BAB 23

Romance Series 18757

"YA Tuhan.. Ini bukan masa yang sesuai untuk fikirkan hal itu, Nuha. You almost get hurt!" 

Nuha mengetap bibir. Wajah serius Haidi membuat dia terdiam. 

Haidi menjatuhkan punggung ke tanah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran dan perasaan tidak puas hati menghimpit. Dia patut kejar pervert tadi. Siapa lelaki itu? Apa dia mahu?

Wajah Nuha menjadi sasaran seterusnya. Wajah bujur sirih itu dipandang.

"Nuha. Nuha tahu siapa lelaki itu kan?" Mata meminta kepastian dan jawapan. Nuha berpeluk tubuh. Serta merta dia teringatkan kejadian lama. 

Kejadian yang meragut segala kebahagiaannya. Lelaki durjana itu yang merosakkan hidup dia. 

Lambat-lambat Nuha mengangguk. Tubuhnya kembali menggigil. 

Dia takut. Apa lagi yang akan jadi ni. Macam mana lelaki itu boleh tahu dia di sini. 

"Awak.. Dia ikut saya. Dia ikut saya.." Kepala direhatkan di dada Haidi. 

Haidi cuba menenangkan Nuha. Dahinya berkerut seribu. Geram. 

Apa maksud Nuha? Lelaki tadi mengekori dia? 

Tisu di dalam kocek seluar trek di keluarkan. Peluh di dahi Nuha di lap. Tubuh itu masih menggigil, wajah Nuha pula tidak beriak. Tangannya menyentuh pipi Nuha yang sudah merah.

"Takpe. Haidi is here for you." Lembut. 

Hidungnya tercium bau wangian rambut gadis di dalam dakapannya. Wajah Nuha ditatap dengan perasaan kasih dan sayang. 

Helaan nafas Nuha semakin tenang. Turun naik dadanya juga beransur perlahan. Haidi menarik tangan Nuha supaya bangun dan duduk di bangku. Kaki yang membengkak itu dinaikkan ke atas. 

"Here. Drink this. Calm youself first." Air mineral di dalam botol yang sudah di buka penutupnya di sua. 

Tangan Nuha menyambut. Mata merenung ke kaki nya yang bengkak. Wajah Haidi setia menanti di tepi. 

Seteguk.. Dua teguk..

Dihulur kembali botol air kepada Haidi. Tangannya dipandang. Dia tidak faham. Kenapa kekuatannya untuk melawan terus hilang apabila terpandang penjahat tadi. Kenapa dia tidak tarik saja topeng di wajah lelaki itu. Kenapa dia tidak pukul dan lepaskan kemarahannya sepuas mungkin.

Pap! 

Penumbuk yang digenggam menghentak kuat kerusi bangku yang diperbuat daripada kayu itu. Nafasnya turun naik.

Haidi terkejut. 

"Hei.. Calm down." Tangan Nuha dicapai. Genggaman kuat dileraikan. Dia hanya mahu Nuha bertenang dulu sekarang ini.

"Kenapa? Saya patut bunuh dia tadi. Saya patut lawan dia. Kenapa saya langsung tak bergerak, Haidi? Kenapa saya biarkan dia terus musnahkan hidup saya.." 

Dada terasa sakit dan sebak. Dia marah pada diri sendiri kerana tidak mampu melawan.

Haidi bangun dari cangkung dan terus memeluk Nuha. Bahu putih itu digosok perlahan. 

•••

Apron dari dalam loker ditarik keluar. Bibir tersenyum ke arah Lily yang sibuk mengemas dan menyusun barangan. Kotak-kotak yang berat diangkat untuk gadis itu. 

"Lily nak Ghazi letak di mana kotak-kotak ni?" Ujarnya. 

Tangan Lily menunjukkan tempat kemana kotak-kotak tersebut harus dibawa. Senyuman manis di bibir Lily terukir buatnya.

Mata memandang ke dine hall. Harini sunyi sepi kerana Ban bercuti. Joseph seorang melayani pelanggan-pelanggan Ban. Malam nanti dia pula perlu mengambil alih tugas Ban. Nasiblah Ban sudah janji mahu belanja makan kalau mereka tolong cover shift-nya harini, jadi dia tidak kisah. Kalau buat free, memang dia ketuk kepala si Ban.

"Cik Nuha sudah lama tak datang kan, Ghazi?" Lily datang dengan buku dan pen. Jari leka mencatat stok-stok yang baru masuk. 

"Erm. Dia tak sihat sikit." Kotak diletakkan di tempatnya. Mahu mengelakkan lebih banyak soalan dari mulut Lily, Ghazi berlalu ke dapur pula membantu Jerry mengemas apa yang patut memandangkan hari ini tidak ramai pelanggan. 

Hati nya tidak tenteram. Dia merasa banyak mata sedang memandangnya. Kepala berpaling ke belakang, laju saja yang lain kembali ke tugas masing-masing. Haish..

"Oi, Jerr. Kenapa semua orang tak puas hati aje dekat aku ni?" Ghazi bersilang tangan. Muka beriak tidak puas hati. 

Cakap depan-depan lah. Pantang dia kalau orang mengata belakang ni.

Tangan Jerry berhenti melakukan kerja. Dia mendekati Ghazi. Lengan memeluk bahu yang tegap itu. Tugasnya ditinggal sepi.

"Bukanlah Ghazi. Mereka semua ni, termasuk aku sekali.. curious." Jari memainkan peranan.

"Curious? Pasal apa?" 

Jerry menolak punggung naik ke atas singki. Dia pelik. Takkan lah Ghazi tak tahu? 

Tangan yang sudah di lap ke apron menyeluk masuk ke dalam kocek seluar. Jari menari dan menggesek skrin telefon pintar ditangan.

"Pasal ni!" Telefon pintarnya bertukar tangan.

Ghazi membaca portal ruangan gosip dan berita itu. Bibirnya tergelak kecil. Telefon di serah kembali kepada Jerry. 

"Kau dan semua orang ni percaya bodoh-bodoh je gosip liar macam ni. Aku tengok dia ada je duduk melekat dekat rumah dia tu.. Elok je." Tangan sambung menghiris sayur-sayuran. Cekap sekali!

Jerry melompat turun dari singki. Mata menilai kejujuran Ghazi. 

"Kau duduk rumah Nuha ke?" 

"Pandai.. Aku selalu tolong ayah dia aje. Kuli.. Apa pun, kau jangan sebar cerita pelik-pelik pula. Mana kau mula baca gosip liar ni?"

Lelaki cina itu menjuih bibir. Dia tanya je. Itu pun nak marah.

"Tak tahu. Ada anonymous dekat twitter yang tweet semua cerita tu. Ni ha! Akaun dekat screenshot ni." 

"Hm.. Diorang ni sebelum sebar berita, memang tak check dulu ya kesahihannya? Boleh saman malu ni." 

Jerry mengangkat bahu. Dia pun tak tahu. Lagipun keluarga Nuha masih belum buat apa-apa kenyataan. Ramai yang anggap berita ini benar memandangkan pihak Nuha terus berdiam diri. 

Dengusan keluar dari mulut Ghazi. Terkejut Jerry mendengar dengusan menyeramkan Ghazi ini. Macam bila-bila masa boleh kena telan aje rasa.   

"Mengarutlah. Hari yang gosip tu mention, Nuha dengan aku. Lepastu dia langsung tak keluar rumah dah, setelkan hal parti dia." Bekas sayur yang sudah dibasuh diletakkan di atas rak. 

Jerry angguk . Maknanya menipu lah gosip yang mengatakan Nuha dirogol ini. Pandai-pandai saja sebar fitnah. Kesian cik Nuha terpaksa berhadapan dengan gosip-gosip begini.

"Hm.. Mesti dia stress kan. Kalau kau tak mahu, kau matchmaking lah aku dengan cik Nuha. Lawa tu.."

Ghazi sekeh kepala Jerry sebelum dia berlalu ke dine hall semula. Penyapu di tepi pintu dapur di capai. Dia mahu pergi sapu daun kering berterbangan di luar pintu kedai pula.

Bibir tersenyum apabila dia melepasi Lily. Memerah muka kawan tu. 

Sambil menyapu, dia bersiul-siul. Tangan mengeluarkan telefon pintar dari poket. Nombor seseorang di hubungi. Orang ini sahaja yang dia percaya dan boleh diharap.

Dalam hati berdoa, harap betul lah orang itu masih pakai nombor ini. Dah lah selalu bertukar-tukar nombor telefon.

Panggilannya dijawab. 

Mendengar hembusan nafas orang disana, dia tahu dia sudah mendail nombor yang betul. 

"Hello. Along! Aku nak minta tolong ni." ujar dia selamba. 

Nampak sangat Along dia baru bangun tidur. Oi! Dah pukul 2petang lah..

"Hm.. Shoot!" Falah dihujung talian bernada malas. 

•••

Selimut ditendang jauh sehingga terjatuh ke atas lantai. Mata dibuka luas-luas. Bibirnya tidak boleh ditahan lagi dari tersenyum. 

Ketukan di pintu tidak dipedulikan. Sebaik sahaja pembantu rumah masuk, dia terus memeluk kakak berumur 30an itu. Kakak pembantu rumah kaku. Terkebil-kebil matanya memandang sikap terlebih gembira cik Nuha pagi ini. 

"Mummy dengan Daddy mana?"

Tangan kakak pembantu rumah menunjuk ke arah tingkat bawah. Dia masih tidak percaya dengan mood baik cik muda nya hari ini. 

Kaki Nuha berlari turun ke tingkat bawah. Tersengih-sengih dia memandang kedua mereka. Pipi Mummy dan Daddy dicium. 

"Aik? Kenapa baik sangat harini.." Dato'Uzair musykil. 

Bibir merah basah itu tersenyum penuh makna. Telefon di tangan dibuka dan disua kepada si ayah. 

"Semua gambar-gambar dan gosip-gosip liar pasal Nuha sudah diturunkan, Daddy. Semua sekali pula tu!" 

Dato'Uzair mengangguk faham. Dia sudah tahu berita itu. Sudah dimaklumkan oleh Ghazi semalam, malah Ghazi mengingatkan dia untuk mengambil tindakan kalau ada mana-mana lagi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba-cuba sebar gambar atau berita palsu mengenai mereka lagi. Jangan biar pihak-pihak tidak bertanggunjawab ini terlepas dari kesan perbuatan mereka sendiri.

"All this, thanks to Haidi." 

Tersembur air teh susu didalam mulut Dato'Uzair. 

"Ohok! Ohok! Haidi? Apa kena-mengena Haidi dengan semua ini?" Mata memandang si anak. 

"Yelah. Haidi janji nak tolong Nuha turunkan semua gosip liar ni." 

Dato'Uzair mengeluh.

"You listen here, lady.. Daddy tak mahu Nuha buka cerita pasal keluarga kita pada sesiapa pun, termasuklah Haidi. We don't know who to trust now." 

"Tapi Haidi kan polis." 

"Yes, He is. Tapi bukan semua polis kita boleh percaya. Whatever your reason is, don't get too close with anybody for now. Do you get it, lady?"

Nuha sebal.

"Yes.." Meleret bunyinya.

"Dan lagi satu.. Boleh tak Nuha duduk saja di rumah. Jangan keluar sesuka hati. Lihat apa yang jadi sebelum ini, you need to be more carefull and alert. Rumah tempat yang paling selamat untuk Nuha buat masa sekarang. Stay at home. Teman Mummy masak ke, apa ke.. Do something, new things." bebel Dato'Uzair. 

Nuha memandang nasi goreng di dalam pinggan. Telinga membiar bebelan Daddy melepasi sistem pendengaran. Macam angin lalu. 

Daddy ni tidak habis-habis risau. Dia bukan keluar sendirian pun. Haidi ada menemani dia sentiasa. Hari itu pun, Haidi juga yang selamatkan dia. 

"And, this Haidi boy.. Bukan Daddy tak percaya pada Haidi, tetapi berpadalah kalau mahu keluar pun. Takkan lah sampai hari-hari. Orang jahat pun boleh tahu rutin Nuha dan Haidi hari-hari kalau macam ni." 

Haih.. Sekarang Daddy mahu salahkan Haidi pula. Ish. 

Mata memandang ke arah Mummy, meminta belas kasihan. Tolonglah suruh Daddy berhenti membebel.

Datin Zarina buat tidak tahu. tidak mahu ikut campur. Dia pun kurang suka Nuha keluar selalu.

"Daddy.. Nuha keluar dengan polis, bukan orang jahat. Baguslah kan.." ujarnya. Geram.

Nasi goreng sudah tidak rupa nasi goreng dah. Sudah macam nasi buat lepas geram aje. 

"Nuha, orang jahat bukan ada tulis dekat dahi dia tulisan 'jahat' atau 'baik'.." Hati disabarkan melayan kerenah anak gadis seorang ini. Ada saja jawapan balasnya. 

"Ha, sudahlah. Daddy malas mahu bertekak. Apa yang Daddy mahu, nuha duduk di rumah mulai hari ini. Muktamad! Kalau tidak, jangan cari Daddy kalau ada apa-apa yang berlaku pada Nuha nanti." 

Makanan di dalam pinggan ditinggalkan. Daddy ni mahu dia terperap sampai jadi jeruk kut dalam rumah ni! 

"Takkan Daddy nak Nuha jadi jeruk mangga dalam rumah ni? Terperap je.." Dia tidak puas hati. Tangan memeluk tubuh dengan muncung tiga inci. 

"Jadi jeruk mangga ke, puteri Andalusia ke.. Daddy tak kisah!" 

Datin Zarina tergelak kecil. Dato'Uzair menjeling isterinya. Main-main pula. Dia tengah serius ni! 

Malas mahu mendengar alasan yang bermacam dari mulut Nuha, dia menghabiskan teh susu di dalam cawan dan berlalu ke ruang tamu. Pergi membaca portal berita lebih baik dari mendengar bebelan anak sendiri. 

Nuha menghantar Daddynya dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Puteri Andalusia tu apa, Mummy?" Kalini mata terarah ke wajah Datin Zarina pula.

"Puteri Andalusia tu maknanya Anak Dara Lanjut Usia.." ketawa Datin Zarina sudah terlepas. 

Mata memandang si ayah dengan perasaan geram. 

"Daddy ni saja kan nak Nuha terperuk dalam rumah ni sampai tua. Sampai tak kahwin-kahwin.. Biar semua orang kutuk Nuha tak laku kan." 

Dato'Uzair menekup telinga, tidak mahu mendengar komplen dari Nuha Irdina. Stress. Nasib lah ada seorang aje anak perempuan dalam rumah ini..

Tidak boleh dia bayangkan kalau ada dua Nuha Irdina. Atau tiga.. Atau empat.. 

Boleh pendek umur dia kalau begini.

Datin Zarina pula awal-awal sudah lari. Dia tidak mahu berpihak pada siapa-siapa. Lagi lama dia di sini, kena jadi referee pula nanti.

•••

"Okay. Setel!" Jerit salah seorang ahli pasukannya. 

Falah mengangkat tangan tinggi-tinggi tanda dia dengar jeritan tersebut. Air coke didalam gelas kertas disedut sehingga habis. Mata memandang kasut sport-nya di atas meja selepas itu dia memandang ke arah lelaki di sebelah.

"Betul kau basuh bersih-bersih dah kasut ni?" Mata dikecilkan. Ragu-ragu. 

Junior lelaki itu berdiri tegak dan menjerit kuat. 

"Betul, Tuan!" Otot diwajahnya tegang.

Falah tersenyum sinis. Bukan mudah dia mahu percaya. Tangan mencapai satu kasut dan dihidu. Selepas itu dia mengangguk. 

Junior lelaki itu sudah mula mahu mengukir senyum. Tetapi terus tak jadi senyum apabila melihat senior Falah-nya itu menjilat pula tapak kasut sport di tangan. Erk!

"Hm.. Okay! Nasib tapak ni ada rasa sabun, kalau tak aku backhand kepala kau." Tangan mengarahkan si junior untuk berlalu pergi. Tugas lo sudah selesai! 

Kaki diarah ke tempat rakan sepasukan nya yang menjerit tadi. 

"Fuu.." Mulut menghembus nafas ke telinga mamat yang fokus dengan komputer berkuasa tinggi nya. Terus naik bulu roma brader. 

"Weh! Meremang bodoh! Kau jangan, Fal. Aku faham kau tengah patah hati sekarang ni, tapi.. jangan lah sebarkan kesedihan kau tu dekat aku. Aku ni lagi sunyi tau! Dari dulu single." Dia menjarakkan diri dari Falah. 

Lelaki itu ketawa mengekek. Kelakar melihat wajah Ikram yang sudah serupa beruk bila terkejut tu.

"Okay. Okay. Taknak cerita banyak. Amacam? Setel macam mana?" Burger di tepi komputer Ikram di buka dan dikunyah masuk ke dalam mulut. 

Mata Ikram membuntang.

"Weh.. Burger aku tu. Haish, malas lah nak cakap. Back to the story.. Semua aku dah turunkan dah. Clean. Laman web, group dan page yang unappropriate aku dah hapuskan. Yang portal-portal ni, aku hack dan locked down system for a day. Berita pasal tu pun aku dah delete. Lain-lain yang simple-simple tu, setel sendiri lah."

Falah angguk. Penjelasan dari Ikram ni dilayan macam lagu bersuara sumbang yang berkumandang di telinga.

"Bayaran acaner? Ingat free ke.. Ini mahu kejap lagi aku kena soal ni." Tangan sudah meminta-minta bayaran daripada Falah. Boleh buat donno je abang ni..

Falah menekup mulut. Mata dibulatkan. 

"Eh.. Kena bayar ke?"

"Ha.. Ni aku malas ni. Jangan camni Fal. Aku nak simpan duit nak kahwin ni.." Muka meminta simpati dari Falah.

Falah mencebik. Plastik burger dicampak masuk ke bakul sampah berdekatan. 

"Tadi kau kata kau single. Dalam diam, kau melepasi aku dulu ya." 

Ikram tersengih. Dah jodoh dia sampai dulu.

"Aku bayar lepas aku dah kahwin." balasan dari Falah buat Ikram mengeluh kuat. 

Falah berpusing kembali ke mejanya. Air Coke di meja kawan yang lain dicuri minum.

"Kalau kau tak nak bayar sekarang pun, burger aku yang kau dah makan tu siapa nak ganti?" Ikram menjerit. Tiba-tiba saja sebiji burger melambung ke arahnya. Tangan menyambut. 

"Nah! Makan burger si Leman ni dulu. Nanti kau ganti balik kat dia!" Falah ketawa terbahak-bahak dan melangkah keluar dari situ.

Ikram ketap bibir. 

Falah yang makan burger dia, dia pula yang kena ganti burger Leman. Aiseh.. Nasib dia lah kena pijak hidup-hidup dengan si Falah ni..

'Done. You.Owe.Me.One.' 

Mesej yang baru di taip, dihantar. Falah bersiul-siul menuju ke kereta.

•••

Ghazi memandang ke arah awan yang sedang bergerak perlahan. Fikirannya melayang kepada Saven. Bagaimana agaknya dia mahu memulihkan syarikat sebesar itu. Tanggungjawab yang dirasakan terlalu berat untuk di galas di bahu.

Saven.. Syarikat yang asalnya hanya sebuah syarikat sosial, sekarang sudah membesar menjadi satu syarikat korporat yang besar dan megah. Kalau dia tersilap membuat keputusan, dia akan merisikokan hidup ramai orang. Bukan semata pekerja malah setiap organisasi dan institusi kebajikan yang ditaja sepenuhnya oleh Saven. Anak-anak yatim yang dibiaya pengajian mereka itu semua juga pasti terkesan.

Ghazi mengeluh sendirian. Bagaimanalah ayah boleh fikir yang dia sesuai mengambil alih tanggungjawab ini. Dia ni masuk universiti pun tak.

"Amboi.. Termenung panjang nampak. Ghazi dah sampai mana tu..?" 

Kepala dan tubuhnya berpusing serentak. Bibir tergelak kecil. 

"Sejak bila Su ada dekat belakang ha? Sekodeng ah tu.." 

Suhana menjeling tajam. Takde siapa nak sekodeng Ghazi yang tengah berangan tu.

Suhana duduk di sebelah Ghazi. Dia juga memandang ke langit. Sungguh menenangkan.

Mata Ghazi melekat ke wajah Suhana. Dia suka melihat wajah disebelahnya. Seperti langsung tiada masalah.

"Su balik kampung bila? Semua urusan sudah selesai di sini. Bosanlah Ghazi kalau Su tak ada. Rindu pun ada jugak."

"Amboi.. Sukahati je nak rindu-rindu orang." Bibir Suhana tersenyum. Dia pun pasti rindu pada Ghazi juga nanti. 

Ghazi mengeluh panjang tidak berkata apa-apa.

"Ghazi ni sejak Suhana jumpa Ghazi semula, hari-hari mengeluh je. Tak penat ke mengeluh?" Kaki di gerak kehadapan dan kebelakang. Wajah Ghazi dipandang. 

Mereka saling bertatapan. Perasaan aneh suatu masa dulu kembali menyerang hati masing-masing.

"Apa perasaan Su masa Su tinggalkan Ghazi? Semasa Su buat keputusan untuk lupakan 'kita'?"

Suhana tersengih. Dia menutup mulutnya dengan belakang tangan. Ghazi tidak pernah berubah, masih Ghazi yang dia kenal dahulu. Kerana sikap yang satu ini lah dia jadi senang dengan Ghazi.

"Rasa sedih. Tapi pada masa yang sama, Su rasa gembira untuk Ghazi. Sekurangnya waktu itu Su tahu, Ghazi akan berjumpa dengan gadis yang lebih baik dari Su.." Tenang saja jawapannya.

Jantung Ghazi berdebar. Menatap ke dalam mata Suhana menghantar rasa gembira tidak terkata padanya. Mendengar jawapan Suhana, dia tahu perasaan mereka sama. Perasaan lalu antara dia dan Suhana dulu bukan hanya cinta monyet semata. 

Deringan mesej di dalam poket seluar membuat Ghazi mengeluh lagi. Kacau daun betul lah! 

Mesej dari Falah dibaca. 

Along ni.. Hantar lah sekejap lagi mesej ni. Spoil betul! 

"Sorry.. Along Falah ni mesej." Kepala digaru. 

Riak Suhana yang tenang itu berubah. 

"Falah? Eh.. Lamanya tak jumpa." Dia teruja. 

Falah.. Abang kawad kaki paling garang ketika sekolah dulu. Persembahan kawad kaki pasukan Falah sentiasa yang terbaik dan selalu meraih gelaran juara. Kunci kejayaannya cuma satu, 'Buat sampai menang atau usaha sampai mampus!' 

Slogan yang selalu berkumandang setiap petang di padang sekolah. Tak kira lah lelaki atau perempuan, semua pun dilayan sama rata. Kalau lelaki dihukum bumping, perempuan pun kena buat juga. Hanya gadis-gadis yang berani saja sanggup mendaftarkan diri masuk persatuan dibawah pimpinan Falah.

Suhana ketawa mengimbau kenangan lalu. Apalagi kalau dia cuba membandingkan Falah dan Ghazi. Falah yang aktif dengan aktiviti dan Ghazi yang pemalas sampai perlu dikejar kalau mahu dia melibatkan diri dengan aktiviti sekolah. 

Sebab itu juga Ghazi tidak pernah duduk satu persatuan uniform dengan si abang. Nescaya dia akan dikerah sehabis boleh! 

"Apa gelak-gelak?" Ghazi memandang Suhana, tajam. 

Mulut ditekup tetapi ketawanya masih tidak boleh berhenti. 

"Tak. Su teringat je macam mana cikgu Hisyam selalu kejar Ghazi semata-mata mahu Ghazi wakil rumah sukan dia dalam pertandingan. Masatu, semua cikgu mesti akan kejar Ghazi sebab nak kalahkan abang Falah dalam pertandingan sukan. Habis semua trofi rumah sukan yang Falah wakili aje yang menang. Dan masatu, satu-satunya yang boleh dan ada peluang kalahkan Falah dalam bersukan, hanya Ghazi sorang aje." Suhana bercerita panjang. 

Sampai sekarang dia masih tidak lupa bagaimana Ghazi dan cikgu Hisyam main kejar-kejar pusing sekolah. Dan wajah Ghazi yang tidak rela bertanding di hari sukan. 

"Heh.. Tengoklah siapa. Kalau tak, tak menang rumah sukan kita dulu." Ujar Ghazi, bangga. 

Memang dia lah harapan cikgu Hisyam dulu. Kah! 

"Hei. Mana ada rumah sukan kita menang. Kan masa tu rumah lain yang menang sebab Ghazi dan Falah asyik bergaduh aje masa acara. Lari pun boleh tolak-tolak. Last-last apa pun tak dapat.."

Suhana menggeleng kepala. 

"Eh.. Tak menang eh. Habistu dapat medal tu apa?" Kepala digaru. Memang dia dapat medal kan haritu. 

"Tu medal penyertaan aje. Semua orang pun dapat masatu." 

Ghazi melongo. Kenapa dia langsung tak tahu ada medal penyertaan? Habistu medal yang dia bangga sangat tu, tak ada nilai lah ya. Aiseh..

Suhana yang dari tadi tidak berhenti ketawa dipandang. Sudah lama dia tidak nampak Suhana ketawa terbahak-bahak begini. Ghazi senyum sendiri. 

"Tapi, Su lagi hebat. Semua pun juara.  Dari akademik sampailah ke sukan. Berdebat tu tak perlu cakaplah, sentiasa yang terhebat di mata Ghazi. Kalau Su sambung belajar, hm.. Dah jadi wakil rakyat kut.." 

Dia memuji sifat keadilan yang berada di dalam jiwa Suhana. Dia peminat setia juara debat sekolah ini. Hari-hari dia teman Suhana menelaah buku di perpustakaan besar bandar mereka, malah dia juga jadi tukang bangkang hujah Suhana dulu. Suhana kalau sudah buka kitab, baik kunci mulut saja. 

"Eleh.. Kalau tak kerana Ghazi tolong Su berlatih debat dulu, Su tak boleh menang tau." Wajahnya memerah mengungkap kata-kata tersebut. 

Memang benar. Ghazi lah penyokong setianya. Kalau dia kalah dan disaat dia jatuh tersungkur, lelaki itu sentiasa bersama. Memberi semangat untuk tidak berputus asa.

Dari hanya berkawan, perasaannya berubah menjadi cinta. Ghazi mungkin bukan lelaki sempurna tetapi Ghazi sempurna di matanya. Lelaki yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi kebahagiaan orang yang tersayang.

Kalau dia mampu memutarkan kembali masa, dia tak akan pernah melepaskan genggaman tangan Ghazi. Dia akan sabar  melayari badai dan lautan bersama. Kerana hanya Ghazi yang ikhlas menyayangi dirinya dari dulu.

Selepas berkahwin, dia nekad melupakan Ghazi kerana akur dengan pilihan orang tua. Dia cuba melayari bahtera perkahwinannya dengan ikhlas dan sabar. Bertahun lamanya dia menderita kerana bersuamikan seorang lelaki yang hanya sempurna dimata tetapi tidak pada hati dan keimanan. Dia punya segalanya tetapi dia merasa seperti dia telah kehilangan segalanya. 

"Aish.. Pertolongan Ghazi tu kecil aje, Su. Su punya semangat tidak berputus asa itu yang paling penting. Penyumbang terbesar kepada kejayaan Su." Penumbuk digenggam. 

Suhana menggeleng. 

"Ah, ya tak ya.. Jadi ke Su nak sambung belajar? Kalau jadi, Ghazi sokong seratus peratus. Kalau Su perlukan bantuan, beritahu saja." 

Suhana ketawa lagi. Ghazi hairan. 

"Kenapa?" solanya. 

"Tak.. Ghazi ni memang tak berubahlah. Kalau kikis pendek lagi rambut Ghazi macam masa sekolah dulu, Su rasa macam tengah bercakap dengan Ghazi 7 tahun yang lalu." tersekat-sekat ayatnya dek kerana ketawa. 

Jari menunjal kepala Suhana seperti yang selalu dilakukan kalau dia geram. 

"Ghazi dah besar lah. Dah terlebih matang. 7 tahun lalu tu mentah sangat."

Tunjalan di kepalanya tidak terasa. Lebih dia galak ketawa apabila Ghazi menuturkan kata-kata tersebut. 

"You really never changed." dia ulang lagi kata-katanya namun kalini lebih jelas kerana ketawanya sudah beransur reda. Hanya tinggal sisa-sisanya sahaja. 

Mata menatap wajah Ghazi yang sedang tersenyum memandangnya. Kening terangkat, hairan dengan senyuman Ghazi. 

Tubuhnya menghadap Ghazi dan tubuh Ghazi menghadap dia. Bunyi riuh di sekeliling tenggelam serta merta apabila anak matanya bertentang dengan anak mata lelaki didepan ini. 

"Maybe you're right. I never changed. Same goes to my feelings for you." suara Ghazi yang mendatar itu menyapa telinga.

"Salahkah Su.. kalau Ghazi kata tiada perempuan sebaik Su dalam hidup Ghazi.." 

Kata-kata Ghazi menghantar debaran yang sudah lama dia tidak rasa. Kali terakhir perasaan ini wujud adalah ketika hari dia meninggalkan Ghazi. Hari dimana dia bersetuju untuk dijodohkan dengan bekas suami. 

Dup! 

•••

"ARGHHH!!!"

Tangan melempar kesemua barang di atas meja komputer ke bawah. Rambut ditarik-tarik. 

Macam mana! 

Macam mana semua hasil usahanya boleh hilang sekelip mata! 

Pasti sebentar lagi dia akan dimaki hamun oleh lelaki itu. Pasti! Pasti! 

Tangan menarik laci kecil dibawah meja. Sebotol pil di keluarkan dari laci dan menuang isi nya ke telapak tangan. 

'Kau bodoh. Kau patut singkirkan saja mamat itu dari awal.'

'Ha Ha Ha! Atau culik saja Nuha. Kahwin lari!'

'Kau patut lari! Lari sejauh boleh. Lepaskan diri daripada genggaman dia!' 

"Arghhh!! Pergilah bodoh! Aku tak perlukan nasihat korang!" 

Botol air mineral diteguk beberapa kali sehingga kosong. Puas! 

Dia memandang gambar Nuha dan Ghazi di parti hari jadi mewah itu. Pisau di dalam poket di keluarkan. Pisaunya menoreh-noreh wajah Ghazi di dalam gambar. Tangan menggigil kerana marah.

"Aku bunuh kau! Berani kau sentuh Nuha.."

"Berani kau sentuh Nuha dengan tangan kotor kau.." suara terketar-ketar. 

Kepala ditekan. Dia merasa sakit yang teramat. 

'Betul.. Betul.. Bunuh saja, Ghazi!' 

Dia jatuh terbaring ke lantai. Nafasnya tersekat-sekat. Mata membuntang memandang ke atas. Wajah hodoh yang sedang merenung dia dari atas siling bilik itu menakutkannya. 

Makhluk itu merangkak turun melalui dinding dan bergerak naik ke atas tubuhnya. 

Rambut panjang dan berserabut ditambah pula gigi yang berdarah dengan wajah yang hodoh. 

"Ja.. Jangan makan aku.." berpeluh-peluh. 

"A..Aku Jan..Janji. Aku janji aku betulkan semuanya.." Tangan membuat simbol penyembahan kepada si makhluk. 

Deringan telefon menyedarkan dia. Mata dibuka seluasnya dan nafas ditarik sepanjang yang boleh.

Tangan cepat-cepat mencari telefon pintar di dalam beg. Panggilan dijawab dengan suara terketar-ketar. 

"Apa kau dah buat.." garau suara si pemanggil. Hembusan nafasnya saja sudah cukup membuat jantung bergerak laju.

"A.. A.." suaranya tidak terkeluar. 

Bunyi gelas pecah di hujung talian buat jantungnya lebih ketakutan. 

"Kau akan bayar dengan nyawa kau." 

Panggilan dimatikan.

Telefon dicampak jauh. Dia merengkok di bucu bilik. Ketakutan. 

•••

Share this novel

Asnia Nia
2020-08-03 23:44:57 

:) x sabar nieee

Asnia Nia
2020-08-03 23:44:39 

bile nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience