BAB 10

Romance Series 18757

Baju-baju dan adik-adik yang sudah kotor dimasukkan ke dalam plastik. Mudah. Hijjaz datang sebentar lagi, dia serahkan sahaja pada lelaki itu untuk tolong minta dicuci pakaiannya.

Kalau boleh dia cuci sendiri, dia cuci sendiri sahaja tapi tangannya menjadi penghalang untuk berbuat demikian. 

Keluhnya perlahan. Baru lah dia sedar akan nikmat tangan dan kaki. Tangan yang patah ini pun belum tentu boleh pulih dengan cepat. Maknanya lagi lama lah dia akan mereput di rumah sahaja nanti. Mana dia nak dapat duit. 

Kotak rokok di dalam kocek seluar di seluk. Dia berjalan ke tepi tingkap dan membuka sedikit tingkap tersebut. Cukup sekadar bagi mengeluarkan asap. 

Keadaan diluar gelap gelita. Dari kejauhan dia dapat menangkap sosok tubuh seseorang yang sedang duduk mencangkung di tingkat atas bumbung hospital. 

Asap di hembus keluar dari mulut dan hidung. 

Dulu, ayah dan atok sudah meminta bantuan pakar untuk mengunci penglihatannya dari nampak lelaki itu tetapi kerana dia sudah melebihi had tempoh hari, terbuka juga hijabnya. Ini pertama kali selepas beberapa tahun lamanya dia berjumpa dengan Ghazi, si pendamping. 

Otaknya ligat berfikir. Kenapa dia yang dipilih. Bukankah sepatutnya mereka berdua perlu membuat perjanjian seperti mana tok moyangnya? Perjanjian sampai mati. Punya penat Tok Moyangnya pergi bertapa di gua, dia pergi kubur saja sudah dapat bendahalus ini sebagai pendamping. .

Ghazi ketawa penuh sinis. Terasa lucu pula. 

Benda ini mula melekat padanya ketika dia pergi menziarah kubur Tok Moyang ketika masih kecil. Ikut kepada cerita ayah, abang dan kakaknya semua menangis tidak mahu masuk ke kawasan tanah perkuburan ketika itu. Hanya dia sahaja yang steady mengikut si ayah masuk ke tanah perkuburan. Dari situ lah dia mula bercakap dan bermain seorang diri.

Kata Atok pula, memang sepatutnya diharamkan kanak-kanak untuk datang menziarah kubur Tok Moyang mereka. Pantang larang yang sempat di beritahu oleh Tok Moyangnya ketika sakit dahulu tetapi Ayah kan berfikiran moden. Tidak percaya benda karut sebegitu. Jadi hasilnya, melekatlah benda ini pada dia. 

Mata masih kekal memandang ke atas bumbung. 

Lelaki itu tersenyum kepadanya. 

Ghazi senyum semula. Dia jadi teringat bahawa lelaki itu lah yang dia anggap kawan baik sejak dari kecil. 

Ketika kecil, sosok itu dianggap sebagai idola. Semakin dia besar, sosok itu terlihat seperti abang kepadanya.

Perlukah dia beritahukan hal ini kepada ayah?

Pintu biliknya terkuak. Ghazi terkejut. Asap rokok ditahan daripada didalam mulut tetapi terkeluar melalui hidung pula. 

Bulat mata jururawat yang bertugas.

"Encik Ghazi! Awak tak boleh merokok di dalam kawasan hospital!" Tegur gadis kecil molek dengan uniform jururawat tersebut. Pintu bilik yang tadi dia tutup rapat sudah terbuka luas.

Ghazi tersengih malu. Alah! Lepas gian sikit aje.

Rokok di tangan di rampas. Gadis itu mengarahkan dia untuk kembali tidur memandangkan hari sudah lewat malam. 

Ghazi mengalah. Dia melangkah mendekati katil. Nasib lah IV Drip yang dicucuk ditangan nya sebelum ini sudah dibuka. Doktor cuma akan mencucuknya kembali jika perlu menyuntik ubat. 

Dia pun sudah merasa semakin sihat. Beberapa kali sehari pasti ada saja polis dan pegawai-pegawai siasatan akan menjenguk atau berulang alik di hadapan biliknya. 

Rasanya dia sudah perlu bersiap sedia ditahan di dalam penjara. 

Kepala di garu.

Memikirkan hal begini buat dia runsing. Boleh kah dia percaya kepada sistem perundangan negara ini. Betul kah kalau naik ke mahkamah nanti, dia boleh dibuktikan tidak bersalah? Macam mana kalau dia dituduh bersalah pula nanti? 

Bermacam-macam idea dijana dalam fikiran nya tetapi semuanya idea pelesit saja. Tiada idea yang muhasabah langsung.

Kalau dia mahu, dia boleh lari saja dan tiada siapa akan jumpa dia. Namun, memikirkan hal begini akan beri kesan kepada keluarganya dikampung, dia beralah. 

Selimut dinaikkan separa pinggang. Mata memandang kosong ke arah dinding putih itu. Bosan. 

Angin bertiup sedikit kuat melepasinya padahal tingkap sudah ditutup rapat. Ghazi menutup mata. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu yang sedang duduk di tepi katil. Apabila dia membuka mata, sosok itu nampak kabur. Tidak jelas seperti yang selalu dia lihat dulu-dulu. Seakan-akan lelaki itu tidak mahu menunjukkan wajahnya kepada Ghazi.

Ghazi cuba untuk lena tetapi tidak boleh. Banyak perkara yang dia fikirkan. 

Mengenai benda yang mendampinginya ini, mengenai kes nya, mengenai tangan yang berbalut ini lagi.

Telefon di capai. Niatnya mahu bertanya khabar Mama dan Ayah. Gigi diketap kuat sebaik sahaja aplikasi whatsApp dibuka. 

Nuha! 

Cepat-cepat mesej I love You yang dihantar kepada Nuha dipadam. Memang nak kena lipat dengan aku, budak ni..

Keluhan panjang dilepaskan.

Dia teringat kepada cadangan Hijjaz semalam, mengenai Nuha. Dia hanya tahu yang Nuha itu kaya-raya, tapi dia tidak faham macam mana gadis itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dia sekarang. Tidak mungkin lah sehebat itu pengaruh keluarga Nuha. 

Kepala digeleng beberapa kali. Hari ini saja sudah berapa kali dia fikir pasal Nuha. Macam tak ada benda lain dia boleh fikir. Tah apa-apa je. 

Tangan menaip sesuatu di telefon. Mata fokus membaca dan scroll skrin telefon dengan penuh khusyuk. Sesekali dia mencebik. Patutlah poyo Nuha ni. Kerek nak mati. 

Artikel mengenai keluarga gadis itu menjadi bahan bacaan ringannya sebelum tidur. Semua tentang gadis itu dia jadi tahu. Nuha Irdina, anak perempuan satu-satunya kepada Dato' Uzair, salah seorang usahawan dan juga ahli politik yang berjaya. Dia tidak tahu pula Dato' Uzair yang selalu keluar televisyen itu ayah kepada Nuha rupanya. Wah. 

Paling kelakar, Dato' Uzair ini antara ahli politik yang dia tidak suka. Lelaki yang penuh dengan cita-cita dan sanggup berbuat apa sahaja demi apa yang dicita-citakannya. Jangan cakap lah berapa banyak janji manis Dato' Uzair kepada orang kampung seperti dia ini yang tidak terlunas. Kalau lunas pun, bersebab!

Nah. Ambik tu, Ghazi. Entah macam mana anak Dato' Uzair ini boleh melekat pada kau pula. Benar kut orang kata. Jangan membenci sangat. Tengok! Benci dekat bapa, melekat pula dengan anak. 

Patutlah ketika di rumah Nuha tempoh hari, dia seperti pernah nampak saja lelaki tua yang dia bantu naik ke atas katil haritu.

Imej dan gambar-gambar Nuha dia scroll. Sebagai lelaki, pasti gambar-gambar Nuha ini dia sudah simpan jadi tatapan atas katil. Tetapi sebagai Ghazi, dia tak akan buat tu! 

Dia akui Nuha betul cantik. Sungguh! Tetapi dia tidak suka perempuan yang sudah di tatap ribuan lelaki. Itu bukan satu penghormatan. Cakaplah apa sahaja, lelaki mana yang tidak mahu perempuan baik. 

Nuha ini dengan pakaian seksi sudah macam tidak boleh diubah. Semua pakaian dia berani pakai. Malah gambar dia berbikini di tepi pantai pun mendapat jutaan 'likes'. Memang berdarah hidung lah kalau lelaki-lelaki tengok gadis ini. Patutlah Ban dan lain-lain kata dia ini tolak rezeki. 

Dia terus menekan butang kembali sebaik sahaja dia tertekan gambar gadis itu yang dia kira agak keterlaluan. Gambar Nuha di atas katil hanya dengan lingerie merah siap bercermin mata sambil baca buku. Mendedahkan bahagian-bahagian tubuh yang boleh membuat lelaki menitik air liur melihatnya. 

Ghazi menelan air liur. Dia tak akan biar air liur dia menitik kerana Nuha Irdina. Tidak sekali-kali! 

Skrin telefon pintar bertukar gelap. Lagi banyak dia lihat, makin jatuh lah iman dia yang sudah di hujung tanduk ini. 

•••

Nuha meletakkan bekas makanan yang dibawa dari rumah ke atas meja. Pinggan dan sudu yang sudah dicuci dan diletak di atas meja tepi katil di ambil dan disusun ke atas meja. Tangan lincah membuka nasi dan lauk-pauk yang disediakan oleh Mummy untuk Ghazi. 

Dia mahu ke kelas selepas ini. Dia cuma datang untuk menyiapkan makanan Ghazi sahaja. Risau pula kalau Ghazi tak makan atau tiada selera mahu makan makanan hospital. Lagipun semalam dia sudah meminta izin doktor dan jururawat untuk membawa makanan dari rumah buat Ghazi. Doktor pun tidak kisah memandangkan keadaan Ghazi tidak begitu memerlukan diet yang begitu tegas. Lelaki itu sudah boleh makan seperti biasanya. 

Bunyi pintu dibuka dari arah bilik air mengejutkan Nuha yang begitu asyik menyusun makanan. Tubuh berpusing menghadap bilik air. 

Serta merta wajahnya memerah. Ghazi keluar hanya dengan berseluar sahaja. Baju hospital nya hilang tah kemana. Rambut yang basah di lap dengan tuala menggunakan tangan kiri. Titisan-titisan air ditubuh pun masih tidak kering. 

Nuha cuba menenangkan jantungnya yang sedang berlari laju. Wajah Ghazi yang selamba itu kelihatan begitu menggoda. 

"Ha? Awalnya kau sampai." Sapa Ghazi terus berlalu ke kerusi di tepi tingkap di mana jururawat meletakkan baju salinannya. Baju itu ditarik dan dikibas sebelum di sarung ke badan. Hari ini baju yang perlu diikat tali lah pula. Tidak seperti selalu, yang berbutang itu. 

Haih. Keluhnya. 

Nuha teruskan aktivitinya tadi. Mulutnya terkunci hasil dari ditatap dengan keindahan dunia tadi. Boleh tidak tidur malam dia melihat Ghazi begini. 

Ghazi menggigit tali baju dan mengikat satu lagi tali kepada tali yang digigitnya. Kaki berjalan mendekati Nuha yang dari tadi menyediakan makanan buatnya dan berhenti betul-betul di belakang Nuha. Harini baju Nuha lebih sopan. Dia lega. 

"Kau bawa lauk apa harini?" Soal Ghazi. Suaranya begitu dekat dengan telinga Nuha. Rasanya kalau Nuha mengundur setapak ke belakang, memang tubuh mereka akan bertembung. 

Nuha kaget. Helaan nafas Ghazi betul-betul dekat dengan lehernya. Bau tubuh lelaki itu pun agak kuat membuatkan jantungnya kembali berlari laju. 

"Erm. Sup sayur je. Dengan lauk daging. Mummy masak." Tersekat-sekat. Kalau lah Ghazi ini pun suka padanya, dia peluk cium saja. Tapi tidak. Dia saja yang terhegeh-hegeh dan dia tidak mahu pula sukahati menerkam Ghazi sedangkan lelaki itu tidak mahukan dia pun!

Ghazi menjarakkan diri. Dia naik ke atas katil dan bersedia untuk makan. Mata sudah rambang melihat bermacam jenis lauk yang dibawa Nuha dari rumah. Sedikit sebanyak dia berterima kasih atas kesanggupan gadis ini menyediakan makanan untuknya. Tapi dia ucap terima kasih didalam hati saja. Tak mahu lebih-lebih, nanti Nuha mula besar kepala. 

Dia mula mencapai sudu dan garfu. Perut nya juga sudah berkeroncong dari pagi tadi menunggu Nuha, namun hasratnya terpaksa dihentikan apabila jururawat malam semalam masuk ke kamarnya. Dia tahu benar rutin gadis beruniform itu. Setiap pagi pasti gadis itu akan datang untuk memeriksa keadaan tubuhnya walaupun syok juga bila ada jururawat cantik tanya khabar tiap pagi. Hehek. 

Bibir menghantar senyuman lebar ke wajah si gadis. Macam tahu-tahu je kan awek ni nak datang bilik. 

Nuha mencebik. Menyampah melihat senyuman Ghazi yang macam tidak pernah nampak perempuan. Dengan dia, Ghazi tak mahu senyum miang begitu pun. 

Apa sahaja yang di arahkan oleh si jururawat, Ghazi patuh. Sehingga baju pun jururawat yang buka kan. Ghazi sudah macam kera dapat bunga aje happy-nya. 

Perlahan-lahan tangan halus gadis itu menyentuh dan menekan-nekan sedikit bahagian tulang rusuknya yang agak membengkak. Kulit di bahagian itu pun masih gelap akibat dari tekanan dari dalam. Alah, jururawat kan. Memang tugas dia. Bukan salah pun. 

Mata Ghazi dari tadi tidak lepas memandang wajah ayu gadis di hadapannya. Patutlah ramai lelaki suka mengorat nurse. Lawa-lawa woo..

Sepanjang dia duduk di hospital ini, mana aje jururawat yang tak lawa. Semua tip-top! Puas dia cuci mata walaupun ada lah terselit rasa berdosa sikit. Ha ha. 

Okay lagi dari cuci mata pandang Nuha ni, konfem neraka terus. Serba salah di tingkat tertinggi! 

Nuha di pandang sekali lalu. Mata Nuha tajam memandangnya sambil berpeluk tubuh di atas sofa. 

'apa?' Ghazi memberi isyarat mata. Kepala dia angkat sedikit. Jeles lah tu ada jururawat lawa jaga aku. 

Tangan Nuha genggam sekuat hati. Setiap senyuman Ghazi yang mekar apabila tubuhnya disentuh buat dia rasa mahu tumbuk saja lelaki itu. Suka benar dia ya disentuh-sentuh begitu. Yang jururawat itu pun satu, pegang sikit-sikit sudah lah! Macam tengah menggatal aje dua orang di depannya ini. Kalau aku tampar perempuan ni nanti, baru dia tahu langit tinggi atau rendah. 

Selesai sesi pemeriksaan, tangan Ghazi pula disentuh dan ditekan-tekan nadinya. Selepas itu dia mencucuk masuk jarum drip untuk melarutkan ubat di dalam air drip yang sudah digantung siap-siap di tepi katil. 

"Nama cik siapa?" tanya Ghazi. Mata memandang tepat ke wajah comel gadis jururawat ini. Lawa gila!

"Ehemm!!" 

"Dah siap ke? Kalau dah siap, awak boleh keluar dah." Nuha cepat-cepat mendekati Ghazi dan berdiri tegak di tepi mereka berdua. Dia memberi pandangan yang tidak senang kepada jururawat ber-tag nama mawar itu. Eleh. Nama pun kampung. 

Mawar tersenyum manis ke arah Nuha sebelum berlalu keluar membawa segal peralatannya tadi.

Ghazi kembali menghadap makanan di atas meja. Malas mahu melayan amukan Nuha. 

"Aduh. Sakitlah." Tangan mengusap pehanya yang dicubit kuat Nuha. Kening berkerut menahan sakit. 

"Suka betul awak ya perempuan tu sentuh sana sini. Miang." Nuha menyatakan ketidak puasan hatinya. Cuba kalau dia ssntuh Ghazi begitu, ada saja alasan lelaki itu mahu mengelak. 

"Dia nurse lah. Dia buat kerja dia aje. Apa salahnya." Ghazi jawab ala kadar. 

Makin dia layan Nuha, makin banyak pula melalutnya perempuan ini nanti. 

"Dia memang buat kerja dia. Yang awak punya suka sangat tu dah kenapa?" 

Bibirnya yang mungil itu memuncung. Geram saja dia lihat Ghazi ini. 

"Biasalah. Lelaki suka pandang benda cantik. Nurse tadi cantik, aku pandang lah." Senyuman gatal diberikan. 

Betul lah. Apa salah dia. Siapa yang tak suka tengok perempuan cantik dan dia tidal terkecuali.

Automatik bertalu-talu pukulan kena ke lengan kirinya. Penangan beg tangan Nuha ini boleh tahan peritnya juga. Dia suruh berhenti pun Nuha masih tidak mahu berhenti memukul. 

Akhirnya Ghazi mengalah saja.

"Okay. Okay.. Aku salah. Lepasni aku pandang dinding aje."

Dengusan kecil di luah. Kalau ada kamera tertutup di dalam bilik ini kan bagus. Boleh dia failkan saman terhadap Nuha atas sebab cubaan mencederakan pesakit tidak berdaya seperti dia.

Perlahan-lahan dia menyudu kuah di dalam bekas. Sedap macam biasa. Sah bukan Nuha yang masak lagi. 

"Kirim salam pada mummy kau. Cakap yang masakan dia sedap sangat. Terima kasih selalu hantar makanan dekat aku." 

Nuha tersenyum. 

"Dekat saya?" 

"Kau, aku kirim salam terakhir je." 

ish. Menyakitkan hati betul lah cakap dengan abang sorang ni.

Beg tangan yang dia letak di atas katil di ambil dan di sangkut tali nya ke bahu. Sekurangnya dia mahu tunggu sehingga Ghazi selesai makan baru dia akan berlalu ke kelas. Sayang betul dia pada lelaki ini tapi Ghazi ni langsung tidak ada hati perut. Hati batu lagi ada lah. Dia sendiri pun tidak faham kenapa dia sayang teramat sangat kepada Ghazi, tidak pernah seumur hidupnya dia melayan lelaki sebaik ini. Siap sanggup datang tolong hidang makanan lagi. 

"Hmph. Mesti awak yang kena tinggal dengan ex-girlfriend awak kan. Maklumlah awak ni hati batu." Sambil duduk bersilang kaki, dia memerli Ghazi. Biar tersedak lelaki itu. 

Ghazi mencebik. Bibirnya tersenyum sinis. Nuha ini sengaja mahu sakitkan hati dia konon. Ingat dia kisah ke.

"Ada aku kisah. Perempuan begitu lah. Bukan boleh terima seadanya. Asyik fikir salah lelaki pada dia sedangkan lelaki sentiasa memaafkan." Ghazi balas semula. 

Ceh. Memang perempuan ramainya begitu. Asyik mahu cari yang sempurna dan harap lelaki untuk jadi seperti yang mereka impikan. Bila lelaki mahukan yang sama, pelbagai tohmahan negatif dicampak ke wajah kaum lelaki kononnya lelaki ini hanya pentingkan nafsu sajalah dan pelbagai lagi.

Nuha terdiam. Sedikit sebanyak dia terasa juga dengan kata-kata Ghazi.

Dia mula tertanya-tanya kepada diri sendiri. Dia perempuan yang begitu kah? Ada ke saat-saat dimana dia cuba mementingkan keinginan dirinya semata apabila bersama Ghazi? 

Mata terkebil-kebil.

"Auch! Sakitlah!" Jerit Nuha apabila rambutnya yang panjang dan beralun itu di tarik oleh Ghazi. Ghazi mengekek ketawa mendengar rengekan Nuha. 

Rasa bagaikan vitamin buatnya bila dapat buat Nuha marah. Muka masam Nuha itu seakan memberinya kepuasan. Dia rasa berkuasa apabila berada dekat dengan Nuha seakan-akan dia mengawal segalanya.

"Kaki tu turunkan. Kau nak aku makan sambil berdosa ke macam mana. Kalau nak pakai skirt pendek tu pun, pakai lah short pants dekat dalam." Kaki putih gebu Nuha dipandang.

Dahsyat betul. Seluar dalam pun nampak. Aduhai. Aku lilit dia dengan kain pelikat Hijjaz bawa ni kang.

Nuha cepat-cepat menurunkan kakinya walaupun sebenarnya dia tidak kisah. Biasalah. Semua orang pun pakai seluar dalam kan, tak kan lah ada juga orabg yang sibuk nak tengok seluar dalam orang lain. Tapi kalau Ghazi sudah kata begitu, dia turutkan sahaja.

"Ini bukan skirt lah. Ini blouse labuh." Nuha membetulkan. Lagipun blouse yang dia pakai ini cukup labuh, rasanya tiada hal pun kalau dia tidak memakai short pants di dalam. Ghazi saja yang terlebih tegas dalam hal begini. Macam dia tidak biasa dengar teguran Ghazi. Rasanya sejak dari mula kenal lagi kerja Ghazi asyik menegur pemakaiannya. Dia sudah lali tetapi dia turutkan saja teguran lelaki itu. Kalau Ghazi tidak suka, dia tidak buat. 

Namun, tak hot lah dia kalau pakai baju berselubung seluruh badan. Apa gunanya dia jaga badan kalau tidak boleh tunjuk. 

Ghazi menggeleng saja mendengar teori tak cukup akal Nuha ini. Dia pun malas mahu berlebih-lebih menegur. Cukuplah kalau Nuha menutup mana yang patut dahulu. 

Dia jadi kesian pada Dato' Uzair. Patutlah beruban penuh kepala ahli politik itu, ada anak perempuan yang degil macam Nuha ini.

"Erm. Saya nak pergi kelas tau. Awak nak saya beli apa-apa tak nanti?" 

Ghazi menggeleng. Tiada apa rasanya. Kalau dia mahu apa-apa, dia akan minta kepada Hijjaz saja apabila lelaki itu datang nanti.

"Ala. Takkan tak ada apa-apa awak rasa nak makan ke? nak minum ke? atau apa-apa yang awak nak saya tolong ke?" Berat betul mulut mamat ni nak menjawab. 

Cuba kalau jururawat tadi, ramah betul mulut dia bertanya itu ini! 

Ghazi menarik plastik hitam kecil di dalam almari dan menghulurnya kepada Nuha. 

"Nah. Tolong basuhkan. Jangan campur dengan baju orang lain, okay." 

Sesudah Nuha menggapai hulurannya, dia kembali menghabiskan nasi di dalam pinggan. Nuha senyum sehingga ke telinga. 

Akhirnya ada juga sesuatu yang dia boleh lakukan untuk Ghazi. Mata tidak lepas memandang lelaki yang sedang leka dengan makanannya itu. 

"Olla.. Ghazi." Hijjaz muncul dari sebalik pintu dengan senyuman. Hijjaz menegur Nuha yang awal-awal pagi lagi sudah terpacak di bilik Ghazi. Dalam hati dia memuji kecantikan si gadis. Hari-hari pun lawa. Entah bila aje lah dia tidak puji Nuha ini. 

Sudahlah lawa, kaya, putih, gebu, baik hati pula tu. 

Mata mula meliar melihat setiap inchi tubuh si gadis yang sedang membasuh segala bekas dan pinggan yang sudah diguna oleh Ghazi tadi. Setiap kali gadis itu menunduk sedikit ke singki, setiap kali itu juga kepala Hijjaz menyenget. Kecantikan Nuha memang di kelas tertinggi di dalam piramid gadis cantik Hijjaz.

Selama ini dia hanya lihat gadis ini melalui sosial media, tidak pernah terfikir dia akan dapat berkenalan secara dua muka. Memang benarlah apa yang dia lihat di dalam sosial media dan di dalam realiti. Nuha tetap hot! 

Pipi Hijjaz di tampar sedikit kuat oleh Ghazi mengembalikan dia dari lamunan. Dari tadi gelagatnya diperhati lelaki itu. Memang tak sayang nyawa sungguh lah kau, Hijjaz. 

Mata Ghazi tajam menikam wajahnya. Jelas tidak senang dengan perbuatan Hijjaz dari tadi. Boleh terkeluar bola mata Hijjaz menonton wayang percuma Nuha. Ikutkan dia mahu hentak saja kepala Hijjaz ke dinding. Tak hormat orang perempuan langsung. 

"Sorry.. Tak sengaja. Tindakan refleks." Hijjaz memberi alasan. Gigi ditayang. 

"Jangan sampai tindakan refleks aku pula kena pada kau. Bukan depan mata aku, Jaz. Aku hentak kau nanti." Ghazi memberi amaran. 

Dia tidak senang sungguh dengan kelakuan Hijjaz yang baginya agak keterlaluan. Kalau nak tengok sangat pun, pergi lah minta izin. Kalau Nuha izinkan, dia sikit pun tak akan peduli. Masalahnya Hijjaz ini main pandang aje. Pandang pula berlama-lama, kalau letak quran depan mata pun dia tetap tidak akan alih matanya dari menatap tubuh si gadis. Penampar aje yang berkesan. 

Hijjaz angkat tinggi kedua belah tangan. Surrender. 

Dia tidak mahu bermain dengan api. Ghazi ini adik dan kakak dia pun kalau di tenung lama, dia sudah naik angin. Tengok aje pun, bukan berfantasi yang bukan-bukan. 

"Masalahnya, kau kalau bercakap, satu peratus dari kata-kata kau pun susah aku mahu percaya. Ini pula nak percaya fantasi suci kau. Rasanya semua fantasi kau kotor. Dari sekolah kut." 

Alah Ghazi ni. Lelaki, biasalah. Ghazi pun layan juga kan walaupun tak sebanyak dia tapi layan juga kan sekali sekala. Memahami lah sedikit. 

"Banyak kau punya memahami. Aku tak kisah lah kau nak hook-up dengan siapa pun tapi bukan berfantasi kotor mengenai ahli keluarga aku. Kalau aku dapat tahu, siap kau Hijjaz." 

Batu nisan Hijjaz dia akan ukir sendiri! 

Dia masih boleh toleransi dengan perangai dan sikap buruk lelaki itu selama ini tetapi dia tak akan teragak-agak menyedarkan Hijjaz kalau dia melampaui batas. Kerana dia lelaki lah dia berjaga-jaga dengan fantasi kotor Hijjaz ini. 

Hijjaz mengangguk faham. Dia tahu benar sikap Ghazi yang pantang di provok. Dia sudah lama telan sikap yang satu ini. Ghazi ini selalu menyelesaikan masalah dengan kekerasan tapi kebanyakannya memang mujarab.

Topik mereka berhenti di situ sebaik sahaja Nuha keluar dari bilik air sambil bernyanyi-nyanyi nada yang asing. 

Sesekali Hijjaz bertanya itu ini kepada Nuha. Wajah Nuha yang putih dan licin itu dia mahu gigit saja. Apalagi sekarang dia memang sedang di ambang perpisahan dengan kekasih hati. Terfikir juga dia, Ghazi ini benar dan sungguh kah tidak mahukan Nuha? Kalau tak mahu, dia mahu masuk line. 

"Kau bila nak balik ini?" halau Ghazi. 

Nuha muncung. Macam tak suka aje dia berlama-lama di sini.

"Bukan tak suka. Lagi lama kau di sini, lagi penat aku ni." Penat mahu jaga Nuha dari di terkam oleh Hijjaz yang sedang di dalam mood harimaunya. Dia risau juga kalau Hijjaz menerkam Nuha tanpa dia sedari lebih-lebih lagi Hijjaz nampaknya terlebih berminat dengan gadis ini. 

Susah sungguh mahu jaga perempuan jika dikelilingi pemangsa seperti Hijjaz. Dia tahu Hijjaz baik orangnya tetapi ada masanya Hijjaz ini tidak mampu mengawal diri juga. Bukan tidak pernah berlaku, malah banyak kali sudah berlaku. Sebab itu dia tidak berapa suka Nuha berlama-lama di sini dengan mereka berdua. Hijjaz ini sedang mencari mangsa memandangkan girlfriend sudah mahu lari. 

Nuha menghentak perlahan kakinya. Protes. Tapi apa gunanya. Macam lah Ghazi ini kisah. 

"Lah. biarlah cik Nuha nak berlama di sini pun. Takde hal lah. Duduk lah lama mana cik Nuha mahu. Saya tak kisah." Automatik kepala dia bergegar ke kiri dan ke kanan akibat ditolak oleh Ghazi. 

"Dah. Pergi balik! Kau kata tadi nak pergi kelas kan? Syooh! Dipersilakan blah dari sini." Tangan dihalakan ke arah pintu mempersilakan Nuha untik keluar dari situ. 

Beg tangan di libas ke tubuh Ghazi sebelum melangkah keluar dari sini. Jangan harap dia mahu datang jenguk Ghazi lagi! 

Pintu dihentak kuat. Terkejut juga abang berdua di dalam ini dengan amukan Nuha. 

"Kau ni, tak baik lah halau dia macamtu." 

"Kisah pula aku. Kau pun, sila blah. Stress aku tengok muka kau di sini." 

ehhh.. Dia pun kena halau juga. Baru je sampai pula tu.

"Tadi kau yang suruh aku datang ambil baju kotor kau. Mana?" Soal Hijjaz. Mata mencari-cari plastik baju kotor Ghazi di dalam almari kecil di bawah katil. 

"Tak payah dah. Aku dah bagi Nuha." Alat kawalan jauh televisyen ditekan. 

Mulut Hijjaz melopong. Biar betul..

"Eh.. Kau bagi sekali adik-adik kau suruh dia basuh ke?" 

Ghazi mengangguk. 

"Sudah dia mahu sangat jadi berguna. Aku bagi aje lah. Kalau tidak, sampai sudah tak habis pertanyaannya." Mata fokus kepada siaran di televisyen. Semua rancangan membosankan!

Hijjaz tergelak besar. Ghazi ni memang kaki prank ke. Tak kelakar lah wei prank begitu. 

"Kau nak suruh dia praktis ya? Hahaha!" Usik Hijjaz. Ghazi ni mahu test skill basuh baju Nuha ke macam mana. 

Ghazi hanya berdiam diri. Tidak langsung menjawab pertanyaan Hijjaz yang baginya lebih kepada mengusik saja. 

Ketukan dari luar pintu menghentikan gelak tawa Hijjaz. 

Dua orang lelaki berkemeja uniform polis masuk dan mengucapkan salam sejahtera kepada mereka berdua. Topi formal yang dipakai dibuka dan dibawa rapat ke dada sebelum menyatakan tujuan kehadiran mereka di sini. 

•••

Hada ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Nuha memuntahkan segala macam pakaian dari plastik berwarna hitam itu. Boleh berguling-guling dia menahan senak sebab ketawa.

Pipi Nuha Irdina memerah. Cepat-cepat dia sorok baju-baju tersebut dengan cara meletakkan plastik hitam tersebut di bahagian atas timbunan baju. 

Ghazi ni! 

"Dia nak suruh kau praktis jadi isteri solehah kut." Hada menambah perasa. 

Nuha menepuk kuat lengan Hada yang dari tadi tidak berhenti ketawa. Sudahlah ramai orang di dobi layan diri ini. Ghazi pun satu. Asinglah adik-adik dia ni.

Mahu saja dia pulangkan semula isi-isi plastik ini kepada Ghazi tapi memikirkan dia sudah janji, tak baik pula. Nasib lah dia tidak terfikir mahu cuci pakai tangan melihatkan jumlah baju kotor yang sedikit. Nasib Hada sarankan dia pergi dobi layan diri saja. Kalau dia balik rumah dan basuh pakai tangan tadi, lagi haru! 

Angan-angan mahu tunjuk bakat basuh baju kepada Ghazi dia batalkan. Dia sanggup campak dalam dobi saja semua baju, seluar dan adik-adik Ghazi ini.

Mesin basuh kecil di bahagian paling tepi dobi layan sendiri tersebut dia buka dan mencampakkan kesemua baju-baju tadi ke dalam. Tangan cepat mengeluarkan kad bank dari dalam dompet dan di-scan ke mesin pembayaran yang melekat di tepi mesin.

Nak menangis rasanya apabila di ketawakan oleh Hada tidak sudah-sudah.

Mereka duduk melayan telefon masing-masing sementara menunggu mesin basuh berhenti. Nuha melukis-lukis di atas skrin Samsung note-nya. Sesekali dia tersenyum membayangkan Ghazi. 

"Wah. Cantiknya desain kau. Aku jeles lah. Kau kreatif sungguh." Mata Hada bersinar-sinar melihat lukisan baju Nuha di dalam telefon. Cantik sangat! 

Nuha ini pelajar terbaik di dalam kelas fashion & design. Semua rekaannya sentiasa mendapat pujian pensyarah dan pakar. Walaupun ada juga mulut-mulut busik yang mengatakana bakat Nuha terserlah kerana bapanya 'somebody', tetapi baginya bakat Nuha adalah bakat semula jadi. Tengok lukisan draft gadis itu saja sudah nampak bertapa besarnya bakat si gadis. 

"Hehe. Aku dapat inspirasi tiba-tiba." Rambut model lukisannya dibiarkan beralun sedikit dan dipanjang sehingga mencecah bahu. Riak wajah kartun itu di lukis agak keras dan beku. Persis Ghazi..

Nuha tersenyum sendiri. 

Dapat dia membayangkan reaksi wajah lelaki itu kalau di suruh menyarungkan baju yang di rekaannya ini. Pasti muka Ghazi bertukar masam. 

Tapi lawa tau. Ghazi saja yang tidak tahu berfesyen.

"Kau buat rekaan kalini dengan tema apa?" Soal Hada ingin tahu. Dia juga memberitahu tema rekaannya. 

"Zamrud kut. Sebab warna hijau zamrud sesuai dengan lelaki." Lebih tepat lagi, dengan Ghazi! 

Muka kejang dan garang Ghazi itu sesuai dengan warna hijau Zamrud. Melambangkan kuasa dan tenaga.

Hada mengangguk-angguk. Cantik juga kalau dipadankan hasil lukisan Nuha ini dengan warna zamrud. Jarang dilihat di atas catwalk stage. Asyik warna pastel sahaja. Lagipun warna hijau zamrud yang agak gelap itu harus diserasikan dengan suasana dan tema pentas kelak supaya warna hijau zamrud akan kelihatan lebih menyerlah. Segala detail dan hiasan di atas baju harus nampak jelas, baru lah cantik! 

Nuha mengambil berat pandangan dan pendapat Hada. Kalau hal begini memang dia selalu meminta pandangan gadis itu. Hada memang pakar dalam warna-warna dan presentation. Kalau boleh dia nilai tahap kepakaran Hada, presentation gadis itu paling tip-top. Semuanya sempurna!

Alangkah baiknya kalau mereka boleh bergandingan berdua dalam projek akhir ini, pasti hebat.

"Itulah Nuha. Aku pun nak bergandingan dengan kau. Kau rasa aku buat baju tutup aurat ini ada peluang menang ke?" Hada meluahkan kerisauan di hati. Sukar bagi tema baju seperti dia untuk mendapat perhatian. Selama ini dia berusaha sebaik boleh untuk menonjolkan karya rekaannya malah lampu-lampu di atas stage pun dia yang cadangkan. Sehingga begitu sekali dia cuba mengenengahkan rekaan patuh syariat. 

Tetapi setakat ini masih belum berjaya. dia suka meminta pandangan Nuha. Nuha lah orang pertama yang memuji rekaannya disaat semua orang memandang rendah padanya dahulu. Kerana Nuha lah dia masih kuat berjuang disini. 

"Erm.. Bagi aku kan, baju kau tak boleh disamakan dengan level-level baju di sini. You're on another new level. Baju kau memang orang ber-mindset macam kami-kami ni tak akan terima. Tapi aku paling suka baju kau buat berbanding orang lain. Suka tengok, suka segala detail yang engkau masukkan ke dalam rekaan-rekaan kau. Walaupun tak menang, baju you selalu menang di hati i." Nuha ketawa terbahak-bahak. 

Memang dia suka rekaan Hada. Rekaan Hada bukan macam dia yang asyik mengetengahkan tema seksi dan menggoda itu. Rekaan Hada lebih kepada modesty. Kalau dia kahwin, dia akan minta Hada buatkan baju untuknya. Tangan Hada mampu mengubah seorang Nuha Irdina yang seksi ini kepada seorang gadis melayu terakhir. 

Hada mencubit kedua pipi Nuha. Ada saja dia. Apa kata dia mula pakai baju yang tutup aurat sikit. Jangan tunggu mahu kahwin baru nak tutup. 

"Ala. Iya lah. Nanti aku tutup sikit-sikit okay. Yang pasti baju kau cantik. Aku nak booked awal-awal kalau aku kahwin nanti." 

Mana tahu kan. Hahaha. 

Hada mengecilkan mata. Iya lah tu mahu jadikan dia pereka baju kahwin Nuha. 

Nuha mengangguk. Betul lah! 

Hada sudah macam kembar dia sendiri tau. Apa saja dia akan cerita pada Hada. Walaupun dulu orang kata dia dan Hada ni berbeza serba serbi, dia kisah apa. Ingat perempuan tudung labuh tak boleh kawan baik dengan perempuan seksi ke. low-class punya mindset. Aku sepak kang. 

Hada memeluk tubuh Nuha erat. Dia sayang pada Nuha sangat-sangat. Zaman belajarnya jadi lebih gembira dengan kehadiran Nuha. 

"Apa kata kita buka butik sama-sama, nak? kolaborasi antara kau dan aku." Cadang Nuha. 

Dia memang mahu mula menempah nama tetapi dia tidak tahu harus bermula dari mana. Lebih lagi dia tiada rakan kongsi.

Hada mengangkat sebelah kening. 

"Nak kolaborasi macam mana? tema kita berdua saja sudah berbeza." Pening dia memikirkan kolaborasi yang dimaksudkan Nuha ini.

"Lah. susah apa. Aku buat baju seksi. kau buat baju tutup aurat. Aku buat baju pakai dekat rumah, kau buat baju pakai luar rumah." 

Kepala Nuha ditonjol kuat. Selamba badak aje..Itu dah dikira bagi hint lah pemakaian dan aib-aib isteri yang gigih tutup aurat bila keluar rumah. Lingerie-lingerie ciptaan Nuha mahu di gandingkan dengan baju ciptaan dia. Mohon jauh lah. 

"Pandai lah kau. Mana boleh lah. Boleh buka aib perempuan-perempuan yang susah payah tutup aurat tau. Baju patuh syariah ini haruslah menutup aib pemakainya bukan pi buka aib bagitahu satu dunia lingerie depa pakai kat rumah warna apa. Nuha.. Nuha.." 

Nuha garu kepala.

Oh yeh? Ala, tak tahu pula. Haahahaha.

Mesin basuh yang tadi ligat berpusing sudahpun berhenti. Nuha bangun dari duduk dan pergi mengeluarkan baju-baju Ghazi dari dalam mesin kecil itu. Barang-barangnya dia minta Hada untuk menjaga. 

"Nuha. Ada call." ujar Hada dengan suara sedikit kuat. 

"Kau jawabkan dulu lah." Jawab Nuha. tangan menyumbat baju-baju Ghazi kedalam beg plastik hitam ditangan selaju yang boleh. Malu kalau ada orang ternampak boxer orang lelaki di tangannya. Ei. 

Plastik hitam diikat kemas. Kepala dipalingkan ke belakang apabila Hada memanggil namanya. 

"Nuha. Ada lelaki gatal call kau ni." 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience