BAB 3

Romance Series 18757

"Alah, Ghazi. Apalah kau. Kalau kau layan sikit awek didalam tadi, senang hidup kau di Kuala Lumpur ini tau. Bapa dia bukan calang-calang orang. Lawa pula tu." 

bebel Hijjaz sambil memandu kereta. sesekali matanya beralih ke cermin sisi dan kehadapan. Tingkap kereta dibukanya mengeluarkan asap asap rokok yang dihembus. Berkepul-kepul asap terbang ke udara. 

"Kalau kau suka sangat, kenapa kau tak mengorat aje dia. Senang hidup kau."

"Itulah masalahnya. Dia tak mahu aku. Dia mahu kau. Syok gila dia pada kau tau." 

Wow! Baru jumpa sekali, dah syok. Bagus betul hook-up culture orang bandar ya. 

"Begini lah, Ghaz. Aku sebagai kawan, nak kau hidup senang tau di KL ni. Apa kata kau hook-up je dengan dia, just for few months or years. Bukan suruh kahwin pun. yang penting ada modal nak bina kerjaya di KL ni. Aku boleh tolong." cadang Hijjaz. 

Matanya sudah bersinar-sinar menggambarkan kemewahan dan kejayaan mereka berdua. Hasil dari hook-up culture ini lah dia mampu sara hidup dan belajarnya disini.

Kalau cuma mengharapkan duit ayahnya, memang makan ikan, goreng sendiri jelah dia mampu. Lepas itu tunggang terbalik solat 5kali sehari pun belum tentu dia akan dapat merasa apa yang dapat dia rasa sekarang ini. Hidup serba mewah. Hasil dari teman wanitanya lah dia mampu mengeluarkan modal berbisnes kecil-kecilan. 

Bukan sekali dua dia muflis, banyak kali. nasib lah dia ada teman wanita kaya. Orang kata, kalau mahu kahwin cari perempuan yang baik. Tapi bagi dia, semua itu budaya dulu dulu. Sekarang zaman sudah moden. Perempuan pun cari lelaki yang kaya-raya mahu buat suami, apalagi lelaki. Kalau tiada duit, tak dapat apa. Yang penting perlu berduit. 

Dia mengaku dia hamba duit, bukan hamba Tuhan. Dia berusaha sedaya upaya mengkayakan dirinya sendiri. Waktu dia ikat perut, tidak makan berhari-hari, pergi kelas hanya dengan berjalan kaki berkilometer jauhnya dulu Tuhan tidak tolong dia pun. Ibunya sakit di kampung, ayahnya hanya penoreh getah biasa berpuluh tahun lamanya, hidup mereka susah juga. Pergi masjid 5kali sehari pun rezeki duit jarang nak menyebelahi mereka. 

Dia sudah penat dengan semua itu. Yang dia mahu adalah kemewahan. Dia belajar bersungguh-sungguh untuk memberikan kehidupan hari tua yang lebih baik untuk ibu dan ayahnya.

Dan ketika di universiti dia sedar bahawa kalau mahu mengubah hidup, dia mesti berusaha di tahap yang lebih ekstreme. Ini lah dia yang baru. Walaupun ramai kawannya termasuk Ghazi yang tidak sependapat dengan gaya hidup barunya, akan tetapi dia sudah cukup bersyukur apabila mereka tidak masuk campur akan hal pilihannya sendiri. 

"Harap maaf. Gue tak mahu masuk campur. Aku sudah rasa terlebih cukup kerja jadi pelayan saja buat masa sekarang ini." 

Balasan jawapan Ghazi menghampakannya. Tapi tidak mengapa. Dia akan usahakan supaya mata Ghazi terbuka. Ghazi sudah patut berhenti jadi lelaki kampung. Ini kuala lumpur! 

Wajah seperti Ghazi ini wajah orang besar-besar!

Hijjaz hanya tergelak kecil. Matanya menjeling ke arah Ghazi sesaat dua. Lelaki itu hanya menutup mata sambil berpeluk tubuh. 

Mana mungkin Ghazi boleh faham kehidupan yang dilaluinya. Hidup Ghazi mewah sejak kecil. Keluarganya gembira dan ceria. Ayah Ghazi bergaji besar, Mamanya pula seorang usahawanita berjaya. Malah keluarga mereka punya resort sungai sendiri. Ghazi tidak mungkin akan faham keperitan hidup keluarganya yang miskin. Malah yuran sekolahnya dahulu pun keluarga mereka banyak terhutang budi dengan Uncle Irham.

Kalau tidak kerana lelaki itu, pasti dia tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Berbanding anak sendiri, Uncle Irham lebih banyak menghabiskan duit kepada keluarganya. 

Nasiblah Uncle Irham seorang lelaki yang mementingkan pendidikan. Apa saja pertolongan yang membabitkan hal akademiknya, Uncle Irham sudi menghulurkan bantuan. 

"kalau kau nak buat, kau buat Jaz. Aku tidak ada kena mengena. Aku tak halang tapi tak juga menyokong. Asalkan jangan tarik aku sekali. Aku debik muka kau nanti." bebel Ghazi. 

Bukan dia mahu pandang serong kepada Hijjaz. Masih segar diingatannya ketika ibu Hijjaz sakit tenat di hospital tahun lepas, dan ketika itu pula Hijjaz sedang sibuk menghadapi peperiksaan di universiti beratus kilometer jauhnya dari kampung.

Dengan telinganya sendiri dia mendengar Hijjaz menangis meraung di telefon kerana tidak punya duit dan masa untuk pulang menemani ibunya. Dia pula hanya mampu menggantikan tempat Hijjaz sebagai peneman ibunya di hospital. Ayah Hijjaz sibuk menoreh getah pagi ke petang bagi mencari duit membiaya pengajian anak lelaki mereka itu. Jarang sekali lelaki tua itu bercuti dari menoreh. 

Dia tahu usaha Hijjaz kali ini adalah untuk kesenangan orang tuanya. lihat saja rumah keluarga mereka sekarang, makin megah. Kalau dulu kayu, sekarang sudah berbatu. Dia bangga dan gembira untuk Hijjaz tapi pada masa yang sama dia merasakan Hijjaz sudah jatuh terlalu jauh. 

Tapi tidak mengapa. Sebagai kawan yang baik, kalau Hijjaz sesekali cuba melampaui batas, dia pasti akan sepak muka Hijjaz sampai retak muka tak berapa kiut-nya itu. 

                                     •••

Tas tangan kecil berjenama mewah itu dicampak ke atas kusyen pink berdekatan pintu. Ikatan rambut dilepaskan begitu juga dengan rambut palsu blonde yang dipasangnya sambil melagu-lagukan nada yang dia sendiri tidak pasti asalnya. 

Tok! Tok! 

"Nuha. Mana Nuha pergi malam-malam ni?" Soal Datin Zarina. Risaunya bukan kepalang. Sudahlah anak dara pula tu. Nasib saja Dato' Uzair belum pulang dari berjumpa rakan seperniagaannya. Itupun entah kemana orang tua itu pergi berfoya foya. 

Nuha senyum menyengih. Dia menghentikan segala akivitinya sebentar tadi lalu terus masuk kedalam pelukan Mummy. Pipi wanita itu dicium.

Membulat mata Datin Zarina apabila mendengar jawapan anak dara bertuah ini. 

"Kelab malam? alone? Are you crazy? What if your father know about this? Awak perempuan tahu tak?" 

"Ala mummy. takde apa. Supposedly I go with some of my friends tapi diorang tak dapat datang. So, out of curiousity I just go inside and see what clubbing feels like." Kalini bahu mummy diurut-urut. membodek lah sikit. nanti tak dapat keluar malam lagi pula. 

Datin Zarina hanya menjeling. Cukup lah dengan perangai suaminya saja, jangan ditambah pula perangai buruk ini pergi ke anaknya.

"Tapi kan mummy.. Tadi ada few guys flirting with me. Nasib lah ada this one guy helped me out and save me from those guys. Nuha tampar one of that guys. padan muka." 

Datin Zarina mengusap usap jantungnya. Mana pula datang sikap berani anak dara seorang ini. Dia lebih suka kalau Nuha tidak memprovok orang sebegitu. Nasiblah ada yang membantu, kalau tak.. 

Dipukul perlahan bahu anak daranya. Berani tak kena tempat. Kalau apa apa jadi, apa mahu dia jawab ke Dato' Uzair. Pantang orang tua itu anak kesayangannya diusik orang. Membebel tak sudah nanti.

"Banyaklah awak punya berani. Saja nak Mummy sakit jantung ya. Cukuplah Abang Ali you saja dah tinggalkan mummy. Nuha pun nak tinggalkan mummy ke?!" Kalini ton suaranya sudah tidak dapat dikawal. Geram bercampur risau. 

Kalau apa apa terjadi pada Nuha, dia tiada sebab mahu hidup lagi. semua anaknya suka meninggalkan dia sendiri. 

Airmatanya sudah bergenang. Jantungnya berdegup kencang. Memikirkan tentang kemungkinan-kemungkinan tersebut saja sudah boleh bikin dia sesak nafas. 

Nuha mengurut-urut jantung mummy. Cepat cepat dia berlari ke dapur mendapatkan air dan ubat serangan panik mummy yang terletak didalam kabinet ubat di dapur. Air didalam cawan dihulurkan kepada Datin Zarina sebaik sahaja kembali ke bilik.

Dua biji ubat tenang juga diletakkan didalam genggaman mummy-nya. Dia jadi serba salah. Menyesal dia berkata sesukahatinya begitu sehingga menyebabkan kerisauan dihati mummy. 

Cahaya di wajahnya semakin kelam memikirkan abang Ali. Kalau dulu, rumah agam besar dan mewah ini penuh dengan gelak tawa dia dan abang tapi kerana sedikit perbalahan, abang Ali berpindah keluar daripada rumah. Lebih tepat lagi, dihalau oleh ayah. 

Mereka hanya berdua beradik. Dimana abang, disitu lah dia. Tetapi sekarang hanya dia sendirian. 

Dipujuk hati mummy yang semakin sayu. Dia berbaring didalam pelukan mummy di atas katil. Dia tak akan tinggalkan mummy sendirian. 

"Mana boleh. Nuha kena kahwin. Nanti bila Nuha dah kahwin, Nuha kena ikut suami. Kalau suami suruh masak, Nuha kena masak." bebel mummy. 

Nuha membuat muka.

Tak nak aku! apa hal nak masak masak. Dah lah tak tahu masak. Ew..

Lagipun nak masak buat apa. Orang gaji kan ada. Tak Nak! Tak Nak! 

"Ha, baguslah buat perangai macam tu. Anak dara malas belajar masak. dapat suami garang, baru tahu."

"Kalau camtu, takyah kahwin lah senang. Nak cium ketiak mummy je sampai Nuha tua kerepot." 

Amboi. Sukahati saja anak dara ini ya. Dah tahu nak jadi anak dara tua, dah kenapa berhias lawa hari hari macam ni. buang duit je. 

"Lawa tu untuk kepuasan diri sendiri lah, mummy. Takde kena mengena dengan jantan pun. Ew. Men are trash!" 

Pipi gebu dan putih anaknya itu dicubit kuat. ada saja jawabnya ditambah pula dengan kerenah manjanya. Siapa ajalah lelaki malang yang dapat anak dara pemalasnya ini nanti. 

Bunyi enjin kereta yang masuk kedalam perkarangan rumah mereka menyapa telinga masing masing. Pastilah Dato' Uzair sudah pulang. Sebelum keluar menyambut si suami, sempat dia menyuruh Nuha untuk tidur dan jangan keluar dari bilik. 

Dato' Uzair terjelopok ke atas lantai apabila kakinya tidak mampu berjalan dengan lurus. Dia ketawa sendirian memikirkan kebodohannya sendiri tersungkur hanya kerana berjalan. 

"Abang dari mana ni?" Bau busuk alkohol menusuk ke hidung. Cepat cepat dia mendirikan suaminya yang terjelopok di atas lantai. 

Dato' Uzair mengomel panjang malah satu patah perkataan pun tidak dapat difahami oleh Datin Zarina. Dia membantu suaminya mendaki tangga perlahan lahan untuk ke bilik utama di tingkat dua. 

Prangggg!! 

Nuha bangun dari pembaringan. Dia berlari keluar mencari arah bunyi tersebut tetapi langkahnya terhenti sebelum sempat dia sampai ke muka pintu bilik utama dengan ukiran unik dan mewah itu. 

Mummy sudah tersandar di bucu katil sambil memegang pipi manakala Daddy pula terhuyung hayang memegang cawan kaca yang pecah dan masih bersisa ditangan kanannya. Jantungnya berdegup kencang melihat kejadian didepan mata. Cepat cepat dia berlari masuk kebiliknya semula. 

Bantal berbulu merah jambu itu ditekup ketelinga dan memaksa dirinya untuk lena. Badannya terketar-ketar dan membeku. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Hanya airmata mengalir tanpa henti. 

                                      ••

Awal awal pagi lagi Ghazi sudah bernyanyi riang di dapur. Hujung hujung bulan begini, moodnya memang baik. Dalam fikiran sudah berkira kira berapa kotak rokok yang mampu dia beli untuk simpan stok sebulan.

Kalau dulu dia boleh habis kan sekotak dua rokok sehari, tapi sekarang sekotak rokok mampu bertahan 2-3 hari malah seminggu. Asalkan dapat melepaskan gian saja sudah cukup. 

Raven, kawan serumahnya yang berketurunan india itu menyapa dari belakang. 

"Fuyoo. Sedapnya bau. Aku nak sikit nanti boleh?" Puji Raven. Bangun dari tidur terus perutnya berkeroncong terbau masakan Ghazi. Hilang sakit kepalanya kerana mabuk malam tadi. punggungnya digaru garu. 

"Baru kau tahu penangan air tangan aku. Boleh jadi hungover-pill lagi. Kau pergi mandi dulu. Jangan sentuh makanan aku lepas kau garu punggung kau tadi. Geli lah, setan." 

Raven ketawa terbahak bahak. Dia mencapai tualanya yang dia campak di atas tempat gosok baju semalam. Al-maklumlah rumah lelaki. semua pun tidak teratur. Rasanya yang paling elok perangai didalam rumah ini cuma Ghazi seorang. Tidak lah begitu pembersih tapi lebih baik lah dari mereka bertiga.

Ghazi ini serba serbi wangi dan kemas. Nampak aje serabut tapi segala barang keperluannya dijaga dan disusun elok. Dari sudut pandangan dia sebagai seorang hindu dan kristian, Ghazi dan Hijjaz punya kepercayaan yang ketara berbeza. 

Sepanjang dia dan Tan serumah dengan Hijjaz, jarang dia nampak Hijjaz solat. Dia hampir hampir ingat muslim ini langsung tidak berdoa atau sembahyang. Tapi Ghazi tidak begitu. 

Setiap pagi, Ghazi berpagian untuk ke surau berdekatan, pulang kerumah dia sambung tidurnya atau masak sarapan pagi dan tengahari. Pada hari cuti pula, Ghazi berlama lama di surau pada waktu pagi dan senja. Ghazi sangat prihatin dan peduli dengan sekeliling walaupun wajahnya nampak tegas dan garang.

Kebanyakan masanya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang bermacam. Sehinggakan jiran sebelah yang tidak pernah mereka tegur itu setiap hari datang kerumah menghulur juadah makanan kepada mereka hasil dari aktiviti bersosial Ghazi dengan orang orang surau. 

Berbeza dengan aktiviti seharian Hijjaz yang dari pagi hingga ke petang hanya membuta. Hijjaz cuma bangun jika ada kepentingan dan hal hal yang perlu dia uruskan. kalau tidak, pada hari cuti wajah Hijjaz tidak akan kelihatan langsung. Malam pula lelaki itu akan bersiap siap untuk pergi berhibur. 

Raven berlalu masuk ke bilik air bagi membersihkan diri. 

"Ghazi. Aku peliklah. Kalau aku tanya, salah ke?" Tan yang baru keluar dan terus membancuh kopi segera itu membuka mulut. 

"apa dia?" Nasi goreng yang sudah siap disenduk masuk ke dalam mangkuk itu diletakkan di atas meja. Dia mengetuk-ngetuk bahunya yang terasa lenguh. 

"Kenapa orang islam tak boleh makan babi? Aku tengok orang islam tak boleh makan babi sebab ada tapeworm kan?" Tan menghirup kopinya yang masih panas. Kafein sentiasa menjadi pilihan sarapannya. Tan duduk ke kerusi bersebelahan Ghazi. 

"Habistu, kalau nanti orang dah wujudkan satu vaksin dimana bila suntik dalam babi, terus semua tapeworm mati. jadi boleh makan dah lah kan." Sambung Tan lagi. 

Raven yang mandi ala kadar sahaja keluar dari bilik air sambil menggeleng geleng kepala. Tan dengan agenda atheist nya memang tidak habis habis. Bukan Ghazi saja kena serang, Hijjaz dan dia pun sama. Habis semua agama orang dia mahu cop salah. 

Belum sempat Raven mengingatkan Ghazi supaya jangan melayan topik perbualan Tan, mulut Ghazi terlebih dahulu berbunyi.

"The basic is to believe. Percaya. Mana ada dalam quran kata Allah kami tak bagi makan babi sebab ada tapeworm. Yang bagi tahu you tu scientific research, bukan quran. Muslim tak makan babi bukan sebab tapeworm. Sebab Allah tak bagi. Apa yang Allah suruh, kami ikut. whats the point having a religion if you dont want to believe and follow."

Selamba saja jawabnya tanpa ada sedikit pun perubahan riak muka malah sempat lagi dia menyudu nasi goreng ke mulut. 

Tan mengangguk. Nasi goreng disenduk masuk ke pinggannya. 

"Lagi satu.."

"Kalau Allah itu maha pengampun, kenapa Allah itu tak ampunkan saja devils dengan lucifer so we can live happily ever after." Tan mengajukan soalan lagi. 

Ghazi terus menyudu nasi goreng ke dalam mulut. Raven pula sudah duduk bertentangan dengan Ghazi. Dia malas mahu ambil port perbincangan mereka berdua. 

"Soalan tu tak logik." Ringkas jawapan Ghazi. 

Tan mengangkat kedua belah kening. Kalau tadi dia menghadap nasi didalam pinggan, sekarang dia berpusing menghadap ke arah Ghazi pula. 

seakan faham dengan reaksi Tan yang meminta penjelasan, Ghazi menghembus nafas perlahan. 

"Who is Allah or God? Bila kita sebut Tuhan, Allah, God, we imagine a Supreme Being that cannot be competed by anyone. Sesuatu yang hebat, yang disifatkan dengan sifat sifat yang hebat/maha. Sifat sifat yang berkuasa. Logik tak kita persoalkan 'Kalau Allah tu maha pengampun, kenapa Allah tak ampunkan saja Iblis dan syaitan?'" 

Tan masih tidak dapat memahami jawapan Ghazi. Ghazi merenung kedalam anak mata Tan. 

Automatik segala bulu roma Tan menegak. Melihat kedalam kolam mata Ghazi menghantar rasa seram sejuk kedalam dirinya. 

"God is a supreme being. A supreme being who created the world, the universe. Kita didalam alam semesta ini boleh dikatakan lebih kecil dari kuman. Otak kita ada kapabiliti yang terhad untuk berfikir. apalagi memikirkan tentang sifat sifat supreme Allah yang tak mampu dicerna oleh kotak pemikiran kita yang terbatas kemampuannya. Kalau sifat Allah dan segala tindakan Allah boleh kita assume, maka Allah-kah dia? Otak kita almost equal to nothing berbanding alam semesta. Dan Allah or God lebih besar dari alam semesta dan segalanya. Bagaimana otak yang almost equal to nothing nak cerna pengetahuan akan sifat sifat Allah yang greater than this universe? Makanya, soalan itu tidak logik dan tiada manusia akan mampu jawab kerana keterbatasan akal. Hanya orang gila saja mampu jawab soalan diluar batas kemampuan akal manusia sebab orang gila takde akal." tenang saja jawapan yang diberikan. 

Raven mengangguk faham. itulah Tuhan. 

Selama ini dia mencuba sedaya upaya membantah segala tohmahan tohmahan Tan tentang agama, sampai bergaduh dan bermasam muka.

Ghazi pula cuma akhiri perbualan ini dengan memberikan Tan peluang memilih samada dia orang yang berakal ataupun orang gila yang tidak berakal yang berani menjawab satu pertanyaan yang luar dari batasan akalnya sendiri. 

"Tapi aku tak percaya Tuhan." Balas Tan. Dia menyengih. 

Ghazi mengeluh pula. 

"Jadi kenapa kau tanya? Hanya kerana kau tak mampu cerna dengan kotak pemikiran terbatas kau, kau buat konklusi yang tuhan tu tak ada. Kalau kau percaya tuhan tu tak ada, kenapa kau susah susah tanya?" 

Tan mengangkat bahu. Ghazi hanya menggeleng. 

"Orang yang yakin dengan apa dia percaya, tak akan tertanya tanya dan ragu ragu dengan apa dia percaya. Boleh aje kau mati sorang-sorang jadi satu satunya orang yang tak percaya tuhan ada. Dan kalau betul sangkaan kau yang Tuhan tu tak ada, kau nak risau apa. Nanti sama-sama dalam kubur roger-roger jelah aku, cakap 'Betullah bro. Tuhan tak ada. Aku mati dulu lah.' Tak rugi apa pun dekat kau but instead, kau attack all this people and trying to shake their faith and believe. Whats your motive? Sebab kau takut mati sensorang ke macam mana. Takde orang nak roger kau ke apa ke. Pelik aku." Giliran Ghazi pula mengangkat kening. 

Ghazi menepuk bahu Tan beberapa kali sebelum berlalu pergi ke sinki. Tan menggaru-garu kepalanya. 

"Tu dia! Ni anak murid ayah aku tau. Anak murid kesayangan lagi. Tinggal aku tak ada adik perempuan aje. Kalau aku ada adik perempuan, konfem Ghazi ini bapak aku pergi pinangkan untuk adik aku." terjah Hijjaz yang baru bangun dari tidur. 

Raven dan Tan mencebik. 

"Tapi why muslim kena solat?" 

Ah sudah.. Banyaklah soalan mamat sepet ini. Sampai esok pun tak habis. Pergi lah rajinkan membaca sikit. 

Banyak tanya tapi tak ada usaha. Hanya tahu mencipta keraguan-keraguan semata lepastu tembak tuduhan-tuduhan terhadap agama dan tuhan sesuka hati.

Semua bersurai meninggalkan Tan terpinga-pinga seorang diri di dapur. Tan kembali menyambung suapannya memandangkan semua orang sudah malas mahu melayan dia. 

Ghazi sudah selamat masuk kedalam bilik air. Entah berapa lama pula kalini dia mandi. 

Hijjaz menyarung baju kemeja yang disangkut di belakang pintu. Beberapa buah buku dimasukkan ke dalam beg sandangnya dan berlalu keluar ke ruang tamu bagi menyarung sarung kaki.

"Ghazi ini mesti dekat kampung stok-stok budak baik eh, Jaz." komen Raven. Dia sempat menyembah patung Tuhannya yang diletakkan di sebelah televisyen. 

Terhambur ketawa Hijjaz mendengarnya. Ghazi baik? Kah Kah. 

Sakit perut ketawa. Raven pula yang jadi hairan. Kena rasuk hantu ke? 

"Dia baik lah kan. Tak macam kau, sembahyang pun kau tinggal." tambahnya lagi. Terus terhenti ketawa Hijjaz. Matanya mencerlung memandang Raven macam mahu makan. 

Tahu pula terasa. 

"Haih. Okaylah. aku mengaku, in that terms Ghazi memang strict. Dia dibesarkan begitu, penuh dengan kepercayaan." 

"Bukan bapa kau ustaz kepada Ghazi ke?" 

ter-kiok! 

"Yalah. Aku pun dibesarkan dengan didikan yang bagus juga. cuma iman ini tidak diwarisi, bro. Tapi dekat kampung dulu, yang selalu buat masalah adalah Ghazi. Satu kampung tak suka Ghazi kalau datang nakalnya."

Raven ketawa. Biar betul Ghazi yang baginya baik macam malaikat tu nakal sampai begitu sekali. Ini cerita baik ni. 

"Iya lah. Ghazi ini kira ketua kitorang budak budak remaja dulu di kampung. Ghazi pernah letupkan pondok parkir motor masjid kampung dengan mercun kau tahu. Semua gara gara masa di sekolah, kami ada buat pesta sains dan Ghazi secara tak sengaja tercipta bom. Ala ala macam bom juga sebab terpelanting juga lah zink pondok parking motor tu. Masa malam raya pula. Nasib tak sakit jantung orang tua dekat masjid." 

"..Kaki curi sparepart motor orang pun Ghazi punya kerja. Kalau tak sebab bapak dia dapat tahu, sampai sudah habis motor orang kampung dia leraikan. Aku pun tak tahu dia buat begitu, kerja dia clean betul. Kampung kami tak besar mana. boleh kira pakai jari berapa orang anak muda, orang tua. kalau sorang budak lahir, satu kampung kenal budak tu. Ghazi ni memang otak pelesit. Jangan cakap motor orang, motor bapak dia sekali dia rembat masatu." Teruja Hijjaz bercerita. 

Dia bangga dengan zaman remaja mereka. Ghazi lah yang paling pelesit antara mereka semua. Kalau suruh berjudi, Ghazi lah hero nya. Otak cekap Ghazi selalu jadi tuah mereka.

Ghazi panggil dia lipat sebab dia suka melipat Ghazi dengan trik-trik kotornya. Mereka semua anak orang kampung yang dihormati tapi perangai semua haram jadah tak boleh pakai.

"tapi orang kampung tak boleh marah dia lama lama. Sebab ayah dia sosok yang dihormati di kampung kami. Lagi satu sebab, sebab Ghazi berbeza. Bagi orang kampung, lebih baik jangan menjolok sarang tebuan." 

Raven mengangguk angguk. leka mendengar cerita Hijjaz. 

"Berbeza macam mana?"

"Entahlah. Aku pun tak pasti. Ikut cakap ayah aku, Ghazi ni dapat warisan tok moyang dia. Kata tok silat aku pula, Ghazi bahaya kalau diwariskan ilmu silat nya. salah satu sebab adalah Ghazi tidak mampu tahan amarah. Pernah masuk emergency sorang budak silat lawan kami sebab provok Ghazi semasa di gelanggang silat. Terus tok silat aku banned Ghazi dari masuk kelas silat dia. Bukan sekali, berkali juga benda begini berlaku. Sebab itu kami kawan kawan dia tak suka provok Ghazi." 

Keterujaannya berkurang. 

Sampai sekarang dia masih terfikir fikir akan hal itu. Memang dahsyat penangan Ghazi pada budak lelaki tersebut. Sejak itu juga Ghazi dikawal ketat oleh ayahnya. Tidak lagi boleh keluar melepak dengan kami tidak mengira masa. Kebanyakan masa Ghazi mengekor ayahnya kesana kesini.

Dari situ juga Ghazi mula melakukan kerja kampung. Tolong orang kampung baiki rumah, toreh getah, kemas ladang, jaga lembu kambing, dia pergi tanam sayur juga. Ghazi yang nakal itu hanya menjadi satu lagenda kampung sekarang. Yang ada cuma Ghazi hero masjid. 

Hijjaz ketawa terbahak bahak menghabiskan kata katanya. Dia rapat dengan Ghazi pun sebab Ghazi selalu bertandang kerumahnya, mengaji dengan ayah. Kawan mereka yang lain, semua masih ketagih merempit. 

                                   •••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience