BAB 36

Romance Series 18757

"Kau uruskan bahagian kau dan aku akan uruskan bahagian aku." bibir tersenyum sinis.

Panggilan dimatikan dengan tenang apabila pintu biliknya dihempas kuat. Sudah lama dia menanti kepulangan anak teruna ini.

Terangkat keningnya memandang Hazirul. Berombak deras dada lelaki itu. Mata pula tajam menikam.

"Kau tak kahwin? Huh.. Aku dah agak. Anak macam kau ni memang tak berbaloi disimpan." matanya memandang ke jari manis Hazirul.

Sekali lagi Hazirul membatalkan rancangannya. Dia kira Hazirul sudah angau sangat dengan Suhana. Nampaknya Hazirul tetap Hazirul. Menyusahkan!

Tangan Hazirul menghentak kuat meja kayu mahal di depan si ayah.

"Kau ayah.. Aku dah minta kau jangan ganggu hidup Su! Memang kau suka kalau kami kahwin semula, tapi aku tak sanggup gadaikan Suhana untuk kau, ayah!" hilang rasa hormatnya.

Ya, dia benar cintakan Suhana! Tetapi...

"Aku bukan mahu rosakkan rumah tangga kau pun. Aku mahu kau beri pada aku apa yang sememangnya hak aku. Minta pada Suhana, pasti dia beri pada kau."

Bibir senyum menyenget. Sinis. Hak? Hak apa yang ayah ada pada Su? Semua itu harta Su, bukan harta Ayahnya!

"Hak? Kau ni memang tamak, ayah! Tidak cukup lagi ke segala harta kekayaan melimpah yang kita ada ni?!"

Mata melihat sekeliling. Ya! Harta keluarga yang mampu menyuap berjuta orang manusia susah di dalam dunia tapi sedikit pun harta ini tidak pernah berjasa kepada umat manusia. Semua untuk kepentingan diri dan perniagaan.

"Itu kepunyaan keluarga aku. Sedikit pun si Suhana tu tak layak! Aku cuma mahukan tanah yang milik aku."

Tanah peninggalan adik tirinya. Tanah yang dulunya tidak berharga tetapi sebagai seorang ahli perniagaan, dia cukup sedia maklum akan nilai sebenar tanah lama itu di hari mendatang. Adik tirinya yang sudah mati itu bodoh! Lihat saja bagaimana keluarga Suhana hidup susah padahal lombong harta di dalam tangan. Dia bukannya tidak memberi apa-apa sebagai pertukaran, malah kehidupan Suhana senang-lenang sepanjang menjadi anak menantunya dulu.

"Kau gila ke, ayah? Dengan tanah itu sajalah mereka cari makan. Tiada sedikit pun rasa bersalah dalam hati ayah ke? Mengambil satu-satunya sumber makanan mereka?!" nafasnya berat.

Mungkin dulu dia bersama Ayah. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas melihat keikhlasan Suhana menyayangi selama ini, dia jadi tidak sampai hati. Tanah sekangkang kera itu juga ayah mahu ambil padahal dia sendiri nampak dengan mata kepalanya bagaiman susah payah abah Suhana mengusahakan tanah itu sehari-hari.

"Kau tak tahu apa, kau diam! Aku lebih tahu apa disebalik tanah yang kau tak heran tu!" hentakan kuat ke meja.

Hazirul tersentak. Gigi diketap kuat. Kalau dia boleh minta Tuhan untuk cabut nyawa Tan Sri Rahman, pasti dia minta. Dan dia akan hidup bahagia bersama Suhana sampai bila-bila.

Pandangan Tan Sri Rahman kembali beralih ke arahnya.

"Watch your mouth, Rul. Or I will make you pay for it." dia berkata tenang.

"Do it! Siapa ayah untuk menentukan seksa dan sengsara hidup seseorang. Hidup Rul sudah cukup sengsara sejak Rul jejak masuk ke dalam rumah ini."

"Hazirul! Get out!" tangan diajukan kearah pintu. Mata tajam memandang wajah anak lelaki satu-satunya itu.

Riak Hazirul gembira. Hatinya puas kerana berjaya membuat Tan Sri Rahman marah. Baru lah lelaki itu faham rasa sakit di hatinya selama ini walau rasa yang bertandang di hati lelaki tua itu sekarang hanya secubit dari rasa sakit yang sudah dia kumpul bertahun lamanya.

Kakinya berpaling ke arah pintu. Meninggalkan si ayah sendirian. Pintu dihempas kuat supaya makin sakit hati yang sedang membara di dalam.

•••

Ghazi menyumpah-nyumpah di dalam hati. Mesin cetak yang dari tadi tidak berhenti mencetak itu buat dia garu kepala sendiri.

"Damn it! Macam mana pula ni.." tercangkung-cangkung dia mencari punat berhenti.

'Alahai. Apa lah bodoh sangat mesin ni. Harap canggih je, tapi tak tau ke nak berhenti bila aku suruh berhenti.'

Kaki sudah mahu menendang mesin cetak yang besar itu. Beberapa orang staff tersenyum-senyum melihat ke arahnya. Aiseh..

"Eh !! Bos! Takpe. Biar saya buat. Bos tunggu je dekat dalam." Inas datang dengan timbunan fail di tangan.

Dah lama kerja pun Ghazi masih bengap lagi nak pakai mesin ni. Kalau orang sebelum dia dah set siap-siap satu salinan, takpe. Ni tah siapa set sampai 100 salinan entah. Dia pula blur nak tekan butang yang mana.

Dia putus asa! Baik serah saja kepada Inas hal begini.

"Ha, awak buat lah Inas. Sakit otak saya layan mesin bodoh ni." omelnya melangkah pergi dari situ.

Malu pun ada juga dengan staff lain. Bayangkan lah, bos bodoh pakai mesin fotostat. Argh !!

Mata terkebil-kebil sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Secawan kopi yang diletak di atas mejanya itu dipandang dengan rasa curiga. Tangan terus menekan punat interkom, menjerit memanggil nama Inas.

Terhegeh-hegeh Inas datang mendapatkannya. Ah, dia tengok Inas ini punya sibuk kesana kesini, berlari pun dah serupa itik aje. Geli hati.

"Awak bancuh ke air ni?" soalnya sebaik Inas sudah berdiri terpacak di depan matanya. Dia pula sibuk memandang komputer.

"Tak, bos." balasnya selamba. Kerja dia sendiri tak sudah, kopi sendiri tak terbuat.. Apa lagi nak bancuh kopi untuk bos yang selalu pergi bancuh kopi sendiri ni.

Lagi pun Bos sudah beritahu siap-siap yang dia tak suka ada tangan lain yang bancuhkan air kopinya. Kalau dia mahu, dia bancuh sendiri. Jangan pandai-pandai buat kerja orang gaji pula dalam bilik dia, mengamuk dia nanti.

"Ha, awak ambil lah air ni. Saya tak nak." perhatian masih di skrin.

Mata Inas terbeliak.

"Tapi, saya pun tak nak Bos."

"Memanglah awak tak nak saya. Saya suruh ambil kopi ni, bukan ambil saya."

Inas mengekek. Sempat lagi Bos nak buat lawak hambar pula.

"Saya pun tak nak kopi ni, Bos.." dia membetulkan ayat tadi.

Ghazi menggeleng. Badan tersandar ke kerusi.

"Habistu, kalau saya taknak, awak pun taknak.. Siapa yang nak?"

"Takde siapa lah Bos."

"Habistu?"

"Lepastu?"

"Banyak lah jawapan awak ni. Dah, pergi hantar kopi ni dekat Razin. Tanya dia nak tak. Kalau dia pun tak nak, awak pas lah dekat sesiapa yang nak."

Berbalas kata dengan Inas ni memang tak akan habis. Dia konfius ni. Siapa yang bos dekat sini? Dia ke Inas?

Inas tersengih-sengih mengambil cawan kopi di depannya. Bertekak dengan Bos, sampai sejuk dah kopi di dalam cawan. Dia lagi suka Bos Ghazi dari Bos Hazirul yang selalu dengan muka ketatnya itu. Sekurangnya Bos Ghazi boleh bawa gelak bersama. Dengan Hazirul dulu, dia bosan! Asyik kerja je!

"Ha, satu lagi.. Awak rasa saya boleh on-leave tak next week?" dia bertanya lagi sebelum Inas memulas tombol pintu. Inas pusing balik. Cawan kopi diletakkan semula di atas meja.

Ipad mini ditangan dibuka. Jari menari-nari di atas skrin mencari jadual Ghazi.

"Next week Bos tak ada apa-apa event penting pun. Kalau nak ganti dengan Razin pun boleh. Kerja, macam biasa. bertimbun tapi tak urgent."

"Ha! Yang pasal.. Tak apa lah. Saya bincang dengan Razin terus nanti. Awak dah go through semua doc saya hantar email ke belum? Kalau dah dan ada mana-mana yang kena betulkan, awak betulkan lah. Kalau yang awak rasa saya kena betulkan, kita round-table."

Inas mengangguk. Cawan kopi di angkat semula mahu bergerak keluar dari situ. Dia belum buka email pun lagi! Bos pula sudah tanya.. Mati dia kalau tak siapkan perkara itu segera.

"Ha! Satu lagi.. Next week start dari hari sabtu, saya on leave. Maybe sampai ahad next week. Mana yang awak rasa saya kena setelkan cepat-cepat, awak letak atas meja ni sebelum saya on-leave."

Inas pusing semula. Cawan kopi diletakkan balik di atas meja. Tangan laju mencatit arahan Ghazi sambil sebelah lagi tangan slide skrin ipad. Kalau terlupa ni, mampus! Macam mana dia mahu 'reach' bos Ghazi masa tengah cuti. Cukup-cukup lah dia kena maki dengan Puan Nuha haritu kerana asyik telefon saja masa sedang bercuti. Boleh tahan menakutkan juga isteri Bos ni..

Siap mencatit dan menyusun jadual di dalam ipad, dia bergerak keluar dari situ.

"Ehhh ! Ini, kopi ni siapa nak minum?!"

Inas garu kepala. Lupa pula pada kopi tadi. Adoi! Dia pusing balik.

"Awak ni serabut lah. Sama macam bini saya jugak. Perempuan semua kaki kelam kabut." dia menggeleng kepala melihat Inas.

Inas langsung tidak kisah mahupun terasa hati. Memang dia kelam kabut pun. Nasib lah tak pernah kena buang kerja. Kiranya walaupun dia kelam kabut, kualiti kerjanya masih tip top lah kan.

"Inas.." Ghazi panggil lagi.

Inas menutup mata. Bos tak habis lagi ke...

"Iye bos.." ujarnya sedikit geram.

Ghazi tergelak kecil.

"Terima kasih.." ucapnya dengan nada yang sama seperti Inas.

Degup!

"Err.. Sama-sama bos." bibir diketap.

Dadanya disentuh perlahan selepas menutup pintu. Bahaya betul lah bos Ghazi ni. Tanpa Bos sedar, dia terbuai perasaan wanita seperti dirinya ini. Nasib dah kahwin. Kalau belum kahwin, sekarang juga Inas ngorat bos, bos...

"Kenapa Bos panggil tadi?" Yuhanis datang dengan cawan kopinya.

Mata Inas mengecil memandang Yuhanis di tepi. Muka tak bersalah langsung. Maintain cantik aje.

"Kau buatkan kopi untuk bos ek?" tekanya.

Yuhanis mengangguk yakin dengan senyuman lebar di wajah.

"Aduhai, kau ni! Jangan buat gitu dah. Dia tak suka air tangan orang lain. Barang-barang dalam ofis dia pun kau jangan sentuh-sentuh tau!"

Yuhanis membatu. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Dia tak suka ke?"

"Kalau dia suka, dia tak suruh aku minum air kopi ni. Nah! Amik balik air kopi kau ni. Hantar dekat encik Razin." cawan kopi ditangan dihulur kepada Yuhanis. Terpinga-pinga minah itu apabila ditinggalkan sendirian.

Wajah dipalingkan sedikit memandang lelaki di sebalik cermin itu. Pipi memerah dan tanpa sedar, hujung bibirnya terangkat. Dia boleh menikmati pemandangan yang indah ini sepanjang hari tanpa merasa muak mahupun bosan.

"Kau buat apa lagi tercegat dekat situ, Yuha." terloncat jantung dia mendengar suara Inas. Bibir tersenyum sungging.

"Aku nak pergi lah ni." kaki dipusingkan ke arah belakang, bilik Encik Razin.

•••

Punat kunci kereta ditekan. Serta merta bunyi kecil keluar menandakan keretanya sudah berkunci. Kot baju yang tadi diletak di atas bumbung kereta ditarik sekali dengan beg bimbit itu.

Langkahnya lambat kerana kepenatan. Duduk di ofis saja pun sudah boleh menghabiskan tenaga. Kereta Nuha yang terbiar di garaj dipandang sepi.

Aish. Nuha juga tiada. Mummy dan Daddy tentu sudah lama masuk tidur. Jam pun sudah pukul berapa ni.

Kasut dilepaskan dari kaki. Sebelum masuk ke dalam, dia memberi salam. Nasib tidak terlompat dia apabila ada sesuatu yang lain pula yang menjemput dia di muka pintu.

Mata dialih ke hadapan, buat tidak tahu. Lelaki yang sama yang pernah dia lihat dulu. Lelaki yang mengetuk pintu cermin dan menyuruh dia keluar dari sini. Kali ini wajahnya lebih menyeramkan tetapi datang menziarah tetap dengan amaran yang sama. Menyuruh dia keluar dari sini.

"Kau kena keluar." bisikan halus di tepi telinga menaikkan bulu romanya.

"Dia ada pandang kau." satu lagi amaran untuknya.

Ah! Persetankan saja Ghazi.

Tetapi hati kecil ini terus-terus ingin tahu. Sialan! Tak boleh ke aku balik tidur dengan aman saja. Sudahlah Nuha tiada, rumah sunyi sepi, diganggu pula dengan makhluk ini.

Langkahnya diteruskan apabila teringat pesan Kaduk sebelum ini. Dia tidak harus pandai-pandai menjejak kaki ke satu dunia yang dia tidak faham. Dari kecil, amaran yang itu yang selalu Kaduk ulang padanya. Bukan tempat dia, tempat dia di sini! Alam ini!

Keinginan yang satu ini sukar benar mahu diusir pergi. Membuak-buak perasaan ingin tahu yang hadir. Setiap kali! Setiap kali ada sesuatu yang menarik minatnya, kakinya seakan bergerak sendiri.

Ghazi berhenti di lorong tangga ke tingkat 3. Dia termenung lama. Hembusan nafas sendiri terdengar kuat di telinga. Begitulah sunyinya rumah ini. Benar kata Daddy, kalau tiada Nuha.. Rumah ini benar sunyi. Hanya suara Nuha yang memeriahkan segenap rumah agam yang indah ini.

Bibir tersenyum tanpa dia sedar. Entah apa lah yang Nuha buat di kampung sana. Dia seorang sahaja yang merindu di sini. Rindu ke tidak Nuha padanya?

Hati tiba-tiba rasa tidak sedap. Senyuman menghilang. Lesap. Yang ada cuma jantung yang terasa sedang mengepam lebih laju dari kebiasaan.

Dia terasa diperhatikan. Teragak-agak mahu memalingkan wajah ke belakang.

"Ghazi?" suara Dato'Uzair menerjah pendengaran. Terus dimatikan niat tadi.

Bibir kembali mengukir senyuman buat lelaki tua itu. Tidak seperti abah Suhana, Dato'Uzair masih sihat dan bertenaga. Ini lah perbezaan mereka yang berduit dengan yang tidak berduit. Orang berduit seperti Dato'Uzair pasti dengan mudahnya mendapatkan rawatan untuk sakit mereka.

"Daddy tak tidur lagi?"

Dato'Uzair menggeleng. Nampak gayanya Dato'Uzair baru keluar dari bilik bacaannya. Wajah tampak keletihan.

"Banyak kerja, Ghazi." ujarnya sambil ketawa. Menjawab persoalan yang mungkin sedang bermain di fikiran Ghazi.

Wajahnya kembali tegas. Dia sudah nekad. Mungkin ini jawapan terbaik untuk mereka sekeluarga. Mata merenung ke dalam anak mata Ghazi.

"Daddy sudah buat keputusan." ucapnya perlahan. Dia tahu Ghazi faham topik yang sedang dibuka.

Ghazi terdiam menunggu Dato'Uzair menghabiskan kata-katanya. Wajah terus selamba. Namun dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa resahnya dia sekarang.

"Daddy pilih Nuha."

Helaan nafas panjang keluar dari mulut. Dilepaskan sekali segala resah yang bersarang di hati. Tidak dapat dia bayangkan kalau Dato'Uzair tetap berdegil mahukan Fitri.

"You won't regret it, Daddy." janjinya.

"I know I won't." bahu Ghazi ditepuk beberapa kali. Bibir tersenyum senang. Dia mahu pulang ke biliknya.

"Daddy. Mengenai Ghazi kata Ghazi akan bawa Nuha pergi.. Ghazi tak akan pernah pisahkan Nuha dengan Daddy. Seorang ayah adalah cinta pertama anak perempuannya. She loves you so much." sempat dia berkata sebelum lelaki tua itu semakin menjauh.

Sekalipun dia belum punya anak, dia tahu dan faham perasaan Dato'Uzair. Satu hari nanti dia juga akan berdiri di tempat lelaki itu, merasai sendiri pengalaman mendidik dan membesarkan anak dan dia sentiasa mahu kan yang terbaik seperti mana Dato'Uzair sentiasa memberikan yang terbaik untuk Nuha.

"Daddy gembira Ghazi adalah suami Nuha." tiba-tiba matanya berair.

"Apa saja yang berlaku, Ghazi mesti jaga Nuha." air yang bergenang ditubir diseka. Bukan resmi lelaki menjatuhkan air mata dengan mudah.

Berkerut kecil kening Ghazi melihat perubahan tiba-tiba si ayah.

"Kenapa, Daddy?"

Dato' Uzair menggeleng. Tidak sepatutnya dia membebankan Ghazi dengan masalah peribadi sendiri. Lelaki muda ini sudah terlebih dari cukup masalah.

"Daddy. Kalau Ghazi boleh tahu. Tingkat atas ni bilik apa?" soalnya.

Soalan yang sudah lama dia mahu tahu tapi tidak berkesempatan. Riak Dato'Uzair berubah kosong. Senyuman nipis tadi terus lesap.

"Ali. Atas tu bilik Ali. Tapi dah lama ditinggal sepi. Berhabuk dah agaknya." Dato'Uzair menjawab ala kadar.

Ghazi musykil tetapi dia malas mahu bertanya lebih-lebih. Cukup kalau dia sudah mendapatkan jawapannya. Tangan si ayah di salam sebelum dia masuk ke dalam bilik.

"Ghazi."

Panggilan Dato'Uzair membuatkan dia tidak jadi mahu menutup pintu. Kepala menjenguk si ayah dari dalam.

"Ghazi jangan naik atas." wajahnya tegas mengingatkan.

Lambat-lambat Ghazi mengangguk. Mendadak naik rasa ingin tahunya. Seakan-akan segala yang berlaku di rumah ini, puncanya dari tingkat itu.

"Okay, Dad. Selamat malam." pintu ditutup perlahan.

Dia menghenyak tubuh ke atas katil. Keluhan lepas dari mulut. Ini lah baru dia dapat berehat.

Bunyi angin kuat yang menampar tingkap kaca yang masih terdedah itu buat dia membangunkan badan semula. Kaki mengorak langkah ke jendela. Mahu menutup tingkap.

Sejak mereka kahwin, memang segala tugas dalam bilik ini dia dan Nuha akan lakukan bersama termasuklah mengemas. Tidak berapa gemar kalau ada perempuan atau orang lain mengemas bilik peribadi mereka. Bila Nuha tiada ni, memang dia harus urus sendiri lah bilik besar ini. Nasib juga dia guna bilik ini untuk tidur dan mandi saja. Tak ada lah bersepah macam yang selalunya. Berterabur segala macam baju, majalah dan make up atas katil. Kenapa lah perempuan suka bersolek atas katil. Bahaya kut!

Punggung ini pernah hampir menghentak cermin kaca bulat Nuha yang Nuha sepah atas katil. Nasib tidak pecah saja.

Ke Nuha seorang saja buat perangai tak semenggah macam ni?

Selesai mengunci tingkap, kakinya tetap di tepi jendela. Mata mengecil memandang ke arah pohon rendang di laman belakang rumah. Teringat saat dimana dia selalu melihat Kaduk berdiri di bawah pohon itu. Bukan sekali malah hari-hari dia nampak Kaduk di situ. Entah apa yang menarik perhatian Kaduk akan pohon rendang itu. Biasa saja di matanya.

"Macam mana, Haidi?" soalnya sebaik sahaja Haidi mengangkat wajah dari skrin telefon bimbit. Tangan sebelah dilayangkan dihadapan wajah lelaki itu.

"Begitu lah. Masih tiada jawapan. Last-last kami rujuk psikiatri." keluhnya.

Lima kali Ghazi tanya, lima kali jawapan yang sama dia beri. Cuma kalini upgrade sikit, libatkan psikiatri pula. Dia sendiri runsing. Fitri macam langsung tidak sedar apa dia buat. Jangan kata sedar, malah Fitri salahkan orang lain yang juga dia sendiri.

"Aku tak berani jamin dia akan dibalas setimpal tapi aku berani jamin dia tak akan terlepas dan bebas. Itu aje." ujarnya lagi meyakinkan Ghazi.

Muncung Ghazi bergerak-gerak. Mungkin sedang berfikir.

"Aku nak jumpa dia, boleh?" pintanya.

Haidi laju mengangguk. Tiada salah pun Ghazi mahu jenguk Fitri lagi pun Fitri dikawal ketat.

"Ikut aku." dia bangun dan meminta Ghazi supaya mengikutinya.

"Aku pun pelik sebenarnya. Fitri selama ini memang tiada rekod kesihatan mental, bukan? Tapi entah lah. Dia meracau macam orang tak betul." Haidi bercerita sedikit sebanyak.

"Tak betul?"

Pelik. Kenapa Fitri tak betul pula?

"Kau lihat sendiri lah." sebuah pintu yang menuju ke sebuah lokap khas dibuka dan dia melangkah masuk dahulu sebelum Ghazi.

Kakinya berhenti betul-betul di hadapan sel paling tengah.

Fitri sedang duduk termenung di atas katil. Diam. Neutral saja kelakuannya, tidak seagresif seperti yang Haidi gambarkan padanya selama ini.

'Elok je.' matanya memberi isyarat kepada Haidi.

'kau tunggu lah dulu.' mata Haidi pula balas isyarat matanya.

Tiba-tiba Fitri memalingkan wajah dan terus memanjangkan tangan di antara jeriji. Lengan Ghazi digenggam kuat.

"Ghazi! Ghazi kau kena keluarkan aku dari sini." rayunya. Mata sudah sembap dan gelap.

Tangan cuba ditarik semula dari genggaman Fitri. Haidi membantu tapi genggaman Fitri keras. Terasa seperti dia menggunakan segala kudratnya untuk meminta bantuan.

"Ghazi.. Aku minta maaf. Tolong aku.." suaranya merintih pula kali ini.

Rentapan ditangan dihentikan. Dia menyuruh Haidi menghentikan tangannya juga.

Wajah Fitri murung. Kelam tanpa cahaya. Penuh dengan rasa takut semata.

"Kau kena tolong aku.. Aku akan buat apa saja."

"Jadi, mengaku lah. Apa yang kau dah buat."

Kepalanya menggeleng. Mata terbeliak kerana takut.

"Tak.. Tak.. Kalau aku mengaku, dia datang bunuh aku. Aku nak hidup lagi!" kalini tangannya sudah melepaskan tangan Ghazi.

Serta tubuhnya disentuh kasar. Seakan mahu merasakan degupan jantung yang masih berdegup di badan.

Kening Ghazi berkerut. Haidi menjungkit bahu. Tidak faham sepatah haram pun ucapan si Fitri.

"Siapa nak bunuh kau? Aku cuma mahu Nuha dapat keadilan atas apa yang sudah buat." jelasnya.

Pelik. Fitri adalah lelaki yang dia tendang di gudang dulu kah? Kenapa Fitri agak berlainan dari yang dia ingat. Tubuh lelaki itu lemah. Tapi, lelaki yang dia terajang di gudang itu.. Tubuhnya pejal dan kuat.

Fitri memeluk lutut dan bergerak kedepan dan kebelakang. Kukunya digigit-gigit.

"Ali.. Ali nak bunuh aku. Dia datang dan kata dia akan bunuh aku." ujarnya perlahan, terketar-ketar suara di kerongkongan.

"Ali?" matanya memandang Haidi.

Seakan memahami, lelaki itu terus menjawab.

"Tak ada siapa datang jumpa dia selain kau, Ghaz."

Kepala terarah kepada Fitri semula. Fitri menggeletar ketakutan. Seakan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Mana ada sesiapa datang jumpa kau."

Fitri geleng kepala berkali-kali menidakkan apa yang Ghazi kata.

"Ada! Ada! Dia datang. Ghazi.. Aku sanggup lakukan apa saja. Tolong jangan biar dia bunuh aku!"

Ghazi bangun dari mencangkung. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mengeluh dia memikirkan nasib Fitri. Dia cuma mahu Fitri mengaku dan diambil tindakan sewajarnya. Dia bukan kejam. Apa yang salah, tetap salah. Dan Fitri harus bertanggungjawab atas jenayahnya sendiri.

Ali.. Bukan kah Ali lama tidak dapat dijejak?

"Tengok macam mana." dia memberi mata putus paling mudah.

Lagipun, siapa dia mahu mengelak ajal. Dia tidak boleh sesuka hati berjanji hal hidup mati seseorang. Dia kenal Ali pun tidak.

Haidi sudah mula meninggalkan mereka. Ghazi menghentikan langkah sebelum mengekori Haidi.

"Ali.. Datang jumpa kau? Macam mana?" bisiknya cukup hanya Fitri saja mendengar.

Tangan Fitri menunjukkan kepalanya sendiri.

Ghazi mengeluh. Aiseh.

Mungkin benar kata Haidi. Fitri banyak berhalusinasi. Orang yang tidak ada pun dia kata ada.

Bunyi petir mengejutkannya. Terhinjut juga bahu tegap itu dek kerana panahan petir yang tiba-tiba. Mata sekali lagi terpandang sosok Kaduk di bawah pohon. Merenung ke arahnya.

Hati jadi semakin tertanya-tanya pula. Entah apa yang tersorok di bawah pohon rendang itu.

Ah, biar aje lah. Aku pandai-pandai karang, lain pula yang jadi.

•••

HARAP MAAF ATAS KELEWATAN. Haha! Kepala dan tangan kita tidak mahu berkompromi. Masa ada idea, tangan kita taknak gerak. Bila tangan kita rajin, idea kita main nyorok-nyorok ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience