BAB 38

Romance Series 18757

Tubuh Ghazi melanggar belakang tubuh Nuha. Habis jatuh semua beg bagasi Nuha ditangannya. Duduk di kampung 3minggu tapi bawa baju macam duduk 3tahun saja.

Dan Nuha di depan ini pula terpacak macam tiang eletrik ni dah kenapa?!

Bahunya menolak bahu Nuha. Kepala diangkat sekali.

"Kenapa?" mata memandang ke dalam rumah.

Tiada apa yang istimewa pun. Yang asing nya cuma kasut yang lebih dari jumlahnya yang biasa.

"Abang Ali!" Nuha menjerit kegirangan sebaik sahaja kelibat seorang lelaki muncuk di sebalik pintu.

Selamba sahaja Nuha peluk lelaki entah siapa-siapa di depan mereka sekarang. Dan lelaki itu juga merangkul tubuh Nuha. Huh!

Ini yang bikin mahu menggelegak darah dalam badan. Bini sendiri selamba badak peluk lelaki asing. Nuha ni memang dah lama tak kena babap ke ha?!

Ghazi berdehem sekali. Matanya meminta Nuha menjelaskan siapakah gerangan lelaki di depan mereka ini. Tersengih-sengih dia lalu melepaskan pelukan erat antara mereka. Lengan Ghazi kembali di paut.

"Ini abang Ali. Abang, ni Ghazi. Suami Nuha."

Ghazi menghulur salam. Beku saja tangan Ali. Sejuk. Sama seperti mana bekunya wajah dia.

Wajah dia.. Tapi dimana ya?

Senyuman sinis Ali padanya membuatkan dia jadi teringat semua kejadian di pintu lif. Ketika dia kelam kabut mahu pulang ke kampung sebelum ini.

"Oh.. Suami Nuha. Abang dengar Ghazi ni.. pelayan aje kan?" nada penuh sinis.

Dia terasa sedang direndah-rendah tapi memang betul pun. Dia pelayan kafe saja sebelum ini. Tiada sebab dia mahu melenting hanya kerana di perli.

Ghazi mengangguk dan tersenyum. Nak buat apa lagi? Tak kan dia nak cakap 'pelayan pun duit halal juga'. Gila ke? Abang ipar ni. Kejap lagi ada pula drama abang ipar tak suka adik ipar, lepastu minta adik dia cerai dengan adik ipar. Lepastu rumahtangga goyah. Sifat saling mempercayai runtuh. Macam-macam lagi lah! Malas dia nak selusuri satu per satu drama kehidupan. Dan yang pasti, dia tak mahu langsung semua itu berlaku.

Bagasi di tanganya diambil oleh Nuha.

"Awak duduk lah borak-borak dengan abang Ali. Nanti saya buatkan air."

Dia angguk saja. Sementara bini dia tengah rajin, baik jangan membantah. Datang dia punya bad mood, habis semua benda ada saja yang tak kena. Sejak bila lah dia mula takut dengan 'angin' Nuha ni. Aiya..

Ali terus merenungnya tajam. Tiba-tiba Ali gelak. Sinis.

"Ghazi.. Kau ni sama je macam orang tua dekat atas tu." Ali duduk melabuhkan punggung ke sofa.

Tadi dia bertekak dengan Daddy. Sebab itu ruang tamu ini kosong. Daddy dan Mummy sudah berlalu naik ke atas.

"Sama? Apa yang sama?" dia terus tenang. Langsung tidak faham apa maksud Ali.

Dan Ali pula, jelas benar tidak sukakan kehadirannya di sini.

"Jangan ingat kau menantu pilihan, kau boleh senang-senang saja hidup dengan harta adik aku."

Ghazi mengeluh. Sungguh dia hairan. Apa orang kaya ingat semua orang miskin dan tidak punya apa-apa seperti dia ini gilakan harta sangat kah? Tidak pernah terdetik pun dia mahu ambil hak Nuha Irdina. Se-sen pun dia tak akan sentuh. Nuha akan hidup dengannya dan dia akan membesarkan anak-anak mereka dengan titik peluhnya sendiri!

Sudahlah tidak kenal hati budi dulu, tahu-tahu mahu tuduh saja. Hilang terus rasa hormatnya kepada Ali.

Ali.. Fitri..

Mata merenung Ali di sebelah. Baru dia teringat. Fitri ada menyebut-nyebut nama Ali tidak sudah-sudah sebelum ini. Wajah sedikit pucat dengan tubuh bentuk kotak yang agak berisi di sesetengah bahagian tubuh. Lelaki ini langsung tak mesra manusia!

Hentakan kaki Nuha yang sedang menuruni tangga membuatkan mereka berdua beraksi seperti biasa. Macam kedua nya tahu saja mahu menyorokkan kejanggalan antara mereka di depan Nuha.

"Lah... Kenapa tak borak-borak? Kejap, Nuha buat air tau abang."

Ghazi mengekori Nuha ke dapur. Menemani Nuha lebih baik dari berduaan dengan Ali. Dia sanggup lah kalau Nuha nak suruh cium ke apa ke asalkan jangan halau dia ke ruang tamu.

Pinggang Nuha dipeluk dari belakang. Bahu Nuha pula dijadikan tempat untuk merehatkan dagu. Tangan halus Nuha mengelus pipinya.

Aish.. Nuha ini semakin hari semakin meruntuhkan dan mencairkan tembok egonya. Dan hatinya pula asyik mendambakan belaian dari Nuha saja. Manja betul lah! Dia pun tidak tahu lagi bagaimana mahu marah diri sendiri. Dia lelaki, mana boleh manja!

"Awak pergilah teman abang kat depan." bisiknya. Geli hati melihat kerenah manja Ghazi bila berduaan. Ghazi memang begini. Dia sudah mula faham.

Kalau ada orang ramai, beku. Acah macho. Tak heran. Tak cair pun. Tapi! cuba kalau mereka hanya berdua. Ha, beginilah aksi berani mati dia. Manja bukan main. Asyik minta diberi perhatian saja dari kelakuannya.

"Takpe. Abang tak nak berborak dengan Ghazi pun." suara Ali mencelah.

Ghazi menghela nafas. Adakah dia pun akan senasib dengan heroin drama cinta? Abang ipar tak suka dan akan cuba memisahkan dia dan Nuha? Kah!

Mata Nuha mencerlung memandang si abang. Ghazi sengih aje. Sudah kalau Ali dingin dengannya, tak kan dia nak menyusahkan diri sendiri mengambil hati pula. Takde kerja lah!

"Abang Ali ni..." pipi Ali dicubit kuat.

Automatik wajah dingin tadi berubah mesra. Senyuman menghiasi wajah. Ghazi tergamam. Tidak sangka semesra ini hubungan dua beradik di depannya.

"Aduh.. Sakitnya Nuha. Sejak bila pandai dera orang ni?" pipi diusap. Mata menjeling Ghazi tajam, jelas tidak suka.

Sah! Ali ini ada sister-complex !!

Manja nak mampus kalau dengan Nuha tapi dengan Ghazi.. Hamik kau. Berangin aje dia.

"Sejak Nuha jadi isteri yang sayang suami dia." lengan Ghazi dipaut semula. Riak Ali berubah. Bibir mencebik.

"Abang boleh carikan lelaki lebih baik dari Ghazi ni untuk Nuha."

Adeh!

Nuha geleng laju.

Fuh. Nasib Nuha geleng kepala. Kalau tidak memang sekejap lagi dia picit kepala Nuha sampai penyek.

"Ghazi limited-edition."

Ehem! Pandai pun bini aku ni.. Bijak!

"Halah. Pelayan saja. Berlambak abang boleh carikan. Yang hensem? Yang tak hensem? Banyak duit?" Ali duduk bersandar di kerusi. Tangan memusing-musingkan pasu kaca bersaiz kecil di atas meja makan tersebut.

"Tapi Ghazi lain. I can make her happy." bibir Ghazi tersenyum senget.

Mata Ali mencerlung memandang Ghazi. Sister-complex Ali memang kronik. Macam adik dia ni dia punya seorang.

Ali menapak menghampiri Ghazi. Wajah mesra tadi kembali dingin.

"Happy? Kalau nak Nuha happy.. Kau patut bunuh je Fitri bila kau dapat peluang." sinis.

Wajah Ghazi tenang. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Ali. Nuha pula cuba menjarakkan tubuh Ali dari Ghazi dengan menyelit di tengah-tengah.

"Abang Ali ni. Nuha pun dah maafkan Fitri. Tak perlu lah nak fikirkan lagi perkara yang dah lama."

Ghazi terkedu. Mata mereka berdua terarah kepada Nuha Irdina. Maafkan Fitri?

"No!" "Jangan harap!"

Serentak.

"Kau nak maafkan, kau maafkan. Aku tak semudah itu nak maafkan dan melupakan." ujar Ghazi tegas. Kecil besar aje dia pandang Nuha.

Semudah itu Nuha nak memaafkan apa yang Fitri sudah buat. Dia tak boleh maafkan sampai bila-bila. Sekalipun Fitri sudah menyesal, biar dosa yang satu ini dia akan terus ingat.

"Abang pun tak setuju Nuha mudah-mudah maafkan Fitri. Kalau boleh sampai bila-bila pun tak!" suara Ali meninggi. Bergema juga suara garau itu ke serata ruang makan.

Kami sama-sama tak setuju.

"Apa sekali yang terjadi, I will make sure he pay for what he did." tajam anak mata Ali.

Nuha diam menunduk lantai. Ghazi melangkah mendekati dan Ali pula mendengus kuat berlalu naik ke atas.

Marah dengan keputusan Nuha. Entah apa yang masuk dalam kepala entah. Parasit seperti Ghazi ini memang tak layak untuk adiknya.

"Kau gila ke? Aku tak setuju tau." dagu Nuha disentuh naik semula.

"Tapi memaafkan itu kan baik."

"Memanglah, Nuha. Tapi ini bukan soal itu. Bukan kau seorang yang terkesan. Abang Ali mesti lagi marah. Mummy, daddy, aku sekali. Beri balasan itu mungkin, memaafkan tidak sama sekali. Sampai mati pun aku tak akan izinkan Fitri jejak kaki ke rumah ini."

Nuha ini terlalu lembut. Mudah sangat dibaca dan dibolak-balikkan hatinya. Kerana itu juga dia perlu selalu melindungi.

Dia faham kalau Nuha sudah bersedia mahu memaafkan tapi dia tak boleh. Sakit hati nya memikirkan hal lama. Fitri... Walau sehelai bulu di tubuh keluarganya pun dia tak akan benarkan Fitri sentuh.

"Sudahlah. Jom naik. Tinggal saja air tu. Tak selera nak minum." kaki dipusing ke arah belakang.

Nuha tersentak. Tidak sangka kebaikannya di salah erti begini. Dia cuma mahu teruskan hidup dan tidak berpaling ke belakang lagi.

Air mata gugur. Kenapalah hati perempuan begitu halus sekali. Pantang ditegur dan diusik, mula lah air mata mahu merembes.

Bunyi esakan di belakang buat kaki Ghazi berhenti. Argh! Sekali lagi dia buat Nuha menangis.

"Nuha. Maaf. Aku bukan marah dekat kau." kaki kembali menapak ke dapur.

Air mata yang sudah mengalir deras itu di lap drngan hujung lengan baju. Susah betul mahu 'balance' mood isteri.

"Dah. Jangan menangis. Jom, naik. Rehat lagi bagus." bahu digosok lembut. Memujuk Nuha dengan cara paling elok dia boleh buat.

Kadang-kadang dia marah pada diri sendiri. Kenapalah dia tidak seromantik lelaki lain. Bukan dia tidak cuba, cuma janggal. Rasa pelik. Rasa malu. Argh!

Air yang sudah Nuha bancuhkan tadi dicapai dan dibawa sekali naik ke atas. Melihat Ghazi sudah menapak ke tingkat atas, Nuha juga mengikut dari belakang. Hati terus senang apabila air yang dibancuh tadi Ghazi sudi ambil.

•••

Bahu Ghazi digoncang perlahan. Rambut hadapan yang sedikit panjang dan menutup mata Ghazi itu disisir ke belakang. Ghazi masih begitu. Lena. Langsung tidak mempedulikan panggilan Nuha.

Nuha geram. Kali ini dia picit kuat hidung yang mancung itu supaya tidak boleh bernafas.

Orang kejut baik-baik, dia buat bodoh aje.

Terus terbeliak mata suami tersayang bila dianiaya begini. Padan muka. Penat dia cuba jadi isteri mithali yang mengejut sang suami penuh kasih sayang, tapi suami dia buat dono je.

"Kalau aku mati... Tinggallah kau sorang-sorang dekat bumi ni." geram. Hidungnya digosok-gosok. Baru nak mimpikan Selena Gomez. Tapi yang dia nampak Nuha Irdina. Ceh.

Nuha menjelir lidah. 'Robe' yang disangkut di kepala katil ditarik dan menyarung ke tubuh.

"Awak nak air tak? Saya pergi bancuhkan sekejap." soalnya sebelum Ghazi berlalu masuk ke dalam bilik air. Sempat juga dia dengar Ghazi mengumam dari dalam.

"Boleh juga..." mamai saja bunyi suaranya. Masih mengantuk.

Dia mencuci muka dan menggosok gigi. Selesai perkara asas, tangan mengusap dagu memastikan wajahnya bersih dari sebarang jambang yang semakin mula menumbuh.

"Nuha..." panggilnya apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup.

Wajah Nuha terpacul dari sebalik pintu bilik air. Tangan melambai mengambil Nuha supaya menghampiri.

"Nah! Tolong 'shave' kan. Aku malas lah." pencukur yang selalu di gunakan itu diserah ke tangan Nuha. Dia duduk menyandar ke singki.

Seperti biasa, tangan Nuha lincah melakukan tugas tersebut. Sudah biasa. Masa mula-mula dulu sampai luka juga wajah Ghazi dibuatnya. Nasib suami dia memahami. Rilek je luka pun. Teringin juga mahu lihat suami dia simpan jambang dan misai. Mesti hensem!

Tangan Ghazi melingkar ke pinggangnya, memeluk Nuha erat sambil Nuha mencukur dengan penuh berhati-hati.

Pandangan dilirikkan ke wajah di hadapannya. Nuha tidak pernah tak cantik. Muka baru bangun tidur pun cantik, rambut kusut masa pun cantik, anak dara pemalas pun cantik. Ha Ha. Tak sangka dia puji Nuha sebegini. Tapi memang dia cantik pun.

Suka dia melihat Nuha gigih begini. Langsung tidak terkesan dengan lirikan matanya. Nuha lagi berminat dengan buih sabun yang sudah rata di wajah Ghazi.

"Awak jangan buat-buat lupa pula tau. Nanti bagi invitation card tu dekat staff." ujar Nuha setelah selesai membersihkan wajah Ghazi.

Ghazi mengeluh. Aisey... Memang penting sangat ke majlis resepsi. Dia tak suka betul lah kalau kena pakai baju kahwin, kena jalan depan orang korporat beramah mesra bagai. Tak boleh ke kalau diorang bagi makan dekat anak yatim dengan orang susah aje.

"Kita jemput anak yatim nak?" sarannya. Baru sedar. Ada bagus juga jemput anak yatim datang makan-makan masa majlis nanti.

Kening Nuha terangkat. Bibir tersenyum lebar.

"Boleh. Nanti saya cakap dengan Daddy."

Ghazi tarik keluar baju T-shirt kosong dari tubuh. Seluar pendek separas lutut itu juga dilucutkan dari pinggang. Bibir senyum mengejek apabila Nuha berpaling.

"Awak ni! Bagi lah warning." masam.

"Nak warning apa? Bukan selalu tengok dah ke? Mengarut je..." hujung rambut Nuha ditarik.

Jeritan kecil Nuha itu Vitamin buat Amir Ghazi!

Terus dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Pintu kaca yang memisahkan singki dan tempat mandi itu ditutup.

Nuha mengeluh. Bukan tidak biasa tapi dia pun ada rasa malu juga. Kalau ikut hati, dia terkam saja. Geram dia tengok suami yang hensem begitu.

Baju Ghazi yang bersepah-sepah dikutipnya. Orang lelaki. Ghazi ni memang suka begini. Mana dia buka baju, situ lah dia campak saja baju tu. Nanti nak basuh baju, baru dia pungut. Haih. Nasib dia isteri mithali.

Nuha membersihkan muka dan menggosok gigi. Ala kadar. Dia pun bukan mahu kemana-mana hari ini. Duduk rumah sahaja. Kalau tidak mandi sehari pun tak apa. Dia duduk bersilang kaki di bucu katil. Mula lah tangannya mahu skroll media sosial yang sudah lama tidak dibukanya. Kali terakhir dia bersosial media, dia padam semua gambar dan letak gambar nikah mereka saja. Dia lebih selesa berahsia sekarang.

"Nuha..." suara Ghazi memanggil. Wajah diangkat dari skrin telefon pintar. Berlari anak dia masuk ke dalam bilik mandi.

"Ya, awak?" ujarnya manja. Mana tahu Ghazi ajak mandi ke... Gatal!

Ghazi menolak pintu kaca tempat mandi. Kening terangkat sebelah.

"Apa?" soal Ghazi. Dia baru selesai mandi, sedang mengeringkan tubuh.

Mata Nuha terkebil-kebil.

"Awak panggil saya tadi?" jelasnya. Dia yakin suara Ghazi memanggilnya. Tak mungkin dia tidak kenal suara suami sendiri.

Ghazi menghampiri. Wajah Nuha dipandang.

"Mana ada aku panggil. Kau nak mandi dengan aku sekali ya?" usiknya. Tangan menyerabaikan rambut Nuha yang beralun-alun.

Berkerut dahi isterinya. Ei... Buruk!

"Tapi, tadi betul awak panggil saya. Saya ni tak pekak tau." bibir memuncung.

Tuala dililit ke pinggang. Satu lagi tuala, Ghazi letak atas kepala. Lega dapat membasahkan rambut.

"Perasaan kau aje tu. Dah. Cepat mandi." tuala berwarna merah jambu di dalam kabinet kecil itu ditarik keluar dan diletakkan di atas kepala Nuha. Dia menapak keluar. Sudah berjanji dengan Daddy mahu ke masjid sekali.

"Tapi saya betul-betul dengar tadi." omelnya seorang diri. Geram sebab Ghazi tidak percaya dia.

Baju tidur dilurutkan. Tidak mahu melambatkan lagi. Nanti terlepas subuh, kena bebel dengan suami. Sakit telinga!

Suara Ghazi di luar bilik air yang memberitahu Nuha bahawa Ghazi mahu subuh di masjid hari ini dibiar sepi sahaja. Rambut dibasahkan perlahan-lahan. Sejuk! Lupa pula buka air panas.

Mulut terjerit kecil.

Ghazi diluar hanya menggeleng. Kelam kabut betul. Mandi pun bising. Rambut dikeringkan menggunakan 'blower' sebelum bergerak ke luar dari bilik.

Kaki berhenti melangkah apabila mata terpandangkan Ali yang sedang duduk merenung ke luar di tingkat 2. Diam membisu sahaja lelaki itu. Lama dia perhati.

"Abang?"

Ali berkerut kening memandang Ghazi. Kalau tadi riaknya tenang, sekarang kembali dingin. Bibir mengumam menjawab panggilan Ghazi.

"Kau nak ke mana pagi-pagi buta begini?" kasar. Ligat memandang Ghazi dari atas ke bawah. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Keluhan keluar. Benar lah Ali ini lelaki yang melanggar dia di lift sebelum ini. Riak dan gaya dia berdiri, bongkak sungguh. Memang perangai semula jadi atau bagaimana ni?

"Masjid. Dengan Daddy." jawabnya ringkas. Bongkak-bongkak pun, abang ipar dia juga. Dia berkahwin dengan Nuha Irdina, wajib untuk dia terima seluruh ahli keluarga Nuha.

Ali tersenyum sinis. Terangkat kecil kedua bahunya.

"Sejak bila pula orang tua tu pandai pergi masjid? Yang aku tahu, dia pandai pergi kelab malam saja." langsung tidak percaya pada kata-kata Ghazi.

Kalau Ghazi kata bapak dia ajak pergi main perempuan, lagi dia percaya. Masjid?

"Daddy dah bosan lah tu. Tu yang Daddy tukar pergi masjid pula." dia cuba melawak.

Tak sampai hati mahu mengutuk bapa mertua sendiri. Lagipun, elok lah. Daddy sudah mahu berubah.

"Ghazi dah siap?" sapaan Dato'Uzair dari belakang buat mereka berdua menoleh. Dato'Uzair sudah siap berkain pelikat dan berbaju melayu ringkas.

Ghazi mengangguk. Ali langsung memalingkan wajah. Langsung tidak sudi mahu menatap wajah si ayah.

"Ali tak nak ikut sekali?" Dato'Uzair mempelawa. Cuba menjernihkan semula hubungannya dengan Ali yang sudah lama keruh.

Ali Usaid. Anak sulungnya. Anak yang selalu dibanggakannya dan anak yang dia letakkan pengharapan setinggi gunung.

Ali langsung tidak mengendahkan pertanyaan si ayah. Dia menapak kembali ke bilik yang berada di hujung tingkat dua. Jangan kata mahu menjawab, menoleh pun dia tidak sudi. Gagah saja langkahnya.

Gagah dan perkasa. Aura Ali memang lain dari lain!

Dato'Uzair mengeluh perlahan. Langkah diangkat turun ke tingkat bawah. Ghazi hanya menurut.

"Ghazi jangan ambil hati sangat dengan Ali itu. Dia memang begitu. Dingin saja orangnya."

"Tak apa, Daddy. Ghazi tak kisah pun." kunci kereta dikeluarkan dari dalam poket. Dia berlari anak pergi mengambil kereta di garaj dan meminta Dato'Uzair untuk menunggu saja di dihadapan pintu.

Entah kenapa hati meminta dia mendongak ke atas. Mata bertembung dengan mata Ali yang sedang merenung dari sebalik tingkap kaca mewah di tingkat dua. Dingin. Langsung tidak beriak.

Ah. Macam-macam lah perangai ahli keluarga Nuha Irdina ni. yang seorang begini... Seorang pula begitu...

Enjin dihidupkan. Dibiar saja Ali terus merenung ke arah dia dan Daddy.

Tidak jauh mana pun masjid dari rumah mereka ini tetapi dia tidak sampai hati pula mahu bapa mertua yang jauh lebih tua dari ayahnya sendiri ini untuk menapak ke masjid. Buatnya pengsan di tengah jalan nanti, masalah lain pula mendatang.

Dato'Uzair melabuhkan punggung di sebelahnya. Senyum saja. Ghazi membalas senyum.

Dia gembira sebab Dato'Uzair tidak seperti yang Ali katakan tadi. Dia tidak tahu zaman muda lelaki tua ini bagaimana, tapi dia mahu terus tumpu kepada masa sekarang.

Kalau kita mencari Tuhan, pasti Tuhan akan mendekatkan hati kita kepadaNya.

Ya! Itu yang diajar oleh orang tua di kampung.

"Daddy bukan ayah yang baik, Ghazi." ujar Dato'Uzair tiba-tiba.

Ghazi mengerling ke sebelah. Tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba Dato'Uzair berkata begini? Baginya, Daddy adalah lelaki yang hebat.

"Pasti lepas Daddy mati, kubur Daddy akan sunyi dan sepi." keluhnya lagi. Teringat kepada khutbah jumaat lalu. Mengenai anak yang soleh dan solehah dan apabila roh sudah terpisah dari badan, cuma doa anak soleh dan solehah yang mampu menghapuskan dosa kedua ibubapa.

"Kenapa lah Daddy anggap begitu? Daddy mungkin menilai dosa Daddy sendiri. Tapi, Daddy tak tahu penilaian Allah pula bagaimana. Daddy seorang ayah yang hebat." dia cuba menenangkan hati yang sedang hiba.

"Dan, insya Allah... Setiap orang yang pernah Daddy tolong tak akan pernah lupa pada jasa Daddy. Doa mereka juga mungkin akan meriahkan kubur Daddy dengan alunan quran nanti. Mana tahu kan?" ujarnya lagi.

Dato'Uzair senyum nipis.

"Walaupun Daddy ahli politik penipu?" malu dia mahu mengaku tapi memang itu lah kenyataannya. Dia ini cuma si gila kuasa dan pangkat.

Ghazi ketawa besar dan mengangguk.

"Niat Daddy itu urusan Daddy dengan Tuhan. Sesiapa pun tiada kuasa mahu menghukum tapi kalau Daddy sudah tahu itu salah, kena lah diubah. Apa yang sudah jadi itu, lupakan. Tumpu kepada waktu sekarang. Daddy masih ada Mummy, Ali, Nuha dan Ghazi. Betapa besarnya jasa Daddy pada keluarga ini, tak mungkin Allah tidak mengiranya. Setiap titik peluh Daddy, ucapan kata-kata baik yang keluar dari bibir Daddy, setiap patah doa yang Daddy panjatkan di dalam hati untuk keluarga ini, setiap suapan nasi yang sudah Daddy beri... Segalanya! Itu pasti dikira." mata terus kehadapan.

Kali ini makin melebar senyuman Dato'Uzair. Kalau mahu menyedapkan hati, serah saja pada Ghazi. Tidak pernah gagal. Dia merasa dihargai sebagai seorang ayah. Tidak pernah sekalipun dia merasa terhormat begini sepanjang memegang jawatan seorang ayah.

"Ghazi tahu banyak mengenai agama. Daddy harap Ghazi dapat ajar keluarga Daddy lebih banyak." senyumannya masih belum pudar.

Ghazi menggeleng. Tahu pasal agama? Jauh sekali. Dia cuma budak kampung yang terdidik dari gaya hidup islamiah kekampungan sahaja.

Bagi dia, ini piawaian minima dalam keyakinan dan keimanan.

"Jauh sekali, Daddy. Ghazi ini belajar tak tinggi mana. Ada juga masa silam seperti orang lain, pendosa lain. Ghazi akan didik Nuha dengan baik. Ghazi minta maaf awal-awal kalau Ghazi ada tersalah silap dalam menjaga anak dara Daddy tu."

Memang dia ada masanya terlebih tegas. Takut juga kalau Dato'Uzair tidak senang dengan cara dia menjaga Nuha.

Kereta diberhentikan betul-betul di pintu depan masjid. Seperti biasa, tak ramai jemaah.

Dia membukakan pintu untuk Dato'Uzair. Beberapa orang jemaah datang bersalaman dengan mereka. Jangan tak tahu. Sekarang ni semua geng masjid sini dah jadi member dah dengan dia. Hari-hari tayang muka di sini, mereka sudah mula biasa.

"Daddy masuk dulu. Ghazi pergi 'park' kereta kejap."

Dato'Uzair mengangguk. Malah ligat pula dia berbual kosong dengan orang masjid.

•••

Matanya disajikan dengan godaan duniawi, sekali lagi! Kalau hati tidak kuat, memang terbeliak mata melayan tayangan depan mata.

Hati menyembur makian kepada Inas. Boleh pula Inas cuti hari ini dan kerja-kerjanya diserah pada Yuhanis.

Tepi kepala diurut dengan jari. Sakit. Apa lah alasan yang dia mahu cipta supaya Yuhanis 'blah' dari bilik ini. Dia mahu angkat wajah pun tidak berani. Lurah dada itu tepat depan mata. Aduhai.

"Awak boleh keluar tak? Saya tak suka ada orang dalam bilik ni masa saya sedang bekerja." tertekan jiwa lelakinya kalau terus-terus diberi sarapan pagi berlauk duniawi.

Ini kah yang dinamakan ujian? Disaat dia memegang status suami orang, Tuhan berikan dia ujian. Sedangkan ketika dia bukan sesiapa, sebelah mata pun perempuan tidak pandang lelaki seperti dia.

Hatinya berdebar hebat apabila Yuhanis mula mendekatkan jarak antara mereka. Tangan gadis itu menyentuh bahu Ghazi. Makin rancak lah sorakan syaitan dan nafsu dalam diri. Terbayang-bayang keindahan tubuh Yuhanis.

Erk! Nuha! Dia ada Nuha di rumah. Kenapa dia perlu fikirkan perempuan lain.

Istighfar Ghazi...

"Bos nak apa-apa lagi sebelum saya keluar?" Yuhanis semakin merapat. Bibir tersenyum manis. Dia kenal benar pandangan mata itu. Pandangan yang mendambakan belaian.

Dia sanggup lakukan apa sahaja demi lelaki bernama Amir Ghazi.

Kepala Ghazi menggeleng. Tangan Yuhanis yang dari tadi memicit lembut bahunya ditepis perlahan. Tidak mahu memprovok ego gadis yang sentiasa menjadi dambaan lelaki ini.

Tercalar sedikit ego Yuhanis apabila dirinya ditolak. Menyampah betul! Bukan dia yang jual mahal, tapi Ghazi yang jual mahal. Kononnya setia. Berlambak lah manusia korporat begini. Di rumah setia, di luar jadi serigala. Ceh.

Tetapi, dia belum putus asa. Dia tetap mahu Ghazi. Dia sanggup jadi yang nombor dua.

"Kenapa? Bos risau ke? Saya janji ini rahsia kita berdua sahaja." kali ini dia melutut pula. Sengaja mahu merancakkan lagi gelora nafsu Ghazi apabila melihat dirinya yang sudah menyerah diri.

Automatik tubuh Ghazi berdiri dan menjauh. Dibetul-betulkan kolar bajunya dan melihat jam di pergelangan tangan. Yuhanis ini wanita berpengalaman! Dia pula yang seram. Takut bila-bila masa dia akan tersembam.

"Okay lah. Awak teruskan kerja awak. Saya ada meeting dengan Razin. Awak boleh balik ke meja awak. Siapkan kerja." arahnya.

Terngiang-ngiang nasihat ayah Hijjaz di dalam kepala ketika dia belajar mengaji dengan lelaki tua itu.

'Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa!'

Dulu dia tidak faham. Mungkin dia faham tapi tidak begitu memahaminya kerana dia dulunya dengan mudah menepis godaan wanita. Tetapi selepas berkahwin, sukar benar dia mahu mengawal keinginan. Kalau tidak kerana rasa takut pada balasan Tuhan, pasti dia sudah melampaui batas. Dia tak mahu merisikokan keberkatan hidup hanya kerana nafsu!

Sepanjang menapak ke bilik Razin, jantung terus berdegup laju. Sukar dia mahu melupakan imej indah sebentar tadi. Imej yang boleh meruntuhkan iman nya bila-bila masa.

Pintu bilik Razin dibuka. Kosong!

Mana pula si Razin ni pergi. Kalau dia kembali ke pejabatnya semula, sah-sah si Yuhanis akan mengekor. Lupakan! Baik dia duduk saja di sini sehingga Razin tiba.

Puas dia menenangkan gelora nafsu. Entah apa yang dirinya suka benar. Kalau difikirkan, dia ada Nuha yang berganda lagi cantik di rumah. Sudahlah cantik, sempurna serba serbi tubuhnya. Kalau dia diberi pilihan untuk memilih antara Yuhanis dan Nuha, seribu kali pun dia akan pilih Nuha juga.

Tapi, kenapa? Kenapa nafsu ini sukar benar mahu dikawal. Dia ada isteri lah! Tak perlu lagi dia memandang yang lain.

Beruntung jadi orang buta. Tidak perlu melihat fitnah dunia yang terbesar ini.

Tiba-tiba hati dipalit rasa rindu. Rindu mahu mendengar suara manja isterinya. Perasaan kasih dan sayangnya menggebu. Nuha berpakaian liar tetapi Nuha mudah dilentur dan dibentuk. Tidak pernah menidakkan kebenaran dari Tuhan. Menerima dengan hati terbuka dan mengubah diri menjadi lebih baik setiap hari.

Nuha Irdina anugerah terindah dari Tuhan.

'Hanya dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang.'

Bait lirik lagu yang pernah berkumandang suatu saat dulu melompat keluar di dalam fikiran. Perlahan-lahan membawa pergi segala gelora perasaan negatif tadi. Fikiran mula menerawang. Pelbagai kehebatan kuasa Tuhan difikirkan.

Keindahan langit dan bumi. Kejadian siang dan malam. Bagaimana bulan dan bintang tetap pada tempatnya dan bagaimana Tuhan menahan burung-burung berterbangan di langit. Dan rezeki... Kalau tidak kerana kemurahan-Nya, mana mungkin dia mampu menyuap nasi ke mulut sendiri pun. Mana mungkin hujan turun menyuburkan tanaman dan memberi air bersih untuk diminum.

Ah! Semuanya pasti berpunca dari Tuhan juga. Tidak dinafikan, manusia seperti mereka memang sombong kepada Tuhan. Menidakkan sifat pemurah yang maha Esa. Terbuai dengan nafsu dan perasaan.

Ghazi meraup wajah sendiri. Hembusan nafas berat keluar dari mulut.

Pasti ada sekali dia ter-riak dengan ilmu. Pasti ada sekali dia menyombongkan diri pada Tuhan. Pasti ada sekali dia menyangka dia tahu segalanya. Sedangkan, yang diatas terus memerhati. Malunya dia pada Allah. Malu kerana dibuai habuan duniawi.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu menegakkan kembali tubuh Ghazi. Mata memandang kearah lelaki yang baru masuk.

"Kau ke mana?" soal Ghazi.

Razin tersengih.

"Toilet. Sakit perut lah, Bos. Ada apa Bos datang sini?" Razin duduk menegak di kerusinya.

Ghazi menggeleng. Dia nak lari dari Yuhanis saja.

"Tak. Tu ha! Yuhanis itu tak habis-habis menggoda aku. Naik meremang bulu roma aku ni!" bulu roma yang sudah menegak itu ditunjuk pada Razin.

Razin mengekek ketawa.

Razin ketawa pula. Aku backhand karang!

"Okay apa, Bos. Untung. Lawa tu, Bos." ibu jarinya diangkat.

Memang Yuhanis lawa gila. Kalau Yuhanis serah diri padanya, dia sejuta kali sanggup.

Mata Ghazi terbeliak. Dia mahu meloloskan diri, Razin pergi menyokong Yuhanis pula. Hoi!

"Gila ke? Aku ni dah kahwin lah." gerutu Ghazi. Menyirap.

Razin ini menjatuhkan air muka kaum lelaki lah. Antara contoh lelaki yang menggilai rupa paras dan tubuh badan. Ceh.

Lengan diusap-usap. Belum turun habis lagi bulu romanya ini.

"Alah, Bos. Lelaki boleh kahwin 4. Lagi pun, apa susah... Bos minta aje lah dekat Puan Nuha yang bos nak kahwin baru. Tak payah susah-susah lari. Ambil saja Yuhanis itu jadi isteri." Razin berseloroh memberi saranan padanya.

Letih metah dia layan Razin ini. Lain yang dia cakap, lain pula yang Razin jawab. Langsung tidak selari.

"Kau ni... Cakap macam kahwin ni macam main masak-masak. Suka je, kahwin. Gatal je, kahwin. Kau jangan kahwin, faham? Kesian isteri kau dapat suami yang tidak tegas dengan diri sendiri begini." bengang.

Bukan dia mahu pandai-pandai dalam menentukan hala tuju hidup seseorang tetapi sebagai lelaki, dia harus tegaskan perkara ini. Apa mereka ingat poligami ini sunnah macam kunyah makanan 40kali tu ke?

Kunyah makanan pun belum tentu boleh ikut cara Nabi, ini pula poligami. Jujur dia kecewa! Kecewa dengan pandangan kaum lelaki ni. Buat malu persatuan suami mithali! Kah.

Razin menyengih saja.

"Kenapa? Tak cukup lawa ke, Bos?" soal Razin. Dia mula berfikir-fikir perempuan lain yang lagi lawa dari Yuhanis.

Ghazi buat tidak tahu. Mesej dari Nuha dibalas ringkas.

"Saya ada sorang lagi awek. Lawa gila! Nama dia, Aieyra!" tokok Razin lagi.

Ghazi tunjuk penumbuk di depan muka Razin. Agaknya, dia boleh saman Razin atas sebab hasutan untuk menghancurkan rumah tangga orang ke tidak ya? Hish.

•••

okay okay! Chryst ambil keputusan untuk update juga Ghazi sekali sekala. Haha! Bukan chryst tak mahu update hari-hari tapi chryst ada dua tangan aja. chapter 39 lambat sikit tau! >< Cerita Ghazi ni chryst akan renovate semula untuk di publish dekat wattpad. Kalau korang nak baca Ghazi versi ringkas dan padat, boleh follow wattpad Chryst @nrizhsyhrh / Chryst

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience