BAB 27

Romance Series 18757

Butang lokasi diaktifkan. Dia meletakkan semula telefon di atas meja. 

"Siapa tu?" Soal hada yang baru tiba dengan dulang makanan di tangan. 

"Ghazi. Suruh aku selalu aktif kan lokasi kalau dekat luar." Dulang di tangan Hada disambut dan diletakkan di atas meja sambil gadis itu duduk meletakkan beg sandangnya ke kerusi. 

Hada tersenyum mengusik. Dia suka melihat Nuha Irdina yang sekarang. Berseri-seri dan ceria saja. Nuha lebih banyak berubah dari yang dulu. Sekarang pun keluar hanya berseluar jeans dan baju sweatshirt bersaiz besar. Masih tetap cantik! 

"Sejak kahwin ni, berseri-serinya kau.."

Nuha tersengih, malu. Pipi yang sudah merah dengan blusher itu jadi lebih merah lagi.

Nuha mengusik Hada pula tetapi tidak berkesan. Usikannya langsung tidak dipeduli. 

"Aiman dah tahu?" soal Hada lagi.

Nuha mengeluh dan mengangguk.

"Kalau dia tak tahu, mesti dia dah datang lepak dengan kita hari ini." 

Salah dia kah Aiman merajuk hanya kerana dia kahwin dengan Ghazi? Selama ini dia tidak pernah memberi harapan langsung kepada Aiman.

Dia teringat kepada perbualan dia dengan Aiman semalam. 

"Sampai hati you kahwin dengan dia, Nuha. Aiman tunggu Nuha dari kecil." suara Aiman mengendur di hujung talian.

Nuha duduk di birai katil dengan telefon melekap ke telinga. Ghazi masih di dalam bilik air sedang membersihkan diri.

"Kita sesuai jadi kawan baik saja, Aiman.." Nuha buntu. Sudah tidak tahu bagaimana lagi caranya dia mahu menjelaskan kepada Aiman bahawa perasaannya kepada lelaki itu hanya sekadar sebagai seorang kawan.

"Apa-apa saja lah. Aiman doakan Nuha bahagia. Kalau Nuha tak bahagia, hati Aiman sentiasa menanti Nuha."

"Aiman sepatutnya belajar buka hati Aiman untuk gadis lain." sekalipun jodoh dia dan Ghazi pendek, Aiman bukan pilihannya. Dia tidak sanggup memperjudikan persahabatan berbelas tahun lamanya untuk sebuah perkahwinan. 

Talian panggilan ditutup secara tiba-tiba. Skrin gelap itu dipandang lama. 

"Kenapa kau tenung skrin tu lama-lama?" wajah Ghazi muncul dari tepi. Dia turut memandang skrin telefon pintar Nuha yang gelap itu. 

Wajah lelaki disebelah dipandang. Sehingga saat ini pun dia masih berasa seperti mimpi saja. Kalau dia berada di tempat Aiman, dan Ghazi kahwin dengan perempuan lain.. Dia juga akan sanggup menunggu dan menanti lelaki ini sampai bila-bila.

"Kenapa?" Ghazi terkesan kerutan kecil di dahi Nuha. Dia mengusap lembut pipi halus itu. 

"Tak ada apa.." tangan menyentuh tangan Ghazi di pipi. Hangat tangannya menghangatkan juga rasa cinta di hati Nuha. Dia tidak boleh bayangkan hidupnya tanpa Ghazi.

Ghazi hairan dengan perubahan mood Nuha yang datang dan pergi tiba-tiba. Alahai orang perempuan..

"Awak.. Kalau jodoh kita tak panjang, awak akan lupakan saya tak?" soalnya sebaik sahaja Ghazi bangun dari katil dan menuju ke bilik kecil yang menempatkan baju-baju mereka.

"Ha? Kenapa lah soalan kau selalu saja datang tiba-tiba.." Tangan menyarung baju T-shirt kosong ke badan. Dia keluar kembali.

Nuha bersila di atas katil menanti jawapan. 

"Ikut keadaan. Kalau jodoh tak panjang sebab aku mati dulu, kau lupakan saja aku. Cari lelaki yang boleh jaga dan bimbing kau dengan baik." 

Nuha mengembungkan pipi mendengar jawapan Ghazi. 

"Apa? Betul lah." kedua bahu diangkat.

"Senang aje awak cakap!" Nuha berpeluk tubuh. Wajah dipalingkan ke arah lain. 

"Apa pulak.. Betul lah. Aku tahu susah, tapi hidup perlu diteruskan. Daripada kau meratapi kematian dan cinta yang sudah pergi, dah jadi tanah dah pun.. Baik kau cari keberkatan yang lain. Nanti di akhirat, kita boleh jumpa semula. Dan kalau kau masuk syurga, aku harap kau masih akan pilih aku." dagu Nuha ditarik supaya memandangnya.

Kalau dia boleh rakam dan simpan wajah Nuha ini masuk dalam hard disk lepas itu tanam sekali dalam kubur, pasti dia buat.  Malangnya, kematian tidak membenarkan manusia membawa apa sekalipun bekalan dunia kecuali amalan.

"Kalau kita bercerai hidup?" 

Mata menikam anak mata Ghazi. Dia selalu tenggelam dalam keasyikan merenung mata yang tajam dan garang itu.

"Aku bukan yang terbaik, Nuha. Aku akan usaha beri yang terbaik aku boleh beri. Kalau ada salah silap aku, maafkan aku. dan aku akan selalu maafkan dan sayangkan kau. Bercerai hidup tak akan mudah aku lafazkan pada kau." 

Bibir digigit lembut.

"Sekalipun wartawan dan portal-portal hiburan kata awak ni 'pak sanggup'?" berat hati dia mahu melafazkannya tetapi dia harus tahu juga komen Ghazi mengenai portal hiburan yang sengaja mahu mencari bahan umpatan.

Kening Ghazi terangkat mendengar kata-kata Nuha. 

Tangan Nuha memeluk bantal. Dia mengangguk perlahan.

Ghazi menarik Nuha supaya berbaring di sebelah. Tubuh kecil itu kemas di dalam pelukannya. Wangian rambut Nuha menusuk ke hidung.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sudah, jangan fikir bukan-bukan lagi. Tidur!” Kepala Nuha ditekan ke dada. Tangan Ghazi menepuk-nepuk perlahan belakangnya

“Ha! Berangan!” 

Teguran dari Hada buat dia terkejut. Mulut tersengih. 

“Biarlah Aiman ambil masa selama mana dia mahu. Aku ni memanglah selalu marah dia, tapi dia tetap kawan baik aku dari kecil tau.” dia mengingatkan. 

Hada mengangguk senang. Dia simpati juga pada Aiman, tetapi jodoh ini ketentuan Tuhan. Tidak boleh dipaksa-paksa. 

“By the way, aku ada terbaca gosip-gosip tu. Kurang ajar betul wartawan dan paparazzi ni ya? Macam-macam diorang cop laki kau. Haritu kau, bila kau tak layan.. Laki kau pula jadi sasaran diorang.” tangan Hada menepuk meja. 

Dengan dia-dia sekali panas hati membaca gosip-gosip liar tersebut yang baginya agak melampau. 

“Dia panggil laki kau macam-macam kut. Pak sanggup lah.. Kaki kikis lah.. Tumpang harta keluarga kau lah.. Apa lagi..” jari mengira. 

Nuha buat tidak tahu. Dia tidak mahu berfikir terlalu banyak. Asalkan dia tahu siapa Ghazi sebenarnya. Tidak pernah pula Ghazi minta walau sesen pun duit darinya dari sebelum kahwin lagi. Malah duit majlis pernikahan mereka di kampung dulu pun seratus peratus duit simpanan Ghazi yang keluar. Semua gosip-gosip liar itu lebih banyak tipu dari betulnya. Mereka hanya mahu provok supaya dia dan Ghazi memberi kenyataan balas dan mereke bolehlah menghangatkan lagi cerita. 

“ Suami kau masih kerja di kedai abang Zack ke ?” 

Nuha menggeleng. 

“Dia kerja tempat lain dah. Kau ingat, mampu ke Ghazi mahu bagi aku duit shopping dengan kau ni  kalau dia masih  kerja sebagai pelayan di kedai Zack tu?” 

“Oh.. Ya tak ya juga. Jadi, hari ini kita nak shopping apa?” Mata Hada sudah bersinar-sinar. Dia bukan kaki shopping tetapi dia memang suka ber window-shopping. Lebih lagi kalau berbelanja dengan Nuha. Boleh jadi fashion-consultant peribadi rasanya.

“Aku nak cari baju macam baju kau.” pakaian Hada yang labuh dan bertutup-litup itu ditunjuk. 

Hada memerhati pemakaian sendiri. Mata kembali memandang Nuha. 

“Kenapa tiba-tiba?” 

Nuha mahu bertudung dan berbaju labuh macam dia ni? 

“Saja nak belajar dan biasakan diri.” alasan paling mudah dikarang dia beri kepada Hada.

“Kau tak takut Ghazi mati terkejut ke lihat penampilan kau berubah seratus peratus nanti..” Hada sudah gelak terbahak-bahak. 

Nuha memukul perlahan bahu Hada. Dia serius ni !

“Alaa.. Pemakaian ni satu perubahan besar tau. Lebih baik kau buat sikit-sikit dulu. Mula-mula kita ubah baju-baju kau dulu.. Okay?” Hada memberi saranan. Dia tidak mahu memandai-mandai mengubah Nuha seratus peratus. Kena sound dengan Ghazi pula nanti.

Nuha memandang kosong makanan di dalam pinggan. 

“Aku bukan tak mahu ubah pemakaian kau seratus peratus tau. Tapi, perubahan ini ambil masa. Bukan untuk sehari dua saja. Kalau boleh sampai bila-bila pun kita mahu terus dalam kebaikan tau. Jadi, kau kena lah buat sikit-sikit. Ikhlas kan hati betul-betul kerana Allah. Bukan sebab suami kau tau.” bebel Hada lagi.

Dia tidak mahu Nuha terjatuh ketika berhijrah. Proses paling susah di dalam sebuah penghijrahan adalah sikap istiqomah. Berterusan dalam kebaikan. 

“Okay..” Nuha mengalah. 

•••

Langkah diatur memasuki ruangan pejabat yang dahulunya milik dia. Mata menangkat sosok Inas yang sedang sibuk berbual di telefon dengan tangan tidak berhenti mencatat sesuatu. 

Meja gadis itu diketuk perlahan. Mata Inas membulat memandang ke arahnya. Tangan meminta dia untuk menunggu sebentar. 

Hazirul mengeluh. Nampaknya ada dia mahupun tiada dia, langsung tidak mengubah apa-apa. Semua orang meneruskan hari mereka seperti biasa. Bekerja seperti yang selalunya.

Dia jadi kurang sabar apabila Inas masih tidak meltekkan ganggang telefon dan melayannnya. Kaki melangkah terus ke arah bilik pejabat dengan tanda nama Ghazi terpampang di pintu. 

“Eh… Kejap encik Hazirul. Encik Ghazi tengah so..” 

Pintu pejabat terbuka luas. 

“..lat..” Inas menghabiskan patah katanya. Mulut masing-masing terkunci. 

Ghazi baru selesai memberi salam. Terperasan kehadiran Hazirul di muka pintu, dia memberi izin Inas untuk kembali semula kepada kerjanya. Sejadah dilipan dan diletak di atas sofa. 

Hazirul sudah duduk menyilang kaki di kerusi. Mata terus memandang gelagat Ghazi. 

“Sorry.. Aku panggil kau tiba-tiba.” ujarnya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung. Beberapa dokumen dari dalam laci meja dikeluarkan dan dihulur kepada Hazirul. 

Hazirul hanya berdiam diri. Tiada apa sudah yang dia perlu buat di dalam pejabat ini. Malah kuasa dia bukan boleh digunapakai lagi. 

“Tentang projek ini.. Aku mahu terminate saja tapi rasanya tidak patut aku buat suka hati tanpa dengar daripada mulut orang yang tandatangan projek ini.” tangan meminta Hazirul unutk memeriksa semula dokumen dan segala perancangan projek yang dia sudah tandatangan dahulu. 

Hazirul menyambut malas. Mata laju membaca setiap helaian muka surat. Bibirnya tersenyum sinis. 

Dokumen kembali diserahkan kepada Ghazi. 

“Ini kau boleh terminate bila-bila masa. Campak depan muka orang yang propose ini pun tak apa. Aku tandatangan saja. Lagipun kuasa aku sudah tidak laku. Tiada apa yang berbaloi pun mengenai projek ini kecuali keuntungan sebelah pihak semata.” dia ketawa sinis. 

Mata dibawa merenung ke arah tingkap. Langit biru sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

“Kau marah pada aku ke? Sebab jawatan ini?” dia perasan riak tidak suka di wajah Hazirul. 

Hazirul menggeleng. Mungkin hari itu dia terlalu mengikut perasaan kerana desakan ayah. Tetapi selepas berehat beberapa hari ini, pikirannya lebih terbuka. Dia mampu berfikir dengan lebih rasional. Sudah lama dia mahu terlepas dari genggaman keluarga, dan kehadiran Ghazi sedikit sebanyak memberi dia peluang tersebut. Dia tidak lagi perlu memaksa diri untuk memenuhi kehendak ayahnya. 

“Kalau kau mahu, aku boleh beri semula.” tawar Ghazi. 

Hazirul mengangkat tangan tanda tidak perlu. 

“Thanks to you.. Akhirnya aku bebas dari neraka dunia ini.” tangan didepakan dan memusingkan-musingkan kerusi dengan kaki. Dia ketawa jahat.

Didalam kepala dia sudah merancang beberapa perniagaan santai lain yang boleh dia usahakan. Dia sudah bosan dengan syarikat besar ini. 

Mata kembali ke wajah Ghazi.Dia membelek lelaki itu atas bawah. 

“Apa?” Ghazi turut membelek diri sendiri. Pelik dengan pandangan Hazirul padanya. Jangan cakap Hazirul ini masih berminat dengan dia pula...

Ataupun ada yang tidak kena padanya. 

“Tak ada apa. Okaylah! Rasanya dah tiada apa kau mahu tanya pada aku kan. Aku minta diri dulu.” 

"Tunggu dulu. Aku mahu tanya mengenai ayah kau, Tan Sri Rahman.." Ghazi menghalang. Jari mengetuk-ngetuk meja, berfikir. 

Hazirul kembali duduk. 

"Kau tak kisah kan?" Dia meminta izin pula. Risau juga kalau Hazirul tidak senang dengan permintaannya kali ini. 

Hazirul meminta dia meneruskan. Dia tidak berpihak kepada sesiapa apalagi ayah sendiri. Lelaki tua yang gilakan harta dan pangkat itu. Tiada harta dalam dunia yang dapat memuaskan sifat tamak Tan Sri Rahman.

"Apa yang kau mahu tahu?” kaki disilangkan. 

Ghazi baru mahu membuka mulut, Hazirul terlebih dahulu menyambung. 

“Dia seorang lelaki yang gilakan kuasa dan harta. Lelaki yang akan lakukan apa sahaja demi duit dan akan memperjudikan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu.”

Mata Ghazi terkebil-kebil mendengar kata-kata Hazirul. Nada suara lelaki itu berubah geram. Penumbuknya digenggam kuat sehingga timbul sedikit urat-urat hijau di lehernya kerana menahan marah.

“Aku tahu kenapa kau tanya.. Pasti kau sudah semak semua projek dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang Razin beri pada kau, bukan?” Mata Hazirul hilang cahaya.

Wajah lelaki itu agak cengkung dan penat. Tetapi riaknya masih digagahkan supaya tidak terkesan masalah di wajah. Walaupun tidak begitu ketara, namun Hazirul yang pernah dia jumpa di Kafe dulu agak berisi sedikit. 

Senyuman Hazirul senget.

Tok! Tok!

“Encik Ghazi.. Encik Hijjaz dah sampai.” ujar Inas sebaik sahaja pintu dibuka dan mempersilakan Hijjaz untuk masuk menemui Ghazi di dalam pejabatnya.

“Yo! Bro..” 

Hijjaz tersengih dari belakang tubuh Inas. Tangan kanannya diangkat.

“Thanks, Inas. Duduk, Jaz.” 

Mata Hazirul membulat.

“Jazz? Hijjaz? Hah.. Ghazi kawan kau ke, Hijjaz?” Jari Hazirul bergerak -gerak diantara Ghazi dan Hijjaz. Dia benar-benar tidak sangka akan kebetulan yang berlaku sekarang ini. 

Ghazi dan Hijjaz mengangguk serentak. Ketawa pecah di bibir Hazirul. 

“What a coincidence! I’ve been wondering what kind of person you are, Ghazi?”

“I’ve been wondering the same thing, Mr Hazirul. Trust me.” 

Ghazi mengekek di dalam hati. Dia sendiri tidak tahu kenapa begitu banyak kebetulan yang terjadi di dalam hidupnya. Seakan-akan dunia ini berputar di sekeliling dia saja.

“By the way, nice to meet you again, Jazz. Lama sudah tak nampak kau di kelab.”

“Nice to meet you too, Rul. Aku menyorok sekarang.” Gigi ditayang. 

Sebenarnya dia ambil serius pesanan Falah pada Ghazi untuknya hari itu. Kegiatan dia sudah dihidu. Mahu tidak mahu, dia kena berhenti melakukan kegiatan dan perniagaan terkutuk itu sesegera mungkin sebelum dia tertangkap pula nanti. Sekarang dia hanya pergi dan balik kuliah saja. Lagi beberapa bulan, dia sudah tamat belajar. Rancangnya mahu cari kerja yang stabil saja. Lebih selamat demi masa depan dia dan keluarga. 

Hazirul hanya mengangguk. Mungkin dia dapat menangkap maksud ‘menyorok’ Hijjaz. Itu lah lumrah hidup orang seperti Hijjaz. Bila kantoi, cepat-cepat lari.

Telefon pintarnya berbunyi. Dia mengerling sekilas ke arah skrin. 

“Okaylah. Aku perlu minta diri dulu. Kalau ada apa-apa, you are welcome to contact me anytime, Ghazi..” tangan dihulurkan. Ghazi menyambut laju. Terpinga-pinga dengan kepergian Hazirul yang agak terburu-buru itu. 

Hijjaz hanya memehati Hazirul berlalu keluar dari pintu. Wajah dipalingkan semula kearah Ghazi hanya apabila pintu bilik itu tertutup rapat. 

“Dia okay ke?” soalnya. 

Hazirul tidak seperti Hazirul yang dia kenal. Dia kira Hazirul akan mengamuk atau bermasam muka dengan Ghazi. 

“Okay aje aku tengok. Kenapa tak okay pula?” 

“Tak lah. Dia tu panas baran. Walaupun aku rasa baran kau lagi teruk, tapi dia tu..” Jari dipusing-pusingkan separa kepala. 

Pen ditangan dibaling ke arah Hijjaz. Ketawa kecil pecah. 

Hijjaz ni nak kutuk mamat tu pun, tak payah lah cop dia gila weh!

“Betul lah! Ini antara kau dan aku saja tau. Dia tu..”

“Gay..” “Biseks.”

 Ujar mereka serentak tapi dengan dua jawapan berbeza. 

Hijjaz menggeleng sambil tangannya membuat tanda pangkah. 

"Dia biseks..” 

Ghazi mengecilkan mata. Tidak percaya. Yang dia tahu, Hazirul itu gay. Suka pada lelaki.. 

“Dia pernah kahwin.” Kerusi dirapatkan ke meja. Hijjaz sudah masuk mood mengumpat.

“Mana kau tahu?” dan semestinya ada Ghazi yang melayan Hijjaz mengumpat.

Wajah Hijjaz bertukar bangga. Dia tersenyum senget. 

“Zack. Dia terlepas cakap pada aku masa dia mabuk. Kalau kau nak tahu, dia tu biseks. Sekarang ni dia jadi gila talak.. Tapi, bekas isteri dia tak mahukan dia dah. Dia yang tergila-gilakan bekas isteri dia sekarang.” 

“Kau ni.. Pandai-pandai aje.” air liur ditelan. 

Dia jatuh simpati pula pada bekas isteri Hazirul. Pasti pahit kenyataan yang harus dia telan apabila mengetahui suami sendiri mendatangi perkara haram. 

“Terserah kau lah nak percaya atau tak. Sebab itu aku kata dia tu tak betul. Tertekan sampai jadi mereng. Nampak je elok kepala otak dia tu. Datang gila dia, tak boleh bawa berbincang.”

Ghazi pandang Hijjaz kecil besar. Hijjaz ini kalau pasal mengumpat, semua cerita dalam poket dia. Boleh jadi wartawan hiburan.

“Ah, satu lagi.. Punca dia jadi mereng macam tu, dari bapak dia sendiri lah.”

Kalini senyuman Ghazi mati. 

“Bapak dia? Tan Sri?”

“Siapa lagi.. Tan Sri itu aje lah bapak yang dia ada. Kau hati-hati sikit dengan Tan Sri tu. Ikut pada apa aku nampak, Zack dengan Hazirul memang tak berani lawan Tan Sri Rahman. Malah, semua orang besar dalam syarikat ini memang hormat betul dengan Tan Sri.”

“.. Kalau kau nak tahu, gelaran Tan Sri itu pun dia dapat sebab syarikat ini tau.”

Kening Ghazi berkerut. 

“Maksud kau?”

“Apa yang aku tahu lah.. Tan Sri Rahman yang ambil alih kuasa Mama dan Ayah kau sebelum kau muncul di sini. Segala kontribusi Saven pada masyarakat, semuanya diiktiraf atas nama dia. Sebab dia yang mengawal Saven sebelum ini. Sepatutnya anugerah Tan Sri tu pergi pada Mama kau. Ini syarikat mama kau. Pengasasnya. Sekalipun bapak mertua kau pun belum layak nak dapat pangkat Tan Sri, dia yang kaki rasuah boleh senang-senang dapat Tan Sri. Tak pelik ke?”

Ghazi fokus mendengar. Dia tidak berapa kisah sangat akan hal pangkat-pangkat ini. Pangkat tidak membuktikan apa-apa. Lihat sajalah berapa ramai manusia yang diberi pangkat kebesaran itu, tapi boleh kira pakai jari berapa orang saja yang benar-benar layak memakai gelaran terhormat begitu. Lagipun, melihat kepada senarai pemegang-pemegang saham di dalam syarikat Saven ini, ramai di antara mereka memang orang-orang berpangkat besar. Memang tidak pelik lah kalau Saven banyak terpalit isu politik. Bapa mertua dia juga menggunakan Saven sebagai metod untuk meraih sokongan dan undian rakyat. 

“.. Celine.. Kau ingat dia lagi tak?” Tangan Hijjaz cuba melakar semula bentuk tubuh ramping dan cantik Celine. 

Ghazi cuba mengingat semula gadis yang dimaksudkan oleh Hijjaz. 

“Oh.. Awek tu.. Dekat kelab dulu tu?”

Tangan hijjaz membuat bentuk pistol dan dihalakan ke kepala Ghazi.

“Bang! Betul! She is Zack’s cousin. Ayah dia someone juga dalam syarikat ni. Kau baik dengan dia, kau baik dengan ayah dia.”

Mulut ternganga. Hijjaz memang banyak informasi berguna untuk dia. Tangan bertepuk perlahan. Dia tidak sangka sudah tiba hari dimana Hijjaz benar-benar berguna.

Hijjaz bersandar ke kerusi dan bersilang kaki. Baru Ghazi tahu bagaimana function-nya dia sekarang ini. Dia bukan pegang gosip-gosip murahan tau. Dia layan gosip-gosip eksklusif sahaja. 

“Back to our topic. Mana duit sewa rumah bulan ni? Ingat baju-baju kau dekat rumah aku tu boleh duduk menumpang percuma ke?”

“Aish.. Kedekut betul lah kau ni. Dengan baju aku pun nak berkira.” Dompet dikeluarkan. Beberapa keping not 50 diberi kepada Hijjaz. 

“Aku bukan apa. Kalau kau ni masih papa kedana macam dulu, boleh lah aku nak buat amal jariah. Sebab kau dah kaya sekarang, kena lah berkira lebih sikit.” Senyuman melebar apabila dia terperasan not ringgit ditangannya berjumlah lebih banyak sedikit dari apa yang sepatutnya Ghazi bayar. 

“Lagipun, aku tengah sengkek sangat sekarang ni. Bisnes tak boleh jalan.. Kereta aku tu nak kena servis dah.” Duit disumbat masuk ke dalam kocek seluar.

Muncungnya keluar. Botak kepala memikirkan dimana dia mahu gali duit.

"Nah! Kau pakai motor aku dulu. Kereta tu kau simpan je lah. Mahal lah kos sara hidup kereta.” Kunci motor yang diambil dari dalam laci meja diserahkan pada Hijjaz. 

Mata Hijjaz bersinar-sinar. Ghazi memang kawan sejati!

“Apa? Ingat free ke?” 

Rasa teruja Hijjaz pudar. Dia sudah agak! Memang ada bayaran yang perlu dia buat untuk motor ini. Kening diangkat sekali meminta Ghazi untuk mengutarakan kemauannya. 

“Aku dengar kau dapat praktikal dekat syarikat Dato’Uzair?” 

Hijjaz angguk. Penuh rasa ingin tahu. 

“Aku mahu minta pertolongan kau..” 

“Spit it out. I am listening.”

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience