BAB 28

Romance Series 351310

Mila tersentak saat terasa ada geseran sebiji mug berwarna biru metalic menghala ke arahnya. Kedua tangan yang menongkat dagu diturunkan sebelum kedua belah mata jatuh merenung mug di hadapan.

Mata dilarikan ke arah seseorang yang mengambil tempat di sisinya saat ini. Sebuah senyuman menguntum di bibir melihatkan gerangan tersebut.

"Jauh sayang menung. Fikirkan apa je?" Maleek bertindak memecahkan suasana hening antara mereka. Mug yang berada di tangan dibawa ke bibir. Dihirup air milo yang terasa suam-suam kuku.

Mila menggelengkan kepala. Sebuah keluhan dilepaskan. Keluhan yang dilepaskan bersama dengan sebuah kerinduan yang sarat terbeban di dada.

"Tak ada apa. Saja ambil angin kat luar malam-malam ni. Bosan pula asyik tengok televisyen. Sesekali lepak luar malam-malam ni seronok juga." ujar Mila perlahan .

Maleek meletakkan dengan cermat mug ke meja. Ditoleh ke arah Mila yang tenang menghirup air yang dihulurkan sebentar tadi.

"Mika mana?" tanya Maleek sambil mata lingas mencari anak bujangnya.

"Abang dah lupa ke? Mika kan balik Uni dia dah petang tadi." jawab Mila sambil tersenyum.

Maleek membulatkan mata.

"Yaka? Tak tahu pula abang. Abang tanya semalam katanya esok baru balik Uni."

Mila tersenyum.

"Cadangnya macam itulah, tapi last minute dia bagitahu ada kerja pula nak disiapkan. Jadi, nak taknak dia kena balik Uni juga lah petang tadi." jelas Mila. Tubuh disandar santai ke kerusi.

"Sunyi je rasa bila tinggal kita berdua je. Kalau ada Mika, riuh sikit rumah." kata Maleek seraya menghirup Milo.

Mila hanya tersenyum.

Maleek menoleh ke sisi saat toada balasan daripada Mila. Diperhatikan wajah cantik Mila yang tidak mamah dek usia. Lama direnung raut wajah sang isteri.

Mila dilanda hairan.

"Kenapa abang tengok saya macam nak makan je ni?" tanya Mila bersahaja.

Maleek tertawa.

"Gembira abang tengok sayang dah boleh senyum, muka ceria macam ni. Sekurangnya hilang sikit perasaan bersalah abang selama ni." tutur Maleek perlahan.

Mila terdiam. Mug di meja lama diperhatikan. Jemari di ribaan dibiarkan bermain sesama sendiri.

"Secara jujurnya, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk saya lalui semua ni. Bertahun saya pendam, bertahun saya lalui hari-hari saya dengan kekesalan..."

Mila menarik nafas panjang.

"...tapi bila saya fikirkan semula, semua ni takkan terjadi kalau bukan Allah dah tetapkan untuk kita. Ini semua ujian pada kita. Saya tahu ia juga bukan mudah untuk abang dan untuk Mikael lalui semua ni selama ni." bisik Mila sebak.

Maleek mengesat pelupuk mata.

"Maafkan abang, sayang. Kalau bukan kerana abang, mesti kita..ki..ta.." Maleek dihurung sebak.

Mila tersentak. Pantas, tangan cepat memaut jemari sang suami yang dilanda hiba.

"Dah lah. Saya dah lama maafkan abang. Kalau dulu, mungkin susah tapi sekarang saya dah reda. Saya dah jumpa anak kita, saya dah peluk dia, jadi itu sedikit sebanyak dah membahagiakan saya. Cuma, saya tengah cari masa untuk beritahu perkara sebenarnya pada Adel. Saya rindu anak saya." ucap Mila hiba.

Maleek mengangguk laju.

"Terima kasih sayang. Abang pun rindu sangat dekat Adel. Jujur, abang sayangkan anak kita. Tak pernah sekali pun abang lupakan dia. InshaaAllah, kita cuba cari masa untuk bagitahu perkara sebenar pada Adel nanti. Abang janji keluarga kita akan bersatu kembali." ujar Maleek bersungguh.

Mila tersenyum mengangguk kehibaan. Betapa ini yang dia inginkan selama ini.

"Tapi, macam mana dengan Nina dan Rizal, bang?" tanya Mila ragu-ragu.

Maleek terdiam. Terbayang wajah keduanya di layar mata. Sebuah keluhan lemah dilepaskan. Tangan Mila digenggam erat.

"Sama mereka suka atau tidak, lambat laun kita tetap perlu ceritakan hal sebenar pada Adel. Adel berhak tahu kita keluarga kandung dia. Dia milik kita. Bukan milik mereka." putus Maleek serius.

Mila turut mengeluh.

"Macam mana pula dengan Hayyan?" tanya Mila lagi.

Maleek tersentak. Hayyan?

"Kenapa dengan Hayyan?" tanya Maleek bingung.

"Abang sendiri boleh nampak kemesraan mereka berdua.." jawab Mila.

Maleek mengangguk lambat-lambat.

"Macam yang abang katakan tadi, sama ada mereka mahu atau tidak, Adel tetap perlu tahu perkara sebenar." jawab Maleek mengakhiri perbualan.

"Baiklah kalau macam tu." sahut Mila.

••••

"Tahniah Encik, isteri Encik selamat melahirkan baby perempuan." ucap seorang misi bertubuh genit saat dia menerpa ke arah pintu labour room yang terkuak luas.

Rizal mengangkat tangan menadah ke hadrat Ilahi di atas kurniaan daripada Allah SWT. Betapa ia dinantikan selama ini setelah dua orang anaknya sebelum ini adalah lelaki. Ucapan kesyukuran tidak henti-henti meniti di bibir. Senyuman lebar terhias indah di wajah.

"Alhamdulilah. Macam mana dengan isteri saya Cik? Dia selamat kan?" tanya Rizal kalut.

Misi itu mengangguk tersenyum.

"Alhamdulilah." sekali lagi kalimah suci itu terucap.

"Bila saya boleh tengok isteri dan anak saya Cik?" tanya Rizal lagi

"Buat masa sekarang, kami belum pindahkan isteri Encik ke wad. Nanti kami akan maklumkan bila isteri cik kami tempatkan di wad." ucap Misi tersebut ramah.

Rizal tersenyum sebelum mengangguk.

"Baik nurse. Terima kasih ya.." ucap Rizal.

Misi tersebut membalas dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Rizal yang dibaluti dengan rasa bahagia.

Rizal menapak masuk menuju ke ruang wad kelas pertama yang diduduki Nina. Kelihatan Nina tidur lena di katil. Perlahan, Rizal menapak mendekati Nina. Dilabuhkan duduknya di kerusi. Direnung wajah kesayangannya tanpa jemu.

Diusap rambut Nina lembut. Sebuah ciuman dilepaskan ke dahi Nina. Nina yang merasa ada belaian di wajah mencelikkan mata. Rizal tersenyum saat menyedari Nina yang sedar dari lena.

"Abang.." seru Nina perlahan.

Rizal tersenyum.

"Sayang haus? Nak air?" tanya Rizal.

Nina mengangguk laju. Haus setelah hampir enam jam bertarung nyawa melahirkan bayi mereka. Usai, diletakkan gelas di meja tepi katil. Dikemaskan kedudukan Nina.

"Sayang okay? Ada sakit mana-mana ke?" tanya Rizal prihatin.

Nina tersenyum sebelum menggeleng.

"Abang jangan risau. Nina okay. Cuma, badan rasa lemah lagi." jawab Nina perlahan.

Rizal mengangguk.

"Mana baby kita abang? Abang dah tengok anak kita? Muka dia ikut Nina ke ikut abang?" tanya Nina teruja bertalu-talu.

Rizal tertawa.

"Sayang ni banyaknya soalan. Mana satu abang nak jawab dulu ni."

Nina mencebik.

"Alah, cepatlah bagitahu bang. Abang ni suka tau dera perasaan saya." rajuk Nina.

"Apa pula dera perasaan sayang? Yelah-yelah abang jawab." putus Rizal.

"Nanti nurse bawa baby datang sini. Abang dah tengok dah baby kita. Muka dia ikut Nina. Cantik manis macam Nina." ujar Rizal tersenyum.

Nina tersenyum terharu. Tidak sabar mahu menatap wajah si kecil yang dikandung sembilan bulan 10 hari. Betapa cepat masa berlalu.

"Along dengan Angah abang tinggalkan dengan siapa? Kenapa tak bawa diorang datang sekali?" tanya Nina. Rindu menjentik hati terhadap anak bujangnya.

"Abang tinggalkan kat kampung kejap. Bukan taknak bawa, tapi Nina pun tahu kan Angah tu nakal dia macam mana. Lagipun ni kan hospital, bising nanti dia. Tak apa lah, nanti sayang dah boleh keluar abang ambil anak kita." jelas Rizal panjang lebar.

Nina mengangguk.

"Tak sabar nak tengok anak kita. Abang dah fikir nama untuk anak kita?" tanya Nina.

Rizal mengetap bibir.

"Abang adalah fikir satu nama ni." ujar Rizal

"Apa?" tanya Nina tidak sabar.

"Miranda." jawab Rizal.

Nina diam.

"Hurm, sedap juga nama tu. Okay, Nina setuju. Pandai abang pilih nama." puji Nina sambil tertawa.

Rizal turut tertawa.

"Well, tengoklah suami dan papa siapa." tokok Rizal.

Nina mencebik. Rizal tertawa galak.

"Mula lah tu masuk bakul." ejek Nina.

"Eh, sayang yang puji abang. Abang cuma mengiakan kebenaran je. Benda betul, takkan abang nak nafi." balas Rizal.

"Sudahlah, malas layan abang. Bawa Nina pergi toilet kejap." arah Nina. Lengan Rizal dipaut kejap.

"Baiklah isteri kesayangan hamba." seloroh Rizal.

Nina menjegilkan mata. Rizal tertawa sekali lagi.

••••

"Encik Rizal kan?" tanya lelaki yang memakai kot putih.

Rizal mengangguk perlahan. Direnung wajah kacak doktor lelaki di hadapannya. Debaran yang melanda ditenangkan dengan alunan selawat dalam hati. Direnung tanda nama yang tertera di poket baju sang doktor. Dr. Hanafi namanya..ehem ehem..

"Ada apa doktor minta saya jumpa doktor hari ni?" tanya Rizal teragak-agak.

Dr. Hanafi tersenyum pendek. Kaca yang tergantung di pangkal hidung dilepaskan. Diletakkan perlahan ke mejanya. Keduanya digenggam.

"Doktor, tolonglah jangan diam sahaja." rayu Rizal sudah tidak keruan dipalu rasa debar.

Sebuah keluhan dilepaskan Dr.Hanafi.

"Encik Rizal, saya ada sesuatu nak bagitahu Encik. Sebelum tu, saya minta supaya Encik bertenang dan terima dengan hati yang terbuka. Anggaplah ini ujian daripada Allah untuk Encik dan keluarga." jelas Dr. Hanafi perlahan.

Rizal tergamam. Ya Allah, dugaaan apakah?

"Teruskan Dr." ujar Rizal perlahan.

"Hasil pemeriksaan terhadap Miranda, anak Encik Rizal kami mendapati bahawa berlaku jangkitan kuman dalam paru-paru Miranda." ujar Dr. Hanafi

Rizal terkedu. Kelu lidahnya seribu bahasa. Terasa mahu luruh jantungnya saat ini. Terbayang wajah kecil anaknya yang comel bermata bulat.

"Tak, saya tak percaya. Doktor tipu. Tak, tak! Saya tak percaya, sedangkan saya tengok anak saya sihat je. Doktor salah ni. Bukan anak saya, anak orang lain." tegas Rizal cuba menafikan sedaya upaya.

"Encik Rizal, bertenang. Tolong bertenang."

Rizal mendengus

"Macam mana Dr minta saya untuk bertenang sedangkan dr bagitahu saya anak saya ada penyakit yang bukan-bukan?" soal Rizal kuat. Sudah tidak peduli akan kelantangan suaranya yang bergema di dalam bilik Dr Hanafi.

Sebuah keluhan dilepaskan Hanafi.

"Encik Rizal. Tolong dengar apa yang saya nak jelaskan baik-baik." tekan Dr Hanafi.

Rizal menarik nafas dalam. Sebuah anggukan serius diberikan.

"Jangkitan kuman dalam paru-paru ini kadangkala lambat dikesan. Memandangkan setiap kali pemeriksaan, kami mendapati Miranda ada sedikit reaksi atau respon yang berlainan membuatkan kami terpaksa membuat pemeriksaan secara teliti terhadap Miranda. Saya yakin cik Rizal juga perasan kan kadangkala pernafasan Miranda seolah tersekat?" tanya Dr Hanafi

Rizal diam sebelum mengangguk.

"Jadi itu salah satu tanda yang kami dapat detect. Jadi, hasil daripada keputusan pemeriksaan kami ke atas Miranda, ada jangkitan kuman dalam paru-parunya." jelas Dr Hanafi lagi.

Rizal menunduk. Mata serta merta terasa panas. Sebak mengenangkan anak sekecil Miranda dilanda sakit sedemikian rupa.

"Jadi, ada harapan ke untuk Miranda doktor?" tanya Rizal setelah lama tenggelam dalam perasaan.

Dr Hanafi mengangguk lambat-lambat.

"Setakat ini, sukar untuk saya jelaskan harapan tersebut Encik Rizal memandangkan kesihatan Miranda yang kian merosot. Tambahan pula, dia masih lagi kecil jadi agak sukar untuk menjalankan sebarang rawatan yang tinggi risikonya. Tapi, apa yang saya boleh katakan, kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Miranda. Selebihnya, kita bertawakal dan berserah kepada Allah." ujar Dr Hanafi hambar.

Rizal mengangguk dalam keterpaksaan. Wajah didongak ke atas menghapuskan air mata yang terasa meleleh di pipi.

"Baiklah Doktor. Terima kasih. Saya mohon, tolong selamatkan anak saya. Tolonggg.." rintih Rizal pilu. Terbayang wajah isteri dan anaknya yang teruja dengan kelahiran Miranda.

"InshaaAllah Encik Rizal. Kami akan cuba sedaya upaya kami." ujar Dr Hanafi cuba menenangkan Rizal yang sudah lemah tidak berdaya.

Rizal merenung Nina yang nyenyak lena di sebelahnya. Saat diberitakan khabar dukacita tersebut, terasa tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tal basah. Otak memerah sehabis daya, bagaimana cara untuk disampaikan berita dukacita ini kepada sang isteri.

Sudahlah, Nina masih lagi dalam pantang. Dia takut akan penerimaan Nina terhadap perkhabaran duka Miranda. Buntu dia memikirkankannya.

••••

Dua tahun kemudian

Maleek meneleku di ruang kerja miliknya. Sebuah keluhan lemah dilepaskan. Terbayang wajah isteri dan anak-anaknya. Rambut yang rapi diserabutkan. Buntu memikirkan syarikat yang dibangunkan hampir lima tahun sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Ramai sudah para pekerjanya yang lari daripada syarikat berikutan dia tidak mampu membayar gaji mereka seperti dahulu. Pelbagai usaha sudah dijalankan untuk memajukan kembali namun kesemuanya tidak berhasil.

Tidak tahu silapnya di mana. Mungkin salah dirinya juga yang terlalu percaya kepada Ramli sebagai rakan seperniagaan. Tapi, sungguh dia tidak sangka kalau selama ini Ramli sanggup bermain kotor dengan menggelapkan wang syarikat.

Mengetahui penyelewengan yang dilakukan Ramli membuatkan Maleek bertindak memecat Ramli dan melaporkannya kepada polis. Malangnya, rasuah yang diberikan kepada polis membuatkan polis tidak menangkap Ramli dan Ramli bebas berkeliaran dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan.

Sungguh licik insan tidak berguna bernama Ramli! Sangat licik! Ikutkan hati mahu sahaja dibunuh sahaja Ramli. Tapi mengenangkan kewarasan akal masih di tahap tinggi, dipendam rasa amarahnya.

Kini, cuma hanya ada satu cara sahaja. Namun, satu cara ini akan merubah segalanya. Segala-segalanya! Dia tidak sanggup, dia tidak tegar, dia tidak mahu! Tapi apa sahaja usaha dan jalan yang dia punya sekarang? Katakan apa caranya? Sungguh, dia tidak berdaya. Untuk melihat syarikat yang dibangunkan selama lima tahun musnah, juga dia tidak mampu.

Bagaimana dengan sebahagian pekerjanya yang masih setia bersama dengan dia sekarang? Mereka juga perlukan duit kerana masih ada mulut yang perlu disuapkan makan, masih ada rumah yang perlu dibayar. Sungguh dia buntu kini!

Telefon berdering menyentakkan kebuntuan yang melanda Maleek saat ini. Perlahan, tangan dipanjangkan mencapai telefon yang berdering nyaring. Saat melihat nama yang tertera, sebuah keluhan panjang dilepaskan.

Perlahan, tangan menekan punat hijau.

"Hello.." seru seseorang di hujung talian.

Maleek diam.

"Hello.." sekali lagi seruan itu berbunyi

Maleek berdeham.

"Yaa.." sahut Maleek mendatar.

"Kau dah fikir cadangan aku?" tanya seseorang.

Maleek mengeluh. Mata terasa panas.

"Dah tak ada cara lain ke?" tanya Maleek perlahan.

Sebuah keluhan turut dilepaskan pemanggil.

"Tak ada. Hanya itu sahaja satu-satunya cara. Jadi, macam mana? Kau setuju cadangan yang kita bincangkankan minggu lepas?" tanya si dia.

"Nanti aku fikirkan.."

"Berapa lama lagi masa yang kau perlukan untuk fikir?"

"Aku tak tahu."

"Maleek, aku tahu kau perlukan duit. Dan kau tahu aku perlukan apa. Percayalah, aku bukan kejam untuk biarkan rakan baik dalam kesusahan. Sampai saatnya nanti, aku akan pulangkan kembali hak kau." jelas si dia.

Maleek memejamkan matanya rapat. Terasa sesak dadanya dengan pertanyaan dan cadangan yang diberikan si dia. Lama masing-masing berdiam diri di hujung talian. Seolah diluah mati emak, ditelan mati bapak. Serba salah merantai hati.

"Baiklah, aku setuju. Tapi, sampai masanya nanti aku akan ambil semula hak aku walaupun masa tu seribu halangan daripada kau." pesan Maleek bersuara dalam.

"Baik." hanya sepatah sahaja balasan yang diterima.

"Esok, aku akan settle segalanya tentang syarikat kau. Dan sama juga seperti kau. Settlekan seperti yang kita bincang." ujar Si dia sebelum meletakkan telefon.

Maleek menghembus nafas panjang. Gambar isteri dan anak-anaknya ditatap penuh kasih sayang. Gambar Adelia, anaknya yang berusia dua tahun diusap. Setitik air mata menitis jatuh ke pipi.

'Maafkan papa, sayang.' rintih sebelum esakan kedengaran kuat di ruang lingkup pejabat dirinya.

••••
Detingan jam dinding membawa jauh khayalan kedua lelaki tersebut kembali ke alam nyata. Maleek panggung wajah merenung wajah Rizal di hadapannya yang tenang menyandar ke kerusi. Sebuah keluhan dilepaskan. Badan turut disandarkan ke kerusi.

"Dah lapan belas tahun berlalu kan. Tak sangka, Adel pun dah besar sekarang." tutur Rizal memecahkan suasana hening antara mereka.

Maleek diam.

"Maafkan aku.." ucap Rizal perlahan.

Maleek mengetap bibir.

"Untuk apa kau minta maaf?" tanya Maleek.

Rizal tersenyum hambar.

"Sebab pisahkan Adel daripada korang." jelas Rizal.

Maleek terbayang kembali malam yang merubah segalanya.

Setelah dua tahun, berjuang merawat Miranda, akhirnya anak kecil itu dijemput Ilahi. Sedikit sebanyak dia mengetahui bahawa betapa Rizal menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa merawat Miranda. Namun, setelah dua tahun berjuang, Miranda pergi meninggalkan mereka.

Kepergian Miranda memberi tamparan yang sangat hebat kepada Nina. Sejak kematian Miranda, jiwa Nina seolah turut pergi meninggalkan mereka. Maleek dan Mila turut melawat dan menziarahi Rizal sekeluarga.

Nina tidak habis meracau dan berteriak memanggil Miranda. Luluh hati mereka yang melihatnya. Dan itu merupakan rentetan kepada perpisahan Adel bersama keluarganya. Rizal menghulurkan pertolongan disaat Maleek memerlukan namun pada masa yang sama, Maleek turut berkorban akan darah dagingnya sendiri.

Kekesalan, kesedihan usah diceritakan. Betapa sehingga kini ia menjalar menjadi akar umbi di dalam hatinya. Rindu serindunya pada si anak. Gambar Adel direnung.

'Papa rindukan Adel' bisik Maleek pilu.

"Maafkan aku. Kalau bukan sebab aku, pasti Adel dengan kau sekarang. Maafkan aku sebab pentingkan diri. Tapi percayalah, sejujurnya bukan niat aku untuk memisahkan kalian tapi aku perlukan Adel pada ketika itu. Nina dah tak jadi Nina lagi." sekali lagi Rizal menuturkan kata maaf.

Maleek mengeluh.

"Pada awalnya, memang aku marah. Kesal dengan tindakan kau yang menjadikan Adel sebagai cagaran atas pertolongan yang kau hulurkan. Ak7 fikirkan kau ikhlas. Tapi, tak sangka pertolongan kau tu bersebab. Betapa aku dengan isteri aku sengsara menanggung rasa rindu dan bersalah." Maleek bersuara.

Rizal menggeleng kesal.

"Percayalah Maleek. Bukan niat aku. Aku juga seorang ayah Maleek. Mana mungkin aku tegar memisahkan seorang anak kecil daripada keluarnya. Tak Maleek, tak! Tapi ketika tu, aku terpaksa. Tertekan dengan keadaan. Aku buntu! Cuma itu sahaja jalan yang aku mampu fikirkan." jelas Rizal menafikan

Maleek diam.

"..tapi sekarang aku dah malas nak biarkan amarah aku pada kau menguasai diri aku. Kita pun dah makin tua, jadi aku dan Mila maafkan kau. Cuma, aku harap kau masih ingat perjanjian kita. Tiba masanya, aku akan tuntut balik hak aku. Aku harap kau takkan mungkir janji." ujar Maleek perlahan.

Rizal menghembuskan sebuah keluhan.

"Jangan risau, Maleek. Aku bukanlah seorang yang mungkir janji. Adel tetap milik kalian. Dah tiba masanya, Adel aku serahkan kembali pada keluarga asal dia." tutur Rizal perlahan.

Maleek mengangguk.

"Kau sayangkan anak aku?" tanya Maleek.

Rizal terdiam.

"Dia membesar depan mata aku Maleek. Jatuh, bangun, sakit, gembira dia aku nampak. Aku rasa. Walaupun, bukan darah daging aku tapi Adel anak aku. Aku sayangkan dia. Sangat-sangat! Dia tetap anak aku sampai bila-bila." jelas Rizal sebak.

Maleek mengangguk.

"Jangan risau, Adel tetap anak kau dan Nina. Dia tetap adik Hayyan dan Haidar."

"Hanya Haidar. Bukan Hayyan."

Maleek diam. Renungan diputuskan ke arah wajah Rizal yang turut sama merenungnya dengan sebuah persoalan yang muncul di minda masing-masing.

"Maksud kau?" tanya Maleek teragak-agak

"Hayyan tak pernah anggap Adel adik dia. Hanya Haidar yang anggap Adel sebagai adik." jelas Rizal

Maleek diam

"Jadi,maksud kau selama ni, Angah tak suka Adel?" tanya Maleek.

Rizal mengangguk.

"Macam mana dengan sekarang?" tanya Maleek ingin tahu.

"Entah. Sukar aku nak jelaskan. Tapi aku tengok sekarang boleh dikatakan diorang dah berbaik. Tak lagi seteru macam dulu. Angah sayang cuma dia ego selama ni." terang Rizal

Maleek turut terbayang kemesraan Angah bersama anak daranya baru-baru ini. Jelas terpamer kemesraan antara keduanya. Seolah-olah, masing-masing mempunyai perasaan antara satu sama lain. Dia juga pernah muda. Sekilas ikan di air, dia tahu jantan betinanya.

"Jadi, tak ada masalah kan kalau kami ambil Adel kembali?" tanya Maleek dalam.

"Lambat atau cepat, kau tetap akan ambil Adel balik. Adel hak kau dan Mila. Jadi, macam yang aku katakan, dah tiba masanya untuk Adel tahu dan kembali pada kalian semula walaupun berat untuk aku dan Nina lepaskan Adel."

"Baguslah kalau macam tu." putus Maleek.

Rizal tersenyum hambar. Wajah kecil Adel di meja kerja Maleek ditatap sayang bercampur pilu

'Adel tetap anak papa sampai bila-bila. Papa sayang Adel sangat-sangat.'

Bisik Rizal pilu.

Haii readers kesayangan Zira semua. Apa khabar? Macam mana chapter kali ni? Dah faham ke belum? jangan cakap belum faham, zira ketuk kepala. Hahaha. okaylah, selamat membaca. Komen yang mantul-mantul ya. Terima kasih masih setia menanti SLC. LOVE, zira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience