BAB 5

Romance Series 18773

Apron Ghazi masukkan ke dalam mesin basuh kecil yang tersedia di satu sudut di dapur kafe. Baju kemeja putih yang menjadi baju uniform kerja nya itu di buka dan memasukkan ia ke dalam beg galas. 

Ghazi bawa keluar baju T-shirt yang dibawa dari rumah. Tidak selesa memakai baju yang sudah berbau dan penuh dengan peluh ini. Apalagi sebentar lagi dia perlu menapak ke stesen LRT Bintang yang jaraknya boleh tahan jauh juga.

Jam ditangan di lihat. Dalam 45minit lagi baru selesai proses membasuh apron ni.

'Aha. Baik aku sumbat je baju kemeja aku sekali. Jimat tenaga. Balik boleh terus tidur. Bernas. Bernas.'

Ghazi campak baju putih tadi masuk kedalam mesin sebelum menekan punat 'mula'. 

Joseph mengemas dan menterbalikkan kerusi kafe ke atas meja manakala Jerry dan kawan dapur yang lain sibuk mengemop lantai dan mencuci utensil. Kerja dia? Tunggu apron siap basuh. 

"Hai Lily." Sapanya mesra. Senyuman tak lekang di bibir. Entah lah kenapa dia begitu mudah mahu bermanis muka dengan Lily. Mungkin sebab Lily baik kut. 

Pipi Lily memerah apabila wajah Ghazi merapat ke wajahnya. Tiba tiba Lily jadi tergagap-gagap membalas sapaan lelaki itu. 

Ghazi memandang hairan.

"Erm.. Erm.. Ghazi." Lily memandang ke bawah. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis cina itu. Hujung rambutnya yang melepasi bahu itu dimain-main dengan jari. 

Ghazi hanya menanti dengan sabar ayatnya yang seterusnya sambil memerhati Joseph dan Ban berdalih dalih akan siapa yang perlu mengemas bahagian sana dan sini. Macam budak-budak.

Sesekali dia ketawa kecil melihat gelagat mereka.

"Betul ke.. Erm. Ghazi bercinta dengan cik Nuha?" 

Erk!

Rasa mahu tercekik saja mendengarkan pertanyaan Lily. Ini mana dia tahu ni?

Ghazi ketawa besar. Lucu pula rasa.

"Mana ada lah. Nuha tu yang memandai-mandai. You jangan mudah percaya sangat cakap dia." 

Lagipun Nuha tu bukan taste aku. Aku tak suka perempuan manja. Susah.. 

"Ghazi nak Lily tumpang kan Ghazi sampai rumah tak hari ini?" Tawar Lily. Dia suka menumpang kan Ghazi pulang. 

Kalau pulang bersama, Ghazi yang akan menunggang, dan dia hanya membonceng di belakang. Itu saja sudah cukup bagi melampiaskan rasa cintanya. 

Ghazi menggeleng. Hari ini rancangnya dia mahu berjalan kaki dan menaiki lrt sahaja. 

Sengaja mahu lihat keindahan malam di kota raya ini. Lagipun esok dia off-day jadi dia mahu manfaatkan malam ini dengan selama mungkin. Hijjaz pun mungkin tidak pulang. Sibuk dengan teman wanitanya. 

Lily hanya tersenyum. Faham tetapi pada masa yang sama dia berasa sedikit kecewa. Terlepaslah peluang dia mahu berduaan dengan Ghazi. 

Ghazi berlalu ke luar bagi melepaskan giannya mahu merokok. Kotak rokok dikeluarkan. 

Dia mengetuk perlahan kotak tersebut sehingga keluar beberapa batang rokok darinya. Dia menarik salah satu dan memasukkan semula kotak tersebut ke poket belakang seluar. Pemetik api dinyalakan. Sekejap saja hujung rokok sudah menyala. Tidak sampai seminit pun, asap sudah berkepul keluar dari mulutnya. 

Kereta Mr Zack berhenti betul-betul di hadapannya. Keadaan di luar kedai juga sudang lengang. Tidak sesak seperti di hari siang. 

Ghazi membongkok kan badan sedikit sehingga dapat melihat wajah Mr Zack di dalam kereta. 

"Ghaz. You tolong ikut I kejap?" pinta Mr Zack. Wajahnya jelas terdesak. Entah apa yang merisaukannya. 

Ghazi terpinga-pinga. Dia tidak pasti samada dia perlu menurut atau tidak. Walaupun Mr Zack ini bos-nya tapi dia tidak percaya kan lelaki ini. 

Rayuan Mr Zack buat dia lembut hati. Nampaknya lelaki ini betul betul terdesak. Sekejap-sekejap lelaki itu memandang jam ditangan. 

Setelah puas berfikir, dia mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung kerusi penumpang selepas dia memberitahu kepada Lily sebab kepergiannya. 

Mr Zack memecut laju meninggalkan Kafe-nya. 

"I am so sorry, Ghazi sebab minta you tolong I. Tapi I betul-betul terdesak." ujarnya dengan serba salah. 

Nasib lah Ghazi sudah berdiri di luar tadi. Tidak perlu dia bersusah payah parking kereta dan memanggil lelaki itu. 

Terkejut beruk dia selepas membuka peti simpanan telefon tadi selepas habis bermesyuarat. Tak guna betul! 

Ali ni sudah hilang pun masih menyusahkan dia. Hilangkan lah sekali jejak semuanya!

Ghazi menggeleng. Dia malas mahu menjawab lebih lebih. Dia ikut saja asalkan jangan bawa dia ke tempat pelik-pelik sudah kalau tidak mahu masuk emergency room. 

Setengah jam perjalanan juga baru mereka sampai ke destinasi setelah menempuhi trafik dan lain lain. 

Kereta Audi itu berhenti di hadapan sebuah rumah agam yang besar dan mewah. 

"Ah. Sekarang ni you masuk je. Cakap I bawa you datang sini. Don't worry. Takde apa pun dalam tu. Nanti maid lead you to where you supposed to go."

Mata terbeliak memandang rumah agam tersebut tidak berkerdip. Gila besar! 

Bapak lah! Dah macam White House besarnya aku tengok. Siapa yang duduk rumah besar gedabak macam ni. 

Pintu kereta Mr Zack di tutup. Kereta lelaki itu meluncur pergi dari situ. 

Langkah dihayun mendekati pintu masuk. Belum sempat tangan mengetuk, pintu sudah terbuka. 

"Aaa.. Mr Zack hantar saya?" Tak pandai lah dia mahu bercakap formal. Cakap bahasa pasar sajalah. 

"Oh ya. Masuklah." Kata pembantu rumah tersebut. Kaki mengekori langkah pembantu rumah dari belakang. 

Sungguh dia kagum dengan seni dalaman rumah ini. Kalau rumah mama di kampung lebih kepada hiasan reka sendiri dengan tema bercampur baur, rumah ini pula sebaliknya. 

Semua dalam keadaan yang sangat teratur dan kemas. Tema british yang cantik. Kalau pemilik rumah ini dengan mama berkolaberasi, mesti sampai masuk mahkamah sebab tak sependapat. Haha! 

Meja saja terbina dari kaca yang aku kira mungkin sangat mahal dan berjenama. Kerusi apa lah lagi. Dihiasi zamrud pada bingkai kerusi dan meja. Gila punya lawa! 

Kami mendaki tangga ke tingkat atas. 

Pembantu membuka salah satu pintu didalam rumah tersebut. Dia menjenguk kedalam sambil berkata sesuatu. Selepas itu dia menyuruh Ghazi untuk masuk dan tunggu di dalam.

Hati serta merta jadi berdebar-debar. Siapa aje lah yang perlu aku jumpa ini.

Ghazi melangkah dengan tenang. Wajah tidak beriak. Dalam penuh debaran, dia tertanya-tanya juga siapa gerangan yang memanggil nya ke sini.

Pasti orang besar. Apa pula yang dia mahu dari aku? 

Mata memandang sekeliling. Ruang belajar yang dia kira sangat mewah. Terlalu mewah! 

Mata bersinar sinar melihat deretan buku di rak buku terbesar tidak pernah dia lihat. Betul-betul bergaya british. Gila betul. 

'Kalau aku dapat membaca disini, mahu bertahun aku tidak keluar rumah. Koleksi bukunya banyak betul!'

"Ehem." Suara seseorang berdehem meminta perhatian Ghazi yang sedari tadi hanya menatap rak bukunya. 

Ghazi tersedar dan laju memalingkan badannya ke belakang. Menghadap kepada empunya suara. 

Sangkaan hebatnya dia mati di situ. Nuha. Lagi! 

Baru berangan jumpa Duta negara bristish ke apa ke. Rupanya budak ni! Halah.

Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Inikah manusia yang dia perlu jumpa? Kalau camni, baik tunggu kat kedai je. Sah-sah Nuha yang datang jumpa aku nanti. 

Nuha menghampiri nya. Sakit mata dia melihat penampilan Nuha. Sudah macam bukan orang islam. Pakaian di dalam rumah lebih teruk dari diluar rumah. Ketat sana sini menonjolkan aset-aset dunia di tubuh nya. 

Ghazi cuba mengalihkan mata dari melihat apa yang tidak patut dia lihat. Struggle betul! 

Nuha duduk bersilang kaki di atas sofa empuk di hadapan ku. Dia menyuruh dia duduk tapi Ghazi menolak. 

Kalau dia duduk, dia akan dapat melihat dengan jelas seluar dalamnya dan susahkan diri sendiri nanti. No thanks. 

Ingat mudah ke jadi lelaki kalau tidak tahu menahan diri. Aku tak mahu aku terkam dia pula sikit hari. Moga di jauh kan. 

"Ha. Apa kau nak?" Soalnya dengan tegas. 

Hilang terus rasa hormat kepada pemilik rumah masa masuk tadi. Haiya. Patutlah poyo kerek semua minah ni. Anak orang kaya yang kaya gila-gila rupanya. 

Nuha buat muka naif nya sambil tersenyum. Kedua lesung pipitnya nampak lebih dalam pula kali ini. 

"Awak kan boifren saya. Salah ke saya nak jumpa awak." Suaranya jelas teruja. Dia memberanikan diri menentang mata Ghazi walaupun jantungnya terasa mahu melompat keluar. Lelaki ini apa saja yang dia buat, pasti Nuha Irdina jatuh cinta!

Marah pun hensem. 

Biar betul perempuan ni! Tidak habis lagi ke lakonan Nuha ni.

Ghazi menggosok-gosok kepalanya sampai kusut masai rambut. Betul punya sakit kepalanya kalau melayan si Nuha ni. 

"Kau ni. Boleh tak hentikan saja semua lakonan ni. Aku tak mahu masuk campur lah." Jawabnya setenang mungkin. Helaan nafas yang panjang dilepaskan. 

Kalau dia mahu lari dari Nuha, dia harus buat gadis ini berputus asa dengan sendirinya. Selalunya begitulah. Perempuan hanya akan berputus asa kalau tidak dilayan. 

Nuha menggeleng. Mana ada dia main main. Berlakon apatah lagi. Dia memang serius sukakan Ghazi.

Ghazi melopong mendengarkan kata kata cinta dari Nuha. Berani tapi tidak kena pada tempatnya. Kepala digeleng.

"Kau ni. Cuba lah fikir pakai otak, jangan pakai lutut. Untuk sekali aje aku minta, kau fikir pakai otak." 

Ghazi menyambung. 

".. Tengok sekeliling kau. Tengok jenama baju kau. Tengok aku. Kau nampak kan hidup aku dengan kau ni berbeza macam langit dengan bumi. Jangan jadi bodoh sukakan orang yang tak boleh terbang sama tinggi dengan kau." 

Nuha berfikir sejenak. Jujurnya dia tidak kisah akan semua itu. Dia sukakan Ghazi kerana Ghazi.

"Kalau macamtu, saya akan jadikan awak boleh terbang sama tinggi dengan saya." 

Memang dia boleh buat begitu kalau dia mahu dan kalau Ghazi mahu. Ghazi boleh gunakan pengaruhnya. Dia tidak kisah. Ghazi tidak perlu lagi bekerja dibawah Zack sebagi kuli. Ghazi boleh jadi lebih tinggi dari Zack kalau dia mahu. 

Ghazi melonggarkan urat urat dibahunya yang dari tadi keras. Keras sebab geram dengan tindakan Nuha ini. 

Dia membuang pandang ke luar tingkap. Taman yang tersergam indah dengan air pancut yang tidak pernah seumur hidupnya dia lihat. 

"Kau ingat aku pandang semua ni?" Memang dia tidak pandang. Dia dididik tidak mencintai harta. Dia dididik mencintai manusia. Empati dan simpati. Bukan mengejar status dan harta apalagi mahu duduk di tangga teratas dunia. 

Selama ini impian rumah tangga yang dia impikan hanyalah kehidupan sederhana seperti yang Ayah dan Mama bina. Bukan seperti apa yang Nuha tawarkan padanya ini. 

Nuha hanya mendiamkan diri. 

Diumur dia yang sudah mencecah 25tahun ini, memang wajar dia memikirkan tentang mencari isteri dan membina rumah tangga. Tapi dia pelik. Apa yang dilihat Nuha pada dirinya. Dia tidak pernah melayan gadis ini dengan baik. Apa Nuha ni kaki tangkap muat saja ke mana mana lelaki yang ada? 

Dengan kecantikannya, dia mampu memilih mana mana lelaki yang dia mahu. Kenapalah lelaki seperti dia juga Nuha pilih. Rugi betul! 

Ligat kepala otak Ghazi berfikir akan cara bagaimana dia mahu mengubah pendirian gadis di hadapannya ini. Nuha betul betul tekad! 

Pranggg! 

Bunyi bising yang tiba-tiba memenuhi ruang rumah tersebut. Automatik kepala berpusing memandang ke arah pintu. Terkejut dengan bunyi tersebut pada masanya dia jadi tertanya-tanya. 

Matanya kembali ke arah Nuha untuk mendapatkan kepastian. Nuha hanya menundukkan wajah. Tubuhnya kejang.

"Weh, bunyi apa tu?" Soalnya. Dia mendekati Nuha. 

Baru sahaja dia mahu menyentuh bahu gadis itu, matanya fokus ke tangan halus kecil Nuha yang terketar-ketar. Tangannya digenggam kuat. 

Ghazi cuba mencari mata si gadis yang selalunya terlihat naif dan ceria. Tetapi tidak berjaya. 

"Jom." dia jadi risau pula apabila bunyi yang sama berterusan kedengaran ke serata rumah. Pembantu rumah semuanya hanya buat tidak tahu dan meneruskan tugas mereka. 

Nuha masih kaku. Dia menggeleng kepala. Ghazi menghela nafas perlahan. Tangan Nuha ditarik supaya mengikutinya.

Dia mengikuti arah bunyi bising tersebut. Semakin mereka hampir, semakin kuat bunyi hentakan barang barang kaca ke lantai ditambah pula bunyi seseorang sedang marah dan menjerit-jerit. 

Dari berjalan, Ghazi berlari lari anak menuju ke arah bilik yang dia pasti adalah tempat dari mana datangnya bunyi yang tidak menyenang kan itu. 

Matanya menangkap dua susuk tubuh yang sedang bertelingkah. Seorang wanita separuh umur sudah terjelopok diatas lantai manakala seorang lagi terhuyung hayang mengambil hiasan kaca yang tersusun di atas kabinet. Tangan lelaki itu sudah berdarah darah akibat dari serpihan serpihan kaca yang berserakan dilantai. 

Ghazi cepat cepat masuk ke dalam apabila lelaki tua tersebut mula mahu membaling hiasan kaca ditangannya ke lantai. Dia risau kalau wanita tua dihadapannya terkena tempias kaca yang dilemparnya nanti. 

Nuha hanya kaku diluar pintu. 

Tangan lelaki tua itu dicengkam kuat. Wajahnya memerah. Mata juga tidak seperti seorang manusia. Ghazi mengunci kedua tangan lelaki tua itu apabila lelaki itu cuba melawan cengkaman tangannya. 

Jari Ghazi menetak satu point penting dibelakang tengkuk si pemabuk. Badannya terus terkulai layu jatuh ke lantai. 

Tubuh Ghazi menegak semula. Mata mencari anak mata Nuha. Wanita tua yang tadi terjelopok di lantai terus mendapatkan anak perempuannya. 

"Sorry. Tapi jangan risau. Ayah kau tidur je."  Ujarnya. Dia jadi serba salah pula apabila terpaksa menyelitkan diri dalam masalah keluarga orang lain. helaan nafas dilepaskan. 

Beberapa orang pembantu rumah berpusu pusu datang apabila Datin Zarina menjerit memanggil mereka  dan membantu Ghazi mendukung suaminga itu naik ke atas katil.

Nuha memandang kosong kearah lelaki yang sudah berjasa itu. Banyak persoalan yang terbit dalam dirinya tapi tidak terkeluar. Dia rasa sangat bersyukur kerana Ghazi disini. 

•••

Segelas air oren di letakkan dihadapan Ghazi. Datin Zarina menjemputnya minum. Wanita itu dari tadi tidak berhenti senyum. 

Ghazi membalas dengan senyuman juga walaupun merasa pelik dengan aksi mereka berdua sekarang ini.

Gelas itu diangkat  kebibir. Memang dia tengah haus pun. Tadi merokok, belum setitik air dia minum. Tekak nya kering ditambah pula membebel pada Nuha tadi di bilik bacaan. Haih. 

Habis segelas air diteguk, pembantu rumah mengisi penuh semula gelasnya. Dia hanya mengucapkan terima kasih. 

Diorang ni nak buat aku terkencing ke apa. Sudah-sudahlah tuang tu. 

"Dah lama Ghazi kenal Nuha?" Datin Zarina mengajukan persoalan yang berlegar legar di kepalanya. Senang dia melihat adab lelaki bernama Amir Ghazi ini. 

Dia merasa cukup terhutang budi kepada anak teruna ini, sudi datang mempertahankannya tadi. Pada masa yang sama dia malu pada anak ini kerana terpaksa melihat keperitan hidup di dalam rumah agam mereka.

Ghazi mengangkat kening. Dia tidak tahu mahu jawab bagaimana. Lama? Adalah kut dalam beberapa jam.

Ghazi ketawa kecil. Buang masa saja dia menipu. Jujur lebih mudah. 

"Baru harini, Datin. Tadi baru saya kenal Nuha ni." Tiada masa dia mahu berformal formal. Kalau dia boleh panggil makcik, dia panggil makcik aje. Tapi tidak elok pula budi bahasa. Dah orang ni berpangkat, buatlah cara dia berpangkat orangnya. 

Datin Zarina tergelak. Dia selesa dengan penerimaan Ghazi. Selalunya orang lain akan meletakkan benteng antara dia dan mereka kerana status keluarga dia lebih tinggi. Tidak kurang juga yang mengambil hati. Kadang memuji-muji anaknya kalau melibatkan Nuha. Tapi Ghazi ini selamba sahaja. Macam tidak kisah langsung.

"Iye? Macam mana boleh sampai ke rumah makcik ni?" Datin Zarina jadi ingin tahu. Dia mula meruntuhkan benteng status antara dia dan Ghazi. Belum pernah Nuha membawa mana mana lelaki datang ke rumah sebelum ini. Malah setahu nya, anak itu tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau setakat kawan dari kecil itu ada lah.

Ghazi hanya tersenyum. 

Apasal perangai mak sikit punya rendah diri, tapi perangai Nuha kerek nak mampus. Fuh. Nuha ni banyak tengok drama orang kaya lah kut ni. Tu melekat perangai orang kaya dalam drama.

"Entahlah Makcik. Tiba tiba dia panggil saya kesini. Saya pun baru nak tanya dia ni kenapa saya dekat sini." Air didalam gelas dihirup lagi tetapi cepat-cepat dia hentikan tindakan pembantu rumah yang mahu memenuhkan semula air di dalam gelas. 

"Tak apa.. Tak apa. Nanti saya nak, saya tuang sendiri." Jug air di tangan pembantu sudah beralih tangan. 

Jug itu diletakkan di atas meja kopi serba mewah dihadapannya. Jadi tidak selesa apabila pembantu rumah mereka ini terpacak di sebelahnya menunggu gelas kosong lagi. Baik pergi buat kerja lain. Tido ke apa ke. 

"Biarlah diorang buat kerja diorang. Awak duduk minum jelah." Sampuk Nuha yang baru turun dari tingkas atas. 

Rambut yang basah dilap dengan tuala putih bersih di bahu. Bajunya sudah ditukar. Tapi masih seksi. Astaga.

Nuha mengambil tempat disebelah Mummynya. Lengan mummy dipeluk. Manja. 

Ghazi memandang Nuha dengan riak wajah yang busuk. Mengada! 

Aku pun boleh manja manja dengan mama aku lah.

"Bukan apa. Saya ni selalu kalau nak minum, tuang sendiri. Nak makan senduk sendiri, makcik. Segan saya kalau orang tuang untuk saya ni." Jawabnya dengan sopan. Pada masa yang sama dia merenung Nuha tajam. 

Nuha menjelir lidah. 

Melihat perlakuan tidak berdab anak daranya, satu cubitan hinggap di peha gadis itu. 

"Ghazi ni boifren Nuha, mummy." jelasnya bagi menjawab pertanyaan mummy  tadi sambil menggosok gosok kesan cubitan dengan sengihan di wajah. 

Mata Ghazi mencerlung memandang Nuha. Kerut kerut di keningnya kelihatan. 

Wah! Sedap betul perempuan ni berkata kata. Syok sendiri betul. 

"Yeke? Mama dah agak. Nuha dengan Ghazi ni mesti ada apa apa." Datin Zarina berkata dengan teruja. Mata wanita tua itu bersinar sinar. 

Ghazi mengeluh. Belum sempat dia mempertahankan diri, Datin Zarina sudah mendahului. Ini lah kut perangai mendesak Nuha datang. Dari mak nya. Aiyo. 

Datin Zarina sudah mula merancang bermacam macam berkenaan hubungan dia dan Nuha. Dia sudah jadi tidak senang duduk. 

"Tunggu kejap, makcik. Saya rasa makcik belum kenal saya betul betul. Saya ni dengan keluarga makcik, tak setaraf. Apalagi mahu berdamping dengan anak makcik. Nuha layak dapat lelaki yang lebih baik dari saya." Ghazi cuba membetulkan fakta. 

Dia akan rasa serba salah kalau dia tidak membetulkannya sekarang. Apalagi Datin Zarina nampaknya begitu rancak merancang yang bukan-bukan.

Nuha memasam kan muka. Dari tadi isu tidak sama taraf ini yang diungkit oleh Ghazi. Dia tak pandang langsung Ghazi dari sudut itu. Dia hanya mahu Ghazi saja. 

Datin Zarina memandang wajah Nuha. melihatkan kesungguhan anak dara itu, Dia tahu anaknya memang tekad mahukan lelaki ini. Belum pernah Nuha berkeras begini mengenai lelaki. Apalagi berani menyatakan hubungan mereka. 

Datin Zarina tersenyum. Dia juga sebenarnya tidak kisah. Miskin atau kaya itu bukan penentu kebahagiaan. Lagipun apa susah. Kalau Ghazi mahu, mereka boleh beri Ghazi peluang menjadi seseorang di mata dunia. Hal ini hal mudah bagi keluarga berpengaruh seperti mereka. 

Ghazi mati akal. .

Ya Tuhan! Memang melekat teruk didikan mak ayah Nuha pada anak sendiri. Apa yang ditawar Nuha padanya sebentar tadi berulang semula. Ayat yang sama, motif yang sama. Aduhai. 

"Apa kata Ghazi dan Nuha kenal hati budi masing masing dulu. Kalau serasi, baru ke fasa seterusnya. Kalau tak serasi, makcik faham. Lagipun makcik senang hati kalau Ghazi lah orang yang bersama Nuha selalu." 

Ah Sudah.. 

Ghazi hanya mengangguk bagi menjaga hati. Memang akan dia basuh si Nuha ni habis habis nanti. Apalah dosa dia ditimpa bala sebesar ini. 

Dia memandang jam di tangan. Sedar tak sedar, jarum jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dia sendiri terkejut. Tidak sangka sudah lama begini dia di rumah Nuha. dah macam tak ada rumah sendiri ya kau, Ghazi. 

Dahi ditepuk. Malu pula dia minum-minum sampai lupa diri. 

Ghazi bangun dan  meminta diri untuk pulang. Tidak baik berlama lama di rumah orang. Malam malam pula tu. Mengganggu aje. 

Dia mengucapkan terima kasih apabila Datin Zarina dan Nuha menghantarnya sampai ke pintu. Sempat lagi dia menolak tawaran mereka untuk menyuruh pemandu mereka menghantarnya ke rumah. Sudah lah dia beban kan mereka dengan terpaksa melayan kedatangannya, tak akan lah pulang pun mahu berhantar. Malu lah. 

"Jumpa awak esok." Nuha mengingatkan. 

Ghazi melemparkan senyuman tak ikhlas kepadanya. Mampus lo!

 Siapa nak jumpa kau. Haih. 

Nuha buat buat tak faham. 

"Saya balik dulu, makcik." 

Datin Zarina mengangguk. 

"Nuha.. Pakai elok sikit. Aku balik dulu." Sempat dia menegur pemakaiannya didepan mak dia sendiri.

Ah! Tak peduli lah. Kalau mak dia tak berkenan dengan aku, lagi aku suka. 

Nuha muncung. Dia lihat pemakaiannya dia cermin kereta yang terparking di hadapan pintu. Okay je! Semua orang pun pakai macam ni! 

Datin Zarina tersenyum mendengarkan teguran Ghazi. Padan muka kena tegur! 

Selama ni penat mulutnya membebel, anak ini buat tidak faham saja. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience