BAB 5

Romance Series 351253

Acara malam, masing-masing bersantai di hadapan televisyen. Jarang sekali untuk mempunyai family time begini. Bila masing-masing sudah meningkat remaja, mana mahunya mereka bertapa di ruang tamu melainkan di bilik sendiri masing-masing.

Kebetulan, malam ini baru sempat untuk mereka sekeluarga membuka bungkusan hadiah yang diterima oleh Angah. Ibu mengerling ke arah Along dan Adel yang sedang berceloteh. Senang hati dia melihat layanan Along pada Adel. Terserlah kasih sayang Along pada anak perempuannya.

Angah pula dilihat serius sahaja di kerusi bersebelahan Along. Sibuk bermain dengan telefonnya. Berbeza sungguh Along dan Angah. Ibu melarikan tatapannya ke arah beberapa buah bungkusan hadiah pemberian para tetamu dan rakan-rakan sekelas Angah.

Mereka sekeluarga juga belum sempat untuk memberi hadiah kepada Angah. Sibuk menguruskan majlis hingga masing-masing terlupa akan hadiah untuk diberikan kepada Angah.

Ibu bertindak mencapai sebuah bungkusan hadiah yang berbalutkan pembalut berwarna merah hati. Cantik! Tertera ucapan selamat hari jadi untuk Angah. Dikoyak perlahan. Dan diletakkan ke tepi. Diperhatikan sebuah kotak kecil hitam berbentuk bulat. Terbias seutas jam tangan gshock hitam. Mesti mahal.

Dibelek-belek hadiah yang berupa jam tangan tersebut. Ibu merenung Angah yang seakan tidak peduli dengan hadiah yang bertimbun di atas permaidani yang terhampar di lantai ruang tamu. Angah nampaknya lebih berminat dengan telefon di tangan.

Ibu menggeleng. Ditarik pula ucapan daripada pemberi. Ibu mulai membaca setiap bait ucapan. Seketika, berkerut-kerut wajahnya. Pelbagai reaksi dipamerkan. Ada rasa mahu ketawa, ada rasa mahu termuntah, ada rasa geli. Pendek kata, segala rasalah senang.

"Selamat Hari Lahir Hayy. Semoga panjang umur, murah rezeki. Manda doakan supaya Hayy sentiasa berjaya. I love you Hayy, muah!" ibu bertindak membaca kuat ucapan tersebut.

Angah yang ralit menunduk bermain telefon tersentak. Membulat matanya. Pantas tubuh ditegakkan. Menentang seraut wajah ibu yang sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Sweetnya ucapan budak perempuan ni, Hayy. Rasa nak menangis ibu baca." sindir ibu perlahan.

Hayy pantas mengorak langkah menuju ke arah ibu di sisi papa. Ditarik kad yang sedang digoyang-goyangkan ibu. Diam dia membaca. Seakan mahu tersedak dia dengan ucapan dari Amanda. Angah mendecit perlahan. Berani sungguh Amanda ini. Semberono sahaja menulis ucapan 'maut' tersebut.

Pantas dia menoleh. Mencari raut wajah Adel. Terpana dia saat melihatkan Adel hanya diam merenung dia bersilih ganti dengan kad ucapan Amanda di tangan. Adel mengalih pandang.

"Amanda tu buah hati Angah eh?" ibu bertanya. Angah mengalih pandang.

Angah diam. Mahu menafikan sekerasnya tapi lidah terasa keras dan kelu. Ya, memang tidak dinafikan dia selesa dengan Amanda tapi pada masa ini dia belum lagi ada sebarang perasaan pada gadis itu. Hanya dianggap sebagai rakan buat masa sekarang.

Adel diam. Menanti dalam diam jawapan Angah.

"Diam tu betul lah. Papa hantar pergi belajar, kamu pergi bercinta. Macam-macam lah kamu ni Angah. Jangan buat perkara bukan-bukan sudah." bebel Papa perlahan.

"Mana ada lah. Kawan biasa je pun. Tak ada maknanya nak bercinta." tukas Angah bernada biasa sambil mengerling ke arah Adel yang menunduk di sisi Along.

"Eleh, cepat-cepat je kata kawan biasa. Kawan biasa apanya kalau dah siap bagi hadiah mahal macam ni pakej dengan ucapan sweet lagi." tukas ibu.

Angah mencebik.

"Betullah kawan biasa je. Bukan Angah yang minta pun. Dia yang bagi." sela Angah kembali.

"Untung lah ada buah hati bagi. Kan adik? Lainlah macam kita ni, harap adik jelah yang nak bagi Along hadiah." provok Along yang sedari tadi diam memerhati dan mendengar.

Badan Adel disenggol-senggol. Adel tersenyum kelat bila namanya dipetik.

Angah mendengus.

"Along jangan nak jadi batu api. Angah tak ada apa-apa lah dengan Amanda tu. Kawan semata-mata. Tak lebih." jelas Angah lagi.

Sebenarnya, dia sendiri juga tidak mengerti mengapa dia perlu menjelaskan secara bersungguh-sungguh walhal perkara itu tidak ada kepentingan pun. Tapi hati mendesak agar dia menafikan sekerasnya. Seolah ada hati yang dia sedang jaga.

"Eleh. Lagi mau temberang. Siap dating kat koridor sekolah lagi. Ingat Along tak nampak? Adik pun pernah nampak la." Along buka cerita.

Angah terkesima. Dicari lagi seraut wajah Adel. Tunduk aje tengok kaki sendiri kenapa? Cantik sangat kaki tu?

"Betul ke adik? Wah, kalau korang tak bagitahu ibu tak tahu."

Adel mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Masa bila kau nampak aku?" soal Angah pantas.

Adel terdiam. Berkira-kira untuk memjawab. Dikerling Along di sisi.

"Tak kisahlah bila pun asalkan kami pernah nampak. Kan adik?"

Adel mengangguk lagi.

Ibu mencapai pula hadiah lain. Dibelek dan dibuka. Tiada lagi kelibat hadiah yang menarik perhatiannya. Kebanyakan hadiah biasa-biasa sahaja daripada tetamu dan rakan sekelas Angah.

Kini, tiba pula giliran mereka ahli keluarga memberikan hadiah kepada Angah. Adel memandang hadiah pemberian ahli keluarga kepada Angah. Cuma dia sahaja yang tidak membelikan apa-apa kepada Angah. Bukan dia kedekut cuma dia tak kuat lagi melihat hadiah pemberiannya dibuang oleh Angah.

Jadi, semenjak daripada itu hanya dia seorang sahaja yang tidak menghadiahkan Angah apa-apa sempena hari jadinya. Ahli keluarga yang lain juga sudah maklum. Adel diam sahaja di sisi Along. Bermain dengan jemari sendiri di ribaan.

"Terima kasih, ibu." ucap Angah sambil membuka hadiah pemberian ibu. Dikoyak pembalut warna keemasan tersebut. Tertera sepasang kasut Nike Air Force di ruang matanya saat ini. Angah terpana. Serta merta bibir melorek senyuman lebar.

"Seronok lah tu dapat kasut idaman dia." usik ibu.

Angah tersengih lebar. Kalut dia berdiri. Kasut disarungkan ke kedua belah kakinya. Tertunduk-tunduk tubuhnya mencuba memadankan kasut di kaki. Along hanya mencebik.

"Nah. Ini pula hadiah papa untuk Angah." Rizal mengunjukkan kunci ke arah Angah.

Angah mengerutkan dahi. Wajah papa dan kunci dipandang. Kunci?

"Nah, ambilah." unjuk papa lagi.

Dengan teragak-agak Angah menyambut. Dibelek kunci tersebut. Kunci kotak harta karun ke apa ni? Kalau betul kaya raya dia nanti.

"Kunci apa ni papa?" soal Angah bingung.

"Pergilah kat depan sana. Tengok hadiah apa." arah papa perlahan.

Angah pantas bergegas ke luar rumah. Sesaat, terbias sebuah basikal mahal berwarna putih sedang ditongkat di tepi tiang rumah mereka. Angah menekup mulut. Hadiah hari jadi dia tahu ini boleh diibaratkan sebarang minta sebarang jadi.

Angah bergegas kembali ke ruang tamu.

"Papa, seriously? Basikal tu Angah punya?" soal Angah kuat.

Papa menganggukkan kepala sambil tersenyum. Terserlah kegembiraan di wajah anak keduanya. Dia tahu kalau sudah lama Angah menginginkan basikal tersebut. Jadi, memandangkan prestasi pelajaran Angah yang cemerlang, dia berniat untuk mengabulkan keinginan Angah.

"Yesssss!! Terima kasih papa!" Angah meluru memeluk tubuh Rizal. Rizal membalas dengan menepuk lembut bahu si anak.

Angah melepaskan pelukan. Tubuh ditegakkan kembali. Perlahan, dipusingkan tubuhnya menghadap dua orang lagi penghuni rumah mereka. Dipusatkan pandangannya ke arah Adel dan Along.

Angah menapak menghampiri Along terlebih dahulu. Dibiarkan tubuhnya berdiri tercegat di hadapan Along sekaligus melindungi Along yang asyik menonton televisyen.

"Mana hadiah Angah?" soal Angah. Telapak tangan ditadahkan di hadapan wajah Along.

Adel diam. Hanya matanya sahaja naik memerhati adegan tersebut.

"Along tak beli hadiah untuk Angah birthday kali ni." ujar Along bersahaja.

Angah sudah memuncung. Tergelak Adel melihatnya. Namun, cerlungan tajam daripada Angah mematikan ketawanya.

"Ahh, takde takde. Cepat lah, long. Mana hadiah Angah?" desak Angah kuat.

Along mengeluh. Dengan gerak perlahan dikeluarkan sebuah paper bag kecil dan diunjukkan ke arah Angah. Angah menyambut riang. Dengan tidak sabar, dibuka beg tersebut.

"Stoking Along bagi kat Angah?" soal Angah perlahan.

Along mengangguk.

"Apa benda doh bagi stoking?"

"Okay lah. Dah ibu kasi kasut, Along bagi lah stoking. Ngam lah tu. Nanti tak payah dah pening nak pakai stoking mana. Bijak kan Along?"

Angah mendengus kasar.

"Ini bukan bijak, tapi kedekut namanya. Huh!" rungut Angah.

"Hello, bukan sembarangan stoking tahu. Mahal tu." selar Along.

Angah buat tidak tahu.

"Hah, cepatlah ucap terima kasih." arah Along kuat. Sengaja ingin mengusik Angah.

"Terima kasih." ucap Angah sebal. Dibelek stoking tersebut. Tak dinafikan memang elok kainnya. Tebal! Dia suka. Jenama juga boleh tahan.

Adel diam. Semua sudah mengeluarkan hadiah masing-masing, cuma dia sahaja yang tidak dipetik namanya. Mungkin mereka tahu keadaan antara dirinya dan Angah. Maka, riak biasa dipamerkan.

Angah mengerling ke arah Adel di sisi Along. Adel tak ada hadiah ke untuk dia? Senyap sahaja daripada tadi? Sepatah pun tidak keluar daripada mulut itu.

"Hadiah aku mana?" tanpa sedar diajukan soalan tersebut ke arah Adel.

Adel bungkam. Kejung dia dengan pertanyaan tiba-tiba dari Angah. Yang lain turut tersentak. Terkejut dengan soalan daripada Angah. Berpandangan mereka sesama sendiri.

"Huh?" Adel tergamam.

"Angah, jangan nak mulakan okay." ibu bersuara. Kesian melihat Adel terkebil-kebil memandang Angah.

"Apa? Angah cuma tanya hadiah Angah. Tu je."

"Nak buat apa hadiah banyak-banyak.  Berlambak dah tu. Jam, kasut, basikal. Tidak cukup lagi ke?" soal Ibu lagi.

Angah diam. Direnung wajah Adel. Setia menanti hadiah daripada Adel.

"Dah la, jangan nak usik adik. Pergi duduk sana balik." arah ibu perlahan. Kesian ibu saat melihat Adel terkulat-kulat.

Adel diam membatu. Sungguh dia terkejut dengan perilaku Angah. Sudah lupakah Angah apa yang terjadi pada birthday dia yang lepas-lepas? Mana mungkin dia hadiahkan sesuatu untuk Angah sedangkan Angah membuang pemberiannya.

Dengan longlai, Angah menapak menuju ke sofanya sebentar tadi. Dikerling sekilas Adel yang memandangnya dengan ekor mata. Dilepaskan keluhan lemah.

••••

"Along, kejap lagi adik balik dengan Ayana tau."

"Kenapa?" soal Along perlahan.

Adel tersengih.

"Adik nak pergi mall kejap."

"Nak pergi sana buat apa?" soal Along lagi.

Adel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nak beli barang sikit." jawab Adel lembut.

Along terdiam. Barang? Kebiasaannya Adel mengajak dia untuk keluar bersama membeli barang tapi agak pelik bila mana Adel keluar bersama Ayana. Bukan dia tidak izinkan, tapi memandangkan si adik masih belum cukup matang, terasa takut pula untuk dilepaskan sendirian. Walaupun bersama Ayana.

"Along, bolehlah. Adik janji, kejap je. Tak lama pun. Dah siap beli, kami balik." pujuk Adel.

Kedua belah tangan si abang dipegang dan diayunkan. Manja sekali kelihatan memek mukanya.

Along mencebik.

"Along tak makan rasuah okay."

Adel memuncung.

"Alah, boleh lah Along. Betul, adik janji kejap je."

"Kalau Ibu tanya nanti macam mana? Along yang kena tahu."

"Along cakap lah adik ada discussion group. Please Along."

Along diam. Menimbang tara kemahuan si adik. Diketuk dagunya beberapa kali. Diperhatikan muka si adik yang mencemik manja. Serasa mahu ketawa dia. Dianggukkan kepalanya bersetuju.

"Tapi ingat. Kali ni je Along bagi chance kat adik. Lepas ni no more. Okay baby?"

Adel mengangguk laju. Tersengih lebar senyumannya.

"Thank you Along. Sayangggg Along."

Along menjulingkan mata ke atas.

"Konon."

Adel tertawa manja.

"Betul lah."

Along menggosok kepala Adel.

"Yelah, yelah. Dah jom. Along masuk kelas dulu." pamit Along meninggalkan Adel di hadapan bangunan kelasnya.

Adel melangkah masuk ke dalam kelas setelah menghantar abangnya dengan pandangan. Sengihan panjang menghiasi wajahnya.

"Yana, lepas habis sekolah teman aku pergi mall kejap eh." dilabuhkan duduknya di sisi Ayana.

Ayana berhenti menulis sesuatu. Dikerling Adel di tempat duduk bersebelahan dengannya.

"Mall? Buat apa?" soal Ayana.

Ditoleh ke sisi merenung wajah Ayana.

"Beli barang sikit." sahut Adel pantas.

"Okay." ujar Ayana tanpa banyak soal.

"Yeay, terima kasih." ucap Adel riang.

Ayana hanya diam menganggukkan kepala. Menyambung kembali menulis.

Kring!!

Kedengaran kuat loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sudah sesi persekolahan pada hari ini.

"Thankyou Teacher." ucap mereka beramai-ramai.

Usai, masing-masing mulai mengemas segala peralatan buku dan juga kotak pensil yang berselerak di atas meja. Tidak ketinggalan Adel dan Ayana yang turut bergegas mengemas. Siap, dikendong beg sekolah ke belakang.

"Jom." ajak Adel.

"Jom." sahut Ayana pantas.

Dikemaskan kedudukan beg sekolah di belakang. Keduanya mulai menapak menuju ke arah pintu pagar sekolah yang sudah terbuka luas. Kelihatan ramai para waris yang sedang setia menunggu kepulangan anak masing-masing.

"Nak naik teksi ke bas Adel?" soal Ayana. Duduknya dilabuhkan ke bangku kerusi. Diangkat terlebih dahulu baju uniform miliknya. Adel turut melabuhkan duduk.

"Naik bas jela. Teksi macam mahal sikit." ujar Adel tersengih. Digoyangkan kaki ke depan dan ke belakang. Menanti dengan sabar kelibat bas awam.

Hampir lima belas minit menunggu, akhirnya terbias kelibat bas awam berwarna hijau tua. Keduanya pantas bingkas berdiri. Bergerak maju berhampiran jalan. Tangan digawangkan. Dipijak anak tangga bas dengan cermat dan mencari tempat duduk sebelum bas meluncur laju ke arah bandar.

Dua puluh minit bertapa, mereka tiba di Sunway. Sambil berpegangan tangan, akhirnya mereka melintasi jalan dengan berhati-hati. Gerun juga melihat kenderaan yang laju sedang lalu-lalang. Silap percaturan, ke hospital mereka nanti.

Ditekan butang lif menuju ke tingkat lima bangunan pusat beli belah itu. Adel tersenyum manis saat sebuah kedai terbias di ruang matanya. Ditarik tangan kurus Ayana ke arah stationery yang menjual pelbagai alatan sekolah.

Ayana tersentak.

Dilepaskan tangan Ayana perlahan. Jatuh terkulai ke sisi. Kaki diatur menapak ke dalam kedai. Sudah terbayang barangan apa yang sesuai untuk dijadikan hadiah kepada Angah. Rasa bersalah pula tapi bukan salah dia. Dulu dia kasi Angah marah. Tak kasi Angah minta pula. Pening dia dengan peel Angah.

"Kau cari apa Adel?" soal Ayana perlahan. Pelbagai pen terhidang di depan mata.

"Cari pen." ringkas balasan yang diberikan.

Ayana mengerutkan dahi.

"Pen? Dah tak cukup pen dalam pensel box kau tu? Aku rasa dah boleh jual balik. Punya berlambak." bebel Ayana perlahan.

"Bukan untuk aku lah." tukas Adel.

"Dah tu untuk siapa? Along kau ke?" soal Ayana lagi.

Adel menggelengkan kepalanya perlahan.

"Untuk Angah aku."

Ayana melopong. Telinganya digosok kuat.

"Aku tak salah dengar kan?"

Adel menggeleng.

"Sejak bila kau baik dengan bapak singa tu?"

Adel mengangkat bahu.

"Entahlah. Sebenarnya kami tak baik pun. Cuma saja aku nak kasi hadiah sebab birthday dia aku tak bagi apa." jelas Adel.

Ayana diam. Masih lagi terkelu. Malas menyemakkan kepala otak berfikir, dibawa langkahnya menuju ke arah rak novel.

"Ikut kau lah. Pening aku dengan korang ni." bebel Ayana sambil bergerak meninggalkan Adel. Adel hanya tertawa kecil.

"Kak, ada tak pen yang boleh ukir nama?" soal Adel bila merasakan pen yang tersusun di tidak ada yang menarik minatnya.

"Kejap ye dik. Akak cari. Rasanya ada. Tak tahu lah kalau dah habis." ujar pekerja di kedai tersebut. Tertera nama Azira di poket baju gadis itu.

"Adik nak pen warna apa?"

"Hitam ada tak kak?"

"Ada. Hah, nah dik.!" diunjukkan ke arah Adel.

Adel menyambut. Dibelek beberapa kali. Cantik bekilat. Nampak esklusif sekali. Sesuai lah dengan Angah.

"Ambil yang ni lah kak. Tolong ukir nama sekali ye."

"Nak letak nama apa dik?" Soal pembantu kedai itu.

"Letak 'Hayyan." dieja nama Angah satu persatu.

Diperhatikan gerak geri si dia mengukirkan nama di pen tersebut. Usai, dibayar harga pen yang siap berukir nama. Kelihatan sebuah senyuman panjang menghiasi wajahnya.

"Dah?" soal Ayana. Dilingas mata ke sekeliling ruang mall. Ramai juga pelajar sekolah ke sini petang ini. Mungkin esok weekend.

"Dah. Jom balik. Nanti ibu aku bising pula." ajak Adel. Ditarik sekali lagi pergelangan tangan Ayana.

"Jomlah. Nanti lambat pula sampai rumah. Dah la bas sejam sekali." balas Ayana.

Serentak, kedua mereka mulai menuruni lif menuju keluar daripada mall. Terasa lega bila barang yang diinginkan sudah diperoleh. Tidak sabar mahu dihadiahkan pada Angah. Dia harap Angah suka. Jangan dibuang seperti dahulu sudahlah.

••••

Adel berbaring menelentang menghadap siling bilik. Kepala merangka kata-kata dan juga cara untuk disampaikan hadiah tersebut kepada Angah. Sesaat, dia diterpa rasa debar. Bagaimana kalau hadiah pemberiannya ditolak oleh Angah seperti dahulu ?

Tapi, tak mungkinlah sebab Angah sendiri yang meminta daripada dia. Jelas kekecewaan di wajah Angah semalam bila tiada sebarang hadiah daripada Adel. Jadi, bagi menghilangkan rasa bersalah Adel berniat untuk memberikan hadiah kepada Angah sempena hari jadinya.

Adel bangun daripada posisi menelentang. Bibir dikebam rapat. Dibawa langkah menuju ke meja sisi katil. Terselit bungkusan hadiah sebentar tadi. Sebelum bergerak keluar daripada bilik, Adel menuju ke arah meja solek terlebih dahulu.

Baju tidur mickey mouse Adel betulkan kedudukan di tubuhnya. Rambut separas bahu Adel biarkan mengurai. Nafas disedut dalam sebelum pintu yang tertutup rapat dikuak. Ditutup perlahan dan menapak ke sebelah biliknya. Bilik Angah dan bilik dia bersebelahan sahaja.

Dihentikan langkahnya tepat di pintu bilik Angah. Terdengar sayup-sayup suara Angah sedang menyanyi. Adel terkedu. Bibir dikebam. Dengan gerak perlahan, diletakkan telinganya melekap ke pintu bilik. Diamati alunan nyanyian merdu Angah. Terbuai seketika dia.

Angah berhenti mengalunkan lagu. Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendinginkan tubuh yang berbaju tshirt nipis. Asyik menyanyi terasa kering pula tekaknya. Digosok-gosok halkum yang timbul. Leher dilentur kiri dan kanan sambil berjalan menuju ke pintu.

Adel masih di posisi yang sama. Menanti alunan lagu daripada Angah. Namun, dua minit berlalu tiada lagi suara merdu tersebut kedengaran. Sesaat, terasa daun pintu terkuak dari dalam. Adel terkedu. Terasa kepalanya berlanggar dengan dada seseorang. Mata membulat besar.

Angah tercengang. Perlahan ditundukkan wajahnya. Terjengul kepala Adel di dadanya. Adel menjarakkan kepalanya lambat-lambat. Direnung dada agak tegap milik Angah sebelum naik merenung wajah kacak milik bapak singa itu.

Mereka saling bertatapan untuk seketika. Tersedar, pantas Adel tegakkan tubuh. Dijarakkan kedudukannya daripada Angah yang memandangnya hairan. Dadanya berdebar kuat. Entah takut, entah segan.

"Angah." seru Adel perlahan.

"Kenapa kau boleh ada depan bilik aku ni?" soal Angah bingung.

Adel tersengih manja. Angah terpana. Berdegup kuat dadanya. Angah berdeham.

Adel menggaru kepala yang tidak gatal. Seketika, masing-masing terasa janggal dengan keadaan antara mereka. Tidak tahu untuk beriak apa.

"Adel ada something nak bagi kat Angah." ujar Adel perlahan.

Angah memeluk tubuh. Direnung Adel dengan pandangan biasa. Tidak tajam dan tidak juga lembut. Comel pula dia melihat baju tidur sepasang mickey mouse yang tersarung di tubuh kurus itu.

"Apa?" soal Angah sepatah.

Adel naik menutaskan semula pandangan ke arah Angah. Dengan riak segan, Adel menghulurkan sebuah paper beg berwarna hitam. Angah mengerutkan dahi. Namun, huluran Adel disambut jua lambat-lambat.

"Apa ni?" soal Angah. Perasaan teruja disorok kejap. Hanya riak biasa sahaja dipamerkan walhal dalam hati serasa mahu melompat sahaja saat ini. Adel jatuhkan tangan ke sisi.

"Tengoklah." balas Adel mudah.

Angah menunduk menggodek isi yang tersembunyi di dalam beg tersebut. Membelek-belek isi di dalamnya. Dicapai sebuah kotak biru gelap yang diikat reben keemasan itu. Paper beg dikepit di celah ketiaknya.

Adel mengigit bibir. Menanti Angah membuka hadiah yang diberikan. Sesekali dilingas mata kiri dan kanan. Takut tertangkap oleh ibu, papa dan Along. Nanti mereka salah sangka pula. Jadi, lebih baik mereka berhati-hati.

Angah membuka dengan cermat. Sesaat, terbias sebatan pen hitam berkilat dipantul cahaya lampu. Terbias senyuman pendek di wajahnya. Ditarik keluar pen dengan perlahan. Tertera namanya diukir cantik di pen tersebut. Dibelek beberapa kali.

"Dah tak ada hadiah lain ke kau nak bagi kat aku?"

Adel tersentak. Jangan cakap Angah nak buang lagi hadiah yang dia beri. Dia sudah tidak sanggup diperlakukan seperti itu. Kelapa digaru. Terkulat-kulat dia mahu mencari idea untuk menjawab pertanyaan Angah.

"Maaf. Kalau Angah tak suka, tak apa lah. Tapi, janganlah buang, bagi je pada siapa-siapa yang Angah suka." tukas Adel perlahan.

Angah terdiam. Mana boleh! Dah Adel kasi dia, dia punyalah. No way, dia nak bagi pada orang lain. Takkan sama sekali! Hak dia, milik dia!

"Aku tak cakap pun aku tak suka." sela Angah bernada biasa.

"Huh?"

"Aku tak cakap pun aku tak suka. Kau yang memandai cakap. Nak bagi orang lain buat apa, dah sah-sah pen ni untuk aku. Siap ada nama lagi. Kalau kasi pun diorang takkan terima." ujar Angah.

Adel diam. Jauh di sudut hati, dia terasa bahagia kerana untuk pertama kalinya hadiahnya diterima Angah. Sekurangnya untuk kali ini, Angah sudi untuk mengambil hadiah itu. Adel melorek senyuman lebar.

"Dah, pergi masuk bilik kau. Nanti ibu nampak pula. Tak pasal aku yang kena. Kau tak apa lah kesayangan diorang." ujar Angah kuat.

Adel mengangguk laju. Pantas tubuh dipusingkan untuk menuju kembali ke biliknya.

"Adel." seru Angah.

Adel menoleh.

"Thanks!" ucap Angah sepatah.

Adel tersenyum membalas sebelum tubuhnya menghilang di balik pintu. Angah tersenyum. Diperhati lama pen tersebut. Perlahan, pintu biliknya ditutup. Terasa hilang dahaganya yang terasa sebentar tadi.

Diletakkan kotak pen tersebut di meja sisi katilnya, terasa bibirnya seakan tidak pandai lagi untuk berhenti daripada tersenyum. Ya, dia gembira dan teruja. Serasa itulah hadiah paling bermakna sekali untuk hari jadinya pada tahun ini.

Enjoy reading. Jangan lupa komen, like dan share. HAHAHA. Thankyouuu..

Share this novel

Juliana Hassim
2021-08-26 22:13:33 

komen akk untk adik zierA cepat cepat u


NovelPlus Premium

The best ads free experience