BAB 30

Romance Series 351253

Adel mengesat tubir mata yang terasa berair. Mata dikelip-kelip menghapuskan air mata di mata. Nafas disedut dalam sebelum dihembus. Direnung lelaki dan gadis tersebut yang sedang bergelak ketawa  sambil menghirup air di tangan.

Adel melukiskan sebuah senyuman hambar sebelum bergerak meninggalkan keduanya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket baju sweatshirt yang tersarung di tubuhnya. Menyusuri tasik sambil menghirup angin petang. Tidak sangka bertemu dengan lelaki dan gadis itu.

Adel melangkah perlahan. Namun, air mata semakin laju pula mengalir. Seakan tidak pandai berhenti dari menjelajah menodai wajahnya. Makin dikesat makin lebat air matanya. Sudahnya, Adel terduduk. Menekup wajah di kedua belah lutut.

Sampai hati Angah! Besar sangatkah salahnya hingga Angah betul-betul jadikan mereka seperti orang asing? Langsung tiada sapaan, teguran daripada Angah. Sudah tiga bulan sejak kejadian mereka bertengkar dan Angah salah faham.

Angah betul-betul mengotakan kata-katanya ingin membuat hal mereka masing-masing. Angah sudah tidak peduli akan dirinya. Mereka kini benar-benar seperti orang asing. Tiada lagi celoteh dan gelagat mesra Angah terhadapnya. Adel menangis hiba. Dia rindukan Angah. Terbayang saat-saat mesra mereka bersama.

Tapi kini mereka jauh malah makin jauh. Seolah mereka adalah dua orang insan yang benar-benar tidak pernah kenal antara satu sama lain. Di rumah, jika seorang berada di ruang tamu, maka seorang lagi akan mereput dalam bilik.

Bukan dia tidak cuba memujuk dan menjelaskan, tapi belum sempat terluah dari bibir Angah sudah mengelak. Lebih rela bertapa dalam bilik. Keluarganya juga turut perasan akan hubungan mereka yang renggang dan jauh.

Terdengar gelak tawa keduanya dari sebalik pokok yang terlindung. Adel menekup mulut. Mata dipejam rapat. Beberapa saat diambil untuk menenangkan diri sendiri sebelum tubuh dibangunkan perlahan. Wajah diraup dan kaki diatur meninggalkan kawasan tersebut.

Adel menutup perlahan pintu bilik. Ayana yang terbaring bingkas bangun. Direnung Adel yang melangkah longlai mengatur langkah ke arah katil. Perlahan, Adel merebahkan tubuh. Badan dilentangkan menghadap ke siling bilik. Ayana mengeluh.

Tubuh bingkas berdiri dan bergerak ke arah Adel. Adel merenung siling bilik tanpa kelip. Melayang memikirkan hubungannya bersama Angah.

"Adel, kau okay tak ni?" tanya Ayana perlahan.

Adel diam. Ayana mengeluh.

"Adel.." seru Ayana sekali lagi.

"Aku tak okay." jawab Adel mendatar tanpa perasaan.

Ayana melepaskan sebuah keluhan. Bahu kurus Adel diusap lembut. Adel diam. Hanya mata sahaja yang berbicara merenung siling.

"Kau dari mana?" tanya Ayana.

"Dari tasik."

"Kau jumpa Hayyan?"

Adel diam.

"Adelia, kau jumpa Hayyan ke aku tanya?"

Adel mengangguk lambat-lambat. Serta merta terbayang kemesraan Angah dan Hayra sebentar tadi.

"Dia dengan Hayra." jawab Adel.

Ayana terdiam. Patut lah Adel pulang dalam keadaan longlai dan sedih. Bertemu dengan Hayyan rupanya.

"Dia tak percayakan aku. Dia marah, dia cemburu bila aku dengan Affan tapi dia..di..a..a.." Adel kembali teresak. Wajah ditekup.

Ayana gusar saat melihatkan air mata mengalir menuruni wajah Adel.

"Dia masih tak percayakan kau? Hayyan ni pun satu lah. Angin dia tu tak berubah-ubah. Asyik nak melenting je. Cakap orang taknak dengar langsung. Memang nak kena. Ko sabar jap Adel. Biar aku jumpa Hayyan, explain kat dia. Eii geram betul lah aku dengan buah hati kau tu. Macam tu pun kau sayang separuh nyawa eh?" bebel Ayana geram.

Ikutkan hati, sekarang juga dia pergi serang Angah. Kasi sedas penumbuk di muka kacak itu. Amboi, biasa sangat buat kawan baik dia menangis.

"Tak payah la Yana. Biarlah kalau dia still tak percayakan aku. Aku pun dah penat nak explain kat dia. Kalau itu yang dia nak, aku terima." Adel kembali sebak.

Ayana mengetap bibir.

"Takpa, biar aku yang explain kat dia." ujar Ayana

"Tak payah! Biarlah kat dia. Lagipun dia dah ada Hayra. Aku ni dah tak penting pada dia lagi." Adel bersuara perlahan. Sebak dikawal sebaik mungkin.

"Okay, kalau kau dah cakap macam tu takpa lah. Tapi, kalau kau perlukan bantuan aku, pertolongan aku bagitahu je. Aku sentiasa ada untuk kau." ujar Ayana.

Adel mengangguk. Digenggam erat tangan Ayana mencari kekuatan. Ayana tersenyum. Tubuh Adel dipaut kejap ke dalam pelukannya. Adel kembali menghamburkan tangisan.

••••

Ganti berganti hari, berganti siang dan malam, tidak sedar kalau hubungan yang renggang bertambah renggang. Masing-masing kini membawa haluan masing-masing. Tiada lagi kemesraan antara mereka.

"Hayy.." Raid menepuk bahu Angah.

Angah tersentak. Terincut bahunya disergah dari belakang. Raid melabuhkan duduk di hadapan Angah.

"Kau ponteng kelas akaun eh?" tanya Raid perlahan.

Angah diam. Tidak berminat untuk menjawab. Straw dimain-mainkan dengan jari. Sebuah keluhan dilepaskan. Renungan jauh dilabuhkan jauh ke padang yang terbentang.

"Hayy, kau okay ke tak sekarang ni? Asal aku tengok kebelakangan ni kau macam moody je. Nak tengok kau senyum pun susah. Kau ada masalah ke?" soal Raid terus terang.

Angah masih diam. Raid dihadapan seolah tidak wujud. Raid hela nafas panjang.

"Hayyan!" bahu Angah digoyang kuat.

"Apa?" soal Angah kuat bercampur sebal.

"Aku tanya kau diam. Dah macam tunggul kayu aku kat depan sini. Sepatah pun kau tak jawab." bebel Raid.

Angah menarik nafas dalam.

"Kau gaduh dengan Adel ke?" soal Raid perlahan. Wajah Angah direnung meminta jawapan.

"Hurmm.." gumam Angah. Jus oren disedut.

Raid menggelengkan kepala.

"Kali ni apa pula masalah korang berdua?"

"Entah.." jawab Angah mudah.

"Hayy, betul-betul lah." gesa Raid.

"Aku tangkap dia dengan Affan baru ni." Angah memulakan cerita.

Raid tekun memasang telinga. Macam menarik.

"Then?"

Angah mengeluh. Dipandang lama wajah Raid.

"Aku nampak dia tengah duduk dengan Affan melepak minum-minum."

Raid senyap.

"Minum jelah. Apa masalahnya.."

Angah mendengus kasar. Dasar kawan tak bantu kawan!

"Kau ni kalau aku tumbuk muka kau, lebam biji mata kau nanti, Id." marah Angah.

Raid tertawa. Angah menjeling.

"Okay, walaupun sebetulnya aku tak tahu kejadian antara korang. Tapi apa yang aku dapat simpulkan sekarang, kau cemburu." putus Raid.

Angah tersentak.

"Cemburu? Aku cemburu?" Angah tunding jari ke dada sendiri.

Raid mengangguk.

"Kau marah dan cemburu sebab kau nampak Adel minum dengan Affan kat kafe library. Kan, betul tak?" tebak Raid mengena.

Angah angkat bahu. Mata melilau menjelajah ke sekeliling.

"Hayy, pada pendapat aku lah. Kau tak sepatutnya terus hukum Adel macam tu." Raid mula mengeluarkan jurus nasihatnya.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?" tanya Angah terus.

Raid berdehem.

"Okaylah. Apa yang kau nampak tak semestinya betul. Mungkin betul apa yang Adel jelaskan pada kau yang dia terima pelawaan Affan sebab taknak Affan ganggu dia lagi lepas ni."

Angah mencebik.

"Dia tu yang gatal. Degil! Aku dah cakap, jangan jumpa Affan. Tapi apa yang dia buat? Bukan setakat jumpa, siap boleh lepak minum sekali. Apa benda semua tu? Memang menyirap lah darah aku. Huh!" dengus Angah pada akhir bicara.

Raid mengeluh sambil menggelengkan kepala.

"Itulah. Bila aku cakap kau cemburu buta, kau nak marah. Siap nak tumbuk muka aku. Macam yang aku cakapkan tadi, tak semestinya dia lepak minum dengan Affan, dia gatal. Gedik. Kau kena faham Hayy. Bagi aku ada betulnya juga tindakan Adel tu." Raid membela Adel.

Angah diam.

"Lagipun, kau sendiri kenal Adel tu macam mana. Mana pernah dia tu tangkap cintan dengan orang lain selain kau. Bukan kau tak tahu dah berapa lama Affan tu ushar Adel. Tapi, pernah ke kau nampak Adel melayan? Pernah ke kau terserempak banyak kali diorang lepak sekali?" tekan Raid.

Angah terdiam lama. Perlahan, kepalanya digeleng.

"Dah sayangkan aku, janganlah jumpa Affan. Ini tidak, terhegeh-hegeh terima pelawaan Affan tu kenapa? Sakit hati aku tahu tak. Adel tu hak aku." rungut Angah sebal.

Raid tersenyum. Sayang tapi ego!

"Yelah, Adel tu hak kau. Dah tahu dia tu hak kau, kau biarkan dia sorang-sorang sedih dengan sikap kau yang keras kepala mengalahkan batu ni. Berubah lah sikit, Hayy. Kau pun bukannya budak-budak lagi. Janganlah keterlaluan sangat cemburu kau tu." nasihat Raid lembut.

Angah merenung Raid. Sedikit sebanyak, nasihat Raid menyejukkan hati Angah yang sudah lama kepanasan.

"Apa yang patut aku buat sekarang, Id?" soal Angah setelah lama berdiam diri.

"Tak rindu ke?" usik Raid.

Angah membulatkan mata.

"Gila tak rindu. Aku tahan je rindu aku ni tahu tak? Sakit hati punya pasal." Angah mengaku perasaannya.

Dengan Raid, dia tidak segan untuk meluahkan rasa kerana Raid tahu segala-galanya. Raid lah tempat dia meluahkan segala rasa yang terpendam. Mujurlah, Raid seorang sahabat yang memahami dan jujur dalam menyimpan rahsia. Beruntung dia memiliki sahabat seperti Raid.

"Tanya aku pula. Pergi lah pujuk. Macam lah aku tak tahu, Adel dah puas pujuk kau."

Angah tersentak.

"Macam mana kau tahu?" soal Angah hairan.

"Adel whatsapp aku. Minta aku pujuk kau." beritahu Raid jujur. Malas nak berselindung.

"Ohh. Then, kau cakap apa?" tanya Angah.

"Aku kata nanti aku try usaha pujuk kau. Kesian dia Hayy. Sendu je suara dia minta tolong aku. Kau tak patut buat dia macam tu." Raid bersuara kesal.

Angah diam. Malas untuk bersuara. Lebih selesa merangka pelan dalam fikiran.

••••

Nina memijak kaki sang suami yang ralit menjamah makanan di meja makan. Rizal tersentak saat terasa kaki dipijak di bawah meja. Pantas kepala ditoleh ke arah Nina yang merenungnya. Rizal mengayunkan dagu ke hadapan.

Nina mencerlunkan mata ke arah Angah dan Adel yang diam tidak berkutik menjamah makanan. Sesekali, dia perasan kalau mata Angah kerap kali singgah ke wajah Adel yang menunduk sedari tadi.

Perlahan-lahan Rizal menoleh ke arah Angah yang sedang menghirup air. Dikerling pula ke arah Adel yang tenang menyuap makanan. Sepatah perkataan pun tidak didengari keluar daripada mulut keduanya. 

"Ehem.." Rizal berdehem.

Adel terdiam. Angah tersentak. Kepala serentak menoleh ke arah si papa.

"Kamu berdua ni ada masalah ke?" tanya Rizal terus terang tanpa lengah.

Adel mengemam bibir rapat. Angah menelan liur. Masing-masing kaku terdiam tidak tahu jawapan balas apa yang harus diberikan.

"Angah.." seru Rizal

Angah mengangguk.

"Bagitahu papa. Apa masalah korang berdua sekarang ni. Papa nak tahu." pinta Rizal tegas. Sengaja bertegas!

Nina memandang Angah yang bertentangan dengannya.

"Tak ada apa lah papa. Kami okay je." nafi Angah.

"Jangan nak tipu papa. Ingat papa ni budak-budak ke kamu nak tipu?"

Angah mengeluh.

"Betul. Kami tak ada apa-apa masalah pun papa. Dah tak ada apa yang nak dicakapkan, nak dibualkan diam jelah. Lagipun, sekarang tengah makan mana boleh sembang." jawab Angah.

Rizal menggelengkan kepala.

"Adik." seru Rizal pula pada Adel.

Adel tersentak sebelum lambat-lambat mengangkat wajahnya. Angah yang merenungnya diabaikan. Ikutkan hati mahu sahaja dipeluk tubuh tegap itu melepaskan rindu.

"Angah ada kacau adik ke?" tanya Rizal.

Adel menggeleng. Angah membulatkan mata. Ingat Adel tu budak-budak tadika ke dia nak kacau? Apa punya soalan lah papa ni.

"Cakap betul-betul dengan papa. Ada ke tak."

Adel menggeleng sekali lagi.

"Betul papa. Kami okay je. Tak ada masalah apa pun." nafi Adel pula.

Angah mengetap bibir.

Rizal menarik nafas sebelum kepala dianggukkan perlahan.

"Kalau macam tu tak apa lah. Tapi kalau papa dapat tahu, siap kamu berdua."

Angah menelan liur. Adel turut berbuat demikian. Nina kulum senyum. Malas masuk campur. Biar sang suami sahaja yang ambil alih.

"Ibu,papa Adel naik bilik dulu. Dah kenyang." ujar Adel lembut. Tidak betah berlama-lama bila ada Angah.

Angah terdiam. Hanya renungan diberikan kepada Adel yang menolak kerusi ke belakang sekaligus ke sinki meletakkan pinggan kotor sebelum ke bilik. Ibu dan papa mengangguk. Adel berjalan melepasi tubuh Angah. Angah menjeling dengan ekor mata. Sebuah keluhan dilepaskan.

Adel menapak mendaki tangga naik ke bilik. Perlahan, tangan menolak daun pintu bilik. Tubuh longlai dibawa ke katil. Tubuh dihempas perlahan. Mendepakan tangan ke ruang katil sambil mata terkelip-kelip memanah ke siling bilik. Sebuah keluhan dilepaskan.

Adel menoleh ke sisi katil. Jam ditenung lama. Tepat pukul dua belas malam. Sebuah keluhan dilepaskan. Angin malam yang berhembus terasa nyaman. Adel tersentak saat terasa pintu bilik miliknya dikuak perlahan. Adel dihurung debar. Mata terbuka luas.

Lambat-lambat kepala ditoleh ke arah pintu. Adel mengesot bangun menyandar di kepala katil. Selimut ditarik menutupi dada. Mata memaku ke arah pintu biliknya. Sesaat, muncul sekujur tubuh tegap seseorang di balik pintu. Adel terpana saat wajah terpandangkan wajah Angah.

"A..aa..angah.." seru Adel perlahan.

Angah melangkah masuk menghampiri Adel yang seolah ketakutan.

"Ada apa Angah masuk bilik Adel?" tanya Adel bergetar. Selimut makin digenggam erat.

Angah diam. Hanya tegak memerhati Adel. Adel bangun perlahan-lahan. Cuba beranikan diri bergerak ke birai katil.

"Kenapa makan sikit je tadi?" tanya Angah perlahan.

Adel tercengang. Angah masuk dalam bilik dia semata-mata nak tanya soalan itu sahaja?

"Adel dah kenyang." jawab Adel ringkas.

"Aku ada buat spagethi untuk kau. Jom turun makan." ajak Angah.

Adel menggeleng.

"Adel dah kenyang. Angah makan lah." jawab Adel.

Sebenarnya, dia sedih. Setelah berbulan sekarang baru Angah sudi menegurnya. Kecil hati dia dengan sikap Angah.

Angah mengetap bibir.

"Aku bagi kau pilihan ke sekarang ni? Tak ada kan?"

Adel menentang seraut wajah Angah.

"Adel cakap Adel dah kenyang. Angah tak faham ke?"

Angah mendengus.

"Kau dah kenyang ke, belum kenyang ke ada aku kisah? Sekarang ni aku nak kau turun pergi makan." arah Angah.

Tangan Adel dilelar. Adel keraskan tubuh.

"Adelia Mikayla.." seru Angah dalam. Nada suara ditekankan.

Adel merentap tangan dari pegangan Angah. Tubuh bingkas bangun. Berdiri menentang Angah. Angah turut merenung Adel.

"Kenapa baru sekarang Angah nak kisah pasal Adel? Bukan ke Angah cakap kita buat haluan kita masing-masing? Angah dah taknak ambil tahu pasal Adel." soal Adel mengulang kembali kata-kata Angah.

"Jom turun makan. Nanti perut kau masuk angin." Angah bersuara datar. Mengelak dari berbicara hal yang lepas.

Tangan Adel dilelar sekali lagi. Mengheret Adel keluar dari bilik. Namun, untuk kesekian kalinya Adel merentap. Terlepas pegangan tersebut. Angah menoleh. Adel menolak dada Angah. Angah diam.

"Adel taknak! Tak faham ke?" jerit Adel geram. Turun naik nafasnya merenung Angah.

"Turun!" arah Angah sepatah.

"Angah tak ada hak nak arah Adel macam tu."

Angah maju sekaligus mendekatkan jarak mereka.

"Dah tu siapa yang ada hak? Affan?" tanya Angah sinis.

Adel mengetap rapat bibir.

"Tak habis-habis dengan Affan! Berapa kali Adel nak cakap Adel dengan Affan tak ada apa!" jerit Adel tertahan.

Angah tertawa.

"Kalau tak ada apa, takkan lah boleh minum berdua?" provok Angah.

"Sebab Angah tengok kami minum berdua, terus Angah anggap Adel ada hubungan dengan Affan? Its not fair!" jerit Adel.

Angah menghembuskan nafas dalam.

"Jom turun. Sejuk nanti spagethi kat atas meja tu." ajak Angah perlahan.

Adel menyapu kasar air mata yang mengalir tiba-tiba di wajah. Angah terpana. Tidak sangka, Adel menangis.

"Berkali-kali Adel jelaskan pada Angah. Adel tak ada apa dengan Affan. Tapi, Angah ego! Langsung taknak dengar penjelasan Adel. Angah jahat! Angah cuma fikirkan perasaan Angah je. Adil ke terus hukum Adel macam ni. Adil ke?!!!" jerit Adel.

Angah diam. Hanya mata yang merenung Adel yang dilanda sebak.

"Angah ego! Angah jahat! Adel benci Angah! Adel benci! Angah keluar! " esak Adel sambil menumbuk-numbuk dada Angah.

Angah genggam jemari runcing yang menumbuk-numbuk dadanya. Disulam jemari mulus itu. Ditarik Adel masuk ke dalam pelukannya. Adel teresak di dada Angah.

"Adel benci Angah! Adel benci!" gumam Adel tertahan.

Angah rangkul erat tubuh kurus itu. Diusap kepala Adel yang terlentok di dadanya. Adel merangkul pinggang Angah. Lama dirangkul tubuh itu.

"Syuhh, maafkan aku. Aku salah. Aku ego." pujuk Angah perlahan.

"Adel ada Angah je." gumam Adel tanpa sedar.

Angah kulum senyum. Suka dengar kenyataan Adel. Wajah Adel dipaut. Dikucup kedua belah pipi Adel yang basah. Alolo, comel dengan muka nerah hidung merah.

"Sorry okay. Aku salah sebab tak percayakan kau. Maafkan aku sebab buat kau sedih, buat kau sakit hati. Im sorry dear.." pinta Angah lembut. Disapu air mata di pipi Adel. Adel menatap wajah Angah.

"Jahat!" Adel tumbuk lagi dada Angah.

Angah tersenyum. Ditangkap jemari mulus itu sebelum dikucup lama. Ditarik pinggang Adel rapat ke dadanya. Dikucup dahi Adel lama.

"I miss you so much.." bisik Angah perlahan. Dikucup bahu kurus Adel.

Adel dilanda sebak sekali lagi. Jujur, dia juga rindukan Angah. Sangat-sangat!

"Kau maafkan aku tak?" tanya Angah perlahan.

Adel diam. Tunduk merenung dada tegap Angah.

"Sayang.." seru Angah romantis. Adel tersentak. Mata naik merenung wajah Angah.

"Hurmm.." gumam Adel.

"Maafkan aku tak?" tanya Angah sekali lagi.

Adel gigit bibir.

"Hurmm.." jawab Adel.

Angah tersenyum.

"Thanks sayang.." tubuh Adel dirangkul sekali lagi. Adel turut membalas.

Adel semban wajah di leher Angah. Menghirup bau maskulin di situ. Jujur dia rindu.

"I miss you too.." bisik Adel perlahan. Angah tersenyum. Lega keadaan kembali seperti sedia kala.

Angah tunduk. Perlahan, sebuah kucupan dilepaskan lagi ke dahi Adel. Lama! Adel pejam mata. Tenang berada dalam pelukan Angah.

Happy reading. yeay dah berbaik. jangan lupa komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience