BAB 22

Romance Series 18757

"Assalamualaikum.." Ucapnya sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke ruang tamu mewah Dato'Uzair.

Wajah lelaki tua itu manis saja menyambut kedatangan Ghazi. Dia memanggil Ghazi untuk duduk di sebelahnya, menonton televisyen. 

"Lama Ghazi tak datang menjenguk. Sunyi pula pakcik rasa." 

Ghazi tergelak. Sunyi apa nya. Ada anak dara tu, tak akan lah tak ajak berbual. 

"Ghazi kerja pakcik. Bila cuti baru lah ada masa nak ziarah." Mata menonton rancangan di kaca Televisyen. Cerita omputih..

"Jangan kerja kuat sangat, Ghazi. Kalau Ghazi mahu, Pakcik boleh tolong carikan kerja untuk Ghazi. Tak perlulah Ghazi bekerja dari pagi ke tengah malam lagi."

Ghazi menggaru kepala. Dia malu lah kalau Dato'Uzair terlalu banyak memberinya kesenangan.

"Nuha mana pakcik?" dia cuba menukar topik perbualan.

"Ehemmm!!" 

Kepala Dato'Uzair dan Ghazi berpusing ke belakang.  Nuha dengan baju ketat dan singkatnya turun dari tingkat atas. 

"Nak kemana ni?" soal Dato'Uzair. Dia tidak senang melihat pemakaian anak gadisnya.

Nuha buat bodoh dan berlalu ke dapur mendapatkan Datin Zarina.

"Lah, Daddy tanya dia tak jawab pula." Dato'Uzair menegur. 

"Sorry, daddy. Nuha tak nak cakap dengan sesiapa sahaja yang rapat dengan dia tu. Sebab daddy rapat sangat dengan dia tu, daddy are no longer my priority. Fullstop." Jarinya menunjuk ke arah Ghazi. 

Iya lah. Ghazi lah 'dia' tu.

Mata Dato'Uzair memandang Ghazi meminta penjelasan.

'Ghazi pun tak tahu, pakcik.' Kedua bahu diangkat. 

"Ha, apa-apa sajalah. Mummy tolong tanyakan mana anak dara awak ni nak pergi."

Giliran Datin Zarina pula bertanya.

"Nuha nak pergi dating.." Jawab Nuha dengan nada ceria.

Kopi di dalam mulut Dato'Uzair tersembur keluar. Mata mengerling ke arah Ghazi seterusnya memberi isyarat mata kepada si isteri untuk menghalang rancangan anaknya.

"Nuha nak pergi dating dengan siapa pula ni?" Rambut Nuha diselit ke belakang telinga. Macam-macam lah anak dara ni.

Dato'Uzair hanya memerhati. 

"Haidi!" 

Tersedak Dato'Uzair mendengar nama teman temu janji Nuha. Haidi?! Anak kawan lamanya itu? Dia sudah mengusap dada. 

Sungguh benarlah, menjaga anak perempuan ini tidak semudah mana. Lepas satu, satu perangai Nuha ni. 

"Eh takde.. Takde. Daddy tak izinkan Nuha keluar. Nuha belum sihat sepenuhnya lagi." Malu dia dengan Ghazi, anak dara buat perangai pula..

Kaki menghentak-hentak lantai. Protes! 

"Biarlah dia, pakcik. Biar dia keluar." Mata Ghazi khusyuk melayan cerita di televisyen. Dato'Uzair mengeluh. 

Nuha menjeling. Orang dalam rumah ni semua sudah macam lembu di cucuk hidung aje. Apa Ghazi cakap, semua akur. Ceh. 

"Ha, keluar jangan balik lewat pula." Dato'Uzair mengingatkan. Matanya memberi amaran kepada Nuha supaya jangan buat perkara pelik-pelik di luar. Keluar dengan lelaki pula tu. 

Ting! Tong!  

Mata Nuha bersinar-sinar mendengar bunyi loceng pintu.

"Ha! Okay mummy, Nuha pergi dulu. Haidi dah sampai tu.." Tangan Datin Zarina di salam sebelum berlari menuju ke pintu depan.

Haidi tersenyum di muka pintu. Nuha ditilik atas ke bawah. Cantik! 

"Shall we, princess?" dia meminta tangan Nuha. Nuha tersenyum simpul dengan tindakan Haidi. 

"Ingat, jangan balik lambat." suara Ghazi bergema dari arah belakang. Ghazi sudah berdiri tegak di belakangnya dan mengulang kembali teguran Dato'Uzair tadi. 

Nuha diam. Tidak melayan.

"Ghazi." Salam dihulur kepada Haidi. 

"Haidi." Dia senyum.

Nuha masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan dua orang lelaki yang sedang berkenalan itu. 

"Kau tengok-tengokkan lah dia tu." pinta Ghazi. 

Haidi mengangguk faham sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. 

•••

"Nuha?"

Panggilan dari Haidi membuat Nuha sedikit tersentak. Mata di pusing kembali ke arah Haidi. Beberapa orang pelayan datang dengan makanan yang mereka pesan. 

"Are you okay? Atau Nuha nak apa-apa lagi? Restoran ni tak seronok ke apa ke?"

Senyuman diberikan kepada Haidi. Dia tidak memerlukan apa-apa lagi malah terlebih-lebih pula. Makanan diatas meja dipandang.

Restoran mewah ini..

Kalau dengan Ghazi, jangan haraplah nak dapat jeling pun restoran begini. Memang tak mampu! 

Senyuman Haidi di renung lama. Lelaki itu membantu memotong daging di dalam pinggannya.. 

Kenapalah dalam keadaan begini pun otaknya sibuk mahu kenangkan Ghazi. Huh! Baik dia fokus kepada Haidi. Sekurangnya lagi baik dari Ghazi yang kedekut tu.

"Thanks, Haidi. Bawa I keluar harini." ucapnya ikhlas. 

"No, Thanks Nuha. Sudi keluar dengan Haidi hari ini. Haidi tak sangka kita dapat keluar bersama lagi macam masa kecil dulu." Garfu dan pisau di turunkan. 

Haidi membetulkan duduknya.

"Actually, Haidi nak minta maaf pasal di cafe haritu. Haidi ingat Nuha masih kenal Haidi dan Haidi rasa malu pula tiba-tiba saja tegur Nuha haritu. Mesti Nuha ingat Haidi ni pervert atau apa." Haidi menayang giginya. 

Wajah memerah mengenangkan memori yang satu itu. 

Nuha tergelak kecil. Haidi ini ada-ada saja. Dia dah lupa terus pasal pertemuan pertama mereka. 

Kepala digeleng tanda dia tidak kisah lagi pasal hal itu. 

"Lagi satu, Haidi rasa macam mimpi dapat jumpa Nuha lagi. Walaupun keluarga kita masih berkawan, tapi jarang sekali kita dapat luangkan masa bersama." Haidi menyambung. 

Mata Nuha tertancap pada sepasang kekasih yang sedang duduk di bangku taman. Leka. 

Dia teringat pada Ghazi dan dia. Macam mana si teman lelaki asyik dengan rokoknya, begitu juga Ghazi. Bibirnya tersenyum. Sepatah haram tutur kata Haidi langsung dia tidak dengar.

Hanya apabila namanya di panggil baru dia tersedar. 

"Nuha dengar tak apa Haidi cakap tadi?"

Mata Nuha terkebil-kebil. Apa yang Haidi cakap ya..

Wajah Haidi merah padam. Mata digagahkan menentang anak mata gadis di hadapannya. Jantungnya berdebar. 

"Err.. Haidi.. Haidi mahu kenal Nuha dengan lebih rapat lagi. Jujurnya, Nuha cinta pertama Haidi.." 

Mata Nuha terbeliak. Hatinya melonjak kegembiraan. Dia rasa mahu lari pulang ke rumah dan beritahu pada Ghazi bahawa dia cinta pertama Haidi! 

Dia mahu lihat wajah cemberut Ghazi apabila mengetahui bahawasanya Nuha Irdina ada ramai peminat yang berjuta kali lebih baik dari dia!

"Nuha?" tangan Haidi melambai-lambai. 

Nuha menggaru kepala. Termengelamun lah pula.

"Erm.. Thanks." 

Haidi lega. Dia ingat Nuha akan geli dengan dia. Sudah berbelas tahun lamanya mereka tidak bertemu, tetapi dia setia menanti.

"Welcome."

"Tapi, Nuha kena fikir dulu." Dia memberi alasan. Tidak tahu bagaimana mahu menghadam luahan cinta Haidi. 

Dia tidak pernah berperasaan begini pada Haidi malah dari kecil pun dia sudah dapat mengagak yang Haidi punya hati padanya. Siapa yang tidak jatuh cinta pada perempuan cantik dan comel macam dia ni kan. Heh. 

Ghazi saja yang buta mata dan hati. 

Haidi mengangguk faham. 

"Well, honestly Haidi dapat rasa apa jawapan Nuha since you sukakan Ghazi. I tak sangka you akan fikirkan." Riak wajah Haidi ceria. 

Nuha rasa tersepit. Semua orang memang boleh nampak ke yang dia sukakan Ghazi?!

Dan.. Dan kalau Haidi dah tahu, buat apa susah-susah confess. Aduh, mamat ni..

Dia tak faham betul lah logik orang lelaki.

"Kenapa? I rasa semua orang pun boleh nampak macam mana sayangnya you pada dia tambah lagi kejadian masa parti haritu. I wish I orang yang berada di tempat Ghazi." Wajah Haidi kelam. 

Nuha mengetap bibir. Segan. 

"Dan tiba-tiba you ajak I keluar, gembira tak terkata." 

Kalini Nuha dihimpit rasa bersalah pula.

"err.." 

"I tahu you ajak I keluar untuk buat Ghazi cemburu kan? You nak tunjuk pada dia bahawa dia bukan satu-satunya lelaki dalam hidup you."

Nuha mengangguk kecil walaupun dia tahu itu tidak akan berhasil kerana Ghazi punya seorang perempuan yang berjuta kali lebih baik darinya.

Hatinya hiba mengenangkan satu hari nanti akan ada wanita lain di sisi seorang Ghazi. 

"You tahu, I sanggup digunakan. All I want is to be friend again. If you want to fight for his love, I will be there cheering for you." Haidi kembali mencapai garfu dan pisaunya.

Nuha mahu membuka mulut tetapi dia tidak tahu apa mahu dikatakan. Hatinya merasa serba salah. 

Apa sahajalah yang dia fikirkan ketika membuat keputusan begini. Dia cuba mengheret dan mengorbankan perasaan Haidi hanya semata kerana mahu menggoncang kesabaran Ghazi.

Kau ni memang tidak matang langsung, Nuha. Buat keputusan tak pakai otak. 

"I'm sorry." ujarnya. Daging di dalam pinggan dicucuk dan masuk ke dalam mulut. Kunyahannya terasa begitu lama. 

"Apology accepted." 

Haidi tersenyum lebar.

"Selepas ini, Haidi teman Nuha shopping. Nuha cakap saja apa Nuha mahu." 

"Okay."

Bibirnya tersenyum. Haidi memang baik. Lelaki ini tidak berubah langsung. Sentiasa bersikap tenang dan menyenangkan.

•••

Ghazi bersandar ke sofa. Sedari tadi dia duduk khusyuk melayan rancangan di televisyen. Mata mengerling ke arah jam besar dan megah rumah agam tersebut. 

Bibirnya mencebik.

Nafas panjang di hela. Dia membetulkan duduk apabila telinganya menangkap bunyi bising dari luar pintu rumah. Alat kawalan jauh di tangan di tekan, menukar ke rancangan yang lebih santai dan kelakar. 

Pintu terbuka. Suara Nuha mengucapkan selamat malam kepada Haidi di luar dengan senyuman tidak lekang di bibir. 

Seronok sangat nampak..

Senyuman Nuha mati sebaik sahaja terserempak dengan Ghazi yang sedang duduk di sofa. Bersilang kaki lagi.

Riak wajah tenang. Otot-otot pipi di kendurkan. 

Ghazi datang menghampiri. Setiap langkah lelaki itu membuat jantungnya mula mahu berlari apalagi menatap kedalam mata Ghazi yang cukup mempersona itu. Tinggal suaranya saja belum keluar. Kalau tidak, lembut lah tulang kaki Nuha Irdina ini..

"Kan suruh balik awal. Dah pukul berapa ni?" Kedua tangan di dalam kocek. Mata memandang ke arah jam. 

Nuha? Terdiam. Lidahnya keras. Nak melawan tu jangan berangan lah. Kecut perut dia mendengar suara Ghazi bergema di ruang tamu ini walaupun nada suaranya biasa saja.

Karpet tebal di kaki di tenung lama. Otak merangka ayat balasan.

"Awak kisah apa. Bukan ada kena-mengena dengan awak pun." 

Pipi gadis itu dicubit kuat. Geram saja dia mendengar kata-kata Nuha. 

"Auch! Sakit.." 

"Melawan aje. Kalau apa-apa jadi, siapa nak tolong kat luar sana? Dah gelap baru balik."

Nuha menjuih bibir. Menyampah dia lihat wajah ketat Ghazi. Kalau dengan Suhana tu, dah macam tertelan sebaldi gula manisnya. Kalau dengan dia, macam telan garam!

Tubuh dipaling dari menghadap Ghazi. Tak heran!

Dia sudah nekad mahu move-on. Ghazi tak perlu lah datang ke sini selalu lagi. Pergi layan Suhana dia lagi bagus dari buang masa di sini. 

"Daripada awak duduk sini, baik awak pergi layan Suhana tu." Mata menjeling Ghazi.

"Ha? Apa kena mengena Su dalam hal ni." Wajah Ghazi beriak biasa. Dia tidak faham apa kaitan Suhana dengan Nuha pulang lewat malam.

Su? Oh.. Sweetnya panggilan. Dengan aku, dia beraku-kau je. Rasa marah sudah tidak dapat ditahan.

"Ada! Ada kena-mengena!" Tas tangan di baling ke dada lelaki itu lantas mengatur langkah naik ke atas. 

Beg tangan Nuha disambut. Nasib tak terkena muka dia. Kalau tidak, boleh lebam. 

"Kenapa dengan Nuha tu, Ghazi?" Dato'Uzair bertanya sambil melangkah turun dari tingkat bilik ya. Tekaknya haus. 

Bahu yang dirempuh oleh anak dara tadi digosok-gosok. 

"Entahlah pakcik. Datang bulan kut." Beg tangan Nuha diletak di atas sofa. Kaki melangkah ke dapur, menemani Dato'Uzair. 

"Ghazi jangan layan sangat. Nuha itu mengada saja lebih."

Air dituang ke dalam gelas dan dihulur kepada Dato'Uzair. Dia duduk berdepan dengan lelaki itu. Kerutan-kerutan di wajah lelaki tua itu dipandang.

"Pakcik stress ya?"

Dato'Uzair ketawa dan mengangguk. Jelas sangat kah kerutan masalah di wajahnya. Dia senang dengan sikap Ghazi. Sejak kehadiran Ghazi, dia merasa lebih di kasihi sebagai seorang ayah. Cemburu nya dia dengan ibu bapa Ghazi kerana punya anak begini. Hari-hari bertanya keadaan kesihatannya dan mudah saja dia menangkap raut wajah yang sedang bersusah hati ini.

"Ghazi ni mesti kesayangan semua orang ya?" 

Ketawanya pecah. Kesayangan? Lebih kepada sakitkan kepala orang kut.

"Hm.. Ghazi rasa Ghazi ni antara anak yang paling mama dan ayah nak buang kut. Susah." 

Fikirannya melayang ke zaman jahiliyyah. Tah apa lah yang dia fikir masa tu, buat perkara-perkara mengarut. 

"Berkenaan hal tempoh hari, Pakcik ikut perancangan Ghazi. Kalau Ghazi perlukan pertolongan pakcik, beritahu saja." Badan menikmati urutan Ghazi di bahunya. Hilang segala sakit-sakit badan. 

Bibir tersenyum penuh makna. Dia bersyukur apabila Dato'Uzair sanggup menyebelahinya dalam hal ini. 

Hentakan kaki yang kuat kedengaran dari tingkat atas. 

Mata mereka berdua melekap ke wajah Nuha yang masam mencuka dan sedang membuka peti ais itu. Memerhati gerak geri si gadis.

Sesudah dia menuang air jus di dalam gelas, dia kembali naik semula. Jelingan tajam diberi kepada dua orang lelaki di dapur.

"Hmph!" Kaki dihentak lagi mendaki ke atas.

"Ghazi buat salah apa, pakcik?" 

Berangin tak habis-habis pula Nuha ni..

Dato'Uzair membuat riak wajah tidak tahu.

•••

Pagi itu Nuha bersiap ala-kadar. Dia sudah berjanji mahu bertemu Haidi di taman untuk ber-jogging bersama. 

Kata Haidi, jogging dan bersenam boleh menenangkan hati dan minda. Dia mahu cuba. Kalau tak menjadi memang dia akan sekeh kepala Haidi. 

Lipbalm di sapu ke bibir. Siap! 

"Abang Fitri sibuk ke harini?" Nuha mengaju soalan sebaik sahaja dia nampak Fitti sedang duduk makan di meja bersama Daddy.

Fitri tergelak dan mengangguk. Nampaknya mood cik Nuha baik sungguh harini. Turun-turun terus tegur dia.

"Macam biasa, cik. Ikut Dato'"

Wajah Nuha dipandang. Berseri-seri. 

"Nuha nak kemana ni?" Dato'Uzair pula bertanya namun soalannya dibiar sepi. Mata terkebil-kebil. 

Sudah berapa hari Nuha dingin dengannya. Apa salah dia..

Mata beralih kepada Fitri pula. Fitri hanya mengangkat bahu. Dia mengeluh sendiri. Stress dia dengan anak dara seorang ni.  

"Kejap. Nuha mahu keluar berseluar pendek dan ketat macam tu? Pakailah proper sikit."  

Daddy ni! Sejak berkawan baik dengan Ghazi, semua perangai dan kata-kata Ghazi juga sudah melekat pada Daddy. Sikit-sikit tegur pemakaiannya.

"Daddy bukan apa. Cuma, daddy tak mahu pisang berbuah dua kali. Nuha faham kan apa daddy cakap?" Dia cuba berkias-kias memandangkan Fitri ada semeja dengan mereka sekarang.

Nuha terus mendiamkan diri. Dia mengunyah roti bakar di tangan. Keluhan si ayah kedengaran. 

Lagipun, kawasan perumahan mereka ini dikawal ketat. Bukan mudah orang luar mahu masuk. Dia bukan pergi jauh pun, taman depan itu sahaja. Itu pun daddy mahu membebel macam Ghazi juga. 

Argh! Tak habis-habis Ghazi. Sekarang masanya dia mencari cinta baru. Dia dah muak mengejar cinta lelaki yang langsung tidak menghargai kehadirannya.

Dia bangun dan bergerak keluar apabila menerima mesej dari Haidi. Jari laju membalas mesej di telefon. Dia berjalan kaki saja ke tasik kecil yang hanya beberapa ratus meter dari rumah.

Mata menangkap sosok Haidi yang duduk menunggu di bangku ditepi tasik. Lelaki itu leka mendengar musik menggunakan airpod, kepala terangguk-angguk mengikut rentak irama. 

"Bwarghhh!!!" Kaki terus melompat di hadapan Haidi. Mata Haidi terbuka luas-luas.

Lelaki itu mengusap dada.  Sudahlah tadi tengah berangan. Mahu tak leka dia dibuai lamunanannya tadi. Terkejut juga dia dengan kemunculan tiba-tiba Nuha. 

Senyuman Nuha dibalas dengan senyuman juga. Mereka berjalan beriringan sebelum mula melajukan langkah masing-masing. 

"Nuha dah buat keputusan." Nuha memecah kesunyian antara mereka berdua. Nafas di kawal baik. 

Mata Haidi merenung wajahnya sekilas. 

"Nuha mahu lupakan Ghazi." 

Langkah Haidi semakin perlahan. Apabila dia semakin ketinggalan, Nuha juga memperlahankan langkah. 

"Kenapa tiba-tiba sahaja?" Haidi membuka mulut. Dia tidak tahu wajarkah untuk dia bertanya, tetapi rasa ingin tahunya tidak dapat ditahan. 

Air botol yang dibawa ditangan sudah diteguk entah kali ke berapa. Helaan panjang dilepaskan. Kali ini dia meregangkan badan pula sambil berjalan perlahan berdua. 

"I rely on him too much. Dan Ghazi ada hidupnya sendiri." Walaupun sakit, dia harus terima kenyataan ini. 

Segala janji dan kata-kata Ghazi dulu harus dibuang dari fikirannya. Dia tidak sepatutnya mengikat kaki lelaki itu. 

"Rely on him? What do you mean?" Kaki Haidi sudah berhenti sepenuhnya. 

Wajah Haidi dipandang lama. Dia percaya pada Haidi tetapi bukan masanya untuk dia memberitahu kepada sesiapa. Kaki dibawa mendekati lelaki itu. 

"Ada lah. Tak boleh beritahu Haidi." Lidah dijelir. Kaki mengorak langkah meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga.

"Hei! Tak adil! Kalau nak cerita, cerita lah sampai habis. Nuna!"

Mata Nuha terkelip-kelip memandang Haidi. Haidi masih ingat nama timangannya yang sudah lama tidak digunakan. Ei! 

"Janganlah. Kelakar lah nama tu." Mata memberi amaran keras kepada Haidi. 

Haidi berlari anak mendapatkannya. Dia menjelir lidah dan berlari meninggalkan Nuha di belakang.

"Eddy!" Nuha turut menjerit nama timangan Haidi. Kaki mengejar Haidi dari belakang sambil tangannya cuba mencapai lelaki itu.

•••

Topi dan jacket berwarna oren itu terletak cantik ditubuhnya. Penutup muka disangkut ke telinga. Rambut hadapannya pula disepit ke belakang.

Tong sampah beroda ditarik keluar dari dalam setor. Mulutnya ramah bertegur sapa dengan pekerja dan tukang cuci yang melepasinya.

Pintu lift terbuka di tingkat 11. Dia menjalankan tugasnya. Membersihkan tingkat tersebut. Mata terus memerhati sesiapa saja yang keluar masuk dari pintu lift. 

Kaki mengekori sosok berkot warna kelabu dengan beg bimbit ditangan apabila dia yakin tiada manusia lain selain mereka berdua. 

"Silakan, Encik Ghazi."ujar si lelaki. Pintu bilik ditolak. Lelaki itu masuk terlebih dahulu. 

Ghazi membuka topi dan jaket oren dibadan. Dia duduk bersilang kaki di atas sofa. Topi mengipas wajah.

"Ini apa yang encik Ghazi minta, tapi.." 

"Tapi apa?"

"Susah saya mahu terangkan. Encik tengok dulu dan tanya saya apa-apa yang encik mahu tahu." Lelaki bernama Razin itu bangun menuju ke mejanya. Dia mengambil sesuatu dari bawah meja. 

Sekeping kad di hulur kepada Ghazi. 

Ghazi leka membaca laporan tahunan yang baru diberi oleh Razin. Matanya memerhati setiap aliran keluar masuk duit syarikat tersebut selama beberapa tahun. Kening berkerut. Mata kembali memandang Razin. 

"Bukti? Aku nak bukti semua keluar masuk tunai ni. Semua sekali." Tangannya meminta. 

Razin mengeluh. 

"Itu masalahnya. Semua ini confidential, hanya boleh dapat dari jabatan kira-kira dan tidak semua orang punya access untuk sesukahati minta apa-apa dari jabatan  kewangan kita." Jelas Razin. 

"Tapi aku kan bakal." 

Razin menggeleng kepala. Walaupun dia ditugaskan untuk menjaga hak Ghazi didalam Saven, tetapi dia tidak berdaya juga mahu berlawan dengan majoriti. 

Laporan tahunan setebal buku sejarah sekolah menengahnya itu di campak ke atas meja kopi. Dia tidak puas hati. 

Kalau begini punya laporan, adik dia pun boleh kelentong. Ini menipu terang-terangan namanya. Bukankah Saven mengamalkan dasar transparency kepada semua penderma dan pemegang saham samada kecil atau pun besar. Transparency apa benda ni! Semua pun tidak tahu mana sumbernya..Digit saja panjang berjela. 

Setakat taip, dia pun boleh buat. Kenapa tidak compile sekali bukti event, charity, semua derma-derma yang Saven sudah keluarkan. Satu pun tak ada. Yang dia nampak cuma digit.

"Macam mana aku nak dapat access ke semua jabatan?" Dia memandang ke luar tingkap. 

Tidak pernah dia berangan mahu duduk di bilik begini dan di tingkat sebegini tinggi. Apalah yang menarik tentang menjadi kaya, dia pun tidak faham. 

Razin tersenyum. 

"Encik kena ambil tempat Encik didalam Saven. Mengikut kepada jumlah saham dan juga surat kuasa yang di berikan oleh Encik Irham kepada Encik Ghazi, Encik berhak menentukan hala tuju Saven selepas ini dan tiada sesiapa boleh membantah." 

Kening Ghazi terangkat. 

"Hm.. Kalau aku tutup Saven ni pun boleh kan?" 

Razin mengangguk. Saham milikan Ghazi termasuk jumlah dividen tertunggak yang tidak pernah di-claim selama ini, Ghazi sudah boleh beli Saven. Bukan semata runtuhkan Saven, tetapi jumlah duit yang banyak ini Ghazi boleh bina 2 lagi syarikat sebesar Saven. 

Razin menyerahkan pula segala laporan penyata saham dan dividen Ghazi setelah bertahun-tahun ditinggal sepi. 

Ghazi memandang wajah Razin seperti tidak percaya. Air liur diteguk. Kalau begini punya banyak, dia tak perlu bekerja seumur hidup nampaknya. Kalau hartanya ini perlu di iktiraf, dia sudah boleh digelar billionaire. 

Kepala berkira-kira pula jumlah cukai yang tertunggak.

"Ada cukai tertunggak tak ni?" Soalnya kepada Razin. 

Razin menggeleng. Semua cukai sudah dia jelaskan sepanjang tempoh dia memegang amanah ini. Malah, gajinya juga sudah langsai setiap bulan. Ghazi boleh gunakan duit tersebut tanpa perlu risau akan apa-apa. 

Ghazi buntu. Dia tidak nampak relevannya dia untuk mengambil walau se-sen duit tersebut. Bukan hasil usahanya!

Mungkin dia patut simpan untuk kegunaan adik-beradiknya nanti.

"Dividen ini semua kau iktiraf atas nama aku lah ya?" Dia tidak berani mahu melihat penyata cukai pendapatannya nanti. Aduh. 

Razin mengangguk yakin lagi. Dia mula mengeluarkan penyata cukai yang selama ini sudah dibayar bagi pihak Ghazi.

Mata meneliti dokumen huluran Razin. 

Mak aih! Kalau begini punya banyak lah contribution aku kepada negara, dah boleh panggil aku Dato'Amir dah ni. 

Gelak putus-putus kedengaran dari mulutnya. Dia rasa bagai mimpi sahaja semua yang berlaku ini. Dalam diam, mama dan ayah punya harta sebegini banyak? Buat apa susah payah jaga lembu kambing, buka resort, jual getah semua kalau sudah ada duit berlambak begini.

Kalau dia tahu, dari awal lagi dia tak tolong ayah toreh getah. Baik duduk membuta menikmati duit dividen ini saja. 

"Okaylah. Biar aku fikirkan dulu. Buat masa sekarang, kau boleh teruskan kerja kau. Thanks for all your effort." Topi oren disarung semula ke kepala. 

Razin menunduk hormat padanya. 

•••

Kaki ditekan-tekan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Bagaimanalah dia boleh tersepak batu pula semasa berlari tadi. 

Haidi datang dengan sebotol air sejuk. Dia mencangkung di depan Nuha dan meletakkan botol air sejuk itu di tempat yang sudah membengkak.

"Sakit tak?" Tangan menyentuh kaki si gadis dengan lembut dan perlahan. 

Nuha menggeleng. Macam pernah dia lihat scene begini, tetapi dimana ya?

"Nanti kita pergi klinik." Ujar Haidi. Keningnya berkerut melihat bengkak yang sudah semakin gelap di kaki halus itu. 

Bibirnya tergelak kecil.

"Oh! Eddy gelakkan orang ya?" 

"Tak. Kelakar pula rasa. Tengok ni, kaki Nuha dah besar sebelah." 

Bengkak di kaki dilihat. Memang nampak teruk juga ni. Tetapi kenapa dia tak rasa sakit lagi. Tangan Haidi terus memusing-memusingkan botol air sejuk di kakinya walaupun dia juga tidak pasti benar atau tidak cara Haidi itu. 

Kalau dengan Ghazi, sudah dipatahkan kakinya ini. Erk? Kenapa aku masih fikirkan dia tu. Ew..

Nuha termenung memandang tasik. 

"You've changed." Suara Haidi menampar telinga. Mata mencari penjelasan daripada Haidi yang sudah melabuhkan ounggung disebelahnya.

"Nuha dah banyak berubah. Tidak macam masa kita kecil. Nuha seorang yang ceria, suka bercerita, suka berkongsi, suka ketawa, berani dan yakin diri.. Tetapi Nuha yang sekarang lebih berdiam diri, menyendiri, berahsia, suka termenung.." 

Nuha tergelak. Iya kah? Dia langsung tidak perasan yang dia sudah berubah. 

"What's on your mind? Ada apa-apa yang merunsingkan Nuha ke? Eddy tahu Eddy tak layak untuk bertanya."

Tangan Haidi dicapai. Dia tidak pernah langsung merasa Haidi menyibuk atau apa. Malah, dia menghargai kehadiran Haidi.

Birai mata Nuha mula penuh. Mata Haidi membuntang. Siren ambulan di dalam kepala berbunyi. 

Alert! Alert! Tisu! Tisu! 

"Kejap. Haidi carikan tisu untuk Nuha." Kaki memecut sekuat hati ke arah gerai kecil di hujung taman. 

Nuha menahan airmata. Dia benci apabila mengenangkan masa silam namun sekarang ini bertambah lagi kenangan pahit yang mahu dia lupa. Ghazi. Dia mahu lupakan Ghazi. Hatinya begitu terluka. 

Suasana di taman bertasik itu semakin sunyi. Ramai yang sudah pulang. Malah, tempat dia dan Haidi duduk bersantai ini juga sudah semakin sepi. Kalau tadi, penuh dengan keluarga yang menebar tikar dan kain rentang.

Sentuhan di bahu mengejutkannya. 

"Eddy! Ja.." 

Nafas Nuha tersekat. Mata tidak berkerdip. Tangannya menggigil tanpa dia sedar. Seakan tubuhnya mengenali sosok di hadapan ini. 

Jari si lelaki menyuruh dia untuk diam. Lelaki bertopeng itu duduk menghadap Nuha. Tangan halus Nuha digenggam dan diusap. 

Nuha kaku. Hatinya menjerit berdoa semoga ada orang lalu dikawasan yang agak tersorok ini. Pandangannya kabur. 

Kepala lelaki bertopeng itu disembam ke leher jinjangnya. Automatik seluruh tubuhnya menggigil ketakutan apabila nafas si lelaki menghembus ke leher. 

"You're beautiful, sayang.." Tangan Nuha digenggam kuat. Dia melepaskan giannya terhadap bauan tubuh si gadis. 

"Woi!" Suara garau memecah hening di antara mereka. Serta merta lelaki bertopeng itu jatuh terjelopok. 

Tangan Nuha ditarik supaya menjauh. Mata mendongak memandang wajah si penyelamat. 

"Ghazi..?" Ujarnya dengar tidak dengar. 

Sosok di hadapannya tidak ubah seperti Ghazi.

Lelaki itu mahu berlari mengejar si penjahat namun tangan Nuha mencengkam lengannya, kuat. Kaki nya lemah kerana terkejut. 

"Nuha? Are you okay?" Pipi Nuha disentuh. Dia mencangkung menghadap Nuha yang sudah jatuh terjelopok.

Penglihatan yang kabur semakin jelas semula. Bibir tersenyum. Ghazi datang menyelamatkannya. 

Mata terpejam.

"Nuha?" Pipi Nuha ditepuk pula kalini apabila tiada respon positif dari si gadis. Hatinya diulit rasa risau.

Sebaik saja tersedar, mata diarah semula ke wajah lelaki itu. Senyumannya hilang. Wajah Ghazi tadi sudah berubah ke wajah Haidi. Sosok kabur tadi adalah Haidi, bukan Ghazi.

Airmata tumpah.

Hati menyumpah diri sendiri.

Tangan Haidi dipegang, erat se-eratnya. Menahan rasa marah kepada diri sendiri.

"Haidi.. Saya rasa hati saya menipu diri sendiri." Airmata yang mengalir di pipi diseka oleh jari Haidi.

Haidi memandang dengan pandangan yang lembut. Dia fokus kepada Nuha.

Helaan nafas Nuha kuat. Perlahan-lahan bibir merah itu terbuka.

"Saya.. Nu.  Nuha tak cintakan Ghazi."

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience