BAB 32

Romance Series 18757

Susunan kertas di tangan di ketuk-ketuk ke atas meja supaya lurus sebelum mengepil bahagian tepi. Kakitangan lain semuanya sudah mula keluar untuk makan tengah hari. Hanya dia saja yang masih setia di meja, menyelesaikan kerja-kerja yang menimbun. Memang rezeki dia lah dapat intern dekat company Dato’Uzair ini, kerja pun macam pekerja tetap aje. Bukan selalunya kerja intern ni kena potostat-potostat aje ke? Ini tidak. Habis kerja-kerja yang Dato’Uzair tak mahu buat, dia yang kena buat. 

Memanglah bangga apabila kebolehannya diiktiraf sebegini, tetapi dia pun tahu penat juga. Kerja Dato’Uzair bukan sikit-sikit. Kalau tak, tidak lah penuh meja dia dengan fail-fail yang harus dia semak dan betulkan sekarang ini. 

Hijjaz mengetuk pintu pejabat Dato’Uzair.  Terpacul wajah Fitri membukakan pintu buatnya dari dalam. Dato’Uzair pula hanya tersenyum. 

“Masuk, Hijjaz.” sambutnya. 

Kertas-kertas kerja Dato’Uzair yang dia sudah betulkan di letakkan di hadapan lelaki tua itu. Kerusi beroda di tarik sedikit rapat ke meja. 

Dato’Uzair menaikkan cermin mata yang bergantung di leher. Jarang dia melihat Dato’ mengenakan cermin mata kecuali ketika membaca dokumen. Fokus saja matanya ke arah kertas di tangan. 

“Bagus, Hijjaz. Terima kasih tolong saya. Awak dah makan?”

Hijjaz menggeleng. Memang dia nak pergi makan lah sekejap lagi ni. Perut sudah berkeroncong lagu P.Ramlee dah ni. 

“Awak ikut saya makan sekali lah. Lagipun sekejap lagi saya dah janji nak pergi lunch sekali dengan Datin.”

“Eh? Tak apa ke saya ikut? Tak menganggu Dato dan Datin ke?” dia sudah berpeluh. Ikut Dato’ dan Datin makan tengahari? Tak rasa macam dia menyibuk ke..

“Menganggu apa nya,. Hijjaz. Datin dengan pembantu sekali ada. Alang-alang dah ramai yang ikut, ajak awak sekali lah. Fitri pun ikut juga kan?” mata Dato’Uzair beralih kepada Fitri. 

“..Nuha saja yang tak ikut. Tak tahu lah kenapa dia tak mahu ikut sekali.” sambung Dato’ lagi. Dia sudah lama lepas tangan hal Nuha, Biar suaminya saja yang sakit kepala. Dia dah bersara dari menjaga anak perempuan bernama Nuha Irdina. 

“Tak apa lah, Dato’. Saya ada hal lain yang perlu diselesaikan. Dato’ pergi dengan Hijjaz saja.” jam ditangan di kerling. Dia mencongak-congak masa yang akan diambil untuk menyelesaikan urusannya. 

“Ghazi?” Hijjaz bertanya lagi. Dia segan lah pula mahu makan dengan keluarga Dato’ Uzair ini.

“Yang sorang tu pun saya tak pasti. Dari tadi saya call, asyik tak dapat saja. Sibuk sangat agaknya. Tidak habis-habis assistant yang jawab panggilan. Tak ikutlah nampaknya tu. Awak jangan malu-malu lah. Saya tak makan orang.” kot dikepala kerusi ditarik. 

Tangannya memberi arahan kepada Fitri untuk menghantar dia dan Hijjaz ke restoran yang sudah dia janji dengan si isteri.

“Awak nak saya bungkus kan makanan apa-apa, nanti awak teks saja saya.. Fitri.” Dato’Uzair mengingatkan. 

Hijjaz membuntuti dua orang lelaki tersebut dari belakang. Daripada dia tolak rezeki, baik dia ikut saja. Alang-alang dapatlah makan free. Jimat duit belanja makannya hari ini.

•••

“KAU GILA KE?!”

Zack mendengus kuat. Tidak percaya dengan apa yang baru didengar dari mulut Hazirul. Makin panas hati dia melihat reaksi jawapan dari Hazirul. Kepala yang dianggukkan itu buat dia rasa mahu hentak ke meja saja. 

“Kau ingat mudah macam petik jari saja kah nak berubah jadi baik? Tinggalkan perkara yang kau selalu buat?” bengang. 

Apa Hazirul ingat selepas bergelumang dengan dosa, mudah-mudah saja mahu tinggalkan mereka yang selama ini bersama dia susah dan senang? Tinggalkan dia yang tidak pernah sekali pun mengabaikan Hazirul tidak kira bagaimana teruknya perangai dan layanan Hazirul padanya selama ini. Pergi mati lah dengan syurga dan pahala!

“Salah ke aku nak jadi baik?” bisik Hazirul dalam keriuhan orang di dalam kelab ini. Dia tahu Zack pasti dengar ucapannya sebentar tadi. 

“Kau nak jadi baik tu tak salah. Kau boleh je jadi baik, pergi tolong orang susah ke apa. Tapi kau decide nak jadi alim. Dalam banyak-banyak perkara baik kau boleh buat dalam dunia ni, kenapa nak jadi alim juga pilihan kau?” tempelak Zack. Dia tidak dapat khadam perkataan ‘jadi baik’ yang Hazirul maksudkan. 

Kenapa nak jadi baik, kena jadi alim ke?

“Apa yang kau tak senang sangat dengan keputusan aku nak jadi baik? Alim? Jauh lagi wei. Aku cuma nak buat perkara wajib yang aku dah sepatutnya amalkan dari dulu lagi. Dan jauhkan diri dari benda-benda yang boleh memudaratkan aku..” dia memandang deretan cawan kecil di atas meja. Entah kenapa dia rasa geli dengan gaya hidupnya. Dia rasa mahu muntah dengan bau busuk alkohol. Apalagi nak teguk secawan. Tidak lalu. 

Wajahnya sugul. Mata jatuh ke lantai.

“Ini semua mesti pasal Suhana kan? Kau tiba-tiba nak jadi baik sebab kau nak kan dia semula kan?” Zack cuba merungkai rasa hati Hazirul. Dia perasan sejak beberapa hari ini Hazirul selalu menjauhkan diri darinya. Mahu bertemu dengan Hazirul bukan main susah lagi. Panggilan darinya dibiar sepi saja. 

“Suhana tiada kena mengena dalam hal ini. Memang aku sendiri nak berubah.” tegas Hazirul. Dia tidak suka apabila nama Suhana dikaitkan seakan-akan Suhana membawa pengaruh buruk padanya. 

Zack menolak tangan seorang lelaki dari terus meraba tubuhnya. Dia sedang mengadakan perbincangan hati ke hati yang serius dengan Hazirul sekarang ini dan dia tidak mahu mereka diganggu sekarang. 

Zack mengangguk beberapa kali. Dia faham apa yang sebenarnya berlaku. 

“Sekarang aku faham. Kau tiba-tiba mahu berubah sebab kau mahu kan dia. Kau memang nak tinggalkan kitorang yang susah sennag dengan kau ini untuk perempuan tu. Kau sedar tak, orang macam aku dan kau ni masyarakat pandang hina tau. Nak jadi baik? Berubah? Lupakan saja lah. Diorang tak kan terima orang yang amalkan perkara songsang mengikut pandangan mereka.” 

Mata Hazirul menjeling Zack sekilas. Dia benar-benar kecewa dengan reaksi Zack sekarang. Sepatutnya sebagai kawan baik, Zack sokonglah niat baiknya. Dia bukan minta Zack masuk islam dengan dia pun! Dia tak akan ganggu mahupun tarbiah diri Zack kalau dia sudah berjaya ubah diri nanti. Zack tetap kawan dia dan dia hormati pilihan lelaki itu. 

Dia menebarkan pandangan ke serata ruang di dalam kelab malam tersebut. Ruang khas untuk komuniti homoseksual seperti mereka. Dia jadi tertanya-tanya kepada diri sendiri.. Entah apa yang dia sudah buat dan pilih ini. Semuanya tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat langsung. Semakin dia tua, semakin jauh pula tuhan dan agama dari dirinya. Sampai bila dia mahu bergelumang dengan maksiat dan kemurkaan begini. Sampai bila..

“Sekurangnya dia ajar aku buat benda baik.” bisiknya kepada diri sendiri. Tidak mahu Zack terasa hati. Mulut dikunci.

“Listen! What if, kalau kau dah berubah lepastu kau tak boleh kekal lama dalam perubahan? Kau tak rasa kau main-mainkan tuhan ke? Kau ingat Tuhan nak lepaskan kau macam tu je hanya sebab kau dah bertaubat?” Zack masih tidak puas hati.  Ada nada perli di dalam suaranya.

Hazirul malas. Nak saja dia tengking si Zack ni sekuat hati. Tidak habis-habis buat dia pening. Tidak boleh ke Zack hormat pilihan dia sebagaimana dia hormat pilihan hidup Zack. 

“Kalau Tuhan tu bersifat macam tu, dia bukan tuhan lah namanya. Kau ni pandang rendah betul pada Tuhan. Macam kau saja yang betul dalam dunia ni.” 

Ya, itu lah pegangan mereka dulu. Apa yang mereka sangka-sangka sendiri tu betul. Pandai-pandai meletak hukum sendiri dan menganggap hukum tuhan itu tidak adil dan kejam padahal tiada seorang pun di antara mereka yang sudi belajar pasal agama. Mereka hanya berpegang kuat kepada sifat maha pengampun tuhan untuk melepaskan diri. 

Kalau ada yang pandai dalam beragama pun, mereka pandai-memandai saja buka hukum. Last-last terpesong. Mencampur-adukkan dunia dan agama. Apa yang mereka mahu terima dan tidak beri kesan pada kehidupan songsang mereka, mereka akan terima. Tetapi apa yang menganggu pegangan songsang mereka, mereka akan tolak malah mempertikai kan semua orang yang menegakkannya.

Dia termenung jauh mengimbau kembali segala kesalahan-kesalahan nya terhadap Tuhan. Benar apa Zack kata. Mungkin Tuhan tidak terima taubat dia. Atau Tuhan tak peduli pada dia. Tetapi, kalau dia terus bersangka buruk kepada Tuhan, macam mana Tuhan nak maafkan dia? Dia harus maafkan diri sendiri dulu!

“Kau kata lah apa kau mahu kata.. Aku cuma nak jadi baik dan buat benda baik. Kalau kau kawan aku, kau akan sokong aku.” ujarnya tenang apabila dia terkesan perubahan riak wajah Zack. 

Dia tahu tidak mungkin Zack boleh terima niatnya yang satu ini dengan senang hati. Tetapi dia tidak menafikan Zack sememangnya kawan yang baik. Sedikit demi sedikit Zack akan terbuka hati menerima dia yang baru. 

Air coke di dalam gelas dikosongkan. Tangan Zack yang menghalang dia dari bangun ditolak perlahan. Dia sudah tidak betah duduk berlama di sini. Sungguh dia pening. Kepala dia pun mula sakit melihat suasana gelap dan malap diselang dengan cahaya warna warni dan lagu berentak kuat. Dia tidak selesa. Cukuplah kepala sudah penuh dengan masalah. Hadir ke tempat begini buat lagi serabut.

“Aku jumpa kau kemudian, bro.” ujarnya mengakhiri perbualan mereka berdua. 

•••

Keadaan rumah agam yang sunyi sepi membuatkan bunyi siulan dan nyanyian Nuha dari dalam dapur kedengaran sehingga ke ruang tamu. Hanya tinggal dia dan dua orang gaji di rumah. Kedua-dua mereka dia sudah halau keluar pergi berjalan. Siap beri duit poket lagi. Bagi ‘can’ lah mahu makan tengah hari berdua dengan encik suami.

Masa begini lah dia akan tunjuk kemahiran memasak yang sebenar. Dia akan pastikan Ghazi makan dengan senyuman lebar di wajah. Bukan susah pun. Senang kacang je masak ni! 

Nuha ketawa besar di dalam hati. Dia kembali membaca teks mesej Ghazi. Jam dinding dipandang. Ada lebih kurang 15 minit lagi Ghazi sampai lah ke rumah. Makanan pun sudah siap cuma tinggal hidang saja. Dia berlalu ke ruang tamu sebentar sementara menunggu air di atas dapur siap dijerang. Baju kurung di tubuh dibetul-betul. Biar sakit jantung Ghazi tengok dia yang hot macam gadis melayu terakhir ini. 

Bunyi deruman kereta dari luar buat dia melompat bangun dari sofa panjang itu dan terus berlari masuk ke dapur. Air yang sudah siap jerang dituang masuk ke dalam teko mahal yang Datin Zarina beli ketika di Italy dulu. Kalau Mummy tahu dia pakai teko mahal ni, memang kena bebel sampai tengah malam lah ni. Tapi, bagi can lah. Dia nak juga bagi kaw-kaw punya presentation untuk makan tengahari suami dia. Teko Mummy paling sesuai !

Telinga ditajamkan mendengar derapan kaki si suami. Dia sudah hafal tabiat Ghazi. Selalunya lelaki itu akan merokok dahulu di luar sebelum masuk ke rumah. Bila masuk pula, pasti dia akan berdehem, menghilangkan rasa gatal di tekak selepas merokok. 

15 minit sudah berlalu.. Agak lama pula Ghazi berasap kali ini. Dia sudah siap membancuh air segala. Lelaki itu masih lagi tidak menapak masuk ke dalam rumah. 

Teko di angkat ke meja makan. 

Mahu pecah jantung dia sebaik sahaja menoleh kebelakang. Nasib tidak terlepas teko di tangan. 

“A..Abang Fitri..” mata mencari wajah Daddy di ruang tamu. Kalau abang Fitri di sini, pastilah Daddy juga ada sama. Kemana-mana kan Fitri selalu menemani Daddy. 

Fitri duduk menongkat dagu di meja Bar dapur mewah itu. Matanya tersenyum memandang Nuha. 

“Nuha nak abang tolong?” tangan cuba mengambil teko di tangan Nuha. 

Nuha mengelak. Dia tidak suka Fitri di sini. Apa pula kata Ghazi kalau Ghazi nampak nanti? Oh tidak.. Dia tidak suka apa sahaja bayangan di dalam kepala. Kepala ligat berputar mencari cara untuk menghalau Fitri keluar dari sini. 

“Daddy mana?” mulutnya bertanya. Tubuhnya dijauhkan dari Fitri. Entah kenapa abang Fitri ini terlalu rapat pula dengannya. Selama ini abang Fitri sangat menjaga jarak. 

“Restoran..Err.. Dato’ minta abang balik ambil barang.” teragak-gak. Matanya memandang Nuha tidak lepas. 

Pemakaian dan penampilan Nuha ketika ini benar-benar buat dia terpesona. 

Kaki mengikut langkah kecil gadis itu. Wangian semerbak naik ke hidung. Wajah putih bersih itu mahu saja dia sentuh. 

“Okay. Abang pergilah ambil barang tu. Kejap lagi suami Nuha balik. Tak elok lah kalau Ghazi nampak abang berdua dengan Nuha di sini.” 

Hati Fitri bagai direntap kuat. Dia paling benci kalau Nuha asyik menyebut-nyebut nama Ghazi. Bukankah ini masa mereka berdua? Kenapa perlu ungkit orang yang tidak penting. Ini saatnya dia dan Nuha meluah rasa hati masing-masing.

“Nuha, boleh tak kita jangan cakap mengenai Ghazi.” pintanya. Nada suara dilunakkan. Selangkah mendekati gadis itu. Gadis idamannya. 

Nuha mula merasa tidak senang. Perlakuan abang Fitri agak berbeza dari yang selalunya. Kakinya refleks melangkah setapak ke belakang apabila kaki Fitri melangkah setapak mendekatinya. 

“Abang cakap apa ni. Ghazi kan suami Nuha. Kenapa pula..”

PRANGG !

Teko yang cantik itu sudah jatuh berkecai di atas lantai. Air teh yang dibancuh tumpah membasahi kakinya. Nuha terkejut untuk sesaat dua. Wajah Fitri yang tiba-tiba berubah bengis itu membuat dia gerun. 

“Kan abang cakap.. Ini masa kita berdua. Kenapa Nuha kena sebut nama lelaki lain.” dia cuba menangkap tangan Nuha tetapi gagal. 

Rambut ditarik sehingga serabai. Dia tidak mahu Nuha takut padanya tetapi dia tidak suka reaksi yang Nuha ukir di riaknya sekarang.

“Nuha.. Nuha tak perlu berpura-pura lagi. Abang tahu kita saling suka. Ghazi bodoh itu yang guna-gunakan Nuha kan. Abang faham sayang..” dia sudah tidak peduli lagi apabila kaki terpijak cebisan-cebisan porcelain di lantai. Dia cuma mahu sentuh pipi halus mulus itu. Sudah lama ditahan keinginan diri. Sudah lama juga dia bersabar.

Nuha terketar-ketar. Dia cuba menenangkan diri supaya Fitri tidak mengesan rasa takutnya dan supaya Fitri tidak berani maju. Hati sudah menjerit memanggil nama Ghazi tidak henti-henti.

“Abang Fitri.. Kita tak ada apa-apa. Abang salah faham.” terang Nuha. Dia jadi takut melihat emosi Fitri yang semakin tidak stabil. Setiap kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu semuanya hanya halusinasi. 

Kali ini pinggan dan cawan pula di baling sekuat hati. Pecah berderai ke lantai. Nuha menutup telinga. Bunyi deraian kaca buat dia merasa kecut perut. Dia mahu lari keluar dari sini. Tiada gunanya cuba berbicara dengan Fitri. Lelaki ini diluar kawalannya sendiri. 

Kaki berlari melepasi Fitri. Dia kira Fitri tidak akan mengejarnya kerana kakinya sudah berdarah-darah kerana tercucuk serpihan porcelain yang tajam. Tetapi sangkaannya meleset. Fitri yang bengis itu dengan mudahnya menangkap kakinya membuatkan dia jatuh tertiarap. 

“Fitri!” perkataan abang sudah dibuang. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Fitri pada kakinya. Kain baju kurungnya terselak membuatkan dia jadi lebih gelisah. 

Nuha menjerit meminta tolong namun tapak tangan Fitri cepat menekap mulutnya. Tubuh Nuha terbaring di atas lantai. Nafsu yang sudah lama ditahan naik mendadak melihat keadaan gadis itu. 

“Nuha boleh cerai dengan Ghazi. Abang akan bertanggung-jawab atas apa yang abang sudah buat. Abang janji akan bahagiakan Nuha. Kita kahwin ya, sayang?” kedua tangan Nuha ditahan ke lantai. Bibirnya berusaha menyentuh leher jinjang itu. 

Tubuh Nuha kejang. Seluruh badannya menggigil. Dia kenal sentuhan ini. 

PRANGG !

Bunyi deraian kaca pecah, tetapi bukan perbuatan Fitri kali ini. 

Tubuh Fitri bangun dari menghempap Nuha. Dia menoleh ke belakang mencari sumber bunyi. Dengusan kuat keluar dari mulut. Nuha mengesot ke belakang menjauhi Fitri. Air mata sudah mengalir. Tubuhnya sedikit menggigil. 

Bukk !

Tiba-tiba Fitri jatuh terjelupuk di hadapan Nuha. Darah ditepi bibir mengalir keluar. Mata merah menahan marah. 

“Gha..zi…” Fitri mengetap gigi sekuat hati. nama Ghazi disebut dengan perasaan dendam. Dia benci lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ini. Lelaki yang merampas wanita kesayangan dia.

Ghazi senyum sinis. Sengaja memprovok Fitri supaya menyerangnya. Nasib pintu di bahagian dapur tidak berkunci. Hampir gugur jantung dia melihat Nuha dikasari oleh Fitri sebentar tadi. Nasib dia sempat sampai. Dia tidak sangka Fitri akan bertindak secepat ini. 

Seluruh tubuh terasa panas. Tangannya berkeinginan kuat mahu tumbuk muka Fitri sampai pecah, baru dia akan merasa puas hati. 

Esakan Nuha menarik kembali Ghazi dari lamunan. Dia tidak sepatutnya biarkan dirinya dikawal amarah dari syaitan. Dia tidak boleh bertindak melulu. Rancangannya hanya untuk membeli masa sementara menunggu Haidi tiba. Memukul Fitri cuma akan mengeruhkan lagi keadaan. Dia tidak sepatutnya mengangkat penumbuk kalau tidak terpaksa.

Hati ditenangkan. Jantung yang berdegup kencang beransur tenang.

“Kau gila ke, Fitri? Yang kau sentuh tu bini aku.”

Fitri ketawa terbahak-bahak gaya orang hilang akal. 

“Nuha isteri aku. Kau yang rampas dia dari aku!” teriaknya. 

Fitri benar-benar hidup di dalam halusinasi sendiri. Sudah tidak mampu untuk membezakan antara realiti dengan halusinasi. Sampai bini orang pun mengaku bini sendiri.

“Aku akan ambil semula Nuha aku.” Fitri berbisik. Hanya beberapa langkah jaraknya dari Ghazi.

Sebilah pisau lipat yang dikeluarkan dari kocek belakang. Fitri melibasnya ke hadapan wajah Ghazi secara tiba-tiba.

Tangan refleks menutup sebelah wajah. Dia berundur beberapa tapak. Rasa pedih diwajah buat dia mengerang kecil. 

“Erghh..” darah merah ditangan dipandang. Sebelah matanya tertutup rapat. Panggilan Nuha dari arah belakang Fitri dibiarkan. 

Sekali lagi Fitri datang meluru ke arahnya. Kegilaan Fitri menjadi-jadi. Lagi dia diamkan diri, makin tidak terkawal kelakuan menggila Fitri. 

Kening yang terbelah dek libasan pisau lipat Fitri tadi tidak berhenti berdarah. Libasan kedua Fitri di elak. Argh, Fitri ini level budak tadika saja padanya. Nasib dia tidak baik tadi kerana terlalu memandang rendah pada kepantasan tangan Fitri. Tidak sangka pula libasannya tepat ke wajah. Dia tidak boleh pandang enteng lagi setiap tindak-tanduk Fitri. Tidak pasal-pasal sebelah lagi matanya pula jadi mangsa nanti. 

“Arghhh !!!” 

Tangan Fitri dipusing ke belakang. Pisau lipat yang menjadi senjata utama sudah bertukar tangan. Lelaki itu mengerang kesakitan apabila lutut Ghazi memijak pinggangnya dari belakang.

“Jangan bergerak !”

•••

Sedikit air jernih bergenang di tubir mata. Dia memandang kosong ke arah Ghazi yang sedang mendapatkan rawatan. Doktor Razuan menjahit kulit di bahagian kening dan kelopak mata. Luka libasan di bahagian bawah mata Ghazi pula masih berdarah namun tidak seteruk tadi. Kalau tidak kerana kelemahan dia yang tidak mampu melindungi diri sendiri, tidak mungkin Ghazi akan tercedera begini. 

Tangan Nuha digenggam lembut. Wajah yang menunduk memandang lantai, diangkat naik. 

“Aku tak apa-apa.”Ghazi mengingatkan. Sebelah matanya sudah di tutup dengan kapas. Nasib dia baik, bola matanya tidak apa-apa. Kalau tidak, bagaimanalah dia mahu menikmati keindahan wajah Nuha ini sepenuhnya kalau tanpa satu mata. 

Nuha tersenyum kelat. 

“Baiklah. Saya masukkan appointment Encik Ghazi yang seterusnya adalah minggu depan. Buat masa ini, kalau boleh Encik jangan paksa untuk buka mata dulu.” Doktor Razuan menulis-nulis di atas kertas dan diserahkan kepada jururawat yang bertugas bersamanya. 

“Saya sertakan sekali segala kelengkapan untuk Encik cuci dan ubat luka sendiri di rumah.” matanya bertembung dengan mata Ghazi. Rasanya baru beberapa bulan lepas Ghazi ke sini, sekarang datang lagi. Malang betul.

Ghazi faham Segala nasihat dan tunjuk ajar Doktor Razuan akan cara mencuci luka dan menampal semula ubat dan kapas di matanya di dengan dengan penuh perhatian.

“Kau termenung apa lagi ni?” soalan diutarakan sebaik sahaja mereka berdua duduk di kerusi hadapan kaunter. Menunggu untuk namanya dipanggil. 

Nuha menyepi. Mata Ghazi yang bertampal itu buat dia rasa lebih pilu. 

“Kalau awak tak jumpa saya, mesti hidup awak lebih bahagia kan? Awak tak perlu bersakit-sakit begini.” luahnya. 

Ghazi terkekeh-kekeh tiba-tiba. 

“Nuha.. Aku akan beritahu kau sesuatu pasal diri aku. Kau nak tahu tak?” bisiknya. Macam rahsia sangat saja. 

Mata Nuha jelas berminat. Tidak sabar-sabar pula.

Jari Ghazi naik ke batang hidung sendiri.

“Ini.. Hidung aku pernah patah. Jadi, aku buat plastik surgery supaya hidung aku cantik semula begini. Dan hidung aku patah bukan sebab kau.” beritahu Ghazi. 

Jari dibawa pula kepada tangan dan kaki.

“Tangan dan kaki aku pun pernah patah. Bukan sebab kau juga.”

Kalini dia sengetkan kepalanya sedikit ke wajah Nuha. Jarinya menyelak bahagian rambut di tepi telinga. 

“Dekat sini pernah kena jahit. Kau boleh tengok sendiri. Dan yang pasti, bukan sebab kau.”

Tangan melekap ke badan. 

“Bahagian tubuh aku ini sudah biasa masuk mesin X-ray. Bukan sebab kau pun.”

Darah terasa menyerbu ke muka. Dia malu pula apabila Ghazi asyik mengulang ‘bukan sebab kau’ itu. Macam perasan sangat pula. 

“Betul tu, Nuha. You jangan risau. Hospital sudah macam rumah kedua Ghazi.” suara Hijjaz menyampuk. Dia duduk di sebelah Ghazi. Dia dari tadi menelinga pasangan muda ini.

Ghazi mencebik. Sibuk aje si Hijjaz ini di sini. Bukan ke tadi dia suruh Hijjaz teman Dato’ dan Datin ke balai polis dengan Haidi.

Nuha terkebil-kebil tidak percaya. Begitu punya lasak kah suami dia?

“Aku ni urat dawai tulang besi lah. Selagi Tuhan tak cabut nyawa aku ni, selagi itu lah aku akan bangun juga dari terlantar tidak kisah lah kritikal macam mana pun keadaan aku. Kalau Tuhan tak cabut nyawa aku, orang tanam pun aku akan gali keluar semula dari kubur.” ujar Ghazi bangga. 

Bukan niat dia mahu riak tapi itu lah. Kalau dah tuhan bagi nyawa, kena lah gunakan sepenuhnya. Selagi Tuhan belum panggil, rasanya selagi itu lah manusia perlu hidup sepuasnya dan tidak mengalah.

Nuha memandang raut wajah Ghazi yang tenang itu. Dia tidak menyangka wujudnya orang seperti Ghazi yang tidak takut sakit. Ucapan Hijjaz tadi sedikit sebanyak mengubah persepsinya terhadap suami di sisi. Macam kahwin dengan superman saja dia rasa sekarang ini. 

“Setakat luka macam ni..” tangan menunjuk ke arah matanya yang bertutup dengan kapas. “Macam kena gigit semut aje lah.” tipunya. 

Berdenyut juga bahagian matanya sekarang ini apalagi masa Doktor Razuan sapu ubat yang pedih tu. Dia rasa mahu jerit macam perempuan je tapi sebab Nuha ada di sebelah, dia tahan rasa sakitnya. Jatuh air muka kalau dia mengaduh sakit tadi. 

“Jadi, kau jangan perasan sangat sampai ingat semua yang jadi pada aku ni sebab kau.”

Tangan menampar kuat bahu Ghazi. Kata-kata tu tak boleh sedapkan hati orang kut. Saja mahu buat dia termalu sendiri.

Nuha tersenyum nipis. Hati Ghazi lega. Dia tidak mahu Nuha terlalu memikirkan perkara yang sudah ditakdirkan terjadi. Tiada siapa dapat menjangka Fitri seberani begitu sehingga mahu mencederakan orang. Mata beralih ke arah Hijaz di sebelah. 

“Bagaimana dengan Fitri? Haidi kata apa? Dan mana Dato’ dan Datin?” bertalu-talu soalan diberi. 

Dia belum puas lagi mahu lihat Fitri menderita. Dengan apa yang sudah dilakukan oleh Fitri, tidak mungkin dia dapat memaafkan. Sejak awal lagi Fitri merupakan suspek utama. Mulanya dia tidak mahu percaya juga apabila Haidi mengatakan hal tersebut kerana jelas-jelas Fitri tidak menepati ciri-ciri lelaki yang diterajangnya ketika di gudang dulu. Tubuh Fitri lemah malah suaranya juga lembut. Helaan nafas perogol di gudang dulu sangat keras. 

Tetapi setelah melihat perwatakan Fitri berubah ketika di rumah tadi, dia semakin boleh menerima kenyataan dari Haidi.

“Masih di dalam siasatan. Dato dan Datin pula ada di lobi bawah. Aku suruh mereka berehat dan tenangkan fikiran dulu. Nasib aku suruh mereka berehat di bawah, kalau tak.. Memang melepaslah peluang aku mahu tonton drama korea kau berdua.” Hijjaz ketawa mengejek. 

Wajah Nuha merah padam. Ghazi menyekeh kepala Hijjaz bertalu-talu. Ada hati pula mahu mengusik orang. 

“Dan lagi satu.. Ada wartawan dekat bawah. Memang sudah siap-siap tunggu kau dan Nuha. Tadi mereka serbu Dato’ dan Datin tapi lepas itu mulut aku ini tetiba gatal pula..” 

“Ha? Awak cakap apa?” Nuha sudah cemas. Ghazi menyabarkan hati. Dia tahu sangat mulut si Hijjaz ini. Saja mahu cetus kontroversi. 

“I cakap.. Mungkin Saven Corp boleh jawab semua soalan you all.” lidah dijelir. Niatnya baik. Bukan dia sengaja mahu susahkan Ghazi, tetapi kalau wartawan tahu hal tadi, pasti lebih kelam kabut lagi. 

Nuha mengeluh panjang. Lega. Dia ingat kes tadi sudah sampai  ke pengetahuan wartawan. Malu lah dia kalau mereka tahu. 

Ghazi menutup mata. Cuba menyelami niat baik Hijjaz tapi tak boleh. Dalam banyak-banyak gosip yang Hijjaz boleh buka, kenapa perlu sebut nama dia? Cakap lah pasal artis-artis tanah air yang masuk kelab ke.. Apa ke..

“Kau ni..” geram. Nak saja dia lunyaikan muka kiut Hijjaz ni. Jangan ingat dia kiut, Ghazi tidak berani pecahkan. 

Nombor Inas di dail. Ingin menyuruh Inas block siap-siap semua nombor wartawan yang akan memanggil ke talian Saven, lebih tepat lagi talian ke jabatan mereka. Ke ganggang yang terletak dalam bilik dia terutamanya. 

“Kita keluar ikut pintu belakang.” katanya kepada Nuha. Dia tidak sukakan publisiti.

Tangan Nuha ditarik mengikutinya. Sempat dia meminta Hijjaz untuk menghantar Dato’Uzair dan Datin Zarina pulang terus ke rumah. Nampaknya mereka tidak boleh turun ke lobi. Idea bijak pandai Hijjaz lah semua ni.

“Urm..” 

“Apa?” soal Ghazi sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan.

Nuha menyengih. Tangan menutup wajah yang sudah merah padam. 

“Awak tak rasa kita macam princess and prince charming ke? Lari daripada paparazzi dan enjoy our time together..” dia membayangkan suasana seperti dalam filem.

“Ha?!” Dahi Nuha dijentik kuat. 

“Sempat lagi nak berangan. Aku nampak kau macam Nuha dan aku, Ghazi. Tak ada prince charming atau princess dekat sini.” Nasib dia lah dapat bini kuat berangan fairy-tale begini. Dan yang pasti dia, tak mahu realiti kan anganan Nuha. Apalagi mahu dia ubah diri jadi putera idaman. Nuha boleh terus beranganlah!

“Ala !” rajuknya. Tangan disilangkan dan memandang ke luar tingkap.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience