BAB 37

Romance Series 18757

Arghh! Dia sudah lambat mahu bergerak pulang ke kampung, boleh pula Inas buat hal menyuruh dia datang ke ofis. Dah datang, menimbun pula kerja yang dia perlu selesaikan.

Inas ni.. Lain yang dia cakap, lain yang Inas buat. Alih-alih kerja urgent dia terpaksa buat last minute. Siaplah Inas kalau Inas ganggu masa dia bercuti.

Kaki menghentak-hentak perlahan. Jam ditangan dikerling entah sudah keberapa kalinya. Ini mesti Nuha membebel kalau dia tidak sampai sebelum tengah malam ni. Aduh.

Nuha tu sudah lah kaki membebel. Semua nya serba serbi salah, serba serbi tak cukup elok saja dimata dia. Nasib lah kesabaran dia dekat perangai Nuha ni tinggi. Tak ambil pusing sangat dengan bebelan Nuha yang tidak sudah-sudah.

"Lambat pulak lift ni turun." bebelnya.

Satu per satu tingkat lift berhenti. Orangnya tak ada pun yang masuk. Kalau dia tahu siapa main tekan butang lift ni, siap lah. Dia tak tahu ke ada suami yang tengah rushing ni, woi!

Bukk.

Tubuh terlanggar dada seseorang sebaik sahaja melangkah keluar dari lift. Mulut meminta maaf.

Hanya dengusan yang dia dengan dari lelaki yang dia terlanggar tadi. Kening Ghazi sedikit terangkat apabila mata si lelaki mencerlung memandang dia dengan pandangan bengis.

Ha?

Sekali lagi dia meminta maaf. Kali ni siap beri senyuman. Kalau tak nampak juga keikhlasan dia ni, sah lah abang depan ni yang tak suka dia sebenarnya.

Dan, ya. Abang depan ni terus membengis lalu masuk ke dalam lift.

'Dia ingat aku heran ke wei. Sekalipun syarikat ni dia punya, aku tak heran.'

'Apa dia ingat dia seorang je ada masalah. Yang masalah rumah tangga aku ni, siapa nak peduli? Ha!'

Langkah dilajukan ke tangga kecemasan. Mahu turun ke parking area. Kalau tunggu lift, memang tersekat dalam jammed lah dia sekejap lagi.

Panggilan dari Nuha dibiar sepi. Tidak dijawab.

Nanti sudah atas lebuhraya, baru dia call semula. Kalau jawab sekarang, nescaya berdarah lah telinga dia dengar Nuha marah dan merajuk pada masa yang sama. Sakit juga kepala dia nanti.

"Bos!"

Adeh. Apa lagi ni..

Yuhanis terhegeh-hegeh berlari mendapatkan Ghazi yang menunggu di tepi pintu kecemasan.

"Err.. Bos nak balik ke?"

Ghazi mengangguk. Tiada masa mahu berborak.

"Bos hantar saya boleh? Saya tak dapat grab dari tadi." kening Yuhanis bertaut.

Mata Ghazi terbuka luas sedikit. Jam di pergelangan tangan dipandang.

"Dah pukul berapa ni awak baru nak balik? Dah tahu naik grab, jangan lah malam-malam. Hujan lebat pula tu. Mana ada grab nak masuk KL malam minggu macam ni. Jammed lah." bebelnya sambil bercekak pinggang.

Yuhanis tersenyum dalam hati. Suka dia melihat Ghazi yang selalu membebel itu. Lagi lama dia perhati, lagi terpaut hatinya pada lelaki bernama Ghazi.

"Dah jom. Awak duduk mana?"

Pintu kecemasan ditolak. Laju kakinya melangkah. Hampir berlari anak juga lah Yuhanis dibelakang cuba mengejar langkah Ghazi. Namun dia tidak kisah. Apa saja sanggup dilakukan.

Bukan dia tidak boleh minta saja Pemandu si ayah untuk menghantarnya pulang, tapi sengaja dia mahu cuba nasib. Tak sia-sia dia tunggu 3jam di lobi.

"Bos nak balik kampung ke?" soalnya apabila kereta sudah bergerak. Peha yang gebu itu disilangkan supaya mampu dilihat jelas oleh lelaki di sebelah ini.

Tak perlu minta, dia akan rela hati memberi.

Ghazi mengangguk. Mata bergerak memandang cermin belakang dan sisi.

"Nak pergi ambil isteri saya dekat kampung."

Yuhanis sebal. Dia sudah periksa latar belakang Ghazi. Isterinya anak perempuan menteri besar itu, Nuha Irdina. Ah, cantik lagi dia.

Nuha tidak se-daring dia. Malah sejak menjak ini gadis itu tidak lagi viral di sosial media. Dia tidak berminat tapi bila dapat tahu bahawa Nuha isteri kepada Ghazi, hatinya rasa tercabar pula.

Tangan Ghazi yang terletak di atas peha itu dipandang. Urat-urat yang timbul buatkan dia lebih berkeinginan kepada si lelaki.

Haih.. Kalau dia jumpa Ghazi lebih awal, pasti dia berada di tempat Nuha. Peduli apa.. Ikan depan mata!

Dan dia adalah kucing paling berani dalam dunia!

"Teruk betul orang yang panggil bos macam-macam dalam artikel kan?" bibir dimuncungkan. Bibir mungil kegilaan ramai lelaki ini.

Mata Ghazi memandangnya sekilas lalu ketawa.

"Lah.. Awak pun layan gosip juga? Tak payah layan lah. Takde faedah."

Aduhai.. Terloncat riang hati ini mendengar dia ketawa. Gigi dan senyuman yang cantik itu. Dia mahu memiliki Ghazi. Mereka pasti akan menjadi gandingan yang sesuai jika disatukan.

Tangannya digerakkan sedikit sehingga tersentuh lengan lelaki itu yang terdedah separuh kerana lengan bajunya dilipat keatas. Dapat dia rasakan urat-urat timbul itu.

Ghazi terkejut. Tangan ditarik seperlahan mungkin. Tarikan Yuhanis ini memang menguji jiwa dia sebagai suami. Kalau dia bujang, mungkin dengan mudah dia tepis pergi saja.

"Yuha.. Awak tahu kan saya ni suami orang." sekaligus mengingatkan diri sendiri.

Separuh hati menjerit nama Nuha Irdina berkali-kali. Separuh lagi menjerit kuota 3 lagi yang masih kosong.

Argh! Dia tak berani berpoligami. Jauh sekali! Apa yang dia rasakan sekarang ini cuma tarikan nafsu.

Anggukan Yuhanis buat Ghazi menelan air liur. Sungguhlah berani si Yuhanis ini. Suami orang ni!

"Saya tak kisah. Saya betul-betul sukakan Bos."

Lurah dada yang terdedah itu semakin jelas kelihatan apabila Yuhanis sedikit menunduk. Mata cepat-cepat dialihkan dari melihat.

Nuha cantik lagi, Ghazi..

Ya, memang isteri dia berganda lawa lagi. Nuha memang seratus peratus cita rasa dia. Walaupun Yuhanis boleh di label idaman semua, tapi Nuha menepati seratus peratus citarasa nya. Dia tak perlu mencari yang lain hanya kerana fantasi porno yang bodoh ini.

"Tapi saya kisah. Awak jangan buat macam ni. Awak perempuan." tangan menolak bahu Yuhanis supaya kembali tegak.

Pada masa yang sama dia mengingatkan diri sendiri lagi. Dia lelaki! Dan lelaki seperti dia pasti akan mula berimaginasi yang bukan-bukan. Jangan kalah pada fantasi!

"Tapi saya sudi."

"Bukan kebenaran dan keizinan awak yang penting selagi awak tak berkahwin." cincin silver yang tersarung di jari manisnya dipandang sekilas sebelum kembali memandang jalan raya.

Cincin yang dia sudah bersusah payah kumpul duit dan beli. Dia tak akan musnahkan rumah tangga ini hanya kerana dia 'lapar' seminggu.

Tangan berurat itu cuba disentuh lagi namun sekali lagi ditepis.

"Saya ada isteri." amarannya.

Susah kalau bercakap dengan penggoda. Cepat lah kereta ini sampai ke destinasi.

Hati beristighfar tidak sudah. Kepala asyik memutar kembali kaset audio dia mengangkat akad nikad dengan nama Nuha Irdina. Kalau apa-apa terjadi, dia berlindung kepada Allah. Semoga Allah kuatkan imannya daripada jatuh ke lembah fitnah.

Kelajuan kereta meningkat. Saman pun saman lah. Lebih baik disaman sekarang dari disaman di akhirat. Dia terdesak ni!

Selepas ini memang tidak lah dia mahu tinggalkan Nuha di kampung lagi. Bila perkara begini berlaku, dia rasa macam sedang terhimpit. Isteri jauh di kampung, ada pula perempuan menyerah diri. Serabut.

Kepala mula mengira kilometer dari sini ke kampung dan jarak masa perjalanan. Mampukah dia bertahan selepas digoda begini.

Berbunyi geseran di tayar apabila kereta melencong masuk ke perkarangan rumah yang besar dan megah itu.

Suara manja Yuhanis mengeluh. Mata dilirikkan penuh mengharap kepada Ghazi.

"You tak nak masuk dulu?" ajaknya penuh makna.

Ghazi berwajah selamba. Namun, gelora nafsu dan perasaan hanya Tuhan saja yang tahu.

"Tak. Sudahlah. Cepat masuk. Saya dah lambat." mata melirik ke arah jam. Mengelak dari terus dipanah oleh anak mata Yuhanis.

Pintu kereta tertutup. Lambaian Yuhanis dibiarkan.

Hari ini dia bersyukur lagi kerana isterinya adalah Nuha Irdina. Sekalipun Nuha seorang gadis yang liar dari segi pemakaian, tapi Nuha bukan penggoda.

Kereta meluncur laju keluar dari situ. Kalau boleh dia telefon Inas dan pindahkan Yuhanis, dia akan buat. Tapi, wajarkah tindakan terburu-buru hanya kerana masalah peribadi? Yuhanis ini memang beban sungguh lah!

•••

Nuha berulang-alik di ruang tamu. Sekejap-sekejap dia menjengah ke luar apabila ada bunyi kereta lalu lalang di luar sana. Jam sudah masuk pukul 2pagi, Gahzi masih belum sampai lagi.

Hati sudah mula resah gelisah. Macam-macam sangkaan terbanb masuk ke dalam fikiran. Mungkin kereta rosak ke.. Minyak habis.. Terbabas? Kemalangan? Tak mungkin.. Tapi mungkin?

Kaki berlari semula naik ke atas untuk mengambil telefon bimbit. Apabila terdengar bunyi kereta di luar rumah, dia memecut laju turun semula dan membukakan pintu.

Kecewa.

"Zhaim rupanya." ujarnya kecewa.

Zhaim, anak lelaki bawah Ghazi itu dipandang saja. Dengan lambat-lambat tangan Zhaim membuka kasut di kaki. Kelakuannya sangat berhati-hati. Selepas itu dia menyusun pula semua kasut di luar rumah yang bersepah-sepah itu ke dalam rak.

'Dah pukul 2pagi ni.. Sempat lagi Zhaim duduk mencangkung susun kasut di luar.'

Nuha hanya memerhati. Makin lama, jadi leka pula melihat Zhaim.

Selesai menyusun, baru lah Zhaim bangun kembali. Wajahnya yang pucat dan tidak beriak itu..

Nuha akui, Zhaim boleh tahan kacaknya. Cuma, Zhaim tidak normal mana. Dia bekas pesakit autism. Jadi, kebanyakan masa Zhaim memang tidak berinteraksi dengan orang lain, dia hanya tumpu kepada rutin harian nya saja. Bercakap pun boleh kira berapa patah dalam sehari.

"Kakak tak tidur?" suara Zhaim jelas. Macam robot pun ada juga bila tiada reaksi wajah. Cuma kening terangkat sedikit.

Nuha menggeleng. Bibirnya tersenyum. Dia suka bila Zhaim mula menerima kehadirannya di dalam keluarga. Kata Ghazi, Zhaim ni tak bercakap kalau dengan orang yang dia tak biasa lihat. Kalau mahu Zhaim kenal dia, dia kena selalu tayang muka depan Zhaim ni sampai lah Zhaim terbiasa dan imejnya melekat dalam dunia Zhaim.

Bila Zhaim memanggil dia 'kakak', dia tahu yang dia sudah berjaya!

"Zhaim nak makan tak?" soalnya. Hati sedang rasa gembira, rajin pula dia mahu buat baik.

"Kakak masak? Tak nak."

Erk! Selamba dia aje! Cuba lah fikir 10-20saat dulu sebelum menjawab. Dia sedang cuba jadi kakak yang baik ni.

Mula lah mulut mahu muncung. Merajuk dengan Zhaim. Jauh sangat dari Ghazi. Zhaim ni cerewet. Makan pun memilih. Jangan cakap makan, pinggan, baju, kasut semualah! Memang orang lain tidak boleh tentukan untuknya kerana dunia imaginasi dia lain. Dia akan pilih apa yang dia suka.

Sekejap saja selepas itu bibir mula tersenyum kembali. Selama ini, dia selalu layan kehidupan seorang autism di youtube semata. Tapi, kata ayah.. Zhaim ini mild-autism dan bukan hyper-type. Diam saja masa kecil dulu sampai ayah dan mama ingat Zhaim ni pekak sebab langsung tak menyahut bila dipanggil.

Nasib mereka lebih baik dari keluarga lain. Untungnya Zhaim tidak tantrum. Dia selalu tenang dan terawang-awang di dalam dunianya sendiri, seakan-akan hanya wujud dia seorang. Syukur, Zhaim boleh dididik dan dipulihkan dari normal Zhaim sendiri. Setelah bertahun-tahun, Zhaim mula belajar berinteraksi tetapi begini saja lah. Hanya dengan orang yang dia biasa nampak dan lihat. Namun, dia kagum dengan kehebatan intelek Zhaim.

Kalau tidak, mana mungkin resort ayah itu boleh maju walaupun Zhaim seorang yang mengurus segalanya.

"Oh.. Kakak dah tolong ambilkan majalah Zhaim dekat poslaju tau. Ada dalam bilik." dia mengingatkan.

Zhaim mengukir senyum. Nuha terpana.

"Terima kasih, kakak." langsung terus menapak naik ke bilik.

Jantungnya berdegup kencang. Penangan senyuman adik-beradik Ghazi ini memang semuanya buat jantung berlari laju ke apa ni?!

Ini belum dia jumpa abang Long lagi. Entah macam mana pula gaya abang Falah. Hanya Along seorang aje yang dia belum pernah lihat. Tanya Ghazi banyak mana pun, Ghazi hanya jawab 'tak tahu'. Huh.

Lampu spotlight kereta dari luar rumah membuatkan bibirnya tersenyum lebar. Dia yakin kali ini! Itu mesti suami dia!

Nuha menyorok di belakang pintu. Mendengar derapan kaki di luar sana pun dia sudah kenal sangat. Tangan menutup mulut menahan sebarang bunyi dari terkeluar.

"Bwarggggg !!!!" jeritnya sambil membuat gaya mahu mencekik Ghazi.

"Mama!"

Wajah Ghazi kejang. Beg ditangan sudah tercampak kemana. Selepas beberapa saat dia kembali sedar. Jantung yang laju tadi beransur reda kelajuannya. Nuha dipandang dari atas ke bawah.

Terkekek-kekek minah ni ketawa.

"Tch! Nuha!" kali ini dia pula buat gaya mahu cekik leher Nuha.

Dah lah penat-penat memandu sendirian, lepastu Nuha ni buat lawak tak lawak ini pula. Bertambah penat dia jadinya.

Pinggang Ghazi dipeluk erat. Rindu! Lihat Ghazi dalam video dengan lihat Ghazi depan-depan memang terasa bezanya.

Apabila dipeluk begini, hilang terus rasa marah. Rasa rindu yang menggebu terasa dibalas. Tangan menggosok-gosok belakang tubuh kecil itu. Berbanding lebar tubuhnya, tubuh Nuha yang kecil dan ramping ni dengan mudah saja Nuha boleh hilang disebalik pelukan Ghazi.

Ubun-ubun yang sudah lama tidak dikucup itu dikucup lama. Rindunya dia mahu melihat senyuman ini.

Berbeza dengan gelora nafsu ketika berdua bersama Yuhanis, berdua dengan Nuha menerbitkan rasa kasih dan cinta. Dia tidak merasa terburu. Malah, melihat wajah Nuha saja sudah boleh buat dia gembira dan puas hati.

Beg di atas lantai, dicapai semula.

"Mesti kau rindu aku kan? Hari-hari kau menangis rindu.." ejeknya.

Wajah Nuha cemberut. Tidak suka bila Ghazi memperlekeh rasa cintanya. Laju tangan mencubit pinggang Ghazi yang suday tersedia minta dicubit. Hish!

Tahu lah Ghazi suka kalau dia tak ada. Tak ada lah orang yang membebel kan!

Baju di dalam beg dikeluarkan dan disangkut ke dalam almari. Suami sudah selamat terbaring di atas katil dengan 3butang kemeja yang sudah dibuka. Suhu penghawa dingin di turunkan. Sejuk ~

"Kau tidur seorang je ke?" soal Ghazi. Tangan menongkat kepala dan mengiring memandang Nuha yang sedang mengemas pakaiannya.

Kepala Nuha menggeleng.

"Selalunya Dena tidur dengan saya. Tapi, harini Dena nak tidur dengan Mama pulak."

Ghazi senyum menyenget. Rezeki dia~

Dia berdecit perlahan supaya Nuha memandang arahnya. Tangan menepuk-nepuk katil, mengajak Nuha berbaring sekali.

"Dah kunci pintu dah. Meh lah.." suara yang tadi tegas, bertukar manja.

Haruslah dia pujuk. Kalau tak, memang tak dapat lah nampaknya.

Mengecil mata Nuha melihat aksi gatal Ghazi. Kalau dia menggatal, automatik suara semua jadi lunak ya. Huh. Lelaki..

Tapi, dia melompat naik juga berbaring di sisi lelaki itu. Haruslah dia rindu pelukan suami sendiri. Dia suka bila Ghazi peluk dia dan pelukan Ghazi adalah pelukan yang paling selamat pernah Nuha rasa.

"I love you." ujarnya romantis. Mengharap balasan yang sama dari bibir merah pucat itu. tapi, hampeh.

Cukup pandangan mata masing-masing sebagai balasan.

•••

"Ghazi!"

Amirul menghentikan motor betul-betul di sebelah Ghazi yang sedang mengangkat hasil getah yang sudah di campak masuk ke dalam besen oleh pekerja ladang getah keluarga mereka.

Bau getah yang busuk melekat di baju. Tapi dia sudah biasa. Amirul tersengih-sengih memandangnya.

Amirul Rezki. Kawan sekolah dia. Juga merangkap teman sepermainan. Kepala diangkat kecil.

"Kau nak apa?" soalnya malas.

Lama dia tidak nampak Amirul. Kali terakhir dia nampak Amirul naik kereta polis. Itu lah kali terakhir. Mamat ni bukan betul. Alah, boleh kata semua kawan sekolah dia tak betul lah. Dia pun bukan betul sangat masa remaja dulu. Ha, padanlah ada kawan semua kepala tidak betul.

"Harini takde pula pengiring rasmi kau?" dia tanya lagi. Saja mahu kena kan Amirul.

Pengiring rasmi a.k.a abang polis. Amirul ni last dia nampak diiring polis. Memang jadi modal lah nak membahan.

Amirul sekeh kepalanya. Macam tak biasa pula Ghazi ni.

"Kau ni macam tak happy je jumpa aku. Weh! Aku dah insaf lah. Tak sentuh dah benda gitu." tapak tangan diangkat. Bersumpah.

Bibir Ghazi terjuih dan mencebik kuat. Dia percaya tapi buat-buat tak percaya lah. Malas nak percaya sangat sebab Amirul ni kalau cakap seratus patah, sepuluh patah pun belum tentu betulnya. Kalau betul pun, berputar belit lah cerita dia.

Tangan meneruskan aktivitu tadi. Mengangkat besen penuh dengan getah itu naik ke atas trak. Amirul membantu mana yang patut.

"Ghazi. Kau tak cakap kau dah balik. Lama aku tak nampak kau." mata Amirul jelas teruja.

"Aku lagi lama tak nampak kau." dia balas semula.

Lqgi banyak mereka berborak, lagi lambat kerjanya siap. Dia mahu ke masjid selepas ini. Mulut Amirul tidak berhenti bercerita. Dia layan saja. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Amirul duduk bersandar di bawah pokok sambil mengipas-ngipas wajah. Matahari sudah mula terpacak atas kepala. Alamatnya terik juga lah sekejap lagi ni. Ghazi pula masih steady lagi tolong pekerja lain. Dia hanya menjadi pemerhati. Ghazi memang kuat bekerja dan tidak boleh duduk diam. Lain dari dia. Hanya mengharap duit mak ayah yang tak seberapa ini menanggung dia apalagi dia ni bekas banduan. Lagi susah dia mahu cari kerja.

Matanya bersinar-sinar bila Ghazi menghampiri dengan botol air sirap dan cawan. Melengkung lebar bibirnya.

"Minum lah, Bro." botol air dan cawan dihulur. Kasihan pula dia tengok Amirul yang dari tadi menolong mereka di sini, bukan dapat bayaran pun. Air sirap aje dia mampu belanja. Ini pun dia kebas abang Indonesia tu punya.

Gelojoh Amirul meneguk air. Hampir dua tiga cawan juga di habiskan. Leganya bukan main. Apalagi minum air sirap bawah terik mentari.

"Kau nak buat apa lepasni?" soal Ghazi. Dia sudah duduk di sebelah Amirul.

Amirul buat muka toya. Dia pun tak tahu. Belajar sekolah pun tak habis apa lagi nak cari kerja yang bagus-bagus di luar sana. Nak kerja kedai makan, mana lah dia layak. Cuci pinggan dekat rumah pun payah sekali. Dia tak mahu lah buat kerja begitu.

"Kau ada kerja tak, Ghazi? Yang sesuai dengan aku ni ha.." tangan didepakan menunjukkan dadanya yang bidang itu. Tapi badan kurus keremping. Otot saja yang tersembul. Duduk di dalam penjara bukan makan buffet pun!

Ghazi menilai diri Amirul. Ikutkan Amirul ini teman silat-nya masa kecil. Memang tidak pelik lah otot-otot asli di tubuh Amirul itu masih gah lagi. Pasti Amirul menjaga tubuh dan kekuatannya dengan baik sekali.

"Kerja ladang ni ada lah. Kalau kau sudi lah." usulnya. Dia tidak berani pula mahu pandai-pandai hantar Amirul ke resort sungai keluarga mereka. Boleh kena tenung dengan Zhaim tak berhenti kalau suka hati memasukkan sesiapa tanpa kebenaran Zhaim Mamat tu pe'el dia lain sikit.

Zhaim pegang resort. Dia pula menguruskan segala ladang dan ternakan keluarga. Selepas kahwin, ayah lah yang ambil alih semula tugas itu. Hanya bila dia pulang saja dia bantu mana yang boleh.

Falah? Awal-awal Along dah lari dari kerja kampung ni. Along tu lagi suka merayau tidak tentu arah tuju dari duduk memerap di kampung ini.

Amirul mengangguk laju. Dia tak kisah langsung kerja apa pun asalkan ada kerja.

"Ha, esok pagi kau datang. Nanti aku minta abang-abang sini ajar kau apa yang patut. Lagi satu.."

Amirul langsung tidak fokus. Matanya ke arah lain pula.

Tangan Ghazi melambai pun dia buat tidak peduli. Bibir menyeringai tersenyum. Lagi dia tepis tangan Ghazi yang menganggu pandangan itu. Kejadian paling indah pernah dia lihat seumur hidup.

Rambutnya yang ditiup angin itu.. Dengan wajah putih dan cerah.. Senyuman yang manis bak gula.. Wajah merah dek kerana pancaran matahari..

Senyum senget. Hati sudah melompat girang melihat gerangan gadis di hadapannya. Yang sedang mengayuh basikal menghampiri mereka. Atau menghampiri dia. Jantung berdegup kencang.

"Awak!"

Ya Tuhan! Suara pun lembut saja di pendengaran. Amirul.. Masa nya sudah tiba. Hati ini telah dimiliki!

"Ha. Apa?" Ghazi mengangkat kening. Dia menahan Nuha dari mendekat tetapi Nuha datang juga dekat dengannya. Tangan Ghazi yang kotor itu dicium, hormat.

Amirul terkebil-kebil.

Mata Nuha bertembung dengan mata Amirul. Jantung yang sudah laju sederhana itu semakin laju. Panahan mata gadis di hadapan ini mengusik jiwa lelaki.

"Oh. Amirul, ni isteri aku. Nuha Irdina. Kau tahu kan aku dah kahwin?" jelas Ghazi. Tangannya dicuci dengan air masak di dalam botol. Susah nak hilang.

Amirul melopong. Kalau ada lalat, mesti dah masuk dah.

Wajah Nuha di sisi Ghazi dipandang dalam-dalam, mengharap si gadis akan menafikannya. Malang, Nuha senyum pula seakan mengiyakan!

Arghh ! Hati Amirul menjerit kuat. Memaki diri sendiri kerana duduk terlalu lama di dalam penjara sana dan terlepas peluang mengenali Nuha Irdina.

"Eh, kejap. Ini bukan anak.." mata melihat Nuha atas ke bawah.

"Anak menteri? Dato'Uzair, kan?" dia meminta kepastian.

Anggukan Nuha buat dia rasa mahu pengsan di sini. Tak pengsan, buat-buat pengsan pun boleh!

Kaku. Bibirnya kelu mahu berkata-kata. Wanita pujaan hati depan mata?! Wanita yang selalu dia lihat dalam televisyen di penjara dulu! Yang mereka rebutkan setiap kali melihat rancangan rasmi hari raya. Dimana ada Dato'Uzair, pasti anak perempuannya akan ada sama!

Nuha memeluk pinggang Ghazi. Wajahnya didongak sedikit memandang wajah lelaki itu. Bibir dimuncungkan seakan mahu meminta sesuatu.

"Ha? Apa lagi?" dingin saja suara Ghazi.

Amirul cepat-cepat memukul lengan Ghazi. Ada ke layan bidadari dunia ni begitu?! Dingin betul. Kalau dia, sudah berbakul kata-kata cinta keluar untuk gadis ini.

"Oh, Nuha. Ni kawan sekolah aku. Amirul." Ghazi memperkenalkan.

Amirul tersengih-sengih, malu. Dia tidak sangka pula Ghazi berjaya memiliki gadis idaman semua lelaki dalam Malaysia ini. Anak Dato' menteri, kahwin dengan orang kampung macam mereka? Hebat!

"Hai, Nuha. Boleh panggil 'Am' aje."

Bukk.

Kepalanya jadi sasaran tangan Ghazi. Bergegar sekejap otaknya.

"Amirul saja dah cukup." perintah Ghazi. Dia sudah faham sangat dengan Amirul ini. Nak mengorat bini dia ke ha?!

Suara Nuha yang lembut dan lunak itu buat dia teruja.

"Ha, kau nak apa ni? Berkayuh jauh-jauh sampai sini." rambut yang ditiup angin sehingga menganggu wajah itu dirapikan. Dia tiada getah rambut pula mahu ikatkan.

Amirul menggeleng. Ghazi ni ber-kau aku dengan bini sendiri. Tak romantik langsung!

"Tch! Tch! Ghazi.. Kau ni tak romantik langsung lah. Cuba lah kau panggil Nuha ni, Sayang ke.. Baby ke.. Bahasakan diri kau Biy ke.. Abang ke.." jarinya bergerak ke kiri ke kanan.

Dia sudah cukup cemburu Ghazi kahwin dengan bidadari ni, tak kan lah beromantika pun Ghazi tidak tahu.

Nuha senyum simpul mendengar cadangan Amirul. Bagus Amirul! Ibu jari diangkat.

Ghazi mencebik. Amirul ini sengaja mahu tanam mindset dan piawaian-piawaian pelik pula dalam otak isteri dia. Ini kan isteri dia, suka hati dia lah mahu panggil apa. Bukan dia panggil Nuha dengan panggilan yang tidak baik pun malah, bagi dia Nuha selalu dimuliakan.

"Okay apa. Kau Aku.. Nampak macam member kan." matanya memandang Nuha mengarahkan gadis itu supaya bersetuju dengan apa yang dikata.

Nuha menggeleng.

Hamboi! Berani !

"Kan, Amirul! Tahu tak Mama kata.."

"Ha, dah jom balik. Nak balik mandi." cepat-cepat dia memotong. Kalau dah masuk 'Mama kata' ni, macam-macam lah Mama kata nanti tum

Tangan Nuha ditarik perlahan supaya mengikutinya.

"Basikal?" kaki Nuha berhenti. Mata terarah kepada basikal merah jambu di tepi.

"Nanti aku minta pekerja ladang hantar. Dah, naik cepat." enjin motor sudah dihidupkan. Hanya tunggu Nuha naik saja.

Nuha melambai ke arah Amirul yang masih terpacak di bawah pokok getah itu. Dia juga tersenyum menghantar Nuha dan Ghazi pergi. Kepala digaru. Melepas! Rezeki Ghazi lah dapat bini cantik..

"Abang.."

Hampir hilang kawalan motornya mendengar Nuha memanggilnya abang. Kepala berpaling ke tepi tapi dia tidak boleh lihat wajah itu dengan jelas. Akhirnya dia memandang dari cermin sisi saja. Nuha yang sedang menyengih nakal itu. Pelukan Nuha jadi lebih erat lagi.

"Abang? Mimpi ke kau ni?" ketawanya jahat.

Nuha geram.

"Salah ke sayang panggil suami sendiri, abang."

Ha? Sayang? Abang? Sudah..

Hatinya sedikit terusik mendengar panggilan itu tapi rasa janggal pun ada. Abang? Dia cuma pernah dengar perkataan itu dari mulut adik-adik dia aje. Bukan dari seorang perempuan. Eh? Yeke?

Tapi.. Hidayu pun pernah panggil dia abang.Tapi, tidak pula dia rasa janggal begini.

"Tak salah. Tapi tak sesuai lah. Awkward." angin kampung yang segar itu buatkan kelajuan motornya dilambatkan sedikit. Dia selesa begini. Disapa angin segar dan sejuk.

Nuha entah apa perasaannya di belakang sana. Entah suka atau tidak naik motor kapcai dengan dia. Kalau Nuha tak suka, Nuha perlu suka juga!

"Sesuai je. Sayang suka panggil abang, abang. Hai abang hensem.. Sayang suka awaklah, abang!" nada manja.

Meletus keluar ketawa Ghazi. Sempat lagi Nuha ni mengorat dia atas motor.

"Sorrylah, siapa tadi? Sayang? Sorrylah, sayang. Abang dah ada bini dekat rumah. Sayang pergi suka abang lain lah ya." dia balas semula. Seronok pula mengenakan Nuha begini.

Nuha dipandang dari cermin sisi. Senyuman manjanya buat hati Ghazi juga rasa gembira.

"Ala.. Takpe. Bini abang tak kisah pun kalau abang nak suka dekat sayang. I love you sooooo much!" tubuh dilekap ke belakang Ghazi. Erat pelukannya.

Dia suka begini. Walaupun Ghazi tidak memberinya segunung harta, dia tetap bahagia. Walaupun cuma naik motor kapcai yang buruk ni. Dia rasa seperti sedang di awangan bahagianya.

Berbanding di Kuala Lumpur. Dia suka Ghazi yang kekampungan. Yang sehari-hari ke ladang dan kandang. Balik rumah pun dalam keadaan berpeluh dan melekat bau busuk getah dan haiwan ternakan. Tapi, mereka gembira. Ghazi sentiasa ada masa untuknya. Dia boleh bersua muka dengan suami tercinta bila-bila masa sahaja.

Tidak seperti di Kuala Lumpur. Awal pagi Ghazi sudah ke pejabat. Pulang pula lewat malam. Penat. Nak berborak pun susah sangat. Kalau tersalah borak, mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa. Kebanyakan masa hanya dia berborak seorang diri. Ghazi hanya keluarkan bunyi, cukup sekadar beri respon saja. Ish!

Senyum melebar mendengar suara Ghazi ketawa di depan. Dia mahu selalu buat lelaki ini ketawa gembira.

•••

Haaa. Sorry kalau Chryst tak reply komen korang. Adeh... Chryst selalunya lepas update, terus tutup NP. Kadang tu dah baca komen, ehhhh... terlupa pula nak reply esoknya. Haiya.... Apa pun... Korang agak2 dapat agak tak cerita Ghazi ni acaner? Klise tak pada korang, cerita ni? ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience