BAB 1

Romance Series 351253

"Memang dah tak ada cara lain ke untuk kita, abang?" dengan suara yang terketar menahan tangis, diajukan soalan yang terasa memberat untuk dikeluarkan daripada keronkong.

Dilabuhkan renungannya ke arah si isteri yang teresak menangis di birai katil. Kedua belah tangan si isteri naik menekup kedua belah. Berjejeran air mata mengalir di celah jari jemari itu. Menitis turun meleleh ke sekitar dagu dan leher.

"Maafkan abang. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Bukan abang tak sayang, sungguh abang sayang tapi abang terpaksa. Betapa berat hati abang untuk lakukan semua ini. Maafkan abang, maafkan abang!" tutur si suami turut menangis seperti si isteri.

"Tapi mesti masih ada cara lain kan? Kenapa perlu sampai macam ni?" bentak si isteri lantang. Sukar untuk dia terima keputusan berat si suami.

Tubuh bingkas berdiri menentang belakang tubuh si suami yang turut terinjut menahan tangis. Sebelah tangan menongkat dahi di besi tingkap bilik mereka.

"Jawablah! Kenapa abang diam?" kuat suara isteri bergema di ruang kamar suram bilik mereka.

Si suami mengesat air mata yang terasa kembali bergenang di pelupuk mata. Tuhan, tolong berikan dia kekuatan. Sekilas,terbayang seraut wajah comel anak kecilnya, Adella Mikayla.

Perlahan, tubuh dipusing menghadap si isteri yang sedaya upaya mengawal rasa sebak dan amarah. Seketika, mereka saling berpapasan mata. Sepasang mata bening yang merah menyala menjentik tangkai hatinya yang paling dalam.

Perlahan, dengan langkah lesu, diatur derap kakinya menghampiri si isteri. Dihentikan langkah tepat di hadapan sekujur tubuh si isteri. Diusap wajah si isteri yang berserabai dengan air mata. Cepat sahaja ditepis kuat.

"Kalau lah ada jalan lain, sayang. Tapi malangnya tak ada. Ini adalah jalan terakhir untuk kita. Abang tahu kalau ini adalah jalan yang terberat untuk kita tapi abang harap sayang faham." ujar si suami perlahan.

Cuba mengharapkan pengertian dari si isteri.

"Saya tak nak faham!" tukas si isteri bersama esakan.

Si suami terdiam. Wajah mendongak ke atas. Cuba untuk bertenang. Diraup kasar wajah, menghilangkan kekusutan.

"Please sayang.." pinta si suami.

"Abang memang tak sayangkan anak kita. Sanggup abang buat macam tu pada anak kita. Mana pergi naluri kebapaaan abang? Mana pergi!" jerit si isteri.

Dada si suami ditumbuk kuat. Beberapa kali tanpa belas. Biarlah kalau ini sahaja cara yang ada untuk dia lampiaskan segalanya. Lelah sendiri, akhirnya tubuh melorot jatuh bersimpuh di lantai.

"Kenapa anak kita yang harus jadi galang gantinya? Kenapa!!!"

Melihatkan si isteri yang sudah mengongoi lesu di kaki, pantas tubuh ditundukkan. Ditarik kepala si isteri. Mendakap kepala tersebut rapat ke dadanya.

"Andai sahaja abang punya pilihan. Tapi abang manusia biasa. Tak lari daripada diuji Tuhan. Percayalah, ayah mana yang tidak sayangkan anaknya. Terlalu sayang sampai abang sanggup untuk buat apa sahaja agar keadaan kita semua terjamin." sebak kedengan si suami menjelaskan.

Esak tangis kian bergema di bilik yang terasa suram dan kelam itu. Sesuram dan sekelam hati pasangan suami isteri tersebut.

"Ma..ma..ma.." seru seseorang menyentakkan galau di hati mereka.

Mendengarkan suara kecil itu, pantas si isteri merungkaikan pelukan si suami. Tubuh si suami ditolak perlahan. Pantas tubuh bingkas berdiri. Menerpa dengan tangisan ke arah tubuh kecil yang sedang berada tercegat di muka pintu.

Terus dipaut tubuh kecil comel milik anaknya ke dalam pelukan. Erat pelukan tersebut seolah itulah merupakan hari terakhir untuk mereka bersama dan berpelukan. Masihkah ada peluang untuk mereka lagi selepas ini atau tiada lagi peluang itu untuk mereka?

"Sayang lapar susu ye? Kejap mama bancuh. Kita turun bawah dulu okay." dipaut tubuh kecil ke dalam dukungannya. Dikucup semahu wajah comel itu.

"Nanak cucu.." petah si anak bercakap sekaligus mengundang senyum di hati sang ibu yang sedang walang. Si ayah turut menyoroti langkah kedua kesayangan dunia akhiratnya menuruni ke dapur.

"Bak sini adik tu kat abang. Sayang pergilah buatkan susu untuk dia." arah si suami lembut.

Malas untuk berbalah, dilepaskan jua dukungan ke arah suaminya. Si suami menyambut mesra. Cuba untuk mengawal sebak yang mulai bertandang. Bibir diketap rapat sebelum dibawa tubuhnya ke ruangan dapur.

Dibawa anak perempuannya ke sofa ruang tamu. Diletakkan di ribaannya. Digomol-gomol pipi montel tersebut semahunya. Terkekek si kecil itu ketawa. Geli kerana digomol si ayah. Seketika,air mata mengalir lesu.

"Papa nangis?" si anak bertanya.

Pantas dikesat kasar. Namun sekali dikesat, makin banyak pula menitis berjejeran di pipi.

"Tak sayang. Papa tak nangis." dalih si bapa tersenyum hiba.

"Papa angan nangis.." ujar si anak menyapu air mata dengan kedua tangan montelnya.

Pantas didakap erat tubuh montel itu ke pelukannya. Didakap erat semahunya. Tanpa sedar, sepasang mata memerhati dengan air mata yang turut berjejeran di pipi. Adakah ini kali terakhir untuk mereka?

"Tak sayang, papa tak nangis. Papa sayang adik. Sayang sangat-sangat." ujar si ayah sebak.

Usai, dibawa sepasang kakinya menuju ke ruang depan.

"Nah, susu adik. Meh sini sayang. Mama susukan." dicapai si anak dalam dakapan erat si ayah.

Dibaringkan ke ribaannya. Dipangku tubuh montel gebu itu. Diusap dan dibelai tidak lepas. Disuap susu tersebut ke mulut si kecil. Air mata yang bergenang dikesat dengan tangan.

Sungguh, dia tidak sanggup dan sampai bila-bila juga dia tidak sanggup. Namun, ia harus berkorban dan terkorban kerana mereka sudah tidak punya pilihan lagi. Biarpun hati meronta, memberontak, menjerit tiada gunanya kerana sudah tiada jalan untuk mereka.

"Sayang dah siap kemas baju-baju adik?" soal suami setelah lama berdiam diri di sisi isteri yang sedang memangku si adik yang sedang asyik menyusu.

"Dah.." hanya sepatah kata yang mampu dibalas. Ringkas namun dingin dan keras suaranya.

Perlahan dicapai tangan si isteri.

"Jangan sentuh saya.." tukas si isteri keras. Ditepis tangan suami. Elak daripada bersentuhan dengannya. 

Si suami mengeluh kuat. Meraup wajah sekali lagi.

"Lepas sayang dah habis susukan adik, kita gerak ke sana. Nanti takut lewat malam pula sampai.." ujar si suami lelah.

Tubuh dibingkas berdiri. Dibawa untuk mendaki ke anak tangga menuju ke atas. Bersiap ala kadar walhal hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berat hati untuk melangkah pergi.

"Memang ini je ke jalan terakhir untuk kita?" soal si isteri perlahan saat tubuh si suami membelakangi dirinya.

Terkaku mendengarkan soalan si isteri, perlahan langkah dihentikan.

"Ya, ini sahaja jalan terakhir untuk kita. Abang naik bersiap dulu. Nanti awak dengan adik naik bersiap pula."

Dilabuhkan renungan ke arah si anak yang galak menyusu di ribaannya. Diusap dan dibelai sayang rambut ikal mayang si anak. Sungguh cantik rupa anaknya ini.

"Mama janji suatu hari nanti mama akan dapatkan sayang balik walau dengan apa cara sekalipun. Itu janji mama." tekadnya dalam hati untuk kesekian kalinya.

Walaupun dia tahu dia bakal punya rintangan kelak, namun apa yang menjadi haknya akan terus menjadi miliknya kerana dia sememangnya berhak! Pipi anaknya dikucup sayang. Seketika, esak tangis berbunyi kuat. Tidak mampu lagi untuk menghadapi saat-saat terakhir kehilangan.

••••

Kereta menyusur masuk ke sebuah perkarangan rumah agam besar. Kedengaran air terjun mini bersebelah sayap kiri rumah menghiasi suasana malam. Kereta diparkir di halaman rumah agam tersebut. Diperhatikan sekeliling.

Masih bercahaya menyala rumah tersebut. Terang benderang menyuluh segenap rumah. Terdengar riuh rendah suara penghuni tersebut dari dalam. Perlahan, pintu kereta ditutup. Dikerling wajah sugul si isteri di sebelah. Jatuh pula ke arah anak perempuannya yang sedang tidur di dukungan isterinya.

Dengan menjinjing beg pakaian si anak, diorak langkah ke muka pintu utama. Dibunyikan loceng beberapa kali. Seketika, kelihatan pintu terkuak luas daripada dalam. Seolah memang sedang menanti kedatangan mereka.

"Siapa yang datang, abang?" soal isteri saat melihat suami tercegat di muka pintu. Dia yang Berada di dapur pantas datang untuk meninjau.

"Eh dah sampai? Masuk lah. Masuk." ajak si isteri penghuni rumah dengan mesra..

"Maaf lah, kami lewat sikit. Sibuk uruskan benda budak kecil ni." ujarnya perlahan.

"Eh tak apa Maleek, kami pun belum tidur lagi. Lagipun masih awal lagi ni. Masuklah Mila.." ajak sepasang suami isteri itu ramah. Sedikit sebanyak, menghilangkan gusar di hati mereka pada saat ini.

"Terima kasih." pantas kaki menapak masuk ke dalam rumah yang mewah dan luas tersebut.

"Tidur ke tu?" Mila menganggukkan kepala. Mengiakan soalan wanita tersebut. Anak perempuan yang sedang terlena di ribaannya dikucup sayang. Merengek dia saat terasa diganggu. Perlahan, ditepuk menidurkan kembali si anak.

"Kejap, saya ambilkan bantal." pelawa wanita tersebut ramah.

"Eh tak apa Nina. Dia dah biasa tidur atas riba saya. Nanti kalau alih merengek pula. Biasalah budak manja." terang Mila sayu.

Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Cuba untuk tidak larut dengan keadaan yang masanya cuma tinggal beberapa jam lagi untuk mereka bersama. Dirangkul makin kejap tubuh anak ke dakapannya.

Nina terdiam. Lama dipandang si ibu dan anak tersebut. Jujur, dia juga tidak sampai hati untuk memisahkan kedua beranak tersebut. Tapi dia juga terpaksa. Tidak dinafikan kalau dia juga ingin punya anak perempuan setelah dikurniakan dua anak lelaki sebelum ini.

"Jadi, macam mana Mal? Kau dah fikir masak-masak ke?" soal lelaki yang sedang bersila panggung di hadapannya.

Maleek nenarik nafas dalam. Dikerling Mila, isterinya di hujung sofa. Kepala dianggukkan lambat-lambat. Berat sungguh mulutnya kini untuk menuturkan jawapan. Serasa seakan ada ketul emas di kerongkong mulutnya. Tersekat tidak terluah.

"Kau yakin kau takkan menyesal?" soal si lelaki sekali lagi.

"Ya, lagipun ini jalan terakhir untuk kami. Tapi aku nak kau tahu kalau suatu hari nanti aku tetap akan ambil semula hak aku." ujar Maleek tegas. Itu tekadnya.

Si lelaki tersenyum sedikit.

"Ya, jangan risau. Suatu hari nanti aku akan kembalikan hak kau. Jangan risau. Memang itu perjanjian kita." tukas lelaki tersebut. Menyenangkan galau di hati sepasang suami isteri tersebut.

Dia tahu kerana dia juga seorang ayah. Punya naluri kebapaan yang tinggi. Mana mungkin dia sanggup jika dia di tempat Maleek saat ini. Dan, di satu sisi lain dia berterima kasih kepada Maleek kerana sanggup membantunya. Jadi, dalam erti kata lain mereka saling bantu membantu.

Walaupun jauh di sudut hati, dia tahu betapa beratnya Maleek dan isterinya Mila untuk memberikan anak kecil itu kepada mereka. Tambahan Mila yang mengandungkan, melahirkan, menyusu dan membesarkan. Dia tahu tapi dia juga terpaksa. Isterinya di sebelah dikerling sayang. Lama dia perhatikan si isteri memandang anak kecil yang sedang lena di ribaan Mila.

"Aku harap kau takkan mungkir janji, Riz.." ucap Maleek perlahan. Ditentang tajam mata milik rakannya. Seolah memberi amaran berselitkan harapan agar perjanjian antara mereka tidak akan dimungkiri lelaki itu.

Sebuah anggukan diberikan ke arah Maleek yang menanti jawapan daripadanya.

"Jangan risau, aku bukanlah seorang yang tidak menepati janji. Malah, aku berterima kasih pada kau sebab sudi tolong aku. Mila, maafkan kami atas keputusan yang kami buat ini. Saya harap awak faham dan saya janji akan kembalikan hak kamu semula nanti." jelas Rizal lebar.

Mila terdiam. Sedari tadi sepatah kata tiada yang keluar daripada mulutnya. Dia sedang cuba bertenang, dia sedang cuba mengawal perasaannya. Oleh itu, diam adalah lebih baik daripada berkata-kata saat ini. Dia ingin meraung, meratap, mempersoalkan semua ini namun tidak tahu kenapa kalau lidahnya seakan kelu. Hanya usapan dan belaian diberikan ke anak di ribaan.

"Saya harap apa yang awak ucapkan hari ini kekal sampai nanti. Jika tidak, saya akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang sememangnya hak saya." ucap Mila tegas.

Dikerling wajah suami di sisi yang tunduk. Mungkin sama seperti dia saat ini yang sedang menahan sebak bergelora menghentam dada. Dijatuhkan renungan ke wajah comel anak kecilnya. Semakin bertambah sayu hati bapanya.

'Adik jangan risau, suatu hari nanti papa tetap akan ambil adik balik. Walaupun papa terpaksa lakukan apa sahaja. '

"Ya, baik. Saya akan tunaikan kata-kata saya Mila, Maleek. Saya tidak akan lupa jasa kalian berdua kerana sudi untuk membantu saya. Sungguh, saya terhutang budi dengan kalian berdua." ujar Rizal. Dalam kedengaran suaranya.

"Terima kasih juga atas pertolongan kau pada kami, Riz."

Rizal melemparkan sebuah senyuman. Jam berdenting kuat di dinding. Tepat pukul 12 malam.

Mila tersentak. Sudah tibakah masa untuk mereka berpisah? Mampukah dia? Tegakah dia saat ini? Kesemuanya diam kaku. Seolah mengerti akan keadaan yang bakal merubah segalanya saat ini. Maleek terpana. Debar hatinya saat ini mengenangkan dia bakal kehilangan anak kecilnya.

"Alang-alang dah tengah malam, apa kata korang berdua bermalam sahaja di rumah kami." pelawa Rizal sengaja

Sekurangnya mereka masih punya waktu untuk bersama dengan anak kecil yang sedang lena pulas di ribaan si ibu.

Maleek menggeleng lemah. Mila di sebelah sudah mula mengalirkan air mata.

"Tak apa lah, Riz. Terima kasih. Lagipun aku ada kerja esok pagi. Kena bergerak awal."ditolak sopan pelawaan daripada rakannya.

"Nak balik juga?" soal Nina memecahkan keheningan malam yang sepi antara mereka.

Maleek menganggukkan kepala.

"Jom sayang. Kita balik. Bagi adik pada Nina." ujar Maleek. Berbisik kepada isteri di sebelah yang sudah teresak sendirian.

Sesaat, dikucup semahunya anak kecil mereka. Dipeluk rapat ke dadanya. Sudah tidak dipedulikan lagi rengekan daripada mulut mungil itu. Beberapa titis jatuh menimpa wajah si anak. Makin kuat esakan berlagu. Menghiris hati sesiapa yang mendengarnya. Seakan dilapah-lapah hatinya saat ini.

Hanya mampu bersama selama dua tahun sahaja dengan si anak dan kini tiada lagi suara mungil itu memanggilnya mama. Meminta susu saat dia kelaparan. Tiada lagi tawa kecil anaknya saat mereka bercanda dan bermesra bersama.

"Mila. Abang cakap bagi adik pada Nina." tegas Maleek. Dia terpaksa! Bukan sengaja! Dan dia harus bertegas saat ini.

Perlahan,diunjukkan si anak ke arah Nina. Nina menyambut pantas. Dikucup sayang pipi labuh itu. Mila mengalih pandang. Tersayat hatinya mengenangkan anak darah dagingnya menjadi anak orang lain. Pilu hatinya memikirkan ada orang lain yang menjadi ibu kepada anaknya selain dirinya.

Maleek menghela nafas kuat. Tidak sanggup melihat isterinya yang berperang dengan perasaan. Pantas, tubuh bingkas berdiri. Menapak mencapai pergelangan si isteri.

Mila diam membatu. Terdengar rengekan si anak yang sudah terjaga. Berkelip mata si anak memandangnya saat ini. Hancur luluh hati seorang ibu miliknya.

"Ma..ma..mama.." rengek si anak memanggilnya. Tangan digawang beberapa kali ingin pergi ke pangkuan si ibu. Mila semakin teresak. Hanya langkah longlainya mengikut derap langkah si suami.

Tetiba langkah dihentikan. Perlahan, direntap tangannya daripada pautan kejap si suami. Dipusing tubuhnya semula menapak ke arah Nina dan Rizal. Nina berdebar. Berharap agar anak kecil ini tidak dirampas kembali.

"Saya ada permintaan." ujar Mila kuat. Maleek terkaku.

"Bagitahu saja Mila. Kami akan tunaikan." ujar Nina bergetar.

"Pertama, tolong jangan susukan dia dari susu awak. Kedua, nama dia Adella Mikayla. Tolong panggil dia, Adel. Jangan sesekali panggil nama lain." tegas Mila. Keras suaranya melantunkan permintaannya.

Maleek terpana. Nina terkesima. Rizal hanya diam. Tidak berniat untuk menghalang apatah lagi bersuara.

"Baiklah Mila. Jika itu permintaan awak. Kami akan turutkan. Jangan risau, kami akan jaga Adel baik-baik macam anak kami sendiri. Semoga kita berjumpa lagi." ujar Rizal menerima permintaan Mila dengan hati terbuka.

Jika itu permintaan Mila, maka mereka akan menurutinya. Apalah nak dibandingkan dengan permintaan kecil Mila dengan mereka yang berkorban menyerahkan darah daging miliknya kepada mereka suami isteri. Sungguh besar pengorbanan Maleek dan Mila.

Untuk kali terakhir sebelum melangkah pergi, Mila menapak mendekati anaknya di pangkuan Nina.

Tangan kecil yang kalut menggapai wajahnya dicium bertalu-talu. Dikucup keseluruhan wajah si anak. Basah wajah si anak dengan air mata si ibu. Nafas disedut dalam dan dibawa langkah laju tanpa berpaling lagi ke arah si anak yang menangis nyaring di telinganya.

Dirempuh kasar bahu si suami yang tercegat memerhati kelibat si isteri melepasinya.

"Aku balik dulu Riz, Nina.." pamit Maleek lesu. Dikerling untuk kali terakhir wajah anak kecilnya. Maafkan papa, sayang!

Dibawa derap langkah menuju menyoroti langkah si isteri. Tangan yang memaut jemarinya dikerling sekilas. Laju tangan itu menyeka air matanya.

"Terima kasih, Maleek, Mila." ucap Rizal sayu pada angin pilu. Sungguh, dia turut dipagut pilu mendengar jeritan tangis si anak kecil itu. Serasa luluh hatinya.

Dia memandang ke belakang untuk kali terakhir. Diperhatikan wajah kecil yang masih tersebek menangis. Air mata dikesat. Dia janji suatu hari nanti pasti mereka akan bersatu kembali. Walau apa cara sekalipun!

Dan, detik itu telah merubah segalanya. Segalanya sekelip mata! Yang tersisa cuma secebis kenangan yang akan diingati untuk selama-lamanya tanpa berniat untuk menghakisnya sama sekali.

••••

So gaissss! This is my second novel. Selamat membaca. Komen sikit! Haha. Terima kasih.

Share this novel

Saphire
2022-03-17 12:44:19 

Hi, best crita youu. Jemput baca novel sy yg berjudul cinta yang tak didendangkan, jgn lupa support dan komen yaa. Terima kasih

Noraisyah Ishak
2022-03-09 05:12:08 

Best.. sambung lg ye

Normala Bawi
2022-02-22 10:41:35 

menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience