BAB 11

Romance Series 18757

Jari di ketuk-ketuk ke atas stereng kereta. Kaki juga begitu. Dia resah. Menunggu kedatangan lelaki ini lebih membuat dia gelisah. 

Hada di sebelah hanya menggeleng. Air kotak milo yang dibelinya sebelum bergerak tadi. Nuha punya laju bawa kereta rasa mahu tercabut sahaja kepalanya. Perempuan ni kalau tidak sayang nyawa member pun, tolong sayang nyawa ayah dan mak member di kampung tu. 

Satu lagi air kotak di hulurkan kepada Nuha namun ditolak. Nuha tidak senang duduk sejak dari tadi.

Tok! Tok! 

Ketukan di cermin membuat keduanya berpaling. Diturunkan cermin separa wajah. Hijjaz menunduk dengan cermin mata hitamnya. Panas terik ! 

"Macam mana dengan Ghazi?" soal Nuha sebelum sempat lelaki itu membuka mulut. 

Untunglah kau Ghazi. Aku belum buka pendahuluan pun, Nuha sudah risau. Ni kalau aku buka pendahuluan, berlari agaknya si Nuha ini pergi serang balai.

Hijjaz menggaru belakang kepalanya. Tidak tahu pula bagaimana mahu jawab pada masa yang sama tebal juga mukanya menghadap Nuha ini. Bayangkan muka hensem-hensem, minta tolong dengan perempuan. Alahai. 

Nuha mematikan enjin kereta dan keluar. Dia menyandarkan tubuhnya ke kereta. 

Hijjaz memuncungkan sedikit bibir selepas itu dia menariknya masuk kembali sebelum sempat Nuha menangkapnya. Mahu terbeliak juga dia lihat lekuk-lekuk di tubuh Nuha yang bagai Top Model ini. Rambutnya yang ditiup angin itu bagaikan efek khas saja. Mak aih. Bidadari ke apa depan mata dia ni. Lawanya bukan main.

Macam model lah cik Nuha ini. Bergetar juga naluri lelakinya melihat aset-aset dunia itu walaupun tidak terdedah. Dia sudan dapat membayangkan betapa indahnya tubuh itu. 

Air liur ditelan. Hijjaz berdehem sekali dua sebelum memulakan bicaranya. 

"Ni ke mamat gatal yang telefon kau tadi, Nuha?" 

Mata Hijjaz mencari gerangan manusia yang bersuara. Mahu berhenti juga jantungnya melihat manusia yang baru keluar dari kereta itu. Bibir mengukir senyum sinis tanpa sedar apabila si gadis datang dan berdiri di sebelah Nuha sambil menilik dia dari atas ke bawah. 

Pergh. Perempuan tudung labuh pula. Apa kejadah ni. Tengah buat prank ke? Atau tengah shoot video? Ha? Tak sesuai langsung berdiri di sebelah Nuha. Sudah macam dua dunia yang berbeza lepas itu bertembung. Eh. 

Hatinya mengekek ketawa namun mulutnya steady tersenyum sinis. Gadis itu di tilik dari atas ke bawah juga. Apa pun tak nampak. Boring..

Tak payah lah nak pakai labuh sangat sampai selubung satu badan. Ramai je orang pakai tudung boleh juga nampak lawa dan cantik. Yang sorang ini nampak plain teruk. Baju pun Tshirt berlogo usrah. Kah Kah.

"Ha'ah. Mamat ni la. Nama dia Hijjaz. Ini Hada, kawan baik Nuha." Nuha memperkenalkan sambil senyuman manis ditayangkan kepada Hijjaz. 

Membulat mata Hijjaz seperti tidak percaya tetapi reaksinya masih ditahan. Jangan sampai Nuha terkesan pula rasa hati dia sekarang yang mahu gelak terbahak-bahak.

Kawan baik kejadahnya? Ni dah macam langit dengan bumi bezanya. Sorang bertudung litup, sorang lagi macam model barat. Kalau aku boleh gelak berguling-guling di sini, pasti aku guling atas jalanraya ini. 

Hada memandang Hijjaz, pelik. Nama Hijjaz, tapi peribadi tak macam Hijjaz pun. 

Hijjaz berdehem sekali lagi. Cuba menghilangkan rasa geli hati dan cuba kembali serius. 

"Okay. Back to our problem…"

"Cik Nuha boleh tolong Ghazi tak?" 

Hijjaz menekap kedua tapak tangannya antara satu sama lain sambil mengusap-usap telapak tangannya. Dia sudah buntu. Tidak tahu bagaimana perkara ini boleh jadi semakin teruk.

Tiba-tiba saja polis datang ke hospital dan memberi waran tangkap kepada Ghazi. Kerana lelaki itu sudah semakin pulih, doktor pula memberi approval bahawa keadaan Ghazi sudah membolehkan dia untuk di bawa pergi. Di balai pula, segala penjelasan pihak polis satu pun dia tidak faham. Ghazi cerita lain, pihak polis cerita lain. Apa yang dia dapat tangkap hanyalah semua salah faham ini akan terarah kepada Ghazi. Dia sendiri tidak faham macam mana kes ini boleh berputar belit begini. 

Nuha mengetap gigi. Keningnya berkerut naik ke atas. Hada di sebelah hanya mendengar dengan tekun. Dia sendiri tidak mahu campur tangan dalam masalah ini. Dia tidak mampu beri apa-apa pertolongan pun.

Dada menarik nafas panjang. Apa yang perlu dia lakukan? Dia takut kalau dia bertindak sendiri, Ghazi jadi marah pula padanya. Aduh. 

Ghazi bukannya suka kalau dia sibuk masuk campur tapi..

"Nuha please tolong Ghazi ya? Anggaplah Hijjaz berhutang dengan cik Nuha kali ini. Hijjaz akan buat apa saja asalkan Ghazi boleh keluar dari situ." Hijjaz merayu. Dia sudah duduk melutut. 

Dia lagi sanggup melutut di hadapan Nuha daripada melutut di depan uncle Irham dan auntie Ieya. Tidak sanggup dia mahu menghadap pasangan berdua itu yang sudah banyak membantu keluarganya ketika susah dulu. Malah dia menyambung pelajaran ini pun kerana bantuan pasangan itu juga. Malu dia kerana tidak mampu tengok-tengokkan Ghazi di sini. Tambah lagi satu, Ghazi ke lokap pula. 

Kalau Nuha mahu hamba abdikan dia seumur hidup pun tak apa! 

Nuha mengumam bunyi yang agak perlahan. Tak perlu tunggu Hijjaz melutut pun memang dia akan usahakan bagaimana dia mahu keluarkan Ghazi dari situ. Masalahnya dia tidak boleh ke balai dan menayang mukanya di sana. Apa pula kata wartawan nanti kalau ada yang nampak dia kesana. Dia ada imej yang perlu dijaga. Imej daddy!

"You tahu siapa yang buat laporan selain parents budak-budak motor itu?" 

Hijjaz menggeleng. Itu lah satu lagi misterinya. Pelik sungguh. Kalau ikut saja pada cerita dan laporan siasatan, semua cerita budak-budak itu versi yang berbeza-beza. Kenapa tiba-tiba saja polis seakan beri laporan akhir yang seakan-akan memberi hint bahawa Ghazi bersalah. 

"Nanti Nuha fikirkan macam mana, okay? Sekarang Ghazi di tahan saja kan."

Dia perlu bertindak laju sebelum kes ini naik ke mahkamah pula. Kalau sudah diserahkan kes ini ke mahkamah, pasti agak sukar untuk mengeluarkan Ghazi dari situ. 

Hijjaz mengangguk laju. Dia tidak tenang langsung sekarang ini. Harapannya cuma satu, Nuha boleh jadi hero Ghazi kali ini. 

•••

Batang-batang besi yang mengelilingi mereka bertiga di tenung lama. Seorang tahanan yang juga seperti dia memandang tajam ke wajah Ghazi. 

Ghazi mengeluh kuat. Jangan brader dua orang ini cari pasal dengan dia sudahlah. Dia ni orang kurang upaya sekarang ini. Dengan tangan kanan yang masih bersimen.

Rambut dikusut masaikan. Blur. Lebih lagi selepas mendengar apa yang pihak polis terangkan tadi. Semuanya tuduhan semata. Tak ada satu pun yang betul tapi entah lah. Dia tidak rasa dia boleh menang melawan mereka. 

Tuduhan-tuduhan yang dia rasa langsung tak match dengan laporan yang dia berikan pada pihak polis awal-awal dulu. 

Dia dituduh di bawah pengaruh dadah dan alkohol kerana baru pulang dari pusat hiburan pada malam itu. 

Dia yang mula bertindak agresif. Buktinya budak-budak itu terlantar lebih teruk dari dia. Ha? 

Masalahnya semua ini tak ada bukti kukuh langsung! Dia tidak tahu bagaimana tiba-tiba dia boleh dituduh dibawah pengaruh dadah pula. Paling dia pelik sekali, mereka punya bukti fizikal. Sejak bila pula doktor Nazrin melakukan ujian dadah padanya? Ketika dia tidak sedarkan diri kah? Kenapa Hijjaz tak ada cakap apa apa pun. Yang paling penting, dia langsung tak ambil dadah atau alkohol! 

Dia tidak bodoh sampai tidak sedar apa dia minum dan makan. 

"Kau tak mahu tolong aku kan." Ghazi bercakap perlahan. Dia nampak kehadiran pendampingnya di luar jeriji penjara itu. 

Lelaki itu hanya tersenyum memandangnya. Aish. Ini yang dia malas mahu bercakap dengan lelaki itu. Jawapan dia asyik senyum aje. Paling pun, dia akan tunjuk saja pakai tangan. 

"Kau cakap dengan siapa?" Soal lelaki yang sedang merenungnya dari tadi. Lelaki dengan tatu bahasa cina di lengan dan bahunya. Dia pun tidak faham tatu yang tertulis itu. 

"Kau cakap dengan hantu ke?" Soal dia lagi. Seorang lagi lelaki terus berpaling ke arah kami berdua. Hantu?

"Ha? Hantu? Kau ni biar betul." Lelaki melayu yang berambut stail persis Ban kawannya itu duduk disebelah lelaki bertatu. 

Ghazi mengangkat bahu. Tersenyum sinis. 

"Dia cakap sorang-sorang dan pandang satu tempat saja dari tadi. Aku nampak apa kau buat." 

Lelaki rambut spiky sudah melopong. Air liur dia telan. Matanya mencari kebenaran dari wajah Ghazi pula.

"Mengarut. Salah ke aku nak pandang? Mata aku, sukahati aku lah." Ghazi sudah gelak terbahak-bahak. Tah apa apa lah kepercayaan karut mamat ini. 

"Aku jumpa ramai orang macam kau. Nama kau apa? Aku Magnus." 

"Aku Akmil." Akmil menghulur tangannya untuk bersalam. Biasa lah orang melayu. 

Ghazi menyambut salam Akmil dan hanya jawab sepatah sepatah saja pertanyaan Magnus. Dia tidak senang dengan Magnus, aura Magnus tidak seperti orang biasa. Panas macam dia juga. 

"Kau ada orang hebat di belakang ya." Kata kata Magnus yang seterusnya buat Ghazi membulatkan mata. Dia memusingkan kepala di belakang. Belakang dia ada dinding je. Ikmal pun melakukan hal yang sama. 

Apabila Ikmal bertanya maksud kata-kata tadi kepada Magnus, Magnus hanya senyum sendiri. Magnus ni gila ke? 

Magnus membetulkan duduknya. Dia bersila sambil sebelah kakinya dinaikkan ke atas.

"Jadi, kenapa kau ada dekat sini?" Mata Magnus yang tadi tajam dan suram, terus bertukar ceria. Seakan-akan berminat mahu tahu tentang Ghazi. Lihat wajah lelaki dihadapan nya ini, dia jadi tahu Ghazi ini bersih. Macam mana lelaki ini boleh masuk ke sini pula. 

Ghazi angkat bahu. Dia tidak mahu berkongsi apa-apa dengan Magnus. Lelaki itu tadinya berwajah tegas, sekarang tiba-tiba jadi peramah pula. Apa kes. 

Magnus ceria berkongsi cerita kenapa dia dan Ikmal boleh masuk ke sini. Ikmal pula menyampuk bila perlu. Ghazi hanya mendengar sesekali bersetuju dengan mereka. Kadang-kadang dia rasa Magnus dan Ikmal ini gila pula. 

Apa lah mahu kisah. Kes dia lagi berat dari kes diorang berdua ini, nanti boleh keluar lah mereka tu. Dia pula akan terperuk di dalam lokap ini seorang diri.

Ikmal bangun dan menunjukkan kebolehan seni mempertahankan dirinya. Dia memanjat jeriji. Kedua tangan memegang jeriji penjara itu dan badan diluruskan. Kini tubuh Ikmal sudah lurus secara melintang. Ghazi bertepuk tangan. Hebat. Ketahan tangan Ikmal agak hebat. Dia boleh menampung berat tubuhnya begitu lama. 

Magnus menunjukkan ibu jari kepada Ikmal tanda bagus. Dia bangun pula dan tunjuk salah satu trik dia pula. Sebelum itu, dia memeriksa keadaan di luar penjara. Tiada sesiapa.

Magnus menarik nafas panjang. Tangan memegang jeriji sambil kakinya melangkah keluar melalui jarak-jarak di antara jeriji tersebut. Ghazi ternganga. Sekarang Magnus sudah berada di luar sel lokap mereka. 

"Ta-dah!" ucap Magnus sambil kedua tangannya di depakan. Dia kembali melangkah masuk ke dalam. Ikmal bertepuk tangan. 

Ghazi jadi takjub. Bagaimana tubuh setegap lelaki ini boleh melalui lubang kecil sebegitu. Magnus senyum lebar sambil mengangkat-angkat keningnya. Magik bukan? 

Macam faham saja, Ghazi terus mengangguk. 

"Okay. Kau pula?" arah Magnus. 

Ghazi terpinga-pinga. Apa pula aku? Aku mana tahu buat benda pelik-pelik macam diorang berdua ni. Ghazi angkat tapak tangannya. Dia tiada apa mahu ditunjukkan. 

Magnus mendekatkan wajahnya ke pada Ghazi. Menatap ke dalam anak mata lelaki berambut panjang sehingga ke bahu itu. Serta merta ketika itu juga pendampingnya berdiri di belakang Magnus. 

Ghazi jarakkan sedikit wajahnya. Pelik. Apa yang Magnus buat ni. 

Magnus ketawa besar sambil menekan perutnya. Geli hati dengan reaksi Ghazi. 

Ghazi garu kepala. Dia pandang ke arah Ikmal. Apasal dengan Magnus ni. Memang diorang ni gila ke apa? 

Ikmal mengangkat bahu.

Magnus mencangkung di atas simen yang menjadi tempat duduk mereka. Tangannya menulis-nulis di atas lantai. Semacam satu tindakan yang tidak boleh dia kawal. Macam.. Macam habit? 

"Kau ni tak betul ke?" Ghazi membetulkan duduk. Mereng betul Magnus ni. 

Magnus geleng kepala. Ketawanya masih bersisa. 

"Tak.. Tak.. Aku ketawa sebab kau." 

Aiseh. Sah la Magnus ni mereng. Berapa lama lagi lah dia terpaksa terperap di dalam lokap ini dengan Magnus mereng ni. 

Magnus tunjuk tatu-tatu di badannya. 

"Ini..Tatu aku semua ni tatu aku dapat dari bertapa tahu." Dia membuka baju di badan dan tangannya menunjuk setiap tatu-tatu yang ada dibadan nya. Baru Ghazi perasan. Itu bukan bahasa cina. Nampak saja macam bahasa cina. 

Fahamlah dia kenapa Magnus ini mereng. Percaya benda karut, memang lah. 

Magnus ceria bercerita tentang pengalamannya. Satu pun tidak masuk didalam kepala Ghazi. Yang dia tangkap, Ikmal dan Magnus ini macam senior dengan junior. 

"Tapi kau lain. Kau tak ada ikatan apa-apa pun dengan benda yang follow kau tu." Dia menunjuk ke arah tempat lelaki yang selalu mendampingi aku itu berdiri. 

Apakah? Dia nampak ke? 

Ghazi duduk statik. Tidak beriak.

"Mana kau dapat dia?" Magnus bertanya. Ikmal pula hanya mendengar. 

Ghazi diam tidak berkutik. Dia malas mahu melayan si Magnus ini. Baik dia elak saja soalan begitu.

"Kalau kau tak tahu guna dia, baik kau beri pada aku saja. Aku akan guna dia dengan baik. Aku janji." Magnus terus berkata yang bukan-bukan. 

Ghazi membaringkan diri di tempatnya. Tangan kiri digunakan sebagai bantal. Dia membelakangkan Ikmal dan Magnus. Magnus terus bercakap tanpa hala tuju seakan dia bercakap dengan orang lain. Ikmal duduk berbaring di sebelah Ghazi. 

"Kau jangan ambil hati sangat. Magnus tu memang macam tu. Dia taksub sikit dengan benda-benda begitu." 

Ghazi buat tidak tahu. 

"Esok kau boleh keluar dah ni." Ikmal berkata lagi. 

Mata Ghazi yang tertutup tadi terus dibuka semula. Matanya memandang ke arah Ikmal. Ikmal pula hanya menjeling dengan ekor mata. 

"Aku tahu lah. Apa pun, stay alert." Ujar Ikmal lagi. Mata dia tutup.

Ghazi hanya mengangkat bahu. Dia tidak mahu bertanya lebih-lebih. Kita lihat saja esok. 

•••

Matanya terkebil-kebil melihat pintu yang dibuka untuknya itu siap dua orang pegawai polis ini mempersilakan dia keluar lagi. 

"Ha?" Itu saja kata-kata yang terpacul keluar dari bibirnya. 

Telinganya tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai polis tadi. 

"Kami minta maaf sebab tak selidik terlebih dahulu. Kalau kami tahu, awal-awal kami sudah gugurkan kes ini." Salah seorang dari pegawai tadi mengulang semula kata-katanya. 

Eh. Senang begitu kah kes dia nak gugur. Jadi buat apa dia penat-penat keluar masuk lokap ini. Diorang ni nak salah selidik pun agak-agaklah. 

Ghazi tersenyum sebelum berterima kasih kepada pegawai-pegawai polit tersebut. 

"Sama-sama Encik Ghazi. Nanti tolong kirim salam kami pada Dato' ya." 

Ghazi terpinga-pinga. Dato' mana pula ni. Diorang salah faham ke macam mana ni. Aku ni anak pensyarah aje. Datok siapa pula ni. Datok aku dekat kampung tu pun dah uzur sangat dah. Kerja dia mengurut orang sakit je sekarang. Masa muda iya lah atok aku kerja kerajaan tapi pangkat biasa aje pun. 

Ghazi runsing. Patutkah dia tanya dan meminta kepastian atau dia biarkan saja. Takut pula kalau dia tanya nanti, sudah tersalah faham, dia masuk lokap balik pula. 

"Nanti majlisnya jemputlah kami ya. Kalau mahu kami berkawal pun boleh." seorang lagi pegawai yang baru mendekati mereka pula bersuara. 

Ghazi senyum sumbing. Serius ni! Aku tak faham! Majlis apa? Tahlil ke? Atok aku hidup lagi woi. 

Kalau kenduri tahlil pun, nak jemput diorang ni buat apa. Nak tolong usung keranda ke apa. 

Ghazi garu kepala. Dia berpusing dan melangkah keluar dari situ. Lagi lama lagi dia pening. Lagi serba salah pun ada juga.

Ghazi jalan menuju ke arah pintu masuk balai tersebut sebelum kakinya berhenti apabila ada suara yang memanggil. Suara lelaki yang dia biasa dengar tapi tidak pasti. 

Badan dipusing ke belakang berdepan dengan orang yang memanggilnya. Kening terangkat. Biar betul? 

Dato' Uzair menghampiri sambil tersenyum lebar ke arah Ghazi. Beberapa orang pegawai polis yang menemani Dato' Uzair mengekori lelaki itu dari belakang, membodek mungkin. 

Bahu Ghazi ditepuk beberapa kali oleh Dato' Uzair macam sudah kenal lama. Dia pula tidak tahu mahu beri reaksi apa. Wajahnya di selamba kan. Cuba menghadam situasi yang sedang berlaku. 

Lelaki tua itu asyik berborak dan bergelak ketawa dengan pegawai-pegawai tadi. 

"Inilah bakal menantu saya." Dato' Uzair memperkenalkan. 

Ghazi membatu. Kejang. Blank otak-nya tiba-tiba mendengar pengakuan Dato' Uzair. 

Apakah yang berlaku ni? Kejap. Dato' yang diorang sebut-sebut tadi Dato' yang ini kah? Bukan atok aku? Hah? 

Selesai sesi salam menyalam, Dato'Uzair meminta diri. Sempat dia berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi bekerjasama. Atas dasar hormat, Ghazi melangkah mengikuti lelaki tua itu. 

"Ghazi okay duduk di dalam tadi? Ada mereka buat apa-apa? Atau Ghazi luka dimana-mana?" Soal Dato' Uzair prihatin sebaik saja mereka keluar dari balai tersebut.

Eh? 

"Saya baik-baik saja, Dato'." Jawabnya sopan. Walaupun dia anti Dato' Uzair sebagai seorang ahli politik, bukan bermakna dia tidak boleh menghormati lelaki itu sebagai seorang manusia apalagi jauh lebih tua pula dari dia. 

Dato' Uzair tersenyum lega. Dia mengajak Ghazi masuk ke dalam kereta korporatnya. Mewah sungguh kereta ini pada pandangan Ghazi. Ikutkan status dia ini, mampu tengok dalam televisyen saja. 

Kereta mewah itu meluncur laju masuk ke lebuhraya. 

"Ghazi dengan Nuha sudah lama kenal kah? Dengar cerita macam rapat." Dato' Uzair memecah kesunyian di antara mereka. 

Ghazi hanya menyengih. Dia pun tidak tahu jawapan apa yang paling bernas. Maka, tahulah dia bahawa ini semua kerja Nuha. Entah apa lah yang Nuha sudah cakap pada lelaki tua ini. Aduh. Bala..

"Ghazi kenal Nuha macam kawan aje, Dato'." Tidak sampai hati pula dia mahu cakap Nuha itu asing pada dia. Rasa hormatnya pada lelaki di sebelahnya ini macam rasa hormatnya pada ayah sendiri. 

Dato' Uzair ketawa. 

"Tidak perlu berDato' lah, Ghazi. Panggil pakcik sahaja pun sudah cukup." 

Mata Ghazi membulat. Serius ni, mana Nuha Irdina dapat perangai kerek dia tu. 

Ghazi tersenyum. Kepala di angguk sedikit sebagai tanda faham. 

Dato' Uzair menjeling lelaki di sebelahnya. Wajah Ghazi dari tepi sempat dia tilik. Ikut kepada cerita si isteri, Ghazi ini budak yang baik. Dia tidak mahu terburu-buru menilai tetapi melihatkan adab dan budi bahasanya, dia suka. Dia kira Ghazi ini seperti anak muda lain yang agak sombong dipadankan pula dengan wajah beku nya itu tetapi jelas tekaan nya salah. Ghazi ini pandai berbudi bahasa orangnya. 

"Tangan Ghazi itu bila boleh buka simen-nya? Kalau Ghazi mahu, pakcik boleh arrange doktor terbaik untuk Ghazi." Tangan kanan Ghazi dipandang.

"Ha? Tak perlu lah, pakcik. Ghazi boleh pergi hospital kerajaan aje. Lagipun semua rekod perubatan ada di sana." Tolaknya. 

Serabut dia dengan keluarga Nuha ini. Semua menggunakan kuasa duit. Ya tuhan! Tolonglah fahamkan mereka semua ini. Aku ini orang biasa. Tidak perlu lah beri aku kemewahan yang pelik-pelik ini. Aku tak biasa lah! 

Dato' Uzair menggeleng. Tangan Ghazi ini perlu diberi lebih perhatian. Kalau harapkan doktor di hospital kerajaan itu saja, tidak terlayan nanti. Lagipun, Hospital kerajaan itu terlalu sibuk. Takut terlepas pandang pula. 

"Fit, esok tolong arrange doktor khas untuk Ghazi. Saya nak lihat overall report kesihatannya." Arah Dato' Uzair kepada pembantunya.

Ghazi menutup sekejap mata. Stress. Jadi dari kedua dua ibu bapanya lah Nuha Irdina dapat perangai mendesak ini ya. 

Sabar, Ghazi. Perangai orang kaya..

Dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Dato' Uzair. Sedikit sebanyak pandangannya kepada lelaki tua itu berubah. Mungkin Dato' Uzair agak agresif akan perkara berkaitan perniagaan dan aktiviti politiknya tetapi dia dapat merasakan lelaki itu seorang ayah dan suami penyayang. Persis ayah. 

Sepanjang perjalanan, banyak topik yang Dato' Uzair kongsikan. Berkenaan perangai Nuha lah yang paling utama. Macam-macam kerenah Nuha dicerita kepada Ghazi. Nuha Irdina yang degil itu suka berbuat sesuka hati nya, bila sudah tersepit baru lah terkejar-kejar mencari si ayah. 

Anak manja betul. 

Ghazi dengar dengan tekun bukan sebab dia suka Nuha ya tapi kerana dia hormat Dato' Uzair sahaja.

"Ghazi ada berapa orang adik beradik?" 

"8 orang. Ghazi nombor 3." 

Membuntang mata Dato'Uzair. Ramainya. 

"Paling kecil umur berapa?"

"Baru 6 tahun." Air yang di hulur oleh pembantu Dato'Uzair di sambut. 

Dato' Uzair mengangguk. Takjub. Tidak sangka masih ada keluarga yang beranak ramai di zaman sekarang ini. Jumlah adik beradik Ghazi sama seperti jumlah adik beradiknya. Zaman sekarang susah mahu cari keluarga berjumlah besar. Kalau zaman dulu, satu keluarga boleh cecah 11-15 orang. Paling sikit anak 7 orang. 

Ghazi ketawa mendengar cerita Dato' Uzair. Memang ayahnya lah yang semangat mahu ramai anak kerana ayah anak tunggal. Keluarga mereka jadi meriah selepas kehadiran adik-adik yang ramai. Rumah atok pun tidak lah sunyi lagi ketika hari raya. Penuh adalah. 

"Sama lah dengan rumah Pakcik juga, Ghazi. Kalau di hari raya, kami bertiga saja. Selalu juga Pakcik buat rumah terbuka, biar meriah sedikit." Dato' Uzair mengajak Ghazi untuk membawa keluarganya datang beraya di rumah agam mereka jika berkesempatan nanti. 

Jelas terlukis riak kesunyian di wajah lelaki tua itu. Harta yang banyak langsung tidak menjamin kebahagiaan malah hidup mereka terasa lebih kosong. Kalau sehari tidak mendengar rengekan Nuha di rumah, nescaya sunyi lah hidupnya satu hari itu. 

"Insya Allah. Kalau Pakcik bosan duduk rumah masa hari raya, datanglah beraya ke rumah Ghazi di kampung." 

Dato' Uzair mengangguk laju. Senang sungguh rasa hatinya dapat berbual dengan Ghazi ini. Rasa hilang penatnya seharian bekerja.

Kereta mewah itu berhenti betul-betul di depan pintu masuk rumah agam yang pernah dia jejak dahulu. Ghazi turut keluar dari kereta apabila Dato' Uzair mula membuka pintu.

"Awak!" Nuha berlari-lari anak menghampiri mereka. Dari dalam rumah tadi dia sudah nampak kereta Daddy. Cepat-cepat dia naik menukar baju yang sopan sedikit semata-mata mahu menjemput Ghazi di depan pintu. 

Tangan kiri Ghazi cuba ditaut tetapi cepat sahaja Ghazi mengelak. Mata Ghazi mencerlung menikam wajah Nuha.

Depan bapak sendiri pun tak behave. Saja aje mahu ayah dia berfikir buruk pula nanti selamba badak pegang anak dara dia. Minta simpang! 

Nuha memuncungkan bibir mungil dan merah basahnya. Dia berlalu mendapat Dato' Uzair. Kedua pipi lelaki tua itu dicium.

"Thank you, daddy. Nuha sayang daddy so so so so much." Lengan Dato' Uzair dipeluk. 

Ghazi mencebik. Mengada-ngada. 

"Apa tunggu lagi, Ghazi. Mari masuk! Makcik dah siapkan macam-macam makanan untuk Ghazi ni." Ajak Datin Zarina apabila Ghazi masih kaku disitu. 

Dato' Uzair juga mengatakan yang sama. Malas-malas kakinya di arah untuk melangkah. 

Meja kaca dengan bingkai zamrud itu penuh dengan pelbagai jenis makanan. Datin Zarina pula dari tadi tidak berhenti mahu menyudu masuk pelbagai jenis lauk ke dalam pinggannya. Dia pula jadi segan apabila wanita berpangkat begini melayan dia di meja makan. 

"Tak apa. Ghazi makan aje. Tangan Ghazi bukan sihat lagi. Nanti dah sihat, baru Ghazi pula yang sudukan lauk untuk makcik, ya." 

Nuha dikerling dengan ekor mata. Selamba aje makan tak tengok kiri kanan. Tolonglah mummy kau woi. 

Siku menyiku lengan Nuha. Nuha pandang tetapi tidak faham bahasa pandangan Ghazi. Hai lah perempuan ni..

"Nuha itu tahu apa nya Ghazi. Melaram saja." Datin Zarina memerli. Automatik berhenti bunyi sudu garfu Nuha. Sengihan diberikan. 

Mummy.. Janganlah malukan Nuha depan Ghazi.

Becok mulut Nuha bertanya Ghazi. Setiap kali lelaki itu menyudu masuk lauk di dalam pinggan ke dalam mulut, tangannya mula mahu memenuhkan pinggan Ghazi semula. Penat juga lah Ghazi menghabiskannya. Tidak sampai hati mahu marah Nuha di depan mak ayah dia. Lagipun tiada yang salah pun apa yang Nuha lakukan. Terlebih rajin. 

Aku suruh dia tolong sudu lauk ke pinggan mak ayah dia, dia pergi sudu lauk ke pinggan aku pula.

 Adeh.

•••

Pintu ditutup rapat. Ghazi melihat sekeliling bilik serba mewah dengan tema warna pink dan putih itu. Saiz bilik Nuha saja sebesar saiz dapur rumahnya yang dikira ruang paling mewah di rumah mama.

Nuha Irdina melompat naik ke atas katil. Spring katil mahal itu membuat badan itu membuatkan Nuha seakan-akan terbang keawangan. 

"Awak, duduklah sini." Ajak Nuha. Banyak benda mereka boleh buat dan cerita. Dia ada banyak mainan. Apa Ghazi mahu main? PSP? Laptop? Nintendo Switch? Pelbagai jenis game juga di taburkan ke atas katil. 

Ghazi menggeleng dan duduk di atas sofa pink di dalam bilik itu walaupun melekat jugalah matanya melihat nintendo Switch itu. Lama sudah dia tidak lawat animal crossing dia. Aiseh. 

Tak.. Tak.. Ghazi, itu harta orang. Jangan mengarut lah nak cuba-cuba atau ambil.

Okay! Shoot! 

"Kau suruh ayah kau tolong aku ya?" 

Nuha mengangguk. Memang dia suruh. Lambat laun dia tahu dia pasti perlu berdepan dengan Ghazi juga. Dia sudah sedia. Ghazi mahu mengaum dekat dia pun, dia sanggup terima. 

Muka Ghazi bertukar selamba. Walaupun hakikatnya dia rasa dia menggunakan pengaruh keluarga ini dengan cara yang tidak baik. 

"Jadi, tak kan awak nak duduk terperuk dalam penjara tu nanti? Awak sendiri tahu kan setiap pertuduhan yang dilemparkan dekat awak tu semuanya tak betul. Malah berat sebelah!" Wajah Nuha bertukar masam. 

Dia tidak suka apabila Ghazi terusan cuba jadi orang baik. Ini kuala lumpur tau. Siapa yang lebih tinggi statusnya, mereka boleh berbuat apa saja. Lagi pula dia tidak rasa Ghazi masuk lokap kerana dia membelasah budak-budak motor itu saja. Bagaikan ada orang lain yang memerangkap Ghazi.

"Okay.. Okay.. Terima kasih." Ucap Ghazi, ikhlas. 

Wajah Nuha beku dengan keterujaan. Betul ke Ghazi ucap terima kasih dekat dia ni?!

"Tapi! Jangan buat lagi. Aku tak suka lah kalau aku terus-terus guna pengaruh keluarga kau. Dan! Yang kau pandai-pandai cakap pada ayah kau yang aku ni calon suami kau, apahal? Tak pasal-pasal satu balai cop aku ni bakal menantu Dato' Uzair." Kepala yang tidak gatal digaru. 

Itu lagi satu isu yang buat dia runsing. Macam menipu lah pula rasanya. 

Nuha terkebil-kebil.

"Mana ada saya cakap macam tu. Saya minta Daddy tolong keluarkan awak dari situ je. Daddy cakap macam tu ke?!" Wajah sudah memerah. 

Daddy ni.. Malu lah Nuha. Tapi, daddy suka sangat ke Ghazi ini sampai berani pula beri statement begitu. 

Nuha tersenyum simpul. 

"Maknanya awak wajib lah kena kahwin dengan saya. Semua orang dah tahu awak bakal menantu daddy." Lidah dijelir kepada Ghazi. 

Senang pula rasa hatinya. 

Ghazi bangun dan berdiri di hadapan gadis itu. Wajahnya beku. Nuha menelan air liur. Scene ni? Scene ni dia selalu tengok dalam cerita orang putih. Dimana si lelaki cuba menggoda si perempuan. Oh my god..

Nuha tutup mata apabila wajah Ghazi merapati wajahnya. Dia sudah sedia mahu beri ciuman pertamanya kepada Ghazi! 

Bibir dijuihkan sedikit supaya kelihatan menggoda. 

Pak! 

"Auw.." Dahi di gosok laju. Sakitnya! 

"Jangan nak mengarut. Banyak lagi lelaki lebih baik dari aku di luar sana." 

Hmph! Ghazi ni.. Asyik-asyik cakap pasal status. 

Ghazi berpaling semula ke belakang. Dia tersenyum sinis memandang Nuha.

"Mesti kau dah berangan nak cium aku kan?" 

Merah padam wajah Nuha mendengar kata-kata Ghazi. Arghhh! Tidak!!

Belum sempat dia membela diri, Ghazi buka mulutnya terlebih dahulu. 

"Sorry. Tapi aku ni mahal. Bukan senang-senang boleh di cium." Ketawa jahat sambil menjelir lidahnya sama seperti apa yang Nuha lakukan tadi. 

Penumbuk di kepal. Geram nya! 

Ghazi kembali melihat-lihat susunan hiasan di dalam almari kaca mewah di dalam bilik itu. Kalau dia jual semua ini, memang kaya lah. 

"Oi.. Kau tak takut ke aku mencuri dalam rumah kau ni?" Ujar Ghazi. Kalini tangan dia sudah gatal-gatal membuka dan menyentuh barang-barang kaca yang mahal itu pula. 

Macam tak beradab tapi dia kisah apa. Bilik Nuha aje pun. 

Sesekali dia menjuih kan bibir apabila merasa takjub dengan hasil acuan kaca yang baginya sangat hebat. Pasti pembuatnya adalah orang-orang ternama di dalam bidang ini. 

"Awak nak curi, curi lah. Lagipun kenapa nak tunggu mencuri dalam rumah saya kalau awak dah lama boleh curi hati saya." Nuha ketawa terbahak-bahak. 

Sempat lagi dia beri pickupline. Pandai juga dia ya. Wow. Sejak jumpa Ghazi, Nuha Irdina sudah pandai mengayat. 

Ghazi beri pandangan selenga. Dia ingat dia lawak ke? Aku curi barang-barang ni betul-betul nanti! 

"Hati kau lah benda yang aku paling tak mahu curi." Nak sangat kan? Mari aku hancurkan pula mimpi indah kau. 

Nuha mencebik. Tangannya menghentak katil, perlahan. Ghazi ni! 

Mata terpegun melihat foto keluarga Nuha di dalam bingkai kecil. Benarlah kata Dato' Uzair tadi. Dia punya dua anak. Tetapi, mana yang seorang lagi ni? Nuha masa kecil, tak comel langsung. Debab! 

Aku comel lagi. Ha Ha ha.

Bingkai kecil itu di angkat dan di letakkan di sebelah Nuha. Wajah Nuha jelas tidak hairan akan apa yang sedang dilakukan oleh Ghazi.

" Debab." satu patah perkataan terpacul keluar dari bibir lelaki itu. 

Automatik Nuha melompat dan mahu memukul Ghazi. Ghazi sudah berlari dan mengelak-ngelak dari di tangkap. 

"Kah Kah!" ketawa jahat Ghazi memenuhi segenap ruang bilik tersebut. 

Sebelah tangannya cuba menangkap dan menghalang amukan Nuha dari terkena ke tubuhnya. Geli hati dia melihat Nuha yang tiba-tiba jadi gila ni. 

Pintu yang terbuka tiba-tiba menghentikan pergaduhan mereka berdua. Beberapa orang pembantu datang bersama Datin Zarina. 

"Amboi. Riuh sungguh ni dari tadi." Dulang berisi biskut dan air milo panas diletakkan di atas meja kopi. 

Ghazi melepaskan tangan Nuha. Dia cuma tersengih memandang Datin Zarina. Kantoi lah pula dia membuli anak dara datin ni. Aiya..

"Nak bergaduh pun jangan sampai luka pula. Bilik tidur Ghazi makcik dah minta pembantu siapkan. Sebelah saja. Nanti Ghazi nak tidur, Ghazi boleh tidur di bilik sebelah, okay?" Pesan Datin Zarina sudah macam mereka berdua ini budak-budak yang bergaduh boleh sampai lukakan diri sendiri pulak. Ha Ha.

Ghazi mengangguk faham. Bibir mengucapkan terima kasih dan selamat malam apabila Datin Zarina sudah berlalu ke muka pintu. Senyuman manis diberikan wanita itu kepadanya. 

Nuha duduk bermasam muka. Biskut yang ada di dalam piring di ambil dan di cicah kedalam milo panas. Televisyen besar itu dibuka. 

"Kau kecewa ke tak dapat tidur satu bilik dengan aku?" Ghazi mula lagi..

Mata menjeling si gadis. Pipi Nuha memerah. Tahu lah yang Nuha ni sikit punya gilakan aku, tapi jangan kecewa sangat kan. 

"Adoi! Sakitlah. Kau ni tengah pukul pesakit tau. Jangan sampai aku buat report." Lengan kanan yang berbalut itu diusap. Kalau terkeluar dari line tulang aku ni, aku nak minta ganti rugi daripada Dato'. 

"Lainkali jangan sakitkan hati perempuan cantik." 

"Siapa cantik? Mana?" Kepala berpusing 360 darjah melihat sekeliling. 

"Auch!!" 

Sekali lagi lengan kanannya menjadi mangsa. 

Betul-betul aku buat report ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience