BAB 4

Romance Series 18757

Kelip kertas di atas meja kaunter diambil dan di kelip kan anak rambut hadapannya yang mencecah mata itu ke belakang. Warna pink klip kertas jelas menyerlah apabila dipadankan dengan hitam pekat rambut Ghazi. Dua tiga biji klip kertas yang tersangkut dirambut nya kini. 

dari jauh sudah ada beberapa orang pelanggan yang melambai-lambai mengharap Ghazi akan pergi melayan mereka.

Tetapi hanya keluhan kekecewaan yang kedengaran sebaik sahaja Ghazi berlalu ke meja berdekatan tingkap kaca. Harini dia bertugas melayan pelanggan yang duduk di meja kawasan berdekatan tingkap sahaja. meja bahagian tengah kedai adalah dibawah layanan Ban.

Jarinya menggerak-gerakkan mata pen dia atas nota kecil yang selalu diselit di kocek seluar. 

"You pekerja baru ya? I never saw you here before." Soal salah seorang daripada pelanggan lelaki yang sedang dilayannya kini.

Ghazi hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan lelaki itu. Tiada sebab dia mahu berbasi-basa. Banyak lagi kerja yang mahu disiapkan. 

Mata diangkat. 

Zapp! 

Matanya dengan mata si lelaki bertembung. Tiba tiba sahaja tubuhnya terasa seram sejuk. 

Ah sudah!  Badan aku bukan mudah nak rasa takut tapi kalau dah seram sejuk begini memang lain macam brader seorang ni. 

Senyuman penuh makna diberikan kepada Ghazi. Dia suka lihat Ghazi. Wajah beku dan pandangan matanya yang tajam membuat dia tertarik. Dia sudah memerhati Ghazi sejak mereka bertiga masuk ke kafe.

Belum pernah dia merasa begini kepada mana mana lelaki. Bagaimana agaknya dia mahu memancing perhatian lelaki ini supaya tertarik dengannya seperti mana dia tertarik kepada Ghazi sekarang ini. 

Nametag Ghazi dipandang. Nama pun sudah segak. Tubuh sedang dengan lengan berotot Ghazi di-scan. Hatinya jadi semakin tertarik. 

Dia tahu otot otot begitu tidak terhasil sepertimana otot dibadannya. Otot Ghazi otot asli. Dia sukakan lelaki seperti Ghazi bermacam bayangan keindahan dan fantasi-fantasi sudah mula difikirkan kalau dia dapatkan Ghazi.

Tanpa banyak bicara, Ghazi berlalu dari situ. Dia sedar mata lelaki tadi terus mengekori tubuhnya. Kalau tidak kerana dia sedang bekerja, lelaki itu sudah makan berbuku-buku penumbuk dia. Berbakul-bakul makian dilemparkan kepada lelaki tersebut didalam hati. 

Hatinya menggelegak.

Selama ini dia hanya lihat sexual assault yang berlaku kepada perempuan, sekarang dia sendiri merasa. Kota Kuala Lumpur ini memang tidak tahu batas langsung. Lelaki muka ketat macam dia pun boleh kena sexual harrassment begini. Memang tak guna betul!

Teguran dari Ban menyedarkan Ghazi dari lamunan. Terhenti sekerat jalan makian bakul keduanya. 

"Apasal?" Ban memandang ke arah yang sama seperti Ghazi. 

Ketawanya terlepas tapi masih mampu dikawal. Mata Ghazi sudah menjeling tidak berpuas hati. Kalau tadi dia rasa nak debik mamat tu, sekarang dia rasa nak debik muka Ban pula. 

Ban mengangkat tangan sambil sebelah lagi tangan memegang perut. 

"Adui lah. Ghaz, that group gay tau. Be carefull tapi untung juga kalau kau layan. See that one yang menghadap kita itu, itu Mr Hazirul. He's a milionaire. Ada banyak bisnes. Dia suka datang sini sebab one of his friends adalah Mr.Zack. Mr.Zack dengan dia sama spesis lah." Bisik Ban. 

Ah khinzir betul! Yang menghadap dia tu lah yang dia anti. Kejadah betul. Kalau boleh, sekarang juga dia berhenti tapi memikirkan betapa tidak relevannya dia untuk berhenti kerja semata sebab diganggu sebegini, tak berbaloi. 

Sudahlah susah mahu mencari kerja sekarang, dengan kelayakannya yang tidak seberapa. Apalah nasib aku, terjumpa dengan bermacam jenis orang pelik pelik di KL. Tidak cukup kah Hijjaz seorang. 

Dia membawa hidangan yang sudah siap ke meja pelanggan. Dengan penuh berhati-hati, dia meletakkan pinggan yang berisi makanan itu dihadapan Mr Hazirul. Lelaki itu masih tidak lepas memandangnya dengan penuh minat. 

"Ah, Ghazi. Let me introduce you. This is Mr Hazirul, My friend. Rul, ni Ghazi." Mr Zack menerjah dari belakang.

Mr Hazirul senyum. Ghazi cuma membalas senyuman nya dengan anggukan kepala. 

"Ghazi ni baru datang dari kampung." Sambung Mr Zack lagi. Darah semakin menggelegak. Selamba sahaja dia memberitahu tentang diri aku kepada orang lain. 

Terasa api yang memarak didalam hati nya kini sedang membakar diri. Panas terasa diseluruh tubuh seakan memaksa dia untuk melepaskannya keluar walau hanya dengan satu tumbukan. 

Mr Hazirul nampaknya berminat dengan apa yang didengarinya. Ah, dia tidak begitu bodoh sehingga tidak tahu permainan mereka. Kalau dengan orang lain, boleh lah mereka guna trik begini tapi tidak pada Ghazi.

Aku ni budak kampung tapi fikiran aku lebih terbuka berbanding mereka ini semua. Fikiran aku lebih merdeka berbanding mereka yang diperangkap nafsu.

"Iya? Kalau you perlukan kerja, call me anytime. I boleh offer you kerja." 

Teringat akan nasihat ayah dan atok di kampung. Dikawal amarah tidak mendatangkan apapun kebaikan padanya. Dia harus selalu tenang, itu yang terbaik buat masa sekarang. 

Dia meminta diri untuk menyambung kerjanya apabila dia merasakan tiada keperluan untuk dia berlama lama di situ. Dia tidak berminat dan berharap yang Mr Hazirul dan Mr Zack boleh menghormati sexual orientation dia seperti mana dia hormat sexual orientation mereka.

Dia gelak terbahak-bahak didalam hati. Sexual orientation konon. Beritahu lah agama mana yang menghalalkan seks sejenis. Tiada!

Walaupun dia rasa mahu tumbuk muka sekor sekor supaya kembali kepangkal jalan. Kalau tidak pun, kembali terus kepada Allah pun okay. kurang sikit pengaruh dan amalan songsang ini. Dia peduli apa.

Dia bukan homophobic tapi apa yang mereka berdua sedang lakukan pada nya sekarang ni pun rasanya mencabuli hak dia sebagai manusia! 

Paling dia panas, Mr Hazirul ni orang islam.

"Sabar bro. Aku tak sangka pula kau ni taste-taste dia orang." Muka kelat Ghazi dapat dibacanya. 

Ghazi tersenyum paksa.

Sudu yang berada di atas meja dapur digenggam. Wajahnya kekal tenang. 

Ban menepuk perlahan belakangnya. Kasihan budak mentah seperti Ghazi ini terpaksa berhadapan dengan situasi begini tanpa kerelaannya sendiri. 

"Takde hal lah bro." Sudu ditangan membengkok. 

Membulat mata Ban melihat apa yang digenggaman Ghazi. Air liur ditelan. Urat urat hijau di tangan dan leher Ghazi juga kelihatan. 

Ghazi berlalu ke tandas bagi membasahkan kepala. Dia takut dia mengamuk saja di sini. Habit yang dia perlu kawal. 

Panggilan dari Lily menandakan bahawa Ghazi punya pelanggan. Dia membasuh mukanya buat kali terakhir. Reda sedikit panas yang dia rasakan sejak tadi.

Sebelum keluar ke dine hall, sempat dia mencapai tuala bersih dari kabinet khas untuk kegunaan pekerja itu dan mengeringkan rambut dan mukanya. Rambut disikat dengan jari jemari, messy-look! 

Senyuman lebar diberikan kepada Ban dan Lily. Dua dua terkejut beruk! 

Apa mimpi Ghazi senyum sampai nampak gigi? Dah tak betul ke? 

Menu diletakkan dihadapan pelanggan yang duduk bersendirian di tepi tingkap. Cukup jauh dari Mr Zack dan Hazirul. Lega sikit hatinya.

"Selamat datang." sapanya mesra. Ini Ghazi limited edition! Tah kenapa dia rasa dia nak senyum pula tiba tiba. Hasil berkat dari bersabar tadi agaknya. Fulamak. 

Gadis kecil molek dengan ikatan rambut ekor kuda itu memandang ke wajahnya yang sedang tersenyum. Mata mereka bertentangan. 

"Awak!" jerit gadis kecil molek itu dengan teruja. Kalau tadi hatinya sayu bersarang masalah, melihat wajah Ghazi saja sudah boleh buat dia lupa segalanya. 

Ghazi menilik wajah gadis di hadapannya sebelum melepaskan keluhan panjang. Aiseymen. Budak ini lagi. 

Hilang senyumannya. 

"Awak kerja di sini ke? Ala. saya tak tahu. Kalau saya tahu, hari hari saya datang sini." Pertemuan mereka pada pertengahan bulan yang lalu masih tidak dapat dia lupakan.

Setiap hari dia teringatkan Ghazi, tiap malam sebelum tidur pasti dia berangankan Ghazi. Tidak sangka dia dapat bertemu dengan Ghazi sekali lagi. 

"Tak lah. Esok aku berhenti kerja." Laju dia menjawab. 

Wajah Nuha masam mencuka tapi cuma sebentar. Dia kembali senyum menampakkan barisan giginya yang cantik dan tersusun rapi itu selepas beberapa saat.

Kegembiraannya tidak dapat disorokkan lagi. Matanya menilik pemakaian Ghazi dari atas ke bawah. Baru dia tersedar. 

"Erm. Awak kerja pelayan di sini ke?" dengan nada menyindir.

Ah! Apa sajalah yang aku harapkan. Dia miskin. 

Ghazi mengangguk. Kalini dia pula senyum sinis. Nota kecil dan pen dimasukkan semula kedalam poket apron. Dia memeluk tubuh.

"Kenapa? Sekarang kau kecewa kan jumpa aku semula?" Sengaja dia mahu menguji perempuan ini.

Semua perempuan sama saja. Hanya melihat pada harta benda dan status. Dia tidak kisah malah tidak peduli, dia suka dirinya sendiri. 

Panggil lah dia narcissist atau apa sekalipun. Kalau mahu dia jerit pun boleh. 

Dia Cintakan Diri Sendiri ! HA HA HA.

Nuha teragak-agak mahu menjawab. Dia gembira jumpa Ghazi tapi kenapa Ghazi bukan seperti yang dia harap. Kenapa Ghazi bukan seseorang? Kenapa Ghazi hanya seorang pelayan di Cafe! 

Ghazi berdiri tegak seperti biasa. Nota kecil dan pen kembali ke tangan. Wajahnya serius. 

"Cepat order. aku banyak kerja lagi ini." 

Nuha membuka helaian demi helaian muka surat menu makanan tersebut. Sekali.. Dua kali.. sudah lima minit dia tercegat disini. 

Kali ketiga Ghazi sudah tidak mampu bersabar. Tengok menu macam tengah mengeja! Slow pula tu. 

"Ehem!" 

Mata Nuha kembali memandang wajahnya. Penuh naif. 

"Kau ni tengok menu ke mengeja menu ni?" Selamba badak saja dia mengutuk pelanggan sendiri. 

Orang lain dia tidak akan buat begini. Tapi dengan Nuha, geram saja dia melihatnya. Sengaja menguji kesabaran dia ke apa ni! 

"Saya tak tahu nak makan yang mana lah. Tak ada gambar pula tu." Komplen Nuha. 

Amboi.. Banyak cantik muka dia nak bergambar bagai. Kalau nak bergambar, baik aku bagi buku cerita kanak kanak terus. 

Mata nya tajam memandang Nuha. Kalau boleh telan Nuha ni, memang aku telan. Ada saja jawapan dia yang membuat aku mahu marah.

"Aku bagi kau seminit, baik kau pilih sekarang. 60.. 59.. 58.. 57.. 56.." mulut mula mengira dengan laju. Nuha sudah gelisah dan kelam kabut apabila Ghazi sudah bernada serius. 

Automatik laju juga tangan halus dan kecil itu membelek menu. Ghazi menggeleng. Susah betul bercakap dengan budak ini. Sudahlah tidak faham bahasa, ikut kepala dia sahaja. Kelam kabut betul. 

Selesai mengambil pesanan, Ghazi kembali ke dapur. Riak wajahnya kelat. 

Ban yang baru keluar dari tandas hanya menggaru kepala. 

Ghazi ini datang bulan ke apa. sekejap marah, sekejap senyum, ini marah semula. Puting beliung betul lah mamat ini. Dia mencuci tangan dan mengepam sedikit hand-sanitizer ke tapak tangan setelah kering.

Dia menyarung semula apron yang tadi dia sangkut di lokar. Pesanan pelanggannya yang sudah siap diangkat dan dibawa ke pelanggan setia nya yang sudah menunggu di meja tengah dine hall. 

Senyuman manis diberikan. Salah seorang daripada gadis gadis muda tersebut memulakan strategi menggoda Ban. Apa saja yang dilakukan gadis itu, Ban menyambut baik. Malah dia pula yang gelak sakan apabila salah seorang daripada mereka cuba membuat gurauan. 

Matanya tertangkap susuk Nuha yang merenung ke luar tingkap. Nampaknya Ghazi memang tiada tanda tanda mahu melayani gadis kecil molek tersebut. Rugi. 

Dia kenal siapa Nuha. 

Bibirnya tersenyum penuh makna. Dia melangkah mendekati anak gadis itu. Wajahnya yang bujur sirih, kulit kuning langsatnya dan rambut ekor kuda yang panjang mengurai melepasi bahu itu baginya begitu mempersona. 

"Hai, cik Nuha." Sapa Ban. Senyuman keanakan diukir dibibir. 

Nuha menjeling. Malas mahu layan. Wajahnya masam mencuka memandang wajah Ban. Benci! 

Hati Ban digeletek rasa suka. Mana tidak tumpahnya muka hensem abang kalau tidak ke adiknya. Ali sudah lama menghilang, hanya Nuha setia menanti kepulangan abangnya disini. Dia tahu kisah mereka serba sedikit. Dia simpati kepada Nuha. 

Jujurnya memang sudah lama dia punya hati pada gadis ini. Sejak Ali masih disini lagi, cuma ketika itu Ali begitu protective terhadap adiknya. Tiada siapa berani mengorat Nuha kerana Ali. Berani, cubalah! Jadi, peminat peminat seperti dia ini hanya mampu melihat dari jauh sahajalah! 

Tapi kalini tidak lagi. Siapa yang tidak mahu pada Nuha? Anak orang kaya, cantik, bentuk tubuhnya saja sudah begitu menggoda. Badan kecil molek, leher jinjang, tinggi nya sesuai dengan saiz tubuhnya dan 'adik adik' dia yang lain lawa dan menggoda semuanya. Hati lelaki mana tidak tertawan. 

"Cik Nuha duduk seorang aje? Nak saya teman?" Ban terus mencuba nasib. 

Nuha masih diam. Tidak berkutik sedikitpun. Matanya terus merenung tingkap. 

Ehem! 

Dehaman Ghazi dari belakang menyentapkan mereka berdua. Ghazi memandang Ban pelik. Apa yang dia mahu menyendeng dekat Nuha ni? 

Tersalah memahami maksud disebalik pandangan Ghazi, Ban bangun dan berlalu pergi dari situ. Padanya pandangan Ghazi tadi seperti tidak selesa dengan kehadirannya disini. 

Hidangan chicken chop bersama beberapa jenis salad dan side dishes itu diletakkan dihadapan Nuha. Begitu juga dengan ais kosong dan juga chocolate shake yang dipesannya tadi. 

Badan kecik, tapi makan banyak. 

Ghazi mencebik. Sakit matanya melihat pemakaian Nuha. Mahu tersembul biji mata lelakinya.

Kalau tadi gadis ini masih mengenakan kemeja luarnya yang tidak berbutang sebagai penutup kulit yang terdedah, sekarang kemeja tersebut sudah selamat tersidai di kerusi sebelah. Gadis ini hanya mengenakan sleeveless top nya dengan bahagian dada yang terdedah luas. 

Ghazi memicit-micit kepala, mahu berlalu dari situ sebelum dia kecundang. Belum pun sempat dia sampai semula ke dapur, dia kembali menghadap Nuha. Entah kenapalah budak seorang ini selalu buat dia rasa serba salah untuk dihiraukan. 

"Kenapa tak makan?" 

Jangan kata makan, pandang makanan tu pun tidak. Matanya sibuk membuang pandang ke luar sana. Apa yang dia cari dan lihat pun, tidak tahu lah. 

Dengan dia sekali jadi tercari cari akan apa yang dicari oleh Nuha diluar. 

"Tak ada selera." 

Dahi Ghazi berkerut.

Ini yang nak berangin aku rasa ni. Punya banyak kau pesan tadi, ada pula selera kau ya?! 

"Itu selera nak pesan makanan aje." Dia tunjuk lagi kedua lesung pipitnya pada Ghazi. Apa dia ingat senyuman dia tu laku ke?

"Ah, tak ada. kau makan sekarang. Aku bawa dari dapur sampai ke sini, kau tak nak makan pula. Kau nak aku makan gaji buta ke sebab kau tak makan apa kau pesan ini?" Bisik nya dengan nada mendesak. 

Badan kurus keremping macam ini pun lagi tak ada selera. 

Pisau dan garfu Ghazi angkat dan mula memotong ayam didalam pinggan Nuha menjadi potongan kecil. Habis memotong baru dia tersedar. 

Sudah! perkara yang aku sudah terbiasa lakukan untuk adik adik di rumah, aku lakukan untuk dia pula. Aduyai. 

Perangai sebijik macam adik adik aku bila tidak mahu makan. Tindakan refleks. 

Nuha menahan senyum apabila terperasan yang Ghazi sudah tersilap langkah. Cepat cepat garfu itu diambil dari tangan lelaki itu dan menyuap kepingan ayam tersebut ke dalam mulut dengan penuh berselera. 

Ghazi mengeluh dalam hati dan memaki diri sendiri.

Apa lah yang aku fikir. Dia bukan adik kau oi! 

Alunan azan dari masjid taman perumahan berdekatan membawa aku kembali ke alam realiti. Ghazi berlalu ke dapur dan meminta Lily untuk mengambil alih tugasku buat sementara.

Selalu jugalah Lily membantunya dalam hal kerja, lebih-lebih lagi jika dia perlu menunaikan solat. Lily ini gadis cina yang sangat memahami. Malah setiap kali pulang dari kerja, Lily juga yang rajin menumpangkan Ghazi dengan motor skuternya sampai ke rumah.

Nasiblah rumah dia dan rumah Lily melalui jalan yang sama.

"Okay! You pergilah solat dulu. I ada sini." Jawab Lily mesra. Senang hati Ghazi melihatnya. 

Kalau lah Lily muslim, lama dah aku mengorat. HA HA HA. gurau aje. 

Ghazi masuk ke bilik air dan mengambil wuduk seterusnya ke bilik yang dikhas kan untuk pekerja muslim menunaikan kewajipan mereka. Bilik kosong yang hanya berlantaikan simen konkrit itu dia bentangkan sejadah dan mula mengangkat takbir. 

"Hey. You tengok apa ha?" tegur Ban dari belakang. Lily terkejut tapi suaranya masih ditahan. Dia senyum sendiri. Mata sambung menikmati pemandangan yang dirasakan cukup indah. 

"Ohh.. You stalk Ghazi solat ya." Ban mengangguk faham. Lily sukakan Ghazi ya, dalam erti kata lain. 

Lily menepuk kuat bahu Ban supaya mengawal suaranya. Segan dia kalau ada yang mendengar. Tapi jujurnya, dia memang suka lihat Ghazi. Baginya ini lah kali pertama dia melihat lelaki muslim yang sangat menghambakan diri kepada tuhan mereka. Kalau tengok dalam televisyen itu lain, ini real life. Banyak perkara yang buat dia tertanya tanya. Tapi dia belum bersedia mahu bertanya lebih lebih. 

Melopong mulutnya apabila Ban memberi saranan supaya dia pergi mengorat Ghazi. Gila kah? Ghazi tu muslim, dia ni buddhist. Perasaan dia kepada Ghazi ni hanya satu admiration, tengok dari jauh sahaja. 

Setiap kali lelaki itu mengangkat takbir, setiap kali itu lah jantungnya berdebar debar. Kuasa apa kah yang dipunyai Ghazi sehingga dia rasa tertarik begini. Setiap pergerakan lelaki itu didalam solat seperti satu pergerakan yang agung dan mulia. Sangat tertib. Kemas. Benar benar menunjukkan rasa penghambaan kepada Sang Pencipta. Diikuti pula dengan bahasa arab yang tidak difahaminya tapi begitu menenangkan.

Mungkinkah kerana suara mendatar Ghazi? 

Ban hanya memandang. Dia pun tidak faham apa yang istimewanya melihat Ghazi bersolat. Perempuan kalau tengah angau memang semuanya nampak indah kut. 

Dia kembali melakukan tugasnya apabila ada beberapa orang pelanggan masuk ke dalam kedai. 

"Hoi, Lily. Itu ada orang di kaunter. You berangan eh." Sapa Jerry, salah seorang kitchen's staff.

Sempat dia mengejek Lily dan Lily pula menunjuk penumbuk nya kepada Jerry sebelum kembali ke kaunter. 

Lilu mengukir senyum lebar kepada pelanggan yang berada di kaunter. 

"Miss Nuha. Nak bayar dah?" Jarang cik Nuha tidak duduk berlama lama di sini. Selalunya dua tiga jam juga dia duduk termenung di tepi tingkap itu. 

Nuha menggeleng. Senyuman keanakan terukir di wajahnya. 

"Ghazi mana?" Laju mulutnya bertanya. Mata sudah melilau ke sekeliling kedai mencari kelibat Ghazi. 

Jari mengetuk-ngetuk meja kaunter. Baru sekejap Ghazi menghilang, dia sudah tercari cari. 

"Ghazi is praying right now. Nanti saya suruh dia datang entertain Miss Nuha."

Ohh.. Ala. 

"Okay." Dia kembali ke tempat duduknya. Chocolate milkshake itu disedut sepuas boleh. Ghazi.. Ghazi..

Itu saja difikirannya. Entah kenapa dia rasa betul betul selesa dengan Ghazi. Padahal berlambak lagi lelaki lain yang mahu mendampinginya selama ini tapi Ghazi juga yang dia izinkan berdiri disebelahnya. Ha! Ghazi perlu rasa bersyukur! 

Beberapa minit juga dia menunggu sambil membuka aplikasi online shopping yang femes di Malaysia itu. Setiap kali ada yang menarik minatnya, dia akan masukkan ke cart terus tanpa berfikir dua tiga kali. Sambil bernada nada riang sendiri, hampir 10-20 barang belian sudah dia masukkan ke dalam cart. 

"Ha? Nak apa?" soal Ghazi sebaik saja dia berdiri di hadapan meja Nuha.

Dia menurunkan lengan bajunya yang tadi dia lipat ketika mengambil wudhu'. Matanya memandang ke dalam anak mata bulat Nuha. 

Zapp! 

Kejang tubuh kecilnya. Seakan terkena renjatan elektrik saja. Mata setajam helang itu seakan menembusi jantungnya. Dia rasa gembira sampai nak melompat. Jantungnya berdebar debar.

Perasaan apa yang dia rasakan kali ini? 

Dia sukakan Ghazi kah? 

Mata cuba mencari perasaan sebenar Ghazi kepadanya. Tapi hampa. Pandangan Ghazi kepadanya mungkin tidak sama sepertimana pandangan dia kepada Ghazi. 

Ghazi mengangkat kening. Mereka berdua ni sedang main tenung-tenung ke macam mana ni. 

"Awak solat ke tadi?" Kekok. 

Eh eh. Dah tahu, pergi tanya lagi buat apa. Alah. 

Mata Ghazi kecilkan. Apa lah yang budak ini mahu sebenarnya. Bukan kau seorang pelanggan disini tau. Hari ini saja dah berapa kali dia mengeluh. Tahu tak yang mengeluh ni tak baik sebenarnya. ish. Kalau Mama aku tahu yang aku ni asyik mengeluh je, mesti dia marah.

"Kau dah solat belum?" dia beri soalan berani mati.

Ah. Bagi aku ini sepatutnya bukan soalan berani mati pun, ini soalan yang sepatutnya jadi soalan wajib dalam kehidupan harian. 

Jauh sekali dia mahu memandang rendah orang yang tidak solat. Dia pun bukan terus keluar dari perut mama, terus boleh azan iqamat. Dia pun pernah jahat juga. Apalagi nak solat. Itulah yang paling dia liat mahu buat.

Tapi berkat doa mama, ayah dan orang sekeliling juga lah dia berubah. Dari kecil dia lah yang paling jahat dan nakal. Adik beradiknya yang lain pun tidak selasak dia. Dia juga yang selalu melawan perintah ayah dan mama siap bonus memalukan nama mama dan ayah satu kampung lagi.

Kalau dia membesar di bandar, entah satu Kuala Lumpur ini mama dan ayah malu. Kalau nak cakap pasal dosa, berzina sajalah dia tidak pernah buat. Mensyirikkan Allah dulu pun dia pernah akibat daripada ketidakmatangannya dahulu. Malunya bukan kepalang dengan Allah kalau difikirkan semula salah silapnya. 

Nuha menggeleng. Jujur. Kali terakhir dia solat, masa sekolah menengah. Keluarganya tidak tegas isu isu begini malah tidak kisah pun apa yang mereka mahu pilih dalam hidup mereka. Mereka punya segalanya, nak solat buat apa. Dah ada segalanya. Solat ini kan untuk minta pada Allah. Kalau tak ada benda nak minta, buat apa solat. 

"Balik ni solat." Ghazi berpesan. Sempat dia menjeling pinggan makan si gadis. Matanya menikam wajah Nuha. 

"Kenapa kau asing-asing kan carrot ni? Makan sampai habis." Arahnya sudah persis guru disiplin sekolah. 

Carrot tu kan baik untuk mata. Sanggup pula dia asing asing benda ni dari salad tu. Makan pun memilih. Dasar anak orang kaya manja. 

Nuha menggeleng. Dia paling benci carrot. Tak sedap. Warna je cantik. NO ! 

Garfu yang terbaring di atas pinggan di capai. Dia mencucuk lebihan lebihan lobak merah yang ditinggal oleh Nuha.

"Cepat. Aaaaa .." Lobak merah tersebut mahu disuap secara paksa. Wajah Nuha memerah. Mulutnya ditutup rapat. 

Ban datang menyampuk dari belakang. Dia merehatkan lengannya diatas bahu Ghazi. 

"Aaaaa…" ajuk Ban. Mulutnya dibuka besar besar. Aksinya itu mendapat tawa kecil dari Nuha. 

Apalah Ban ni. Main main pula. 

"Banyak lah kau punya Aaaa. Aku sumbat garfu ini masuk dalam tekak kau nanti." Dia mengacah mahu menyumbat garfu kedalam mulut Ban. 

Ketawa Nuha makin bertambah apabila Ghazi juga melayan kerenah Ban. Ban mula mahu melarikan diri apabila Ghazi kelihatan serius mahu menyumbat garfu itu kedalam mulutnya. Tidak boleh buat main betul. 

"Hey, Nuha. Long time no see. Nampaknya pekerja-pekerja abang ini dah berjaya buat Nuha senyum." Sampuk Mr Zack dari arah mejanya tadi. Dia menghampiri mereka bertiga yang dari tadi bergurau senda. 

Ban dan Ghazi kejang. Hilang gelak tawa mereka. Yang ada cuma tanda hormat. 

"Hey, janganlah saya datang semua kejang. Ini kan cafe, memang lah kena happy-happy. Bukan office nak stress-stress." Mr Zack ketawa. 

Kalau dia tahu dia akan mengganggu keseronokan mereka, dia tak akan menyampuk tadi. 

Nuha tersenyum paksa. Dia hormat kepada Zack yang merupakan kawan kepada abangnya tapi dia merasa tidak selesa. Bukan dia tidak tahu aktiviti gelap Zack, jijik. Buatkan dia tersedar bahawa Ghazi bukan ditempat yang baik. 

Dia menjeling Ghazi dengan ekor mata. Lelaki itu terus bersikap formal dengan Zack. Hatinya menjadi lega. Harapnya Ghazi tidak terjebak dengan Zack. 

Zack memandang Nuha dan seterusnya ke Ghazi. Hatinya seperti dapat menjangkakan sesuatu dari gaya perlakuan Nuha terhadap lelaki yang datang dari kampung itu. Nampaknya dia lah yang terpaksa beralah. 

Hijjaz. Kawan kau tidak berguna buat aku. Argh.

Ghazi memandang Mr Zack, hairan. Ada apa apa kah antara lelaki itu dan Nuha. Nampaknya Nuha rapat sungguh dengan Mr Zack. Suasana di antara mereka agak tegang.

Hanya setelah Mr hazirul berdehem saja keadaan kembali santai. 

"What a surprise dapat jumpa Nuha lagi." Mr Hazirul tersenyum. Nuha menyambut baik senyumannya. 

Mr Hazirul berborak kosong dengan Nuha. Bertanya itu dan ini mengenai hidup dan dirinya. Nampaknya Nuha lebih selesa dengan Hazirul berbanding Zack. 

Ghazi mengangkat bahu. Malas mahu masuk campur. Bukan hal dia. Ban juga begitu. Awal awal lagi dia sudah lari. Ghazi sahaja yang tidak perasan. Tiba tiba saja Ban sudah hilang. 

Hazirul duduk di kerusi bertentangan dengan Nuha. Gelagatnya persis seorang abang yang prihatin terhadap seorang adik. Sesekali dia memuji kecantikan Nuha.

"Abang tengok Nuha makin lawa dah. Memang adik Ali." Dia ketawa mesra. Dia akui, Nuha memang lawa gila. Rasanya beberapa tahun lalu, Nuha masih anak gadis yang comot. Kemana sahaja asyik mengekor si abang. Sekejap saja masa berlalu dan kini budak comot ni sudah bertukar jadi wanita idaman malaya. 

"Alah. Lawa pun bukan taste abang juga." Nuha memperli Hazirul. Dia tahu lelaki itu tidak suka perempuan. Hazirul hanya menyengih. Sudah terbiasa diperli sebegini. Lagipun ini hidup dia. Rasanya hak dia lah untuk suka pada lelaki atau perempuan. 

Rasa nak terkeluar isi dalam perut Ghazi sebaik sahaja mendengar perlian Nuha. Memang semua orang tahu ke lelaki ini suka kaum sejenis? Bangga pula dengan semua itu. Aduhai. 

Kalau dia boleh azan kuat kuat dekat tengah kafe ni, dia azan kot. Tapi apa gunanya azan pun kalau dah hati mereka mereka ini menolak Allah dan mengutamakan nafsu dari segalanya. 

Bukan hak dia memberi hidayah. Tugas manusia hanya sebagai pemberi peringatan. Dan hidayah itu hanya untuk mereka yang benar mencari Allah dan Allah maha mengetahui setiap apa yang tersembunyi di dalam hati manusia. 

Ghazi bermonolog didalam hati.

Bukan dia mahu bersikap prejudis terhadap sesiapa. Tapi berbangga dengan perkara haram ini membimbangkan dirinya sendiri. Bukan kepada golongan songsang ini semata, sekalipun kepada kawan baiknya sendiri. 

Apa yang Hijjaz lakukan juga dia tidak suka malah membantah habis habisan. Sudah habis air liur dia. Dengan tangan dan kaki pun dia dah lawan. Tapi Hijjaz masih berdegil. Akhirnya dia mampu mendoakan sahaja. 

'Berpalinglah Ghazi kalau engkau tidak boleh menerima dan mereka pun tidak boleh menerima.' 

Diulang ulang pernyataan itu didalam hati. Dalam fikirannya terbayang bayang kata kata ayah Hijjaz. Bagaimana nanti di hari pembalasan, setiap dari kita hanya memikirkan diri sendiri. Orang orang kafir, fasik dan munafik ini akan berlari kesana sini mencari kawan kawan mukmin dengan harapan mereka akan dapat membantu memberikan syafaat. 

Jangan cakap hari pembalasan, kalau esok dia mati entah mana dia nak cari orang yang boleh tolong berdoa semoga diampunkan semua dosanya semasa didunia.

Gila! Dia tidak sanggup. Dia belum sedia. 

Panggilan Mr Zack mematikan lamunan Ghazi. Dia baru mengelamun sampai kubur tadi. Fuh. 

Mr Zack sempat berpesan kepada dia supaya melayan Nuha dengan baik sebelum lelaki itu keluar atas urusan kerja. 

Ghazi mendengus. Tidak pasal pasal dia pula yang kena layan Nuha. Budak tu boleh layan diri sendiri lah.

Dia mengangkat air yang dipesan oleh Mr Hazirul dan berjalan menghampiri meja mereka berdua. Mata Mr Hazirul memandang tepat ke wajahnya. Ghazi buat selamba. 

Gelas tinggi itu di letak dihadapan Mr Hazirul dengan tertib.

"Ini lah boifren Nuha. Ghazi." Nuha tersenyum sambil tangannya terarah ke Ghazi. 

Tangan Ghazi terhenti. 

Apasal tiba-tiba mengaitkan nama aku ni! 

Ketawa Mr Hazirul membuat kepala Ghazi automatik berpusing menghadapnya pula. Konfem ini bukan lakonan, dia pandang pula ke arah Nuha. Perempuan ni boleh senyum simpul lagi! 

Dia memberi Nuha isyarat mata yang dia tidak senang dengan apa yang cuba Nuha lakukan sekarang. Mata tajam menikam wajah bujur sirih itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia benamkan si Nuha ni dalam kolam ikan tepi jalan sana tu.

Ghazi menyampaikan amaran kepadanya melalui renungan. 

'Hentikan sekarang juga, Nuha!'

Nuha buat bodoh seakan akan tidak faham maksud renungan Ghazi. Nasib lah tidak ramai pelanggan di sekeliling kami. Kalau tidak, buat kecoh saja nanti.

Nuha ini memang mahu tutup periuk nasi aku ke ha?! 

Anggukan Mr Hazirul buat dahi Ghazi mula berpeluh. Ah sudah! 

"Patutlah dari tadi panggil Ghazi je. Nak berkepit dengan boifren rupanya eh." 

Dia melihat ke wajah Ghazi buat terakhir kalinya. Ghazi telan air liur. Tidak selesa dengan renungan lelaki itu. Gila ke? Pandang orang dengan pandangan romantis begitu. Lelaki dengan lelaki pula.

Senyuman Nuha yang melebar itu menambahkan kerisauan dihati. 

Apalah nasib dia. Lepas satu satu masalah yang datang. Tidak boleh kah kalau dia mencari duit dengan aman saja di KL ni.

Berani-berani Nuha menjadikan aku patung mainannya. Dasar perempuan gila. 

Hampir setengah jam juga Mr Hazirul dan Nuha rancak berbual itu dan ini. Dia tiada hati mahu memasang telinga. Lagi dia layan, lagi panas jadinya hati ini dengan lakonan yang dicipta oleh Nuha sebentar tadi. 

Dulang ditangan di letak di atas salah satu meja khas di dapur. Ghazi pusing-pusingkan tengkuk beberapa kali sehingga berbunyi. Lega.

Betul lah cakap orang, makin meningkat umur, macam macam sakit datang. Sekarang pun badannya sudah selalu lenguh-lenguh. Krak kruk krak kruk tulang dia kalau dia mengeliat. 

"Sibuk bro?" Soal Jerry. Staff dapur yang baginya sangat berbakat besar dalam bidang masakan.

Hasil tangan Jerry memang sempurna. Sehinggakan dia sendiri kagum. Sebagai lelaki yang selalu masuk ke dapur, Jerry boleh dikatakan level level power sangat. Masakan lelaki itu pun sedap! Dia sudah rasa. Jarang dia puji air tangan orang. 

Ghazi mengangguk perlahan. Badan disandarkan ke sinki terdekat. Dia terus memerhati Jerry melakukan tugasnya.

Jerry mula bersoal jawab tentang apa yang berlaku di dine hall tadi. Ghazi jawab acuh tak acuh. Memang malas dia mahu borak tentang isu itu. Lebih lebih lagi mengaitkan dirinya, lagi malas! 

Biar Nuha setel sendiri masalah yang dia cipta. Dia tidak mahu ada kena mengena. Apa sajalah yang di fikiran budak tu, dia sendiri tidak tahu. 

Makin suwey nasib dia sejak jumpa Nuha. Ini baru kali kedua.

Kalau hari hari jumpa Nuha, mandi bunga lah aku sikit hari nak buang suwey yang melekat ni. 

Suara Lily dari luar yang mengucapkan terima kasih kepada Mr Hazirul memulihkan sedikit mood buruk Ghazi dari tadi.

Kurang sedikit sesak di dada apabila lelaki itu sudah keluar dari kafe. Dari tadi dia asyik menahan rasa hatinya mahu tumbuk muka Hazirul tu. Sekarang cuma Nuha saja yang tinggal. Bila agaknya gadis itu mahu blah dari sini. 

Kalau hari hari jumpa Nuha begini, dia tekad mahu berhenti kerja terus!

Jerry ketawa mendengar bebelannya. Anti betul Ghazi dengan cik Nuha. Cik Nuha tu baik lah. Cuma biasalah. Anak orang kaya yang manja, macam itu lah perangainya. 

"Ah! Mengarut. Itu mengada-ngada bukan manja. Kerek pula tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience