BAB 31

Romance Series 351253

"Sayang.." seru Angah perlahan.

Adel diam sahaja.

"Adel. Kau dengar aku tak?" soal Angah. Tangan Adel yang merangkul lehernya dipegang.

"Jahat!" gumam Adel.

Angah lepaskan keluhan. Bias cahaya malam yang menerombos masuk melalui tirai bilik membangkitkan suasana nyaman.

"Keluar dengan Hayra boleh pula." gumam Adel lagi.

Angah tersentak.

"Sayang. Pandang aku please." pinta Angah. Dipaut wajah Adel. Adel keraskan wajah. Tidak mahu memandang wajah Angah. Geram berselimut di hati saat ini.

"Aku dengan Hayra tak ada apa-apa. Okay fine, aku tak tahu kau nampak aku dengan dia kat mana. Tapi, seingat aku kami jumpa secara kebetulan sahaja. Itupun ada Raid sekali. Sungguh, aku tak tipu." jelas Angah.

Adel tunak memandang dada Angah.

"Sayang.." seru Angah bila tiada sebarang kata dari Adel.

"Hmmm.." gumam Adel perlahan. Wajah kembali tersemban di leher Angah. Angah menghembus nafas sebelum dengan tenang menyandar di birai katil. Kedua mereka kini melabuhkan duduk di lantai bilik Adel.

Keadaan mereka ketika ini, Adel sedang berada di kedua belah kaki panjang milik Angah. Kedua belah tangan merangkul pinggang Angah. Angah menepuk bahu Adel persis mendodoikan anak kecil.

"Kau percayakan aku kan?" tanya Angah gusar.

Adel mengangguk lambat-lambat di leher Angah.

"Thanks sayang.." ucap Angah perlahan.

Angah mengeluh. Teringat kembali sebentar tadi Adel melepaskan perasaannya sungguh-sungguh. Angah terpaksa memujuk. Cuma sekarang, agak reda. Hanya sekali sekala terdengar esak tangisnya.

"Taknak makan ke? Tak lapar?" tanya Angah perlahan.

Adel menggeleng tanpa suara. Angah menyandar kemas ke birai katil. Sebuah kucupan dilepaskan di ubun Adel. Adel mendongak perlahan. Angah senyum. Diusap sisa-sisa air mata di wajah Adel.

"Kita turun makan nak tak. Nanti perut kau masuk angin." pujuk Angah lagi.

Adel tersebek kembali. Tidak tahu lah kenapa dia cengeng sangat saat ini.

"Heyy, janganlah menangis lagi. Okay-okay kita tak turun." putus Angah.

Adel semban kembali wajah ke leher Angah. Angah mengusap kepala Adel. Nampak gayanya, malam ini mereka tidur begini sahaja. Angah mengerling  jam di meja katil. Tepat jam satu pagi. Esok sudahlah dia ada perbincangan tentang kem kepimpinan di Johor.

Mata dipejamkan perlahan sebelum dirinya juga tenggelam dibuai lena sama seperti Adel yang sudah terlentok lena di lehernya bersama dengkuran halus. Mungkin lelah menangis sebentar tadi.

Adel mencelikkan mata yang terasa kelat. Perlahan, wajah diangkat saat terasa mata disapa dengan batang leher seseorang. Adel merenung wajah Angah yang terlentok lena di birai katil.

Adel goyang tubuh Angah yang sedang terlentok lena. Angah yang terasa terganggu menggerakkan badan. Angah mencelikkan mata yang terasa kelat saat terasa badannya digoyang lembut. Sesaat, mata terbias akan seraut wajah Adel yang merenungnya polos.

"Kenapa?" tanya Angah perlahan. Serak suaranya.

"Lapar.." rengek Adel.

Angah diam. Mata yang terasa kelat melingas mencari kedudukan jam. Pangkal hidung dipicit. Tepat jam tujuh pagi! Angah meraup wajah dan rambut yang messy. Wajah Adel yang tunak merenungnya dipandang. Sebuah senyuman diberikan.

"Good morning sayang.." ucap Angah.

"Morning.." ucap Adel kembali.

"Aku nak solat kejap. Kau boleh solat tak?" tanya Angah.

Adel geleng kepala bercampur segan. Angah mengangguk. Faham bulan tengah mengambang sekarang.

"Nanti kita turun makan." ujar Angah sebelum menghilangkan diri ke biliknya. Namun, langkah diatur berhati-hati sebelum lolos keluar dari kamar Adel. Takut sesiapa perasan akan kehadirannya keluar dari kamar Adel pagi-pagi buta begini.

Adel lepaskan sebuah keluhan. Namun, tak lama sebuah senyuman menghiasi wajahnya. Lega selega-leganya bila keadaan antara dia dan Angah sudah kembali pulih. Adel bingkas berdiri. Sebelum turun makan, lebih baik dia bersihkan diri terlebih dahulu.

Usai, keduanya beriringan bergerak turun sambil berpimpinan tangan turun ke bawah. Sesekali mata melingas ke sekeliling ruang tamu. Keduanya mengatur langkah ke ruang dapur.

"Duduk. Aku panaskan spagethi semalam." ujar Angah.

Tautan jari antara mereka terlepas. Adel merenung belakang tubuh Angah. Sebuah senyum mekar menghiasi wajahnya. Lincah kelihatan Angah sedang menyediakan spagethi untuknya.

"Nah.." sepinggan spagethi diletakkan di hadapannya. Adel mendongak merenung wajah Angah. Rambutnya diusap sayang.

"Makanlah." pelawa Angah.

"Angah tak makan sekali?" tanya Adel.

"Takpa, kau makan lah dulu. Nanti aku makan." jawab Angah.

Adel mengangguk. Angah labuhkan duduk di sebelah Adel. Direnung wajah segar Adel. Adel mengetap bibir. Malu direnung begitu.

"Sayang.." seru Angah lembut.

Adel angkat wajah. Perlahan, kepala ditoleh ke arah Angah. Mulut mengunyah spagethi manakala mata tunak merenung Angah.

"Bulan depan aku pergi kem tau." ujar Angah.

Adel berhenti mengunyah. Garpu diletakkan di pinggan. Bibir dikemam.

"Kem?" soal Adel

Angah mengangguk. Tepi bibir Adel yang sedikit comot dilap dengan ibu jarinya.

"Ya, kem kepimpinan. Dengan budak-budak junior. Aku kena jadi fasilitator." jelas Angah.

"Lama ke?" tanya Adel perlahan.

"Lebih kurang seminggu macam tu lah." jawab Angah.

"Kat mana kem tu?" tanya Adel lagi

"Kat Johor."

"Jauhnya.." rungut Adel tanpa sedar.

Adel menunduk. Angah tersenyum. Muram sahaja wajahnya. Spagethi di dalam pinggan direnung sahaja. Terasa terbantut sahaja seleranya saat ini.

"Kenapa ni? Rindu aku nanti?" tanya Angah sambil tangan mengangkat wajah Adel yang muram.

Adel menghembuskan nafas dalam. Bibir dikemam. Spagethi buatan Angah disuap kembali.

"Janganlah macam ni. Aku pergi tak lama pun. Kejap je. Tengok-tengok dah balik." pujuk Angah.

Adel mengetap bibir. Nafas disedut dalam sebelum dihembus. Wajah Angah direnung sebelum anggukan diberikan. Angah tersenyum. Kepala Adel diusap lagi.

••••

Adel tersentak saat terasa kerusi di hadapannya terisi dengan kehadiran seseorang. Adel panggung wajah. Ayana tersengih. Buku diletak di tepi.

"Kau rupanya, aku ingat siapa." gumam Adel.

"Kenapa? Kau ingat Hayyan ke?" seloroh Ayana sambil tersengih senget memandang Adel.

Adel mencebik.

"Kau memang tak ada nama lain eh nak sebut." tanya Adel.

Ayana menggeleng.

"Tak ada sebab dia sorang je buah hati kau sekarang ni. Kalau sebut nama Affan kau moody pula nanti. Automatik jadi singa betina." jawab Ayana selamba

Adel menggeleng perlahan. Ada sahaja idea nak mengusik dia.

"Dah lah. Tak payah lah sebut nama jantan tu. Meluat aku. Tak pasal-pasal sebab dia Angah cemburu. Bergaduh dengan aku. Kurang ajar betul." bebel Adel sebal.

Ayana tersenyum. Mata naik merenung wajah cantik Adel.

"Sebenarnya korang dua-dua salah. Sorang ingat dah buat keputusan yang betul kononnya, sorang lagi salah faham. Lepastu bergaduh. Tak bercakap, alih-alih elok balik. Jadi belangkas balik. Macam tu lah sampai abang Jamil mampus." leter Ayana panjang.

Adel menjegilkan biji mata. Bibir diketap rapat.

"Amboiii.. sedapnya mulut mengata orang. Tahulah diri tu single." ejek Adel.

Giliran Ayana pula mencebik.

"Biarlah single pun asalkan tak sakit hati tak sakit mata. Penatlah main dengan perasaan ni." cebik Ayana. Malas dia nak bermain perasaan. Penat! Salah sikit gaduh, salah sikit putus. Engkau ingat tak penat ke siak?

Adel menjuihkan bibir.

"Ayat penyedap hati ke macam mana ni. Nanti aku cari sorang eh kat kau." seloroh Adel.

"Ahh, tak payah nak mengada. Apa kau ingat aku ni seposen sangat ke hah? Ramai je tau yang mengorat aku. Cuma aku je jual mahal." Ayana membuka cerita.

Adel tertawa.

"Konon!" ejek Adel bergurau.

"Betullah, kau apa tahu. Tahu berkepit dengan Hayyan je." Ayana tak mahu kalah.

Adel menjelirkan lidah.

"Kau ni main cakap je. Bila masa aku berkepit dengan dia? Kau kalau bab mereka-reka cerita memang champion. Memandai-mandai je. Kepochi betul!"

Ayana tertawa.

"Alah kau ni. Bergurau sikit pun tak boleh dah sekarang. Kuat sentap eh sejak ada abe ni." kutuk Ayana

Adel menjulingkan mata ke atas.

"Tengok tu, tak habis-habis lagi mengutuk aku. Cili karang mulut tu baru tahu. Geram je aku." rungut Adel.

"Adel.." seru Ayana.

Adel ayun dagu ke hadapan sebagai isyarat bertanya.

"Apa?" soal Adel.

"Nak pergi kem tak?" tanya Ayana perlahan.

Adel kerutkan dahi.

"Kem? Kem apa? Kat mana?" soal Adel bertubi-tubi.

Ayana tersengih.

"Cepatlah, aku tanya kau tersengih-sengih dah kenapa?" Adel menyoal geram.

"Kat Johor. Kem kepimpinan." ujar Ayana.

Adel terdiam. Kem? Kat Johor? Jangan cakap Kem yang Angah bagitahu dia tempoh hari.

"Kita boleh join ke?" soal Adel perlahan.

Ayana mengangguk laju.

"Sebab bolehlah aku ajak kau pergi. Apa punya soalan lah kau ni." sela Ayana.

"Mana lah aku tahu boleh join. So, kau nak pergi ke?" tanya Adel ragu.

Ayana jungkit bahu.

"Im not sure yet. Kalau kau tak pergi, aku nak geng dengan siapa." luah Ayana

Adel tersenyum.

"Alah, nanti sampai sana jumpa lah geng. Bukan kau sorang yang pergi. Ramai lagi." pujuk Adel.

Ayana mencebik.

"Tak syok. Kau tak ada. Nanti dapat geng yang skema, nerd. Eii, taknak. Jomlah Adel. Kita pergi. Tahun ni tak ada lagi tau kita pergi kem." pujuk Ayana. Tangan Adel digenggam.

"Ada kosong lagi ke?" soal Adel.

Ayana tersenyum.

"Yang tu kau jangan risau. Aku dah booking untuk kita dua. Siap bayar dah. Tinggal packing barang then bawa diri pergi je." Ayana menyengih.

Adel membulatkan biji mata.

"Ini bukan ajak namanya, tapi memang suruh pergi ni. Haih, macam-macam lah kau ni Yana. Pening kepala aku dengan kau ni." rungut Adel.

Ayana tertawa.

"Acah je. Kesian lah kat aku. Dah biasa berdua, tiba-tiba sorang-sorang. Mana best siot."

Adel menggelengkan kepala.

"Yelah-yelah, kita pergi. Nanti aku bayar balik duit kat kau."

"Tak payah. Aku belanja." sengih Ayana.

"Mana boleh. Takpa, nanti aku bayar."

"Aku cakap tak payah, tak payah lah. Dah aku nak belanja, terima jelah dengan hati terbuka kau ni. Adeh, spoil lah."

Adel mengeluh.

"Okay fine. Thank you Ayana sayang." Adel tersengih.

"Ingat comel. Tampar kang."

Adel tertawa. Garang bethol!

Hai. best tak ? Sudi2lah komen walaupun novel saya sendu. sob sob sob!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience