BAB 34

Romance Series 18757

"Apa maksud Daddy mahu bebaskan Fitri dari tahanan?" dahi Ghazi berkerut. Hampir saja dengusannya mahu terlantun keluar tapi atas dasar hormat, ditahan rasa tidak puas hati ini.

Dato'Uzair yang sedang duduk di kerusinya itu memicit kepala. Tidak sangka Ghazi akan bertandang masuk ke dalam bilik membacanya ini semata-mata kerana hal di meja makan tadi.

"Ghazi kena faham Daddy. Daddy buat semua ini untuk keluarga kita. Fitri.. Dia boleh tolong kita." dia cuba memujuk Ghazi supaya menyebelahinya.

"Tolong kita macam mana, Daddy?" suara Ghazi sudah mendatar. Jelas dia tidak suka dengan apa yang baru didengarnya.

Tolong? Selepas apa Fitri sudah buat, laku lagi ke pertolongan Fitri untuk keluarga ni? Sejuta tahun sekalipun dia tidak akan mampu memaafkan.

"Ghazi.. Dunia perniagaan ini ada risikonya. Daddy faham Ghazi marah pada Fitri. Tetapi secara rasionalnya.."

Argh! Benci betul dia dengan perkataan 'perniagaan' yang selalu dituturkan oleh si ayah mertua. Tidak habis-habis untung dan rugi. Itu sahaja yang paling penting. Ini lah sisi Dato'Uzair yang dia kurang gemar.

"Kalau Daddy buat keputusan untuk lepaskan Fitri, Ghazi akan bawa Nuha keluar dari rumah ini. Dan Ghazi tak akan benarkan Nuha berhubung dengan Daddy atau Mummy lagi." katanya, tegas.

Mata menikam mata Dato'Uzair yang jelas terkilan.

Kalau ayah mertua dia mahu bermain dengan perkataan untung rugi, dia akan ikut. Kali ini dia akan beri keuntungan yang Dato'Uzair mahu, dengan syarat!

"Ghazi.." suara Dato'Uzair tidak terkeluar. Mungkin masih memikirkan keputusannya.

"Kita sudah bincang perkara ini masa Ghazi minta izin Daddy untuk benarkan Ghazi kahwin dengan Nuha, dulu."

".. Ghazi akan bertanggung-jawab ke atas Nuha. Apa sahaja yang jadi, Nuha milik Ghazi. Dan Daddy izinkan kami kahwin. Bermula saat itu, Daddy sudah serahkan Nuha kepada Ghazi bulat-bulat." nadanya dikawal.

Dia masih punya adab. Bukan sengaja dia mahu mengugut, tetapi kalau Dato'Uzair tidak mahu kan anak sendiri, dia dengan rela hati akan bawa Nuha pergi dari sini. Sudah cukup dia bertoleransi selama ini. Dia suami dan dia akan gunakan haknya sebagai suami.

Keluhan kuat yang keluar dari arah Dato'Uzair memberinya sedikit berita kemenangan. Dan dia lega. Tidak boleh dia mahu bayangkan kalau Dato'Uzair benar-benar sanggup mengenepikan anak sendiri demi keuntungan semata.

"Ghazi tak faham. Kerusi Daddy ini bila-bila masa boleh jatuhkan Daddy. Dan selama ini Fitri yang bekerja keras untuk Daddy. Mana mungkin Daddy mampu balas budinya." wajah diraup.

Ghazi bangun dari kerusi lalu bergerak mendekati Dato'Uzair yang jelas sedang kerunsingan.

"Daddy.. Budi baik apa yang harus dibayar sehingga Daddy sanggup mengorbankan Nuha? Harta dan pangkat? Kenapa tidak Daddy lupakan saja dan mula semula." ujarnya perlahan. Dia masih cuba memujuk.

Ghazi menunduk melihat wajah kusut Dato'Uzair.

"Fitri yang terbaik dalam bidang ini." Dato'Uzair masih bertarik tali.

Ah, sukar betul bercakap dengan manusia yang dikuasai harta dan pangkat.

"Kalau begitu, how bout Hijjaz? He will do a great job too, Daddy. Consider him as Fitri's successor."

Kalini mata Dato'Uzair yang memandangnya. Mungkin setuju dan mungkin juga tidak bersetuju.

"Apa sekali pun yang jadi, Ghazi tak akan benarkan Daddy bebaskan Fitri. No matter whatever it will cost. Hijjaz can be your another great-investment. Trust me. He knows lots of people and have a lots of persuasive skills which you can improve and use to your own benefits."

Dato'Uzair terdiam. Berfikir.

"Ghazi minta Daddy ambil Hijjaz praktikal di syarikat Daddy kerana Ghazi tahu potensi Hijjaz. Daddy tak boleh buat begini pada Nuha. He needs you." kalini dia sudah melutut di hadapan lelaki tua itu, mencari anak mata hitam lelaki itu yang sengaja dilarikan dari memandang dia.

"Who matter the most, Daddy? Nuha atau Fitri? Keluarga atau harta?" dia tahu Dato'Uzair sedang tersepit.

Pada dia yang miskin dan tidak punya apa-apa ini, soalan yang diberikan sangat mudah. Tetapi dia sedar, itu tidak mudah pada Dato'Uzair yang seumur hidupnya berusaha dan bersusah payah mencari harta demi kesejahteraan keluarganya.

Dia juga seorang suami yang mahu berikan segalanya untuk keluarga. Mustahil untuk dia pinggirkan perasaan yang bertandang di hati Dato'Uzair itu, tetapi dia tidak akan biarkan hubungan Nuha dan Dato'Uzair rosak hanya kerana perkataan untung dan rugi.

Riak Dato'Uzair kosong.

Haih. Dia faham benar reaksi orang tua ini. Reaksi yang Dato'Uzair akan beri kalau dia masih tidak boleh membuat keputusan.

Ghazi bangunkan tubuhnya dan berdiri semula.

"Terserah pada Daddy untuk buat keputusan. Buat sementara ni, Ghazi mahu minta izin Daddy untuk bawa Nuha pergi bercuti. She needs rest, at least far from this house." ujarnya sedikit sinis dan berlalu ke pintu.

Dalam hatinya berdoa semoga Dato'Uzair tidak membuat keputusan sehingga mematikan rasa kasih Nuha kepadanya. Dia tidak boleh mengawal hati dan perasaan, dia cuma suami dan anak menantu.

Sebelum menutup pintu, sekali lagi direnung wajah tua itu yang masih membeku. Pandangannya terlepas ke luar tingkap kaca.

Haih..

•••

Beg baju yang banyak di dalam bonet kereta di keluarkan. Dia mempelawa pakcik Musa untuk masuk berehat di dalam sementara dia mengangkat segala beg baju Nuha Irdina.

Nuha sudah berlari mendapatkan basikal nya di dalam stor. Basikal buruk itu kembali berhabuk bila sudah lama terperuk di dalam stor yang penuh dengan barang-barang lama ini.

Tangan Puan Syahirah dicium lembut.

"Mama, Nuha dah balik ni!" tubuh itu dipeluk. Senyuman lebar di wajah mak mertuanya itu buat hatinya senang dan gembira. Keputusan dia mahu berbulan madu di kampung terasa tepat.

"Ha, balik-balik je bukan tahu nak bawa beg sendiri. Assalamualaikum, mama.." suara Ghazi bergema.

Beg bagasi berwarna merah jambu di tangan Ghazi itu ditarik naik ke atas.

"Kenapa mata tu?" tangan Puan Syahirah menyentuh lembut pipi Ghazi. Dibelek wajah itu kekiri dan kekanan.

"Tak ada apa. Ghazi terjatuh je ni, Ma. Luka sikit." tangan Puan Syahirah disalam.

Dia meminta diri untuk naik dan meletak segala beg dan barang-barang Nuha yang penuh ditangan ini dulu.

Sebaik sahaja membuka pintu bilik, Nuha sudah terbaring lesu di atas katil empuk. Haih. Orang lain yang memandu, dia yang penat. Logik perempuan.

"Punya banyak tempat boleh berbulan madu, kampung aku juga pilihan kau." omelnya sendiri. Dia tahu Nuha pasti sedang mendengar.

Dan tekaannya tepat apabila tubuh Nuha berpusing dengan senyuman di bibir. Terus tak jadi mahu merungut apabila senyuman terbit di wajah si isteri. Asalkan Nuha gembira, dia okay saja mana-mana pun.

Adik dia dan adik-adik Nuha Irdina Uzair dia masukkan ke dalam salah satu almari kecil yang bertutup. Dan baju yang sudah siap dilipat itu pula diletak sekali di tempat baju-baju nya.

Untung alahai, Nuha dapat dia jadi suami. Tak kisah nak tolong kemaskan baju bini sendiri. Kalau lelaki lain ada ke nak buat gini? ada?

Ghazi bangga. Suami yang baik adalah suami yang tolong isteri di rumah. Dan dia cuba lah sikit jadi suami yang baik. Tak salah kan tolong mana yang patut walaupun isteri dia ni dalam kategori agak pemalas orangnya.

Nuha berguling-guling pula atas katil sambil membaca majalah. Dia sorang-sorang yang berkemas. Nasib dia lah..

Selesai mengemas segala baju di dalam beg, beg bagasi di susun di atas almari. Baru lah tak semak bilik ni dengan bagasi berterabur disana sini. Selepas itu dia vakuum mana-mana yang patut. Bilik yang sudah lama tinggal tidak bersentuh dan berkemas ini sudah sedikit berhabuk.

Mujur Nuha ni bukan jenis pengacau orang yang sedang mengemas. Setiap kali dia suruh Nuha beralih, Nuha beralih saja. Tak tolong tak apa, asalkan tidak menyusahkan. Dia bukan berkira sangat hal kemas mengemas ni, memang dari kecil ini kerja dia.

Tangan berhenti menarik alas cadar, tiba-tiba. Air liur ditelan. Mata memandang Nuha sekilas, memastikan isterinya itu benar-benar sedang khusyuk membaca majalah dan tidak perasan akan apa yang baru dia lihat sekarang ni.

'Harta karun aku!! Ah, nostalgiknya ~'

Dengan penuh berhati-hati, majalah dewasa itu ditarik dan disorokkan di dalam baju. Tangan cepat-cepat menukar cadar tilam. Risau kalau aksinya tadi sedang diperhatikan.

Bibir tersenyum. Majalah yang dia selalu kongsi dengan Hijjaz ketika sekolah dulu. Selalunya dia akan simpan satu saja di rumah, edisi lain Hijjaz yang pegang memandangkan rumah Hijjaz lebih selamat dari rumah ini.

Tak salah kan nak baca semula, lagipun dia sudah berkahwin. Sudah dalam kategori boleh baca majalah ini lah kan..

Selesai mengemas segala peralatan, kaki mahu melangkah keluar dari bilik. Niatnya mahu menyorok dekat dalam bilik Falah memandangkan bilik itu selalu kosong. Tenang sedikit nak membaca.

"Apa tu?" suara Nuha bikin jantung Ghazi berdebar hebat. Air liur ditelan sebelum berpaling menghadap Nuha.

Debaran jantung ditenangkan. Puas dia pujuk jantung ini untuk tidak takut.

"Apa?" Ghazi bertanya kembali. Wajah selamba.

Nuha bangun dari berbaring di sofa. Mata mengecil sambil mendekatkan jarak antara dia dan Ghazi.

Setiap langkah Nuha buatkan jantung Ghazi berlari laju. Ghazi tahu dia tak akan selamat kalau Nuha terhidu niatnya. Ini semua lelaki pun tahu! Dead-End !

Kepala sudah mula terlakar babak digantung sampai mati.

"Apa dalam baju awak tu?" jari Nuha terarah ke perutnya.

Makin laju juga lah segala darah yang sedang di pam ke seluruh tubuh badan.

"Takde apa. Buku sekolah." tipunya. Suara dan riak cuba dikawal tetapi diri sendiri tak pasti samada mereka sudah kantoi atau belum.

Tangan Nuha meminta buku yang Ghazi sorokkan,yang di katanya buku sekolah itu buatkan Ghazi mahu lari saja.

Wajah Nuha yang manis dan cantik macam bidadari bertukar garang. Kalau dia serah apa yang di sorokkan sekarang ini, dia pasti wajah itu akan bertukar menjadi lebih menakutkan.

"Betul.. Takde apa. Buku sekolah lama. Malu lah nak bagi kau tengok." badan dibelakangkan apabila tangan Nuha cuba mencapai.

"Baik awak bagi sekarang sebelum saya ambil sendiri." ugutan Nuha sedikit sebanyak buat Ghazi risau.

Air liur ditelan. Tidak sanggup mahu bayangkan kalau perempuan baca majalah begini.

Nuha cuba menarik bajunya namun sempat dielak. Kalau tadi di depan pintu, sekarang semakin jauh pula dari pintu. Membulat matanya apabila Nuha menekan butang kunci.

Kaki Nuha berlari mendapatkan Ghazi dan kaki Ghazi pula berlari menjauhi Nuha.

"Weh, Nuha. Betul! Buku sekolah aku jelah!" kini mereka hanya terpisah dengan katil di tengah. Nuha di hujung sana, Ghazi di hujung sini.

"Kalau betul, bagi lah sini. Awak nak takut apa?" soal Nuha.

Kalau dia terpaksa tarik baju itu sampai koyak pun dia sanggup asalkan dia dapat lihat buku sekolah yang Ghazi gigih sorok daripadanya.

Apabila mata Ghazi sibuk mencari peluang untuk meloloskan diri, kakinya cepat-cepat naik ke atas katil. Tangan dipanjangkan sepanjang yang boleh. Dia tak akan lepaskan Ghazi kali ini!

Ghazi terkejut. Cuba lari menjauhi Nuha tetapi gagal! Lain pula yang jadi..

Dua-dua terjelopok di atas lantai. Itu belum cukup teruk, yang lagi teruk adalah. seluar dia sudah entah kemana. Buku di dalam baju pun terheret keluar sekali bersama seluar. Mata terpejam. Dia yang hanya berseluar boxer.. Seksanya.

Kepala berpusing ke belakang, mencari buku. Malang lagi! Buku sudah selamat di tangan Nuha. Dan Nuha pun sudah selamat membuka isi bukunya. Argh !!!

Takut-takut tangan menarik seluar di sisi. Wajah dibekukan seperti tiada apa-apa pada masa yang sama hati sedang menjerit kesal. Kalau dia biar saja buku itu terselit dibawah katil tadi, pasti sudah selamat harta karun terakhirnya itu!

"Auch! Sakitlah!" betis diusap beberapa kali akibat dari pukulan majalah ditangan Nuha. Mata Nuha mencerlung memandangnya.

"Buku sekolah eh?!" Nuha yang masih terduduk di lantai itu masam mencuka wajahnya.

"Masa aku sekolah. Buku sekolah lah kan." dia tetap tidak mahu mengaku salah. Biasalah, dia lelaki. Dan itu majalah yang biasa kawan-kawan lelaki dia baca. Malah, kami orang lelaki kadang-kadang baca sama-sama. Tak pelik pun..

Sekali lagi pukulan terkena di betisnya. Pedih!

"Saya tak cukup cantik ke yang awak nak baca lagi buku macam ni?!" berombak deras dada Nuha.

"Tu buku lama lah. Aku cuma rasa nostalgik je. Bukannya aku berangankan perempuan-perempuan dalam tu pun."

Jelingan Nuha buat dia terdiam. Tiada lagi Nuha Irdina yang manis dan manja. Yang ada sekarang ini cuma Nuha Irdina yang garang dan menakutkan.

Dengusan Nuha buat dia takut. Walaupun tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati, tapi Ghazi rasa jiwanya yang sedang dihukum sekarang ini. Helaan nafas Nuha bagai sedang menyampaikan peringatan dan amaran.

Bahu Nuha dipegang.

"Ha, yelah! Yelah! Aku salah. Tak patut aku baca benda macam tu. Salah aku." Ghazi mengalah.

Kalau dibiarkan, mungkin tidak tenang tidurnya malam ni. Apalagi membayangkan bila-bila masa Nuha boleh tikam dia sebab marah. Minta simpang!

"Sorry lah. Betul ni! Tu je satu harta karun yang aku ada. Aku memang takde simpan dah yang lain." kali ini dia meyakinkan pula.

Nuha dipeluk dari belakang. Mestilah dia sayang bini. Gila ke tak sayang, inilah isteri yang sudi susah senang dengannya.

"Kau marah aku ke?" ucapnya lembut. Dia menongkat dagu di bahu Nuha.

Nuha mengangguk. Sepatah haram perkataan tidak keluar dari mulut

"Aku janji tak buat lagi. Janganlah marah lama-lama. Tak tenang lah." tapak tangan dinaikkan.

Nuha memandang ke dalam anak mata Ghazi, cuba mencari keikhlasan.

"Saya tak cukup cantik ke?" dia bertanya lagi.

Ghazi mengeluh perlahan. Hembusan nafasnya dapat dirasai di leher Nuha.

"Itu photoshop aje lah Nuha. Tak real. Mestilah kau berganda lebih cantik lagi. Kau real. Tambah lagi, kau isteri aku. Boleh pegang, boleh sentuh mana aku mahu. Mana sama dan tak mungkin dapat jadi secantik kau yang sudah sedia cantik ni."

Nuha tersenyum. Nasib Ghazi kata dia lagi lawa. Kalau tak, akan dia kunyah majalah ni depan Ghazi juga dan sekarang ini jugak!

"Alang-alang dah cakap pasal cantik ni kan.. Cantiknya kau harini." tangan mula bergerak ke tempat yang tidak sepatutnya.

"Auch ! Sakitlah.." tangan diusap. Berkerut dahinya menahan sakit.

"Tak boleh. Saya uzur." lidah dijelir.

Walaupun dia juga agak kecewa tetapi melihatkan Ghazi menginginkan dirinya, hilang sedikit rasa kecewa dan berganti bahagia. Dia kembali menelaah majalah yang ditinggalkan tadi.

Ghazi mencebik. Selalu sangat timing tak sesuai. Aish! Puasa lah! Puasa!

•••

Pagi itu Ghazi mencalonkan diri untuk ke pasar bersama Nuha. Terlopong mulut minah ni bila terpilih untuk ke pasar bagi pihak Mama. Ha, baru kau tahu. Ingat boleh duduk senang-senang aje di rumah hanya kerana Mama sayang dia lebih. No way! Amir Ghazi tak akan biar isteri dia jadi anak dara pemalas.

Nota kecil ditangan diserahkan kepada Nuha yang sedang muncung di sebelah.

"Ha, check apa kita nak kena beli. Kau yang beli tau. Aku tengok je." Ghazi menyimpan senyum. Wajah ditegaskan. Tidak mahu termakan dengan pujuk rayu Nuha.

Nuha menaip-naip di telefon. Mencari gambar sayur dan ikan yang dia tidak kenal langsung ini. Selalunya apa dia nak, ada orang belikan. Dia tukang teman aje. Tapi, harini dia yang kena beli dan Ghazi teman aje!

Air mata cuba dikeluarkan. Bukan sikit barang yang mahu dibeli. Hampir semuanya dia tak kenal. Nama pun bermacam-macam.

"Nuha Irdina, jangan nak pura-pura menangis!"

Terpecah ketawa kecilnya. Tidak sangka boleh kantoi sebelum operasi. Adeh..

"Belajar lah. Sikit je ni. Okay?" Ghazi memberi semangat.

Bukan dia mahu bebankan Nuha, cuma dia tidak sanggup kalau nanti kemana-mana isteri dia kena kutuk belakang-belakang. Dekat rumah Mama memanglah Mama tak kisah. Mama pun ala kadar je skill memasaknya. Tapi, dia risau kalau sedara-mara datang rumah. Takut Nuha gugur di medan perang nanti.

"Kalau saya belajar ni, hadiahnya apa?" mata dikerdip-kerdip kan didepan Ghazi.

"Dapat aku." yakin Ghazi menjawab.

Iya lah. Hadiah apa lagi yang lebih baik berbanding dia. Dia segalanya yang Nuha perlu dalam dunia ni, tak perlu orang lain lagi. Hanya dia yang boleh lindungi dan bahagiakan Nuha.

Batang hidung Nuha merengut. Sejak bila Ghazi pandai bermanis mulut ni.

"Kalau tu hadiahnya, saya dah dapat awak dah. Chup!" pipi Ghazi dicium.

Lantas tangan kasar itu menarik pipinya.

"Banyak sangat jawapan. Dah, belajar cepat. Aku tak tolong tau nanti. Pandai-pandai lah!"

"Kalau tersalah beli?"

"Sebelum beli, kena lah tanya sayang.. Jangan lah main beli je." geram.

"Kalau orang tu tipu?"

Ghazi tepuk dahi.

"Belum ada orang nak menipu dalam jual sayur dan ikan ni Nuha. Tipu harga tu aku boleh hadam lagi. Kalau kau nak cakap dia tipu nama ikan dan sayur, jap lagi kau yang aku suruh pergi berniaga sayur nanti."

Nuha menyengih. Ada saja cara dia mahu buat Ghazi marah. Kalau sehari tak dengar Ghazi marah-marah sebab melayan dia, rasa tak tenang hidup. Serba tak lengkap!

"Kalau dia pun tak tahu?"

"Nuha Irdina. Duduk diam-diam.. Jangan bergerak kedepan kebelakang macam tu. Mata aku ni sakit tau. Nak tengok cermin sisi pun payah."

Nuha ni tidak habis-habis buat dia marah-marah. Sengaja mahu dia jadi suami yang teruk kut. Baik macam mana pun dia, pasti ada saja perangai dan kerenah Nuha yang sengaja menaikkan kemarahan. Macam jaga budak tak habis sekolah je rasa. Banyak main-main dari serius nya.

Sepanjang 30minit perjalanan mengharungi beberapa lampu trafik dan juga mengharungi persoalan dan pertanyaan dari mulut Nuha yang tak berhenti-henti, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi. Rasa macam dah memandu 3 jam penatnya. Kereta Alphard putih itu di parking sedikit jauh dek kerana tiada parking kosong berdekatan.

"Kau nak masuk sorang ke aku masuk sekali?" soalnya sambil tangan menyalakan putung rokok di bibir.

Kalau Nuha mahu dia ikut teman, kena lah tunggu dia selesai berasap dulu. Dekat rumah Mama, tak boleh nak merokok kerana ada Dena yang masih kecil tu. Habis kena pekik nanti.

Nuha menggeleng. Dia rasa kalau Ghazi masuk sekali dengannya, memang habis kena ceramah nanti. Semua serba salah aje di mata Ghazi. Baik dia masuk sendiri, beli sendiri, tanya sendiri.

"Awak duduk dekat kedai tu. Nanti saya datang." salah satu deretan kedai makan ditunjuk. Tanpa menunggu Ghazi berkata apa-apa, dia sudah berlalu pergi sambil bernyanyi-nyanyi.

Ghazi menggeleng. Apa yang happy sangat tak tahu lah. Jangan sesat sudahlah, Nuha.. Kalau sesat, memang dia akan gelak terbahak-bahak disini.

Hampir tiga batang juga rokok yang sudah dinyalakan. Tiba yang ke empat, tangan terhenti. Rokok tadi dimasukkan semula ke dalam kotak. Mata memandang sosok yang dikenali itu tidak lepas-lepas.

"Rul? Hazirul?" bahu si lelaki yang sedang duduk menonton televisyen di kedai makan itu disentuh perlahan.

Hazirul berpaling. Reaksinya sama seperti Ghazi, juga terkejut.

"Weh, Ghazi. Kau buat apa dekat sini?" salam mereka bertaut.

Ghazi menarik kerusi di sebelah Hazirul. Melebar senyumannya. Lama juga dia tidak nampak Hazirul. Kali terakhir di masjid sebelum ni.

"Sini kampung aku. Kau?"

Hazirul mengangkat kening. Terkejut.

"Kebetulannya. Aku teman isteri aku. Sini kampung dia." terkekeh-kekeh Hazirul ketawa. Lucu mengenangkan kebetulan yang tidak putus-putus.

Ghazi mengangguk tetapi anggukannya berhenti separuh jalan.

Isteri? Serta-merta teringat gosip Hijjaz sebelum ini. Mengenai Hazirul.

'Jadi, benarlah Hazirul pernah kahwin..' getus hatinya.

Wajah Hazirul yang sekarang nampak lebih terurus dari sebelumnya. Dia senang.

"Isteri kau? Orang sini juga? Kau duduk mana?" Ghazi bersoal-soal setelah selesai memesan minuman.

"Orang dekat-dekat sini aje, Ghaz. Bekas isteri tapi in sya Allah, ada rezeki kami rujuk semula. Buat sementara ni aku duduk homestay area sini juga. Tak jauh sangat."

Terangguk-angguk dia mendengar cerita Hazirul. Dalam hati dia mengucap syukur. Kalau Hazirul mahu rujuk semula, pastilah lelaki ini sudah tekad mahu berubah betul-betul. Dan dia sebagai kawan tumpang gembira.

"Ha! Tu bini aku. Meh aku kenalkan kau dengan dia." tangan Hazirul melambai memanggil seseorang.

Serentak itu juga kepala Ghazi berpaling. Nafas tersekat di kerongkong.

"Su?" ujarnya seperti tidak percaya apabila Suhana semakin menghampiri.

"Ghazi? Abang kenal Ghazi ke?" senyuman Suhana melebar melihat Ghazi di depan mata. Tidak sangka boleh berjumpa di sini.

Ghazi dan Hazirul mengangguk serentak sebelum dua-dua pecahkan gelak masing-masing.

"Eh.. Aku rasa macam tak percaya lah. Kenapa banyak sangat kebetulan yang melibatkan kau ya, Ghazi? Hebat betul lah takdir ciptaan Tuhan." dia menarik kerusi untuk isterinya, Suhana.

Barang-barang basah dan kering di tangan Suhana disambut oleh Hazirul.

Ghazi menggaru kepala. Dia pun tak sangka.

"Entah lah. Aku pun pening ni."

"Jadi, Su pun mesti kenal Hijjaz lah kan?" Hazirul bertanya kepada Suhana.

Suhana mengangguk.

"Hijjaz yang selalu melepak dengan Ghazi masa sekolah tu? Ha'ah. Kawan sekampung juga. Nuha mana? Ghazi tak bawa sekali?"

Mata Hazirul beralih kepada Ghazi. Baru dia perasan, Nuha tiada.

Ghazi menghirup air teh'o panas di dalam cawan sebelum menjawab pertanyaan Suhana.

"Ada. Tengah beli barang." dia membalas ringkas. Tak kan lah dia nak cakap dia tengah uji Nuha pergi pasar sendiri. Kah. Jaga aib bini..

Hazirul melopong. Tak percaya.

Nuha anak Dato'Uzair pergi pasar? Biar betul Ghazi ni.. Sekalipun Ali tidak pernah membiarkan adiknya pergi dapur pun. Ghazi selamba badak suruh anak menteri ni pergi pasar. Hati kental betul.

"Beraninya kau.." komennya sambil kepala menggeleng. Mata tidak lepas dari menatap wajah Ghazi.

Ghazi ternganga kecil. Tidak faham dengan maksud 'berani' dari Hazirul. Apa-apa sajalah.

"Su sudah pindah semula ke rumah abah Su ke?" mata tertumpu kepada Suhana yang sedang menyuap nasi lemak. Kerlipan mata yang indah itu.. Kalau Su bujang dan dia pun bujang dan mana-mana lelaki bujang pun lah.. pasti akan cair.

Hazirul sangat beruntung dan dia harap Hazirul tidak akan sia-sia kan Suhana sekali lagi. Kalau tidak, dia akan pecahkan muka Hazirul.

"Sudah. Abang Rul sudah terangkan pada Abah Su. Alhamdulillah abah Su faham." senyuman yang terukir wanahnya jelas menggambarkan rasa hatinya yang sedang berbahagia.

Tangan Hazirul cuba menyentuh lembut tangan Suhana namun Suhana menepis berserta jelingan tajam diberikan kepada Hazirul. Ghazi tersenyum kecil. Lucu. Mungkin inilah gaya orang yang pernah bercerai dan mahu rujuk semula bercinta. Gatal bukan main padahal belum ada ikatan yang sah lagi.

"Kalau buat kenduri nanti, jemput lah Ghazi."

"Mesti! Lagi mudah jemput Ghazi dari terpaksa menapak jemput sorang-sorang orang kampung. Kalau jemput Ghazi, automatik satu kampung datang sekali." Suhana berkata dengan teruja.

Ghazi ni ramah dengan orang kampung. Kalau minta dia sebarkan jemputan, pasti sekejap saja jemputan sudah tersebar kerana dia selalu dikelilingi manusia. Tarikan seorang Ghazi, siapa pun akan dengan mudah berkawan dengannya.

Ketawa Ghazi meledak. Senang dengan kata-kata Suhana. Dia gembira kerana dia masih kawan yang penting pada Suhana.

"Ghazi. Tu.." muncung Hazirul memanjang.

Kepala Ghazi berpaling ke belakang. Nuha dengan muncungnya sedang menghampiri mereka bertiga. Barang-barang di tangan di letakkan di salah satu kerusi. Tangannya mencuit tangan Ghazi sehingga lelaki itu mengaduh kecil.

"Hai, Nuha. Duduklah." Hazirul mempelawa.

Wajah Nuha yang sudah masam itu membuatkan hatinya digeletek rasa lucu.

"Awak duduk sini tengah menggatal ke?" dia berbisik ke telinga Ghazi.

"Choi! Kau nak aku buat betul-betul ke?" matanya mencerlung.

Nuha ni.. Kalau nak tuduh dia menggatal pun, tengoklah sekeliling. Tak kan lah dia nak menggatal dengan makcik kedai ni pula.

"Nuha jangan risau lah. Ghazi ni setia orangnya." Suhana memujuk.

"Su ni isteri abang lah, Nuha." Hazirul membantu.

Terbeliak mata Nuha Irdina mendengar berita yang satu ini. Sejak bila pula abang Hazirul kahwin?!

Mata memandang wajah Ghazi. Ghazi mengangguk menjawab segala persoalannya.

Ini memang berita besar. Dia langsung tidak tahu yang abang Hazirul sudah kahwin. Yang dia tahu hanya lah abang ni tak lurus. Bengkang bengkok sana sini. Kejap lurus kejap tidak. Sama macam Zack!

Uncle Rahman tahu ke? Ah, dia putus asa. Uncle Rahman tahu atau tidak, mestilah bukan masalahnya.

"Diorang nak rujuk semula nanti." ujar Ghazi. Tangan sibuk memeriksa barang belian Nuha. Takut tersalah beli pula.

Nuha tersenyum lebar. Gembira dengan berita itu juga. Maknanya, Suhana dan Ghazi tak akan pernah ada peluang bersama semula lah kan! Haruslah dia gembira untuk mereka. Kalau mahu dia tolong di kenduri nanti pun dia sanggup.

"Wow. Macam mana semua boleh betul ni?" suara Ghazi menghentikan bayangannya akan perkahwinan Hazirul dan Suhana nanti.

Suhana di sebelah sudah tergelak kecil apabila Ghazi memerli isteri sendiri.

"Awak ingat saya tak pandai pergi pasar ke? Please lah. Pejam mata pun boleh." kalau kena puji, haruslah kembang.

Bibir Ghazi mencebik. Ingat dia nak percaya?

"Makcik mana lah yang baik hati tolong kau ni. Dah cakap terima kasih ke belum?" macam dia tak tahu saja taktik si Nuha ni.

"Dah!" air teh'o Ghazi dihirup sehingga habis. Lega. Berpeluh-peluh dia di dalam pasar tadi. Ramai orang satu hal, lecak lagi..

Suhana dan Hazirul tergelak. Nuha ni innocent sangat lah. Tak pandai menipu..

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience