CHAPTER SPECIAL!!

Romance Series 18757

Ghazi merenung ke luar tingkap. Sisa-sisa air hujan yang lebat malam tadi sedikit pun tidak memberi kesan kepada emosinya.

Dia tersenyum sendiri. Bibirnya ditahan daripada terbuka. Ah, gagal!

Senyuman melebar. Tidurnya malam tadi lena-selenanya. Tidak pernah dia lena begitu. Dena di tepi yang masih dibuai mimpi dipandang. Rambut Dena disikat ke belakang supaya kemas, takut Dena tidak lena dek kerana rambut yang menganggu wajah.

Ghazi bangun dari baring, bingkas ke bilik mandi.

Kaki Ghazi berhenti di hadapan bilik air. Lukisan dibelakang pintu di tatap.

Sebuah lukisan Orked berwarna ungu pemberian Suhana pada suatu ketika dulu.

Ingatannya berlalu ke masa lalu.

"Nah! Hadiah untuk Ghazi.." Sebuah bungkusan besar diletak di hadapan lelaki itu. Penat-penat dia mengayuh basikal dengan membawa hadiah besar gedabak itu.

Ghazi mematikan putung rokoknya. Dia memandang seperti tidak percaya. Suhana beri dia hadiah? Tiba-tiba pula tu..

Dia lekas turun dari basikal. Hadiah Suhana diletak di atas tempat duduk.

"Ghazi boleh buka sekarang tak?" Tanya dia. Dia sudah tidak sabar-sabar.

Suhana mengangguk laju. Hatinya berdebar-debar. Risau juga kalau Ghazi tidak suka. Ghazi ini rock metal, suka kah nanti dengan hadiah pemberiannya ini..

Kertas yang membungkus hadiah besar tersebut dikoyak secara kasar. Baru lah nampak macam happy kan kalau buka hadiah rakus begini.

Suhana hanya memerhati dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Mata Ghazi membulat. Orked ? Kenapa orked?

Matanya memberi persoalan dan meminta jawapan. Rambutnya yang pendek itu di gosok-gosok. Pelik.

"Sebab bunga Orked warna Ungu adalah kesukaan Su.." Suhana buat muka merajuk.

Ghazi ni tidak ingat langsung yang dia suka bunga orked.

Mata Ghazi terbeliak.

Eh !

"Alamak. Ghazi lupa. Sorry! Ghazi janji lepas ini Ghazi tak akan lupa apa-apa lagi pasal Su.. Semua Ghazi akan ingat!" Tapak tangan dinaikkan.

Suhana ketawa besar. Dia gurau saja. Lagipun dia tidak kisah. Dia suka Ghazi kerana Ghazi, bukan kerana semua itu. Lagipun, dia tidak suka kalau Ghazi terlalu berlebih-lebih memberi perhatian padanya. Ghazi ada hidup sendiri, cita-citanya sendiri.

"Kenapa Su suka bunga orked? Bukan cantik pun.." Semestinya ada Ghazi yang tidak tahu menilai kecantikan sekuntum bunga.

Lelaki mana tahu apa-apa. Bunga ada maksud istimewa yang tersendiri tau!

Suhana berdehem. Dia berdiri di hadapan Ghazi seperti mahu memberi ucapan. Ghazi tergelak.

"Itu lah. Kalau Ghazi mahu tahu, bunga orked ni satu bunga yang melambang sifat kehidupan yang optimis. Bunga orked ada pelbagai warna pula tu. Cantik sebagai hiasan di dalam rumah ataupun di luar rumah." Jelas Suhana.

Ghazi duduk di atas batu sambil mata dan telinga fokus kepada Suhana.

"Optimis? Apa yang optimisnya? Bunga sahaja kut.." Mata dikecilkan. Iya ke informasi Suhana ni.

Suhana mencekak pinggang. Orang belum habis, dia sudah menyampuk.

Ghazi buat isyarat tangan meminta maaf. Mulut di-zip.

"Kenapa optimis? Bunga Orked terkenal dengan sifatnya yang boleh hidup di pelbagai jenis tanah, ketinggian, dan cuaca. Tanah tinggi, tanah rendah, hutan belantara pun Orked mampu hidup. Malah, bunga Orked ini ada daya ketahanan dan daya penumbuhan yang sangat sangat sangat hebat. Kira degil lah! Tak kira! Dia nak tumbuh juga! Dan bila dia tumbuh mekar, dia menghiasi kehidupan di sekelilingnya."

Tangan Suhana depakan selepas itu di memeluk tubuh membayangkan dirinya memeluk lukisan bunga Orked ungu yang dilukis khas untuk Ghazi.

Ghazi bertepuk tangan mendengar cerita Suhana.

"Lagi satu!"

Tangan Ghazi berhenti bertepuk.

"Orked paling terkenal sebagai bunga yang orang ambil inspirasi kalau mahu buat hiasan perkahwinan. Kerana sifat semula jadi bunga Orked yang kuat menghadapi badai dan lain-lain. Orked melambang satu sifat kekuatan. Jadi, Orked dijadikan simbolik kepada perkahwinan. Supaya pasangan yang berkahwin akan terus kuat bersama walau apa jua rintangan, macam bunga Orked." Suhana mengakhiri ucapannya.

Ghazi memandang Suhana terus. Dia tersenyum.

Ghazi bangun dari duduk. Punggung seluar ya ditepuk, menjatuhkan batu-batu kecil yang melekat.

"Orked ini macam Su lah. Kuat, optimis dan cantik." Matanya masih tetap di wajah si gadis.

Pipi Suhana memerah. Ghazi ini ada sahaja.

Mata Ghazi direnung. Mata yang baginya sangat menenangkan.

Dia suka kepada Ghazi kerana lelaki itu selalu menghormatinya sebagai wanita. Tidak pernah sekali pun Ghazi melampaui batas. Dia tahu dia tidak boleh begitu berharap, tetapi lelaki itu satu-satunya di hati.

"Pandai-pandai aje Ghazi ini. Ramai lagi perempuan lebih kuat dari Su.. Lebih tabah." Suhana memalingkan wajah.

Mata fokus kepada lukisannya.

Ghazi tergelak.

"Orait. Ghazi akan simpan lukisan Su baik baik. Setiap kali Ghazi rindu Su, Ghazi tatap sampai tembus lukisan ni." Lukisan Orked ungu itu di angkat.

Cantik juga lukisan ini. Cantik sebab Suhana yang lukis.

"Macam tu pula. Kalau kita rindu seseorang, kita kena buat apa?" Soalnya dengan tegas.

Ghazi berdiri tegak.

"Kena solat dan doakan orang tu, cikgu!" jawabnya.

Suhana mengangguk.

"Bagus! Bagus! Solat jangan lupa tau.." Jari telunjuk Suhana bergerak gerak.

"Baik cikgu Su !"

Mereka berdua ketawa serentak..

"Abang.." Dena menggosok-gosok mata.

Ghazi tersedar. Dia terus mendapatkan si adik. Belakang Dena digosok perlahan beberapa kali.

"Okay, bangun.. Dah pukul berapa ni. Kerja tidur aje Dena ni. Patutlah gemuk.."

Dena pandang Ghazi tajam !

•••

P/s: Kenapa tetiba cerita pasal Orked ni? Sebab author Orked_Ungu nak dijodohkan dengan Ghazi.

Jadi Chryst jodohkan depa melalui chapter khas ni walaupun dia mampu jadi bunga bukti cinta Suhana kepada Ghazi.. Haahahhahahah!!!!!

Korang boleh Check-Out novel Orked_ungu dekat NP atau follow dia dekat IG.

Orked banyak novel best-best tau! Serius korang mesti enjoy ~

Janganlah marah Ghazi. Semua orang ada kenangan cinta yang tidak boleh dilupakan. Ghazi hanya seorang manusia biasa yang juga pernah mencintai dan dicintai.

Cinta menghidupkan hati yang mati. Tanpa cinta, kita tak gembira. Manusia perlukan cinta dan kasih sayang untuk menimbulkan rasa simpati dan empati dan setiap perasaan yang seorang manusia wajib alami dalam hidupnya untuk menjadikan dia seorang manusia.

Muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience