BAB 14

Romance Series 18757

KATIL empuk itu menjadi sasarannya selepas dia melurutkan baju kurung di tubuh dan menggantikannya dengan baju yang lebih ringan. Tubuh di terjun ke atas katil sambil mendepakan tangan. Sengihannya masih tidak habis lagi mengenangkan perkara tadi. 

"Kalau saya mati, awak sedih tak?" soalnya kepada lelaki yang begitu asyik menghembuskan asap rokok. 

Ghazi memandang Nuha. Hairan. Soalan apa ni?

Akhirnya dia diamkan diri saja.

"Awak dengar tak?" kaki dihentak sedikit supaya mendapat perhatian daripada Ghazi. Dia pasti Ghazi dengar apa yang dia tanya tadi. 

"Dengar tapi aku tak rasa aku kena jawab soalan tu." 

"Kenapa pulak?" dengusnya tidak berpuas hati. 

Oh.. Ghazi tak kisah lah kalau dia mati ya.

"Mana ada orang yang tak sedih nampak orang mati. Kenangkan orang yang sudah tiada pun boleh rasa sedih." Kepulan asap terbang lagi ke udara. Sekejap saja sudah hilang dan menjadi sebati dengan angin. 

Senyuman di bibir Nuha, mekar. 

"Kalau awak mati, saya nak mati sekali dengan awak." ujarnya dengan sengihan di bibir merah basah itu. 

Rokok di tangan sudah dipenyekkan dan dibuang. Kedua tangan di letak ke atas bangku. Ghazi membongkokkan badan sedikit mencari mata gadis disebelahnya. Wajah Nuha yang sekarang benar-benar membuat dia merasa tenang. Mungkin kerana pemakaian yang lebih sopan. 

"Kalau aku mati, kau kena teruskan hidup. Anggap kewujudan aku hanya satu mimpi. Live your life, lupakan segalanya tentang aku. Cari kebahagiaan kau." ujar Ghazi, lembut. 

Nuha gigit bibir. Kata-kata Ghazi bagaikan pisau yang menusuk ke jantung. Sebak. 

Sampai hati Ghazi suruh dia melupakan lelaki itu. Mustahil boleh terjadi. Ghazi tak tahu kah yang namanya, wajahnya, senyumannya, kasih sayangnya, semua sekali sudah terpahat di hati Nuha Irdina. Bagaimana harus dia kikis memori indah bersama lelaki itu kecuali dengan kematian. Kalau Ghazi tiada di dalam dunia ini, tiada sebab juga untuk dia meneruskan hidup. 

"Saya cuma akan bahagia kalau bersama awak. Hanya awak satu-satunya. Saya tak mahu orang lain!" Wajah dihadapkan ke arah lain. Tidak mahu Ghazi terperasan pula air matanya yang sudah mahu bergenang.

Tangan menutup wajah pabila air mata sudah memenuhi ruang mata. Dia benci lah begini. Dia yang mahu tahu perasaan Ghazi padanya dengan membangkit soal hidup mati ini, alih-alih dia yang sebak sendiri.

"Haih. Apa yang ada pada aku? Yang kau suka sangat.. Aku ni lelaki biasa saja lah, Nuha. Kau boleh jumpa ramai lelaki macam aku dan lebih baik lagi." Suaranya perlahan. Dia perasan air mata Nuha yang sedang cuba ditahan supaya tidak mengalir ke pipi. 

Dia sendiri tidak faham. Kalau ada sejuta lelaki dalam dunia ini yang perempuan boleh pilih, pasti dia pilihan terakhir perempuan tersebut. Dia tak romantik, tak pandai mengambil hati perempuan, apalagi mahu jadi seorang suami penyayang. Selama ini dia bercakap kasar dengan Nuha, tak terasa langsung ke perempuan ni.

"Tak kan lah kau nak habiskan seluruh hayat kau dengan lelaki macam aku?" Soalnya. Mata merenung ke wajah si gadis meminta jawapan. 

Walaupun dia sudah tahu jawapan yang tepat untuk soalan itu. Tidak. Itu lah jawapan yang sepatutnya dia dengar. 

"Nak!" Mata Nuha bersinar-sinar.

Ghazi mengetap gigi. Budak ni.. Jawab tak pakai otak betul.

Perempuan selalu terbuta dengan perasaan dan emosi. Cinta membutakan. Sebab itu Nuha tak sepatutnya memilih dia. Jawapan Nuha tu bukan jawapan pakai otak, tapi pakai emosi. 

Hujung tudung Nuha ditarik sehingga gadis itu menjerit kecil kerana marah. 

"lainkali jawab pakai otak tu sikit." 

Nuha bungkam. Dia jawab pakai otak lah! 

"Sebab awak hero saya, romeo saya. Saya nak bersama awak selamanya kerana awak seorang lelaki yang baik, yang melindungi dan mengasihi. Sekalipun saya jumpa sejuta lagi lelaki dalam hidup saya, saya tak akan dapat cari seorang lagi Amir Ghazi." 

Ghazi terdiam. Hero? Hah! 

"Aku bukan hero. Aku ni villain."

Ya. Dia villain. Sepanjang umurnya, belum pernah dia anggap dirinya hero. Dia selalu bawa watak villain saja dari kecil malah personaliti dia langsung tidak sesuai dengan karakter seorang hero. Dia Ghazi, kaki buli, kaki rempit, kaki judi, pelesit kampung, budak nakal, semuanya lah!

Dia suka jadi jahat. Orang jahat selalunya lebih hebat dari hero. Orang jahat tidak bodoh dan buta macam hero. Orang jahat tak gilakan pujian macam hero.

Jadi hero pada Nuha, konon. Sikit pun dia tidak merasa bangga dengan title itu.

Hero is a total loser!

"Cakap lah apa saja. Awak tetap hero saya. Sekalipun orang cakap awak lelaki paling jahat di dunia, saya akan tetap nampak awak lelaki paling baik dalam dunia." Senyuman manis diberikan. 

Ghazi kejang. Hatinya bagai dipanah asmara untuk sesaat. 

Eh.. Tak. Tak. Tak mungkin. Ni Nuha Irdina kut. 

Kerja gila lah kalau terjatuh suka pula pada perempuan ni. Nope! Jangan Ghazi! 

"Dan saya akan terus berdiri di sisi awak, susah dan senang. Saya akan terus bersama awak tak kira sehebat mana pun angin taufan puting beliung yang kita berdua perlu lalui. Saya cinta awak, wahai abang Ghazi. Saya tak akan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadi." Mata Nuha memandang tepat ke mata Ghazi yang terlihat begitu mempersona. 

Air liur ditelan. Hatinya terasa berat. Nafas juga tidak seringan yang selalunya. Air liur terasa kelat. 

Pengakuan Nuha sedikit sebanyak menghantar rasa gerun ke dalam hati. Nuha ni sebegini berani kah? 

Dia tidak tahu kah perkataan cinta ini satu patah kata yang serius. Dia yang lelaki pun tidak berani mahu mengungkap perkataan tersebut. 

I love you, you love me ini datang dengan tanggungjawab, bukan semata cakap aje. 

Wajah dipalingkan semula ke hadapan. Jantung yang bergerak laju tadi cuba ditenangkan. Ini pertama kali dia mendengar luahan cinta, dia tidak boleh terlalu teruja. Nuha ni budak muda yang baru mahu membesar. Dia tak faham apa yang baru diungkapnya. 

Budak muda apa nya. Dah boleh kahwin dah budak ni, Ghazi. Mengarut saja kau.

"Err.. Kau ni tak malu ke ucap kata cinta selamba je? Mesti dah ramai lelaki kau luah cinta kan." Belakang tengkuk diusap. Menghilangkan rasa gelisah. 

Nuha ternganga. Erk? 

"Ma..Mana ada. Dengan awak saya betul-betul serius lah." 

Mata Ghazi memandang ke arah Nuha semula. Blur. 

Heh. Betul lah sudah ramai lelaki dia luah rasa cinta. Ceh. 

"Lol. Ingat aku percaya? Okay lah. Apa-apa sajalah. Aku tak nak peduli. Perasaan kau, bukan perasaan aku." 

Buang masa saja aku rasa berdebar bagai. Bagi Nuha, benda ni biasa aje.. Salah aku kerana terbuai dengan luahan perasaannya. 

Ni lah beza mamat kampung dengan orang bandar. Soal hati dan perasaan bagi dia adalah satu perkara yang berat. Bagi Nuha pula macam mainan sahaja. 

"Saya betul-betul lah." Nuha bertegas. 

Geram dia mendengar jawapan balas dari Ghazi. Tangan di genggam kuat. 

"Yelah. Yelah. Aku tahu dah. Habis tu kau nak aku buat apa? Happy? Lompat sana sini?" 

Wajah Nuha menunduk. Dia tahu sangat yang Ghazi tidak serius. Tapi, jangan harap dia mahu berputus asa!

Ghazi bangun dari bangku. Badan di pusing ke kiri dan ke kanan. Meregangkan segala otot-otot di badan. Duduk berlama-lama ini mudah buat dia sakit seluruh badan. Jari tangan kanannya juga semakin boleh digerakkan hasil dari dia mengurutnya sendiri di rumah. Kalau tunggu terapi, boleh stress. Itupun tangannya masih belum boleh diluruskan lagi. Tulang masih belum pulih sepenuhnya. 

"Cakap lah awak cinta saya juga." Tangan Nuha memaut lengan kiri Ghazi. 

Dapat dia rasa urat dan otot tangan lelaki itu yang keras. Ini rupanya rasa sentuh lengan Ghazi. Dia tidak pernah senang-senang mahu sentuh mana-mana lelaki sebelum ini kecuali Ghazi. Ghazi lelaki pertama yang dia teringin sangat mahu sentuh dan bermanja selain abang Ali dan Daddy. 

"Eish. Janganlah sentuh aku. Aku bukan mahram kau, tahu." Lengan ditarik dari pautan Nuha. Dia tidak kisah kalau tersentuh ke apa tapi kalau dah sengaja, cari pasal namanya.

Macam biasalah. Ghazi dengan sombongnya. Ish. 

"Ala, penting ke semua tu? Ramai je perempuan islam lain yang berpeluk-peluk dengan boifren diorang." Wajahnya masam. 

Jari Ghazi menunjal dahi Nuha. Nak saja dia basuh minah ni dalam air sabun. biar bersih sikit otak tu. Dah berkarat agaknya, lama sangat tak diguna.

"Yang kau sibuk nak tiru perangai tak senonoh orang lain tu dah kenapa. Apa yang salah tetap salah sekalipun satu dunia buat salah yang sama." 

Pakaian dah cantik, perangai tak cantik-cantik juga. Haih. 

Dahi dipegang. Alah, mana dia tahu. 

"Dulu kau sekolah mana?" Kepala di angkat sekali. 

"International school. Dekat.." 

Tangan Ghazi menyuruhnya berhenti. Lelaki itu mengangguk beberapa kali. 

Nuha terkebil-kebil. Kenapa?

"Kau tak pergi sekolah agama? Sekolah kafa ke?" 

"Masa tadika ke? Pergi!" 

Ghazi menepuk dahi. Ah! Dia putus asa lah. Lagi dia tanya, lagi putus urat-urat kepalanya.

Ghazi menyuruh Nuha duduk kembali di bangku. Dia mencangkung di hadapan Nuha, kepala di dongakkan memandang wajah bujur sirih si gadis. 

"Dengar. Kau faham kan mahram tu apa? Lelaki yang kau boleh sentuh dan yang kau tak boleh sentuh? Lelaki yang kau boleh sentuh, contohnya keluarga kau. Abang kau dan ayah kau. Aku ni termasuk dalam kategori kau tak boleh sentuh tau." 

Nuha mengangguk. Okay! Dia faham. Pernah belajar ni dulu masa sekolah.

"Kau tahu kenapa tak?" 

Nuha menggeleng. 

"Sebab kau ni perempuan. Dalam islam, perempuan adalah sosok mulia dan istimewa. Lelaki perlu memuliakan perempuan dengan cara menghormati wanita. Darjat wanita, darjat seorang ibu lebih tinggi dari ayah. Mulianya wanita sehinggakan Allah perintahkan mereka untuk menutup aurat." 

Tudung Nuha yang sudah terkebelakang tadi dia betulkan semula supaya anak rambut gadis itu tidak kelihatan.

Nuha hanya memerhati kelakuan Ghazi.

"Dan semua yang cantik-cantik, kebanggaan kau tu sepatutnya hanya untuk suami, bukan untuk tatapan ramai. Bukan untuk tatapan aku jugak. Tapi untuk suami kau je nanti. Jadi, tak perlulah kau tunjuk semua tu dekat aku. Stress lah. Kau seksa aku tau." 

Nuha tersengih. 

"Awak tak suka ke?" Usik Nuha. 

Ghazi mengeluh. Kepala digaru. Berpeluh dek kerana terik matahari.

"Cuba kau cakap dengan aku, lelaki mana tak suka tengok perempuan seksi. Kecuali lelaki bengkok." Mata mencari jawapan daripada Nuha. 

Entah-entah lelaki bengkok pun kalau dah hadap depan mata dia, dia syok juga tengok perempuan seksi. Perempuan ni sentiasa menjadi satu tarikan kepada lelaki.

Serta merta jantung gadis itu berdegup kencang apabila mata mereka bertemu.

"Apa kata kau tolong aku dapat pahala dari dapat dosa. Cukuplah sejak aku datang KL ni hari-hari aku disajikan dengan keindahan duniawi yang tu." Ibu jarinya menunjuk ke arah seorang gadis berpakaian menjolok mata. 

Nuha menumbuk-numbuk bantal didalam pelukan. Selepas itu bantal tersebut digigitnya. Geramnya dengan Ghazi.. Dia rasa mahu peluk cium saja lelaki itu. Kenapalah hatinya mudah sangat dibuai dengan tindakan sekecil itu. 

Kalau macam ni, bukan Ghazi yang datang melutut. Dia yang datang melutut malah dia sanggup dan rela pergi melutut pada Ghazi! 

Tok! Tok! 

Tubuh Nuha menegak. Kalau tadi dia berbaring, sekarang sudah duduk bersila di atas katil. Rambut dibetulkan. 

"Nuha, Nak ikut mummy keluar shopping tak? Mummy nak keluar dengan kak Suraya ni." ajak Datin Zarina. Dia sudah siap-siap mahu keluar.

Nuha melompat turun dari katil. 

"Nak! Nak!" jeritnya bernada manja. Cepat-cepat dia berlari menuju ke bilik air. 

Datin Zarina hanya menggeleng melihat kerenah anak perempuan tunggalnya ini. Kalau jatuh terjelopok nanti baru dia tahu. Melompat-lompat. Cuba jadi matang sikit. 

•••

Lengan Kak Surya dipeluk mesra. mereka bertiga berbual-bual tidak berhenti sedari tadi. Maklumlah sudah lama Kak Surya sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Kalau pulang pun, langsung tidak sempat mahu menjenguk ke rumah mereka. 

Lepas satu, satu kedai mereka jelajah dan tidak sah kalau keluar tidak membawa satu atau dua beg plastik. 

"Kenapa citarasa Nuha tiba-tiba berubah ni? Selalunya butik-butik feveret kakak dengan mummy Nuha, Nuha tak suka langsung." Kak Surya bertanya sebaik sahaja mereka berdua masuk dan duduk di salah sebuah meja di dalam restoran mewah tersebut.

Datin Zarina juga berminat mahu mendengar alasan anak daranya. Kalau disua baju-baju yang dia berkenan, Nuha seboleh-boleh tidak mahu pakai pun. alasannya, tak vogue. Tak hot. Tak seksi. 

Ini tiba-tiba saja sudi pula. 

"lah.. Mummy juga yang suruh Nuha pakai sopan-sopan kan." Dia membodek si ibu. 

Kak Surya dan Datin Zarina mencebik. Alasan tak kukuh! 

"Ini mesti Ghazi tegur lah ni, auntie.." perkataan auntie dileretkan. Datin Zarina bersetuju. 

Pipi Nuha merah padam.

Terasa membahang serata wajahnya.

"Bagusnya. Mummy tegur bertahun pun tak masuk telinga. Ghazi tegur dua tiga kali saja dah melekat." Datin Zarina berpura-pura merajuk walhal hatinya senang melihat perubahan kecil anak ini. 

Dia dan suami tidak bertegas dalam isu beragama tetapi apabila semakin tua, baru mereka sedar bahawa hidup mereka selalu alpa. Malah sekarang pun Dato'Uzair masih liat mahu berubah walau sebenarnya jauh di sudut lelaki tua itu, dia menyesali zaman mudanya. 

Kalau mahu harapkan dia seorang saja yang berusaha ke arah kebaikan padahal ketua keluarga sendiri masih dipuncak kelalaian dan kealpaan, tidak menjadi juga hijrahnya. Akhirnya, dia ubah sahaja mana yang patut dahulu dengan harapan suatu hari nanti suaminya akan berubah menjadi seorang ketua keluarga yang akan dapat membimbing mereka dengan cara yang diredhai Allah. 

Nuha memujuk Datin Zarina dengan nada manja yang selalu dia lakukan. Sekejap saja sudah terukir senyuman di wajah wanita itu. 

"Mummy gurau je. Kalau Ghazi jadi menantu mummy, lagi mummy suka. Ada lelaki yang baik boleh tolong jaga anak manja mummy ni." kedua pipi Nuha dicubit persis anak kecil. 

Kak Surya melopong. Tidak sangka sudah sejauh itu hubungan Nuha dan Ghazi. Sampai kan Datin Zarina sudah beri lampu hijau. Agaknya Dato'Uzair sudah tahu ke tidak ya. 

"Uncle dah tahu pasal Ghazi?" Soal Surya. Air yang baru sampai, dihirup. Lega. 

Hilang penatnya berjalan ke sana kemari dari tadi. 

Anggukan dari Datin Zarina membuatkan Surya melopong sambil menutup mulut. Nuha pula memukul perlahan lengan Datin Zarina. Malu lah tu. 

"Bukan setakat dah jumpa malah dah berkenan sangat pula." jelas Datin Zarina lagi. Senyuman yang terukir jelas menggambarkan betapa wanita itu begitu senang hati dengan apa yang berlaku. 

Nuha seperti tengah kena interview kahwin pula . 

Macam mana topik baju boleh sampai ke topik Ghazi pula ni. 

Nuha terjerit kecil apabila Datin Zarina tawarkan diri untuk pergi meminang Ghazi buat Nuha. Lengan Datin Zarina digoncang perlahan untuk menghalang niat Mummy-nya itu. 

"Apa pula? Betul juga tu. Zaman sekarang ni nuha, perempuan meminang lelaki dah jadi satu perkara yang normal tau. Apalagi nak cari lelaki baik bukan senang sekarang. Dah jumpa tu, tangkap dia terus!" Ujar Kak Surya penuh bersemangat siap memeluk Datin Zarina. Memberi gambaran bagaimana Nuha harus menangkap Ghazi. 

Nuha tergelak besar. Kak Surya dengan trik liciknya memang tak boleh kalah. Nescaya kalau dia tangkap Ghazi begitu, Ghazi akan lari berbatu jauhnya dari dia. Tak mahu.

"Atau pun biar Mummy saja yang suruh Ghazi masuk meminang." Datin Zarina pula. 

Nuha menutup wajah menggunakan kedua tapak tangannya. Kenapa lah kakak dan mummy ini semuanya jenis main langgar saja. Dia perempuan tau. Malulah kalau dia yang pergi cari lelaki. 

Apabila hidangan mereka sampai, Nuha cepat-cepat menukar topik perbualan. Makanan di dalam pinggan dipuji-puji supaya fokus kakak dan mummy berubah. Namun, tidak berjaya. Malah dia pula yang disuruh belajar masak untuk Ghazi nanti. Adeh.

Dari topik Ghazi, beralih ke topik perkahwinan dan selepas itu ke topik rumahtangga pula. Kalau Ghazi ada di sini, mesti Ghazi cop dia gatal. 

Nuha menangis di dalam hati. 

"Datin, ada apa-apa lagi Datin mahu saya bantu?" Fitri datang dari arah belakang lalu menyapa mereka bertiga. Senyuman diberikan. 

Perbualan rancak mereka bertiga terhenti. Wajah ketiga-tiganya berpaling memandang Fitri. 

Datin Zarina menggeleng. Tangan menyuruh Fitri berlalu pergi apabila lelaki itu sudah mengangkat segala beg-beg hasil dari membeli-belah tadi. 

"Thankyou, abang Fitri." Ucap Nuha, mesra. Wajah dimaniskan memandang si lelaki. 

Fitri membalas dengan senyuman juga. 

"Fitri tu akak tengok makin smart pula. Dulu masa study lagi, muka nerd je." Komen Kak Surya. Mata menghantar Fitri sehingga sosok itu hilang. 

"Kerja si Nuha ini lah. Habis Fitri tu dia transform jadi model broadway. Nasib berubah jadi hensem, kalau jadi lagi tak hensem buat naya saja anak teruna orang." Kepala Nuha di usap-usap. Nuha meletakkan kepala ke bahu Datin Zarina. Suka dia dapat bermanja. 

Kak surya mengangkat ibu jari kepada Nuha. Good job! 

"Baru tahu.. Ni sentuhan Nuha lah. Magik tau!" ujarnya bangga.

Rambut di ikat naik ke atas. Rambut yang terurai sedikit sebanyak menganggu dia menjamah makanan. 

"Apa kata Nuha belajar dari Fitri cara mengurus syarikat daddy itu. Kesian daddy terkejar kesana kemari. Nasiblah ada Fitri yang banyak membantu." 

Hampir tercekik makanan yang dikunyah Nuha sebaik sahaja mendengar cadangan Datin Zarina. Tolong daddy? Syarikat? Ala..

Dia tak berminat. Lagi pula, mengurus syarikat sebesar itu bukan mudah dan dia tidak bersedia mahu beri seluruh hidupnya kepada kerjaya semata. Dia mahu hidup macam wanita lain. Boleh berjalan kesana kemari, shopping, bercinta, berkahwin, ada anak kecil. Mengurus syarikat ini akan menghadkan kebebasannya. Dia tidak boleh ambil kedua sekali.

Datin Zarina mencubit kuat pipi si anak. Nampaknya Dato'Uzair perlu berusaha lebih keras memandangkan anak mereka tidak berminat mahu mewarisi syarikat mega tersebut. 

"Mana tahu sikit hari sebahagian saham Uncle beri kepada Fitri pula alang-alang Fitri seorang saja yang gigih membantu Uncle." Kak Surya memberi komen. 

Datin Zarina mengeluh. Ikutlah mana pun kalau itu yang terbaik. Dia tidak mahu campur. Sepatutnya diumur begini, dia sudah tidak perlu runsingkan kepala memikirkan duit dan status.

"Tak pun sebab Fitri banyak bantu Uncle, Uncle akan kahwinkan Nuha dengan Fitri." Tambah Kak Surya lagi. 

Pecah ketawa Datin Zarina dan dia turut bersetuju dengan komen Surya. 

Nuha buat tanda pangkah sebesar-besarnya dengan jari. No Way! 

"Betul lah. Fitri pun apa kurangnya. Daddy percaya sungguh dengan Fitri. Semua pun Fitri boleh buat. Muka pun hensem, sedap mata memandang. Kira boleh lah tu." Datin Zarina menambah perasa. 

Wajah Nuha sudah masam. Muncung 3inci sudah keluar. 

"Okay lah. tak.. tak.. Mummy tetap mahu Ghazi jadi menantu mummy." Nuha dipujuk. 

Pipi yang tadi cerah, sekarang semakin memerah.

"Mummy ni!" 

•••

Rambut disikat ke belakang menggunakan jari. Angin yang bertiup menampar rambut dan wajahnya. Tenang saja petang itu. Penyapu ditangan kembali bekerja. 

Dengan tangan yang menghadkan pergerakannya, dia hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan yang tidak memerlukan kedua belah tangan. Dia tidak kisah asalkan dia boleh dapat gaji pada hujung bulan. Cukuplah dia memerap tidak buat apa di rumah seminggu dua ini.

Deringan telefon di dalam poket apron menghentikan kerja di tangan. 

"Hello." Tegas suara Ghazi. Dia tahu siapa pemanggilnya. 

Kening terangkat sebelah mendengar soalan gadis di hujung talian. 

"Bunga? Bila masa aku bagi kau bunga? Tak ada lah." Balasnya. 

Nuha ni sengaja ke apa? Aku ni nak beli sekotak rokok untuk diri sendiri pun berkira, ini pula mahu membazir duit beli bunga untuk dia. Apa tak cukup lagi kah bunga yang ditanam sekeliling pagar rumah agamnya tu. 

Ghazi menggeleng kepala sebaik sahaja Nuha memutuskan talian. Tangan kembali bekerja.

"Bunga? Apa bunga-bunga? Bunga-bunga cinta antara kau dan Nuha sedang memekar kah?" Usik Ban yang baru keluar dengan meja kecil yang dibawa daripada bilik stor.

Ghazi melepaskan penyapu ditangan dan pergi membantu Ban yang sedang menghadapi kesukaran melalui pintu kecil kafe. 

"Takyah lah. Aku boleh buat ni. Kau sakit, buat cara sakit." Bebel Ban apabila Ghazi dengan mudahnya mengangkat meja kecil itu hanya menggunakan sebelah tangan. Walaupun kecil, beratnya boleh tahan juga. Meja jati kan..

Ghazi tersenyum sinis. Boleh buat konon. Tadi pun terkial-kial. 

Lily pula keluar membawa beberapa bekas biskut bermacam jenis yang baru dibawa masuk dari kilang. 

"Ini Mr Zack pergi borong banyak-banyak. Suruh kita buka booth kecil pula dekat luar ni. Jual." Sebalang biskut dibuka dan disua kepada Ban dan Ghazi. 

"Hm.. Biskut kilang rupanya. Rasa sama aje semua. Bentuk dan warna saja lain." Ban memberi komen setelah biskut tersebut dikunyah dan ditelannya. Ghazi mengangguk perlahan. Betul lah cakap Ban tu. 

"So, both of you guna lah muka you all tu jual biskut ni. Kalau setakat guna kecantikan biskut ni tak cukup rasanya." Lily gelak kecil lalu masuk semula ke dalam. 

Ban pandang Ghazi, Ghazi pula pandang Ban. Dua dua mengangkat bahu. 

Kerusi bangku kecil di tarik dari dalam kedai. Mereka berdua duduk di depan. Ghazi menulis harga di atas cardboard, Ban pula menjerit menarik perhatian orang ramai. Tidak sampai beberapa minit, Ban sudah berputus asa. Memang tiada orang lalu langsung. Nampaknya muka hensem pun belum cukup nak jual biskut kilang ini.

Dia kembali duduk di sebelah Ghazi sambil mengipas wajah menggunakan sisa cardboard yang tinggal. 

"Oh! Apa yang bunga-bunga tadi?" tiba-tiba dia jadi teringat kembali perbualan mereka yang tidak habis. 

Kepala Ghazi geleng. 

"Tak ada apa. Nuha tanya aku ada hantar bunga untuk dia ke. Aku jawab lah tak ada. Gila ke aku nak membazir beli bunga pulak." 

Ban mengeluh. Dahi dia tepuk. Bengap betul Ghazi ni. 

"Dia bagi hint lah, bro. Erti kata lain, dia nak kau bagi dia bunga." perkataan 'bunga' dibisik. 

Ghazi mendengus kasar. Ada-ada aje si Ban ni. Entah-entah Ban yang memandai-mandai. 

Sengaja mahu buat dia rasa serba salah. 

"Lagipun bukan bulan depan hari jadi Nuha ke? Mestilah ramai abang-abang korporat dah mula hantar bunga dan lain-lain." Ban memegang dagu, berfikir. 

Pulak. Dah hari jadi minah tu lah pula. Aku tak bagi  hadiah rasanya tak apa kan. Bukan aku tahu pun bulan depan hari jadi dia.

"Eh? Tapi kan, mesti Nuha dapat banyak hadiah pelik-pelik juga kan? Dalam instagram Nuha saja, berlambak mamat-mamat pervert komen kut. Apalagi kalau hari jadi, mesti berlambak hadiah jijik diorang bagi kan." Tambah Ban lagi. Dia masih tidak habis fikir. 

"Yang kau kisah sangat kenapa?" Ghazi menguap. Bosan.

"Takdelah. Kesian lah dia sebab kena hadap lelaki-lelaki gila macam tu." Ban bersimpati. Dia salah seorang pengikut Nuha Irdina di sosial media. Dia tahu benar kontroversi yang selalu terjadi melibatkan gadis itu. Gambar Nuha jangan cakap lah. Sudah tersebar ke pelbagai page yang tidak elok, semua kerana lelaki-lelaki gila seks yang menggunakan gambar sosial media gadis itu untuk memuaskan nafsu sendiri. 

Namun tiada apa-apa tindakan dari keluarga gadis itu. Mungkin kerana jumlah penyebaran yang sudah terlalu banyak, mereka juga sudah tidak dapat membendung penyebarannnya.

Ghazi merenung ke arah kereta lalu lalang sambil mendengar cerita Ban. Dalam hati dia mengutuk juga. 

Sudah kalau berpakaian menjolok mata begitu, memang lah lelaki ambil kesempatan. Dia pun kalau diberi peluang melihat, dia lihat saja. Tapi rasa berdosa lah. 

Selamba saja kau mengutuk Nuha, Ghazi. Cuba ada rasa simpati sikit.

"Kau tak cemburu ke, Ghaz? Ramai tau lelaki tergilakan Nuha tu. Cuma belum pernah lah Nuha post mana-mana gambar lelaki selama ni. Kecuali gambar tangan kau masa di hospital haritu. Mesti kau tak tengok kan instagram dia.." Ban mengusik. 

Ghazi hanya buat riak selamba. 

"Caption dia.. 'Get well soon, sayang.'"

Kepala Ban dipukul menggunakan cardboard di tangan. Ban ni tidak habis-habis mahu mengenakannya. 

Ban menghalang pukulan cardboard ghazi dengan tangan. Dia ketawa kuat.

"Betul lah. Tak percaya, pergi tengok sendiri. Bio pun dah tukar ke 'forever his'. Pergh.. Jeles aku." 

Ghazi serabutkan rambutnya sendiri. Makin berserabut rasanya masalah antara dia dan Nuha ni.

"Apa yang kau tak suka pada Nuha tu? Aku musykil lah. Nuha tu idaman semua lelaki tau. Kau sure ke kau lelaki?"

Dengan kecantikan begitu, sekali petik saja pasti berpuluh lelaki datang menyerah diri. 

"Suruh lah dia petik jari dia. Ramai lagi lelaki yang mahukan dia. Buang masa aje kejar aku." 

Badan disandar ke dinding. Dia pun tak tahu apa kekurangan Nuha cuma dia rasa dia dan Nuha tidak serasi. Itu sahaja.

Ban membantah tetapi Ghazi menyuruhnya untuk diam sebelum sempat dia mengeluarkan pandangannya. Akhirnya dia tutup mulut saja. 

•••

PANGGILAN di matikan setelah Ghazi memberi jawapan. Jambangan bunga ros merah di tangan di pandang kosong.

Tadi Fitri menyerahkan jambangan bunga pemberian seseorang ini kepadanya tetapi tiada sebarang kad atau apa apa pengenalan daripada pemberi. 

Bahu diangkat dan bunga tersebut di campak ke dalam tong sampah. 

"Abang Fitri, lepas ni tak perlu terima pemberian yang entah daripada siapa. Nuha terima pemberian dari Ghazi aje mulai sekarang. Segala hadiah-hadiah tu Abang Fitri boleh pulangkan balik atau abang ambil sajalah. Nuha tak nak pun." 

Pintu besar dan mewah itu ditutup meninggalkan Fitri di luar. Fitri menunduk sedikit tanda faham dengan arahan Nuha lalu dia berlari masuk semula ke dalam kereta untuk kembali ke pejabat Dato'Uzair. 

•••

PINGGANG gadis di hadapan di paut supaya merapat ke tubuhnya. Hidung mencium bauan minyak wangi berjenama mewah yang dipakai si gadis. 

Nuha kaget. Cepat-cepat dia menjauhkan diri dan berpaling ke belakang.

"Aiman! Kau ni! Kau buat macam tu sekali
lagi, aku tak akan maafkan kau lagi!" Tempiknya sedikit kuat. Geram dia dengan perlakuan tak senonoh Aiman yang semakin menjadi-jadi. 

Terasa geli dan gatal di seluruh badannya disentuh oleh tangan kasar dan runcing itu.

Aiman ketawa mengekek. Walaupun di tempik di kawasan awam sebegini, tapi dia berpuas hati dapat menghilangkan rasa rindu yang menggebu ini. 

"Aku gurau sajalah, sayang.. Itu pun nak marah." ujarnya. Dia kembali mendekatkan diri ke sebelah Nuha yang dari tadi tidak sudah-sudah membaca menu di kaunter restoran kecil itu. 

Wajah Nuha masam mencuka. Nak bergurau pun beragak-agak lah! 

Aiman turut memesan minuman yang sama seperti Nuha. Dia memesan juga beberapa hidangan sampingan untuk mengalas perut sementara menunggu waktu makan tengahari. Dulang yang sudah penuh dengan pesanan mereka berdua diangkat dan mengekori Nuha ke meja makan.

Hada melambai-lambai dari kejauhan.

"Erm. Aiman, kau ada bagi aku bunga ke haritu? Through delivery?" Soal Nuha sebaik sahaja punggung mereka mencium kerusi bangku di meja. 

Aiman menggeleng. Kentang goreng dicicah cili sos dan dimasukkan ke dalam mulut.

Nuha menceritakan tentang kehadiran bunga misteri ke rumahnya tempoh hari. Ikutkan dia memang sudah terbiasa menerima bunga sebegitu tetapi kali ini tanpa sebarang identiti dari pemberi. Dia jadi resah pula. .

"Sayang.. Kenapa aku nak bagi kau bunga through delivery padahal bila bila masa I boleh jumpa you." jelas Aiman. 

Bukan setakat bunga, sebiji rumah pun dia boleh beri kepada Nuha. Buat apa lah susah-susah dia pesan bunga untuk dihantar ke rumah Nuha bagai. Dia boleh beli dan bagi saja depan-depan. Lebih romantik.

Hada memberi reaksi mahu muntah mendengar kata-kata Aiman. Geli mak aih.

"Betul juga kan. Ghazi pun bukan juga. Aku risau tak bertempat sangat kut." 

Aiman dan Hada bersetuju serentak. 

"Lagipun kan hari jadi you next month. Maybe dorang rushing kut, lupa tulis nama." Aiman memberi pandangan. Kadang-kadang ada syarikat yang lupa lekat sekali kad dari syarikat mereka. Apa barang pakai kad boleh dapat dari kedai bunga. Mungkin mereka lupa print kad dan attached. Rushing sangat. Hadiah untuk Anak perempuan Dato'Uzair kan. Mahu lah jadi yang paling awal beri hadiah.

Hada bersetuju dengan kata-kata Aiman. Ada kemungkinan juga tu. 

"By the way, tahun ini pun ada birthday parti besar macam tahun lepas ke, Nunu?" Soal Hada menggunakan nama panggilan Aiman haritu. 

Aiman ketawa. 

"Erm. Ada! Tapi belum plan lagi. Korang rasa tahun ni patut guna tema apa?" Nuha sudah teruja. Parti tahun lepas bertema masquerade. Tahun ini dia mahu yang lebih istimewa. Dia gembira apabila kesemua hadirin tahun lepas sudi melayan tema pelik-peliknya. Harapnya tahun ini lebih seronok dari tahun lepas! 

Hada dan Aiman sama-sama berfikir. 

"Apa kata you re-create balik tema masa tadika dulu? Prince and Princess." 

Hada memandang Aiman. Tadika?

"Oh, kau tak tau. Masa tadika dulu parti hari jadi Nuha tema putera puteri. Masa tu aku lah Prince Charming dia!" 

Hada memandang seperti tidak percaya. Iya kah ni? Bukan Aiman cop diri sendiri ke? 

Nuha mengangguk-angguk. 

Best juga tu! Semua orang kena pakai macam tuan putera dan puteri. Tidak kisah lah tua atau muda. Semua kena pakai cantik-cantik. Mummy dan Daddy pun kena jadi Puteri dan Putera malam itu! 

"Alright! Aku setuju dengan cadangan kau, Aiman! Tak sia-sia kau jadi prince charming aku masa tadika dulu. Bijak juga." Burger di dalam dulang dibuka bungkusannya dan digigit. 

Mata Aiman bersinar-sinar. Dia memandang ke arah Hada. 

Tengok? Sekarang kau percaya kan yang aku pernah jadi prince charming Nuha masa kecil! 

Hada mencebik. Itu masa kecil lah..

"Jadi, boleh kan aku jadi prince charming kau malam tu juga?" Aiman memujuk Nuha. 

Nuha senyum jahat. 

"We'll see. Siapa lagi menarik perhatian aku, dia lah prince charming aku ya. " Lidah dijelir kepada Aiman. 

Fikiran mula menyenarai hadirin yang patut dia jemput. 

"Aku nak jemput Ghazi dan kawan-kawan dia sekali lah!" Ujarnya teruja. Fikiran sudah dapat membayangkan betapa indah dan seronok majlis hari jadinya nanti dengan kehadiran pujaan hatinya itu.

Aiman menyampah. 

"Buat apa jemput. Majlis itu nanti akan jadi mewah tau. Sesuai ke mamat tu datang. Jangan datang pakai seluar jeans dengan baju print gambar my-chemical-romance sudah lah." Aiman ketawa terbahak-bahak. 

Nuha menjeling kepada Aiman. Kalau Ghazi datang baju koyak rabak pun, Ghazi akan tetap jadi prince charming dia pada malam itu! 

"Tak kisah lah apa pun dia mahu pakai. Aku suka dia seadanya." kedua tangan diletakkan ke jantung. Mata ditutup membayangkan Ghazi di hadapannya.

"Don't you think that he's using you? To get whatever he desired? Semua orang kenal you, Nuha. Pelik lah kalau ada lelaki dalam Malaysia ni tak kenal you. Anak menteri kut." 

Angan-angan Nuha mati. Dia memandang Aiman dengan pandangan tidak puas hati. 

Aiman ni tak sudah-sudah. 

"Kau boleh cakap apa sahaja tapi aku tetap tak suka dia. Aku curiga. Kenapa dia boleh tak kenal pula kau ni siapa. Tak kan lah tak pernah baca paper tak pun portal berita dalam internet." 

"Mungkin dia bukan macam kau." balas Nuha. 

Aiman hairan.

"Macam aku?" 

"Iya lah. Suka jaga tepi kain orang." 

Tawa Hada pecah. Dia tidak menjangkakan itu. Nuha bagi sedebik ke muka Aiman. 

Keluhan panjang Aiman lepaskan.

"I never knew him tapi kawan dia tu I kenal sangat. he's a playboy. Dan juga kaki kikis." 

Semua orang dalam kelab malam itu kenal sangat dengan Hijjaz. Kaki kikis. Semua bisnes kecilan dia hasil daripada sumbangan teman wanita dan bekas teman wanita.

"Kawan dia bukan dia. Fullstop." 

Tangan di angkat supaya Aiman menghentikan topik perbualan ini. Dia mahu rileks bukan serabutkan kepala. Dia percaya pada Ghazi dan menerima lelaki itu seadanya. Belum pernah dia lihat Ghazi cuba mengambil kesempatan pun. 

Aiman mengalah. Dia tahu sangat kalau Nuha sudah ber-fullstop itu tandanya dia sedang serius.

"Okay. Back to the party, kena pakai baju fairy-tale ke?" Aiman mengubah topik. 

Nuha berfikir sejenak selepas itu dia menggeleng. 

"Pakai ikut citarasa sendiri lah. Baru ada kelainan." 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience