BAB 12

Romance Series 18757

DERUMAN bunyi hujan diluar tingkap sedikit sebanyak dapat ditangkap oleh telinga Ghazi. Dahinya berpeluh-peluh menahan tolakan kuat di dadanya. Matanya tidak dapat dibuka. Seakan dia terkunci di alam mimpi. tangan dan kaki di alam nyata langsung tidak dapat digerakkan. Dia sedar tapi dia bermimpi! 

Satu susuk tubuh yang besar dan gelap mencekik lehernya di dalam mimpi itu. Dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh besar dengan tangan yang kuat. Cuma wajahnya bertutup di sebalik sebuah topeng yang menyeramkan. 

Ghazi cuba meleraikan tangan sosok hitam tersebut dari leher. Dia tidak merasa tercekik tetapi dia merasa tubuhnya dihempap kuat oleh sesuatu. Dia nampak Nuha, Datin Zarina dan juga Dato' Uzair diperlakukan hal yang sama oleh si makhluk. 

Tangannya cuba meleraikan sebaik sahaja dia melihat gelagat Nuha yang sudah mahu tercekik tetapi tangannya tidak berdaya. Suaranya tidak terkeluar mahu memanggil gadis itu.

Ghazi cuba bertenang. Dia sedar ini semua mimpi. Dia sedar ini semua hanya satu bayangan dan satu-satunya benda yang benar wujud di alam nyata kini adalah benda yang sedang menghempap kuat tubuhnya. 

Perlahan Ghazi mengucapkan kalimah-kalimah pujian kepada Tuhan dan sifat-sifat kebesaran dan kekuasaannya. Mulutnya tertutup rapat tetapi hatinya menjerit kuat berdoa. Tangan ditekap ke topeng hodoh itu.

'Yang berkuasa hanya Allah s.w.t.' 

Hati Ghazi perlahan mengucapkan setiap satu sifat Sang Penakhluk alam dengan penuh penghayatan dan percaya.

" Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatu lil hawadith,Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah  , Qudrat, Iradat , 'Ilmu, Hayat, Sama', Basar , Kalam , Kaunuhu qadirun, Kaunuhu Muridun, Kaunuhu 'alimun, Kaunuhu hayyun, Kaunuhu Sami'un, Kaunuhu basirun, Kaunuhu mutakallimun.."

Tangan dikuatkan sedikit mencengkam topeng wajah makhluk berbadan besar yang dari tadi menjerit marah kepadanya supaya benda itu tidak boleh melarikan diri.

"Ya Rahman Ya Rahim.. Ya Malik Ya Quddus Ya Salaam Ya Muhaimin Ya Al-'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir!" 

Tenang Ghazi mengucapkannya dengan penuh pengharapan dan keyakinan kepada kuasa hebat sang Penakhluk. Dia tahu Allah mendengar. Dia yakin Allah akan membantu. 

Dadanya bagai direntap kuat oleh sosok hitam itu. Rasa bagai mahu tercabut nyawanya. Kalau dia boleh gerakkan tubuh yang sedang tidur ini, sudah pasti dia bangun dan hentak terus apa-apa saja makhluk yang sedang mengganggu dia sekarang ini. Tetapi dia tahu itu tidak mungkin berhasil.

Ghazi berdoa dalam hati dengan sskuat-kuatnya. Setiap kali dia menyebut nama-nama kebesaran Sang Penakhluk alam, setiap kali itu juga makin kuat rentapan jantungnya. Seakan jantungnya sekarang sedang di genggam dan dipenyekkan sekuat hati. 

Tangannya merentap kuat topeng wajah si makhluk itu. Kuat dan ketat. 

"Tiada apa yang boleh mematikan aku kecuali Dia. Dan kau bukan Dia." Serta merta terasa satu kekuatan menyerap masuk ke tubuh. Cengkaman tangan dikuatkan dan menghentak kuat kepala makhluk di dalam alam mimpi ini sehingga pecah ke lantai. 

Mata di buka luas-luas. Terbatuk-batuk. Nafasnya juga jadi tersekat-sekat. Ghazi cuba menarik nafas panjang. Sakit ditulang rusuknya masih berbisa. 

Tubuh di baringkan semula perlahan-lahan sebaik sahaja jantungnya sudah mula tenang. Mata melihat sekeliling cuba mencari-cari kelibat makhluk yang mendatanginya tadi. Dia sudah terbiasa dengan perkara begini tetapi kali ini nampaknya makhluk ini bukan cuma passerby. Makhluk ini memang tidak suka dia di sini! 

Air hujan yang menderu di luar dipandang kosong. Jendela kaca yang besar itu membuatkan suasana di luar tingkap kelihatan begitu menenangkan.

Ghazi turun dari katil. Jam di telefon di lihat. Tepat-tepat pula jam 4pagi. Tekaknya haus. 

Kaki dihayun menuju ke luar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

Angin kuat melepasinya sebaik sahaja dia sudah berada di sebuah lorong tangga menuju ke tingkat tertinggi rumah agam itu. 

Ghazi memandang ruang gelap tersebut. Kosong. Dia pun tidak pernah menjejakkan kaki ke atas. Tidak beradab rasanya kalau dia sesuka hati naik tanpa izin. Dia meneruskan niatnya yang tadi. Dapur! 

•••

"PAKCIK?" 

Ghazi memandang ke arah cermin akrilik yang berdepan dengan dapur mewah itu. Di tengah-tengah dapur ini terdapat sebuah taman kecil dengan dua batang pokok yang ditanam di dalamnya. Dibahagian tepi kaca akrilik itu pula di buat sebuah kolam ikan kecil yang berbetuk longkang. Didalamnya ada air jernih dengan ikan koi yang masih kecil. Baby koi? Wow. 

Dato' Uzairi sedang duduk meneguk air beralkohol di meja kecil dalam taman. Dato'Uzairi juga terperasankan kehadiran Ghazi di luar kaca. Tangannya melambai memanggil anak muda itu sambil tersenyum. 

Ghazi menarik sliding door kaca akrilik tersebut. Dia menghampiri Dato' Uzair lalu duduk di atas kerusi berdepan lelaki tua itu. 

"Ghazi tak tidur?" Soal Dato' Uzair. Gelas kecilnya dipenuhkan semula dengan wine berjenama mahal. 

Ghazi menggeleng. Botol wine itu di renungnya. Sekali teguk saja wine didalam gelas kecil sudah selamat masuk ke dalam perut Dato' Uzair. Lelaki itu nampak runsing dan penat. 

"Ghazi haus sikit tadi. Jadi, Ghazi turun cari air suam. Pakcik kenapa tak tidur?" Matanya kali ini fokus pula kepada ikan koi yang berenang-renang. Cantik betul! Mungkin dia patut minta Ayah bina kolam ikan koi pula dekat rumah.

Dato'Uzair menggeleng. Nampaknya lelaki tua ini sudah mula mahu mabuk. Tangannya mencapai kembali botol wine tetapi sempat ditahan oleh Ghazi. 

Berat hatinya mahu membiarkan lelaki ini terhanyut dengan air hina.

"Pakcik tak boleh minum banyak sangat. Badan pakcik dah tak sekuat dulu." Botol wine itu dijauhkan malah air botol mineral yang diambil dari dalam peti ais tadi dituang ke dalam cawan kecil lelaki itu. 

Dato' Uzair hanya menurut. Air mineral pula diteguknya tanpa perlu dipaksa.

"Pakcik tak boleh tidur. Nightmare." 

Kening Ghazi terangkat sedikit. 

"Selalu ke Pakcik bermimpi ngeri?" Tangan lelaki tua itu ditariknya. 

Dato'Uzair hanya menurut. Dia sendiri sudah tidak kisah. Dia ingat-ingat lupa sudah. 

Jari Ghazi menekan dan merasa setiap nadi dan urat saraf lelaki tua itu. Semua peredaran darah Dato' Uzair normal. Nadinya juga tidak memberi gambaran bahawa lelaki ini dalam keadaan stress melampau. Jarinya menekan dan mengurut-ngurut sedikit seluruh lengan Dato'Uzair. 

Jari lelaki tua itu ditarik sehingga berbunyi. Dari hujung jari sehinggalah ke bahu. Dato' Uzair berbunyi lega. Tangan Ghazi memang sedap mengurut. Tidak pernah dia rasa urutan sebegini hebatnya. 

Ghazi hanya tersenyum melihat betapa Dato'Uzair benar-benar menikmati urutannya. Macam orang lain juga. Melihat wajah tua itu, dia terkenangkan ayah di kampung. Ayah pun suka kalau dia mengurut. Lega bukan kepalang orang tua itu. 

Kalini jarinya menekan belakang tengkuk Dato' Uzair pula. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu dan menolak kuat  jarinya dari bahagian belakang tengkung hingga naik ke kepala. Dia melakukan yang sama ke kedua bahu Dato'Uzair. Serta merta lelaki tua itu melepaskan sendawa yang agak kuat. 

Mata Dato'Uzair terkebil-kebil. Hilang terus rasa mabuknya tadi. Kepala yang terasa agak berat dan terhuyung hayang tadi juga terus merasa ringan.

"Pakcik dah okay?" Sengihnya menampakkan gigi yang bersusun cantik. Punggung dilabuhkan semula ke kerusi.

Dato'Uzair mengangguk-angguk. Tengkuk digosok-gosok. Lain macam sungguh sentuhan Ghazi ini. Memang mujarab! 

Ghazi ketawa senang. Air mineral di dalam botol dia teguk sampai habis. 

"Takde hal lah, pakcik. Kalau lepasni pakcik sakit-sakit badan lagi, panggil je Ghazi. Tapi kena bayar lah. Rm20 untuk 30minit." Sempat lagi dia berniaga. 

Murah gila kut caj perkhidmatan mengurut dia. Kalau pergi pasar malam urut kaki gitu-gitu je pun dah rm15 tau! 15minit je pula tu. 

Dato'Uzair menggeleng. Tersenyum lebar dia melayan si Ghazi ini. Jangan cakap RM20, RM100 setiap minit pun dia sanggup bagi kalau begini punya lega hasilnya. Memang segar sungguh dia rasa selepas berurut tadi. Botol wine yang tinggal separuh itu ditenungnya. Banyak begini dia minum? Mak aih. 

"Ah ya. Pakcik mimpi apa tadi?" Soal Ghazi.

Dato'Uzair mengangkat kening dan cuba mengingat kembali mimpinya tadi. 

"Entahlah Ghazi. Tak berapa ingat. Tapi pakcik rasa sesak dada, sebab itu pakcik bangun. Selalu juga. Penyakit tua agaknya." Dato' Uzair ketawa. 

Malu pula dia rasa sudah tua-tua masih bermimpi ngeri macam budak kecil. 

Ghazi mengangguk faham. Dia pun tidak mahu memaksa lelaki tua itu untuk mengingat kembali. Dia ingatkan juga Dato'Uzair untuk kurangkan pengambilan alkohol. Tubuh lelaki tua itu sudah tidak mampu menanggung beban yang dibawa oleh minuman keras ini. 

Dato'Uzair hanya mengangguk faham. Memang sudah lama dia berniat mahu berhenti minum, tapi entah lah. Semuanya kelaut saja. 

"Samalah dengan Ghazi pun, pakcik. Ghazi ni ketagih merokok. Kalau tak merokok rasa macam hilang bini aje." 

Dia kalau tidak dapat merokok sehari, macam gian setahun rasanya. Entah kenapa lah susah sangat dia mahu ubah ketagihan yang satu itu.

Kalini ketawa Dato'Uzair pula memenuhi ruang taman kecil di tengah dapur itu. 

"Ruang taman ini memang pakcik bina untuk orang macam Ghazi. Perokok. Pokok 2 batang yang pakcik tanam ni punya kelebihan istimewa. Mereka boleh menyerap asap rokok dengan baik dan keluarkan oxygen lebih efficient dari pokok lain." Dato'Uzair menunjukkan dua batang pokok yang di tanam di tepi kolam koi itu.

Menarik.. Patutlah happy aje aku tengok ikan koi ni. Oxygen taraf-taraf V.i.P depa dapat. Terbaik dari ladang. 

Kalau jadi ikan dalam rumah agam ni pun dah mewah gini, baik aku jadi ikan aje lah dalam rumah Nuha ni. Hidup diorang lebih happy dari hidup aku. Paling best, Nuha tak bercakap dengan diorang. 

Kami berborak-borak kosong sebelum azan dari masjid berdekatan berkumandang. Automatik bibir kami berdua berhenti bergerak. Dua dua tenang mendengar laungan azan. 

Sedikit sebanyak dia terharu dengan sikap Dato'Uzair. Walaupun bergaya hidup bebas, namun masih hormat kepada agama. Mana lagi dia mahu jumpa orang begini. Kagum.

"Erm. Boleh Ghazi tanya tak, pakcik?" Kepala digaru garu. Segan pula.

"Apa dia? Tanya sajalah, Ghazi. Pakcik tak kisah." Wajah Dato'Uzair fokus menghadap Ghazi. menanti bait-bait kata yang seterusnya.

"Err.. Kiblat arah mana pakcik?" 

Ah. Lantak lah. Tibai je apa nak jadi kemudian pun.

Terhambur keluar ketawa Dato'Uzair. Dia bangun dan menepuk-nepuk bahu Ghazi. 

"Nanti pakcik tunjuk. Tak pun kita ke masjid aje kejap lagi. Dekat depan tu aje. Pakcik naik mandi kejap. Ghazi pun siap-siap." 

Ghazi mengangguk laju berserta sengihan di bibirnya. 

•••

"MUMMY!!!" 

Nuha Irdina berlari laju turun ke bawah mencari kelibat Datin Zarina. Rambut yang kusut masai dengan baju tidur singkat spagheti strip nya itu dia terus keluar dari dalam bilik. 

Datin Zarina yang sibuk menyusun bermacam jenis hidangan di atas meja, terkejut dengan jeritan kuat anak perempuannya. 

Nuha muncul dari sebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu mewah mereka. Mata meliar mencari sesuatu. 

"Ghazi? Ghazi mana, mummy?" Soalnya. 

Automatik cubitan hinggap di pipinya yang halus mulus itu. Memang tak ada adab sungguh. Bangun-bangun tidur pergi masuk bilik orang lelaki ya!

Bunyi kereta dari luar rumah membuat fokus Nuha beralih. Kalau tadi dia sibuk bertanya kepada Datin Zarina, sekarang dia sudah berlari ke pintu utama. Pintu mewah itu di tolak. 

Melompat jantungnya melibat Ghazi terpacak di depan pintu. Mata Ghazi menikam wajah. Merah padam pipi comelnya melihat tikaman mata itu. 

"Astaga. Nuha Irdina. Cuba pakai elok-elok sikit. Tetamu ni kan." Dato'Uzair menepuk dahi melihat pemakaian dan keadaan anak perempuan nya. 

Malu pula dia pada Ghazi. Ada anak perempuan tak pandang kiri kanan begini. Adoi. 

Nuha blur. Kenapa? 

Tangan Ghazi mengarahkan Nuha untuk membelek dirinya di cermin. Kalau boleh mahu dia tempeleng minah ni. 

Gadis itu melihat dirinya ke dalam cermin besar yang berada di tepi pintu. 

"Ah!!! Jangan tengok! Pervert!" Berdesup Nuha Irdina lari mendaki tangga ke tingkat biliknya. 

Ghazi ternganga. Dia pula yang dituduh pervert?! 

Kau yang tunjuk, aku yang pervert?! 

"Ghazi jangan ambil hati. Nuha tu memang macam tu. Dah terbiasa dia seorang saja anak perempuan didalam rumah ini, semua orang pun kena faham dia." Bahu Ghazi ditepuk beberapa kali.

Nasib ada daddy kau, Nuha. Kalau tak, dah berdesup aku kejar kau sampai atas. Selamba badak tuduh aku pervert! 

Datin Zarina yang baru datang menghampiri mereka berdua dan mengajak Ghazi dan Dato'Uzair makan pagi. 

NUHA menghempas pintu biliknya. Jantung yang berdegup kencang cuba ditenangkan. 

Gila lah! Macam mana dia boleh tidak sedar dia hanya berbaju tidur begini. Sudahlah singkat sampai nampak panties. Malunya ! 

Dia menekup muka dengan kedua belah tangan. Sudahlah Ghazi betul-betul di depannya tadi. Dengan rambut dia yang serabut dan kusut masai ini, dia pergi jemput pula lelaki itu di hadapan pintu. 

Tuala putih didalam almari di ambil dan berlari masuk ke dalam bilik air. Dia mahu menenangkan fikiran. 

•••

"Makan lagi, Ghazi. Jangan malu-malu." Jemput Datin Zarina begitu juga Dato' Uzair. 

Bermacam-macam jenis makanan di atas meja. Nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, roti, french toast, telur goreng, cheese, french fries. Mak aih. 

Dia memang tak malu lah bab makan ni tapi dia tak tahu nak makan yang mana dulu. Last-last dia pilih nasi goreng saja. Mudah. Tak payah serabut fikir. .

"Ghazi, kejap lagi Fitri datang teman Ghazi ke hospital. Ada kenalan pakcik yang juga seorang doktor. Dia bagus. Pakcik minta dia tolong tengokkan tangan Ghazi tu." Ujar Dato'Uzair. 

Lelaki tua itu menyudu nasi lemak yang diletak oleh Datin Zarina di hadapannya. 

Walaupun rasa serba salah, Ghazi tetap mengangguk faham. Dia terima saja budi baik yang ditawarkan Dato'Uzairi. Malas dia mahu berbangkang-bangkang. Nanti tak pasal-pasal Dato'Uzairi buka kempen politik pula. kah. 

"Ghazi masih mahu kerja di Kafe Zack itu lagi? Dengan keadaan tangan Ghazi yang belum tentu boleh pulih dalam masa terdekat ini, rasa pakcik tak sesuai untuk Ghazi kerja sana. Apa kata Ghazi kerja dengan pakcik saja?" Dato' Uzair memberi tawaran lagi. 

"Eh, tak perlulah pakcik. Susah-susah aje. Ghazi okay je kerja sana. Sikit hari elok lah tangan Ghazi ni." Air liur yang ditelan terasa kelat. 

Dia tidak suka kalau dia rasa terhutang budi sampai begini sekali. Banyak sudah budi baik Dato'Uzairi padanya. 

"Ala. Takpe lah, Daddy. Ghazi suka kerja situ." Suara Nuha menyampuk dari belakang. Gadis itu mengambil tempat bertentang dengan tempat duduk Ghazi. 

Baju Tshirt berwarna merah darah yang melekat di tubuhnya menunjukkan setiap lekuk tubuh Nuha yang ramping dan cantik. Rambut dibiar lepas.

Ghazi sambung suapannya. Dia tahu nasi goreng ini bukan hasil air tangan Datin Zarina. Sentuhan masakan yang berlainan dari makanan yang Nuha bawa untuknya di hospital.

Datin Zarina senyum simpul. Tidak sangka Ghazi arif tentang rasa masakannya. Sekalipun suami dan anak sendiri pun tidak tahu beza. 

"Kalau macam tu, ada apa-apa yang Ghazi mahu? Anggap lah hadiah dari pakcik sebab Ghazi banyak tolong Nuha sebelum ini." Senyuman masih tidak lekang dari bibir. 

Ghazi masih menggeleng. Tiada apa yang dia mahu minta pun. Tolong Nuha? Dia pun sudah lupa apa pertolongan yang dia pernah beri. Tak melekat dekat kepala dia langsung. 

"Motor!" Nuha menjawab bagi pihak Ghazi. 

Mata Ghazi membulat. Nuha ni! 

Nuha dipandang terus-terus tetapi minah ni buat bodoh saja. 

"Daddy bagi Ghazi motor. Ghazi selalu pergi dan balik kerja naik public transport aje. Penatlah." Nuha meyakinkan si ayah. 

Ghazi tepuk dahi. Nuha ni memang memandai-mandai banyaknya.

"Takpe, pakcik. Ghazi betul tak perlu apa-apa. Tak payah susah-susah pakcik." 

Sumpah! Dia nak cekik leher jinjang Nuha tu! 

Dato'Uzair mengangguk. Tidak tahu lah lelaki tua itu terima cadangan Nuha ataupun terima tolakan Ghazi. 

Ghazi terus mendiamkan diri. Hanya apabila ditanya saja dia akan menjawab. Stress dia dengan sikap keluarga Nuha yang buat dia rasa serba salah dan tersepit ini. Selepas itu dia berborak kosong mengenai keadaan ekonomi semasa bersama Dato'Uzairi. Dia suka pendekatan-pendekatan yang cuba lelaki tua itu kedepankan didalam menangani isu keruntuhan ekonomi zaman ini. 

Banyak yang dia jadi tahu. Dato'Uzair benar bukanlah calang-calang orang. Kalau tidak masakan lelaki ini boleh tergolong dalam senarai lelaki paling berjaya di negara ini. Malah Dato'Uzair juga tergolong dalam senarai seratus orang berjaya dan kaya yang paling berpengaruh di dunia.
                              

KEPALA Nuha aku ketuk sedikit kuat sehingga gadis itu mengaduh kesakitan. 

Baru dia tahu. Selamba aje propose benda bukan-bukan untuk aku di depan ayahnya tadi. 

Datin Zarina sibuk di dapur manakala Dato' Uzair pula sudah naik ke atas dan mahu bersiap-siap ke tempat kerja. Hanya dia dan Nuha saja duduk melepak di ruang tamu. Itu pun Nuha ni menyibuk saja nak duduk sini dengan dia. 

"Ala.. Saya minta untuk kebaikan awak juga. Penatlah hari-hari awak balik lambat, kena tunggu public transport lagi."

Ghazi menggeleng. Dia rasa bercakap dengan Nuha ini perlu menggunakan keseluruhan tenaga. sakit otak sakit hati sakit mata, semua ada. 

"Kalau aku paksa kau pakai tudung, kau suka tak?" Soal Ghazi. anak matanya menikam ke dalam anak mata Nuha. 

Nuha menggeleng. 

"Macam itu lah aku rasa sekarang." Alat kawalan jauh televisyen ditekan. Dia sudah malas mahu layan Nuha Irdina. 

Nuha mengetap bibir. 

"Sorry.." Ucapnya perlahan. Wajah ditundukkan. Serba salah. 

Mata Ghazi menjeling. Meragui keikhlasan Nuha. Dia tahu sangat sorry Nuha ni bukan boleh pakai. Esok-esok dia buat lagi. 

Rambut gadis itu yang terlerai dan menutup wajah Ghazi tarik kebelakang. Getah di pergelangan tangannya di tarik satu. 

"Pusing belakang." Arahnya. 

Nuha cepat-cepat berpusing. Dia bersila di atas sofa membelakangi Ghazi. 

Jari-jari kasar Ghazi menyikat rambutnya dan dibawa ke belakang untuk diikat. Walau dengan hanya menggunakan satu tangan dan sedikit pertolongan dari tangan kanannya yang bersimen , ikatan di rambut Nuha tetap kemas. 

"Ikat betul-betul. Tak rimas ke terkapai-kapai rambut kau tu ditiup angin. Setakat panjang macam rambut aku ni, takpe lah." bebel Ghazi. Mata fokus kepada televisyen. 

"Baju tu pun. Pakai elok sikit. Dah elok pakai baju, tapi nampak pula pusat lah, pinggang tu lah." tambah Ghazi lagi. 

Ikutkan banyak lagi dia mahu bebel. Nuha ni selalu masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja nasihat yang didengarnya. Haritu pakai baju nampak dada. Bila ditegur, dia ubah. 

Tutup atas tapi buka bawah pula. sekarang pusat dan perut itu pula yang ditayang. Dada dah tutup. Eih, pening lah aku. Mungkin kena bagi buku bergambar kut dekat minah ni. Biar nampak dengan mata kepala apa yang aku maksudkan dengan pakai elok-elok.

Nuha senyum menyeringai. Happy sangat tu Ghazi tolong ikatkan rambut dia. 

Dalam diam, Dato'Uzairi memerhati mereka dari atas. Dia suka cara Ghazi melayan anaknya. Tidak dimanjakan malah bertegas lagi. Kalau dia buat begitu, pasti Nuha merajuk tidak bertegur dengannya. haih. 

Betul agaknya kuasa cinta ni boleh buat sedegil-degil manusia jadi semanja-manja kucing 

Dato'Uzairi menegur Nuha dan Ghazi sebaik sahaja kakinya melangkah anak tangga yang terakhir. Kedua anak teruna dan anak dara itu berpaling menghadapnya. 

"Dah siap, Ghazi?" Tali lehernya dibetul-betulkan sambil memandang diri sendiri di dalam cermin.

Ghazi berdiri sebaik sahaja Dato'Uzair sudah mengambil beg jinjingnya dari tangan salah seorang pembantu.

Datin Zarina berlari-lari anak memanggil sebelum mereka berdua keluar dari rumah. Beberapa tupperware makanan sudah dimasukkan ke dalam beg kertas dan dihulurkan kepada Ghazi. 

"Ghazi buat makan dekat rumah nanti, ya?"  

Membulat mata Dato'Uzair dan Nuha. 

"Amboi. Tak pernah umur hidup awak bagi saya bekal pergi kerja pun." perli Dato'Uzair. 

"Nuha pun sama." Nuha pun memerli. 

Tangan Datin Zarina laju memukul lengan Dato'Uzair. Kalau beri bekal pun, bukan tahu menghargai. Lain lah Ghazi, tahu menilai keikhlasan tukang masak. Huh. 

Datin Zarina mencium tangan Dato'Uzair sebelum mereka masuk ke dalam kereta. Fitri di dalam kereta sudah menanti. 

Tangan Nuha dan Datin Zarina melambai-lambai pemergian kereta mewah itu. 

Dato'Uzair menggeleng. Macam-macam pula kerenah dua beranak itu.

"Belum pernah umur hidup pakcik anak dengan bini pakcik siap melambai-lambai macamtu. Hebat betul penangan Ghazi pada keluarga pakcik." Gurau Dato'Uzair. 

Sejak dari semalam terasa rumahnya lebih meriah dan ceria berbanding sebelum ini. Ada saja cerita dari mulut isteri itu. Kalau tidak, setiap malam Datin Zarina asyik moody saja. Malam tadi punya ceria wanita itu bercerita macam-macam. Tidak seperti selalunya.

Ghazi garu kepala. Dia pun tak tahu apa yang dia buat. Rasanya dari malam tadi dia tak buat apa pun. Makan tido aje.

"Ah, lupa pakcik kenalkan. Ini Fitri. Pembantu peribadi pakcik. Umur Fitri ini sama macam Ghazi." 

Fitri menghulur tangannya untuk bersalam. Dari tadi lelaki ini tidak lekang dengan senyuman. Ghazi menyambut. 

Nampaknya sebelum keluar dari lokap semalam, Dato'Uzair sudah selidik latar belakangnya. Dia tidak pernah beritahu Dato' Uzair mengenai umurnya. 

"Fitri ini salah seorang anak didik pakcik. Fitri nak jadi politician macam pakcik juga." 

sesekali Fitri menyampuk. 

"Tapi rasa macam jauh lagi je perjalanan saya nak menceburi bidang politik ni, Dato'." Ujarnya sambil ketawa. 

Dato'Uzair menafikan malah di memuji lagi kredibiliti Fitri sepanjang bekerja dengannya. Fitri memang seorang calon yang bagus kalau dia mahu pilih sebagai pemimpin. Lelaki ini faham suara rakyat. Malah Fitri banyak membantunya dalam cuba memahami masalah yang dihadapi rakyat. 

Ghazi hanya mendengar dengan tekun walaupun separuh hatinya mahu saja bertanya hal projek besar yang tergendala di kawasan kampung mereka itu. Tapi macam tidak berbaloi saja sebab jelas-jelas lah kampung mereka tiada kepentingan buat Dato'Uzair. 

Dia faham benar orang bisnes. Tiada keuntungan, tiada lah keprihatinan. Buang masa gitu. 

Memandangkan Fitri adalah orang yang menapis suara rakyat ni, jadi semua komplen orang kampung mereka yang tidak sampai ke Dato'Uzair secara teknikalnya salah si Fitri ni lah ye! 

Mata Ghazi memandang Fitri dengan perasaan tidak puas hati. 

"Kalau Ghazi nak tahu, Fitri pun salah seorang staff syarikat pakcik." 

Nampaknya Dato'Uzair sangat bangga dengan Fitri. Pasti mamat ni sudah lama sangat bekerja dengan Dato'Uzair. 

Fitri berbual-bual dan bertanya hal remeh temeh kepada Ghazi. Ghazi akui, Fitri ini memang agak santai juga orangnya. Jenis tidak kisah. Sesiapa pun boleh masuk air dengan dia tapi jauh di sudut hati, dia merasakan Fitri bukan lah orang yang boleh dibuat kawan berkongsi rahsia. Walaupun muka dia nerd macam tu! 

KERETA mewah yang dinaiki mereka berhenti di salah sebuah hospital swasta yang terkenal dengan harganya yang mahal dengan servis bertaraf lima bintang itu. Sebaik sahaja keluar dari kereta, seorang lelaki berkemeja biru dengan rambut belah tepi datang menjemput mereka bertiga. Dia menunduk hormat kepada Dato'Uzairi. 

Ghazi terpegun seketika. Ini pertama kali dia merasa ada orang menunduk hormat padanya. Hebat. Tapi rasa status terlalu tinggi lah pula, takut jatuh tersungkur nanti. 

Setiap kali mereka melepasi mana-mana staff dan pekerja disitu, pasti mereka tidak sudah-sudah menunduk. Yang Dato'Uzair pula tidak habis habis senyum. Tak sakit ke rahang orang tua ini. Nanti dengan dia sekali kena buat pemeriksaan di sini. 

Dato'Uzair tergelak bila aku luahkan apa yang terbuku di hati aku ketika kami di dalam lift. 

"Biasalah, Ghazi. Kalau tidak bermanis muka nanti orang kata kita orang kaya sombong pula." Ujar Dato'Uzair walaupun hakikatnya memang sakit juga rahang dan pipinya dari tadi asyik tersenyum tak sudah-sudah. 

Dia suka sikap Ghazi yang terus terang. Tidak perlu menyembunyikan apa dia rasa. Cakap saja depan muka dia. Pada masa yang sama tidak buat dia rasa kerdil dan berkecil hati. Mungkin ini yang orang kata jujur. Bila kita sudah selalu berlaku jujur, automatik segala apa yang kita kata tidak akan menghina malah memperkecilkan sesiapa.

Ghazi mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Dato'Uzair. Dia pun selalu saja dituduh sombong sebab dia malas senyum. Rasa tidak perlu.

"Morning, Uncle." Sapa Aiman sebaik sahaja dia ternampakkan kelibat Dato'Uzair yang baru keluar dari pintu lift. 

Dia yang baru sahaja melakukan pemeriksaan kesihatan di sini sudah mahu bergerak pulang. 

"Ah, Aiman. Morning. Datang buat check up, ya?" tanya Dato'Uzair, mesra. 

Aiman anak lelaki kepada salah seorang kawan karibnya itu sudah biasa dia tegur. Malah pernah juga dia terfikir mahu menjodohkan Aiman dengan Nuha tetapi memikirkan Aiman ini bukan lah lelaki yang sesuai untuk meneraju syarikatnya, dia batalkan niat. 

Aiman mengangguk. Penampilannya yang cukup kemas dan formal itu jelas menunjukkan bahawa sebentar lagi dia perlu menyelesaikan urusan rasmi. 

"Nuha sihat, Uncle? Haritu di kelas macam tak ada mood aje. Habis semua orang dimarahnya." Gelak Aiman. 

Iya lah, mana tidaknya. Dia lah orang yang kena sembur dengan Nuha haritu. Hari ni saja dia tidak ke kelas kerana perlu mewakili ayahnya dalam urusan rasmi syarikat memandangkan ayahnya di luar negara sekarang. 

Dato'Uzair mengangkat bahu. Dia oun baru tahu hal Nuha mengamuk itu. 

"Sihat aje Nuha di rumah tu. Nanti datang lah jenguk-jenguk Auntie dirumah. Lama sudah Aiman tak datang. Merajuk dengan Nuha ke?" Usik Dato'Uzair. 

Aiman ni kalau dengan orang lain, keras. Bila dengan anak perempuan dia automatik jadi penakut. Entah apa masalah budak ni entah. Mungkin kerana selalu dibuli oleh Nuha ketika kecil agaknya. Sudah terbiasa. 

Aiman gelak dibuat-buat. Segan pula dia mahu jujur. Bukan merajuk tapi takut Nuha marah kalau datang tidak dijemput. Matanya melekat kepada sosok Ghazi di belakang. 

"Ghazi?" 

"Ah, Aiman kenal Ghazi ke?" 

Aiman mengangguk. Ghazi pandang ke arah Aiman tanpa riak wajah. 

"Uncle dan Ghazi buat apa di sini?" Soal Aiman. 

"Tak ada apa. Tujuan yang sama seperti Aiman juga. Lagi satu, untuk dapatkan rawatan buat tangan Ghazi ini." 

Tangan Ghazi yang bersimen itu Aiman pandang. Dia tersenyum sinis kepada Ghazi. 

Dasar mamat kampung. Mula-mula Nuha, sekarang Uncle pula. Mudah betul nak hidup senang di Kuala Lumpur ini ya. 

Aiman meminta diri apabila Doktor Razuan memanggil Dato'Uzair dari kejauhan. Lelaki itu melambai dan datang menghampiri kumpulan mereka. 

"Silakan, Dato'." Doktor Razuan mempersilakan mereka bertiga ke bilik rawatannya. Semua kelengkapan untuk pemeriksaan sudah pun disiapkan hanya tinggal menunggu kedatangan Dato'Uzair saja. 

Dato'Uzair mengangguk. Mereka mengekori lelaki didalam lingkungan umur 30an itu dari belakang. 

•••

GHAZI membuka kunci pintu rumah sewanya itu. Kereta Hijjaz tidak kelihatan di luar apalagi kereta Tan dan Raven. Semua hilang, lesap tah kemana. Kerja agaknya. 

"SURPRISE !!" Laung Tan sekuat hati sebaik sahaja wajah Ghazi muncul dari sebalik pintu. 

Wajah Ghazi tidak beriak. Dia pandang ke belakang untuk memastikan dia betul-betul tidak menghalang sesiapa. 

"Apani?" Soalnya apabila dia sudah yakin yang perkataan 'surprise' tadi memang buatnya. 

Tan menunjukkan manila kad yang tergantung di dinding. Raven pula meniup-niup belon yang tidak habis lagi ditiupnya tadi. 

Hijjaz keluar dari dapur dengan membawa kek. 

Ha? 

Mata membaca tulisan di atas manila card. 

'CONGRATS ON YOUR ENGAGEMENT' 

Tangan memicit kepala. Mata dipejamkan. Sebaik sahaja Hijjaz meletakkan kek di atas meja kopi di hadapan mereka bertiga, kaki Ghazi naik 90darjah dan terus menendang perut kempis si Hijjaz. Menyembur keluar air liur lelaki itu.

"Kepala otak kau. Pandai-pandai aje!" pekik Ghazi. Manila card di dinding dikoyak.

Hijjaz, Raven, dan Tan berlari menjauhi Ghazi. Takut selepas ini salah seorang dari mereka sekali lagi jadi mangsa tendangan Ghazi. 

"Tapi..Tapi semalam aku gi balai, dorang kata Dato'Uzair keluarkan kau sebab kau tunang Nuha." Hijjaz memberi penjelasan. 

Air liur ditelan sebaik saja melihat anak mata Ghazi. Perut di tekan menahan penangan sepak terajang Ghazi tadi. Nasib lah dia ni pun belajar silat. Tahu sudah macam mana mahu tahan tendangan begitu. Ghazi ni kaki besi ke apa. Sampai tersembur juga lah air liur dia tadi.

"Kau percaya? Slow betul lah korang ni." Tubuh di sandar ke sofa. 

Raven, Tan dan Hijjaz saling berpandangan. 

Eh? Salah ke? 

"Habistu takde siapa akan kahwin lah dekat sini?" Tanya Raven sekali lagi. 

"Takde!" Balas Ghazi sambil mendengus kasar. 

"Lah.. Asal tak cakap awal-awal. Aku dah sedih tau ingat kau nak kahwin tadi." Hijjaz melompat duduk di sebelah Ghazi, begitu juga dengan yang lainnya. 

Fhew. 

"Aku nampak macam kau happy je tadi?" Ghazi curiga. Macam dia tidak tahu trik-trik si Hijjaz ini yang suka ambil kesempatan bila ada peluang. 

Hijjaz tersengih.

"So, apa Dato'Uzair tu cakap pada kau bila dia keluarkan kau dari situ?" Soal Hijjaz. 

Raven dan Tan juga mahu tahu.  Dato'Uzair tu! Ahli politik disegani!

Ghazi menggeleng. Tiada apa yang menarik untuk di ceritakan. Dia bangun dari sofa. Mahu mandi dan dia tidak mahu bersoal jawab lagi dengan Hijjaz dan lain-lain.

"Ha, tu! Aku ada bawa balik makanan, korang makan lah. Jangan membazir." Ghazi menonong masuk ke bilik air. 

Rindu pula dengan bath tub besar di rumah Nuha. Rumah Hijjaz ni baldi pun takde! 

haih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience