BAB 1

Romance Series 18773

Amir Ghazi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serabut!

Rambutnya yang tadi terikat rapi sekarang sudah rupa gelandangan. Dia menilik jam dipergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12pagi.

Dia masih menunggu ketibaan bas ke kuala lumpur. Masih ada beberapa orang juga di perhentian bas yang sama dengannya kini. Wajah mereka semua masam mencuka seperti mana dia. Bengang juga agaknya dengan kelewatan yang berlaku.

Tangan menyeluk masuk ke dalam beg galas yang terletak di sebelah tempat duduk. Sekotak rokok dikeluarkan. Tidak sampai seminit, sudah berkepul-kepul asap berterbangan ke udara.

Ingatan kembali ke beberapa jam yang lalu.

“Ayah tak mahu bela biawak hidup lagi.” Beg baju berjenama Adidas yang bersaiz sederhana itu diletakkan di hadapan muka Ghazi yang dari tadi leka melayan permainan di televisyen. Wajah Ayah dipandang, hairan.

‘Biawak? Sejak bila mereka ada bela biawak hidup?’

Mata masih memandang si Ayah dalam-dalam. Chocolate chips yang dikunyah tak henti-henti dari tadi, ditelan. Panggilan Mama mengubah hala pandang nya. Kepalanya dirangkul kuat oleh Mama seakan-akan tidak mahu melepaskannya pergi.

“You, come over here.” Arah Ayah kepada Mama. Muncung Mama pula sudah memanjang.

Otak Ghazi masih cuba mencerna apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Yang dapat dia cerna hanyalah Ayah sangat marah.

Apabila Mama tidak mahu melepaskan dia, Ayah datang menarik tangan Mama supaya berada di sisi Ayah pula.

Lelaki separuh abad itu mengeluarkan beberapa keping not seratus daripada beg dompet kulitnya.

“I’ll give you this for the last time. And get out from my house.” Beberapa keping not seratus itu diletak di hadapan Ghazi. Air mukanya berubah. Terngiang-ngiang ayat terakhir si ayah didalam kepala sebelum mengunci pintu rumah mereka.

‘Don’t you ever thinking about stepping into my house before you make a man out of yourself!’

Kepalanya di garu sekali lagi. Rokok dibiarkan di atas bibir.

Sampai hati Ayah buat dia begini! Arghhhh! apa salah dia!

“Hoi! Apa cerita ni sampai aku dipaksa ambil tiket bas balik kampung malam-malam buta begini?” Sapa Hijjaz.

Melihat wajah Hijjaz, terbayang sinar kebahagiaan di matanya.

Ya, dia percaya Hijjaz boleh bantu dia di saat begini. Dia menceritakan apa yang terjadi di rumahnya siang tadi sehinggakan Ayah membuat keputusan kejam sebegini. Apa? Selama ini dia anak yang baik aje.

“Kahkah! Baik? Dekat mana yang kau ni anak baik?”Mengekek si Hijjaz mentertawakan nya. Air kotak yang dipegangnya juga terpicit secara tidak sengaja kerana terlalu asyik ketawa. Cepat-cepat dia mengesat air di baju.

“Be real. Selama ini memang kau biawak hidup pun. Ayah kau bela kau bagai menatang minyak yang penuh selama ni. And All you ever repay him is headache and not to forget, heart attack too.”

Kepala Hijjaz ditolak kuat. Sekarang dia betul ragu-ragu dengan kesetiaan Hijjaz sebagai sahabat baiknya.

Ah, kalau Hijjaz tidak mahu membantu dia, dia spill the tea saja tentang perangai Hijjaz di KL sana. Balik kampung macam ustaz, di Kuala Lumpur sana dialah raja segala setan.

Macam dia tidak tahu, Hijjazlah pembekal pil-pil memabukkan di kampung ini dan pelanggan setia nya haruslah anak muda kampung yang tidak cukup umur dan bodoh. Dengan cara itulah dia menyara kehidupan liar nya di Kuala Lumpur. Kerana kawan, dia diam kan. Jangan biar mulut ini tikam kawan sendiri.

Hijjaz mengangguk faham melihatkan jelingan tajam Ghazi. Dia tahu apa yang sedang Ghazi rencanakan tentangnya. Mampus. Bermain dengan Ghazi seperti bermain dengan api, bila-bila masa boleh terbakar diri. Dan bukan Ghazi lah kalau tidak lebih jahat darinya.

“Orait. Orait. Apa kata kau follow aku dan kerja di Kuala Lumpur? Esok aku ada kelas ni. Lagipun kawan-kawan kita pun ramai yang bekerja di sana. Daripada kau duduk mengenang nasib dekat sini kan. Dengan muka kau bro, banyak kau boleh buat.” Senyum Hijjaz penuh makna.

Ya, banyak yang Ghazi boleh buat di Kuala Lumpur dengan wajah sebegini. Hidung mancung, mata setajam helang tetapi menawan dan menggoda, rahang wajah dan buah halkumnya yang menonjol, rambut messy-look begini, badan Ghazi berotot, lengan dan tangannya pula berurat hijau.

Ya. Ghazi pasti laku keras!

Anggukan Ghazi melebarkan lagi senyumannya. Sebagai kawan baik merangkap sahabat sejati, akan dia lakukan apa sahaja demi menaikkan Ghazi dimata dunia. Sebelum dunia, dia akan menaikkan Ghazi di Kuala Lumpur dahulu. Gelak Hijjaz didalam hati.

Ghazi turut ketawa yang seterusnya mematikan gelak Hijjaz didalam hati. Bahu Hijjaz ditepuk beberapa kali.

“Kau jangan rancang pelik-pelik untuk aku, Hijjaz.”

Laju gelengan kepala Hijjaz. Cengkaman tangan Ghazi pada bahunya lembut tetapi kuat. Lelaki itu menekan kuat urat di bahu nya membuatkan dia merasa sakit yang teramat.

Lelaki bernama Ghazi ini punya kebolehan istimewa. Tangannya magik. Silapnya, Ghazi tergoda dengan kuasa dan kekuatan. Itu kata guru silat mereka dahulu. Sejak itulah lelaki ini diharamkan menjejak kaki ke pentas silat mereka. Sejak itu juga Ghazi menjadi Ghazi, si penakhluk.

Ghazi lelaki baik yang pantang dicabar dan merasa tercabar. Ada sesuatu tentang lelaki ini yang tidak boleh dibuat main, amarah nya. Kerana itu juga dia dan rakan lain takut kepada Ghazi.

“Ha. Ha. Tak baik tahu bersangka buruk dekat aku. Aku betul nak tolong kau ni.” Ujarnya sebaik sahaja Ghazi melepaskan pegangan.

“Ah. Orait! Let’s make a man out of myself! Aku akan tunjuk pada ayah aku, aku boleh berubah jadi seperti yang dia mahu. From now on, I’m the new Amir Ghazi.”

“Orait!” sambung Hijjaz.

 •••

Tubuh Ghazi ditendang perlahan. Rambut disikat kemas.

“Hoi.. Apa cerita dengan the new Amir Ghazi kau semalam? Hoi..”

Panggilannya cuma di sahut dengan rengekan kebudakan Ghazi. Ah, anak mak betul lah mamat seorang ni. Dia pasti Ghazi sudah bangun subuh tadi, tetapi dia masuk ke alam mimpi semula. Aiya.

“Jap, mama.. Nanti Ghazi bangun..”

Hijjaz mencebik.

“Sejak bila aku mak kau. Bangunlah wei. Aku nak ke kelas ni. Kawan rumah aku semua kerja. Nanti-nanti aku roger mereka pasal kau. Kau buatlah macam rumah sendiri..” Beg galas ditarik dari atas kepala Ghazi.

Sempat dia pukul kepala Ghazi dengan beg galas nya sebelum berlari keluar dari bilik master bedroom tersebut.

Dengusan kuat dari Ghazi buat dia geli hati. Bila lagi dia akan ada peluang mengenakan Ghazi sebegini.

Selimut yang menyelimuti tubuhnya ditendang jauh-jauh. Rambut panjang mencecah bahu diikat dengan stail Man’s Bun. Anak rambut dan sebahagian dari rambut bawahnya terurai.

Baju Tshirt putih yang tersarung di badan dibuka dan di campak ke belakang pintu. Begitu juga dengan Jeans Diesel-nya. Terserlah otot-otot asli yang tercipta di tubuh nya hasil dari latihan bertahun-tahun itu. Hanya tuala putih yang membaluti bahagian bawah tubuh.

Ghazi menghentikan langkah sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik air. Keluhan kuat dilepaskan. Mata mencari-cari sesuatu yang boleh dia gunakan dalam situasi begini.

Ketukan di pintu bilik menghentikan perlakuannya. Wajah Hijjaz muncul di sebalik pintu.

“Ghaz. Aku hantar lokasi Café kawan aku dekat kau. Kau try pergi walk-in interview. Mana tahu dapat.” Ujar Hjjaz.

Ghazi mengangguk. Wajahnya masam mencuka. Mata masih meliar ke sekeliling bilik air.

“Weh, rumah kau takde bath tub ke, Jaz?” Selamba dia bertanya. Muncung dikeluarkan. Kecewa sungguh dia dengan fasiliti di rumah Hijjaz ini. Bathtub pun tak ada!

Hijjaz mencapai buku teks setebal 5inci di atas meja berdekatan pintu bilik air. Geram betul dia dengan Ghazi ni!

“Kau jangan sampai melayang buku di tangan aku ni ke kepala kau, Ghazi. Mandi jelah macam biasa!”

Pintu ditutup kuat. Frust. Lagi dia layan perangai putera raja si Ghazi ni, lagi sakit kepalanya. Sikit hari dia pun boleh ada sakit jantung macam Uncle Hadi.

•••

Rambut yang terurai mencucuk kedalam anak matanya.  Dia menarik rambut tersebut ke atas dan mengepilnya dengan klip kertas yang sempat dia capai di kaunter pembayaran. Dengan penuh berhati-hati, dia kembali mengangkat dulang minuman ke meja pelanggan.

“Enjoy your drinks, miss.” Senyuman nipis diberikan. Matanya dingin tetapi mampu mencairkan hati si gadis.

Beberapa orang pelanggan berterusan memerhati kan gelagat dan pergerakan lelaki itu. Ke mana sahaja kakinya melangkah pasti mata-mata tersebut mengekori. Rambut yang diikat ke belakang itu sedikit messy malah menyerlah kan lagi maskuliniti-nya.

“Well, How is your first day at work, Mr Ghazi?” Sapa Mr.Zack dari belakang. Lelaki berkacukan Chinese-Indian itu menghulur kan sekeping kad kepada Ghazi. Kad pekerja yang digunakan untuk mengakses pintu ruang pekerja.

Huluran dari Mr. Zack disambut dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Good. Terima kasih Mr Zack kerana beri saya peluang bekerja disini.”

“Not a big deal. I have a good relationship with Jaz. He recommend you to me, so I believe you must be a very good friend of him. He’s not someone who trust people easily.” Tidak sia-sia dia menerima permohonan Hijjaz padanya.

Ghazi sememangnya seorang lelaki yang menarik. Bentuk tubuh kotak dan berototnya sangat menggoda. Ghazi tidak begitu sasa namun tidak juga terlalu kurus. Melihatkan saiz tubuhnya saja sudah dapat membayangkan betapa otot-otot ditubuh Ghazi bukanlah terhasil dari pengambilan protein tambahan atau lain-lain.

“I am more than grateful you’re willing to take me in.”

Huh. Kau ingat aku tidak boleh cakap omputih.  Banyak kali aku dirotan ayah gara-gara malas belajar English. Tidak tersia-sia lah kesakitan dirotan ayah dahulu.

Mr. Zack mengangguk. Bahu Ghazi ditepuknya beberapa kali. Dia akui lelaki melayu selalu membuat dia tertarik. Ghazi menyambung semula tugasnya yang terhenti sebentar tadi. Apron berwarna hitam diketatkan ikatannya.

Selesai menghantar pesanan pelanggan, dulang ditangan diletakkan di atas kaunter. Dia mengipas-ngipas wajahnya dengan buku menu yang tebal tidak sampai 1 inci.

“Hai. Kau budak baru kan. Ghazi.”Sapa salah seorang pelayan café tersebut.

Lelaki berambut pendek dengan stail spiky disebelah nya ini hanya tersenyum menampakkan gigi yang tersusun cantik. Ghazi mengangguk, tidak peduli.

Yang dia kisah kan sekarang ini cuma lah angin yang menampar-nampar wajahnya. Sebentar lagi dia sudah perlu menyambung semula kerja. Baik dia manfaatkan sedikit masa terluang ini untuk mengeringkan peluh.

“Panggil aku Ban je.” Sambung Ban sambil menyandarkan tubuhnya ke kaunter. Mata memerhati gelagat para pelanggan. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

Mamat ni memang suka senyum ke?

“Ban? Kenapa Ban? Nama penuh kau?” Ghazi jadi berminat pula. Belum pernah dia dengar orang nama Ban. Iya lah. Dia ni anak kampung je.

Ban tergelak kecil.

“Banin. Nama penuh aku Banin. Tapi tak mungkin lah aku nak guna nama gitu di tempat sebegini kan. So, Ban je lah. Baru Nampak cool.” Kalini dia melambaikan tangan pula pada salah seorang pelanggan yang melambai-lambai tangan padanya.

Kening Ghazi berkerut dan dia mengangguk faham. Melihat perlakuan Ban, dia yakin yang Ban begitu bangga dengan wajahnya yang hensem. Agaknya itulah budaya di bandar. Asal muka lawa atau hensem sahaja, mesti laku habis.

Ah, dia mengata si Ban ini dalam hati padahal dia pun sama sahaja. Kalau tidak, tak mungkin lah dia berada disini sekarang.

 “Aku Ghazi. Amir Ghazi tapi panggil aku Ghazi je pun boleh.” Tangannya menunjukkan nametag-nya. Tidak adil lah kalau Ban seorang yang beritahu nama penuh. Give and take.

Dia menyambut huluran tangan Ban. Ban berkongsi pengalamannya yang sudah bekerja di sini selama setahun. Mengikut cerita Ban, pada mulanya dia seorang yang tiada arah tuju. Kerana itu dia akhirnya di sini selepas menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah. Ghazi seakan tidak percaya apabila Ban mengatakan dia merupakan graduan perubatan.

Reaksi Ghazi membuatkan Ban ketawa kecil. Memang ramai saja yang memberi reaksi sebegitu tapi apa kan daya, dia belajar kerana ibu bapanya. Tapi untuk menjadi seorang ahli medik, tidak pernah dia impi kan.

“Aku tak sambung belajar. Aku tolong ayah aku di kampung aje.” Ringkas saja jawapannya apabila Ban menanyakan perihal dirinya. Memang dia tiada apa yang seronok mahu diceritakan.

Pada umurnya sudah mencecah 25tahun, inilah baru pertama kali dia bekerja secara serius dibawah orang lain. Selalunya memang dia hanya membantu ayah atau orang-orang kampung. Diberi upah dan upah tersebut selalunya disimpan sahaja.

Kehidupannya di kampung di sara sepenuhnya oleh ayah. Apa dia mahu, bila-bila masa sahaja Ayah boleh beri. Lagipun kebun dan resort sungai keluarga mereka, dia yang jaga. Dia tidak mengambil gaji. Hanya menolong atas sebab itu milik keluarga. Dia lebih suka kalau mama duduk berehat di rumah daripada sibuk menguruskan resort sungai tersebut.

Ban memandangnya tajam. Seperti tak percaya. Melihatkan perlakuan Ghazi, tidak seperti budak kampung. Tapi kalau itu yang sudah dikata Ghazi, betul lah agaknya.

“Jadi, jom aku ajar kau cara duduk KL yang sebenar.” Saran Ban.

Dia melihat Ghazi dari atas sampai ke bawah. Ghazi memang punya potensi besar. Cuma Ghazi kurang ramah tapi itu juga boleh jadi salah satu kelebihannya.

Ghazi mengangkat tapak tangannya tanda tidak perlu. Dia cuma mahu menjadi lelaki yang ayahnya harapkan.

Dia faham apa yang Ban maksudkan. Dia bukan bodoh. Melihat pemakaian dan aksesori Ban saja dia sudah boleh menilai gaya hidup lelaki ini. Mana mungkin gaji ala kadar macam mereka mampu menyarung aksesori seperti apa yang Ban sedang pakai.

Cincin emas putih entah berapa ribu harganya. Jam tangan jenama mewah, rantai silver di leher yang dia pasti adalah versi edisi terhad. Subang telinganya juga mustahil untuk disamakan harganya dengan gaji mereka. Apapun dia hargai niat baik Ban, cuma dia belum cukup terdesak lagi untuk kearah itu.

Ban tergelak mendengar kan alasan Ghazi. Memang benar pun apa yang dikata Ghazi. Memang dengan cara itulah dia menyara hidup selama ini.

“Apa pun, kalau kau perlu just give me a call. I will offer you my help, anytime.” Mereka bertukar nombor telefon sebelum pelanggan setia Ban memanggilnya ke meja mereka.

“Erm, Encik Ghazi.” Salah seorang pelanggan yang baru masuk ke dalam café memanggilnya. Ghazi mengambil dulang dan beberapa menu lalu menuju ke meja mereka.

Beberapa orang gadis muda di meja tersebut tersipu-sipu memandangnya. Ghazi hanya menayangkan muka selamba. Senyum tidak, marah pun tidak.

Tugas dia di sini hanya mengambil pesanan, bukan mengorat atau mengambil hati pelanggan. Tidak pula ada dia terbaca tentang perlu mengorat atau menjadi pendengar setia masalah peribadi pelanggan didalam kontrak kerja mereka seperti mana yang sedang dilakukan Ban sekarang ini. Sempat lagi dia jeling gelagat Ban.

Menurut Ban, hal diluar waktu bekerja adalah bebas. Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka inginkan, Cuma didalam waktu bekerja sahaja mereka perlu behave. Daripada café ini jugalah Ban dapat menangkap pelanggan-pelanggan setia nya.

“Ya, nak pesan apa cik?” Soal Ghazi. Mata fokus memandang buku di tangan nya bersiap sedia mahu mencatat pesanan.

"Nak pesan Encik Ghazi satu.” Jawab salah seorang dari gadis-gadis tersebut. Yang lain sudah menjerit perlahan dan teruja.

Memang ada spesis pelanggan yang sebegini. Suka mengusik pelayan-pelayan baru nak up seperti dia dengan berbagai tujuan. Kalau Ban, mungkin dia sudah minta nombor kesemua gadis-gadis ini.

Ghazi melepaskan keluhan panjang. Buku nota dan pen disimpan semula didalam apron. Dia menarik kerusi dari meja berdekatan lalu duduk di hadapan gadis-gadis tersebut. Kaki dan tangan disilangkan. Mata memandang para gadis tajam.

“Baiklah. Saya bagi cik-cik semua renung muka saya 5 minit dan selepas itu cik-cik semua perlu buat pesanan secepat mungkin.” Ghazi menayang muka selamba. Wajah selamba nya pun sudah buat semua gadis di situ menjerit keterujaan. 

Keempat-empat gadis tersebut memandang wajahnya tidak berkedip. Berbagai-bagai pertanyaan diajukan padanya tapi tiada satu pun dijawab.

“Tengok aje. Sebarang pertanyaan saya tidak akan jawab. Lagi 3 minit.”

Dari jauh Ban memerhati. Dia tergelak kecil melihatkan cara Ghazi mengawal gadis-gadis muda tersebut.

Sesekali Ghazi memusingkan wajahnya ke kiri dan ke kanan bagi memberi para gadis melihat wajahnya dari sudut pandangan yang berbeza-beza.

“Sepuluh.. Sembilan.. Lapan..” Mulutnya terkumat kamit mengira sebaik sahaja masa sudah hampir tamat.. Makin terbeliak mata gadis-gadis tadi apabila masa mereka untuk meneliti wajah Ghazi semakin tamat.

Ghazi bangun dari duduk. Kerusi yang tadi diambil dimasukkan semula sekemas mungkin ke meja sebelah mereka. Buku nota dan pen kembali berada di tangan. Satu satu pesanan dicatat dan dia berlalu pergi ke dapur.

“Wow. Pandai betul kau layan budak-budak tu.” Tegur salah seorang staff dine hall juga seperti dia. Dia memperkenal kan dirinya sebagai Joseph.

“That one girls group, Ban pun malas mahu layan. Fangirl sikit yang tu.” Sambung Joseph lagi. Staff lain cuma mengangguk setuju.

“Takde hal. Pangkat adik-adik je tu.”

Memang spesis adik aku pun. Fangirl. Pantang Nampak benda yang menarik perhatian.

“Hati-hati Ghazi. Esok dia bawa fanclub dia datang sini esok. Percayalah.” Sampuk Ban dari arah belakang. Ghazi menggosok-gosok kepalanya. Sudah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience