BAB 31

Romance Series 18757

Hari ini dia dan Ghazi hanya menghabiskan hari minggu mereka dengan bertemu janji berdua. Lengan Ghazi dipeluk erat. Kepala dilentokkan ke bahu sasa itu. Keadaan pusat membeli-belah yang penuh dengan manusia membuatkan nafsu shopping-nya naik mencanak-canak. Meriah!

"Nak pergi mana lagi ni?" Beg plastik penuh di tangan. 

Nuha masih mahu shopping lagi. Dia pun tidak faham apa yang seronok sangat menghabiskan duit ni.

"Beli baju awak pulak." lesung pipit dipipi nya mendalam. Bila saja lagi mereka ada masa keluar berdua. Ghazi asyik sibuk dengan kerja malah lebih teruk lagi dari ketika dia masih kerja sebagai pelayan saja dulu.

Dia tidak mahu merungut terlalu banyak hal kerja. Selagi dia boleh sabar, dia akan sabar saja. Walaupun dia terasa hati juga kadang-kadang apabila Ghazi lebihkan kerja daripada isteri sendiri. 

Ghazi menggeleng. Dia tidak perlu baju baru. Baju yang sedia ada pun sudah lebih dari cukup.

Beg plastik di tangan kanan di alih ke tangan kiri. Berat pun tak apa asalkan dia dapat ganti semula hati-hari dimana dia terlalu sibuk sehingga tidak ada masa langsung untuk Nuha. 

Jari menyelit rambut Nuha yang terurai menutup wajah itu ke belakang telinganya.

"Tak payah lah. Baju aku dah banyak. Beli kau punya aje." Dia merangkul pinggang Nuha merapat kepadanya.

Dia setuju dengan kata-kata orang lama, memandang wajah isteri yang gembira memang boleh menghilangkan rasa penat dan letih. Segala penat lelahnya terasa berbaloi.

“Beg? Kasut? Lain-lain? Takde lagi yang nak tukar baru?” laju otaknya cuba mengingati semula baju-baju Nuha di dalam almari. 

Nuha menggeleng kepala. Rasanya banyak lagi tas tangan dan kasut di dalam wardrobe yang masih belum keluar dari kotak lagi. Separuh dari beg plastik di tangan Ghazi diambil. 

“Nanti balik, saya masak untuk awak banyak-banyak..”

Mata Ghazi terkebil-kebil. Rasa tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Dia tahu Nuha boleh dah masak sikit-sikit. Tapi dia tidak pasti akan kebolehan Nuha nak masak banyak-banyak tu.

“Aik? Tiba-tiba je nak jadi rajin.” ketawa meletus. 

Masak satu jenis lauk pun Nuha sudah mengeluh panjang. Banyak kerja sangat katanya. Nak beli barang lah, pilih barang lah, potong-potong lah, basuh-basuh lah.. 

Nuha menarik muncung. Tapi sekejap aje. Bibirnya kembali tersenyum. Tidak sampai hati mahu masam muka berlama-lama. Lagipun hari ini kan Ghazi cuti. Dia mahu Ghazi rehat dan bersenang-senang sahaja hari ini. 

“Tengok muka awak. Badan awak pun. Dah kurus sikit. Malulah saya nak balik kampung kalau macam ni..” Pipi Ghazi disentuh. 

Ghazi selalu kurang tidur. Asyik bekerja saja. Kalau pulang ke rumah, tidak sudah-sudah pandang telefon dan komputer riba. Makan pun tidak begitu berselera. Mengeluh dan termenung itu sudah macam rutin saja.

“Kenapa pula? Okay je aku tengok..” mata menilik diri sendiri di cermin kedai sebelahnya. 

“Malu lah. Nanti mama tanya kenapa anak lelaki dia makin kurus, saya nak jawab apa.. Macam saya tak bagi awak makan je.” kepala sudah memikirkan beberapa menu masakan yang dia sudah belajar. Mungkin selepas ini dia perlu bekalkan Ghazi makanan memandang kan dia tidak pasti sama ada Ghazi selalu keluar makan tengahari atau tidak ketika pergi bekerja. 

Hujung rambut Nuha ditarik. Cukup sehingga terdengar jeritan manja gadis itu. Vitamin!

“Aku tak kisah kau nak masak, tapi jangan paksa diri pula. Aku makan roti dengan kaya pun dah cukup je.” dia tersentuh dengan keprihatinan Nuha. Kalau Nuha benar-benar tekad mahu masak untuk dia, dia sudah perlu siap sedia tebalkan deria rasa lidah dia ni. Nuha masak setakat ini tahu guna perasa garam aje.

Ah! Pedulikan lah semua itu Asalkan Nuha sudah usaha Dia pun tidak mahu pandai komplen saja. Sebagai suami, dia sepatutnya menjadi penyokong terkuat si isteri.

Klik!

“Apa tu?” Mata melingas memandang sekeliling. Mencari asal cahaya yang menyakitkan mata tadi. Nuha juga begitu. Alih-alih mereka abaikan sahaja. 

Dia kembali menatap wajah Nuha. Topik yang tergantung tadi kembali ke fikiran. 

“Aku betul-betul tak kisah kalau kau tak pandai masak pun. Buat saja apa yang kau selesa buat.” kaki melangkah sambil memimpin tangan Nuha. 

Mereka masuk ke dalam sebuah restoran untuk mengisi perut. Tekaknya juga sudah haus kerana menunggu Nuha membeli-belah dari tadi. Ghazi memilih meja di kawasan yang sedikit tersorok. Dia tidak mahu ada orang awam yang perasan akan mereka berdua. Apalagi dengan status dia sebagai kaki kikis di mata rakyat Malaysia sekarang ini. 

Setelah selesai memesan makan dan minuman, tangan Nuha ditarik kembali ke dalam genggaman. 

“Lagi satu.. Aku lupa nak tanya. Macam mana medical result kau jumpa doktor dengan Mummy haritu?” dia jadi sedikit tegas. 

Nuha langsung tidak beritahu pada dia. Rekod perubatan pun dia langsung tidak pernah lihat. Kalau tidak kerana mak mertua dia buka mulut, sampai ke sudah dia tidak tahu. 

Suara Nuha teragak-agak mahu menjawab.

“Takde apa. Saya okay je. Doktor pun kata semuanya okay.” mata dilarikan dari wajah Ghazi. Takut kalau Ghazi terhidu penipuannya. 

“Nuha Irdina.” nama penuh Nuha disebut. 

Kecut perut Nuha mendengar suara Ghazi. Dia tahu dia sudah tertangkap. Lebih tepat lagi, dia tak boleh menipu Ghazi. 

“Doktor kata saya trauma aje. Betul... Tapi semua pun okay.. Saya dah kurang stress dan tak fikir lagi pasal tu..” suara Nuha mengendur. Automatik tangannya sedikit menggigil.

Dia boleh tipu orang lain, tetapi dia tidak boleh tipu diri sendiri. Dia harap dia punya kelebihan memanipulasi minda sendiri supaya dia dapat melupakan saja peristiwa hitam tersebut. Tapi siapa dia mahu tipu. Sekalipun dia lupa, tubuhnya akan tetap ingat. 

Ghazi memeluk tubuh Nuha. Tangan menyisir lembut rambut dan kepalanya. Rasa serba salah memenuhi ruang hati  kerana mengingatkan Nuha kepada peristiwa lama. 

“Sorry.. Sorry.. Aku tak sengaja.” 

Hati menyalahkan diri sendiri. Memang tak pandai jaga mulut betul. 

Melihatkan tiada respon dari Nuha, tangan Nuha digosok-gosok dengan tangannya. Cuba menghilangkan kegusaran.

“Awak rasa saya jijik tak? Saya bukan perempuan bersih.” 

“Aku tak pernah pandang kau begitu pun. Kau sentiasa Nuha yang aku kenal. Tiada istilah kotor atau bersih.”

Pipi Nuha diulas lembut. Wajah Nuha yang menunduk dari tadi dipaksa untuk memandangnya.

“Kalau aku boleh putarkan kembali masa, aku akan pastikan aku datang lebih awal atau aku sendiri pergi jemput kau dari rumah. Aku tak akan biar sesiapa pun sentuh kau walau satu helai bulu di tangan kau pun. Aku minta maaf sebab aku lambat.” air yang sudah bergenang di tubir mata itu disapu. Dia tidak suka melihat Nuha menangis selalu. 

Wajah secantik ini sepatutnya hanya mengukir senyuman.

Sentuhan tangan Ghazi yang kasar itu membuat dia tersedu-sedu. Dia langsung tidak merasa Ghazi bersalah di dalam hal ini, malah dia bersyukur kerana Ghazi ada di saat dia benar-benar memerlukan. 

“Kenapa awak selalu jadi hero saya? Mana saya pergi dan apa saja yang jadi.. Awak selalu ada.” kesedihannya terubat dengan kata-kata Ghazi sebentar tadi. Nuha memeluk pinggang Ghazi. Bauan di tubuh lelaki itu membuat dia merasa sedikit tenang. Bau yang hanya Ghazi saja ada.

Dia menderita dan terseksa. Dia diuji dengan pengalaman menakutkan. Tetapi Tuhan hadiahkan dia seorang lelaki yang ikhlas melindungi dan menyayangi. Kalau ini bukan bukti kasih sayang Tuhan padanya, dia tidak tahu apa lagi label yang harus dia letak atas keberkatan yang sedang dinikmatinya sekarang ini. 

“Kau baru tahu.. Aku memang hero kau dari awal lagi. Aku dah agak yang memang aku akan jadi hero kau sejak pertama kali kita jumpa lagi.” 

Dada Ghazi dipukul perlahan. Poyo aje!

“Kenapalah kau ni tak boleh jaga diri sendiri? Sebab kau clumsy, keras kepala, tak dengar nasihat orang.. Biar aku sajalah yang jaga kau. Mummy dan Daddy dah tua. Tak larat dah mahu layan kerenah kau. Sebab tu diorang pas kau dekat aku.”

Kali ini mata mencerlung memandang Ghazi. Muncung memanjang.

“Awak ni!” Badan membelakangkan Ghazi.

“Tambah lagi, kuat merajuk. Patutlah Daddy okay aje bila aku kata nak kahwin kau. Dia dah penat kut layan kau merajuk 20 tahun lamanya” Ghazi masih belum puas mengusik. 

Nuha mendengus geram pula mendengar kata-kata terakhir itu. Dia bukan merajuk hari-hari pun. Err.. Ye ke ek? 

“ Assalamualaikum.. Nuha, Ghazi.”

“Waalaikumussalam.” Salam dijawab serentak. Mata kedua-dua mereka terpahat ke wajah si pemberi salam.

Bibir Nuha naik melebar. Mata bercahaya.

“Haidi! Buat apa dekat sini?” ujarnya, girang.

Haidi menyambut tangan Ghazi. Bersalam dengan lelaki itu. Ini pertama kali dia jumpa Nuha dan Ghazi selepas kali terakhir dia berjumpa Nuha. Ghazi sendiri menghalang dia dari datang menziarah lagi ke rumah Nuha. Sejak dari itu dia hanya dibenarkan memerhati gerak geri Nuha dari jauh saja.

“Saja jalan-jalan, Nuha. Cuti.” Dia memberi alasan biasa. Memang dia sedang bercuti dan dia bosan pula duduk seorang diri di rumah. senyuman masih tidak diturunkan. Lama sudah dia tidak melihat wajah ini depan-depan. Nuha kelihatan lebih berseri-seri. 

“Pergilah jalan-jalan. Yang kau duduk dekat sini buat apa?” dia tidak selesa dengan kehadiran Haidi. Nuha pula sedikit punya happy bila terjumpa Haidi di sini. Macam tak ada orang lain yang mereka boleh terserempak. 

Ada 7.8 billion manusia dalam dunia dan ada lebih kurang 34 juta orang melayu dalam Malaysia ni, Haidi juga orang melayu yang mereka jumpa di pusat membeli belah ini. 

Pehanya ditepuk kuat oleh isteri di sebelah. Dia buat wajah selamba. Tak heran langsung. Air di dalam gelas disedut sehingga tinggal separuh. 

Haidi dan Nuha rancak berbual itu ini. Bengang pula dia rasa melihat keakraban dua orang teman baik depan matanya ketika ini. Nuha terus lupa pada dia di sebelah bila sudah nampak muka Haidi. Tak guna punya Haidi..

“Satu lagi.. Ghazi. Nuha. Boleh tak Haidi nak datang rumah nanti? Berkenaan..” MAtanya memberi isyarat kepada Ghazi.

“Ha? Buat apa nak datang rumah. Tak payah! Kita jumpa dekat ofis aku je.” bangkang Ghazi. Selamba saja Haidi ni mahu datang rumah dia. Apa dia ingat rumah Dato’Uzair tu bilik mesyuarat ke. Nak bincang, datang ofis lah. 

Dia faham renungan mata Haidi. Tapi dia lebih risau kalau Haidi datang ke rumah. Entah-entah Haidi masih berharap pada Nuha. Takde! Takde! Banyak cantik muka dia nak bertandang jumpa bini orang pula.

“Ala.. Datang lah, bila-bila Haidi nak datang. Nuha tak kisah.”

Mata Ghazi mencerlung memandang Nuha. Wajah Nuha yang terlebih gula itu macam nak kena telan aje.

“Aku kisah. Datang ofis.” tegas. 

“Ala.. Bukan susah pun. Takpe, Haidi datanglah rumah. Mummy dengan Daddy mesti gembira Haidi datang.” Nuha ajak lagi.

Mummy Daddy? Diorang bukan Mummy dan Daddy pada Haidi lah! Pakcik Makcik sudah.

Kaki menolak kaki Nuha dibawah meja. Nak pijak, takut mulut Nuha ni over-react pula. Jelingan tajam diberi apabila Nuha berpaling.

‘Tak baik kau ajak lelaki lain datang rumah tanpa izin suami tau, Nuha!’ 

Namun apa lah dayanya. Nuha slow. Tidak dapat tangkap makna jelingannya. Ya Tuhan! Dia boleh buat muka perasan cantik pula depan Ghazi. Kalau dipicit muka Nuha ni, dapat sakit aje nanti.

“Tak payah. Ofis. Titik.” muka bertukar garang. Bengkek dia rasa dengan Nuha ini.

French Toast yang baru sampai dikunyah secepat boleh. Lahap. Laparnya dia sekarang macam mahu telan saja pasangan lelaki dan perempuan yang terlalu asyik berborak. Kisah zaman pakai pampers lagi pun sibuk nak imbau-imbau. Apahal.

Sebagai manusia, kita ni kena selalu pandang ke hadapan. Tak payah nak pandang belakang lagi. Apalagi nak mengimbau kembali. Buang masa!

Ghazi diam. Langsung tidak membalas setiap kali Nuha bertanya apa-apa padanya. Matanya lebih tertarik kepada mainan di telefon pintar daripada layan babak ‘kawan lama’ yang sedang dilakonkan oleh Nuha dan Haidi sekarang.

“Okaylah Nuha. Haidi minta diri dula ya. Abang you dah merajuk.” bibirnya memuncung ke arah Ghazi yang khusyuk dengan permainan atas talian. 

Ghazi mengabaikan mereka berdua. Beg plastik yang bertimbun di atas kerusi di ambil dan berlalu ke kaunter pembayaran.

•••

Nuha bertiarap diatas katil dengan baju spaghetti strap dan seluar pendek spearah peha. Leka mengisi borang kemasukan semester di dalam portal rasmi institut tempat dia belajar itu. Dia sudah mendapat keizinan Ghazi untuk masuk belajar semula. Balik saja dari membeli-belah tadi, dia terus membuka Macbook Pro-nya. 

Bunyi sliding door bilik air dibuka. Kepala berpaling ke belakang melihat Ghazi yang hanya bertuala. Tangannya mencapai tshirt yang Nuha sudah letak di atas kerusi dan menyarung masuk ke tubuh. Senyuman Nuha dibalas sepi. 

Kunci kereta di dalam laci tepi katil ditarik keluar, begitu juga kotak rokok dan lighter. NIatnya mahu berasap saja. Kunci kereta pula dia mahu beri pada pemandu kerana sudah tiba masanya kereta itu dicuci. 

“Awak nak pergi mana?” riak Nuha curiga. 

Baru lepas mandi dan berwangi-wangi. Nak keluar lagi.

“Jumpa Suhana.”

Nuha melompat turun dari katil. Nada suara Ghazi terdengar agak serius. Mendengar nama Suhana saja jantung dia sudah mahu berhenti.

“Nak buat apa?” dia cuba menenangkan kelajuan larian jantungnya sekarang. Mata cuba mencari kejujuran di sebalik wajah beku itu. 

Tidak.. Tak mungkin Ghazi begitu.

Hati cuba menidakkan segala sangkaan-sangkaan buruk yang bertandang. 

“Saja. Nak mengimbau kenangan lama. Naik basikal dengan Su.. Pergi sekolah dengan Su..” 

Panggilan Ghazi pada Suhana saja sudah buat dia panas hati. Nasib dia tidak melompat dan menjerit saja. Kelakuan Ghazi yang menyakinkan itu buat dia bertambah risau.

Tangan menarik tangan Ghazi supaya tidak melangkah keluar dari bilik. Wajah sudah masam mencuka. 

Ghazi buat-buat tidak faham pula. Pegangan tangan Nuha dileraikan. Sengaja dia mahu buat Nuha faham apa yang dia rasa. 

“Saya nak ikut.” Tangan di depakan menghalang Ghazi meneruskan langkah. Mata benar-benar memaknakan apa yang baru dia pinta.

“Buat apa? Sibuk lah.” badan ditundukkan sedikit untuk melintasi Nuha melalui lubang laluan di bawah lengannya. 

Nuha menggerakkan badan ke kiri dan kanan apabila Ghazi cuba meloloskan diri. Seboleh-boleh dia tidak mahu Ghazi terlepas keluar dari bilik ini.

“Saya nak ikut…” Kaki menghentak lantai. Hilang terus wajah serius tadi. Yang ada cuma bibir yang sudah semakin cembeng. Gila ke mahu biar laki sendiri keluar dengan perempuan lain. Kawan lama ke kawan baru ke, tak boleh! Bahaya!

‘Awak.. Janganlah pergi..” taktik merayu pula keluar. Air mata cuba digenangkan. 

“Tak payah nak buat-buat menangis.” 

Aiseyman. Ghazi tahu pula. 

Kaki terus dihentak. Ghazi langsung tidak pedulikan hentakan dia. Naik merahlah tapak kaki dia menghentak lantai jubin ini.

“Hentaklah sampai runtuh rumah ni pun tak apa.” hati sudah digeletek. Baru tahu takut..

Puas menghentak, kaki berlari masuk pula ke dalam wardrobe. Nuha keluar dengan berseluar panjang dan berbaju sweatshirt. Mengejar Ghazi dari belakang. Dia tak akan biar Ghazi berdua dengan SUhana, tidak kira apa yang jadi sekalipun. Dia akan ikut!

“Kau nak pergi mana ni?” senyum disimpan. Kening dikerut kan. Biar nampak real lakonannya. 

“Ikut awaklah.”

“Aku nak pergi hantar kunci dekat Pakcik Musa aje lah.” senyuman terlepas. Nak tergelak dia lihat reaksi Nuha yang sudah menggelabah tu. 

Nuha tetap mengekor dia kemana-mana. Takut Ghazi lari pergi dating senyap-senyap. Ghazi berlalu ke dapur, dia pun sama. Ghazi ke ruang tamu, dia pun ikut sama. Lupa sudah pada kerja yang tertunggak tadi. Suami lebih penting! Apalagi menghalang suami keluar dengan perempuan lain, itu lagi lagi lagi penting!

“Kau tak penat ke, Nuha? Mengekor aku dari tadi. Dah, pergilah sambung kerja kau tadi. Aku pun penat dah tengok kau ni.” Televisyen di tutup. Rosak mood dia mahu tonton televisyen di ruang tamu dengan kehadiran Nuha yang tidak sudah-sudah mahu berkepit ini. 

Itu lah. Tadi ramah sangat dengan Haidi…

Lagi kuat pelukan tangan Nuha pada lengan Ghazi. Ghazi penat dengan dia?! Ghazi sudah bosan lah dengan dia ya?!

“Oh.. Awak dah bosan lah dengan saya?” suara perlahan. Tidak mahu pula Mummy didapur terdengar dia dan Ghazi bertekak.

Rambut Nuha ditarik. Vitamin lagi!

“Lain aku cakap, lain yang kau dengar. Lain juga yang kau faham. SPM kau berapa ni? Tahap kefahaman bahasa melayu kau ni mencurigakan betul lah.” tergeleng-geleng dia melihat Nuha. 

Dia kahwin dengan anak menteri kan? Kenapa kecerdikan anak menteri tak sama macam bapanya?

Peha Ghazi ditampar kuat. Ghazi buat main-main pula. Dia sudah lah tengah serius ni!

“Apa…?” masih buat-buat tidak faham. 

Ghazi masih bertarik tali. Buat Nuha tidak senang duduk dengan jawapannya. 

“Kau boleh pula jumpa Haidi. Siap jemput datang rumah lagi. Bila turn aku, kau nak marah kenapa? Fair and square lah.” tangan sudah mahu mendail nombor telefon Suhana. 

Mata Nuha terbeliak. Cepat-cepat dia cuba merampas telefon ditangan Ghazi namun Ghazi lebih laju lagi. 

“Yelah! Yelah! Saya salah.. Janganlah..” tangan memeluk tubuh kotak itu. 

Ghazi sudah tersenyum kemenangan. Bukan dia mahu saja-saja buat begitu, cuma dia mahu sedarkan Nuha bahawasanya tindakan tidak peka dia boleh mendatangkan keburukan pada rumah tangga mereka. Dia bukanlah lelaki yang posesif tetapi dia mahu memastikan hubungan mereka tiada rasa curiga diantara satu sama lain. Tipu lah kalau dia kata dia tidak cemburu.

Panggil lah dia apa sahaja. Dia seorang lelaki yang mahu memiliki sepenuhnya. Isteri dia, hak dia. Dia yang akan bertanggung jawab atas keluarga mereka dan apa sahaja yang berlaku. Tugas dia untuk melindungi dan mempertahankan. Gila ke dia mahu membiarkan lelaki yang punya perasaan terhadap isteri sendiri untuk melangkah masuk ke rumah ini.

“Kau tahu.. Satu perangai lelaki yang agak femes lah di kalangan lelaki-lelaki.” wajah putih bersih Nuha ditatap.

“Apa dia?”

“Lelaki selalu tunggu boyfriend atau partner perempuan yang dia suka, messed-up. And then, he will try to take the lead.” 

Nuha memandang seperti tidak percaya.

“Jadi, sayang.. Aku minta kau jaga diri baik-baik. Jangan mudah ter-beri harapan dan kasihan.” pada masa yang sama, dia mengingatkan diri sendiri juga.

Dia bukan mahu marah kepada Nuha, cuma dia risau. Risau kalau-kalau kedudukannya di dalam hati Nuha terancam. Dia sedar dia banyak ekkurangan sebagai seorang suami sempurna. Dan dia juga sedar dia bukan suami idaman malaya yang sukakan keromantisan di dalam perhubungan. Dia hanya Ghazi, lelaki yang akan berkorban apa sahaja demi orang tersayang.

Kesetiaan semata yang mampu dipersembahkan. Kehadiran Haidi yang jauh lebih baik, lebih romantis dan lebih memahami Nuha buat dia merasa kerdil. Ikutkan, hari jadi Nuha pun dia sudah lupa tarikhnya. Memang mudah benar mahu terlupa hal remeh-temeh begitu. 

Kepolosan wajah dihadapannya ini dinilai. Hati mengharap supaya Nuha juga akan membalas pengorbanannya dengan kesetiaan. Dia tidak minta banyak. Cuma berlaku setia lah pada dia. 

“Awak jeles eh?” bibir Nuha menyengih. DIa suka melihat kelakuan Ghazi yang terlebih protektif ini. 

Ghazi mengetap gigi. Berat tetapi dia harus mengaku walaupun bakal tercalar sedikit imej maskulin-nya.

“Memang lah aku cemburu. Kau isteri aku.” dia cuba menyorok makna sebenar di sebalik rasa cemburu.

Perempuan selalu menganggap lelaki adalah satu sosok penuh berkeyakinan. Tidak pernah merasa terancam dan diancam. Namun, hakikatnya tidak ramai tahu bahawa lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Perasaan takut yang sering kali mereka sembunyikan di sebalik perkataan maskuliniti. Jujurnya, lelaki seperti dia adalah sosok lemah yang mendambakan perhatian dan kasih sayang dari wanita tercinta. Cuma, keinginan itu tidak pernah terucap di bibir, tidak terluah dek kata. Ego juga punca.

“Sebab saya isteri awak je?” Nuha sedikit kecewa. Dia sudah membayangkan kata-kata yang lebih besar dari itu. 

Ghazi memegang kedua pipi Nuha. kuat. Dia rasa nak penyekkan saja wajah di depan ini. Tak kan itu pun dia mahu beritahu. Nuha pandai-pandai lah faham sendiri!

“Ya!” suara ditekan. Geram.

Pakcik Musa, pemandu peribadi keluarga Dato’Uzair keluar dari dapur dengan baldi dan beberapa kelengkapan mencuci kereta. Pipi Nuha dilepaskan. 

“Pakcik nak cuci sendiri je ke, pakcik?” soalnya apabila Pakcik Musa melepasi mereka. Anggukan dari lelaki tua itu membuat dia merasa sedikit kasihan. Kalau dia tahu Pakcik Musa nak cuci sendiri, dalam perjalanan pulang ke rumah tadi baik dia terus melencong masuk ke car-wash saja. 

“Tak ada apa lah, Ghazi. Pakcik malas nak memandu aje hari ini. Itu yang nak cuci sendiri saja ni.” 

“Ha.. Tak apa. Ghazi tolong sekali.” tawarnya. Lagipun bukan sebiji kereta. 3 biji juga yang tersadai di luar itu. Kereta dia, Daddy dan Nuha. Kereta NUha yang sudah lama tidak bergerak itu sudah berhabuk. 

Pakcik Musa sudah terlebih dahulu berlalu ke garaj. Ghazi menaikkan hujung seluarnya. Sudah siap-siap mahu kena simbah dengan air sabun nanti. 

Dia bangun dari duduk. Tiba-tiba tangannya ditarik supaya punggungnya jatuh semula ke atas sofa empuk. Nuha naik ke atas pehanya, mata mereka bertentang. 

“Weh. Janganlah! Mummy kau nampak nanti.” dangan menahan Nuha dari terus bertindak agresif. Bibir Nuha cuba mengucupnya. Dia tutup bibir mungil itu dengan tapak tangan. 

Lagi dia jual mahal, makin menjadi-jadi pula nakal si Nuha. Tidak dapat kucup bibir, dia cuba mengucup leher pula. Berat tubuhnya yang ditampung oleh Ghazi berjaya mengelakkan Ghazi daripada lari. Dia suka lihat Ghazi bereaksi begitu. Comel di pandangannya. 

Ghazi mengelak-ngelak. Nuha yang agresif begini memang menyeramkan. Siang-siang buta macam ni pula! Tunggu lah langit gelap. Aduh.. 

Mereka berlawan tawa. Cuba menahan suara daripada terlantun kuat. Sorang menggoda, sorang lagi cuba mengelak dari digoda. 

Ghazi cepat-cepat menolak Nuha ke tepi apabila tangan Nuha sudah mula menarik kolar bajunya sehingga membuatkan bahu menjadi sedikit terdedah. Lagi dia layan, lagi seram aksi berani mati Nuha ini. 

Pipi Ghazi kemerahan. Nuha tersengih mengusik. 

“Mummy nampak nanti.” Ghazi beralasan. Gerun juga dia kalau Datin Zarina ternampak aksi diorang berdua tadi. Nanti kena cop ‘gatal’ pula.

Memang lah dia syok juga bila Nuha ambil alih tugas menggoda ini tapi bukan lah di hari siang buta begini! Cari pasal namanya tu..

Kolar baju dibetulkan semula. Kehangatan ciuman Nuha di leher masih terasa apalagi bila Nuha memuncung begitu. Kenapalah isteri ini berani sangat.. Berani tidak kena tempat pulak. 

“Dah. Aku nak tolong Pakcik Musa. Kau pergi naik atas atau buat lah apa yang patut..” kaki melangkah meninggalkan Nuha sendirian di atas sofa. 

“Awak!”

Kaki Ghazi berhenti. Kepala diangkat sedikit.

“I love you so so so so so so so much!” jeritnya cukup sampai ke telinga Ghazi. Bibir merah tua dari sisa lipstik yang Nuha pakai ketika keluar bersama tadi membuatkan wajah Nuha kelihatan lebih matang dari umurnya. Kerana warna lipstik itu juga lah Nuha kelihatan lebih agresif dari biasanya.

Ghazi menyambung langkah. Hatinya berbunga 

•••

“Assalamualaikum, Irham!” 

Plastik makanan yang dia ambil dari masjid itu diletakkan di dalam bakul motor. Senyum saja dia memandang ke arah si pemanggil. 

“Waalaikumussalam.” tangan bersalaman dengan Nazaruddin, ketua kampung mereka. Entah sudah berapa kali dia mengelak dari bertemu dua muka dengan lelaki yang lebih tua 11 tahun darinya ini. 

Selalunya abang Nazar tidak rajin berjemaah maghrib di masjid, entah apa pula mimpi dia hari ini. 

Belakangnya ditepuk.

“Amboi, kau. Kata tak serupa bikin. Kita kan sudah janji mahu satu kan Ghazi dengan Haura. Tahu-tahu aje kau sudah kahwinkan Ghazi dengan nak anak menteri itu ya.” walaupun geram, wajah dimaniskan juga. 

Irham menyumpah dalam hati. Entah bila pula dia berjanji. Bukan kah abang Nazar yang pandai-pandai berkata. Sebabkan mulut abang Nazar lah dia kena marah dengan bini dia.

“Tak lah, bang Nazar. Itu pilihan Ghazi sendiri. Siapa lah saya nak tolak pilihan dia. Dia yang mahu kahwin, bukan saya yang suruh.” masih cuba menjaga hati orang tua. 

Kalau tidak sebab Abang nazar ini lebih tua, tak ada maknanya dia mahu bertapis-tapis. Entah apa yang istimewanya Ghazi sampai semua orang kampung ada hasrat mahu bermenantukan anak teruna seorang tu. Masa dia muda-muda dulu, takde orang pun yang terkejar-kejarkan dia nak buat jadi menantu. Ayat apa lah yang ditabur oleh anak ketiga dia yang agak degil dan nakal itu. 

“Anak dara aku di rumah tu tengah frust.” kali ini abang Nazar cuba mahu letak salah pada bahu dia pula. 

“Biasalah, bang. Jodoh kita tak boleh paksa-paksa. Haura akan dapat lelaki lebih baik dari Ghazi. Insya Allah.” 

Lagipun, dia langsung tidak boleh membayangkan Haura dan Ghazi bersama. Haura yang sebaya Aisyah itu nampak seperti adik saja pada Ghazi. Tidak sesuai langsung. 

Sebabkan tekad Abang Nazar yang satu ini juga dia halau Ghazi ke Kuala Lumpur sana. Lagi lama di kampung ini, makin kuat pula permintaan abang Nazar yang mahu menikahkan Ghazi dengan Haura. Hari-hari dia menadah telinga mendengar peringatan abang Nazar mengenai Ghazi. Dia takut mahu berjanji, lalu dia serahkan saja semua pada takdir.

Enjin motor dihidupkan. Tidak sampai hati mahu berlama-lama. Makin tebal rasa serba salah. 

“Nak balik dah? Jom lah minum-minum dulu.” abang Nazar masih belum mahu pulang. 

Irham menggeleng.

“Tak apa lah, bang. Bini saya sorang-sorang jaga anak dekat rumah tu. Lain kali sajalah.” dia guna nama bini dia pula untuk melepaskan diri.

Sebaik sahaja enjin panas, tangan memulas tombol. Lari awal-awal !

Nasib Ghazi kahwin dengan Nuha. Besan dia pun tidak banyak songeh. Kalau Ghazi kahwin dengan Haura, memang hari-hari lah dia kena menghadap muka abang Nazar. Dengan perangai abang Nazar yang suka menyibuk hal rumahtangga anak-anak membuat dia rasa lebih takut. Dapat dibayangkan bagaimana abang Nazar akan serang rumah dia setiap kali Ghazi dan anak dia bergaduh. Uish.. Minta simpang. Cukuplah Nuha jadi menantu dia. Gadis yang manja tetapi baik hati. Mudah dibawa bicara seperti ayahnya juga.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience