BAB 7

Romance Series 18773

Nuha membaling bantal berbentuk bunga itu jauh dari katil. Dia mengambil bantal yang lain dan membalingnya lagi. Wajahnya muram. 

Pagi yang indah ini pun tidak mampu membuat dia merasa lebih baik. Dia rasa mahu menjerit puas puas.

Kenapa lah lelaki ini susah sangat mahu di jinak kan. Kenapa Amir Ghazi ni begitu keras hati nya! 

Dia benci Ghazi! Tapi dia sayang.. 

Memorinya kembali ke hari semalam. 

"Nuha. Aku nak kau faham ini betul-betul. Aku dengan kau tak ada apa apa." Ujar Ghazi, serius. Wajahnya tegas. 

Senyuman Nuha yang dari tadi, mati. 

"Kau faham kan apa aku cakap? Aku tak suka kau di tahap sampai aku nak jadi boifren kau. Erti kata lain, aku memang tak suka kau pun." Ghazi menyambung.

"Jadi, kenapa awak layan saya baik?" Soal Nuha. Dia tidak puas hati dengan apa yang dibicarakan Ghazi sekarang ini. Kenapa layan dia kalau tidak suka?!

Ghazi buntu. Tidak pasti samada jawapannya akan memberi penjelasan kepada Nuha atau hanya membawa kemudaratan. Dia layan Nuha sama macam orang lain. Tak ada kurangnya. 

"Salah ke aku layan kau baik? Aku layan semua orang pun macam tu." Jelas Ghazi. Dia tidak peduli lah apa pun mahu jadi. Kalau layanan baiknya membawa kepada salah faham ini, baik! Dia akan hentikan sekarang juga layanan yang baik ini. 

Dia tidak sebaik yang Nuha sangka. Dia cuma cuba jadi orang baik. Salah kah?

Nuha mendengus. Geram dia mendengar jawapan Ghazi. Selepas hatinya dibuai dengan layanan mesra, Ghazi boleh kata itu semua benda biasa. Layanan biasa?! 

"Okay.. Kalau kau rasa layanan aku pada kau istimewa, itu masalah kau. Aku layan kau macam mana seseorang manusia patut dilayan. Itu sahaja." Dia jadi lebih malas mahu membuat Nuha faham dengan apa yang di kata nya.

Tidak pula dia merasakan layanannya istimewa. Memang dari awal dia tidak suka Nuha pun. Mana ada dia kata dia suka gadis ini. Kalau dia berbudi bahasa dianggap layanan istimewa, sekarang juga dia boleh jadi biadap. Takde hal lah. 

Nuha rasa terhina. Kenapa lah Ghazi ini tidak faham akan perasaan perempuan macam dia. Apa Ghazi mahu, dia boleh beri. Apa sahaja!

Ghazi menggeleng. Sikit pun dia tidak mahu apa yang ditawar Nuha. Dia tidak boleh menipu diri sendiri. Jahat rasanya dia kalau dia tidak menjelaskan hubungan mereka sekarang. 

Kalau Nuha rasa bantuan dia kepada keluarga Nuha tempoh hari adalah sesuatu yang istimewa, jadi dia sesali apa yang dia lakukan. Dia bukan lelaki seperti yang disangka gadis itu. 

Dia hanya seorang manusia yang akan bantu mereka yang didalam kesusahan, itu sahaja. Kalau orang lain di tempat Nuha tempoh hari, dia akan tetap membantu. Tiada sebab! 

Nuha masih berdegil.

"Kalau macam tu, saya akan buat awak jatuh cinta pada saya." Tekad Nuha. 

Ghazi mengeluh. 

"Suka hati kau lah. Aku dah malas mahu layan. Sebelum itu, baik aku berterus terang. Kau bukan taste aku, Nuha. Tiada sikit pun apa yang ada di diri kau yang aku suka." 

Memang dia tak suka. Kehadiran Nuha dalam hidup dia buat semuanya jadi kucar kacir. Dia  terpaksa berfikir banyak. Terpaksa melindungi gadis ini. Terpaksa melakukan sesuatu yang dia tidak rela. 

Dia tidak boleh ubah Nuha. Dan Nuha tidak boleh ubah dia. Titik. 

Pintu kereta Honda Civic itu dibuka. Dia mengucapkan terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam rumah meninggal kan gadis itu sendirian didalam kereta. 

Dia kejam? ya. Dia Ghazi. Dia bukan lelaki romantis. Dia bukan lelaki yang akan berfoya foya dengan hati perempuan. Salah dia kerana tersilap langkah membenarkan Nuha masuk ke dalam hidup nya sedangkan dia tidak rela. 

Baik gadis itu terluka sekarang berbanding kemudian. Nuha dan dia tidak serasi sejak dari mula. Jangan buang masa. 

Rambut yang di ikat, di lepas kan ikatannya. Selimut di tendang sekuat hati. Dia geram! 

Selendang pemberian Ghazi di tepi katil di pandang sepi. Tangan mencapai selendang putih itu dan di gigit sekuat mungkin. Rasa macam dia tengah gigit Ghazi sekarang ini! 

Cari pasal betul Ghazi dengan dia. Baiklah! Kalau dia tak dapat Ghazi, dia akan buat Ghazi yang akan datang melutut pada dia!

Lelaki itu akan menyesal kerana tolak gadis seperti dia. 

•••

Buku buku di atas meja dibelek-belek. Cermin mata bulat yang jatuh ke atas hidung dinaikkan semula. Hari ini dia mengenakan baju Jeans separa betis dengan baju kemeja bercorak jalur. Hujung baju di selit ke dalam seluar. Penampilannya nampak santai. 

Rambut di sepit ke belakang apabila helaian helaian rambutnya yang halus itu mengganggu bacaan nya. 

Jari mengetuk-ngetuk buku di atas meja. Fikiran nya melayang. Entah apa yang difikirkan nya. 

Tepukan di bahu dari belakang membuat dia terkejut. Mahu tak K.O jantung dia. 

Hada dari belakang terburai ketawanya mendengar latah si Nuha. Macam mak nenek! 

"Kau ni. Aku cucuk mata tu pakai pensil ni kang." Nuha masam mencuka. Dia sedang berserabut ni. 

"Okay. Sorry. Kau fikirkan apa ni? Lelaki yang kau mesej aku semalam tu lagi ke?" 

Nuha mengangguk. Hada melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya. Tudung yang labuh itu diangkat sebelum duduk. Takut kerusi kotor atau lain lain. Nanti terpalit pula pada tudungnya. Malu nanti.

wajah Nuha sayu tetapi selepas itu bertukar marah. Buku diatas meja di hentak. 

"Aku akan buat dia melutut datang pada aku. Kau tengoklah." Ujar Nuha. Serius. 

Hada ternganga mendengar deklarasi Nuha. 

Gila! Apa yang Nuha suka sangat dekat lelaki tak ada hati perut itu pun dia tak faham. Kalau dia, dia move on je. Cari lelaki lagi berganda bagus dari mamat tu lepastu hantar kad kahwin. Biar menyesal seumur hidup. Apa dia ingat dia lelaki terbaik dalam dunia ni? Hah!

"Kau nak buat apa?" Tanya Hada. Dia juga sudah mengeluarkan buku catatannya. Risau juga kalau Nuha buat perkara pelik pelik pula nanti. Haru..

Nuha mengetuk-ngetuk kepala dengan pensil di tangan. Otak ligat berfikir akan apa yang harus dia lakukan. Seminit dua..

"Adalah!" 

Hada mencebik. Susah dia mahu tahu apa yang difikiran Nuha ini. Asalkan tidak memudaratkan diri sendiri sudah. 

Yang dia lebih risaukan adalah Nuha. Entah entah Nuha yang pergi melutut datang kepada lelaki itu pula nanti. Haih. 

Ikutkan cerita Nuha didalam whatsapp, Ghazi tu orang miskin saja. Lelaki kampung. Jadi apa yang Nuha mahukan Ghazi sangat? Entah apa yang dia tertarik dengan lelaki itu entah. 

Lelaki kampung. Kerja pelayan saja. Tak sesuai langsung dengan Nuha yang datang dari keluarga elit ini. Ada baiknya juga mereka berpisah. Eh kejap. Mereka pernah bercinta ke. 

"Nuha! Nuha!" Jerit Aiman dari belakang. Lelaki itu termengah-mengah mendapatkan Nuha Irdina. Perut ditekan menahan lelah berlari dari blok A ke blok D ini. 

Kepala Nuha terangkat sedikit. 

"Aiman dah cari mengenai budak lelaki semalam. Dia tu penipu. Kerja pelayan aje. Entah apa dia tipu Nuha supaya keluar dengan dia. Nuha putus je dengan penipu macam tu." Bebel Aiman panjang berjela. Mahu saja Nuha tutup telinganya. 

Ghazi! Ghazi! Ghazi! 

Dia baru mahu pulih dari patah hati tetapi apa yang dia ingat dan dengar dari tadi adalah nama Ghazi. Keluar pula dari mulut 
 si Aiman ni. 

"Halah. Semalam berlagaknya mamat tu dengan Aiman. Padahal pelayan je. Kalau Aiman tahu semalam.." 

"Kau nak buat apa? ha? Kau berani ke nak buat apa apa dekat dia? Semalam pun tergagap gagap." Sampuk Nuha. 

Dia kurang senang mendengar Aiman berkata kata buruk tentang lelaki kesayangan dia. Kalau Aiman berani sentuh Ghazi satu jari pun, dia tak akan berdiam diri. 

You mess with my man, You mess with me! 

Aiman terdiam. Mulutnya tertutup rapat. Takut dia apabila Nuha bertegas sebegini rupa apalagi siap buka cerita pasal dia tergagap-gagap semalam. Argh! 

Tak guna punya lelaki miskin. Sebab dia, Nuha jadi marah. Mesti dia dah brainwashed kepala Nuha ni! 

Lelaki miskin yang hanya tahu mengorat perempuan kaya untuk hidup senang. 

Nuha menjeling Aiman, tajam. 

Kalau tak kerana Aiman ini rapat dengan keluarganya, sudah lama dia pukul kepala si Aiman ni. 

Hada menggeleng. Aiman ni memang tak pandai baca situasi betul. Tak nampak ke mood Nuha tidak berapa baik harini. Cari pasal, mendapat lah.

"Aiman ingatkan aje." Jawab Aiman perlahan. Dia kembali ke tempat duduknya apabila kelibat Mr Andrew kelihatan di luar tingkap kelas. Matanya tidak lepas memandang Nuha Irdina. Gadis pujaan hati. 

Hada melanggar perlahan bahu Nuha. Pandangan matanya menghantar isyarat supaya jangan mengambil hati akan apa yang dibicarakan Aiman sebentar tadi. Aiman tu memang macam tu. Menyibuk tak sudah.

Nuha tersenyum paksa. Ah. Dia jadi rindu kepada Ghazi. Baru satu hari tidak berjumpa, rindunya sudah menebal begini. 

Dia rindu mendengar suara Ghazi yang garang itu. Dan kening nya yang sentiasa berkerut setiap kali marah, keprihatinan dan layanan penuh kasih sayangnya. 

Tiba tiba dia teringat akan kata-kata Ghazi di mana lelaki itu mengatakan bahawa tiada sedikit pun bahagian dirinya yang Ghazi suka. 

Nuha termenung sendiri. Betul ke mereka berdua tidak serasi? Tidak begitu pun di pandangannya. Bagi dia, Ghazi dan dia bagai pinang dibelah dua aje. 

Entah entah Ghazi yang saja menyakitkan hati dia. Dia sudah cakap yang dia tidak kisah langsung pasal harta atau pangkat. Dia hanya mahu Ghazi saja. 

Tiada lelaki lain yang pernah bertakhta di hati nya seperti Ghazi. 

Ghazi! Ghazi! Ghazi! Tak habis habis. 

Kalau boleh dia hentak aje kepala dia sampai lupa ingatan, dah lama dia buat. Biar Ghazi menyesal sebab tinggalkan dia.

Ha! Baik dia bunuh diri je sampai masuk hospital. Mesti Ghazi datang melawat nanti. Dengan cara itu, dapatlah dia tatap wajah yang di rindu. Bersakit sakit pun dia sanggup. 

Eh? Kau gila ke Nuha. Bukan kah kau mahu Ghazi datang melutut pada kau dengan cara terhormat. Kalau setakat kau kena terbaring dalam hospital, itu bukan terhormat namanya. Itu dah macam pergi melawat orang nazak saja. Ish. 

Fikirannya mula mencerna idea yang pelik-pelik dan tidak masuk akal. 

Sikit hari, mungkin dia yang pergi melutut dekat Ghazi. Oh Tidak .. 

•••

Ghazi meletakkan dulang ke atas tray di tepi kaunter pembayaran. Dia berdiri diam disitu dan memandang keluar kafe. 

Tenang sungguh hidupnya dua minggu ini tanpa kehadiran Nuha. Terasa hidupnya bebas. Dia boleh lakukan apa sahaja tanpa tengok muka Nuha. 

Baru dua hari jumpa Nuha, dia rasa macam dua tahun dah kenal perempuan tu. Keluar dengan Nuha macam dah joging 10 pusingan tasik Titiwangsa. Mental dan fizikalnya penat. 

Bagai mimpi sahaja dia sudah tidak perlu lihat muka gadis itu. Inilah yang sepatutnya terjadi. Nuha dan dia orang asing yang saling tidak mengenali. Kalau dari awal begini, pasti dia tidak perlu bersusah payah melayan kerenah Nuha. 

Ban datang mendekatinya sambil bersiul-siul riang. Gembira betul! 

"Happy nampak?" soal Ghazi. Riak wajahnya tidak berubah. Cuma matanya nampak berminat ingin tahu sahaja. 

Ban tersengih. 

Memang dia tengah gembira pun. Cincin silver yang mewah di jari di tayang depan muka Ghazi. 

Ghazi mengangkat kening. Apa dia? 

"Haish. Makwe aku. She proposed to me." balas Ban. Wajahnya ceria. 

Terangkat kening sebelah Ghazi. Dia memandang pelik. 

"Awek kau lamar kau? Bukan sepatutnya lelaki lamar perempuan ke? Dan lagi satu, awek yang mana..?" Ghazi berfikir fikir. Ramai juga perempuan yang selalu menjemput Ban pulang dari kerja. Hampir setiap hari bukan wanita yang sama. 

Mata dikecilkan. Musykil betul.

Berderai ketawa Ban. Tangannya menekan perut. Apalah Ghazi ni. 

"Awek aku lah. Ingat aku keluar dengan macam macam perempuan, aku ni tiada hati perasaan ke? Mestilah ada seorang yang aku betul-betul sayang." Jelas Ban. Matanya masih membelek-belek cincin pemberian kekasih hati di jari. 

Ghazi mengangguk walaupun dia tidak sepenuhnya percaya kata kata Ban. Bukan sebab awek tu kaya ke?

"Itu aku tak nafikan. She was one of my other women tapi dia betul betul ikhlas dan setia pada aku. Dan aku pun terjatuh sayang pada dia. Kalau dah suka sama suka, dia ajak kahwin, aku kahwin saja lah." 

Lagipun tidak ada rugi apa padanya. Dia punya wanita yang boleh spedo dia sepanjang hidup.

Joseph menghampiri mereka berdua yang dari tadi galak berborak. Lelaki itu hanya memasang telinga sebelum menyampuk. 

"Lol. Sebenarnya his girlfriend is pregnant." 

Mati terus senyuman Ban. Joseph ni boleh tak jangan mengingatkan perkara yang dia tidak mahu serabut kepala fikirkan sekarang ini. 

Mulut Ghazi melopong untuk sesaat dua sebelum tersenyum sinis memerli Ban. 

Ban garu kepala. 

"Alah. Iye lah. Tapi aku nak bertanggungjawab kan. She proposed to me and I accepted." Ban mempertahankan diri sendiri walaupun sebenarnya dia agak runsing memikirkan isu yang satu ini. 

Lebih lagi bagaimana penerimaan kedua ibu bapanya kalau tengok perut Eliya yang sudah mula menampakkan tanda tanda berbadan dua. Apa yang berlaku ini tidak dirancang.

Argh. Dia tak mahu pusing dulu. Biar apa mahu jadi, terus jadi. Yang penting sekarang mereka berdua bahagia dan anak didalam kandungan itu pun sihat sejahtera sahaja. 

Ghazi dan Joseph mengucapkan selamat maju jaya kepada Ban. Ban sudah terkeluar dari geng mereka juga selaku presiden kelab orang bujang yang mereka tubuhkan. Ban sudah mahu kahwin. Mereka tak perlukan Ban lagi. 

Ghazi dan Joseph menjauhkan diri dari Ban. Siap buat tak kenal Ban lagi. Siapa Ban? Haha. 

"Oi! Janganlah camni. Aku kahwin je, tapi hati muda lagi." Bahu Joseph dan Ghazi di peluk. Gila ke? Ini lah member member rapat dia di sini. 

Selama ini kawan kawannya semua kaki kelab dan spesis macam dia saja. Nak ada kawan yang boleh borak borak santai begini, jarang dia punya. Janganlah lepas dia kahwin, semua orang menjauhkan diri pula. 

"Boleh. Meja VIP satu masa kahwin nanti." Usul Joseph. Ghazi mengangguk setuju. 

Bawa jumpa mak ayah pun belum, dah nak arrange meja macam mana. Kalau nak kerusi VIP dia kena pelangkung dengan mak ayah dia nanti, boleh lah. 

"Oh ya. Kau dengan Nuha macam mana? Wah.. Kau betul betul jumpa lombong emas lah, Ghazi. Tak sangka aku." Ban teruja. 

Ghazi buat tanda pangkah dengan kedua tangan. Nope! Tidak mungkin. Mustahil! Tak akan berlaku! La! Nahin I! Meiyou! 

"Nàgè n?hái f?ngle." 

Terbeliak mata Joseph mendengarkan kata kata Ghazi. 

"Ni huì shu? zhongwén ma?" Soal Joseph. Dia tersenyum senget. 

Ghazi angguk. Mereka berdua tergelak besar. 

Ban terpinga pinga. Sepatah haram dia tidak faham. Apa ni! 

"Yang penting korang tahu, aku dan Nuha tak akan pernah bersama. Aku anti Nuha!" Ringkas jawapannya. Dia mahu topik mengenai Nuha ini berhenti di sini saja. Tutup mesyuarat! 

Joseph dan Ban pula saling berpandangan. Mereka kecewa dengan Ghazi. Ghazi tak tahu ke betapa berharganya Nuha tu. Kalau Ghazi kahwin Nuha, 7 keturunan pun harta tak habis dimakan.

Kalau Nuha ditangan Ban, sudah lama gadis itu di sayang-sayang sepenuh hati. 

"Gila. Aku tak pandang semua tu lah." 

"Yelah. Memang lah. Tapi kalau dah rezeki, ambil sajalah." Joseph membuka mulut. Dia yang bukan muslim pun tahu rezeki tak elok ditolak. 

Ban setuju dengan Joseph. Nasib dia sudah ada Eliya. Kalau tak, dia mengorat Nuha alang alang Ghazi sudah tak nak. Patutlah lama Nuha tidak memunculkan diri langsung. Alahai. Kesian pula dekat gadis itu. Ghazi ni tak ada hati perut langsung lah! 

Ghazi malas mahu ambil pusing. Benda dah berlalu biar saja berlalu. Bukan dia mahu sangat pada Nuha tu. Kalau mereka nak, mereka boleh pergi mengorat Nuha bila bila masa saja. Dia tak peduli langsung. 

Loceng pintu kedengaran. 

Mr Zack masuk kedalam kafe tergopoh gapah mencari Ghazi. 

"Err. Ghaz. Hari itu jumpa Nuha, ada dia cakap apa apa?" Argh. Baru hari ini dia sempat datang ke kedai. Risau juga dia kalau Nuha terlepas cakap. 

Wajahnya jelas kerisauan. Ghazi menggeleng. 

"Betul? Fuh. Okay lah. You teruskan kerja you. I masuk office dulu." Lelaki itu tersenyum lebar. Hilang terus resah gelisahnya tadi. Siap bersiul siul naik ke pejabatnya di tingkat dua. Kunci kereta dijari dipusing pusing. 

Ghazi memandang ke arah Joseph dan Ban. Dua dua mereka angkat bahu. 

•••

Tang! 

"Kau kata layanan kau dekat dia tak istimewa? Gila lah kau ni, Ghazi." Air di dalam gelas dia teguk. Joseph pula sibuk menari di lantai tarian. Dah macam orang tak betul pula dia lihat si Joseph ini. 

Ghazi hanya diam seribu bahasa. Tiada apa mahu dikatakan. Dia hanya menyandar ke sofa dan memandang kosong ke hadapan. Asap rokok dihembus nya ke awangan. 

"Aku tak tahu apa maksud kau layanan kau dekat dia biasa je. Apa aku nampak, layanan kau luar biasa baik nya adalah." 

Kalau dia tidak mendesak Ghazi cerita apa yang berlaku antara dia dan Nuha, pasti sampai sudah dia tidak tahu. Dia bukan mahu memaksa Ghazi bercinta dengan Nuha atau apa apa. Cuma baginya Ghazi seakan memberi harapan kepada gadis itu melalui layanan nya selama ini. Dia ingat Ghazi dan Nuha memang ada apa apa. Ya lah. Siap suap bagai tempoh hari. 

"Apa pula. Macam tu lah aku biasa buat." Ghazi membela diri. 

Nuha lah yang salah. Apa pula aku yang dipersalahkan sekarang ini. Dia yang paksa aku pergi rumah dia. Dia yang sibuk tegur aku dulu, aku tak tegur dia pun. Dia juga yang paksa aku keluar dengan dia. Aku tak ada apa apa kaitan pun dengan setiap keputusan yang dia sendiri buat. 

"Biasa? Kau ni playboy ke masa dekat kampung?" soal Ban ragu ragu. Telefon yang dari tadi asyik berbunyi tanda ada mesej masuk. Pasti dari Eliya. 

Dia melihat mesej dari peti notifikasi sahaja. Tiada yang penting cuma Eliya bertanyakan lokasi dia berada sekarang. Haih. Perempuan. Memang tak boleh beri lelaki lepak sekejap. 

"Mana ada. Aku layan dia macam aku layan adik adik aku aje lah." Itu pun salah ke? Memang automatik hatinya jadi lembut kalau nampak budak baya-baya adik dia ni. Nuha tu pula manjanya sebijik macam adik adik dia. So? 

Ban menepuk dahi. Ghazi ni memang tidak faham hati perempuan langsung. 

Alah. Dia malas lah mahu fikir. Memang sekalipun kalau dia membela diri, Ban akan salahkan dia juga. Lelaki saja yang salah kalau dalam hal hal begini. 

Bak kata ayah, perempuan selalu betul. Kalau diorang salah pun, diorang betul! Sebabtu mama sentiasa betul.

Putung rokok dilenyek masuk kedalam bekas yang disediakan di atas meja. 

Ghazi bangun dari duduknya. dia mengeliat sekuat hati. Berpusing mata dia memandang lampu yang bergerak-gerak di atas kepala. Tengkuk dipusing kan sehingga berbunyi. Lega sungguh. 

"Jomlah dance." ajak Ban. Air dicawan sudah dihabiskan. Dia menarik Ghazi ke lantai tari. Joseph di bawah sana entah sudah berapa cawan air mabuk diteguknya sampai sudah tidak terkawal pula dia punya berseronok dibawah sana. Ghazi  hanya menurut. 

Dia tidak ada hati mahu join sekaki, cukuplah sekadar ambil hati member. Lagipun member yang belanja. 

"Adoi!" 

Bahunya dilanggar seseorang. Mencerlung matanya yang tajam memandang ke arah makhluk yang suka hati main langgar-langgar orang ini. Nak main langgar-langgar, pergi race cart lah! 

"Awak?" 

Mulutnya terdiam. Dia cuba buat buat tak perasan dan tak nampak. Lupakan sajalah hal dia dilanggar ini walaupun hatinya masih rasa tak puas hati. 

"Nuha! Sinilah." Panggil Aiman yang tiba-tiba muncul di antara mereka berdua. Ghazi pandang tempat lain. Ban diam saja. 

"Oh. Dia ni lagi. Jom lah Nuha. Tak payah layan lelaki penipu macam ni." Pergelangan tangan Nuha dipegang. Cuba menarik gadis ini supaya membuntuti dia ke meja mereka dan kawan kawan. 

Penipu? Aku penipu? Aku tipu apa?! 

Kalau tadi sedaya upaya dia cuba untuk tidak memandang wajah gadis di depan nya ini, sekarang mencerlung matanya menikam wajah milik Nuha Irdina. Meminta penjelasan. 

Nuha memandang lantai. Hatinya berbolak balik. Dia rindu tapi egonya menghalang. 

Ah! Orangnya sudah ada di depan mata, tak sudi pula dia melihat. Karang bila sudah tiada, dia rindu sendiri pula. Geram betul lah! 

Kalau saling merindu tak apa lah juga. Ini tidak. Dia seorang saja jadi perindu. Abang depan ni rilek je tak peduli langsung padanya.

Jangan cakap nak cakap baik baik, asal nampak je tenung macam nak makan. Huh! 

Lain kali cakap lah saya rindu awak ke. Lama tak jumpa ke. Awak makin cantik ke. Jom back together-gether semula ke. 

Ha . Perasan jelah kau, Nuha. 

Abang depan ni nak cakap macam tu? Dah nak mati lah namanya tu! 

"Apa yang aku tipu?" Suara yang sudah lama dia rindu ini kedengaran juga. Terubat sedikit rindunya. 

Kepala diangkat. Badan Ghazi yang tinggi lampai dan berdada bidang itu cukup untuk menghalang pandangan. 

Aiman terdiam.

"Aku tanya, apa yang aku tipu?" Ulang Ghazi lagi. Matanya menikam wajah aiman pula. Kali ini lebih tegas dan garang. Kalau lemah semangat, boleh terkencing dalam seluar agaknya. Dah macam kena sound dengan bapak sendiri. 

Ghazi ni punya garang, tahap level apa dah. Semua orang pun takut. Tinggal tak ada pegang tali pinggang je. Kalau tak, dah macam orang tua dah. 

"Okay. Rilek. Rilek. Benda boleh setel.." Ban mencelah. Karang jadi perang dunia pula dekat dalam ni.

"Apa adik cakap abang ni tipu, dik? Muka macam suami mithali macam ni mana ada tipu orang." Dagu Ghazi disentuh. 

"Dia tipu Nuha. Dia ni pelayan je. Ada hati nak keluar dengan Nuha. Nak tumpang kekayaan lah tu." Perli Aiman.

Terbeliak mata Nuha mendengar kata kata Aiman. Melampau betul! 

Lelaki itu mendengus kasar. 

Ghazi membuka luas tapak tangannya dan didekatkan ke wajah Aiman. Dia sudah siap mahu tekap tangannya ke muka Aiman dan hentak kepala budak ni dekat tiang yang berdiri teguh di sebelah mereka ini. Tiada guna lagi nyawa budak ni terus ada di atas muka bumi. Buat penuh alam semesta ini dengan orang orang bodoh. 

Ini Thanos nombor 2 dah datang!

Nuha cepat cepat menarik tangan Aiman dan berlalu jauh dari Ghazi dan Ban. Dalam hati dia sudah memaki Aiman. Sukahati saja bercakap yang bukan bukan pasal Ghazi. Dia pula yang jadi malu. 

Ban dan Ghazi hanya menghantar kepergian Nuha dan Aiman dengan pandangan. 

"Kau nak buat apa tadi?" Soal Ban tertanya-tanya akan tindakan tangan Ghazi sebentar tadi. 

"Hentak kepala dia." Jawab Ghazi selamba. Dia mengeluarkan kotak rokoknya. 

Ban terdiam. Ghazi ni kepala angin betul. 

Deringan telefon yang hampir tidak kedengaran itu mendapat perhatian Ban. Dia lalu mengeluarkannya dari poket seluar. Skrin dibaca dan meminta diri untuk menjawab panggilan sebentar. Ghazi mengangguk faham. Dia pun bukan mahu kemana mana. Hanya merokok di satu sudut paling tepi kelab. 

"Hye, Ghazi." Lengannya dirangkul seseorang. Kalau tadi dia menyandar ke dinding, terus tegak badannya akibat terkejut. Siapa siapa aje lah yang berani sentuh sentuh dia ni. Sexual harrassment betul.

Celene dipandang dalam dalam. Dek kerana samar samar cahaya didalam kelab malam tersebut menghadkan penglihatannya, dia hampir hampir saja tidak kenal manusia di hadapannya ini kalau gadis ini tidak memperkenal kan dirinya tadi. 

"Oh. Syiling." Saja dia mengusik si gadis. Iya lah. Nama Celene dah bunyi macam syiling je. 

Celene ketawa manja. Suka hatinya kalau Ghazi sudah mahu bergurau. Dia mencari-cari kelibat Hijjaz di sekeliling Ghazi. 

"Hijjaz mana?" Soal Celene manja. Tubuhnya dirapatkan ke Ghazi. Dan Ghazi pula cuba menjauhkan tubuhnya dari menjadi terlalu rapat dengan Celene. 

Rokok yang terselit di jari pun sudah semakin pendek. 

"Hijjaz tak ada harini. I datang dengan member lain." Mata tertancap di dada si gadis. 

Mak aih. Ini baik tak payah pakai baju. Yang mata aku ni pun satu, tak ada tempat lain lagi ke nak berehat pun. Aduh. 

Keadaan tempat mereka berdiri yang agak sesak, Celene menarik tangan Ghazi dan masuk ke dalam pelukan lelaki itu. Tubuh mereka saling bersentuhan. Tangan Ghazi di pegang kuat supaya memeluknya. Rokok yang tadi terselit di jari Ghazi sudah selamat di bibir gadis itu. Selamba je. 

Berkepul-kepul asap ditiup ke wajahnya. 

Walaupun tangan cuba di tarik, pegangan tangan gadis ini agak kuat. Macam tahu aje Ghazi tidak suka. Apabila Ghazi berjaya melepaskan tangannya yang merangkul tubuh Celene, Celene pula yang datang memeluk erat pinggang Ghazi dan tidak dilepaskan.

Aish. Perempuan ni. 

"Wow.  Scandal apa ni?" 

Serta merta Ghazi mengucap syukur didalam hati. Ban ni memang penyelamat dia lah hari ini. 

Perlahan lahan dia melepaskan rangkulan Celene pada pinggangnya. Dia menggeleng tanda dia dan Celene tiada hubungan apa apa. Celene terus pergi memeluk dan mencium kedua belah pipi Ban pula. 

Amboi. Kata suka aku tetapi pada masa yang sama pergi peluk cium lelaki lain. Perempuan.. Perempuan. 

"Hei. Lama I tak nampak you. You kawan juga dengan kawan Jaz ni ya." Matanya terarah kepada aku. Jaz? Haahaha..  Hijjaz je lah. Sibuk juga nak guna slang omputih jadi macam bunyi jazzzz… 

Kalau aku, bukan setakat panggil Hijjaz tu Hijjaz dengan nama bapak dia sekali, siap nyanyi lagi nasyid sumayyah dekat telinga dia. Biar panas satu badan dia dengar lagu baik yang dibawa oleh kumpulan nasyid bernama Hijjaz itu. Tapi Hijjaz yang dia kenal tu syaitan pun putus asa. Tak payah susah susah goda. 

Celene dan Ban bertukar tukar cerita. Sesekali mereka berbisik-bisik dan saling bertukar pandang ke arah aku. Mengumpat aku eh! 

Nuha di atas sudah menghentak-hentak kaki melihat kemesraan mereka bertiga. Kalau dengan dia, jangan harap Ghazi nak senyum begitu pun!

Oh. Perempuan macam tu lah taste Ghazi ya. Hah. 

Panggilan Aiman dan kawan-kawan nya langsung dia tidak peduli. Matanya cuma fokus kepada Ghazi. Dia merasa tercabar apabila ada perempuan lain berani sentuh-sentuh Ghazi dia. Dia sendiri pun tidak pernah sentuh Ghazi semesra itu tau!

Usikan usikan dari lelaki lelaki lain di sebelahnya di pandang sepi. Tidak berminat apalagi mahu berbual bual panjang dengan lelaki yang tidak dikenali. Dia hanya mahu Ghazi. Datang lah berjuta lelaki lain sekali pun, hatinya tetap pada lelaki sombong itu. 

Nuha menggetap gigi. Mata ditutup. Cuba meniup kesabaran ke dalam diri sendiri. 

Sabar Nuha. Sabar. Ingat misi kau. Ghazi yang harus melutut meminta maaf pada kau. Ghazi yang perlu melutut dan cakap mahukan kau.

Benarkah aku dan Ghazi memang tidak akan ditakdirkan bersama? Perasaan aku tulus padanya tetapi kenapa tidak sekali pun Ghazi dapat merasai kehangatan cinta aku padanya. Salah kah jatuh cinta pandang pertama? 

Ghazi tidak pernah ambil serius. Dia pentingkan diri, sombong, tiada hati perut. 

Tapi Ghazi juga lah lelaki yang melayannya dengan penuh kasih sayang, baik, hero dia. Dia dilema. 

Patut atau tidak dia cintakan Ghazi. Ikutkan egonya, dia mahu bencikan Ghazi. Kalau ikutkan hatinya, dia sanggup menunggu Ghazi selama mana pun..

Nuha.. Nuha.. Kenapa lah dalam banyak banyak lelaki, dia juga pilihan hati engkau. Sebab dia baik saja kah? 

Tapi betul lah kan. Siapa mahu lelaki yang jahat?

•••

Ghazi berjalan santai menuju ke kawasan perumahan tempat dia menyewa. Sengaja dia minta Ban untuk menurunkan dia sedikit jauh dari rumah. Dia mahu berjalan-jalan dan mengambil angin malam. Bergelas gelas air coke diteguknya tadi di kelab gara gara menunggu Ban dan Celene berborak panjang. Perutnya kembung. 

Dia mahu hilangkan gas didalam perut dengan berjalan kaki. Nanti habislah gemuk dia. Lagipun makan atau minum melampau ini tidak baik untuk badan lebih lebih lagi tubuh yang dia latih untuk menjadi tubuh pahlawan. 

Lemak lemak yang terkumpul secara berlebihan boleh menganggu ketangkasannya sikit hari nanti kalau tidak dijaga dengan baik. Duduk di Kuala Lumpur tidak memberikan dia masa untuk melatih tubuh sendiri. Dari pagi hingga ke malam hanya sibuk mencari duit. 

Angin malam disedut sepuas hati. Walaupun udaranya tidak sesegar kampung, tapi lebih baik lah daripada angin pada siang hari. Panas dan berhabuk. Malam sejuk sedikit. 

Lambaian dari budak budak motor yang melepak di taman permainan perumahan itu di sambut baik. Budak budak motor sini selalu ke surau pada hari jumaat. Jadi dia sudah biasa nampak mereka di masjid. Anak rempit beginilah kita mahu, tahu menjaga iman dan nyawa. Ecewah. 

Dia meneruskan langkahnya. Sesekali dia menghembus nafas secara kuat. Bunyi motor dari arah belakang membuatkan dia berpaling. 

"Woi!" Jerit si penunggang. 

Ketika itu juga sebuah kayu baseball menghentak kuat bahagian dadanya. Serta merta darah tersembur keluar dari mulut. Lututnya jadi lemah. Dia terjatuh tetapi kaki sempat menahan tubuhnya dari jatuh terbaring di atas jalan. Ghazi bernafas pendek-pendek. 

Beberapa orang penunggang motor tadi memberhentikan motor mereka. Tiga empat orang dari mereka turun dari motor dan menuju ke arah Ghazi. 

Mata dia tutup. Cuba menahan kesakitan. Setiap nasihat dan tunjuk ajar guru silat dan guru seni mempertahankan dirinya dulu berlegar legar di dalam kepala. 

Ghazi mengambil nafas yang cukup untuk menampung kekuatan fizikalnya. 

Lelaki sama yang menghayunkan kayu baseball ke arahnya tadi cuba melakukannya sekali lagi. Kali ini sasarannya adalah kepala. Dia berlari anak menghampiri Ghazi dengan kayu baseball yang sudah diangkat tinggi. 

Apabila kayu tersebut hampir sampai ke kepalanya, Ghazi menyalurkan semua kekuatan yang disimpan ke tangan kanan. Lengannya menjadi mangsa tetapi berjaya di tahan kayu itu daripada mengenai kepala. Berbunyi tulang nya dek kerana hentakan kuat dari kayu baseball yang dihayun lelaki berbadan sasa itu. Seorang lagi penunggang yang datang dari arah belakang menyepak tubuh Ghazi jatuh ke jalan. 

Dia terbaring. Tidak sempat mahu melawan atau menghalang setiap serangan mereka. Satu per satu kaki dan kayu yang hinggap memijak dan memukul tubuhnya. Darah terus terus keluar dari kepala. Dia jadi pening tapi masih digagah kan dirinya untuk tidak pengsan. Dia tidak boleh pengsan sekarang. 

Tubuhnya panas. Api kemarahan nya memuncak-muncak. Kalau tadi dia rasa sakit yang teramat pada tulang rusuknya yang menjadi sasaran tepat kayu baseball si penunggang, serta merta hilang sakitnya. Panas badannya terasa seperti dibakar hidup hidup. Dia hanya mahu melepaskan amarahnya. 

Nafas tersekat sekat. Dia tidak boleh menarik nafas panjang. Dengan sisa kekuatannya, dia merampas kayu di tangan lelaki tadi dengan tangan kiri. Kayu itu di hentak kuat ke atas jalan raya dalam keadaan dia terbaring. Patah! 

Untuk sesaat dua, kesemua mereka menjadi gerun. Sesi pijak memijak tadi terhenti. Tiba tiba timbul keraguan dalam hati mereka untuk meneruskan kegiatan jahat mereka ini. 

Ghazi bangun dari baring. Dahi nya berpeluh peluh menahan sakit. Kalau dia mati di sini, dia akan bawa mereka semua sekali. Tekadnya.

"Pukul je!" Jerit salah seorang dari mereka. Kesemua mereka menyerang serentak. 

Mata Ghazi berpinar pinar. Dari jauh dia dapat melihat seorang lelaki dengan pakaian serba hitam. Tersenyum ke arah dia. Jari lelaki itu menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang sedang menuju ke arahnya. Api kemarahannya naik mendadak. 

Tangan yang tadinya tidak dapat dia rasa langsung, tiba tiba dapat dikawal dengan baik. Kayu yang patah separuh dikutip dari atas jalan. Dia menghentak dan memukul  sepuas hati sambil tersenyum bangga. Sudah lama dia tidak merasa seseronok ini!

Ghazi tersenyum puas apabila beberapa orang dari kumpulan tadi sudah terbaring tidak bermaya. 

Nafasnya terus tersekat sekat namun dia puas. Puas kerana dapat melepaskan apa yang selama ini dia perangkap dalam diri. 

Bunyi motor berpusu pusu datang dari arah belakang membawa Ghazi ke alam realiti semula. Automatik tubuhnya terkulai di atas jalan. Tangan yang tadi dapat dia rasa, hilang. Tulang yang melindungi dadanya sakit teramat. 

"Woi! Kau buat apa ha?!" Jerit kumpulan motor yang baru datang. Penjahat yang masih mampu bangun terus berlari dan membonceng di belakang rakan rakan motor mereka. 

Ghazi memusingkan badan menghadap langit. Tangan kirinya diangkat dan cuba meraba tangan kanannya yang sudah tidak dapat merasa apa apa. 

Jari mula mencari cari dan mengenal pasti dimana kecederaannya. Dia menggosok dan menekan perlahan lahan bahagian yang patah. Setelah yakin tiada urat kasar dan saraf yang terkesan oleh tulangnya yang sudah patah, Ghazi membaca bismillah di dalam hati. 

Dia mengucap beberapa ayat yang pernah diajar oleh atok di kampung sebelum membetulkan tulang patah yang sudah terkeluar dari landasannya. Sekurangnya dia perlu memastikan tulang yang patah tidak lari jauh dari tempat asal. Lebih lebih lagi jika terganggu atau terputus saraf dan urat di tangan.  

Ghazi menjerit kesakitan yang teramat apabila tangan kirinya menarik dan memusingkan sedikit tulang yang patah. 

"Arghh!" 

Nafasnya turun naik dan laju. Ghazi menutup mata. Cuba mengawal nafas sekaligus cuba melupakan rasa sakit yang sedang dia rasai. 

Beberapa orang budak budak motor yang tadi melepak di taman permainan menghampiri dan memanggil manggil nama Ghazi. Pandangannya jadi gelap. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience