BAB 15

Romance Series 18757

SEKUNTUM bunga ros berwarna putih dan juga sebuah kotak kecil diletakkan dihadapannya. 

Nuha terkesima. Bukan kerana bunga dan hadiah ini, tetapi kerana orang yang memberi dia hadiah dan bunga tersebut. 

Mata mencari jawapan dari si lelaki.

"Hadiah birthday kau. Aku bagi awal-awal. Jangan minta lagi." Buku nota dikeluarkan dan diletak di atas anduhnya sebagai sokongan untuk dia menulis. 

Aduh. Kan lebih baik kalau Mr Zack sediakan ipad kecil sorang satu untuk ambil order. Tekan-tekan, dah siap.

Nuha membuka kotak hadiah. Bunga ros putih di ambil dan dicium. Wangi! 

Seutas gelang kecil dengan corak bunga kecil tergantung. Matanya bersinar-sinar melihat gelang di tangan. Ini lah hadiah yang paling bermakna pernah dia terima. 

Tangan cuba memasang gelang ke pergelangan tangan. 

"Ni gelang murah aje tau. Aku beli dekat kedai tepi jalan aje pun. Jangan bagi kena air, nanti warna dia pudar." Tangan membantu Nuha memasang gelang pemberiannya. Bunga-bunga kecil yang terbalik, dibetulkan. 

Ghazi senyum. Puas hati dengan pilihan yang dia buat. Gelang ni sesuai dengan Nuha. 

Nuha hanya memerhati kelakuan Ghazi. Dia terharu. Tidak sangka Ghazi akan ambil tahu hal hari jadinya. Tangan kanan di letak ke dada. Sebak tetapi cuba ditahan. Dia tidak mahu Ghazi ingat dia tidak suka pula gelang ini kalau dia menangis terharu. 

Mata Ghazi bertembung dengan matanya. Senyuman di bibir lelaki itu menikam ke jantung. Senyuman yang paling cantik pernah dia lihat. Hanya beberapa saat, selepas itu riak wajahnya kembali beku. 

Erm. Ghazi ni..

"Happy Birthday." Ucapnya lembut. 

Dia berdiri semula dan meletak buku menu di hadapan gadis itu. Tangan kembali bersedia untuk mencatat. Mulut mengarah gadis itu untuk membuat pesanan. 

"Kalau macam tu, awak datanglah parti hari jadi saya nanti." Senyuman masih tidak boleh dia simpan. Hatinya senang. 

Dia mula bercerita tentang tema dan rancangan parti hari jadinya. Ghazi hanya mendengar. Setelah Nuha berhenti bercerita baru lah dia membuka mulut. 

"Tak mahu lah. Tempat macam tu tak sesuai untuk aku. Kan aku cakap, ni hadiah hari jadi kau. Jangan minta apa-apa lagi termasuklah, minta aku datang parti kau." 

"Kalau awak tak mahu datang,saya pun tak mahu pergi juga!" Nuha berpeluk tubuh. Dia tekad. 

Ghazi garu kepala yang tidak gatal. Nuha sudah mula buat perangai mendesaknya. Kali ini dia tak akan kalah lagi. 

"Ikut kau lah. Bukan parti aku. Cepat order!" 

Dengusan dari bibir Nuha kedengaran. Marah lah tu. Ada aku kisah? 

Gadis itu membelek-belek menu dengan kasar. Tak ada selera dia mahu makan. Dia mahu protes. Kalau dia boleh koyak menu ini di hadapan muka Ghazi, sudah dia buat. Tapi takutlah pula kalau Ghazi marah nanti. 

Sudahlah Ghazi ini garang. Sekali lelaki itu mendengus saja dia sudah kecut perut. Apalagi kalau Ghazi marah dan bersuara. Rasa macam bila-bila masa air matanya boleh merembes keluar. 

Jari menunjuk mana-mana menu yang dapat dia baca. Dia malas mahu memilih. Makan saja apa yang jarinya tunjuk. 

Badan kembali disandar ke belakang apabila Ghazi sudah berlalu. Helaan nafas dilepaskan. Mungkin dia patut batalkan saja rancangan parti hari jadinya dan habiskan seharian itu menyambutnya dengan Ghazi. Tapi, apa pula kata daddy nanti. 

Setiap tahun parti hari jadinya akan menjadi perhatian, disitu juga lah Daddy akan mengukuhkan imejnya sebagai ahli politik. Dia tidak mahu memporak-perandakan kerjaya Daddy pula hanya kerana kepentingan diri sendiri. 

Ah! Serabutnya! Dia mahu sambut hari jadinya bersama Ghazi..

"Hai, cik Nuha.." 

Sapaan tersebut menyedarkan dia dari mengelamun. Mata memandang ke wajah lelaki yang sudah duduk di hadapan. Mata dikecilkan cuba mengingati wajah lelaki ini namun gagal. Dia tidak kenal langsung gerangan si pemuda.

Tangan Nuha cuba di capai namun cepat-cepat dia menarik tangannya. 

"Im sorry. I just want to wish you happy birthday. I ada hadiah juga untuk you." Sebuah kotak kecil dari dalam kot bajunya dikeluarkan. Kotak itu dibuka dan ditolak dekat kepada Nuha. 

Senyuman penuh makna diberikan. Wajah si gadis di pandang tidak lepas.

"Sorry. I tak terima hadiah daripada individu tak dikenali. If you want to give me your gift, give it to me on my birthday. Not now." Hadiah berbentuk sebuah cincin exclusive itu ditolak semula. Dia tersenyum cukup sekadar untuk mengambil hati agar lelaki dihadapannya ini tidak kecil hati dengan penolakannya. 

Lelaki berambut  side fringe itu ketawa menyindir. Bibirnya tersenyum sinis. 

"How about just now?" Mata memandang ke arah rantai tangan yang terletak cantik di tangan kiri Nuha. 

Nuha mengangkat tangan kirinya.

"This one is special, from someone special in my life. Ini tak dikira." 

Gelang ditangan di gerak-gerakkan. Matanya mengharap sikap memahami dari si lelaki. 

"Kenapa ni?" Suara tegas Ghazi berbunyi. 

Mata tajam menikam wajah si lelaki. Dulang makanan di letakkan di meja sebelah dan pinggan makanan yang dipesan Nuha di letakkan di hadapan gadis itu.

"Nope. Nothing. Enjoy your food, miss Nuha. I cannot wait to see you at the party." Cermin mata hitam di kolar baju ditarik. Lelaki itu meminta diri. 

"Siapa tu?" Soal Ghazi. 

Nuha buat riak wajah mengatakan dia pun tidak tahu. Tiba-tiba saja sudah duduk di hadapannya tanpa dijemput pun. 

Ghazi curiga. Mata cuba menilai kejujuran raiut wajah si gadis. Iya ke ni..

"Betul lah. Saya pun tak kenal. Kawan daddy kut.." Teka Nuha pula. 

"Kau ni cuba berhati-hati sikit. Bukan semua orang baik. Makan." Arah Ghazi. Dia berlalu ke meja lain pula apabila namanya dipanggil. 

Makanan di dalam pinggan di cucuk dan menyuap masuk ke dalam mulut. Mata mengekori Ghazi kemana sahaja lelaki itu pergi. Sesekali dia merasa mahu hentak saja meja setiap kali ada pelanggan lain yang cuba mahu menyentuh lengan lelaki itu.

Nasib lah Ghazi bukan lelaki yang mudah-mudah disentuh sana sini. Kalau tidak, sudah lama dia baling garfu di tangan ini. 

"Cik Nuha jangan risau sangat. He won't cheat behind you." Suara Joseph menyapa telinga. Kepala dipalingkan dan senyuman terukir di bibir. Malu pula ada orang lihat apa yang dilakukan dari tadi. 

"Lama cik tak datang." Ujar lelaki itu lagi. Dia menge-mop lantai di sebelah meja Nuha. 

Nuha membalas ala kadar. Tak kan dia mahu cakap yang Ghazi tidak beri dia datang hari-hari.

"Betul tu Cik Nuha. Jangan risau. Ghazi setia orangnya." Ban pula menyampuk. Dia pun menge-mop di kawasan yang sama seperti Joseph memandangkan dia tiada pelanggan hari ini. 

Sesekali mop mereka bertembung. 

"Kau ni ketepi lah. Aku cop dulu tempat ni." Batang mop Joseph melanggar batang mop Ban.

Ban tidak puas hati. Dia hentam pula batang mop Joseph semula.

Pertelingkahan mereka berhenti apabila Ban memberi isyarat mata bahawasanya Mr Zack di belakang mereka. Terkedek-kedek mereka berdua berlalu pergi dari situ. Kembali ke meja masing-masing. 

Zack duduk berdepan dengan adik kawan baiknya itu.

"Hai, Nuha." 

Nuha memandang ke arah tingkap. Sapaan Zack dibiar sepi. 

Zack mengeluh. Dia sudah jangka layanan dingin dari Nuha tetapi tidak boleh kah Nuha lupakan saja salahnya. Dia sudah mengaku salah pun. 

"Nuha nak hadiah apa hari jadi nanti? Zack akan belikan untuk Nuha. Zack janji!" pujuknya. 

Mata memandang ke wajah Zack. Menyampah! 

"Betul? Then, bring back my brother." 

Zack menelan air liur. Sah lah keinginan Nuha yang satu itu mustahil dapat dia tunaikan. Kalau dia tahu dimana Ali, dia lah orang pertama yang akan pergi mendapatkan lelaki itu. Tetapi tidak. Jangan kata Ali, bayang Ali pun dia tidak dapat kesan.

"Kalau tak boleh, tak payah susah-susah nak bagi apa-apa. Tak perlu risaulah, Zack. Your secrets are safe with me." Air didalam gelas disedut. Makanan yang terbiar itu dia suap ke dalam mulut. 

Zack bangun dari duduknya. Dia berdehem sekali dua. Lebih lama dia duduk di sini, makin resah gelisah hatinya. 

"Okay lah. Zack jumpa Nuha masa parti nanti. Zack cuma mahu Nuha tahu yang macam mana Ali sayangkan Nuha, macam itu juga sayang Zack pada Nuha. Nuha sentiasa adik kesayangan Zack." 

Nuha mencebik. Sakit hatinya mendengar kata-kata Zack. Kalau tak kerana idea bodoh dia, abang Ali tak kan bergaduh besar dengan daddy dan keluar dari rumah. 

Dia sambung merenung ke luar tingkap. Gelang di pergelangan tangan di pandang. Bibirnya mengukir senyum nipis. 

•••

BUNGA ros putih pemberian Ghazi di letakkan di dalam pasu gelas kecil berisi air. Mata tidak puas memandang kuntuman segar tersebut. Bibir juga tidak penat tersenyum sejak pulang tadi. 

Panggilan Mummy tidak diendahkan. Dia leka memandang gambar Ghazi yang sempat ditangkap senyap-senyap di kafe. Telefon di letak ke dada. Mata ditutup, cuba merasa degupan di jantung sambil membayangkan Ghazi sedang tersenyum ke arahnya. 

Muka ditekup ke bantal sebaik sahaja bayangan wajah itu muncul di dalam fikiran. 

"Berangan aje kerjanya. Mummy panggil pun tak dengar." tegur Datin Zarina sebaik sahaja dia membuka pintu bilik si anak. 

Nuha tersengih. Badan dibangunkan dari meniarap di atas katil. 

Beberapa tupperware berisi makanan Datin Zarina letak didepan Nuha. 

"Ini, mummy masak lebih. Nuha tolong hantar kepada Ghazi ya?" 

Nuha terkejut melihat deretan bekas makanan yang mummy susun meninggi. Ada dalam 3-4 jenis lauk juga. Amboi. Mummy ni sayang Ghazi lebih dari sayang dia. Tak pernah pun mummy bungkus sekali banyak makanan begini untuk dia.

Lengannya di tampar kuat oleh datin Zarina. 

"Sakitlah mummy.." rengeknya. 

"Mengada sangat. Mummy bungkus ni sebab fikirkan Ghazi tu lelaki. Mana sempat nak masak sendiri semua. Pergi cepat hantar ni. Fitri ada di bawah tu boleh tolong hantarkan Nuha ke tempat kerja Ghazi." Desak Datin Zarina. 

Nuha malas-malas bangun dari katil untuk bersiap. Padahal dalam hatinya suka bukan main. Dapatlah dia jumpa Ghazi lagi hari ni. Tak puas jumpa tengahari tadi saja. 

Dia menyarung mini skirtnya dengan baju tshirt berbutang di hadapan. Ringkas. Rambut pula di ikat ekor kuda sahaja. Badan menari-nari riang sambil terlompat-lompat turun ke tingkat bawah. 

Fitri menunduk sebaik sahaja melihat Nuha yang baru turun dari tingkat atas. Bekas makanan di tangan Nuha diambil. 

"Mummy! Nuha keluar dulu tau." Jeritnya sekuat hati. Kaki mengekor langkah Fitri ke kereta. 

"Abang Fitri berhentikan Nuha jauh sikit dari kafe tau."pesannya. 

Fitri memandang Nuha dari cermin pandang belakang. Keningnya terangkat. Hairan. 

"Kenapa pula cik? Kan senang sampai depan kedai terus." giliran Fitri pula untuk memberi pandangannya. 

Nuha menggeleng. Bukan dia tidak mahu berhenti di depan kedai tetapi dia tidak mahu Ghazi lari sebaik sahaja nampak keretanya. Ini pun dia sudah mesej lelaki itu yang dia mahu datang, Ghazi 'seen' saja. Ei..

Fitri ketawa mendengar alasan Nuha.

"Sayangnya Nuha pada Ghazi ya. Abang tak pernah tengok Nuha begini sebelum ini." Usik Fitri.

Pipi nuha memerah. Wajahnya terasa panas. 

"Erm.." Nuha mengangguk. Memang dia tidak pernah jatuh cinta sedalam ini sebelum ini. Perasaan yang dirasakan kini bagaikan satu perasaan yang baru baginya.

"Untung Ghazi dapat cik Nuha yang baik hati ini." Fitri membodek Nuha. 

Nuha memukul perlahan lengan Fitri. Abang Fitri ni sengaja mahu dia perasan lebih-lebih. 

"Abang tu sepatutnya dah cari girlfriend dah. Buat penat aje Nuha hensemkan abang." 

"Abang ni.. Haih, takde orang mahu lah Nuha." Fitri tergelak kecil mendengarkan kata-katanya sendiri. 

Nuha tak percaya. Iya lah tu tiada orang nak. Entah-entah abang Fitri ni bajet hotstuff kut. Memilih. 

"Mestilah kena pilih. Tak kan mahu tangkap muat aje, Nuha."

"Eleh.." 

•••

KELUHAN dari Ghazi menarik perhatian Ban di sebelah yang sedang mengemas meja. Ghazi menyapu lantai yang berdebu sebelum pulang. 

"Kau ni kalau pandang fon je, mengeluh. Apa cerita ni?" 

Tangan Ban berhenti mengelap meja. Kalini dia memberi sepenuh perhatian kepada Ghazi.

"Takde apa. Nuha ni, nak datang pula. Terpaksa lah aku tunggu dia sampai dulu baru boleh balik." Ujar Ghazi. Dia sambung menyapu debu-debu di bawah meja. 

Ban hairan. Itu aje? Lah, apa yang dikeluhnya.

"Bukan lah. Dah malam-malam buta begini, anak dara keluar buat apa. Tunggu esok aje lah. Bahaya kut." Bebel Ghazi. 

Ban menggeleng. Ghazi ni. Ini Kuala Lumpur lah. Adat dan nasihat lama ni tak boleh pakai di sini. Siang ke, malam ke tiada bezanya di sini. Anak dara dan anak teruna semua sama sahaja. Tiada sebab lelaki boleh keluar malam dan perempuan pula kena duduk rumah. 

"Memang lah. Tapi kalau apa-apa jadi, anak teruna macam kau nak tolong ke? Adat dan nasihat ni wujud kerana sayang. Bukan sukahati orang dulu berpesan-pesan. Paham? Rambut saja sama hitam bro, hati lain-lain." 

Ban mengalah. Bergaduh dengan orang macam Ghazi ni nanti dapat malu saja. Lagipun memang betul juga apa yang dikatanya. Sikit hari lagi dia bakal timang anak sendiri, kalau dapat anak dara nasihat yang sama juga dia akan guna pada anaknya.

"Ini pun dah pukul berapa ni, tak sampai-sampai lagi." Jam di dinding di kerling. Hatinya tidak tenteram selagi Nuha tak sampai kesini. 

Geram betul lah! Cuba duduk saja diam-diam dekat rumah. 

"Alah, biasalah orang dah sayang. Pukul 3pagi pun sanggup menapak jumpa boifren tau." Sengih Ban. 

Kepala Ban diketuk kuat. 

"Itu kau dengan girlfriend kau aje yang buat. Pukul 3pagi tu orang lain membuta dekat rumah. Kau aje buat benda tak senonoh." 

Ban menjelir lidah. Biar lah. Ghazi yang rugi tak dapat merasa nikmat duniawi macam dia. Ha ha. 

"Nikmat lah sangat. Lepastu hari-hari tarik rambut fikir macam mana nak hadap muka mak bapak sendiri dengan bakal mak bapak mertua." Ghazi tunjuk ke arah kepala Ban yang semakin nipis rambutnya. Jangan cakap tarik rambut, hari-hari mamat ni bertegang urat dengan teman wanitanya isu kahwin. Baru dia tahu penangan buat dosa maksiat. Nak kahwin pun susah sebab perut Eliya yang sudah kedepan. 

Bila Ban tak jawab panggilan telefon, Eliya datang mencari pula di kafe. Tak tenang dia mahu buat kerja. Kah. Lepas itu ada hati nak kutuk aku pula. Ceh. 

"Nanti kau dah ada anak, kau rasakan keperitan hidup. Masa tu mesti kau jeles dengan aku. Sekurangnya aku tak dapat anak express. Baru kahwin tak sampai setahun dah kena dodoi baby. Nak honeymoon pun tak dapat." Ghazi gelak jahat. 

Ban mengetap gigi. Ghazi ni. Siap lah kau. 

Iya lah! Memang dia tengah terasa peritnya sekarang ini. Dah tersilap langkah, nak buat macam mana. Terima sajalah. Kalau dia tahu Eliya subur waktu itu, dia tak ambil risiko lah. 

Dia harapkan sokongan mental dari Ghazi, yang dia dapat nanti tazkirah agama pula. Aduh. 

"Apa susah. Berani buat, tak kan tak berani tanggung. Hadap sajalah mak bapak dia. Paling pun kena maki, lepastu kahwin jugak." Ghazi beri solusi tidak bernas. 

Memang itu saja caranya. Tak kan nak kahwin lari. Jangan malukan air muka mak ayah sudah lah.

"Betul juga cakap kau. Baik aku dan Eliya saja yang malu. Kalau mak ayah yang malu, mana mereka nak sorok muka. Paling pun kalau aku dan Eliya yang malu, aku sorok lah muka Eliya. Eliya pula sorok muka aku. Setel." sempat lagi ban berlawak. 

Ghazi bersetuju. Yang paling penting adalah bimbingan suami. nanti, anak mereka yang perlu tanggung malu akibat dari perbuatan mak ayah. Ban sudah perlu siapkan diri dengan ilmu supaya anak yang lahir nanti tak akan rasa kurang dari segi apa pun. Semua orang pun tahu anak yang lahir kerana terlanjur ini selalu disisih oleh keluarga dan sanak saudara. Ini lah kesan yang anak terpaksa tanggung sedangkan mak ayah boleh lepas tangan saja. Haish. 

getaran telefon pintar Ghazi membuat dia dan Ban terdiam seketika. Ban seakan memberi ruang kepada Ghazi untuk menjawab panggilan apabila lelaki itu berlalu ke meja lain. 

"Hello. Kau dekat mana ni tak sampai lagi?" Soal Ghazi sebaik saja panggilan di jawab. 

Nafas Nuha kedengaran tercungap-cungap. 

"Awak.. Ada orang ikut saya." Bisik Nuha dengan suara yang perlahan. Nada suaranya juga seperti mahu menangis. 

Kerutan di dahi Ghazi tadi serta merta hilang. Wajahnya berubah risau. 

"Kau dekat mana ni?" Apron di pinggang dilepaskan ikatannya. Bahu menongkat telefon ke telinga. 

"Lorong. Tapi saya tak tahu lorong yang mana. Dah dekat dengan Kafe. Tapi saya tak ingat saya masuk lorong mana." 

Ghazi memaki di dalam hati. Kawasan kedai blok mereka ini sikit punya banyak lorong. 

Dia sudah rasa tidak sedap hati. 

"Lorong mana? Aku datang ambil kau." Apron di campak ke atas meja. Dia berlalu ke arah Lily untuk memberitahu akan kepergiannya sebelum dia berlari keluar dari kedai. 

Mata memerhati setiap lorong yang mungkin Nuha lalui. Kawasan ini sudah gelap. Banyak kedai yang sudah tutup. Lorong mana pula minah ni masuk..

"Tadi saya berhenti depan 7-Eleven tu. Selang beberapa lorong dari situ, orang tu mula ikut saya. Saya terus masuk lorong terdekat." Kalini Nuha sudah menangis. Suaranya jelas dia ketakutan. 

Ghazi tumbuk tiang lampu di sebelahnya. 7-Eleven itu jauhnya hampir beratus meter juga dari sini. Nuha pun satu, kenapa berhenti jauh dari kedai. 

Kaki berlari menuju ke arah 7-eleven yang Nuha maksudkan. Dia harap dia sempat sampai sebelum apa-apa terjadi kepada gadis itu dan dia harap Nuha punya skill atlet yang bagus. Contohnya, berlari.

Ah! Macam mana kalau dia berkasut tumit tinggi pula malam-malam buta ni. Aduh.. Mana nak larinya. Satu-satunya pilihan yang ada sekarang adalah Ghazi yang perlu sampai secepat mungkin. 

"Awak dia dekat belakang-" 

Tutt..

Kaki Ghazi terhenti. 

"Weh, Nuha! Wei !" Skrin telefon dilihat. Panggilan sudah dimatikan. 

"Tak guna!" Kaki dilajukan selaju yang boleh. Sekalipun dia atlet larian sekolah dulu, tak mungkin dia dapat sampai dalam masa beberapa saat sahaja. 

Segala sakit dan penat dilupakan, yang penting sekarang adalah keselamatan Nuha Irdina!

Dia berhenti betul-betul di depan 7-Eleven. Destinasi terakhir Nuha. Mata berlari-lari melepasi setiap lorong yang ada. Fikirannya buntu. Tidak pasti mana satu lorong yang dia harus masuk. Kalau tersalah, dia akan rugi masa. Apa-apa sahaja boleh terjadi dalam masa beberapa minit dan saat. 

Halkumnya bergerak ke atas dan bawah. air liur yang ditelan terasa pahit. Nafasnya tercungap-cungap. Perlukah dia telefon polis sahaja? Tapi, sementara tunggu polis, macam mana kalau ada apa-apa terjadi kepada Nuha. 

Argh! Dia tak kan boleh maafkan dirinya kalau terjadi apa-apa pada Nuha! 

Mata ditutup rapat. Cuba menenangkan fikiran. Solusinya cuma satu. 

'Kaduk..' 

Dia seru nama itu di dalam hati. Dia yakin lelaki itu tahu siapa yang dia maksudkan.

'Kaduk.. Aku sanggup tukar apa sahaja, sebagai bayaran pertolongan engkau.' 

Mata dibuka perlahan apabila dia dapat merasakan hembusan angin kuat menampar wajahnya. 

Wajah si pendamping hanya beberapa inci dari wajahnya. Lelaki itu mengangguk perlahan dan hilang. 

Ghazi kejang untuk beberapa saat sebelum dia kembali berlari mencari Nuha. Harapannya hanya kaduk. Dia tiada daya untuk membuang masa. 

Tiba-tiba kakinya terhenti. Sosok kaduk dari kejauhan, menunjuk arah yang dia perlu pergi. 

"Yes!" 

Kaki mengejar bayang kaduk. Kemana saja lelaki itu muncul, dia terus mengejar dan mengejar sehingga tiba di sebuah gudang kecil di belakang deretan kedai. 

Kaki terpijak bekas makanan yang tumpah di atas jalan. Nafas diambil supaya jantungnya  berdegup dengan tenang semula. Dia yakin Nuha di dalam. 

Sekali lagi hatinya memaki kuat apabila pintu gudang tersebut berkunci dari dalam. Kaduk sudah hilang. Sekarang dia hanya boleh harapkan diri sendiri. 

Pintu gudang tersebut disentuh. Ghazi menghembus nafas lega. Nasib lah pintu ini hanya pintu gudang biasa. Bukan dari material keras seperti besi. 

Jeritan dan tangisan seorang gadis dari dalam gudang membuat jantung Ghazi kembali berdegup kencang. 

Dia menjarakkan diri sedikit. Dengan lafaz bismillah didalam hati, dia berlari dan menendang kuat pintu gudang. 

Bamm!! 

Dan lagi.

Bamm!!

Setiap tendangannya pasti diikuti dengan teriakan Nuha dari dalam seperti sedang terseksa. 

Ghazi membuat tendangan terakhir. Kunci yang disekat dari dalam, patah. 

"Ghazi.." Rintihan dari Nuha menampar telinga. Cepat-cepat ditolak pintu besar tersebut. 

Mata menangkap sekujur tubuh yang terbaring lesu yang sedang diratah oleh seorang lelaki bertopeng. Melihat warna kulit si gadis saja dia sudah tahu yang terbaring itu adalah gadis yang dia cari. 

"Tak guna!" Kaki Ghazi menendang kuat lelaki bertopeng menyebabkan lelaki itu terpelanting beberapa meter jauh dari mereka berdua. 

Kemeja di badan ditarik kasar. Butang-butang tercabut akibat rentapan kuat. Tubuh lesu itu ditutup dengan baju yang baru direntap dari badannya. 

Mata kembali mencari lelaki tadi. Dia akan ajar lelaki ini cukup-cukup! 

Dalam keadaan yang gelap, Ghazi cuba mendengar hela nafas dan derapan kaki lelaki bertopeng tersebut. Namun, gagal. 

Dia menumbuk kuat susunan guni yang berisi di tepinya. Bocor isi guni tersebut. 

Esakan Nuha membawanya kembali ke realiti. Badan Nuha menggigil ketakutan. Air mata mengalir tidak berhenti. 

Nuha dipeluk erat. Tangan Ghazi menggosok-gosok perlahan bahu Nuha, cuba untuk meniup semangat ke dalam diri gadis malang tersebut. 

"Aku ada dekat sini. Jangan takut, aku ada.." Bisik Ghazi. 

Rambut Nuha dirapikan. Rambut yang terlerai menutup wajah ditarik belakang. Badan yang terdedah ditutup kemas dengan baju kemejanya. Nasiblah dia ber-tshirt putih di dalam. Kalau tidak, entah mana pula dia mahu mendapatkan kain untuk melindungi tubuh Nuha. 

Air mata yang mengalir diseka dengan jari.

Hati dia sakit melihat air mata si gadis. Kalau dia dapat lelaki tadi, mati dia kerjakan. Hanya mati saja dapat membayar rasa sakit setimpal dengan apa yang dialami Nuha. 

•••

TUMBUKAN tiba-tiba hinggap ke muka Ghazi.

Rahangnya disentuh. Mahu dislocate juga rahangnya akibat dari tumbukan tadi. Kalau dislocate rahang dia ni, dia dislocate balik rahang mamat depan ni. 

"Kau memang sengaja kan. Entah-entah kau yang rancang semua ni!" Suara Aiman kuat. Kolar baju Tshirt putih Ghazi di cengkam. 

"Sudah! Aiman, lepaskan tangan kamu." Suara Dato'Uzair muncul di antara mereka berdua. Lelaki tua itu mengurut-urut kepalanya sendiri. Runsing memikirkan apa yang telah terjadi. 

Datin Zarina sedari tadi hanya menunduk mengenangkan nasib anak perempuan mereka. 

"Ghazi benar-benar minta maaf, pakcik. Ghazi yang lambat datang selamatkan Nuha." Ujarnya. Dia bersimpati kepada Dato'Uzair dan Datin Zarina. Kalau dia sampai lebih awal, pasti semua ini dapat dielakkan. 

Tangan Dato'Uzair bergerak ke kiri dan ke kanan. 

"Jangan macamtu, Ghazi. Ghazi dah tolong banyak sangat. Kalau Ghazi tak ada, Pakcik tak dapat bayangkan kemungkinan lain yang boleh berlaku." 

"Ah! Semua ini lakonan dia saja, Uncle. Dari dulu memang kau target Nuha kan?" Aiman menengking. Dia tidak boleh percaya apa yang telah berlaku pada sahabat baiknya itu. 

Ghazi memandang kosong ke arah Aiman. Ikutkan hati yang panas, sudah lama Aiman makan buku limanya.

"Sudah, Aiman. Kalau nak bertekak di sini, Kamu balik saja. Dan tolong, jangan sebarkan apa yang terjadi sekarang ini. Uncle dah cukup sakit kepala sekarang." 

Aiman terdiam. Dia duduk di sebelah bangku Dato'Uzair. Hatinya masih marah, namun melihatkan keadaan dan situasi sekarang, amarah dan ketidak puasan hatinya disimpan sendiri. 

Doktor Razuan keluar dari dalam bilik rawatan. Laju kaki Aiman mendapatkan doktor Razuan. Ghazi lega apabila melihat senyuman nipis dari doktor Razuan. Nampaknya keadaan Nuha baik-baik saja. dia risau kalau ada kecederaan serius memandangkan ketika dia menyelamatkan Nuha tadi, dia tidak sempat pula mahu membelek bahagian tubuh gadis itu jadi dia tidak tahu samada Nuha tercedera atau tidak. 

Tadi pun nasib dia teringat kepada Doktor Razuan juga imej politik Dato'Uzair. Kalau tidak, dia sudah hubungi hospital biasa saja. 

Ah! Nasib lah dia teringat juga yang Nuha ini memang buruan wartawan. 

"Semuanya baik. Tiada kecederaan serius. Urmm.. Boleh saya bercakap dengan Dato' dan Datin di dalam bilik saya tak?" Mata memandang Ghazi dan Aiman. 

Seakan memahami maksud tersirat Doktor Razuan, Ghazi menggalakkan saranan doktor muda tersebut. 

"Betul tu, doktor. Rasanya lebih baik pakcik dan makcik berbincang dengan doktor Razuan di dalam bilik." 

Mendengar kata-kata Ghazi, Dato'Uzair mengangguk bersetuju.

Aiman mendengus tidak berpuas hati. Kenapa tak cakap di sini saja? Hah. 

"Kau sengaja kan. Gembira lah kau, dapat tawan hati orang kaya. Senang hidup kau nanti." Aiman memerli Ghazi. 

Ghazi mengabaikan tohmahan Aiman padanya. Dia duduk kembali ke kerusi. Malas dia mahu layan manusia seperti Aiman ini yang hanya melihat orang lain dari luaran. 

"Ini lah orang miskin. Tak nak usaha, tahu nak hidup senang dengan cara mudah." tambah Aiman lagi. Hati nya masih membara.

"Kalau kau nak mengutuk aku pun, cuba tengok sekeliling. Ini hospital. Ada orang sakit dekat dalam tu. Orang yang kau sayang pula tu. Baik kau duduk diam-diam. Jangan sampai dengan kau sekali warded."

Aiman mengunci mulut. Bibir diketap. Akhirnya dia duduk di sebelah Ghazi. 

Air muka Ghazi direnung. Keluhan keluar dari bibir bersama segala amarahnya.

"Thanks.. sebab tolong Nuha." ujarnya perlahan. Tercalar ego dan air muka kerana terpaksa berterima kasih kepada Ghazi. 

Ghazi senyum nipis. Dia malas mahu buka mulut. Kepalanya penuh dengan Nuha saja. 

Apa motif lelaki bertopeng itu. Dia salah seorang dari lelaki-lelaki jijik yang disebut Ban kah? Yang menjadi terlalu obses terhadap Nuha. Atau lain?

Aiman membebel-bebel tidak sudah di tepinya. Satu pun dia tidak dengar apalagi  faham. Hanya setelah terdengar panggilan dari Dato'Uzair baru dia tersedar. 

Mereka berdua masuk ke dalam bilik yang menempatkan Nuha Irdina. Datin Zarina duduk di tepi katil menemani anak gadisnya. 

Ghazi mencuri pandang Nuha di atas katil namun seluruh tubuhnya termasuk kepala di selimut. Haih.

Suara Ghazi membuat Nuha mahu kembali menangis. Dia malu mahu menunjuk muka. Apalagi membayangkan pandangan Ghazi padanya. Jijik! Dia jijik! 

Kuku menguis-nguis kulit lengan sehingga luka. Dia mahu siat semua kulitnya yang telah disentuh lelaki durjana itu. Hidupnya musnah! Musnah! 

Ghazi memberi kata-kata semangat kepada Dato'Uzair yang duduk di sofa. Lelaki itu diam tidak berkutik dari tadi. dia tahu Dato'Uzair masih dalam keadaan terkejut.

"Arghh!!! Mummy !!" teriakan Nuha mengejutkan mereka bertiga. Gadis itu menangis dan meraung sekuat hati. Lengannya sudah merah dan luka. Tubuh Datin Zarina dipeluk kuat. Datin Zarina menahan sebaknya dan menepuk-nepuk perlahan belakang anak gadis itu agar anak itu bertenang. 

Dato'Uzair menghampiri mereka berdua. Kepala Nuha diusap lembut. 

"Tak pe. Daddy ada. Daddy sayang Nuha tidak kira apa sekali pun." kepala anak gadisnya dicium lembut. 

Ghazi mengajak Aiman keluar, memberi ruang kepada Nuha untuk bertenang.

Esakan Nuha semakin perlahan apabila dia dan Aiman sudah menutup pintu. Helaan panjang di lepaskan. Memang dia sudah jangka perkara ini akan terjadi. Nuha trauma. 

Bukan dengan kejadian hitam itu saja, malah dengan dia sekali. 

"Kau rasa Nuha boleh sihat semula tak?" soal Aiman. Wajahnya sayu. 

Ghazi mengangguk yakin. Walaupun separuh hatinya ragu-ragu.

"Dia akan pulih semula." 

Dia yakin! Nuha Irdina adalah seorang gadis yang kuat dan berani. Nuha pasti mampu atasi semua ini.

Sekurangnya itu yang mahu dia percaya.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience