BAB 6

Romance Series 18757

"Uargghhhhh !!!!"

Tangan ditarik sepuas hati ke atas. Badan diregangkan. Rambut yang kusut masai di sikat guna jari sahaja.

Serasa nya inilah pertama kali dia dapat tidur puas puas. Tilam dibawah dilihat sudah terlipat kemas. Hijjaz sudah ke kelas. 

Haha! Jangan tak tahu. Hijjaz tidur di bawah, dia tidur atas katil. Malam tadi dia tendang lelaki itu turun dari katil kerana mood nya tidak berapa baik. Hijjaz hanya menurut kerana terlalu mengantuk. Akhirnya dia pemilik katil setelah hampir sebulan juga dia tidur di atas toto di lantai. 

Ghazi bernyanyi nyanyi masuk ke bilik air. Dihari cuti sebegini, rancangnya hanya mahu melepak di rumah. Nanti petang dia mahu joging di taman dan lepak di surau. Lama sudah dia tidak maghrib di sana. 

Hampir seminggu juga dia tidak sempat mahu bertegur sapa dengan abang dan pakcik-pakcik surau. Setiap kali dia bertemu mereka di jalan, mereka selalu bertanyakan khabarnya memandang dia agak sibuk dengan kerja.

Selalu ambil shift penuh dari pagi sampai ke malam. Dia hanya sempat subuh di surau itu pun sekali-sekali. Kebanyakan masa dia terlajak tidur. Tak sempat mahu menapak ke sana pada waktu subuh.

Rambut dibasahkan. Setiap dua hari dia akan mencuci rambut. itu rutinnya. Lagipun dia sayang rambutnya yang panjang sehingga ke bahu itu. Kali terakhir dia simpan rambut panjang adalah ketika masuk sekolah rendah. Selepas itu memang rambutnya sentiasa pendek. 

Ayah kata masa kecil dulu memang mama dan ayah membiarkan rambutnya panjang kerana dia akan tantrum setiap kali ada cubaan menggunting rambut. Ayah cuma memotong dan mengemas rambutnya sekali sekala agar tidak mencucuk mata.

Ah. Dia rindu ayah. Dia rindu mahu dengar ayah membebel hari hari. Apalagi mama. Lebih tebal rindunya pada wanita kesayangannya itu. 

Adik dia. Iskandar dan Danial. Adik perempuan bongsunya, Dena yang comel loteh itu. Pasti Dena bertanyakan dia hari hari. 

Ghazi mengisi masa lapang nya dengan melayari internet. Sosial media si ayah di buka. Penuh dengan perkongsian perkongsian mengenai belajar dan kuliah. Ada juga ter selit tazkirah tazkirah berguna.

Ayah sekarang lebih sibuk berbanding ketika muda. Sejak ayahnya berhenti mengajar dan fokus hanya kepada membuat kajian, semakin banyak pula universiti universiti yang menjemput ayah untuk beri ucapan dan perkongsian. Malangnya dia tidak mengikut jejak ayah. 

Ayah selalu berharap yang dia akan menjadi seorang pensyarah juga kerana akademiknya yang lebih cemerlang berbanding adik beradik yang lain. Tapi dia tidak minat. Nasib mama memahami dirinya. Kerana mama lah ayah tidak begitu memaksa dia untuk menyambung pelajaran. Memang dia tidak suka belajar. 

Ghazi sedikit terkejut apabila telefonnya berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. 

Nombor yang tidak dia kenali. Dia slide skrin telefon ke tepi. Telefon ditekap ke telinga 

"Hello? Awak. Saya dekat depan pintu rumah awak ni." 

Dia kenal betul suara ini. Ghazi mendiamkan diri.

"Awak. Saya tahu eh ni nombor awak. Jangan nak buat buat tak kenal pula!" 

Haduh. Banyak cekadak lah perempuan ni. Aku nak rilek rilek kat rumah pun tak dapat. 

Lambat lambat dia bangun dari sofa tempat dia membaringkan diri tadi. Malas betul mahu melayan kerenah Nuha di hari cuti begini. Dia harap ada burung terberak atas baju Nuha lepastu Nuha nak balik dan tak mahu tunjuk muka depan dia sebab malu. 

Masalahnya rumah aku ni berbumbung. Dan dimana pula aku nak cari burung minta tolong berak atas Nuha. 

Pintu di buka. Sudah terpacak Nuha dengan baju yang mendedahkan bahagian dadanya. Dia mengenakan skirt separas peha tanpa lengan. Hanya sehelai tali berpaut di lehernya.

Kalau putus lah tali halus ini, maka terputus jugalah iman yang aku gagah kan selama ini. 

Ghazi memicit kepala. 

Nuha memandang Ghazi tidak lepas. Matanya turun ke dada bidang lelaki itu. 

"Apa?" soalnya. Wajah kusut masai. 

"Er..Er.." Nuha menutup mata dengan tangan kirinya. Tangan kanannya pula menunjuk ke arah Ghazi. 

Ghazi memandang kebawah. 

Hak Alah. Tak pakai baju je pun. Menggelabah macam aku tak pakai seluar aje. 

"Kejap lah!" daun pintu tertutup kembali. Baju di atas kusyen di capai dan di sarung ke badan. 

Pintu dibuka semula.

"Ha? nak apa?" rasanya asal nampak muka Nuha saja, ini lah pertanyaan pertama dia. Haih. 

Nuha tersenyum manis.

"Awak, jom dating!" Nuha berpusing mengembang skirtnya. Comel tapi sorry! Aku nak tido di rumah saja harini. 

"Tak nak aku. Aku nak rilek-rilek kat rumah je harini." Ghazi buat muka cekodok basi pada Nuha dengan harapan supaya dia berputus asa sahaja.

Dia betul betul tak mahu keluar hari ini. Berilah peluang dia berehat.

Wajah yang tadi ceria bertukar muram. 

"Kalau macam tu, saya teman awak dekat rumah lah!" Nuha memberi saranan. dia tidak peduli. Dia cuma mahu habiskan masa bersama Ghazi. Kalau Ghazi tak mahu keluar, jadi baik mereka habiskan masa didalam rumah saja. 

Mulut Ghazi melopong. Gila ke?!

Nuha membuka kasut tingginya. Bersedia mahu melangkah masuk ke rumah namun pintu sempat dihalang oleh Ghazi dengan tubuhnya. Kaki Nuha terhenti. 

Ghazi menutup mata. Hati disabarkan.

Bercakap dengan Nuha ni macam bercakap dengan dinding. Berkali-kali pun dia tidak faham. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kalau dia kata tidak boleh pun, gadis ini tak mahu faham juga. 

Nuha mengangkat keningnya. Serta merta matanya yang disolek cantik itu kelihatan lebih besar dari kebiasaannya. Terkebil-kebil matanya. 

"Kejap. Bagi aku 5minit." Ujarnya. 

Pintu ditutup. Dia masuk ke dalam bilik dan menukar baju. Dia mengomel seorang diri. 

Nuha ni memang tidak tahu batas langsung. Sesuka hati saja mahu masuk ke rumah orang lelaki. 

Majalah majalah lelaki yang bertaburan di atas meja kopi di ruang tamu itu di sorok masuk ke tempat tempat yang tidak mudah dilihat. Gelang gaya indie-nya disarung ke pergelangan tangan. Pemakaiannya dilihat didalam cermin sebelum dia menyarung beg silang nikenya. 

Kunci rumah dicapai begitu juga telefonnya. Dia berpusing kembali dan mengambil jaket denim di belakang pintu bilik dan menyarungnya ke badan.  Nuha masih setia diluar dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Ha cepatlah. Mana kau nak jalan?" bebel Ghazi. Hilang moodnya. Pintu sudah dikunci. 

Nuha menarik tangan Ghazi supaya mengikuti nya. Pintu kereta Honda Civic versi terbaru itu dibuka. Kunci Kereta dari dalam beg tangan dikeluarkan dan menggoncang-goncangnya dihadapan wajah Ghazi.

"Awak boleh drive tak?" Soal Nuha. Kalau boleh dia mahu Ghazi yang memandu. Dia malas mahu buka kasut. Memandu pakai kasut tinggi ini dia tidak selesa. 

Ghazi mengangguk malas. Memang dia ada lesen. Di kampung dulu dia yang selalu memandu 4x4 ayahnya. Apalagi kereta automatik begini. Kacang lah! 

Kunci kereta Honda tersebut bertukar tangan. Nuha berlari anak masuk ke tempat duduk penumpang. Ghazi menggeleng. 

Macam-macam betul lah Nuha ni. Boleh gila dia sikit hari kalau hari hari menghadap kerenah Nuha. Dan dia pun satu, dah kenapa pergi ikut pula si Nuha ni keluar.

Tak kan semata mata sebab dia nak masuk rumah kau je, Ghazi? Halau sajalah tadi. Haih. 

Menyesal sekarang pun tidak berguna. 

Enjin kereta Honda itu dihidupkan. Dia sudah biasa bawa kereta begini. Alphard yang besar gedabak itu pun dia boleh bawa, apalagi Honda. Hek eleh. 

Sambil mereka memandu menuju ke destinasi, Nuha sudah merancang-rancang apa yang mahu dilakukan hari ini dan setiap apa yang diusulkan ditolak mentah-mentah oleh Ghazi. 

Bantahan demi bantahan sahaja yang diterima dari bibir lelaki itu. 

Nuha memeluk tubuh. .

"Habistu awak nak buat apa? Semua pun tak nak!" Rajuk Nuha. Ghazi ni semua tak boleh. Semua pun tidak suka.

Muka masam mencuka.

Ghazi mula panas hati. Pantang betul dia orang melawan melawan ni. 

"Memang lah. Dah semua yang kau pilih macam budak budak." jerkahnya. Kening berkerut seribu menguatkan lagi kenyataan bahawa Ghazi benar benar marah kepada Nuha. Matanya fokus kehadapan dengan riak wajah bengang. 

Jerkahan yang agak kasar itu agak mengejutkan Nuha. Automatik matanya mula bergenang air mata. Belum pernah seumur hidupnya dijerkah begini. Mummuly dan Daddy pun tidak pernah tengking dia. 

Gadis itu menunduk memandang ke tempat alas kaki. 

Ghazi stress. Nuha sudah mula mahu buat drama air mata. Kata nak keluar, dah dibawa keluar berjalan, lepastu berair mata pula.  Stress betul lah! 

Nuha diam. Mulutnya tertutup rapat. 

Orang perempuan ini memang hati tisu betul. Sikit-sikit koyak. 

Otaknya ligat berputar memikirkan ayat ayat yang boleh memujuk Nuha. Dia penatlah melayan kerenah Nuha yang manja ini. Sudah diikutkan kehendaknya pun masih mahu merajuk bagai. 

Argh! Apa dia nak buat ni. Otak, gerak cepat!

"Yelah yelah. Kau nak tengok wayang kan? Okay kita pergi tengok wayang. Puas hati?" Ghazi mengalah juga akhirnya. Mata fokus kepada pemanduan.

Nampak sahaja dia ini macam tidak ada hati perut, cakap main lepas. Tapi, dia mudah lembut hati juga apalagi kalau sudah buat babak air mata begini. Lagi dia lemah. 

Nuha mengangguk laju. Kering terus air matanya. Senyuman terukir semula di bibir. 

"Awak suka tak lipstick saya? Ke warna tak match?" Nuha meminta pendapat Ghazi. Bibir di muncung kan menghadap Ghazi. 

Ghazi hanya menjeling sekali lalu. 

"Erm. okay lah tu." komennya ringkas. 

Dia pun tak tahu. Match ke tak match ke. Ada beza ke. Asal nampak macam manusia, okay lah kan. Dia tak mahu bermasam masam muka lagi. Nanti mula balik drama air mata Nuha. Dia layan saja lah. Cepat keluar, cepat balik. Tergendala rancangannya hari ini. Heish. 

Tangan Nuha menarik cermin dari atas. Dia menilik bibirnya dan solekan wajahnya di cermin. Apabila ada bahagian yang dia tidak puas hati, dikeluarkan beg alat solek dari tas tangan Kate Spade dengan corak kucing itu. 

Ghazi geleng kepala. Perempuan tetap perempuan. Touch-up beria-ria, tapi rupa itu juga. 

•••

Cawan kertas berisi air coke itu di sedut. Sesekali dia menyeluk tangan masuk ke dalam kotak bertih jagung di dalam pelukan Nuha. Masih ada masa setengah jam lagi sebelum kami boleh masuk ke dalam pawagam. 

Nuha pula sibuk mahu bershopping sementara menunggu. Ghazi mengekor sahaja. Mereka berpusing pusing di dalam pusat membeli belah Suria KLCC. Lepas satu satu kedai baju mereka masuk. Masih juga tiada satu pun yang Nuha berkenan. Ghazi menikmati kunyahan bertih jagung sementara menunggu Nuha membelek-belek baju. 

Sesekali Nuha menunjukkan baju yang di rasanya cantik kepada Ghazi dan meminta lelaki itu memberi pendapat. Setiap kali dia tidak berpuas hati dengan jawapan Ghazi, dia menyangkutnya semula. 

Mata Ghazi menangkap sehelai selendang yang selalu minah salleh gunakan kalau ke pantai. 

"Nuha." panggil Ghazi. Selendang tersebut di hulur kan padanya. 

Nuha mendekati. Dia memandang pelik. Huluran Ghazi disambut. Isyarat mata Ghazi beri, menyuruh Nuha mencubanya. 

Helaian kain putih dengan material sedikit tebal dan bersulam tepi nya itu membalut bahu Nuha yang terdedah. Hujungnya diikat ringkas supaya tidak terjatuh. 

Ghazi mengangguk tanda dia suka apa yang dia lihat.

Cantik sikit berbanding tadi. Sekurangnya selamat juga mata aku.

"Awak suka ke?" Tanya Nuha. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Menilai kecantikan selendang putih yang sangat match dengan warna putih baju nya. 

Ghazi berfikir fikir sejenak sebelum memberi kata putus. Mata dikecilkan. Konon dia sedang berfikir secara serius. 

"Aku suka." 

Bersinar-sinar mata Nuha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. 

Lain macam betul. Kenapa tiba-tiba Ghazi hilang ego-nya ini. 

Dia kembali melihat ke dalam cermin. 

Cantik sangat ke selendang ni? Biasa je. 

"Kau nak tak? Aku belanja." tawar Ghazi. Air didalam cawan disedut lagi. 

Rasa mahu pecah jantung Nuha mendengar tawaran Ghazi. Keningnya terangkat. Ini Ghazi ke ni? Ha? 

Mata melihat sekeliling. 

Biar betul? Entah entah ini bukan Ghazi. Mana Ghazi sebenar dia ni?! 

"Kau nak tak?" Ghazi mengulang semula pertanyaannya tadi. Minah ni boleh buat bodoh pula dia bertanya. Nak kena ke?

Mata Nuha terkebil-kebil. Masih tidak percaya. Dia hanya mengangguk laju apabila Ghazi mengulang lagi pertanyaannya buat kali ketiga. 

Kalau dah tiga kali diulang, maknanya betul betul nak bagi dia lah kan. Betul kan..

Ghazi terus menuju ke kaunter pembayaran. Nuha cepat cepat meletakkan selendang tersebut di atas kaunter. Dia berlalu pergi membelek baju yang lain pula. 

Ghazi setia di kaunter pembayaran. Cawan air coke diletak di atas kaunter dan mengeluarkan dompet dari dalam beg silangnya. 

"Semuanya Tiga Ratus Ringgit Malaysia." 

Kejang segala sistem tubuhnya untuk beberapa saat. Biar betul?! 

Tiga ratus hanya untuk sehelai selendang ni? Mak aih. Mahalnya! 

Dia melihat monitor di kaunter. 

Betul lah tiga ratus. Alahai. Sengkek lah aku bulan ni nampaknya. 

Dia menghulurkan kad bank-nya untuk di-scan. 

Beg kertas huluran pekerja itu disambut. Setelah mengambil semula kad bank-nya, dia kembali menghampiri Nuha. 

Dari jauh dia melihat ada beberapa orang lelaki yang dalam diam memerhati gadis itu yang leka dengan baju-bajunya. Ghazi mencebik. 

Cantik sangat ke Nuha ni sampai dari tadi ada sahaja lelaki yang memandang gadis itu. Bukan setakat pandang, sejak dari mereka masuk ke sini lagi sentiasa ada mata yang memandang dia dengan pandangan cemburu. Hebat sangat ke penangan kecantikan Nuha ni? Kenapa bagi dia biasa-biasa saja. Ghazi mula meneliti Nuha atas bawah. 

Baru dia perasan, stail rambut gadis itu sedikit berbeza. Rambutnya diikat gaya 'braid' seperti yang selalu ditocangkan ke rambut adiknya Aisya ketika kecil-kecil dahulu tapi lebih cantik. Macam orang putih selalu buat masa kahwin? 

Dia jadi kagum sebentar. Lawa juga gaya rambut Nuha. Kalau dia yang tocangkan, jadi macam stail anak india masa dia sekolah rendah dulu. Habis Aisya menangis sebab tocangnya hodoh masa ke sekolah. Mana dia tau! Dia ikatkan saja seperti yang dia lihat dalam tutorial tocang sekolah. 

Bibir Ghazi mengukir senyum nipis mengingatkan wajah cemberut Aisya. Kelakar betul. 

Ghazi berdiri di belakang Nuha. Matanya menghantar rasa tidak senang kepada kumpulan kecil lelaki tadi. Sedar yang tindakan mereka di perhatikan oleh aku, lelaki lelaki tersebut berlalu pergi. 

"Dah ke?" Nuha berpaling ke belakang sebaik sahaja dia menyedari kehadiran Ghazi. Bau cologne Ghazi dia sudah kenal sangat. 

Ghazi mengangguk malas. Beg plastik dihulur kepada Nuha. Sempat dia mencabut tag harga yang tergantung di selendang. Dia tidak mahu Nuha bersoal jawab pula dengan dia mengenai hadiah pemberian dia yang satu ini. 

Lesung pipitnya muncul. Nuha mengucapkan terima kasih dengan nada manja. 

Huh. Tahu ucap terima kasih rupanya. Ha Ha Ha. 

Aku menarik sedikit baju nya supaya kami keluar dari situ. Jujur, aku sudah penat menunggu dia membelek-belek baju tapi tidak membeli langsung. Macam mana lah perempuan boleh tahan dengan habit begini. Bagi orang lelaki macam dia, kalau setakat belek-belek saja, baik tak payah masuk terus. 

Setelah melihat jam di telefon, aku menarik Nuha menuju ke arah pawagam terus. Kejap lagi sudah boleh masuk. Lagi lama kami diluar ini, lagi banyak kedai yang Nuha mahu survey. 

Dia tiada kesabaran setinggi itu!

•••

Ghazi menguap entah sudah keberapa kalinya. Kopi panas yang di pesan tadi juga sudah sejuk. Sambil menyandarkan badan ke kerusi, dia menguap sekali lagi. 

Mata sudah berair kerana terlalu kerap menguap. Ghazi mengesat mata dengan belakang tangan dan menguap lagi. 

Ya Tuhan. Tak tahu lah kenapa kerap sangat aku menguap selepas keluar dari menonton wayang tadi walaupun tiga per empat dari 3jam tayangan itu aku tidur. Satu apa pun aku tak faham. Lihat pada poster macam cerita seram. Sekali cerita cinta. Memang seram betul. 

Beg silang nike di letak ke atas meja. Tangan menekan-nekan belakang kepala apabila sekali lagi dia menguap. Tak boleh tahan betul. Macam bersambung-sambung pula. 

Nuha menguis-uis kek di dalam pinggan dengan garfu. Saja buat sepah. 

Dan apabila dia sudah muak, dia menyedut air mocha yang dipesan. Tunggu Nuha makan saja sudah setengah jam. Makan satu potong kek saja pun.

Mata melihat sekeliling. Ramainya orang macam tidak pernah datang pusat membeli belah. Ini pun nasib baiklah mereka dapat tempat duduk. 

Ghazi menguap lagi. Tak boleh jadi ni! 

Makin menjadi-jadi pula dia menguap. Sampai naik berhingus hingus pula hidung dia. Rahang pun terasa penat. 

Jam di kerling dan selepas itu melihat ke dalam pinggan Nuha.

"Nuha. Aku nak pergi solat kejap. Nak ikut?"

Risau pula kalau dia tinggalkan Nuha sendirian disini. Kalau Nuha duduk di dalam surau wanita pun 'okay' sementara menunggu dia. Lagipun surau di tingkat bawah sekali, jauh. 

Nuha mengangguk laju. Air Mocha disedut sehingga habis. Dia mengejar Ghazi dari belakang apabila lelaki itu sudah bangun dan berjalan keluar dari foodcourt. Langkah kakinya yang besar itu meninggalkan Nuha jauh kebelakang. Lebih lebih lagi ramai orang berpusu-pusu masuk ke medan selera KLCC itu menyebabkan sukar untuk Nuha mempercepat kan langkahnya tanpa bertembung dengan manusia. 

Kelibat ghazi makin hilang dari pandangan. Nuha sudah tidak tentu arah. Dalam mengelak keramaian manusia yang berselerakan itu, dia cuba mencari susuk tubuh lelaki yang disayangi.

Tangannya dicapai seseorang dari arah kiri. Nuha kaget. Kepala cepat-cepat berpusing ke kiri. 

Ghazi! 

Lega. Ingat siapa tadi yang tarik tangan dia.

Dahi Ghazi berkerut. 

"Kau nak pergi mana ni? Sini lah!" Garang saja suaranya. 

Nuha muncung. Orang cari dia lah! Dia yang jalan macam berlari. Hish. 

Tangan Nuha ditarik membawa gadis itu jauh dari orang ramai. Ghazi bercekak pinggang. Marah betul dia Nuha tiba tiba hilang. Jalan pun boleh hilang. Tak kan mahu berpimpin tangan setiap masa. Susah lah. 

"Sorry. ." Ujar Nuha perlahan. Dia menggigit bibir. Rasa macam kena tenung dengan cikgu disiplin sekolah sahaja sekarang ini. Seramnya!

"Ikut aku betul-betul. Hilang lagi, siaplah." Ghazi memberi amaran. Selendang dari dalam beg kertas tadi dikeluarkan dan melilit nya ke pergelangan tangan Nuha. Hujungnya pula dia pegang. 

Ghazi menyambung langkahnya sambil menarik hujung selendang. Kali ini langkahnya di kecil kan sedikit. 

Nuha senyum sendiri. Dia rasa disayangi.

Belakang tubuh Ghazi dipandang. Kenapa lah segala tindak tanduk Ghazi padanya dirasakan penuh dengan kasih dan sayang. Atau adakah sebenarnya dia yang sudah buta dengan cinta. Dia runsing tetapi dia suka dengan keadaan sekarang. 

"Nuha!" 

Kaki mereka berdua terhenti. Ghazi berpaling ke belakang memandang wajah Nuha. Nuha juga begitu. Saling berpandangan. Suwit gitu. 

Nama Nuha dipanggil sekali lagi. Tidak begitu kuat tapi cukup jelas di pendengaran mereka berdua. 

Dari belakang, seorang lelaki bercermin mata mengejar mereka. 

"Aiman? Hai." Sapa Nuha. Dia senyum nipis tetapi dalam hatinya membara. 

Kalau tidak kerana Ghazi ada sekarang ni, tak akan dia teragak-agak mahu pukul saja bahu si Aiman ni. Tetapi dia harus menjadi wanita yang sopan santun di hadapan Ghazi.

Aiman memandang Nuha pelik. Namun dibalas juga senyuman gadis itu. Cermin mata di betul-betulkan.

Dia tersedar akan kehadiran lelaki di hadapan Nuha. Wajah si lelaki dipandang lama. Penampilan lelaki itu juga ditilik dari atas sehingga ke bawah sehingga menimbulkan ke tidak puasan hati Ghazi. Kalau tadi wajah Ghazi selamba, sekarang keningnya sudah berkerut. 

"Kau kenal ke si skema ni?" Soal Ghazi. Selendang yang dipegang digoncang-goncang. Rasa macam nak goncang juga kepala budak skema depan ni. 

Nuha mengangguk lemah.

"Ha. Kau nak apa? Ada masalah ke?" Hilang terus budi bahasanya. Dia tidak merasa ada keperluan untuk dia berbudi bahasa dengan orang yang tidak tahu menjaga mata dia sendiri. 

Kalau masuk rumah orang pun tidak elok tengok dan nilai perhiasan perhiasan dalam rumah orang, ini pula tengok orang dengan pandangan hina. Kalau kena penangan aku nanti, lebam biji mata kau. 

Aiman tergagap gagap mahu menjawab pertanyaan Ghazi. Mendengar suara Ghazi saja sudah menghantar rasa resah gelisah di hati nya.

"Tak ..Tak ada apa, bang." Jawabnya. Mata di alih dari terus memerhati lelaki itu. Nuha dilihat tenang sahaja. Nuha tak takut ke dengan lelaki ini?

"Oh, Aiman. Kenalkan ini Ghazi. Teman lelaki Nuha." terang Nuha sambil tersenyum menampakkan gigi dan lesung pipitnya. 

Aiman melopong. Biar betul Nuha ni? Bercinta dengan abang long kawasan?! 

Ghazi mencebik. Berdesing telinganya mendengar pengakuan Nuha. Mahu saja dia tekup mulut perempuan ni! 

Dia merasa tidak selesa jika Nuha berterusan mengaku mereka ada sesuatu yang istimewa sedangkan dia tidak pernah lihat gadis itu dari sudut begitu. Baginya dia dan Nuha hanya dua orang yang saling mengenali. Tidak lebih dari itu. 

"Sudahlah. Jom. Nanti terlewat." Ujar Ghazi menamatkan perbualan. Dia tidak mahu lebih banyak auta dari fakta. Cukuplah itu saja. Tangan menarik kain yang dililit pada tangan Nuha.

Mereka berlalu meninggalkan Aiman terpinga-pinga. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience