BAB 21

Romance Series 18757

"Hoi, Tan. Kecik lah sikit volume tu. Macam nak pecah rumah ni aku rasa." Raven memukul kepala Tan dengan kusyen di tangan. 

Tan terus mengecilkan volume rancangan televisyen nya. Ghazi yang terbaring di sofa berdepan nya direnung kosong. 

Leka benar Ghazi dengan telefon pintar dari tadi.

Perlahan-lahan dia bangun dan merangkak ke belakang Ghazi. 

"Wah !! Cincin!" Telefon Ghazi sudah dirampas dan dibawa lari. 

"Ghazi cari cincin kahwin woi !"

Mendengar jeritan dari Tan, Raven pula meminta  Tan membaling telefon tersebut sebelum ditangkap oleh Ghazi. 

Ghazi mengetap bibir. Memang nak kena dua ekor ni..

Hijjaz pula tergopoh-gopoh keluar dari bilik air dengan hanya bertuala apabila Raven menjerit. Telefon dibaling kepada dia pula. Mata memandang skrin dan check setiap chat di laman beli-belah tersebut. 

"Woah! Kau siap tanya harga lagi!" Hijjaz tidak percaya apa yang dilihatnya. 

Telefon didalam tangan Hijjaz di ambil semula. Sibuk aje semua orang ni! 

"Dengan siapa?" Raven mula bersoal-soal. Dia sudah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari Ghazi. 

"Dengan diri sendiri." 

Jawapan Ghazi buat Raven geram. Dia hentak kusyen ke atas kepala lelaki itu. 

Hijjaz mengejek. Padan muka kau. Sibuk lagi hal orang. 

"Haah. Dengan siapa bro?" mulut Hijjaz pula bertanya. 

"Sibuk aje." Mata terus fokus kepada skrin. Dalam kepalanya sudah membayang jari si gadis yang akan menyarung cincin tersebut. 

Ghazi tergelak kecil. 

Sepasang cincin silver yang ringkas menarik perhatian. Dia suka tetapi gadis itu suka kah nanti? 

Boleh ke dia main beli saja tanpa mendengar persetujuan pasangannya itu dahulu? Hm..

"Beli aje lah kalau kau dah berkenan." Hijjaz membelek jari sendiri membayangkan dia menyarung cincin di dalam skrin telefon Ghazi. 

Hm. Ghazi sudah mahu kahwin, mungkin dia pun patut kahwin juga rasanya. 

Bibir Ghazi mencebik. Pening lah. 

"Kalau kau, before lamar ke after lamar baru kau beli cincin?" Dia meminta pendapat Hijjaz. 

Walaupun dia tidak percaya sangat pada Hijjaz, tetapi dalam hal begini Hijjaz pasti lebih tahu.

"Hm.. Sebelum! Sebab nampak lah kau serius." 

Ghazi mengecilkan mata. 

"Kalau dia tak terima? Atau tak suka cincin aku pilih?" soal Ghazi lagi.

"Maknanya dia bukan yang terbaik lah. Dah beli cincin pun memilih, kau tinggal je lah. Cari perempuan lain."

Kepala Hijjaz diketuk. Dia ingat perempuan ni macam baju ke? 

Setiap orang mestilah ada keinginan sendiri. Impian sendiri. Tak kan lah sebab itu saja sampai nak tinggal. Hampeh. 

"Kau ni bagi pendapat buaya darat lah. Aku perlukan pendapat lelaki budiman." 

Tan mengangkat tangannya tinggi-tinggi.

"Aku! Aku! Aku lelaki budiman!" Mata Tan membesar. 

Tangan Ghazi memberi isyarat supaya Tan meneruskan bicaranya. Raven datang dengan biskut dan air milo lantas duduk berdepan dengan Hijjaz dan Ghazi. Biskut mencecah air. 

Tan berdehem sebelum berkata-kata. Tangan diletak ke perut gaya sosok yang mahu memberi ucapan.

"Yang penting, saling suka. Sebelum ke selepas ke itu tak penting. Keikhlasan yang penting dalam membina sebuah rumah tangga bahagia. Melamar ini belum sampai ke fasa permulaan pun. Rijek ke tak rijek ke benda simple. Boleh cuba lagi. Yang penting adalah keikhlasan menerima, nak hidup bersama bukan sehari dua atau setahun dua. Tapi sampai mati tau. Kau nak beli, beli aje. Kau tak nak beli dulu pun aku rasa tak ada masalah."

Raven dan Hijjaz ternganga memandang Tan. Kena sampuk hantu apa pula Tan ni? Tiba-tiba aje berbunga-bunga jiwa dia.

Tangan Ghazi memberi tanda dia bersetuju dengan ucapan Tan itu. Berbanding dengan pendapat Hijjaz tadi, terbukti lah Tan jauh lebih bijak dari Hijjaz. 

Mata Raven memandang wajah Tan. 

"Mana kau salin ayat berbunga-bunga kau ni Tan?"

Buku dari bawah meja ditarik. Muka buka tersebut ditunjukkan kepada tiga orang lelaki di depannya dengan riak wajah bangga.

"Novel cinta?!" Raven sudah ketawa terbahak-bahak. Hijjaz berair mata menahan ketawa.

Tan menjuihkan bibir. 

"Kalau korang nak tahu, cara paling mudah mahu kenal hati wanita adalah melalui novel cinta. Boleh balinglah semua buku-buku motivasi cinta tu. Baca novel aje, tiru sebijik-sebijik. Mesti awek sayang." 

Raven lap air di birai mata. Sakit perut dia ketawa. 

"Jadi, kenapa kau single?"

Tan menjeling Raven.

•••

Kereta Persona keluaran terbaru itu berhenti di hadapan sebuah kedai makan. Hijjaz menyarung cermin mata gelapnya sebelum keluar dari perut kereta. Dia bersiul-siul kecil menuju ke kedai makan yang akan menjadi tempat pertemuan dia dan kawan perniagaannya nanti.

Hijjaz berbisik-bisik kecil kepada penyambut tetamu. Dia berjalan mengekori langkah si gadis kecil molek itu. Sempat dia memerhati tubuh gadis di hadapan. Cantik dan seksi. Wow. 

Pintu kecil ke sebuah ruang khas tempat makan dibuka dan mempersilakan Hijjaz untuk masuk. 

Senyuman lelaki dari dalam bilik menyambut kehadirannya.

"Hey, Jazz." Zack menjemput Hijjaz untuk duduk. Hijjaz mengangguk. Cermin mata gelap di buka dan disangkut ke kolar baju. 

Zack menaikkan kedua lengan ke atas meja. 

"Well, how's your business going?" Senyuman tidak lekang dari wajah. 

Hijjaz mengangkat bahu. Tidak laju seperti biasa. Duit lembap..

"Kau mahu aku supply yang lagi power? Atau mahu aku tolong market barang kau?" 

Hijjaz menggeleng. Dia tidak merasa Zack perlu masuk campur urusannya. Yang dia mahu tahu sekarang, apa yang Zack mahu saja. Zack memang teman rapat dalam perniagaan tetapi dia tidak percaya pada Zack sepenuhnya. Tersilap langkah, rosak hidup dia. 

Hijjaz ketawa kecil. Dia meletakkan kedua lengan di atas meja seperti Zack. 

"Kau mahu apa panggil aku tiba-tiba ni?" Soalnya. Mata memandang wajah Zack. 

Sebelum ini dia sudah buat apa Zack minta untuk membayar hutangnya. Sekarang Zack mahu apa lagi. 

"Kau nak anak ikan baru kah?" Hijjaz sudah pecah ketawa. Zack menggeleng. Hijjaz ni sindir dia. 

"Alah. Anak ikan kau bagi tak berguna pun pada aku malah yang kau bagi tu bukan anak ikan, tapi bapak dinosour. Tersalah cakap, lingkup aku nanti." Kali ini dia pula ketawa besar. 

"Cuma itulah, aku mahu minta kau tolong aku. Pastikan Ghazi side dengan aku sahaja." 

Hijjaz jadi lebih berminat. Dia dapat tahu mengenai Ghazi dari Zack hari itu tetapi dia tidak pernah berani mahu mencampuri hal Ghazi. 

"Kenapa? Hazirul tak boleh tolong kau?" Ya, mamat gay itu kan teman baik dia. Tak kan tak boleh tolong. 

Zack bersandar ke kerusi. Hazirul? Mamat tak guna itu. Ceh! 

"Hazirul pun sudah ketar lutut sekarang ini." Ujarnya mendengus geram. Hazirul bodoh itu hanya tahu keluar duit saja dan harap orang lain buat kerja untuk dia. Lelaki itu sudah tidak berguna sekarang ini.

"Yang boleh tolong aku sekarang hanya Ghazi. Kau tahu kan apa yang aku cerita pada kau sebelum ini?" Zack meminta belas kasihan Hijjaz.

Hijjaz mengangguk.

"Saven. Syarikat korporat dengan kewangan terbesar dalam Malaysia. Hampir semua bidang industri Saven kuasai. Dari supermarket sampailah ke bidang textile. Kecuali bidang industri tidak halal lah." Perkataan 'tidak halal' di tekan. 

Zack berasa sedikit terkesan dengan  kata-kata Hijjaz.   

"Dulu, aku mahukan bantuan dari Saven, minta bantuan mereka-mereka semua tu.. Seorang pun tak pandang aku. Malah, ketika aku gigih cari tajaan pendidikan syarikat sosial terbesar itu, buta-buta saja dirijeknya anak orang miskin macam aku." 

Hijjaz tersenyum sinis. Kali ni dia berpeluk tubuh menyilangkan tangan. 

"Syarikat sosial? Kah! Kerana ayah kau dan ayah orang lain lah aku terdesak dan terjebak dengan hidup aku yang sekarang. Kalau kau orang ikut sahaja manual asal Saven, harini kau tidak perlu datang merayu.   Aku tak sabar mahu lihat apa yang akan berlaku."

Zack mengeluh. Dia tahu sangat dendam Hijjaz pada golongan korporat seperti mereka. Ya, dia yang memberi Hijjaz peluang mengubah hidupnya tetapi niatnya hanya mahu menolong. 

"Okay.. Okay.. How bout this? Aku tak kisah apa jadi dekat Ayah aku. Let them do whatever they want, just help me get Ghazi's attention." Dia cuba bertolak-ansur dengan Hijjaz. 

Hijjaz membuang pandang ke arah luar tingkap dan menggeleng.

"Kau doa sajalah. Ghazi bukan orang begitu yang kau boleh bodek bila-bila masa. Kau doa saja yang dia akan lepaskan semua saham tu. Lagipun, aku nampak Ghazi macam tak berminat dengan syarikat kotor kau tu." Air didalam gelas di sedut.

Dia sebenarnya tidak berani mahu memandai-mandai mencampuri urusan hidup kawan baiknya itu. Biar lah Ghazi mahu buat apa tetapi pada masa yang sama dia tidak sabar mahu melihat apa yang akan berlaku nanti. Kalau mereka semua ini tersalah membaca tindak tanduk Ghazi, innalillah semuanya. 

Mata Zack bersinar mendengar kata-kata Hijjaz. Kalau benar, mudah lah bagi dia.

"Apa-pun, let me give you an advice. Run. Take everything you love and value. Your money, your stocks, and erase your 'shit'. Be the new you, before He.. Find.. Out."

Hijjaz ketawa mengekek penuh riak mengusik. Zack terkedu beberapa saat selepas itu dia mencebik. Hijjaz ni buat dia kecut perut saja. 

•••

Wajah Nuha merah padam memandang sosok Ghazi di hadapan. Rambut yang kusut masai cepat-cepat dibetulkan. Dari pagi kerjanya menonton cerita drama di dalam bilik dan makan jajan.. Petang ini baru dia keluar dari bilik itu pun semata mahu ke dapur ambil air jus. 

Ghazi senyum sinis melihatnya atas bawah.

"Mesti kau tak mandi lagi kan?"

Kening Nuha terangkat. Cawan gelas di tangan di sorok ke belakang. 

"Mana ada! Sa..Saya dah mandi lah." Yakin saja dia menipu.

Datin Zarina hanya membiarkan perbualan Nuha dan Ghazi. 

Ghazi mengangguk meminta kepastian. Iye?

Kaki panjangnya melangkah menghampiri Nuha. Wajah didekat kan.

"Ha'ah. Kau bermandikan air liur basi ni." Air liur basi tepi bibir Nuha ditunjuk selepas itu dia menutup hidung. 

"Patutlah busuk rumah makcik harini ni. Ada orang tak mandi. Yek!" Ghazi melaung.

Nuha cepat-cepat menyapu air liur basi di tepi bibir. Kaki di hentak. Gelas yang dibawa tadi di letak ke atas meja dan menghentak-hentak kaki naik semula ke atas. Datin Zurina ketawa bersama Ghazi di ruang tamu.

"Hentak.. Hentak.. Runtuh rumah ni kejap lagi, biar dia duduk tidur beratapkan langit dan bulan je." Ghazi menambah. 

Nuha menghempas pintu sekuat hati. Badan dihempas ke atas katil. Ghazi ni saja aje buat dia malu! 

Air liur basi ni pun satu, depan Ghazi juga kau nak tunjukkan diri kan!

•••

Meja makan mewah itu penuh dengan makanan malah kerusi yang berderet dan bersusun di sekeliling meja juga terisi. Dato'Uzair menjemput kesemua pembantu rumahnya untuk makan malam bersama apabila Ghazi memberi komen mengenai ruang makan mereka yang sunyi. 

Ghazi senyum senang. Dia hanya mahu Dato'Uzair merasai semula pengalaman makan beramai-ramai satu keluarga seperti ketika dia masih kecil. 

Hasil dari mereka berborak tadi, lelaki tua itu meluahkan rasa rindunya pada kenangan semasa kecil bersama adik-beradik yang ramai. Namun, kesemua adik.beradiknya membawa haluan masing-masing setelah pemergian kedua ibu bapa mereka. Kalau datang menziarah pun, hanya di hari raya saja. 

"Nuha mana? Tak turun makan lagi ni?" Dato'Uzair tersedar akan ketiadaan anak perempuannya. 

Automatik semua pembantu rumah bangun dari tempat duduk masing-masing mahu memanggil Nuha di atas. 

"Eh.. Kejap. Takpe. Semua duduk. Biar Ghazi saja pergi naik panggil dia." Tangan mengarahkan semua pembantu tadi duduk. Ini sesi makan malam yang menggembirakan, bukan sebab terpaksa. Jadi, pembantu rumah yang lain tidak perlulah terlalu berasa tegang sangat dengan pertanyaan Dato'Uzair. Lelaki itu tanya saja. 

Semua kembali duduk. Ghazi bangun dan menapak ke tingkat atas. 

Nuha ni! Manja betul. Makan pun kena berjemput. Macamlah tak tahu dah waktu makan ke belum, waktu tidur ke, breakfast ke. 

Tangan mengetuk pintu bilik si gadis. Segan pula mahu terjah saja, buatnya Nuha tengah bertuala saja ke apa ke.

Ghazi  menggaru rahangnya.

Err.. Tapi, rasanya bertuala pun lagi appropriate dari baju lingerie yang selalu Nuha pakai tu. Rasa macam dah tak ada benda yang aku tak nampak. Tak tau nak segan apa lagi dah.

Sunyi sepi. Ghazi ketuk lagi.

Dua kali.. Tiga kali..

Hatinya sudah rasa tidak sedap. Pintu ditolak. Apa mahu jadi, jadilah.

Bibir terkumat-kamit memanggil nama Nuha. Tiada jawapan. 

Katil Nuha kosong. Bilik air pun kosong. Sofa kosong. Bawah katil kosong. Belakang langsir pun tak ada! 

Mana pula budak ni pergi. Dah terjun ke?

Ghazi menjenguk ke luar tingkap pula. Tak ada! Fuh. Lega. Nasib baik tak terjun.

Dia berdiri tegak di tengah-tengah bilik, berfikir kemungkinan beberapa tempat lain yang Nuha boleh pergi. 

Matanya menangkap bunyi televisyen yang agak kuat, tetapi di mana? 

Telinga mengikut arah bunyi tersebut dan akhirnya melekap ke dinding. Tangan mengetuk dinding konkrit tersebut. Bunyinya sedikit berbeza berbanding konkrit simen biasa. Tidak tebal seperti dinding bahagian lain. Mata mencari-cari sesuatu.

Aha! Yes! 

Tempat tarik yang agak sedikit tersorok di belakang almari kaca hiasan itu menarik perhatian Ghazi. Tangan menjalankan tugasnya. 

Dinding konkrit tersebut beralih ke tepi. Ruang luas di sebalik dinding membuat mata Ghazi terbuka luas seperti tidak percaya. 

Tidak cukup dengan bilik air mewah itu, sekarang di sebalik dinding ini ada bilik air berjakuzi pula. Siap bercermin gelap membolehkan orang dari dalam melihat pemandangan luar. Sebelah kirinya pula ada wardrobe bersaiz lebih besar dari yang dalam bilik air mewah Nuha. 

Ghazi menggeleng. Memang kekayaan Dato'Uzair ini luar biasa. 

Kaki melangkah meneroka ruang sebalik dinding tersebut. Mata terhenti di pintu berwarna biru. Bunyi bising semakin kuat kedengaran.

Tombol pintu dipulas. Mulut Ghazi ternganga melihat ke dalam bilik bersaiz studio. Skrin projector besar yang di pasang ke dinding memberi suasana panggung wayang. Nuha nyenyak tidur terbaring di atas sofa dengan popcorn berterabur di lantai. Ghazi mendekat.

Dalam hati sudah beristighfar melihat keadaan bilik yang bersepah. Kotak pizza bergelimpangan. Tulang ayam goreng atas meja. Sisa pizza dekat tepi sofa! Belum lagi tengok muka Nuha yang kotor dengan kerak-kerak pizza dan sos di tepi mulutnya.

Dia nak tekap saja kusyen ni dekat muka Nuha. Bersepah betul! 

Ghazi menekan kepalanya apabila melihat pemakaian Nuha. Sakit mata! Pakai hanya seluar pendek, ketat sana sini. Baju pula tiada lengan, terdedah semua bahu dan dada itu.

Tangan mencapai sebuah majalah dan digulung. Dia memukul perlahan kaki Nuha. Tiada respon. 

"Nuha.." Panggilnya lagi. Drama di televisyen di tutup. Bising! 

Kalini Nuha merengek pula tidak mahu bangun.

"Bangunlah, pergi tidur atas katil. Sini kotor lah." Ghazi mengeluh. Frust betul dia tengok bersepah-sepah begini.

Nuha memusingkan badan berpaling dari Ghazi. Lena.

Haih.. Kalau adik aku ni memang dah kena rotan kalau buat sepah macam ni. Sekarang siapa nak kena kemas? Aku jugak..

Nuha ni buat masalah betul lah. Tak bagi peluang pembantu rumah nak rilek-rilek. Asyik kena kemas sisa sisa dia ni aje. 

Ghazi membebel dalam hati. Tangan laju mengutip dan memasukkan sampah dan sisa makanan ke dalam plastik. 

Mata menjeling Nuha di atas sofa. 

Boleh dia langsung tak bangun nak tolong aku kemas ke apa?! Jangan sampai aku ikat leher dia pakai plastik ni..

Selesai mengemas sampah-sampah yang besar, dia kembali memanggil Nuha. Yang kecil-kecil ini nanti dia minta pembantu rumah yang tolong vacuum. 

Nuha lena. Langsung tidak berkutik. 

Dah kenyang, membuta! Orang perempuan zaman sekarang..

Tubuh Nuha dicampung dengan kedua belah tangan. 

"Mak aih. Boleh tahan berat juga minah ni.."

Kaki terus melangkah keluar dari situ menuju ke katil. Tubuh ramping itu di letak. Tisu basah di meja tepi katil ditarik dan mengelap sisa makanan di bibir dan pipi Nuha. 

"Tak senonoh makan lepastu terus tidur." Bebel Ghazi seorang diri. 

Dia menutup pintu bilik setelah pasti Nuha tidur dengan keadaan yang selesa. 

Ghazi turun semula ke bawah. Dia mengambil tempatnya semula. 

"Nuha tak turun, Ghazi?" Dato'Uzair memandang hairan. Punya lama Ghazi di atas, Nuha tak ikut turun juga.

"Tak, pakcik. Dia dah tertidur dalam bilik tv. Tadi Ghazi alih Nuha ke katil. Sorry pakcik." Sorry sebab terpegang anak dara pakcik suka hati, tanpa izin pulak. 

Dia mampu sebut dalam hati saja. Kecut perut dia membayangkan Dato'Uzair kejar dia pakai parang sebab berani-berani dukung anak dara dia. 

Air liur ditelan.

Senyuman Dato'Uzair melegakan resah gelisah di hati Ghazi.

"Baiklah. Jemput makan semua!" 

•••

NUHA Irdina menyarung baju 'Two-piece sets' nya. Seluar baggy short  dengan baju summer-style. Baju diikat gaya reben dihadapan.

"Amboi! Seksinya. Kau nak pergi mana seksi begini?" Hada menegur. Mana tidaknya, baju Nuha terlalu trendy pula. Seluar pendek kembang dengan baju nampak pusat tu. Ditambah lagi, baju tu takde butang pun, kena ikat saja sendiri. Kalau terbuka ikatannya tu, huru hara dunia.

Nuha memuncung. Dia bergaya di depan cermin. Mana ada seksi. Biasa je. 

"Ish. Suka hati kau lah. Aku dah tegur tau.." Hada mengingatkan. Nuha hanya tersenyum simpul. Dia mengambil kardigan di dalam wardrobe dan menyarung ke tubuh, menutup mana-mana yang terlalu terbuka. 

"Erm, boleh lah tu. Jom!" Hada sudah keluar dari bilik. Dia menyapa Datin Zarina di ruang tamu sebelum ke kereta nya di luar. 

Nuha mencium pipi si ibu sebelum berlalu keluar membuntuti Hada. 

"Hati-hati tau! Hada tolong tengokkan Nuha, okay?" 

"Okay!" Kereta Myvi putih itu bergerak laju. 

Nuha membetulkan duduk, mata membuang pandang ke arah jalan raya. Hada pula menjeling teman baiknya itu diam-diam. Nuha yang sekarang agak berbeza, lebih banyak berdiam diri. Dia jadi ingin tahu apa yang telah berlaku sepanjang Nuha mengambil cuti belajar.

Hada berdehem sekali meminta perhatian Nuha.

Wajah Nuha berpaling memandangnya. 

"Nuha.. Aku nak tanya lah, kenapa kau tak datang kelas?" Hada meluahkan persoalan yang terbuku di hati.

Nuha mengeluh. Jari bermain dengan hujung rambut. Mulutnya terkunci. Bermacam perasaan yang timbul, malu pun ada. Dia malu mahu memberitahu Hada apa yang telah terjadi. Bagaimana agaknya tanggapan Hada nanti padanya.

Hada terus menanti jawapan dari Nuha. 

"Erm.. Aku takut nak beritahu kau. Entah-entah kau pandang aku jijik nanti." Nuha bernada perlahan. 

Hada membulatkan mata memandang Nuha. 

"Kenapa aku nak anggap begitu pula. Kau kawan baik aku tau. Kalau kau bersedih begini, aku pun sedih juga." 

Kalaulah Nuha tahu bagaimana risaunya dia apabila Nuha terlalu lama tidak hadir ke kelas, tanpa khabar berita pula tu, pasti Nuha tidak akan berkata begitu.

Bibir di gigit. Dia rasa bersalah kerana bernggapan begitu terhadap Hada. Mulutnya terbuka sedikit demi sedikit. Nuha mula membuka pekung di dada. Matanya berair mengingatkan apa yang telah terjadi. 

Kening Hada berkerut. Dia terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Bibirnya tidak dapat menahan dari memaki. Dia geram. Sesiapa yang memperlakukan begitu pada wanita memang sepatutnya dibunuh saja! 

Mereka saling berpelukan.

"Aku harap aku ada di situ, memang aku pijak dia puas-puas!" Belakang tubuh Nuha digosok. 

"Nasib Ghazi ada.." Sambungnya. Hada benar-benar lega. Dia tidak tahu apa akan jadi kalau ketika itu Ghazi tiada di kawasan berdekatan. 

Nuha mengangguk. Bibirnya automatik mengukir senyum apabila mendengar nama Ghazi.

Tubuh Nuha ditolak supaya memandangnya. Matanya mengecil. Senyuman mengejek diberi. 

"Makin happy lah kau ye.. Ghazi jadi prince charming kau haritu. Amboi, jeles kita!"

Penat juga dia layan bebelan Aiman ketika parti hari jadi Nuha bila Ghazi naik menjemput Nuha di atas. 

"Mana ada! Ei.."

Handbreak diturunkan. Kereta kembali masuk ke lebuhraya.

•••

Hada cuba menikmati makanan di depan mata tetapi gagal. Semua jenis makanan yang sedap-sedap ini terasa kelat tidak berasa di lidahnya. 

Wajah Nuha di depan mata yang sedang khusyuk menikmati makanannya dipandang. Hada jadi serba salah, hatinya tidak tenteram mengingatkan apa yang dia lihat tadi. 

"Kenapa tak makan? Sedap kut!" French toast dimasukkan ke dalam pinggan Hada. Lama dia tidak keluar rumah, bila makan di luar begini kesedapannya makin terasa.

"Err.. Tengah makan lah ni." Tangan kaku. Dia menarik nafas panjang. 

Dalam hati sudah membaca doa-doa pelembut hati untuk Nuha. Apa yang bakal dia kata nanti boleh buat huru-hara restoran mahal ini. 

Wajah Nuha yang cantik itu dipandang. Tiada yang kurang pada Nuha, tapi kenapalah lelaki suka buat perangai!

Nuha ini sudah cantik, baik, setia pula. 

"Uhuk! Uhuk!" Hada terbatuk-batuk sebaik sahaja mata Nuha tepat menikam matanya. 

Tidak boleh jadi ni. Dia perlu beritahu juga! Kalau tidak, mahu bermimpi ngeri dia malam ini.

"Nu..Nuha." Air liur ditelan. Entah sudah berapa kali dia menelan air liur. Dia dilema dalam memilih kebahagiaan Nuha atau kebaikan untuk masa depan Nuha.

"Hm?" 

"Er.. Tadi.. Tadi masa aku pergi tandas tadi.."

Mata bulat Nuha kini fokus pada Hada. Tangan memotong daging di atas pinggan.

"Aku nampak Ghazi dengan perempuan lain dekat kedai makan." ujar Hada dengan kelajuan 100km/h. 

Pergerakan tangan Nuha terhenti. Mata nya mengaju persoalan. Seakan faham dengan renungan mata tersebut, Hada menjawab. 

"Dekat Cafe coklat tu sebelah Kyochon.."

Nuha menghela nafas panjang. Beg disilang ke bahu. 

"Jom!" perintahnya terus bangun dan berlalu ke kaunter untuk membayar. Hada pula terkejar-kejar langkah Nuha yang semakin laju meninggalkannya di belakang. Sudah macam atlet larian pula langkah Nuha ini. 

Panggilannya langsung tidak dilayan. Jangan Nuha mengamuk dalam kafe kecil itu nanti sudah lah.

"Aduh!" Tubuhnya terlanggar tubuh Nuha yang berhenti tiba-tiba. Tangannya ditarik supaya bergerak ke tepi.

Nuha melihat gelagat pasangan yang sedang minum bersama-sama dari sebalik tiang baju di tepi kedai. Jelas wajah Ghazi. 

Lelaki itu tersenyum dan ketawa. Ghazi tak pernah senyum begitu pun dengan dia!

Kaki dihentak perlahan. Tangan menggenggam penumbuk. Geram. Kalini dia 'scan' wanita di hadapan Ghazi pula. Serta merta hatinya jadi sedih. 

Wanita di hadapan Ghazi itu lagi cantik dari dia. Bertudung labuh macam Hada, pakaiannya pun bertutup, bersarung lengan. Sangat-sangat berbeza dengan pemakaian dia ni. Senyum pun sopan saja. 

"Kau rasa diorang tengah cakap pasal apa? Senang betul hati mamat tu." Hada turut sama skodeng dua individu di depan mata. 

Nuha angkat kedua bahu. Hatinya sakit melihat senyuman terlebih gula Ghazi. Kalau dengan dia, kelat memanjang aje muka tu.

Kalau dia boleh masuk dan serang, sudah lama dia buat.

"Kau tengok tu! Siap rasa-merasa makanan dalam pinggan masing-masing.. Tak boleh jadi ni, Nuha." Hada komen setiap gelagat Ghazi dan pasangan. Kalau tengah geram, semua nampak buruk aje. 

Wajah Nuha masam mencuka memerhati tindak-tanduk Ghazi. Dia pun geram tapi dia terpaksa tahan. Dia tiada kuasa mahu menghalang lelaki itu keluar dengan sesiapa pun. 

"Nuha, aku sarankan kau call dia sekarang." Hada memberi cadangan. Nuha mengangguk. 

Betul juga cadangan Hada. Dia patut 'call' dan lihat reaksi Ghazi. 

Jari mencari nama Ghazi di dalam phon dan menekan simbol panggilan. Telefon di bawa ke telinga, kaki menghentak-hentak perlahan menunggu panggilan dijawab. Mata tetap ke arah Ghazi. 

"Hello." suara Ghazi tenang. 

Hati Nuha bertambah parah. Selama ini kalau Ghazi menjawab panggilan, suaranya pasti tegas. Depan perempuan tu, terus lembut saja suara dia menjawab telefon! Grr..

"Awak dekat mana? Buat apa?" Laju bibir mengaju soalan. Dah tak sempat dah nak tenangkan hati dan perasaan. 

Ghazi dilihat berpusing sedikit ke belakang, mencari privasi.

"Dengan kawan aku, Suhana. Keluar. Kenapa call?" 

Nuha menggigit bibir. Geram betul dia mendengar nada suara Ghazi yang tenang sangat tu. Macam tiada buat salah! 

Suhana?! Suhana mana? Siapa? Sejak bila pula Ghazi rajin berkawan dengan perempuan?

"Oh.. Suhana siapa?" Dia mengawal perasaan. Suara cuba ditenangkan. 

"Aish.. Kau nak apa ni? Aku sibuk lah. Nanti 'call' balik." 

Tett..

Mata Nuha terkebil-kebil memandang skrin telefon. 

"Kenapa? Dia cakap apa?" Hada sudah tidak sabar. 

Dahi Nuha berkerut. 

"Dia panggil aku penyibuk!" Telefon di campak ke dalam tas tangan. Dia kembali memerhati Ghazi di dalam kedai. 

Mereka berdua sudah tidak peduli pandangan orang yang melepasi mereka. Kitorang tengah 'stalk' lelaki curang ni, paham?!

Seorang pelayan datang membawa sepiring kecil kek dengan lilin di atas potongan kek tersebut dan diletakkan di hadapan kawan Ghazi. Ghazi menyanyi sambil bertepuk tangan selepas itu dia menyua sudu kecil kepada Suhana. Senyuman melebar di wajah si gadis. 

Nuha bertambah geram. Ghazi tak pernah buat begitu pun untuk dia!!!

Jangan cakap nak bagi kek, bagi senyuman pun jarang-jarang. 

Hada di belakang sudah mengusap-usap belakang Nuha supaya bersabar. 

Ghazi dan Suhana galak berbual-bual. Sekejap mereka ketawa berdua selepas itu berwajah serius pula. Sesekali Suhana mengangguk-angguk mendengar kata-kata Ghazi dan memberi pendapat.

Hada dan Nuha terus memerhati walaupun mereka langsung tidak dapat menangkap perbualan pasangan tersebut. Pelbagai fikiran negatif masuk ke dalam kepala Nuha Irdina, lebih-lebih lagi melihat kemesraan mereka berdua.

Wajahnya menjadi serius apabila Ghazi mengeluarkan kotak kecil dari dalam kocek seluar dan di tolak ke hadapan Suhana. Isi kotak tersebut dibuka. 

Nuha menarik tangan Hada untuk berlalu dari situ. Jantungnya berdebar laju melihatkan isi didalam kotak tersebut. 

Kepala menggeleng. Tak.. Tak mungkin. Tak mungkin cincin itu Ghazi punya.

Tak..

"Kenapa? Kita belum habis tengok lah." Tangan dilepaskan dari pegangan tangan Nuha. 

Wajah gadis itu ditatap. Air mata Nuha bergenang. 

"Nuha.." Bahu putih Nuha disentuh perlahan. 

"Ghazi.. Ghazi bagi cincin dekat perempuan tu.." Wajah disembamkan ke bahu Hada. 

Hada terdiam, tidak percaya dan tidak tahu apa yang perlu diucap ketika ini.

"Kita.. Kau salah tengok kut." 

Nuha menggeleng. Dia tak buta. Dia nampak jelas cincin pasangan didalam kotak kecil tadi. 

"Sampai hati Ghazi.. Aku tak pernah berjaya pikat hati dia kan. Perempuan tu lebih cantik dari aku." Esakannya makin kuat. 

Hada terus mendengar. Bukan tempat dia mahu memberi pendapat.

"A.. Aku ikhlas tau sukakan dia. Macam mana aku nak teruskan hidup kalau tak ada dia." Tisu di dalam beg ditarik keluar. 

Dia mahu meraung sekuatnya disini tetapi dia kesian pada Hada kerana terpaksa melayannya. 

"Sshhh.. Apa kau cakap ni. Kau patut buat dia tak boleh hidup tanpa kau, bukan kau yang tak boleh hidup tanpa dia." kedua pipi Nuha ditepuk perlahan cukup untuk menyedarkan Nuha. 

"Kau dah la cantik, hot, seksi, baik hati.. Eh, kalau Ghazi tak nampak lah keikhlasan kau ni, he does not deserve to be with you!" Hujungnya dia melenting. 

Dia pantang betul lelaki mata keranjang ni.

Tangisan Nuha beransur reda. Dia bersetuju dengan kata-kata Hada. Benar apa Hada kata, dia bukan gadis biasa-biasa sehingga mahu membiarkan dirinya jatuh kerana seorang lelaki. 

Air mata di pipi di lap dengan tangan. 

"Hello.. Ghazi je kut. A..Aku boleh dapat yang lagi bagus lah!" ujar Nuha menahan esakan. 

Sia-sia air mata saja menangis demi lelaki. Daripada dia menangis, dia akan tunjuk pada Ghazi bahawasanya dia boleh dapat lelaki berganda lebih baik lagi! 

"Yes! Betul tu! Hek Eleh. Ghazi je pun. Mamat kampung je." Sokong Hada. 

Dalam hati dia berdoa agar ada lelaki yang lebih baik dari Ghazi untuk Nuha Irdina.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience