BAB 33

Romance Series 18773

Suasana pagi yang mendamaikan juga kicauan burung di luar terasa begitu menenangkan. Terasa seperti sedang bermimpi sahaja dia dapat memohon cuti dan meluangkan masa beberapa hari di rumah.

Nuha datang dengan secawan kopi untuknya. Jarang sekali bini dia tidak sambung tidur selepas subuh. Apalagi nak bancuhkan air untuk dia. 

Ghazi tersenyum. Sedikit sebanyak Nuha yang kebudakan dan tidak matang itu menghilang. Yang ada sekarang cuma Nuha yang sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik. Dia bersyukur pada masa yang sama dia seperti tidak percaya. Kebaikan apakah yang dia telah lakukan sehingga dianugerahi seorang Nuha Irdina sebagai isteri? Tiba-tiba terdetik di hatinya akan keikhlasan Nuha menerima seorang lelaki seperti dia. 

Dahi Nuha dikucup lembut apabila si isteri melabuhkan punggung di sisi.

“Mata awak sakit tak? Ada rasa berdenyut-denyut tak?” soal Nuha penuh prihatin.

“Okay je. Kau ni risau sangatlah. Aku rasa yang patut dirisaukan di sini adalah kau. Kau tu, okay tak?” tangan Nuha dilepaskan. Wajah si isteri diperhati.

Nuha mengangguk laju. Dia tahu apa yang Ghazi maksudkan tetapi dia tidak mahu terlalu memikirkan sesuatu yang sudahpun selesai. Memang! Memang dia marah dan takut. Dia tidak pernah menyangka Fitri orangnya, tetapi rasa risaunya kepada Ghazi lebih lagi. Fitri sudah ditangkap dan dia pula sudah mendapat pembelaan. Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. 

Dia ada Ghazi dan Ghazi ada dia. Cukup! 

Tangan memeluk Ghazi seeratnya seperti tidak mahu dilepaskan. Dia tidak boleh bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada Ghazi.

“Kenapa?” soal Ghazi lembut. Ubun-ubun Nuha dicium lagi. Dia suka bauan di dahi itu.

Kepala Nuha menggeleng sedikit. 

Kerlipan dari telefon pintar Ghazi yang sejak dari tadi minta diangkat buat dia mendengus geram. Tidak habis-habis kerja memanggil, langsung tidak faham bahasa. Suami dia tengah sakit kan!

“Kejap.” Ghazi melepaskan rangkulan tangan Nuha pada tubuhnya. Dia bangun dan berdiri sedikit jauh, menjawab panggilan.

Nuha terus memerhati. Dia harap dia boleh putarkan semula masa. Waktu ketika Ghazi bukan sesiapa dan tiada siapa akan menganggu Ghazi di hari cutinya. Hatinya dipalit rasa pilu. Bukan sehari dia bersabar, tapi sudah lama. Dia tidak pasti sama ada dia mahu meneruskan lagi lakonan sebagai isteri yang memahami.

Fikirannya melayang entah sudah ke negeri mana. Telinga tidak lagi dapat menangkap butir bicara Ghazi di tepi jendela itu. Yang asyik sibuk dengan kerja yang tidak pernah habis. 

“Nuha?” tangan Nuha disentuh. 

Nuha yang sedang mengelamun tadi, tersentak. Dia tersenyum memandang Ghazi. 

“Kau okay ke?” tangan sasa itu naik ke dahi Nuha pula. Mata Ghazi terpejam.

Nuha menggigit bibir. Layanan penuh kasih sayang ini membawa pergi rasa tidak puas hati yang bertandang sebentar tadi. Tangan Gazi di dahinya dibawa masuk ke dalam genggaman tangan halus sendiri. Belakang tapak tangan Ghazi dicium. 

Ghazi hairan.

“Terima kasih, awak.. Saya minta maaf.” tuturnya perlahan, hampir tidak kedengaran.

“Kenapa?” suara garau Ghazi menyapa telinga. Nadanya langsung tidak memahami kata-kata Nuha sebentar tadi. 

“Sebab saya tak suka awak kerja. Saya selalu merungut awak balik lambat. Saya tak suka awak beri alasan bahawa segalanya ini untuk kesenangan keluarga kita. Saya tak suka awak jawab telefon walaupun hari ini hari cuti awak.” satu per satu rasa hatinya diluahkan dengan sebak yang ditahan di dada. 

“Aku tahu..” jawapan Ghazi buat dia mengangkat wajah, kembali menatap anak mata hitam di hadapannya. Dagunya Ghazi sentuh lembut. 

“Aku tahu, Nuha. Aku pun tak suka juga. Kalau aku boleh pecah diri aku jadi dua, aku akan pecahkan. Aku akan habiskan masa sepanjang hari dengan kau. Aku minta maaf.. Kerana aku tak punya hati yang kuat untuk menempuhi ombak dan badai kehidupan berumah tangga tanpa wang. Dan aku korbankan masa bersama untuk mencari harta.” ucapnya jujur. 

Mendengar luahan hati Nuha sedikit sebanyak mengusik jiwa suaminya. Dia suami yang gagal ke? Kenapa sukar benar mahu mengimbangkan keduanya.

Kalau dia ikutkan rasa hati, dia juga mahu menjerit bahawasanya dia penat. Penat dengan kerja yang tidak pernah habis juga penat dengan masalah yang timbul tidak berhenti. Belum lagi dia menjerit penat kerana menjaga hati seorang isteri. Dia manusia bernama lelaki. Dia bukan malaikat.

Belakang tapak tangannya dipandang. Separuh hatinya membisikkan kata-kata dusta. Manakala, separuh hati lagi menyuruh dia bersabar dan mengikhlaskan cinta dan kasih sayangnya. Jujur! Bukan sekali.. Tetapi berkali-kali dia memujuk hati sendiri untuk meneruskan perjuangan. Kalaulah dia boleh belah hatinya dan memberikannya pada Nuha, dia akan beri Nuha lihat hatinya yang penuh luka dan mungkin dengan cara itu Nuha akan faham dia. 

Ghazi menghela nafas panjang. Tidak sepatutnya dia berfikir yang terlalu bukan-bukan. Nuha seorang perempuan, pastilah jiwanya lebih halus dari lelaki. Dan kerana itu juga lelaki diberikan tanggung jawab sebagai pemimpin. Dia harus belajar memahami dan dia akan ajar Nuha memahami dia juga. Perlahan-lahan. 

“Terima kasih, Nuha. Sebab kau masih bersabar dengan aku.” bibir menyentuh dahi Nuha sekali lagi. 

“.. apa sekali pun yang terjadi, aku tetap mahu kau di sisi. Aku takut, Nuha.. Aku takut kau tak bahagia dengan aku kalau aku tak punya apa-apa.” tangan memeluk tubuh Nuha, erat.

Benar. Itu lah apa yang dia rasa. Dia mahu Nuha selalu bahagia di sisinya. Dia tidak mahu Nuha tinggalkan dia kerana dia tidak punya harta dan dia bukan sesiapa.

“.. Jadi superman saja tak cukup untuk buat seorang isteri bahagia. Aku mahu jadi segalanya untuk kau. Lelaki, suami, hero, abang, ayah.. Segalanya, Nuha. Tamak sangat ke aku?” dia meraup wajah. Jatuh ego seorang lelaki yang selama ini dia kunci. 

Nuha merangkul leher Ghazi. Pipi mereka bersentuh.

“Saya minta maaf sebab tak faham awak. Awak tak perlu jadi segalanya, saya cuma mahu awak jadi Ghazi yang saya selalu kenal. Saya tak perlu prince charming.. Saya cuma perlu seorang Amir Ghazi.”

Ghazi membalas pelukan. Rambut Nuha dicium sambil tangan mengelus lembut rambut Nuha yang wangi semerbak itu. Dia terbuai dengan perasaan. 

Bibir mengukir senyum, fikiran sudah melayang membayangkan bentuk tubuh isteri yang menggiurkan. Tangan turun dari bahu ke pinggang. Mudah betul dia mahu hilang tumpuan kalau Nuha ada di sisi.

“Tapi!” Nuha menolak tubuh Ghazi sedikit jarak darinya. Mata memandang tepat ke mata Ghazi yang membulat dek kerana terkejut.

“Saya nak awak selalu berkongsi dengan saya. Awak tak pernah cerita apa-apa pada saya dan saya tak pernah tahu pun apa yang jadi pada diri awak di tempat kerja ke.. Apa ke..”

“Alah. Leceh lah semua tu, Nuha. Baik kau pasang CCTV je dekat badan aku ni.” Nuha ni spoil mood dia lah. 

Nuha menjuihkan bibir. Tangannya sudah ditarik dari menyentuh tubuh Ghazi. Merajuk!

Ghazi mengeluh. Mahu tak mahu, dia kena mengalah juga. Nuha ni memang berbakat besar lah dalam acara merajuk ni. Memang dia lah juaranya.

“Okay..” jawabnya malas. Nampaknya dalam satu hari, dia perlu tingkatkan lagi jumlah patah perkataan yang akan keluar dari mulut selepas ini. 

Bibir Nuha yang muncung tadi sudah bertukar dengan senyuman pula. Senang saja dia ubah mood. 

Ghazi asyik melihat kuntuman senyuman yang menawan itu. Bibir Nuha yang kemerahan buat dia terpaku. Perlahan-lahan dia mendekatkan jarak antara bibir mereka. 

Satu inci lagi..

Setengah Inci !

“Nuha! Ghazi dah makan belum?” pintu bilik terbuka luas. Datin Zarina masuk dengan tray makanan ditolak masuk oleh pembantu rumah yang membuntutinya dari belakang. 

Ghazi pura-pura jatuh ke atas katil dan pengsan. Wajah disembam ke bantal. Diam tidak berkutik. 

Nuha mengemam bibir. Tersengih-sengih dia memandang Datin Zarina yang juga sudah tersenyum simpul. Dia bukan malu sebab Mummy nampak kegiatan mereka berdua tadi, tapi dia geli hati melihat Ghazi. Nampak saja macam berani, tapi Ghazi ni pemalu sebenarnya kalau hal-hal romantis begini. 

Datin Zarina memberi isyarat mata mahu meminta diri dan menyuruh Nuha mengajak Ghazi makan sekali makanan yang baru dibawanya. Nuha mengangguk dengan cara yang sama. 

“Awak, Mummy dah keluar lah.” panggilnya lalu bangun membuka hidangan di dalam tray. Dia menurunkan satu-satu pinggan dan diletakkan di atas meja kopi. 

Ghazi bangun dari baring. Rambutnya dikusut masaikan. Pipi sudah memerah. 

“Arghh ! Mesti Mummy ingat aku ni gatal.” ujarnya dengan kening berkerut-kerut. Malu bukan kepalang lagi dah. Mak mertua sendiri nampak perangai tak senonoh dia yang tidak tahu siang ke malam ni.

Nuha senyum senget, penuh riak mengusik. Pipi Ghazi yang sudah kemerahan itu buat dia rasa mahu cium saja. Ghazi datang duduk di sebelahnya. Garfu mencucuk salad di dalam mangkuk. 

“Alah.. Gatal dengan saya je.” tubuhnya dijatuhkan ke kanan, bersentuh dengan bahu lelaki itu.

“Sorry. Turned off!" dan Ghazi menolak kuat bahu Nuha kembali menegak. Dia mahu makan lagi bagus!

Sesi gatal-menggatal dah habis. Memikirkan mak mertua dia boleh terjah masuk sekali lagi, dia mengingatkan diri sendiri supaya jangan berani menggatal di siang hari lagi. Diakhirnya, air muka dia juga yang jatuh. Nuha boleh selamba saja. Ceh.

•••

Zack jatuh terjelopok di atas jalan tar. Tepi bibirnya disentuh, menahan rasa perit sepak terajang lelaki di depan ini. Tubuh dibangunkan sekali lagi.

Bunyi ketawa sinis dari lelaki yang sudah lama tidak ditemui itu terasa begitu menakutkan. Perasaan gerun menyelubungi diri. Kali ini, perutnya pula menjadi mangsa sepak terajang Ali. Ali Usaid Dato’ Uzair.

Dia tidak berani mahu melawan. 

“Mana benda tu?” suara Ali bertanya lagi. Suara garau yang sudah berubah.

Ali menapak mendekatinya yang sedang terbaring menahan sakit di bahagian perut. Terbatuk-batuk Zack menahan sakit kerana di sepak terajang tanpa belas kasihan. Dia menggeleng perlahan. 

“Aku betul tak tahu, bro.” Apalah nasib dia terjumpa Ali di sini. 

Dalam hati dia menyumpah. Dia fikir Ali sudah mati, sangkaan meleset seratus peratus. Dia perlu maklumkan kepada Hazirul secepat mungkin selepas ini. Darah keluar sekali dengan batuknya. Tersembur ke kasut mahal yang tersarung cantik di kaki Ali. 

“Tch!” Ali berdecit perlahan. Dia mengesat kasut di baju Zack yang sedang terbaring di jalan. Badan diturunkan

Rambut Zack ditarik kuat supaya lelaki itu memandang tepat ke matanya. 

“Kau cari sampai jumpa. Faham?”

Dengan sepenuh kekuatan, Zack mengangguk lemah sebelum kepalanya dihempas ke tanah. Zack menghantar Ali melalui pandangan. Lelaki itu menyepak kuat tong sampah berdekatan sambil menyumpah-nyumpah seorang diri melepaskan perasaan marah sebelum kembali menunggang motorsikalnya. Hanya setelah motorsikal Ali hilang dari pandangan baru dia mampu melepaskan nafas lega. 

Telefon pintar ditarik keluar dari poket belakang. Retak juga skrinnya kerana dihempap kuat ke jalan tar yang berbatu ini. 

“Rul.. Ali dah balik.” nafas ditahan. Sakit di tubuhnya menghadkan pernafasan. Soalan Hazirul dibiar tidak berjawab. Dia tiada kekuatan mahu bercakap lama-lama. 

“Kau check location aku. Aku tak boleh bangun ni.”ujarnya lagi. Dia melepaskan telefon di tangan. Penat. Pandangannya semakin kabur. Suara Hazirul di hujung talian pun sudah semakin tidak kedengaran. Yang dia rasa kini cuma sakit di seluruh badan. 

•••

Usai mengeringkan rambut, Ghazi melangkah turun ke bawah. Suara Nuha yang setiap 5 minit memanggil namanya itu sudah macam bunyi burung gagak saja. Tidak berhenti-henti selagi dia tak terpacak di depan mata.

Bibir tersenyum nipis sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke ruang makan. Sejuk hati Dato’ dan Datin tengok Nuha membantu di dapur, sejuk lagi hati dia ni sebagai suami. 

“Dah.. Dah. Duduk.” kerusi di sebelah ditarik untuk Nuha yang dari tadi asyik bertungkus-lumus. Sampaikan nasi dalam pinggan pun nak disendukkan. Dia boleh senduk sendiri.

Nuha tersenyum menampakkan gigi lantas duduk di kerusi yang ditarik oleh Ghazi buatnya. 

“Sementara Ghazi bercuti ni, apa kata Ghazi dengan Nuha pergi fitting baju kahwin? Majlis resepsi kan belum buat lagi. Masa ni lah kita nak bincang semuanya. Kan, Daddy?” mata Datin Zarina sudah bersinar-sinar. 

Dato’Uzair yang sedari tadi menyepi, tersedar. Entah apa yang berlegar di fikiran orang tua itu. 

“Erm? Betul tu. Daddy masih terkilan lagi pasal Fitri. Daddy tak boleh fokus. You buat lah apa yang patut, Mummy.”

Datin Zarina tersenyum lebar. 

Selera Ghazi mati. Resepsi-resepsi ini yang dia malas. Pasti akan ramai wartawan dan kamera. Fikiran sudah terbayangkan bagaimana lenguhnya otot muka dia nanti.

"Okay, mummy!" 

Ha.. Tentulah awek sebelah ini sudah keterujaan. Terus buat keputusan tanpa berbincang dengannya. 

"Kalau Nuha dah kata macam tu, Ghazi ikutkan saja." ujarnya pula. Dia sambung menikmati makanan.

Mata menjeling Nuha di sebelah. Tersengih-sengih macam kerang busuk pula dia ni. Ghazi buat tanda pangkah dengan jari menandakan dia tidak akan setuju dengan segala idea fairy-tale Nuha. 

Muncung Nuha membuatkan dia tersenyum kemenangan. Dia tahu Nuha faham isyaratnya.

“Ghazi ada dengar apa-apa khabar dari Haidi?” persoalan dari Dato’Uzair menghentikan gerakan sudu Ghazi. Kepala menggeleng. 

Kalau ada apa-apa khabar terbaru, pasti lah Haidi sudah terpacak di depan pintu rumah mereka ini. Dato’Uzair mengurut pelipisnya. 

Hatinya berat. Fitri yang sudah lama berkhidmat untuknya itu sebenarnya seorang lelaki yang jahat. Dia sukar mahu menghadam fakta yang satu itu. Dia marah tetapi dalam pada masa yang sama dia merasa kasihan. 

Wajah Nuha dipandang lama. Perasaan bercampur baur. Bagaimana Fitri boleh sanggup menconteng arang ke wajahnya dan juga keluarganya. Kenapa Fitri tidak suarakan sahaja rasa hatinya kepada Nuha? Kenapa perlu bertindak sampai begini.

“Nuha masih marah dengan Fitri?” persoalan yang sudah lama dia simpan akhirnya terluah. 

Semua mata memandang ke arah Nuha, menanti reaksinya.

“Nuha.. Kalau kau masih tak puas hati, kau boleh cakap.” tangan Nuha disentuh perlahan. 

“Daddy nak keluarkan Fitri kan?” akhirnya dia membuka mulut. Mata menikam ke mata si ayah. Dia kenal sangat ayahnya. Fitri masih boleh digunakan, tidak mungkin Daddy akan melepaskan Fitri dengan mudah. Pasti dia mahu lelaki itu terus berkhidmat dengannya. 

Tangan menghentak kuat meja makan apabila Dato' Uzair tidak menjawab pertanyaannya. Bukan jawapan yang dia perlu tetapi reaksi lelaki tua itu. 

Daddy tak pernah berubah! 

Kaki dihayun naik semua ke tingkat atas.

"Err.." suara Ghazi tidak terkeluar. Terkilan. Tidak sangka Nuha akan mengamuk tiba-tiba. 

Dato'Uzair tetap membatu manakala Datin Zarina pula memandang lelaki tua itu tajam seperti helang. Tidak mahu terus berada di dalam suasana tegang begini, dia meminta diri. Kalau meletup dining hall ni sekejap lagi, sekurangnya dia dan Nuha selamat. 

"Ghazi naik pujuk Nuha kejap, Mummy."

Datin Zarina tersenyum. Senyuman yang dipaksakan. 

Kaki mendaki anak tangga ke bilik mereka semula. Perut belum kenyang, masalah lain pula yang datang. 

Nuha yang sedang duduk membisu di birai katil itu didekati. Bahu Nuha disentuh lembut, serta merta pinggangnya dipeluk erat. 

"Awak.. Antara saya dan kerja, mana lebih penting?" wajahnya disembamkan ke dada Ghazi. 

"Kenapa?" 

"Awak jawab saja lah. Antara saya dan kerja dan segala harta benda dan segala yang awak sayang.. Mana lebih penting?" wajah tidak diangkat. 

Dia sudah siap menerima apa saja jawapan. Dia sudah siap untuk apa sahaja kebarangkalian. Apa sahaja jawapan Ghazi, dia akan terima dengan hati terbuka. Cukup kalau Ghazi sudi hidup bersamanya. 

"Kau. Kau lebih penting dari segala harta yang aku ada." 

Sebak. Mata nya mencari keikhlasan di dalam kolam mata suami. 

"Dan segala apa yang aku sayang.. Kau." 

Air matanya mengalir. 

"Awak tahu.. Kenapa saya cakap saya cuma ada awak saja." ujarnya dengan nada tersekat-sekat. 

"Sebab hanya awak yang akan pertahankan saya tak kira apa bayarannya. Dan saya akan pertahankan awak dan saya sanggup pertaruhkan segalanya dan apa sahaja untuk awak." 

Air mata yang mengalir itu diseka dengan ibu jari. 

Nuha menangis lagi. Kenapa mudah benar air matanya jatuh. 

"Kau marah pada Daddy ke?" soalnya. 

Nuha mengangguk kecil. Tidak berani mahu menatap wajah Ghazi dalam keadaan dia berani mengaku marah pada ayah sendiri. 

"Daddy tak pernah berubah. Daddy akan lakukan apa saja untuk kuasa. Sampai sanggup mahu lepaskan Fitri dari sana hanya kerana Fitri sumbang tenaga untuk kekalkan kuasa Daddy." tangan terus memeluk Ghazi, tidak mahu dilepaskan. 

"Mungkin, kau salah sangka.." 

Kepalanya menggeleng. Tak! Dia tak pernah salah mengenai ayah sendiri. 

"Awak tak tahu.. Awak tak pernah terfikir kenapa selama ni gambar-gambar saya, tiada siapa yang peduli. Kenapa media tak turunkannya sebelum ni? Sebab Daddy tak buat apa-apa! Dia lebih suka begitu. Namanya naik." 

Ghazi terkejut. Dia tidak tahu pada siapa dia mahu berpihak. Mungkin Nuha bercakap dalam keadaan emosinya tidak stabil sekarang. 

"Daddy sayangkan kau. Jangan fikir bukan-bukan dah. Aku ada, kau tak perlu fikir lagi." kepala Nuha diusap, menenangkan hatinya yang sedang panas. 

Nuha hanya dikawal emosi sekarang. Lagi pun, walau apa yang terjadi.. Dia akan pastikan Fitri tidak akan terlepas dari sana. 

Keluhan kecil terlepas dari mulut. Lagi bertambah-tambah pula sarat fikirannya dengan masalah. Wajah Nuha yang kosong itu dipandang sepi. 

Air liur yang ditelan terasa kelat. Kata-kata Nuha sebentar tadi menderu masuk ke dalam fikiran. Apa benar cerita Nuha mengenai Dato'Uzair? Tapi, Dato'Uzair sendiri pun risau akan imej anaknya. 

Arghh! makin dia fikir, makin dia tidak jumpa jalan keluarnya. 

"Nuha, kau nak pergi honeymoon tak?" pipi Nuha disentuh membuatkan isterinya itu mengangkat wajah. 

Wajah yang muram tadi bertukar gembira. Kepala mengangguk beberapa kali. 

"Kau nak pergi mana? Beritahu aku. Aku bawa kau pergi." Ghazi senyum. 

Dia cuma mahu menenangkan diri. Mungkin bercuti dapat mengosongkan fikiran yang sedang bercelaru kini. Fikiran Nuha juga pasti sedang keliru dan dia tidak mahu Nuha terlalu memikirkan rasa marahnya pada Dato'Uzair. Hal ayah mertua itu dia akan uruskan kemudian. 

"Saya nak pergi... Urm.." dagu diketuk-ketuk dengan jari. 

Tunggu Nuha buat keputusan macam tengah fikir nak undi siapa aje untuk pilihanraya akan datang. Aish. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience