BAB 35

Romance Series 351310

Nina melangkah memasuki ruang wad yang menempatkan anak lelakinya. Nina merapatkan daun pintu dengan perlahan. Dari pintu, kelihatan Angah sedang santai menyandar di kepala katil.

Semalam, tidak berhenti mereka menerima kunjungan daripada rakan-rakan Angah, pihak universiti untuk menziarahi Angah setelah terlibat dalam kemalangan semasa mencari Adel dalam hutan. Nina mengucapkan rasa syukur kerana Allah mengembalikan kedua anaknya.

"Angah." sapa Nina perlahan.

Angah tersenyum. Kedudukan badan dibetul dan dikemaskan. Nina mengatur langkah mampir ke arah Angah. Beg kertas yang berisi bekal makanan dan buah-buahan diletakkan dengan cermat di meja yang tersedia.

Nina labuhkan duduk di sisi Angah. Kepala didongak merenung wajah Angah yang kelihatan bersinar. Lebih baik daripada sebelum ini. Mengingatkan Angah yang koma beberapa hari lamanya, membuatkan Nina serasa sudah tidak mahu lagi diuji sedemikian rupa.

Lelah dia saat melihat Angah yang hanya terbaring kaku dengan beberapa wayar berselirat di badan Angah. Cukuplah hanya sekali! Jujur dia tidak sanggup untuk melalui kali kedua.

"Angah macam mana hari ni?" soal Nina perlahan.

Jari-jemari Angah digenggam dan diusap perlahan. Angah membalas genggaman erat si ibu.

"Angah dah sihat,bu. Tak sabar nak balik rumah. Bosan lah bu duduk hospital. Asyik makan tidur je." rungut Angah manja.

Nina tertawa kecil. Alahai, manja sungguh anak bujangnya seorang ni. Tak padan dengan kepala angin. Haih!

"Ya, ibu faham sayang. Tapi Angah kan belum sihat sepenuhnya lagi. Sabar ya, mungkin esok dah boleh keluar." pujuk Nina lembut.

Angah mencebik.

"Nanti Ibu tanya doktor ya. Naik tepu dah otak Angah ni, bu. Bosan!"

Nina mengangguk sambil tersenyum.

"Ya, nanti Ibu tanyakan." janji Nina.

"Adel tak datang sekali ke, bu?" tanya Angah perlahan. Sesekali, mata galak menjenguk ke pintu. Namun, hampa bila tiada kelibat Adel kelihatan.

Nina tersenyum hambar.

"Adel kan ada kelas. Nanti dia datang lah jenguk Angah. Rindu eh?" seloroh Nina.

Angah menunduk. Bibir diketap.

"Dia tak rindu Angah pun." cebik Angah.

Nina melepaskan tawa kecil.

"Angah nak makan tak? Ibu ada bawa bekal. Makan sikit ya." pelawa Nina seraya bingkas berdiri.

"Ibu masak apa? Angah teringin nak makan tomyam la, bu. Tekak ni teringin masam masam pedas." ujar Angah sabar menanti Nina menyiapkan makanan.

Nina menggaru kening.

"Sorry sayang. Ibu bawa masak lemak ayam hari ni. Tak tahu pula kalau Angah teringin tomyam. Takpa, petang nanti Ibu bawa tomyam pula ya."

"Takpa lah bu. Tak payah susah-susah. Sebenarnya Angah makan je apa Ibu masak. Masak lemak yang Ibu bawak ni pun dah cukup cuma, tekak ni je yang teringin." Angah menyeringai sengih.

Nina tersenyum.

"Okaylah kalau macam tu. Nanti Angah dah sihat, balik rumah Ibu masak tomyam."

Angah mengangguk. Telefon digapai. Skrin dinyalakan. Aplikasi whatsapp dibuka. Dilarikan jemarinya atas bawah. Malangnya tiada satupun pesanan daripada Adel.

"Nah." Nina menghulurkan sepinggan nasi berisi masak lemak Ayam yang kelihatan menyelerakan.

Angah tersentak. Pantas, skrin ditutup kembali. Telefon diletakkan di meja sisi kepala katil. Sebuah keluhan dilepaskan. Nasi yang dihulur dicapai sebelum disuap masuk ke dalam mulut.

Arghh, sedapnya! Beberapa hari bertapa dalam hospital menikmati makanan yang diberikan, sungguh tidak menyelerakan. Sungguhlah kalau makanan Ibu itu merupakan makanan yang sedap di dunia. Terasa selera yang hilang kembali semula.

"Sayang.." seru Nina perlahan. Duduk dilabuhkan kembali. Jemari meramas sesama sendiri di ribaan. Bibir diketap rapat.

"Ya bu." sahut Angah perlahan. Nasi dikunyah penuh selera.

"Angah nak kahwin dengan adik ke?" tanya Nina penuh berhati-hati.

Angah tersedak kecil. Nina kalut. Cepat digosok belakang badan Angah meredakan perit di tekak.

Angah kemam bibir. Dengan teragak-agak kepala diangguk. Wajah tanpa reaksi si Ibu ditatap lama.

"Ibu marah?" tanya Angah lambat-lambat.

Nina mengeluh panjang. Sebeuah gelengan diberikan. Angah menghembus nafas kelegaan. Digapai jemari Angah.

"Ibu tak marah. Cuma, Angah memang betul-betul nak jadikan adik isteri Angah?"

Angah mengangguk laju.

"Angah sayangkan Adel. Ibu pun tahu kan pasal tu?" soal Angah perlahan.

Nina mengangguk.

"Ya Ibu tahu. Kita semua sayangkan Adel. Tapi sayang, tak semua yang kita sayang akan kekal dengan kita. Kadangkala, akan ada ujian untuk kita bersama dengan orang yang kita sayang." ujar Nina menyusun kata dengan penuh hemat dan kelembutan.

Angah mengerut dahi seolah kebingungan.

"Kejap. Apa maksud Ibu? Angah tak faham apa yang Ibu cuba nak sampaikan pada Angah. Ujian? Ujian apa?" soal Angah bertalu-talu.

Nina diam.

"Mama kandung Adel. Dia nak ambil Adel semula." ujar Nina senafas.

Angah terdiam. Mata merenung tanpa kelip wajah sang Ibu yang kelihatan suram.

"Ta..tapi Adel masih boleh jumpa kita kan?" tanya Angah perlahan.

"Ibu pun tak tahu lah sayang. Susah Ibu nak kata. Mungkin boleh jumpa, mungkin tidak." jawab Nina. Dilabuhkan renungannya ke luar.

Angah mengeluh. Entah kenapa dapat dia rasakan seolah ada ketegangan antara keluarganya dengan keluarga kandung Adel? Apa yang terjadi selama dia tidak sedarkan diri?

"Ibu ada sorokkan sesuatu ke daripada Angah?" tanya Angah.

Nina kemam bibir. Direnung Angah yang diam menanti balasan daripadanya.

"Please, bu. Bagitahu Angah apa yang terjadi selama Angah koma." pinta Angah. Tangan Nina digapai. Digenggam erat.

"Entahlah Angah. Ibu dah buntu." keluh Nina.

"Maksud Ibu?"

"Mila salahkan kita sebab lewat beritahu tentang kehilangan Adel. Mila cakap kita nafikan hak dia sebagai ibu kandung Adel. Mila salah. Mana mungkin Ibu nafikan hak dia. Cuma, dalam masa tu kita semua dalam keadaan bingung, dengan Angah koma, Adel pula warded. Ibu jadi buntu Angah. Itupun, papa yang call diorang bagitahu. Ibu memang dah tak ada daya. Ibu tak kuat bila tengok anak-anak Ibu terlantar sakit." rintih Nina panjang lebar.

Angah terkesima.

"Jadi, sebab tu Adel tak datang jenguk Angah lepas tu?" tanya Angah.

"Mila minta kita jauhkan diri daripada Adel. Diorang akan ambil Adel semula tinggal bersama dengan diorang." jelas Nina.

"Then, Ibu nak biarkan je diorang ambil Adel dari kita? Kita pun family Adel, bu." Angah berang.

"Angah nak suruh Ibu buat apa? Fight dengan diorang? Itu tak menyelesaikan masalah, sayang. Itu makin merumitkan keadaan. Hanya membuatkan Adel makin jauh daripada kita." tekan Nina.

"Kita pun family Adel, bu." kata Angah masih tidak berpuas hati.

"Ya, Ibu tahu sayang.Tapi, tetap tak sama dengan hak mereka sebagai Ibu bapa kandung Adel." jelas Nina.

"Macam mana pula dengan Papa dan Mikael? Diorang pun nak jauhkan Adel daripada kita?" tanya Angah gusar.

"Setakat ni papa Maleek dengan Mikael okay je. Cuma, mama Mila. Entahlah, Ibu pun tak tahu nak cakap apa lagi Ngah. Sedikit sebanyak salah kita juga sebab lewat maklumkan tentang apa yang terjadi pada Adel."

Angah mengeluh.

"Jadi, tipis ke harapan untuk Angah dan Adel bersatu,bu?" Angah menyoal pilu.

"InshaaAllah, kalau ada jodoh tak ke mana, Angah. Hanya itu yang mampu Ibu katakan sekarang. Tapi, walau apa pun yang terjadi kita tetap satu family. Adel tetap sebahagian daripada kita, dan Ibu akan sentiasa mendoakan kebahagian Angah dan Adik." tutur Nina tulus.

Angah diam. Terasa ngilu di hujung hati saat ini. Mungkinkah takdir tidak akan berpihak kepada mereka kali ini?

••••

Adel mengeluh untuk kesekian kalinya. Ditatap wajah Angah di lock skrin telefon miliknya. Diusap sayang gambar tersebut.

"I miss you sayang." bisik Adel perlahan.

"Kat sini rupanya kau. Merata aku cari, tanya sana sini." sergah Ayana yang muncul tanpa salam.

Adel mengusap dada yang berdebar. Mata dijulingkan ke atas.

"Ayana! Ish, kau ni nasib lah kawan aku. Tak mengenangkan kau ni kawan aku, dah lama aku debik." marah Adel sebal.

Ayana menghamburkan tawa. Terkekeh sambil menekan perut. Memang kelakar lah wajah sesorang bila terkejut.

"Haa gelak lah. Gelak lagi."

"Okay, okay. Sorry lah sayangku Adel. Tak sporting lah kau ni." cebik Ayana

Adel mendengus kasar.

"Kepala hotak kau lah sporting."

"Uishh, marah bethol gaya ni. Kau datang bulan ke apa? Semacam je aku tengok." kata Ayana.

Adel mengeluh.

"Tak ada apa lah. Aku okay je." nafi Adel tidak bersungguh.

"Adel. Aku tahu kau sebenarnya tak okay. Cepat bagitahu aku, apa yang menganggu fikiran kau sekarang ni." desak Ayana. Tubuh dipusing menghadap Adel.

Adel menunduk. Bibir dikemam rapat. Terbayang wajah Angah di ruang mata.

"Mama aku...dia.."

"Wait. Mama kau means mama kandung kau ke?" potong Ayana.

Adel mengangguk.

"Kenapa dengan mama kau?"

"Dia nak ambil aku. I mean nak bawa aku hidup bersama dengan diorang."

Ayana mengangguk faham.

"Okay, then apa yang menjadi masalahnya?" tanya Ayana bingung.

Adel merenung Ayana.

"Masalahnya sekarang, Mama tak suka dengan family angkat aku. Dia seolah nak jauhkan aku daripada family Hayyan."Adel bersuara pilu.

Ayana tersentak.

"Tapi kenapa macam tu? Bukan sebelum ni baik je ke?"

Adel mengeluh. Tubir mata terasa panas.

"Aku tak tahu Yana. Apa yang aku tahu, mama marah bila keluarga Hayyan lambat inform tentang apa yang menimpa aku."

"Sebab itu je? Tak mungkin lah." Ayana tidak percaya.

"Ya Yana. Mama cakap kalau hak dia sebagai Mama kandung dinafikan."

Ayana menggeleng.

"Mika dengan papa kandung kau pula?"

"Buat masa sekarang, apa yang aku boleh cakap, papa dengan abang aku okay. Diorang tak ada masalah pun. Apa yang penting, aku dengan Angah selamat. Cuma, mama yang macam susah nak terima. Entahlah, Yana. Aku pun dah buntu sekarang. Kau tahu kan, Hayy lamar aku. Dan aku pun dah said, yes. Aku sayangkan dia, Yana. Aku..aku.."

Adel menekup wajah yang mulai basah dengan air mata. Ayana mengeluh. Perlahan, digosok bahu Adel.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa, Adel. Sebab ini melibatkan hal keluarga kau. Aku sebagai orang luar yang tak ada kena mengena tak mampu nak kata apa. Cuma, apa yang boleh aku cakap, kalau ada jodoh antara kau dan Hayy, tak ada siapa boleh halang." pujuk Ayana.

Adel mengelap air mata yang menitis di pipi. Direnung Ayana yang muram memandangnya.

"Aku ni tak layak untuk bahagia ke Yana? Aku pun tak tahulah, kenapa susah sangat aku nak capai bahagia aku. Bila Angah dah terima aku, macam ni pula ujian untuk kami." rintih Adel.

Ayana menggeleng laju.

"No, no. Kau tak boleh cakap macam tu. Bagi aku, kau dah cukup bahagia. Cuma, adat hidup ni dunia, akan ada ujian untuk kita bahagia. Apa yang penting sekarang, kau kena kuatkan semangat kau. Terus berjuang dengan Hayy. Ingat apa yang aku cakap, kau dan Hayy adalah satu." Ayana titipkan kata-kata semangat.

Adel tersenyum.

'Kau dan Hayy adalah satu'

Adel mengangguk laju. Ya, seharusnya dia berjuang untuk cintanya. Ayana turut tersenyum. Dipeluk bahu Adel erat.

"Kau ada jumpa Hayyan tak?" tanya Ayana.

Adel terdiam. Perlahan, kepala digeleng lambat-lambat sebelum menunduk.

"Kenapa? Sebab mama kau tak kasi?"

Adel mengangguk. Ayana menggeleng kepala.

"Kau tak rindukan dia?" pancing Ayana.

"Aku rindukan dia, Yana. Rindu sangat-sangat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindu aku kat dia." ucap Adel hiba.

"Then, pergi jumpa dia. Dia pun mesti tertunggu-tunggu kau datang jenguk dia. Aku tahu, dia pun mesti tengah rindukan kau sekarang." ujar Ayana.

Adel menatap lama wajah Ayana. Perlukan dia pergi melawat Angah? Tapi, rindu sudah tak tertahan di dada.

Adel bingkas berdiri. Ayana tercengang. Jangan cakap Adel nak terjun dalam tasik di hadapan mereka sekarang? Tidak betah, Ayana turut bingkas berdiri.

"Kau nak pergi mana ni?" tangan Adel dilelar.

"Aku nak pergi jumpa Angah" jawab Adel.

Ayana menghembus nafas kelegaan.

"Nak aku temankan tak?" Ayana pelawa diri.

Adel menggeleng.

"Takpa, aku boleh pergi sendiri. Thanks Yana. Aku sayang kau." ucap Adel perlahan.

Ayana tersenyum.

"No hal lah. Ingat, walau apa pun keputusan kau, aku sentiasa ada untuk support kau dan Hayy. Chaiyok!" tangan digenggam dan ditolak ke atas.

Adel tertawa. Sedikit sebanyak, rasa tenang menyelinap masuk ke dalam hati. Tidak sabar untuk bertemu dengan Angah. Ahh, dia rindu!

••••

Adel menolak perlahan daun pintu wad Angah. Mata melingas ke sekeliling mencari jika-jika ada kelibat ahli keluarganya yang lain. Namun, tiada. Daun pintu dirapatkan kembali.

Adel mengatur langkah menghampiri katil yang menempatkan Angah. Tidak sabar dia mahu menatap wajah lelaki itu. Kelihatan Angah sedang lena pulas di katil. Dengan cermat, makanan yang dimasak diletak di hujung katil Angah.

Adel mampir ke kepala katil. Ditunduk perlahan wajahnya merenung wajah Angah. Dibawa jemarinya menjelajahi wajah kacak sang buah hati. Diusap rambut ikal milik Angah.

"Adel rindukan abang." bisik Adel perlahan.

Angah menepis sesuatu yang dirasa merayap di sekitar wajahnya. Lena disambung kembali. Namun, tidak lama rayapan di wajahnya kembali terasa. Sejenak, terdengar pula ketawa kecil menghentam telinganya.

Angah mencelikkan mata sedikit. Ingin melihat gerangan yang sedang seronok mengenakannya saat ini. Angah pejam mata kembali. Berpura-pura lena. Adel tertawa.

"Sayang.." seru Adel.

Angah terkejut, namun muka dikawal sehabis baik. Adel larikan jemarinya ke bibir merah milik Angah. Diusap pula seulas bibir cantik itu. Angah tersenyum senget dalam hati.

Perlahan, digigit jemari Adel. Adel tersentak. Angah mencelikkan mata. Adel tercengang. Kantoi! Tidak sempat berpaut pada birai katil, Angah terlebih dahulu menarik Adel jatuh ke dadanya.

Untuk seketika, keduanya saling merenung antara satu sama lain seolah melepas rindu. Angah berdehem. Dilonggarkan pautan antara mereka.

"Baru nak datang jenguk aku. Ingat dah lupa." rajuk Angah.

Adel diam tidak berkutik. Hanya mata terkebil-kebil merenung jemari yang berkait sesama sendiri di ribaan.

"Sorry, bukan niat Adel taknak datang jenguk Angah tapi.." Adel jeda.

Hati dan fikiran berbelah bahagi. Mana mungkin diceritakan perkara sebenar pada Angah? Ia seolah menceritakan keburukan dan keaiban seorang ibu. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu.

"Mama tak bagi kau jenguk aku kan?" tanya Angah selamba.

Adel tersentak. Pantas, kepala didongak merenung Angah.

"Macam mana Angah tahu?" tanya Adel.

Angah tersenyum hambar.

"Tak perlu lah kau tanya daripada mana aku tahu tentang tu." ujar Angah

"Ibu bagitahu Angah?"

Angah angkat bahu.

Adel mengeluh. Perlahan, digapai tangan Angah. Dikucup jemari itu lama.

"Adel rindukan Angah." bisik Adel.

Angah terdiam. Direnung Adel yang lama mengucup tanganya.

"Ini mama tahu tak kau datang jenguk aku?"

Adel menggeleng. Angah mengeluh. Disandar badannya ke kepala katil.

"Macam mana kita nak kahwin kalau mama tak suka.." keluh Angah.

Adel turut mengeluh. Perkara itu lah yang berlegar-legar dalam kepalanya kebelakangan ini.

Adel mampir ke arah Angah. Perlahan, kepalanya direbahkan di bahu Angah. Angah kucup perlahan rambut Adel.

"Kita tetap akan kahwin kan?" soal Adel perlahan.

"I don't know sayang. Susah aku nak cakap. Kau tahu mama kau macam mana. Dia dah tak suka family aku." jawab Angah bimbang.

"Tapi, papa dengan abang masih restu kita kahwin."

"Ya, tapi mana mungkin kita berkahwin dalam keadaan mama kau tak restu. Mama kau tak setuju."

Adel memejamkan mata.

"Dah tu, kita macam mana?" tanya Adel.

"Aku tak sanggup nak ambil kau tanpa restu daripada mama. Baik buruk dia tetap mama kandung kau. Mama yang melahirkan kau." ucap Angah perlahan.

Adel ketap gigi. Angah membuang pandang ke luar.

"Anggap jelah kita tak ada jodoh. Cukuplah hubungan kita sebagai family angkat. Aku tetap Angah kau sampai bila-bila." ujar Angah tidak rela.

Adel bingkas berdiri. Tangan dikepal kuat. Bibir bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"Adel tak sangka Angah akan cakap macam ni. I thought you were really love me. But, I am totally wrong! Hanya disebabkan mama, Angah buat keputusan macam ni. Langsung taknak fight untuk kita!" jerit Adel tertahan.

Angah diam. Langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Mata dihunus ke luar.

Adel jarakkan tubuh. Berdiri tegak di sisi katil. Nafas ditarik dalam. Air mata disapu kasar.

"Okay fine. Kalau itu kata Angah, Adel terima. Anggap sahaja lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubugan! You're not my brother anymore. Jangan cari Adel lagi lepas ni!" jerit Adel sebelum mengatur langkah laju menuju ke pintu keluar.

Angah yang terdiam pantas bingkas berdiri. Selimut diselak ke tepi. Kaki berlari mengejar langkah panjang Adel.

"Sayang tunggu dulu sayang!" panggil Angah.

Adel pekakkan telinga. Kaki diteruskan melangkah.

"Adelia!" seru Angah lagi.

Adel teruskan langkah. Panggilan Angah diabaikan. Sungguh hatinya terluka. Namun, sesaat terasa pinggangnya dirangkul dari belakang. Adel terdorong ke pelukan Angah. Tersemban wajahnya di dada bidang lelaki itu.

"Lepaslah. Don't touch me! I hate you!" esak Adel. Dada Angah ditumbuk.

Angah mengucup kepala Adel. Memujuk. Lama dibiarkan Adel melepaskan rasa sedihnya.

Menyedari esak tangis Adel yang sudah berhenti,kedua belah pipi milik Adel dipegang. Adel memandang wajah Angah dengan air mata yang masih bertakung di wajah. Ditarik mendekat ke arahnya. Adel diam menurut.

"Kita kahwin." putus Angah senafas.

Adel tercengang. Bibir terketar. Liur ditelan kesat. Wajah Angah ditatap tanpa kelip. Melihatkan anggukan Angah, Adel tersenyum dalam tangisan. Tubuh Angah dirangkul kejap.

"Apa pun yang terjadi, kita tetap akan kahwin." janji Angah.

Hurmm makin panas gais. So mcm mana scene utk kali ni? Ada bran ka? Punyalah susah-susah sampai sini. Boleh pulak dia main benci-benci. Haha. okaylah, selamat membaca. Jangan lupa komen! Muah! Kalau murah hati, bolehlah derma. Hahaha.

Share this novel

Norita Yahya
2022-03-01 19:28:44 

bl nk sambung lg dear...

Wan Hamilah E'lah
2022-02-24 13:19:54 

Best jugak jln cerita dia... tp ada jugak yg typo error cikit2.. teruskn dgn cita2 sis sebagai penulis... semoga berjaya... bila nk update...

Dewi Ratna
2022-02-24 09:52:51 

tak ada sambungan lg ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience