perlahan.

"Okay fine. Kalau dia sukakan aku, biarlah dia. Aku suka dia hanya sebagai kawan. Tak lebih. " jawabku perlahan.

Ayana menoleh ke sisi. Matanya dipincingkan.

"Yaka? Boleh percaya ke kata-kata kau ni?" soal Ayana perlahan.

Aku mengangkat bahu.

"Ikut kau lah Yana nak percaya ke tidak. Apa-apa pun boleh. Janji kau bahagia." jawab Adel mudah.

"Tapi dia baik kan?"

Aku tersenyum seraya mengangguk.

"Ya, bagi aku dia seorang yang baik." Adel mengakui kata-kata Ayana sebentar tadi.

"Kau suka Mika ke Yana?" soal Adel pula.

Ayana terbatuk kecil.

"Choiiii. Memang taklah. Aku pun macam kau juga. Anggap dia kawan sahaja." jawab Ayana kalut.

Rasakan, tadi soal Adel dah macam polis pencen. Bertalu-talu soalan dia.

"Kau suka Mika kan?" seloroh Adel lagi.

Ayana mendengus.

"Adel, ishh..aku anggap dia kawan jelah. Macam kau, aku pun selesa berkawan dengan dia."

Adel tertawa galak. Lucu dengan reaksi gelabah daripada Ayana. Cemas lain macam bila Adel mengusik dia berkenan terhadap Mika.

"Ha, gelaklah gelak. Gelak kuat lagi." arah Ayana sebal.

"Hey, relakslah. Kau ni Yana. Aku nak bergurau sikit pun tak boleh. Oh, kau tanya aku takpa pula, bila aku soal kau tahu pula gelabah." sindir Adel.

Ayana menyeringai sengih. Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali.

"Aku bergurau je tadi tu. Alah, kau ni macam tak biasa." disenggol bahu Adel perlahan.

Adel menggelengkan kepala dengan telatah Ayana. Macam-macam ragam. Kadang-kadang naik rimas dia mahu melayan. Tapi hanya Ayana sahaja sahabatnya.

"Eh, Adel. Aku dengar nanti sekolah buat perlawanan bola sepak peringkat daerah rasanya." Ayana mengubah topik perbualan.

Adel tersentak.

"Bola sepak?" soal Adel

Ayana mengangguk.

"Yelah, Angah kau salah seorang player bola sepak sekolah kita kan."

Adel menggangguk pantas.

"Nanti kita tengok nak tak match diorang?" ajak Ayana girang.

Adel tersenyum senget.

"Kau nak tengok game ke kau nak tengok player game sebenarnya ni?" tebak Adel sekaligus mengena tepat.

Ayana tersengih-sengih. Dimainkan pen di tangannya. Adel memerhati reaksi Ayana.

"Mana ada lah. Nak tengok game lah." balas Ayana kalut.

"Kan? Kau nak tengok player kan sebenarnya?" Adel menolak bahu Ayana. Tersenget tubuh itu ke tepi.

Ayana mencebik.

"Yelah, yelah aku mengaku. Nak tengok player. Puas hati?"

"Sangat!" balas Adel sarkastik. Ayana mencebik.

"So macam mana? Nak tak? Angah kau main kut. Takkan taknak datang support."

Adel diam sebentar memikirkan ajakan Ayana.

"Tengoklah nanti macam mana. Kalau Along aku balik dari Matrik, aku ajak dia datang sekali." jawab Adel. Kasihan pula mahu menolak terus ajakan Ayana.

"Okay, beres. "

Serentak, mereka kembali meluruskan pandangannya ke hadapan bila kelibat Teacher Normah sudah kelihatan melangkah masuk ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran seterusnya.

••••

Nina melangkah perlahan menuju ke arah kati yang sedang menempatkan si suami yang sedang bermain telefon di tangan. Dia tersenyum memandang si suami. Sudah malam juga, masih sibuk menguruskan hal syarikat peninggalan arwah bapa mentuanya.

"Abang.." Nina menyeru lembut.

Dilabuhkan duduknya di sisi sang suami. Rizal menoleh ke sisi. Dilemparkan sebuah senyuman manis ke arah sang isteri.

"Ya sayang." balas Rizal lembut.

Nina tersenyum. Dijatuhkan kepalanya ke bahu Rizal.

"Banyak lagi ke kerja abang tu? Dah malam dah ni kan. Bawa-bawa berehat lah sama." ujar Nina lembut. Mengambil berat akan keadaan suaminya.

Rizal pantas membetulkan kepalanya. Diletakkan telefon di meja sisi katil.

"Ya, dah siap dah kerja abang. Cuma tadi belek-belek proposal yang pekerja abang hantar. " jelas Rizal.

Nina mengangguk. Rizal bermain dengan rambut ikal milik isterinya.

"Abang.." seru Nina lagi.

"Ermm.." gumam Rizal. Dilabuhkan kucupannya ke arah pipi merah Nina.

"Abang ada jumpa Mila dengan Maleek?" soal Nina berbisik perlahan.

Rizal mengeluh perlahan.

"Awak nak abang cakap jujur ke?" soal Rizal kembali.

Nina tersentak. Cepat diliarkan pandangannya ke arah Rizal. Nina mengangguk laju.

"Sebenarnya abang tak pernah jumpa diorang. Tapi apa yang abang dapat tahu diorang dah balik semula ke sini selepas berhijrah dulu." jelas Rizal tentang perkara sebenar.

"Ohh.." balas Nina sepatah.

"Kenapa sayang tanya?" soal Rizal cuba mengorek isi hati si isteri.

Nina menggeleng. Keluhan lemah dilepaskan.

"Sebenarnya saya kalau boleh nak sangat jumpa diorang. Saya nak minta maaf pada mereka." ujar Nina mulai didatangi rasa sebak.

Rizal terdiam. Terimbau kembali hal tersebut di ruang fikirannya.

"Bukan awak je, abang pun kalau boleh nak sangat jumpa mereka. Kerana dengan pertolongan mereka keadaan kembali pulih."

Nina sudah mulai mengeluarkan air mata.

"Saya tahu, betapa hancurnya hati Mila saat terpaksa menyerahkan Adel pada kita. Saya tahu kalau betapa lemahnya dia pada saat itu. Tapi saya.." ujar Nina tersekat-sekat dihurung sebak.

"Syuhh, jangan menangis. Awak buat abang rasa bersalah." pujuk Rizal lembut. Bahu isterinya ditepuk-tepuk lembut. Menyalurkan kekuatan.

"Ya, saya tahu kalau kita saling membantu tapi apa yang kita hulurkan pada mereka sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dan pertolongan daripada mereka. Saya tahu Mila tak sanggup tapi dia terpaksa. Saya tahu bang, sebab saya juga seorang ibu. Kalau saya jadi Mila juga saya tak sanggup." Nina sudah teresak sendirian.

Dibenamkan wajahnya ke arah dada si suami. Rizal merangkul tubuh genit Nina ke dalam pelukan.

"Kita ni kejam sangat ke abang? Allah, saya rasa berdosa sebab dah pisahkan mereka tanpa sengaja." Nina masih mengonggoi di dada Rizal.

Sungguh, kekesalan yang bertandang di hati sangat hebat. Sekian lama dia menanggung rasa penyesalan tersebut. Dia seolah dapat rasakan kalau selama ini betapa hebat Mila menahan kerinduan pada Adel.

"Dah, jangan menangis lagi. InshaaAllah, suatu hari nanti kita semua pasti akan bertemu kembali. Abang yang bersalah dalam hal. Kalau bukan abang.." Rizal mengeluh kuat.

Tidak berjaya untuk menghabiskan kata-katanya kerana perasaan bersalah yang menghentak di dada. Wajahnya diraup kasar. Saban hari dia berdoa agar mereka dipertemukan. Mahu menjernihkan kembali keadaan antara mereka. Mengharapkan secebis kemaafan walaupun tiada siapa yang layak dipersalahkan.

"Sudahlah. Abang janji, kita akan serahkan semula Adel pada keluarga dia nanti. Walaupun berat untuk kita, tapi kita tak boleh pentingkan diri kita sendiri." ujar Rizal perlahan.

Nina diam. Walaupun jauh di sudut hati, dia tidak sanggup tapi dia takkan sesekali memungkiri janji yang sudah termaktub antara mereka. Lagipula, pengorbanan mereka tidaklah setanding pengorbanan yang dilakukan oleh Mila dan Maleek.

"Ya, saya janji saya akan serahkan semula hak mereka." balas Nina hiba.

Rizal tersenyum.

"Jangan risau. Adel tetap anak kita. Selamanya!"

Nina tersenyum seraya mengangguk dalam tangisan. Dipeluk erat tubuh Rizal. Rizal membalas kejap. Kedua suami isteri itu berpelukan erat sehingga akhirnya dijemput lena.

••••

Adel mencicit lari ke bawah bila mendengar kuat suara Alongnya datang dari bawah. Dengan tergesa-gesa anak tangga dituruni.

"Along!" jerit Adel kuat.

Haidar menoleh ke atas. Terbias seraut wajah cantik milik Adel di pertengahan anak tangga.

"Adik!" seru Haidar pula kuat. Sesaat, lengannya dirangkul erat. Along tertawa girang dengan telatah Adel.

"Balik tak bagitahu pun." rungut Adel manja. Tidak terkesan langsung dengan kelibat Angah yang turut berada bersama mereka saat ini.

Along hanya menyeringai sengih. Kepala Adel digosok beberapa kali.

"Sorry lah baby. Along baru sampai semalam. Ibu bagitahu adik dah tidur. Along malas nak ganggu adik." jelas Along.

Adel mencebik. Dimainkan lengan Along yang kekar. Mesti Along rajin bersenam sekarang.

"Adik rindu Along tahu tak? Along tu jarang nak contact adik. Kesian adik tak ada kawan." rungut Adel lagi manja.

Angah sudah mahu termuntah. Dijeling tajam Adel yang sedang bermanja dengan Along. Cair tahi telinga dia mendengar rengekan Adel kepada Along. Mahu sahaja dia muntah hijau di situ.

"Sorry lah adik. Along busy sikit. Bukan Along taknak contact tapi memang Along busy. Dekat nak exam ni tidur pun berapa jam je." tukas Along bersalah.

Adel mengeluh perlahan.

"Tapi Adel bosan Along tak ada."

Along tersenyum. Melirik ke arah Angah yang sedang memerhati gelagat mereka dari tadi. .

"Bosan? Angah kan ada?" sela Along.

Adel terdiam. Pantas menoleh deras ke arah Angah yang berada di hujung sofa. Angah juga diam.

"Kenapa kalau Angah ada pun?" soal Angah sarkastik.

Adel sudah menunduk. Merenung ribaan sendiri. Macam mana dia boleh tidak perasan dengan kehadiran Angah yang turut berada di situ bersama mereka? Sungguh, dia diterpa rasa malu dan segan.

"Tak adalah, adik cakap dia bosan. Along cakap lah Angah ada. Boleh kawan dengan adik." jelas Along. Menoleh merenung Adel yang diam menunduk di sisinya.

Angah tertawa kuat. Geli hati dengan kata-kata Along. Along ni hilang ingatan ke apa? Atau sudah sewel kerana kurang tidur kebelakangan ini?

"Along ingat Angah ada masa ke nak layan dia? Dia siapa Angah nak layan?" ujar Angah kasar. Ditunding jari tepat ke arah Adel.

Adel tersentak. Diangkat wajahnya merenung Angah.

"Angah, jaga sikit perkataan tu. Kenapa dengan Angah ni hah? Dari dulu asyik tak puas hati je dengan adik. Apa masalah Angah sebenarnya?" bentak Along geram.

Sungguh, dia sudah tidak betah lagi menghadap api kebencian Angah pada Adel. Bertahun-tahun lamanya. Kenapa sebegitu benci Angah pada Adel? Apa salah Adel selama ini pada Angah?

"Along nak marah-marah Angah ni dah kenapa? Betul lah apa yang Angah cakap. Angah tak ada masa nak layan dia. Salah ke apa yang Angah cakap?" balas Hayyan kasar.

Along berdecit kuat. Kepalanya digeleng. Adel sudah memegang kejap lengan Along, menggeleng ke arah Along agar usah memperbesarkan hal mereka.

"Angah tu melampau sangat. Apa salah adik pada Angah selama ni? Beritahu Along. Cepatlah!" gesa Along kuat. Tidak dihiraukan pandangan merayu daripada Adel.

"Along, dah la tu." ujar Adel perlahan. Angah menjeling tajam.

"Sebab dia bukan adik Angah." ujar Angah mudah. Kasar suaranya.

Adel terkesima. Sekali lagi ungkapan itu diluahkan Angah. Suasana serta merta menjadi hening dan sepi.

"Jadi, Angah kena layan dia macam orang asing lah?" tebak Along.

"Ya, sebab dia memang orang asing dalam rumah ni. Tak ada kaitan dengan kita!" tempelak Angah kuat. Bergema di ruang tamu suaranya.

"Angah!" jerit Along sudah meluru mahu menerkam ke arah Angah.

Adel pantas meluru terlebih dahulu. Didepakan kedua belah tangannya di hadapan tubuh tegap Angah. Menghalang Along daripada bertindak kasar.

"Along, please. Dah la. Jangan lah macam ni. Tolong.." rayu Adel perlahan.

Along menghentikan langkah. Tidak sanggup mendengar rayuan si adik yang sedang menahan hiba. Hayyan tergamam dengan tindakan Adel yang menyelamatkannya daripada bergaduh dengan Along.

"Ya, betul apa yang Angah cakap tu. Adel bukan adik dia. Adel cuma adik Along. Jadi, mana mungkin dia ada masa untuk layan orang asing macam Adel. Along jangan risau, Adel okay. Cukup ada Along dah buat Adel happy" ujar Adel hiba.

Along terpana. Luluh hatinya dengan kata-kata Adel. Pantas ditarik Adel ke dalam pelukan. Angah mengepal penumbuk. Tidak betah, tubuh dibawa laju mendaki ke tingkat atas. Terngiang-ngiang kata Adel sebentar tadi seiring dengan langkahnya. Dia benci! Dia meluat!

"Maafkan Angah ya dik. Along pun tak tahu macam mana nak nasihat dia lagi." ucap Along kesal.

Adel tersenyum tawar. Kelibat Angah dipandang sayu.

"Along jangan risau. Adel okay. Adel kuat." bisik Adel perlahan. Biarlah dia berpura kuat kalau hanya dengan cara itu dia dapat bertahan menghadap kebencian Angah padanya.

Wuuuu..Holla. Enjoy reading. Kalau best habaq best okay. haha.

Share this novel

Juliana Hassim
2021-08-28 15:15:33 

adik ne akk nk komen cerita adik setakat ne mmg x........xada yg xbest semua best tp nape sikit jer chpter wat la bab lebh sikit hehe...tahniah tau akk suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience