BAB 2

Romance Series 18757

Putung rokok yang sudah semakin pendek itu disedut kuat-kuat dan melepaskan hasilnya ke udara. Sudah 3 kali disedut asap rokok itu sepuasnya, hujung rokok dimatikan dengan jari. Lebihannya dimasukkan semula ke dalam poket seluar. Ini lah stok rokok nya yang terakhir.

Dia mengaku, dia memang ketagihan dalam merokok. Kalau di kampung dulu, 2 hingga 3 kotak juga dia mampu habiskan dalam sehari. Kalau tidak kerana takut pada ayah, ketagihannya itu boleh jadi lebih teruk. Elaun hariannya juga dipotong kerana terlalu banyak dihabiskan pada rokok semata.

Ghazi mengeluh perlahan. Dia sedar sesuatu tentang dirinya, dia memang anak tidak berguna. Sepanjang hidup, dia tidak pernah merasa apa itu susah. Ayah dan Mama selalu ada untuk penuhi apa saja permintaan dia.

Sekarang, beli sekotak rokok pun dia sudah tidak mampu. Duit yang diberi ayah sebelum ini sudah dihabiskan dengan membeli tiket bas dan membayar bahagiannya menyewa bilik hijjaz, lebihan dari semua itu hanya mampu menyara makan minum dia sehingga hujung bulan ini saja. Terpaksa juga dia bekerja mengikut saranan Hijjaz.

Deringan dari telefon pintar menghentikan lamunan. Panggilan dari Hijjaz dijawab.

Dia menjawab ala kadar saja apa yang ditanya oleh lelaki itu. Kalau dia tidak jawab pun, Hijjaz pasti tahu. Mr.Zack pasti memberi laporan penuh padanya.

“So far so good.” Jawab Ghazi apabila ditanya kan tentang penerimaannya terhadap pekerjaan tersebut.

Sebelum mematikan panggilan, Hijjaz sempat menyuruh Ghazi untuk menunggunya di Stesen LRT terdekat memandang kan mereka sudah berjanji mahu keluar berseronok malam ini. Dengan malas, Ghazi berpusing semula ke Stesen LRT yang baru dilepasinya sebentar tadi.

Hampir 20minit dia menunggu di pintu masuk Stesen LRT Bintang, Sebuah kereta Persona berhenti betul-betul dihadapannya.Sudah dapat agak siapakah gerangan pemandunya. Malas-malas dia melangkah masuk ke dalam tempat duduk sebelah pemandu.

“Yang kau ni, boleh tanggal cermin mata tu tak? Dah malam lah, bebal.” Ghazi menyandarkan kepalanya ke belakang.

Penat betul dia seharian ini. Baru hari pertama dia sudah rasa letih yang teramat. Lebih-lebih lagi dia harus berjimat, terpaksa dia berjalan kaki dari tempat kerja ke rumah. Caj menaiki LRT pun sudah terasa begitu mahal buatnya.

Hijjaz gelak besar.

“Alah, rilek lah. Baru nak acah cool sikit. Takpe, tempat kita nak pergi ni boleh hilangkan penat kau.” Hijjaz menekan kuat pedal minyak kereta melalui jalan pintas ke destinasi mereka tanpa perlu menghadap jalan raya yang sesak.

Ghazi di jeling dengan ekor mata. Lelaki itu sudah nyenyak tidur. Dia menggeleng perlahan.

•••

Cermin tingkap Ghazi diketuk kuat membuatkan lelaki itu tersedar dari tidur. Baru saja ketuk pintu gerbang menuju ke alam mimpi, dia sudah perlu bangun semula. Keluhnya perlahan.

Hijjaz dilihat nya sedang merokok di luar. Mata Ghazi liar melihat pemandangan di luar kereta, Pusat hiburan. Dia sudah kepenatan, si Hijjaz ni ajak dia bermain pula malam-malam buta begini. Kalau ikut kan hati, mahu saja dia penyepak muka si Hijjaz ini sekarang. Tapi memikirkan jasa Hijjaz padanya, tak jadi.

Dia keluar dari kereta dengan rambut kusut masai. Ikatan Man’s Bun-nya dibuka. Rambut yang mencecah bahu itu terlerai menjadi messy-look.

Dia mengikut saja langkah Hijjaz. Hijjaz juga yang membayar entry-fee’s mereka berdua. Jangan harap dia mahu keluarkan duit padahal Hijjaz yang mengajaknya. Sudahlah tengah miskin sekarang ini.

Mereka memilih dan melabuhkan punggung disalah satu meja yang kosong. Hijjaz mula ramah menegur seorang dua gadis berdekatan mereka. Ghazi pula hanya duduk bersandar di sofa. Yang dia fikirkan sekarang hanyalah katil dan bantal. Dia mahu balik, mandi dan tidur!

Keriuhan kelab malam ini betul tidak serasi dengan jiwa. Dimana saja matanya menyinggah, pasti ternampak maksiat. Kalau tidak maksiat, dia berzina hati pula. Argh! Seksi betul semua perempuan dalam kelab ni.

“Ini I kenal kan kawan baik I, Ghazi..” Ujar Hijjaz kepada dua orang gadis yang dikenali sebagai Amy dan Celene.

Ghazi mencebik. Tidak senang dengan apa yang dilakukan Hijjaz sekarang. Duduknya mula merasa tidak selesa.

Tunggu aku bunuh kau, Jaz. Aku dah betul-betul penat ini, perlu melayan kawan kau pula.

Senyuman oenuh keterpaksaan diberikan. Cukup sekadar ambil hati. Dia malas mahu layan lebih lebih. Biar Hijjaz buat apa dia mahu asalkan tidak melibatkan Amir Ghazi.

Celene datang melabuhkan punggungnya di sebelah Ghazi yang sudah memejamkan mata. Sentuhan Celene pada lengannya seakan kejutan elektrik buat Ghazi. Mata yang tadi cuba ditutup, terus terbuka.

Selamba sahaja Celene ini sentuh-sentuh dia. Belum pernah dalam umur hidupnya ada perempuan asing yang berani-berani sentuh Amir Ghazi. Ah! Ni yang dia tak suka ni!

Tangan ditarik semula dari pegangan Celene. Dia menjauhkan sedikit jarak mereka. Kalau tadi dia bersandar malas, sekarang dia duduk menegak. Bersiap sedia mahu bangun kalau si gadis cuba meraba-raba dia pula. Ya, dia over-react. Tapi dia kisah apa!

Dia diajar menghormati dan melindungi wanita, bukan menerkam wanita. Hijjaz panggil dia anak dara sebab tidak pernah mencuba-cuba tapi dia bangga dengan title tersebut. Anak dara ke anak teruna ke, dia tidak kisah. Dia bukanlah mulia sangat tapi dia punya mak dan adik beradik perempuan. Kalau ini berlaku pada adik perempuannya, dia pun tidak senang hati. Baik dia jadi contoh yang baik pada adik-adiknya.

“Jaz, aku pergi tandas sekejap lah. Buang air.” Beritahunya lalu bangun berlalu dari situ. Hijjaz sudah mula seronok dibuai manja pasangannya.

Dengan ruang yang gelap dan dipenuhi orang begitu, mahu ke tandas pun menjadi satu halangan. Dia terpaksa menyelit atau menolak perlahan orang-orang berdiri berserakan. Lega rasanya apabila dia berjaya sampai di hadapan pintu tandas.

Rancangnya sebentar lagi dia mahu lepak diluar saja sampai Hijjaz sudah puas berseronok. Sakit kepala dia mendengarkan muzik yang begitu kuat dan rancak, apalagi matanya ditayang pula dengan orang ramai yang terkinja-kinja menari. Dia lebih selesa dengan keadaan sekeliling yang tenang.

Inilah agaknya beza lelaki kampung seperti dia dengan lelaki bandar seperti Hijjaz. Kalau mak bapak Hijjaz tahu perangai anak mereka disini begini, konfem kenduri tahlil 3hari 3malam buat Hijjaz. 3hari tu juga tidak berhenti bacaan Yaasin di rumah mereka atau Pakcik Ibrahim akan sponsor makan pagi, petang dan malam di masjid asalkan orang masjid sanggup membacakan yaasin buat anaknya.

Ghazi gelak dalam hati. Selama ini Pakcik Ibrahim asyik salahkan dia atas perangai buruk Hijjaz yang kononnya terpengaruh dengan perangai buruk Ghazi.

Pakcik Ibrahim tidak tahu yang memang perangai Hijjaz ini serupa setan dari dulu lagi. Nasib lah dia tidak ambil hati sangat dengan pandangan orang kampung padanya. Dia sudah biasa dan dia tidak berdendam apa-apa. Asalkan Mama dan Ayah percaya dan kenal Ghazi yang sebenarnya.

Zip seluar ditarik keatas. Selesai mencuci tangan, dia berlalu keluar dari situ.

Langkahnya terhenti apabila dia terpandang kan Celene yang berada tidak jauh dari tandas lelaki. Gadis itu leka dengan telefon pintar. Sesekali dia menoleh kearah tandas dimana Ghazi berada.

Dia mencebik. Celene ini memang slow ke macam mana. Tidak dapat tangkap hint yang dia tidak sudi !

Dia mendengus kasar. Geram pula rasa bila terpaksa berdepan dengan hal leceh begini. Dia menyalah-nyalahkan Hijjaz akan apa yang berlaku sekarang ini.

Ini semua salah Hijjaz!

Ghazi meneruskan langkahnya keluar dari situ. Celene mengejar-ngejar anak dari belakang. Sesekali Celene memanggil namanya.

“What do you want?” Wajah ditoleh supaya bertentang dengan wajah si gadis.

Reaksi wajahnya jelas menunjukkan dia tidak berminat.

Hijjaz memang selalu buat hidup dia serabut. Semua ini salah Hijjaz lagi!

Lengannya dirangkul manja oleh Celene.

“Saja. I just want to know you better.” Jawab si gadis bernada manja. Dia suka lelaki seperti Ghazi. Mahal!

Dia sudah bosan dengan semua lelaki di kelab ini. Yang hanya mengejar dia kerana duit dan seks. Tetapi dia akui, Ghazi berbeza. Kalau lelaki lain, sudah terbeliak memandang kecantikannya.

“Well, sorry miss. I’m not interested.”

“For now. Maybe after few conversation, we will find something similar between us.” Celene memujum dengan nada manja. Tubuh cuba digesel-gesel ke tubuh Ghazi supaya lembut hati lelaki itu.

Ghazi mengeluh perlahan. Dia paling anti orang macam ni. Try too hard.

Si gadis terus meliuk-liukkan tubuhnya mencari perhatian Ghazi.

Dia merentap kasar lengannya dari rangkulan Celene. Pantang betul dia dengan perkara sebegini. Mata Celene dilihat sudah mula berlinang airmata. Ghazi mendengus. Perempuan.

“Listen Miss. You..”

Kata makian yang sudah dia susun didalam kepala terhenti apabila Hijjaz datang menyampuk perbualan mereka berdua. Mata Hijjaz merayu kepadanya supaya tidak mengeluarkan apa-apa perkataan tidak baik kepada Celene.

Ghazi menghala pandangan ke arah lain. Dia malas mahu ambil pusing. Kalau Hijjaz mahu dia diam, bawa perempuan ini pergi dari sini sebelum dia hilang sabar. Mudah!

Hijjaz mengangguk faham dengan apa yang disampaikan oleh Ghazi melalui layanannya kepada mereka. Ghazi menjauh dari mereka menuju ke tingkat atas. Dia mahu melihat suasana pusat hiburan ini dari kawasan yang lebih tinggi.

Dari atas dilihatnya Celene dan Hijjaz sudah ke dance’s circle. Celene nampaknya begitu asyik disentuh Hijjaz. Ghazi hanya menggeleng kepala. Hijjaz betul-betul lupa diri apabila berada di Kuala Lumpur.

Bunyi notifikasi dari telefon pintar mengubah perhatian Ghazi. Kalau tadi dia asyik melihat gelagat lupa diri manusia, sekarang matanya fokus ke arah skrin telefon bimbit.

Mesej dari adik nya, Aisyah yang saja bertanyakan keadaan dirinya di Kuala Lumpur. Laju jari nya menari di atas skrin telefon bimbit. Sebaik sahaja dia menekan butang hantar, dia kembali memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar.

Anak mata ligat mencari kelibat Hijjaz namun gagal. Keadaan ruang atas yang mula sesak menghadkan pergerakan Ghazi. Ghazi memaki didalam hati.

Lampu warna warni menghadkan pandangannya. Suasana didalam kelab hiburan ini memang sesak, lagi menyakitkan mata. Di sana sini penuh dengan manusia.

Ghazi menuju ke arah pintu keluar kelab apabila kelibat Hijjaz sudah hilang dari pandangan. Tadinya Hijjaz galak menari dan berpeluk-pelukan di lantai tarian, sekejap sahaja lelaki itu sudah hilang. Malas mahu mengambil kisah hal Hijjaz, dia tinggalkan sahaja lelaki itu di situ.

'Malas aku mahu kisah. Baik aku selamatkan mental aku ni dahulu. serabut betul dengan keadaan dalam kelab ini.' 

Sisa putung rokok yang belum habis tadi dikeluarkan dari dalam poket. Hujung putung yang sudah terbakar dijentik-jentik beberapa kali. 

Fokusnya sekarang hanya mahu keluar dari sini dan berasap diluar dengan tenang. 

Pap! 

Langkahnya berhenti. Bunyi yang begitu perlahan tetapi sempat menampar telinganya itu menarik perhatian. Mata mencari-cari dari arah mana datangnya bunyi tersebut. 

Beberapa langkah dari kanan terdapat tiga orang lelaki yang sedang mengerumuni seorang gadis. Salah seorang dari geng tersebut memegang pipi, matanya memandang gadis dihadapannya dengan perasaan marah. 

"I minta you baik-baik." Tangan kecil si gadis di tarik sehingga merapatkan tubuh gadis tersebut kepada tubuhnya. Dua orang lelaki hanya memandang, ketawa kecil sesama mereka.

Ghazi hanya terus memerhati. Tidak berbaloi rasanya dia mahu menyibuk pertelingkahan pasangan bercinta. Ya lah, mungkin mereka bercinta. Mungkin perempuan tu awek dia. Mungkin ..

Zapp!

Laju tangan Ghazi menangkap tangan lelaki berotot tersebut. Dia menguatkan genggamannya sedikit. Walau dalam cahaya yang sekejap gelap sekejap terang, dia dapat melihat dengan jelas kerutan di kening lelaki itu. Dua orang rakannya terkejut. 

Ghazi tersenyum sinis sedikit mengejek.

Benar sangkaan dia. Otot orang moden saja, low-class. Walaupun badannya tidak penuh berisi seperti badan lelaki di hadapan ini, namun kekuatan dia terbina hasil dari latihan berpanjangan, bukan angkat besi semata. Kah. 

Genggaman dilepaskan apabila lelaki itu mengaduh sakit. 

"Kau siapa?" Tanya salah seorang dari mereka bertiga. Jelas tidak berpuas hati. Mereka berdua sudah mula menggepal penumbuk masing-masing.

"bukan siapa-siapa." Ujar Ghazi ringkas. Jujurnya dia malas mahu berbalah-balah. Dia cuma tidak suka apabila mereka bertiga memaksa orang begini. Sudah perempuan ni tak sudi, kenapa sampai mahu guna kekerasan? cis. 

Ghazi menjeling ke belakang dan menilik wajah si gadis sesaat dua. 

Keluhan pendek di lepaskan. Budak muda lagi sudah pandai masuk kelab malam. Adoi. 

Beberapa orang yang lalu lalang di lorong keluar masuk memerhati mereka berlima. Ada seorang dua yang sudah mula memanggil sekuriti untuk membantu.

Ghazi hanya membatu. apa mahu jadi, jadi saja lah. Dia akan pertahankan diri kalau perlu. Harapnya tidak akan berlaku pertelingkahan yang lebih serius.

melihat Ghazi tiada tanda tanda mahu mengalah, mereka jadi gusar. lebih lebih lagi semakin banyak mata yang memandang kepada mereka. Lelaki yang ditampar tadi mendengus perlahan.

"Sudahlah. Jom." Ajak salah seorang dari mereka. 

Lega. Nasib sajalah mereka ini penakut semuanya. Buatnya 3 lawan 1. setiap seorang ada 2 otot jadi 6 lawan 2.  Mana nak terlawan.

Otot besar tapi kacau perempuan. Apa lah. Baik pergi berbakti pada mak ayah ke, tolong tanam sayur dekat kampung ke, ada faedahnya. Dia menggeleng beberapa kali. 

"otot besar otak kecik." omelnya sendirian. 

Tiba-tiba dia teringatkan hajat sebenarnya.. Tangan meraba-raba ke poket seluar dan baju. Tiada! Mata kembali mencari putung rokok tadi.

Sudahlah itu yang penghabisan bagi bulan ni. alah. 

Badan dibongkokkan sedikit mencari-cari di lantai. Lampu yang samar-samar menghadkan penglihatan. 

" Err.. Awak?" tegur gadis tadi. Suaranya yang lembut dan lunak menyapa pendengaran. 

Malas mahu memanjang kan cerita, Ghazi memekakkan sahaja telinga. Anggap saja pertolongan tadi hal kecil. Tidak perlu ber-arigatok arigatok haik. Lagipun dia tiada masa nak berborak ni. Rokok lebih penting. 

Tumpuan jadi terganggu apabila tangan si gadis pula menepuk-nepuk ke bahu.

Tak blah lagi rupanya. Sudah lah. Aku mengalah!

"Apa?" sambil menoleh ke belakang.

Automatik hati beristighfar panjang panjang.

Kalau mati sekarang ni, konfem neraka tempat aku. Mati dalam kelab malam, siap ditayangkan pula dengan keindahan dunia yang satu ini. 

Mak aih! Berani betul anak dara ni pakai baju menjolok mata macam ni. Memang patutlah abang otot kacau. Rosak mata aku, rosak.. Cuci dengan air zam-zam pun tak boleh lupa dah ni. 

"Thank you for saving me." Ujar si gadis tersipu malu. Suara sedap, lemah lembut tapi pakaian K.O. 

Sedap kau, Ghazi. Dah puas tengok, menghina pula dosa orang lain. Yang kau masuk kelab ni tak dosa ke? Apa kau expect bila masuk kelab? Sejadah? orang berkhutbah? 

Dia tergelak di dalam hati. Cakap orang, diri dia sendiri pun dua kali lima. adoi. 

"Aku orang melayu, cakap melayu." Se-das dia bagi. Saja mahu mengusik. Si gadis mengetap bibir. Malu lah tu. Kah kah.

Ghazi menyimpan senyum. Terhibur pula melihat gelagat dia yang tersipu-sipu malu. 

Itu lah. Lain kali nak bercakap, tengok siapa audience kau. melayu ke mat salleh. Tak belajar ke?

Gadis tadi mengekor Ghazi keluar ke parking area. Nafas panjang di lepaskan sebaik sahaja dia dapat menghirup udara malam. Rokok yang hilang tadi sudah dia lepaskan dengan redha. Bukan rezeki. Tangan dimasukkan ke dalam poket dan bersandar ke kereta proton si Hijjaz. 

"Ha, kau nak cakap apa?"

Gadis kecil molek di hadapan nya ini terpinga-pinga.

"Err. Nak ucap terima kasih." Ujarnya mengulang semula ayatnya ketika didalam kelab tadi, cuma kali ini dia translate bahasa melayu. Bahasa melayu bahasa kebangsaan, agungkan bahasa kita! 

"Okay. sama sama."

Mata membuang pandang ke arah langit. 

"itu je?" 

Kening diangkat.

Itu je lah. Nak cakap apa lagi. Tak kan nak aku cakap bahasa inggeris juga kot. Welcome welcome. camtu? 

Wajah gadis itu dipandangnya. Tak faham. 

"Yelah. Selalunya kalau ada perempuan tengah cuba nak jadi friendly, lelaki selalunya lagi suka tanya macam-macam kan." Bebelnya dengan penuh bersemangat. Tidak lupa juga senyuman acah acah comel yang sedang ditawarkan kepada aku sekarang ini. Nasib iman aku kuat, tidak mudah jatuh pada godaan duniawi begini. Walah. 

Ghazi membuat muka. Banyak cantik muka dia. Hm..memang cantik pun. 

"Ha? Kalau macam tu, lelaki-lelaki tadi friendly dengan kau, kenapa kau tolak pula? Perempuan tak betul." Jari di pusing-pusingkan separas otak. 

"Itu.. Itu.. Diorang berniat jahat." 

Mata terpusing keatas. Biar betul ini perempuan! 

"Kau ingat kau masuk kelab, kau cari apa? cari lelaki solat lima waktu, jaga ikhtilat?" Ha, ini yang buat aku mahu membebel.. 

Muda-muda sudah pandai masuk kelab malam.  Perempuan pula. Dimana mak ayah dia ni sesuka hati beri anak perempuan kebenaran keluar malam malam buta. Kena rogol ke ragut ke bunuh ke, macam mana! 

kali ini gadis itu membalas dengan senyuman. Tidak habis habis lagi dengan godaan duniawi !

Dia boleh senyum pula. Bukan rasa bersalah dan serba salah. haih.

"Saja aje. Ni pertama kali saya datang." 

Terkejut lagi. 

"Banyak lah kau. Sudah! Pergi balik. Ini bukan tempat untuk budak bawah umur macam kau." 

Hilang terus keinginannya mahu berasap dengan tenang diluar ini. Sudah lah rokok tiada, terpaksa pula melayan budak kecil ni.

"Umur saya 22 tahun lah! Panggil saya Nuha, bukan kau. Nama awak apa?" 

Pftt! Tersembur air liur mendengar kan kata-kata Nuha. Umur 22tahun? Muka macam budak budak aje. 

"Ada aku kisah." 

Nuha menjeling. geram.

"Orang tanya nama je. Itu pun nak marah." omel Nuha sendirian. 

Ghazi membalas jelingan gadis itu dengan menayangkan muka selamba. 

Macam aku takut. Sekali aku jentik, terbang berbatu jauhnya kau nanti. 

Nuha mengeluarkan punat kunci keretanya dari dalam tas tangan. Automatik lampu kereta mini cooper yang diparkir berhadapan kereta Hijjaz berkelip dua kali. Nuha di tilik dari atas ke bawah. Patut lah kerek.. 

Bibir Nuha terbuka sedikit seakan mahu berkata sesuatu tetapi tidak jadi apabila Hijjaz terlebih dahulu menjerit memanggil Ghazi dari jauh. Jelas dan lengkap nama Ghazi dijerkahnya dari sana. Kecil besar kecil besar sahaja Hijjaz di mata dia sekarang. 

Nuha senyum meleret. lesung pipit kecilnya kelihatan di kedua belah pipi. 

"Tahu dah nama awak. Amir Ghazi. Bwekk!" 

Ceh! 

Kalau lah aku dapat backhand muka Hijjaz tanpa sebab kan bagus. Asal dia tak jerkah sahaja dengan nama bapak aku sekali. cis. 

wajah Nuha direnung dengan perasaan geram. Ada sahaja yang dia jawab. Makin di layan, makin banyak pula dia mahu tahu nanti. 

"Dah. Kau pergi balik. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi." Jelingan tajam menikam seraut wajah Nuha. Biar dia takut sikit. 

Nuha menjelirkan lidah sambil berjalan menuju ke keretanya. Enjin Mini cooper itu berbunyi. 

Bibir mencebik. Dia ingat aku ni siapa ha. Abang-abang dia ke dia nak main-main dengan aku. Aku tampor kang, apa tak dapat. 

Nuha menurunkan cermin kereta dan melambaikan tangan kepada Ghazi siap mengucapkan selamat malam dan moga mimpi indah lagi.

Apabila keretanya berhenti betul betul di hadapan, Ghazi meletakkan lengan di tingkap yang terbuka, dia berpesan sekali lagi supaya gadis itu pulang terus ke rumah dengan nada yang lebih tegas.

Sudah macam aku ini bapa dia pula pergi ambil tanggung jawab menegur anak orang. 

Kepala di geleng beberapa kali. Perempuan zaman sekarang, berani betul datang bersendirian ke tempat tempat begini. Kalau adik aku ni, aku ikat dekat pokok. Biar kena makan hantu. 

"Ui. Siapa tu?" Hijjaz menghampiri. Ghazi geleng kepala. Malas mahu bercerita panjang-panjang. Penat.

Pintu kereta Proton Persona itu di buka dan masuk ke dalam. Hijjaz masih berdiri diluar. Tidak puas hati lah tu dia tak mahu cerita.

Dia seronok seronok berzina dekat dalam, aku diluar macam patung tunggu dia. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience