BAB 19

Romance Series 18773

Dena membawa satu-satu cawan dan piring kecil selepas itu dia meletakkan di atas meja diluar rumah. Ghazi dan Encik Irham mengambil cawan dari tangan kecil itu.

Dena kembali masuk ke dapur. Iskandar dan Danial sudah hilang entah kemana dengan basikal masing-masing. Aisy pula awal pagi sudah ke pekan, bekerja sementara menunggu keputusan tawaran belajar. 

Ghazi mengeluh. Apa yang dikata oleh Ayah tadi bakal merubah hidupnya. Dia tidak tahu samada dia bersedia atau tidak. 

"Kenapa Ayah tak beritahu hal ini awal-awal? Ayah tahu Ghazi tak mampu." Wajahnya diturunkan. 

Dia risau. Dia bukan orang yang selayaknya mengambil tugas itu.

Si Ayah ketawa besar. 

"I did it for the sake of our family, Ghazi. Dan Ayah tahu Ghazi orang yang paling layak. Ghazi boleh buat apa sahaja keputusan. Semuanya milik Ghazi." 

Surat khabar di atas meja dibuka. Dia langsung tidak risau malah tiada sedikit pun keraguan di dalam hatinya mengenai kebolehan Ghazi. 

Ghazi membuang pandang ke arah sungai di belakang rumah. Sampan dan bot yang berikat di tepian itu terapung-apung di tolak arus sungai.

"Saven itu kan milik Mama. Kenapa tiba-tiba diserahkan pada Ghazi? Kenapa tidak pada Along atau Salina?" Soalnya. 

Dia risau apabila peguam khas Ayahnya mengatakan semua saham milik Ayah dan Mama di dalam Saven adalah diserahkan bulat-bulat kepadanya. Apa kata Along dan Salina nanti kalau mereka tahu? 

Encik Irham mengerling anak lelakinya sekilas. 

"Baiklah, Ayah mengaku salah Ayah disitu. Ayah tak mampu fikirkan apa-apa ketika itu kecuali keluarga kita. Mama tertekan dengan semua yang terjadi pada Saven. Sebuah syarikat sosial yang ditubuhkan untuk kepentingan orang ramai, berubah hala tujunya demi keuntungan semata. Manusia tamak, Ghazi. Dan jiwa seorang Ieya perlahan-lahan terseksa kerana ketamakan orang lain." Terang Ayah. 

Matanya memandang ke arah dapur tempat di mana si isteri sedang bertungkus lumus sekarang. 

Dia melepaskan segala kekayaan dunia demi keselamatan keluarganya. Saham dia dan isteri di dalam syarikat itu masih lagi yang terbesar antara pemegang saham yang lain. Malah, dia memberi kuasa kepada peguamnya untuk selalu memastikan saham mereka akan sentiasa meningkat untuk mengelakkan pecah amanah daripada pemegang saham dan ahli-ahli lembaga Saven. Kerana itu, mereka masih berkuasa ke atas Saven hingga kini. 

"Selagi Ghazi hidup, Saven akan terus hidup. Syarat yang ayah letak untuk mengelakkan sesiapa sahaja datang mencederakan Ghazi. Ayah mungkin telah jadikan Ghazi mangsa keadaan, tetapi semakin Ghazi membesar, Ghazi jadi persis seorang Ieya." 

"..Ghazi seorang yang kuat, tenang, punya rasa keadilan yang tinggi. Sikap-sikap yang ada pada Mama ketika dia mula menubuhkan Saven. Apa sahaja keputusan Ghazi, Ayah akan selalu sokong." 

Ghazi mengeluh. 

"Mengenai Falah dan Salina atau adik beradik lain, Ghazi tidak perlu risau. Ghazi sentiasa ada kuasa untuk mengubah segalanya. Kalau Ghazi rasa harta yang melimpah itu perlu diagih sama rata, buat sahaja. Cuma Ayah mahu Ghazi tahu, harta dan pangkat boleh menggelapkan hati." 

Isterinya datang dengan dulang kecil berisi sebuah teko dan sepiring kuih muih yang mereka beli pagi tadi. 

Encik Irham memerhati. Dia gembira dengan keputusan yang dia telah buat. Membawa anak dan bini berpindah ke kampung adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dilakukan dan akhirnya keputusan itu membuahkan hasil. Senyuman Puan Syahirah adalah kebahagiaannya.

Kerusi ditarik meminta isterinya untuk duduk di sebelah. Kalau boleh, nak duduk di pangku pun takpe. Ha Ha. 

Ghazi mengunci mulut. Kepalanya ligat berfikir. Dia rasa bagai mimpi sahaja semua ini. Tiba-tiba harta menggunung jatuh dari langit ke ribanya.

Pandangan Ayah menyuruhnya untuk mengunci mulut apabila berada di hadapan Mama. Dia faham. Dia juga tidak mahu Mama sakit seperti dulu, detik-detik perit keluarga mereka.

"Ghazi dah mahu pulang ke KL esok?" Cawan yang telah berisi di letakkan di hadapan  si suami. 

Ghazi pula menuang air ke dalam cawan sendiri. Kuih muih di dalam piring sudah selamat di sumbat masuk ke dalam mulut. Kepala mengangguk.

Air di dalam cawan Dena yang masih panas, di tuang ke dalam piring supaya lekas sejuk. 

Muncung Mama memanjang. Belum puas dia menatap wajah anak ini, Ghazi sudah mahu pergi lagi.

"You nak sedih apa.. Abang ada boleh ganti Ghazi." Encik Irham memberi cadangan. 

Puan Syahirah mencebik. 

"Orang tua macam awak buat apa. Tak sama." Dia mencubit pipi si suami.

Sir Irham yang dulu stone sangat ni, bila dah tua makin miang pula. Macam mana lah dia boleh kahwin dengan mamat ni. Itulah kau, Ieya. Terbuta dengan cinta Sir Irham ni. 

Encik Irham ketawa mengekek diikuti dengan ketawa Dena yang juga mengekek. 

Bagus sangat. Bapak dengan anak sama saja. Dena ini pun satu, gelak mengalahkan orang tua.

•••

Beg baju ditarik ke atas bahu. Rokok di bibir dibiar. Rambut yang ditiup angin pula berterbangan. Sudah macam genji dari cerita samseng Jepun itu pula.

Yang kurangnya, baju rock metal yang dibeli di kedai Suhana haritu je. Kalau dia pakai baju sekolah jepun, konfem orang claim dia genji Malaysia. 

Jam di tangan di kerling. Lambat pula bas awam kali ini. Hari sudah petang, badan dia sudah penat ini menahan terik matahari daripada tadi. 

Mesej Ban tadi di dalam bas dilihat semula. Dia membalas. Sekejap sahaja Ban sudah balas teks mesejnya tadi. 

'Okay. Tungu aku ambil kau.' 

Telefon dimasukkan semula ke dalam kocek seluar. Rokok di bibir dibuang. Dia mengeluarkan gula-gula lollipop pemberian Aisya padanya tadi. Konon mahu dia mengurangkan tabiat merokoknya. 

Lollipop sudah selamat dikumam di dalam mulut. Ghazi duduk melabuhkan punggung di bangku perhentian bas. Mata memerhati gelagat manusia.

Dia terhenti kepada sepasang pasangan suami isteri yang menggendong seorang bayi juga dua orang anak  yang sudah sekolah. Dia jadi kasihan kepada mereka. Baju mereka lusuh, malah bayi mereka didukung dengan menggunakan kain batik sahaja. Baju anak mereka pun tidak mewah mana. 

Dia teringat kata-kata Ayah. Saven merupakan sebuah syarikat sosial untuk membantu orang ramai. Itu tujuan Mama. Membantu mereka yang memerlukan, memberi mereka peluang yang sama seperti mana orang kaya mendapat pelbagai peluang untuk terus kaya.

Tangan digenggam kuat. 

Bunyi hon kereta dari depan menghentikan lamunan Ghazi. Sebelah tangan diangkat kepada si pemandu. 

"Thanks, bro." ucapnya sebaik sahaja dia masuk ke tempat duduk penumpang.

Ban dengan cermin mata gelapnya hanya mengangguk. Dia ada muslihat lain disebalik kebaikannya menjemput Ghazi kalini. 

"Thank me later." Ban tersenyum penuh makna. 

Ghazi curiga. Tetapi dia terlalu penat untuk berfikir lalu dibiarkan saja. 

Angin sejuk yang bertiup dari penghawa dingin buat dia merasa sedikit lega. Rasa seperti sudah terbakar kulit lengannya kerana dicium terik mentari. 

Ban bertanya mengenai pengalaman bercuti di kampung. Ghazi menyengih sendiri. 

Teringat akan Suhana. Di dalam kepalanya terbayang wajah ayu dan senyuman manis Suhana tempoh hari. Semangat mahu mencari duit mencanak tinggi. 

Kalau dia sudah cukup duit nanti, dia akan minta ayah pinangkan gadis itu untuknya. 

Ban memandang hairan. Sudah kenapa Ghazi tersengih-sengih begini. 

"Percutian paling indah dalam hidup aku." balas Ghazi. 

Ban ketawa. Balik kampung pun indah ya.

"Sebab.. Suhana aku sudah kembali." lembut saja nama 'Suhana' disebut. 

Hatinya tidak berhenti menjerit nama gadis ayu itu siang ke malam. Kerana Suhana juga mood-nya baik sahaja sejak dua menjak ini.

"Suhana? Siapa tu?" Kening Ban terangkat. Cermin mata hitam diturunkan sedikit. 

"Cinta pertama dan terakhir." Mata di pejam, cuba merasai semula kehangatan cinta yang pernah menapak di dalam hati.

Dia pernah tekad. Bahawa tiada cinta lain selain Suhana. Kehilangan Suhana membekas di dalam hati dan dia berjanji tidak akan ada cinta lain selepas Suhana.

Setiap kata-kata Suhana yang pernah diungkapkan kepadanya dahulu terngiang-ngiang di dalam fikiran.

Suhana kebahagiaannya. Suhana sentiasa menjadi pemilik hati Amir Ghazi.

"Err.. Nuha?" 

Senyuman Ghazi mati. Mata beralih kepada Ban. 

"Kenapa dengan Nuha?" tanya dia. 

"Iyalah. Nuha macam mana?" Ban meminta kepastian. 

Ghazi menggeleng. 

"Macam mana apanya? Aku dengan dia tiada apa apalah!" 

Tubuh di sandar kasar kepada kerusi. Apalah Ban ni. Merosakkan mood dia saja. 

Ban mengeluh lalu menggaru kepala. Dia tidak mahu masuk campur. Lagi dia fikir hal mereka berdua, lagi dia konfius. 

•••

Jari di atas komputer riba diangkat. Selesai satu tugasnya! 

Dalam hati sudah ketawa mengekek selepas itu berubah kepada ketawa di mulut pula. 

Dia tidak akan biar sesiapa memiliki Nuha Irdina selain dia! 

Gambar Nuha di dalam bingkai disentuh lembut. 

"I tak akan biar you terluka terus, Nuha. I akan bertanggungjawab atas apa I buat. I akan selamatkan you. Maruah you." 

Bingkai dibawa dekat ke wajah. Wajah si gadis dibelai-belai dengan jari. 

Baju kot bercorak mewah itu di sarung ke tubuh. Dia membetulkan rambutnya di dalam cermin. 

•••

Telefon pintar dibaling ke cermin. Retak cermin besar tersebut. Kepala ditekan kuat. 

Nuha duduk melutut. Segala apa yang dia bayangkan, sedang terjadi. 

Kepalanya sakit. Suara-suara asing mula beramai-ramai masuk dan menyuruh dia melakukan tindakan yang tidak masuk akal. 

Datin Zarina berlari mendapat anak gadisnya sebaik sahaja bunyi bising kedengaran dari dalam bilik.

Nuha sudah terjelopok di atas lantai. Bahu Nuha diusap-usap. Dia tahu sebab Nuha jadi begitu apabila melihat telefon pintar yang sudah jatuh ke lantai dan retak.

Air mata Nuha mengalir. Dia tidak tahu mahu berfikiran positif bagaimana lagi untuk meneruskan hidup. 

Segala gosip-gosip yang sedang viral mengenainya sedang tersebar meluas. Malam nanti pula orang ramai akan hadir ke sini. Dia akan jadi bahan ejekan! 

Daddy memang pentingkan diri! Kalau daddy tidak bertegas mahu meneruskan parti hari jadinya ini, dia tidak akan rasa begini! 

Mummy pun pentingkan diri! Kalau tidak kerana Mummy sibuk mahu dia gembira, dia tidak akan menangis begini!

Semua orang memang suka dia menderita! 

Tangan wanita tua itu ditepis. Matanya hanya tertancap pada satu tempat. Jendela.

Dia mahu mati! Dia mahu tinggalkan dunia yang kejam ini.

Rayuan Datin Zarina sudah tidak mampu menembusi ruang fikirannya. Setiap panggilan dan tarikan tangan oleh Datin Zarina ditepis kuat.

Datin Zarina menghalang laluan. 

Hati Nuha semakin panas. Dia benci melihat wajah wanita itu. Dia benci! 

Tangan menolak kasar tubuh Datin Zarina. Dia tidak peduli. Semua orang di dalam rumah ini memang tidak sayang padanya.

Kaki di naikkan ke atas bingkai jendela. Datin Zarina yang tertolak ke bucu katil cuba menenangkan Nuha walaupun tubuhnya masih sakit kerana tercucuk bucu katil yang tajam tadi. 

Perlahan-lahan dia mendekati. Semakin dia dekat, semakin cepat pula Nuha menaikkan lagi satu kakinya ke atas. 

Nuha menutup mata. 

'Kau akan tenang kalau kau terjun saja.'

'Semua ni salah tuhan sebab buat kau menderita begini, Nuha. Lepas mati nanti, aku akan bela kau depan Dia!'

'Kau penat buat baik, tapi akhirnya engkau yang terluka. Kejam! Terjun saja Nuha! Biar mereka semua rasa bersalah atas segala kesakitan yang mereka sudah lakukan ke atas kau!' 

Bibirnya terketar-ketar menahan rasa sakit hati yang melampau.

Tiada siapakah di dunia ini yang akan membela nasibnya? 

Mana Tuhan! Kenapa Tuhan tak tolong dia!

'Al-Quran adalah bukti nyata cinta dan kasih sayang Allah pada hambaNya.' 

Hati kecilnya berbisik. 

Nuha terjatuh ke belakang Namun sempat di sambut oleh Datin Zarina. 

Wajah Datin Zarina dipandang. Air mata yang bergenang di dalam kolam mata Mummy menyentuh hati. 

Pipi wanita itu disentuh lembut.

"Nuha minta maaf, mummy.." Airmata mengalir ke pipi. Dia rasa berdosa kerana menolak tubuh wanita kesayangannya itu. 

Datin Zarina menggeleng. Kepala Nuha diusap. Air mata diseka. 

"Tak apa, sayang. Mummy faham Nuha sedih. Mummy sayang Nuha tak kira apa sekalipun." Air mata yang bergenang ditahan supaya tidak mengalir. Senyuman  dipaksa terukir walaupun hatinya merintih melihat keadaan si anak. 

Mata ditutup. Wajah disembamkan ke dalam pelukan. Nuha menangis hiba. 

•••

Kening Ghazi berkerut. 

"Amacam, Ghaz? Okay tak?" Ban meminta pandangannya. 

Sebuah stroller bayi bersaiz sederhana itu dipandang. Selepas itu dia memandang Ban semula. 

"Bukan tak okay. Sama aje semua aku tengok. Asalkan anak kau tak bergolek jatuh, dah okay lah kan." Ghazi memberi pandangan. 

Ban ni dah kenapa pergi ajak orang bujang macam dia beli barang bayi pula. Orang sekeliling memandang mereka pelik, sudah macam pasangan g..g.. ga...gay..

Ghazi menjarakkan diri daripada Ban. Dia tidak selesa direnung staff terdekat dengan pandangan yang jijik. Dia tidak salahkan mereka yang memandang malah , dia sendiri pun rasa jijik ni..

Argh! Dia mahu pergi dari sini.

"Kau ni serius lah ajak aku shopping barang baby ni. Orang pandang pelik dah ni. Kenapa tak ajak Eliya?" Dia sudah tidak tahan. Tebal sudah muka dia..

Ban ketawa. Bukan dia tak mahu ajak Eliya tapi mereka berdua tengah panas hati sekarang ini. 

"Habistu tak kan kau mahu aku ajak Joseph pula. Eliya tengah marah lah. Aku baru lepas bergaduh dengan dia lah ni. Sejak dia pregnant ni, angin dia asyik naik satu badan aje. Nasib tak berdarah aje kepala aku ni kena periuk belanga dia."

Ban menunjukkan belakang kepalanya yang benjol dibaling periuk tadi. 

Ghazi tergelak. Biar betul? Eliya betul-betul baling periuk belanga kah? Gila.

"Kalau aku ajak Joseph, konfem aku kena gelak." Wajah Ban masam. 

Ghazi menggeleng. Tak kan lah Eliya sengaja mahu baling periuk kalau Ban tak buat perangai. Perempuan mengandung kan sensitif. 

"Aku cuma cakap dia dah tembam je. Maksud aku, dia dah tembam sebab dia pregnant. Tembam kan comel. Tapi dia ingat aku cakap dia gemok."

Kalini ketawa Ghazi lebih kuat dari tadi.

Bibir Ban terjuih. Ghazi pun gelakkan dia. Ceh. Dia tengah serius ni.

Ban menolak dan menarik stroller bayi ditangannya. Selesa! Tapi macam mana kalau anaknya sudah sedikit besar nanti, muat lagi ke? 

Dia meminta staff berdekatan untuk menurunkan stroller yang bersaiz lebih besar dan luas pula. 

"Kau sabar lah sikit. Janganlah fikir panas hati kau saja. Dia pregnant pun sebab buatan kau." Ghazi memerli, ketawanya masih bersisa.

Ban mendengus. Apa tidak cukup lagi kah kesabarannya melayan kerenah Eliya selama ini. Dia rasa sembilan bulan macam sembilan tahun aje.

Tapi sekejap saja hatinya panas. Dia kembali tenang memikirkan yang Eliya juga pasti sedang merasa yang sama seperti dia malah lebih sakit lagi, ditambah pula dengan perut nya yang sudah kedepan. 

Dia sayang Eliya dan anak mereka. Tidak berbaloi rasanya dia mahu marah berlama-lama. Bukan kah dia perlu persiapkan diri untuk memimpin sebuah keluarga, tak kan lah pergaduhan sekecil ini mahu dibesarkan. 

"Thanks, Ghaz. Kalau bercakap dengan kau ni memang buat minda aku terbuka betul lah." 

Ghazi ternganga mendengar ucapan terima kasih dari Ban. Betulkah apa yang baru saja dia dengar? 

Apa yang dia cakap sampai tiba-tiba minda Ban ini terbuka pula. Power betul.

"Lepasni aku mahu minta fees bulanan lah dari kau. Jadi consultant rumah tangga." Ejek Ghazi. 

Ban sudah geram. Ghazi ni main-main pula. Dia ikhlas ni ucap terima kasih.

•••

Baju berkilauan itu kelihatan begitu gah bagaikan puteri dari kayangan. Hasil sentuhan Dato'Faizal memang tidak pernah mengecewakan. 

Nuha memuji di dalam hati namun sedikitpun dia tidak merasa gembira akan apa yang tersarung dibadannya. 

Bunyi riuh orang ramai di tingkat bawah sudah mula buat jantung berdegup dengan kencang. Leher dan dahinya berpeluh malah telapak tangan juga terasa basah. 

Dia tidak mahu turun. Dia mahu duduk saja di sini. Tetapi, apa pula kata tetamu nanti. Pasti mereka mengiyakan berita yang sudah tersebar. 

Nafas ditarik dan dihembus perlahan. 

Dia harus kuat! Nuha Irdina seorang yang kuat!

Ketukan dipintu mengejutkannya. Mahu tercampak juga barang di atas meja.

Datin Zarina dan beberapa orang pembantu membuka pintu. Nuha tersenyum melihat penampilan Mummy. Sudah macam puteri raja yang sudah tua. 

"Nuha gelakkan Mummy, ya? Ini semua idea Nuha lah ni." Datin Zarina bercekak pinggang. 

Nuha menggeleng laju sambil matanya membulat.

"Cantiklah!" Pujinya walaupun dalam hati mengekek ketawa. Tangan memeluk pinggang Datin Zarina. 

Terus sejuk hati ibunya itu. Pandai lah Nuha ini membodek dia. 

Nuha bangun dan berpusing-pusing di hadapan Datin Zarina. Kainnya mengembang seperti bunga. 

"Cantik tak, Mummy?" Tiba-tiba hatinya diulit rasa bahagia. 

Sekejap dia sedih, sekejap dia gembira, sekejap dia marah. Perasaannya tidak menentu dan emosinya juga selalu tidak stabil. 

Datin Zarina mengangguk. Dato'Uzair muncul. Dia tersenyum melihat gelagat anak dan isteri. 

Kalini ketawa Nuha pecah. Penampilan Daddy tidak ubah seperti raja yang garang dan jahat! 

Lengan Dato'Uzair disua pada anaknya. Senyuman Nuha mati. .

Jantungnya kembali berdegup kencang malah lebih kencang dari tadi. Bermacam perasaan yang bercampur baur bermain di dalam fikiran dan jiwanya. 

Takut.. Resah.. 

Kaki dilangkah perlahan menuju ke pintu bersama Dato'Uzair dan Datin Zarina. 

Dia tidak menjangka akan datangnya hari dia tidak merasa gembira di hari jadi sendiri. 

Kawasan ruang tamu yang selalu sarat dengan pelbagai perabot mewah, kelihatan begitu luas apabila segalanya sudah dialihkan. Dengan lampu mewah bertahtakan hiasan intan permata palsu itu masih mampu memberi kilauan yang cantik. Persis suasana di dalam dewan yang megah. 

Mereka bertiga sudah berdiri di bahagian atas tangga. Semua mata menumpu kepada mereka. 

Kepala Nuha terasa berpinar-pinar. Wajah tetamu semuanya kelihatan kabur. Dia takut dengan keramaian orang ini. 

Dato'Uzair dan Datin Zarina turun dahulu dan menunggu di hujung tangga mewah rumah mereka itu. 

Kaki Nuha melekat. Seakan di gam kuat. Dia tiada langsung kekuatan untuk melangkah. Air liur ditelan. 

Hatinya menjerit kesakitan. Mata liar melihat setiap wajah tetamu yang hadir. Dia tidak kenal mereka semua. Wajah mereka semua bertukar kabur termasuklah wajah Mummy dan Daddy. 

Panggilan Dato'Uzair juga didengarnya jelas tidak jelas sahaja.

Tangan memegang penghadang supaya tubuhnya tidak jatuh. Mata ditutup. 

"Nuha.." Suara Ghazi kedengaran. 

Mata terbuka luas mencari sosok lelaki itu.

'Ghazi..' Hatinya membisik nama si lelaki apabila wajah lelaki itu sahaja yang jelas di pandangannya. 

Dia hanya nampak Ghazi. 

Semua tetamu memberi laluan kepada Ghazi. 

Setiap derapan langkah kaki Ghazi terasa bagai satu kuasa yang membawa pergi segala luka di hati. Dan Ghazi sudah ada di depan matanya.

"Nuha.." Ghazi senyum manis. Tangan dihulur meminta tangan si gadis. 

Nuha melepaskan genggamannya dan menyambut tangan Ghazi. Matanya memandang Ghazi tidak lepas. 

Penampilan Ghazi benar-benar seperti putera raja! 

"Kenapa kau tak jalan tadi?" Bisik Ghazi. Nuha memaut lengannya. 

Nuha tergagap. Dia tertangkapkah merenung Ghazi tidak lepas tadi? 

"Aa.. Aa.. Aa.." Suaranya tidak terkeluar. 

Dia terpana. Terkejut. Semua lah.

Penampilan Ghazi sangat berbeza dari yang selalunya.  Rambut yang panjang sehingga ke bahu itu sudah dipotong supaya pendek sedikit malah rambut itu tersikat kemas. Baju.. Baju rock metal yang selama ini di pakainya sudah tiada!

Baju suit mewah, bersulam benang emas. 

Gha..Ghazi kah ini? 

Tangan hangat Ghazi menyentuh tangan halusnya yang sejuk. Dia memandang ke tangan mereka berdua. 

Tangan Ghazi lebih besar dari tangannya. Dengan mudah saja tangan kecilnya hilang ditutup tangan yang berurat hijau itu.

"Apa yang kau tergagap-gagap ni? Salah makan ubat? Kau sakit perut ke?" Ghazi tergelak mengejek. 

Giginya yang tersusun cantik itu nampak lebih cantik apabila dia ketawa. Sudahlah Ghazi yang dia kenal sudah bertukar jadi putera raja, senyuman dia pun nak jadi senyuman putera raja juga ke!

Lengan Ghazi dicubit.

Ghazi mengaduh kesakitan. Mata mencerlung memandang Nuha. 

Sudahlah penat-penat aku pakai dan berdandan macam orang kaya begini, Nuha ni main cubit-cubit aku pula. Nak kena ke?

"Awak kata awak tak datang?" Nuha merajuk. Sapaan tetamu dibiar sepi. Dia hanya mahu berdua dengan Ghazi sahaja.

Ghazi mencebik. Dia mengerling ke arah Ban yang sedang berbual-bual dengan Mr.Zack. 

"Ban lah punya kerja. Aku kena culik tau datang kesini!" Hujung rambut Nuha ditarik. 

Dia rasa lega mendengar jeritan kecil si gadis. Macam vitamin! 

"Nasib aku datang. Kalau tak, kau dah jadi patung cendana dekat atas tu.." Muncung Ghazi terarah ke tangga. 

Lengan Ghazi dicubit lagi. 

Ghazi ni!

Selepas itu bibirnya tersenyum. Dia hargai kehadiran Ghazi. Lelaki ini selalu di sisi apabila dia memerlukan.

 "Hensem tak aku? Ada macam orang kaya tak?" Ghazi mengangkat sebelah kening. 

Baju kotnya dibetulkan.

Tangan Nuha menepuk habuk di kot lelaki itu. Senyuman paling manis terukir. Ghazi terpana.

"Hensem. Macam putera raja. Kalau awak pakai baju yang biasa awak pakai pun, awak tetap yang paling hensem dekat sini." Tutur Nuha, ikhlas. 

Ghazi senyum sinis. Dia tidak tahu apa reaksi yang mahu diberi. Gembira? Curiga? Entah..

Mata melihat sekeliling apabila dari tadi tidak henti-henti tetamu lain mengucapkan hari jadi kepada Nuha. Berderet hadiah hari jadi yang bersusun menggunung di satu sudut. 

"Aku dah bagi kau hadiah, tau." Ghazi mengingatkan. Risau pula dia kalau Nuha terlupa. Nanti Nuha minta lagi daripada dia pula apalagi segala macam hadiah yang Nuha terima bapak gila mahal dan besarnya.

"Saya ingat lah." Gelang di pergelangan tangan diangkat. Dia membunyi-bunyikan loceng kecil yang tergantung di gelang tersebut. 

Ghazi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dato'uzair apabila lelaki itu menghampiri mereka berdua. 

"Ghazi sudah macam putera raja sebenar saja pakcik tengok." 

Ghazi tersengih. Segan pula dia dipuji sebegitu. 

Wajah anaknya, Nuha yang berseri-seri itu dipandang. Wajah muram tadi sudah berubah 360darjah. 

"Ghazi, Pakcik mahu berbual dengan Ghazi sebentar.. Boleh?" pinta Dato'Uzair. 

Ghazi mengangguk. 

Wajah Nuha masam mencuka. Daddy ni!

•••

Asap rokok keluar dari mulut. Dia menyandar ke dinding yang sedikit tersorok daripada orang ramai. 

Tenang. 

Dia tidak suka tempat ramai orang. Kot mahal ditubuhnya sudah dibuka dan dicampak ke atas pandang rumput. 

Memanglah dia ini tidak sesuai dengan dunia korporat. Tidak sampai beberapa jam ber-kot mahal ini, dia sudah rimas. 

Keadaan sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik dan air pancut saja kedengaran.

Deringan panggilan dari Nuha juga dibiar sepi. Dia mahu sendiri saja sekarang. Air terjun yang besar itu diperhati. 

Cantik! Berkilauan air yang memancut ke atas dek kerana pantulan lampu dari dalam air. Kalau dilihat dari jauh, sudah macam air penuh dengan berlian dan permata pula.

Kekayaan Dato'Uzair memang di satu tahap yang lain dari lain. Tetapi bukan orang kaya banyak hutang kah?

Kisah pula aku. Asalkan rumah Dato' ini memang mewahnya lain macam. Malangnya rumah besar ini hanya duduk bertiga. Lain-lain semua orang gaji.

Kalau Mama dapat rumah ini, habislah kena roboh. Sunyi sepi, tak hidup! 

Deringan telefon kedengaran lagi. 

Aduhai. Nuha ini. Tak bagi aku lepas gian sekejap pun lah! 

"Hello.." Jawabnya malas.

Rambut kemas tadi diserabutkan. 

"Hm? Potong ajelah kek tu.."

Nuha mahu potong kek pun tanya aku juga. 

"Aku malas lah nak masuk ramai-ramai orang tu." Ajakan Nuha ditolak. 

Mata leka memandang kilauan-kilauan air pancut.

"Ha? Dah kenapa kalau aku tak ada kau taknak potong pula. Potonglah cepat." Dia mendesak. 

Selagi Nuha tak potong kek dia, selagi itu lah Ghazi tak akan dapat berasap dengan tenang.

"Potong kuihnya, potong kuihnya, potong kuihnya sekarang ~" Dia menyanyi pula..

Macam-macam lah Nuha ini. Jangan sampai aku ke sana nanti, aku potong dia betul-betul.

Rokok aku lenyekkan di atas rumput. Cari pasal betul Nuha ini. Nak potong kek pun kena merajuk bagai. 

"Kau potong kek tu sekarang. Aku datang nanti tak potong lagi kek kau, siap!" Kesabaran Ghazi sudah habis. 

Dia bangun dari mencangkung tadi. 

Nuha cepat-cepat mematikan panggilan. Ghazi tersenyum sinis. 

Tahu takut!

Dia berpaling ke kanan. Destinasinya, Nuha! 

Dalam keadaan gelap yang hanya bercahayakan lampu dari air pancut, Ghazi menangkap satu sosok yang berdiri memerhati dia dari dalam kegelapan. Dia mengecilkan mata cuba untuk melihat wajah si lelaki.

Tiba-tiba sebelah kaki lelaki itu naik ke paras dada Ghazi. 

Laju tangan dia menahan  daripada terkena tulang rusuknya. Cengkamannya terhadap kaki lelaki itu dikuatkan.

'Heh. Gotcha!' Ghazi menjerit riang didalam hati. 

Namun senyumnya mati apabila lelaki tadi melompat dan memusingkan badannya. Sebelah lagi kaki lelaki itu sampai ke kepalanya. 

"Aduh!" Cengkaman dilepaskan, tangan memegang sebelah mata yang terkena tendangan tadi. Tubuh didirikan. 

Lelaki tadi tersenyum dalam samar kegelapan malam. Tidak berani keluar ke dalam cahaya. 

Tangan si lelaki memanggil Ghazi untuk menyerangnya. 

Gigi diketap kuat. Geram. Seakan-akan lelaki itu sedang memperlekeh kebolehannya. Dia merapatkan jarak antara mereka. 

Nafas disedut dalam-dalam. Dia dapat merasakan yang orang di hadapannya ini bukan calang-calang ilmunya.

Dia mengerlipkan mata namun tiba-tiba sahaja lelaki di hadapan ini sudah mula mahu menyerang. Dia baru kelip mata, lelaki itu sudah separuh jalan hampir dengannya. 

Jantung Ghazi berlari laju. Dia tahu lelaki ini tidak main-main. Dari gaya menyerangnya sahaja dia sudah tahu lelaki ini bukan biasa-biasa. Dia tidak segan silu memulakan langkah, tanpa ada rasa takut atau ragu-ragu walau sedikit!

Ghazi membawa dirinya selangkah ke belakang. Tubuh di keraskan supaya dia tidak jatuh apabila diserang nanti. 

Dia sudah bersedia!

"Mudah!" Bisik si lelaki. Suaranya masih mampu sampai ke pendengaran Ghazi.

Sebelah tangan lelaki itu memegang atas kepala nya. Dia melompat melepasi tubuh Ghazi namun kakinya sempat ditangkap. 

Ghazi tersenyum. Dia mati-mati ingat lelaki ini akan menyepak terajangnya. Dia bernasib baik. Risau juga kalau lelaki ini menyerang bahagian tubuhnya yang masih belum pulih itu. 

Tangan mahu menarik lelaki itu sehingga terjatuh tetapi dia lebih cekap lagi. Kedua kakinya mengepit leher Ghazi membuatkan Ghazi melepaskan tangannya dari kaki si lelaki. 

Mereka berdua jatuh terbaring. Kepitan di leher menyukarkan Ghazi untuk bernafas. Dia memusingkan badan supaya kepitan lelaki itu sedikit longgar  dan memberinya peluang untuk lolos, namun gagal. 

Lebih banyak dia bergerak, lebih kuat lagi kaki si lelaki.

Dia menaikkan lutut dan punggung lalu menolak tubuh berpusing ke belakang. Kepitan di leher memberi dia base yang kuat untuk berpaut dan menyokong tubuh. Kalau dia mati, sekurangnya dia perlu lihat siapa yang menyerangnya ini. Orang sama yang menganiaya Nuha kah? 

Matanya membulat. 

Apabila lelaki itu tersenyum memandangnya, dia tarik kuat kaki si lelaki sehingga longgar kepitannya. 

Ghazi jatuh tertiarap sebaik sahaja dia berjaya melepaskan diri. Geram. 

Tangan menggenggam penumbuk menahan rasa marah. Kepala diangkat memandang wajah lelaki yang sedang tersenyum sinis itu. 

Marahnya bukan boleh ditahan lagi. Sepatutnya dia sudah tahu dari awal siapa gerangan lelaki ini.

Tangan dihentak ke rumput.

Dahi berkerut menahan rasa geram.

"Along !" Jerit Ghazi tidak berpuas hati.

Falah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi di wajah adiknya. Dia sudah melutut di rumput menahan sakit perut kerana ketawa. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience