BAB 30

Romance Series 18757

Hijjaz tiba di syarikat milik Dato’Uzair. Dari jauh dia sudah dapat melihat papan tanda nama syarikat ini yang terukir megah. Kekayaan Dato’Uzair memang agak luar biasa. Bagaimana agaknya lelaki tua itu membahagikan masa mengusahakan perniagaannya juga pada masa yang sama menjadi seorang menteri kepada rakyat jelata. 

Motor Kawasaki Ninja yang diberi pinjam oleh Ghazi di parkir di tempat khas. Kot di tubuh dikemas kan. Rambut yang sedikit kusut kerana menyarung topi keledar tadi dibetul-betulkan di dalam cermin.

Hijjaz mengorak langkah masuk ke lobi syarikat. Ikut pada arahan yang telah diterima, dia perlu berjumpa terus dengan Dato’Uzair memandang kan dia memohon untuk menjalani latihan dibawah jabatan Dato’Uzair sendiri.

Senyuman menampakkan gigi diberi apabila Fitri merangkap pembantu peribadi Dato’Uzair. Dia mengikut langkah Fitri.

Kagum. Itu sahaja yang terdetik di hatinya ketika ini ni. Tidak pernah dia sangka sebegini mewahnya rekaan dalaman syarikat megah milik menteri yang selalu dicop berjiwa rakyat itu.

“Encik Hijjaz duduk dulu. Saya panggilkan Dato’.” tangan Fitri meminta dia untuk duduk dan berehat sementara dia memberitahu Dato’Uzair akan kedatangan Hijjaz. 

Baru separuh punggungnya mahu mencecah sofa mahal itu, namanya dipanggil dari arah belakang. Kepala berputar 180darjah.

“Hijjaz. Come, follow me. And Fitri, give me and Hijjaz some space.” Dato’Uzair mengarahkan Fitri untuk tidak mengikutinya. 

Hijjaz dan fitri mengiyakan serentak. Kaki berlari anak mengejar langkah Dato’Uzair.

•••

Air botol mineral di tangan diteguk sehingga kosong. Sebelah lagi tangan mengeringkan rambut yang masih basah dengan tuala. Peti sejuk kecil yang terletak di sebelah sofa dibuka dan menarik keluar satu tin coffee sejuk. 

Mata beralih kepada Nuha yang sedang nyenyak tidur. Habis tercampak semua bantal jatuh ke bawah. 

Selimut yang tidak terurus itu ditarik naik semula menutupi tubuh Nuha yang terdedah. Bibir mengucup dahi licin milik si isteri. Setelah memastikan Nuha tidur dengan selesa, dia kembali duduk di sofa dan meriba komputer riba. Masih ada beberapa tugas yang harus dia selesaikan secepat mungkin. Rasanya esok dia tidak akan sempat menjengah ke pejabat langsung. Kalau sempat pun, pasti berlambak kerja-kerja lain yang harus diutamakan. 

Deretan emel dipandang. Keluhan terlepas jua akhirnya. 

“Ini semua salah Nuha lah ni..” omelnya.

Air kopi di dalam tin diteguk untuk menghilangkan rasa mengantuk.

“Sebab yoga si Nuha lah aku terpaksa berjaga pula dua pagi begini.” 

Kepala terbayang semula aksi Nuha beryoga atas katil. Memang menguji kesabaran dia sebagai lelaki. Rancangan mahu menyiapkan kerja jadi tergendala kerana tarikan seorang wanita. Siapa yang harus disalahkan sekarang? Diri sendiri yang tidak mampu melawan keinginan atau Nuha yang sengaja mencetuskan rasa berkeinginan tersebut?

Suara Nuha merengek dalam tidur kedengaran. Tangannya bergerak-gerak cuba mencari tubuh Ghazi di sisi. Tiada. 

Tubuh dibangunkan. Kepala bergerak kekiri dan kekanan mencari sosok Ghazi. Mata sepet, tidak boleh dibuka luas-luas.

“Tidurlah. Aku buat kerja sikit.” ujarnya perlahan. Keadaan yang sunyi sepi membuatkan suaranya kedengaran ke serata ruang bilik yang besar itu.

Nuha kembali merebahkan tubuhnya. Selimut ditarik membaluti diri sendiri. Mata terpejam rapat. Kembali semula ke alam mimpi.

Ghazi terus memandang. Turun naik bahu Nuha yang semakin tenang itu menandakan bahawa isterinya itu sudah kembali lena. Matanya kembali terarah ke skrin komputer riba semula.

Leka menaip dan membaca setiap fail-fail yang di-attached sekali. Kadang-kadang dahinya berkerut, kadang-kadang mulutnya mengeluh. Penat sungguh menjadi orang korporat.

Hatinya menangis kerana terlalu letih tetapi dikuatkan juga diri sendiri. Ini tanggung jawab! Ini akan menjadi satu kehormatan padanya jikalau satu hari nanti kerana usaha tidak mengalah pada rasa lelah ini akan membuahkan hasil. Dan hasil yang paling dia tidak sabar mahu tuai adalah keselesaan dan kebahagiaan keluarga mereka. Dia tidak boleh lemah sekarang. Dia masih muda. Diumur begini lah dia akan cari duit banyak-banyak.

Jarinya berhenti menekan papan kekunci. Telinga ditajamkan. Hati terdetik, terasa diperhatikan. 

Bunyi suara seseorang sedang berbual dan bercakap-cakap dalam bahasa yang jelas dengar dan tidaknya. Seakan-akan suara itu memberi dia amaran. Mata naik ke arah tingkap kaca yang luas. Jantungnya bagai mahu terhenti apabila wajah seseorang yang menyeramkan sedang memerhati dia dari sebalik langsir.

‘Astaghfirullahal’azim..’ dada diurut perlahan. 

Memang sengaja mahu dia masuk ICU ke apa ni. Bagi salam lah sikit. 

Tangan makhluk hodoh dan menyeramkan itu melambai memanggil dia supaya mendekat. Mulutnya berdarah. Wajah seperti ditoreh dan dibakar. 

Lambat-lambat Ghazi meletakkan komputer riba ke tepi. Dia bangun dan melangkah ke jendela. Kelibat di tingkap tadi menghilang. Mata memandang ke luar tingkap. Air pancut mewah di tengah-tengah laman itu nampak begitu indah sekali kilauannya. DIa jadi leka untuk seketika. 

“Ghazi..” suara halus memanggil. 

Dahi berkerut apabila dia terperasan bayangan Kaduk sedang berdiri di bawah sebuah pokok rendang di tepi pagar. Lelaki itu memandang ke arahnya, seakan ingin menyampaikan sesuatu. 

Dengusan menyeramkan kedengaran dari sebelah kiri. 

Lutut kakinya menjadi lemah tiba-tiba. Nafas tidak teratur. Kalau tidak kerana tangan yang dilekapkan ke cermin, di pasti sudah jatuh terduduk di lantai. Semangat di kuatkan untuk melihat makhluk yang sedang menatap dia dari luar cermin ini secara dua mata. Jantung berlari laju. Melihat bayangannya dari ekor mata sahaja tangannya sudah menggigil dan kakinya terasa cair. Namun bukan semangat seorang Ghazi. 

Bola mata digerakkan ke kiri. 

Ssup!

Jendela yang tadi terbuka luas sekarang sudah ditutup dek langsir tebal dan gelap. Mata cepat-cepat dibawa ke kanan.

Kaduk.

“Itu bukan sesuatu yang manusia sepatutnya lihat, Ghazi..” suara yang dia sudah lama tidak dengar itu menyapa telinga. Tegas seperti selalunya.

Tangan Kaduk menolak perlahan belakang tubuh Ghazi supaya dia tidak jatuh ke terlentang.

Tangan dan badannya masih menggigil. Dia tidak pernah merasa begini.

Air liur berjaya ditelan.

“Apa..”

Jari kaduk naik ke bibir, memberi isyarat untuk dia diamkan saja apa yang baru dia lihat. 

“Jaga diri dan jangan terlalu berani, Ghazi.” Mata menoleh ke arah Nuha yang sedang nyenyak tidur. 

Sosok Kaduk semakin kabur dan hilang. Bibir terkunci rapat. Fikirannya kosong.  Segala persoalan yang menderu masuk ke dalam kotak fikiran tadi hilang dan lesap tiba-tiba. Satu patah kata pun tidak terucap di bibir.

Kaki dilangkah naik ke atas katil tanpa dipaksa. Televisyen yang gelap di hadapan dipandang. Setiap detik saat mengkaburkan lagi ingatan tentang perkara tadi. Perasaan gerun dan takut tadi juga semakin terlupakan. Sedangkan tadi dia begitu pasti, perasaan takut begitu akan kekal lama kerana dia tidak pernah merasa segentar itu seumur hidup. 

Kelopak mata semakin berat. Kepala dijatuhkan ke bantal. Ghazi berperang dengan fikiran sendiri. Dia tidak mahu lupa, tetapi akal fikirannya sedaya upaya cuba melupakan memori menakutkan itu.

Pandangan bertukar gelap. Hanya bunyi penghawa dingin memenuhi ruang fikiran. 

•••

Ghazi membelek-belek fail ditangan. Sesekali anak mata naik ke skrin komputer di depannya. Leher dipusingkan supaya berbunyi. Sudah berjam-jam dia duduk menghadap kerja saja di dalam bilik ini dari tadi. Badan pun sudah mula terasa lenguh kerena duduk terlalu lama. 

Dia memanggil Inas melalui interkom. Namun, tiada balasan. Nampaknya terpaksa juga dia menapak keluar dari bilik. 

Beberapa dokumen dan fail yang dia sudah semak tadi dibawa sekali.

“Inas.. Ini semua saya dah approved, Boleh proceed untuk meeting nanti….Inas mana?” kelibat Inas tidak kelihatan di meja. Orang lain pula yang sedang duduk di situ. 

“Oh.. Inas ke department R&D sekejap.”

“Okay.. And.. You are?” 

Dia menilik gadis di depan. Wajah Pan-asia dengan kulit kecoklatan dan bermata biru. Artis mana pula yang datang bertandang ke pejabat ni..

Gadis tadi bangun sambil menarik sedikit skirt pendeknya ke bawah. Menutup mana-mana yang terdedah. Tangan diletakkan ke dada dan menundukkan kepala sedikit.

“My name is Yuhanis. I was assigned to be Inas assistant for the time being.” jelasnya.

Lurah yang terdedah ditutup dengan tangan. Habit yang dia tidak boleh ubah kerana selalu memakai pakaian yang agak tededah dibahagian atas, dia jadi terbiasa menutup bahagian itu menggunakan tangan sahaja. 

“Oh.. Inas tak ada beritahu saya pun.. But, It’s okay. Dia belum sempat mahu beritahu saya kut. “ Tangan mengarah si gadis tadi untuk duduk. Dia tidak selesa melihat pemakaian Yuhanis yang agak ‘berani’ sangat tu. Kalah bini dia dekat rumah..

Kalau Nuha nampaknni, dia pun mahu beli agaknya baju terdedah sana sini macam Yuhanis ni. Selepas tu, dia buat yoga atas katil. Mampus.

Hati kecil Ghazi ketawa. Sungguhlah dia ni memang lelaki tulen. Pantang ada modal, mula lah parasit-parasit kuning ini datang bertandang dalam fikiran.

Yuhanis tersenyum manis. Matanya melirik penuh menggoda.

“Siapa assigned you masuk jabatan ini?” Ghazi pusing kembali menghadap Yuhanis. Hairan.

Bukankah perkara begini penting? Kenapa dia langsung tidak tahu. Dia cuba mengingat semula, takut-takut kalau dia yang lupa sebenarnya.

Yuhanis serba salah.

“Err.. Tan Sri Rahman minta saya datang ke sini..”

“Tan Sri?! Hm.. Takpelah. Apa-apa awak tanya Inas.” Dia sudah dapat agak apa yang terjadi sebenarnya. Wajah Yuhanis dipandang dalam-dalam.

Yuhanis ini anak siapa pula ya.. Mungkin dia patut selidik informasi tentang gadis ini kepada Hijjaz. Mana tahu Hijjaz kaki mengumpat itu tahu. Kalau benar Yuhanis ini layak di sini, dia pun tidak kisah. Jangan langsung tidak boleh buat kerja, sudahlah.

Anggukan dari Yuhanis dibalas dengan senyuman. Dia memandang jam di dinding. 

“Lama dah ke Inas pergi?” Kaki menghentak-hentak lantai, perlahan. Tidak sampai hati pula mahu tinggalkan Yuhanis seorang diri, terpinga-pinga di meja Inas ini.

“Tan Sri minta Inas datang ke R&D untuk berjumpa dia tadi. Sampai sekarang tak balik-balik.”

Jawapan dari Yuhanis buat dia mengeluh. Apa lagi agaknya yang Tan Sri ini mahu buat di dalam jabatan dia ini. Sudahlah masukkan orang luar sesuka hati. Langsung tidak beritahu pada dia. Anggap dia ini macam tunggul kayu sahaja. Kuasa dia langsung tidak dihormati. Dia hanya mampu bersabar sahaja dulu buat masa sekarang. 

"You relaks lah dulu. Tunggu Inas ajar you apa kena buat. I pun tak tahu nak you buat apa.” memang dia tak tahu pun apa fungsi si Yuhanis ini di sini. Rasanya dia tidak perlukan pekerja lagi sekarang. Sudah lebih dari cukup staf dalam jabatan ini. 

Ghazi berlalu ke mesin pencetak di sebelah bilik pantri. Dia mencetak sendiri laporan lawatan kerjanya ke Perak tempoh hari. Sambil menunggu mesin selesai mencetak, dia termenung memandang ke arah ruang kosong. Runsing memikirkan masalah kerja yang seperti tiada jalan keluar. 

“You nak air tak? I boleh buatkan sekali.” tawarnya kepada Yuhanis. Kasihan pula dia lihat Yuhanis duduk termenung pandang lantai saja dari tadi. Sekali lagi dia kutuk Inas dalam hati.

Alang-alang dia mahu bancuh air ini, baik dia bancuhkan sekali untuk Yuhanis. 

Dua biji cawan dikeluarkan dari kabinet pantri. 

Yuhanis terkejut. Dia terus bangun dari duduk, menghampiri lelaki yang sedang membancuh air itu. Rasa serba salah menyelubungi diri. Dia yang sepatutnya bancuhkan air untuk lelaki itu, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Bibir digigit lembut. Menghilangkan rasa resah gelisah.

Tangan menyambut secawan kopi yang dihulur padanya. Lambat-lambat saja. 

“Tak payah segan-segan lah dengan saya. Duduk minum.”

Terus punggung Yuhanis jatuh ke kerusi berhampiran. Malu-malu dia menghirup air kopi yang masih panas di dalam cawan. Lelaki yang sedang khusyuk melayan telefon pintar dipandang senyap-senyap. 

‘Baiknya pula lah Bos sorang ni..’

Wajah lelaki itu dipandang lagi sekali Sama seperti tadi. Pandang senyap-senyap. Mata dibawa semula memandang air didalam cawan apabila tangan Bos-nya bergerak naik ke atas meja dan mencapai cawan kopi. Selepas lelaki itu meletakkan kembali cawan, dia pandang lagi.

‘Kalau begini punya indah ciptaan Tuhan, memang bersemangat lah dia mahu datang kerja hari-hari..’

Ketawa kecil terlepas.

Ghazi mengangkat wajah. Memandang ke arah Yuhanis. 

“Tak de apa. Saya teringat benda kelakar je tadi. Sorry..” kedua tapak tangan disatukan.

“Ha? Kenapa awak minta maaf pula? Hak awak lah nak gelak dekat mana pun.”

Ghazi tersenyum. Dia menyandarkan badan ke kepala kerusi. Telefon diletakkan diatas meja. Tadi dia hanya membalas pesanan teks dari Nuha saja. Air kopi segera itu dihirup lagi. Menghilangkan rasa penat dan mengantuknya yang sudah berjam-jam menghadap kerja yang sama.

Yuhanis menunduk. Segan mahu menatap wajah jejaka di hadapan ini. Pandangan mata yang tajam itu buat dia tidak senang duduk saja tambah pula suaranya yang agak seksi di pendengaran Yuhanis sendiri. Memang menguji hati dan perasaan sungguh. 

Ini semua salah kopi! Kalau tadi dia bancuh sendiri kopi, tak adalah perasaan yang bukan-bukan ini timbul. 

Eh.. Dah kenapa pula dia salahkan kopi ni. Pelik-pelik lah!

Bunyi derapan tumit tinggi di luar pantri membuat mereka sama-sama mengangkat wajah.

“Inas..” Suara Ghazi memanggil. 

“Eh, Bos! Sorry..Tadi saya terserempak dengan..”

“Ha, bagus lah. Ni mesti awak singgah membawang lah tadi ni?”

Wajah Inas tersengih-sengih macam kerang busuk. Jari mencungkil-cungkil cat pintu pantri pula. Kalau tercabut cat tu, memang dia lah kena cat semula.

Cawan yang sudah kosong di letak di dalam singki. 

“Apa lah awak ni. Kesian member ni tunggu awak dari tadi.” dia buat gaya mahu cekik leher Inas.

“Oh! Lupa saya nak cakap Bos. Pasal Yuhanis..”

“Cakap dalam bilik saya nanti. Sekarang ni awak selesaikan kerja awak dengan Yuhanis dulu.” Ibu jari terarah kepada gadis yang sedang duduk memerhati mereka berdua itu. 

“Orait, Bos. Yuha, jom ikut aku. Aku explain kerja-kerja kau di sini.” Tangan menarik Yuhanis supaya mengikutinya. Nak tersungkur juga Yuhanis kerana ditarik begitu. 

Inas ni layan orang macam adik-beradik sendiri. Kalau tersembam jatuh si Yuhanis ttu dekat atas lantai ni, memang dia suruh Yuhanis saman si Inas. Menyebabkan kecederaan. Tak pasal-pasal nanti company pula kena tanggung kos rawatan.

Dia kembali ke biliknya. Kembali menelaah segala macam fail-fail lama Saven. Ini baru sedikit. Belum lagi dia sentuh laporan untung rugi segala macam perniagaan di bawah nama Saven. Aktiviti amal Saven pun banyak yang mencurigakan, apalagi perniagaan atas dasar keuntungan.

Tok. Tok.

“Hm.. Masuk.” dia memberi izin. 

“Bos panggil saya?” Razin berdiri di hadapan meja Ghazi.

“Ha? Ya.. Aku nak minta .. err.. Aku nak kau selidik sikit mengenai Tan Sri Rahman. Dia pernah isytihar harta atau yang sama seperti itu tak?”

Razin menggeleng. Ghazi kecewa.

“Tapi, kalau mahu saya beri sejarah kemasukan dividen dari syarikat ke dalam akaun Tan Sri, saya boleh bagi.”

Ghazi menolak. Dia tidak perlukan itu. Duit itu semua pastilah bersih. Dia mahu selidik pengeluaran duit amal Saven ini. Mengikut kepada apa yang peneraju rumah anak-anak yatim tajaan Saven, jumlah yang masuk kepada mereka memang langsung tidak selari dengan jumlah pengeluaran yang tercatat dalam laporan kewangan Saven. Itu yang merunsingkan dia. Bukan sedikit pelepasan cukai yang Saven dapat kerana kerja amal ini, kalau kantoi yang sememangnya terdapat penyelewengan wang amal ini, memang semua bakal kena angkut. 

“Kau tahu kan duit tajaan tu bukan duit kita. Satu Malaysia derma tau.”

Razin duduk ke kerusi. Dia faham apa yang Ghazi maksudkan. Memang benar pun duit tajaan dari Saven memang sepenuhnya adalah duit daripada pelaburan amal orang awam yang mereka laburkan ke dalam bermacam jenis industri perniagaan. Hasil daripada pelaburan itulah mereka gunakan untuk membantu orang ramai. Kerana itu juga Saven terkenal di dalam kalangan ahli politik. Sesiapa atau mana-mana ahli politik yang terpalit dengan nama Saven, pasti akan mendapat impresi dan imej yang baik di mata rakyat. 

Ghazi menutup fail ditangan. 

Kalau ikutkan sikap mementingkan dirinya, dia boleh saja tutup mata perkara ini. Lagipun, bukan dia makan langsung duit amal itu. Sentuh pun tidak. Bayang duit pun tidak pernah nampak. Tetapi atas rasa tanggung jawab, dia akan cari semula duit yang hilang ini. Dia tidak boleh terlalu bersenang hati. Kerusi terhormat yang didudukinya sekarang seakan-akan boleh menjatuhkan dia pada bila-bila masa.

Tan Sri Rahman.. Lelaki itu juga perlu diawasi sentiasa.

“Nanti saya cuba selidik semula.” Razin cuba menyedapkan hati Ghazi walaupun sebenarnya dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Yang dia tahu, semua orang besar di dalam syarikat ini memang terlibat dalam isu penyelewengan duit amal Saven. Tetapi mereka tidak boleh main tunjuk pakai jari dan mulut semata. 

Bagaimana lah mereka mahu bawa si pesalah ke muka pengadilan kalau semua ahli berpengaruh dalam syarikat ini melindungi sesama sendiri. Hazirul yang bijak pandai itu pun dijadikan kambing hitam dulu. Dia harap Ghazi tidak menerima nasib yang sama. 

“Tak apa lah. Kita lihat saja dulu. Buat masa sekarang, aku mahu kau stop semua projek taja menaja ni. Mana yang tengah on-going, teruskan saja. Proposal baru, rijek saja semua. Aku tak nak tengok proposal baru masuk selagi benda ni tak setel.” arahnya. 

Dia tersenyum sinis. Kepala sudah mencongak dan meramal tindakan ahli-ahli lembaga veteran itu nanti.

“Tapi.. Nanti apa pula kata orang awam? Maksud saya, kalau NGO dapat tahu yang kita tutup tajaan, mesti mereka cipta spekulasi pula nanti.” Razin ragu-ragu. 

Dia agak risau juga dengan permintaan Ghazi kali ini. Saven tidak pernah tutup peluang tajaan lebih-lebih lagi kepada NGO. Budaya keterbukaan dan mengalu-alukan Saven pasti dipersoalkan nanti. 

“Then, hire cybertroopers.” 

Jawapan Ghazi buat dia terkejut.

“Apa? Macam tak biasa. Biar cybertroopers setelkan. Kau cari sajalah. Tahu lah apa aku mahu buat. Tapi! Biar kita berdua saja yang tahu hal ini.”

Dia sudah ketawa kecil membayangkan bagaimana akan berlakunya perang saraf di ruang siber nanti. Dia bukan mahu memburukkan nama Saven, cukup sekadar mengalihkan fokus masyarakat daripada menghidu masalah dalaman yang berlaku kepada syarikat ini sekarang. 

Razin mengangguk faham. Dia bersetuju saja dengan tindakan Ghazi memandangkan dia hanya makan gaji saja di sini.

Tok. Tok.

“Bos..” panggilan Inas menghentikan topik perbincangan antara mereka berdua. 

“Ha? Masuklah buat macam rumah sendiri.”

Inas masuk dan duduk di kerusi bersebelah Razin. Giginya ditayang.

“Apa senyum-senyum.. Dah buat salah. Mana awak dapat budak Yuhanis tu? Saya tak tahu apa-apa pun.” nadanya berubah garang. 

Memang dia tidak puas hati sekarang ini. Terasa status dan kuasanya sebagai ketua disini dilayan macam sampah. Mereka ingat dia ni patung ke dalam pejabat ni.

“Sorry Bos. Saya terpaksa. Tan Sri tiba-tiba saja arahkan saya ajar Yuhanis. Itu yang tadi saya pergi menziarah department lain tu. Yang peliknya, tiba-tiba saja Yuhanis dah masuk dalam syarikat ini. Langsung tak ada rekod dia interview ke apa. Tahu-tahu sahaja maklumat dia dah masuk dalam HR tu ha.. Saya syak, kerja Tan Sri lah bos.. Siapa lagi..” panjang lebar Inas bercakap. 

Razin tergelak. Riak wajah Inas bercerita begitu meyakinkan.

“Kau ajak lah sekali satu keluarga, sedara-mara dia semua datang belajar. Pening aku kalau begini. Selamba badak aje Tan Sri ni..”

“Tak pun kita lah pindah ke rumah diorang terus Bos. Alang-alang nak bawa satu family kerja dalam ni, baik kita je pindah ofis kita ni pergi rumah Tan Sri. Senang sikit.”

Ketawa Razin makin menjadi-jadi. Kalau buat loyar buruk, serah pada Inas. 

“Kau jangan, Inas. Depan Tan Sri diam aje. Belakang Tan Sri, laju macam kereta api kau kutuk dia ya.” ujar Razin. Ketawa masih belum habis. 

Ghazi menyokong kenyataan balas Razin. Inas ni belakang-belakang saja berani. Depan-depan macam batu. Diam tak berkutik.

“Alah, bos.. Saya bukan apa. Saya ni menghormati orang tua. Cepat lembut hati kalau dengan warga emas ni. Tak baik, dosa nanti..”

Dia dan Razin sama-sama mahu muntah!

•••

"Sudahlah, abang! Abang balik lah. Su tak mahu jumpa abang lagi." wajah dipalingkan dari memandang wajah lelaki yang pernah menghiasi jalan cerita hidupnya dahulu.  

Mungkin dulu lelaki itu segalanya buat dia, tapi tidak lagi sekarang. 

Tangan nya dicengkam kuat menghalang dia dari terus menjauh. Sakit. 

"Abang.. Sakit." rintihnya. Serta-merta cengkaman dilepaskan. 

"Maaf, Su.. Abang tak sengaja. Abang datang sini hanya mahu minta Su beri abang peluang sekali saja lagi." pinta Hazirul. Wajahnya menunduk sedikit. 

Dia rasa serba salah. Tetapi, kali ini dia benar-benar tekad mahu Suhana kembali padanya. Dia akan pastikan kali ini rumah tangga mereka akan dipertahankan sekuat mungkin. 

Suhana menolak. Hatinya sudah tawar. Cinta dan kasih sayang yang dulu terpahat di dalam hatinya, kini sudah tiada lagi. Bagi Hazirul cinta itu semudah kata-kata. Tidak pada dia..

"Tak pernah ada peluang lagi untuk abang. Dan tak akan ada. Lepaskan saja Su dan abang hiduplah sebebas mana abang mahu." ucapnya perlahan. Sebak didada ditahan. 

Hazirul cuba mencapai tangannya tetapi di elak. Hazirul sudah tiada hak mahu menyentuh dia.

Rambut ditarik kuat. Menahan rasa tidak senang yang mula berubah menjadi amarah. 

"Su.. Abang betul-betul nak berubah. Su tak kasihankah pada abang?" dia masih memujuk. 

Kenapa keras sangat hati kau kali ini , sayang..

Senyuman sinis terukir di bibir Suhana. Hazirul tersentak. Tidak pernah gadis ini menjeling dia pun sepanjang mereka masih sepasang suami isteri apalagi mahu tersenyum sinis. Dia terasa hati dengan layanan dingin Suhana kali ini.

"Abang pernah kasihan pada Su tak selama ini. Abang balik lah dan minta orang-orang upahan abang untuk jangan ganggu Su dan keluarga Su lagi." sinis saja nada suara Suhana padanya. 

Riak Hazirul berubah sedikit. Tidak terlalu ketara. 

Orang upahan? 

"Sumpah! Abang tak pernah hantar sesiapa untuk ganggu hidup Su." Tapak tangan dinaikkan. 

Suhana bersandar ke muka pintu. Jauh sekali mahu percaya kata-kata Hazirul.

Dia menjauhkan diri daripada keluarga dan semua orang kerana mahu lari dari genggaman keluarga mertua. Dulu dia bertahan kerana dia sangka dia punya suami yang akan mempertahankan dia dan perkahwinan mereka, tetapi tidak. Hazirul sama saja seperti ayahnya.

Kepala Suhana pening. Dia tidak boleh terlalu tertekan. Tangan berpaut pada tombol pintu apabila pandangannya mulai kabur.

"Su! Su okay ke?" tangan menangkap tubuh yang hampir mahu terjatuh itu.

"Abang jangan sentuh Su! Jijik! Su mahu abang balik sekarang dan jangan ganggu Su lagi!" kaki digagahkan melangkah.

Daun pintu dihentak kuat dan dikunci dari dalam. Dia terduduk di atas lantai. Perutnya ditekan perlahan menahan rasa sakit. Air matanya jatuh.

Hazirul masih sabar memanggil nama Suhana. Dia tahu dia salah dan dia mahu memperbetulkan kesalahannya sekarang jikalau Suhana sudi memberi dia peluang. Dia mahu menjadi suami yang baik. 

Panggilannya tidak berbalas. Sepi.

Keluhan keluar juga. 

"Abang beri Su ruang dan masa untuk berfikir. Abang merayu, Su. Berikan abang satu lagi kesempatan untuk perbaiki diri dan salah abang." rayu Hazirul sebelum kembali masuk ke dalam kereta. 

Daun pintu rumah Suhana dipandang penuh berharap supaya daun pintu itu terbuka untuknya. Dia sudah membayangi sosok Suhana mnjemput dia masuk ke rumah seperti yang selalu Suhana lakukan ketika mereka masih suami dan isteri. Tidak pernah walau sehari pun Suhana gagal menjalankan tugas sebagai isteri kepada Hazirul. Nada suaranya yang penuh lemah lembut, masakan Suhana yang terasa kasih dan sayangnya, malah suara Suhana memanggil dia bangun setiap pagi..

Dia rindu. Dia akui dia bodoh kerana mempersiakan seorang wanita yang istimewa seperti Suhana. Dia bodoh kerana terlalu mengikut hawa nafsu. Dia ego kerana tidak berani mengakui perasaan yang sudah lama disimpan untuk isteri tercinta. Hanya kerana kisah silam, dia tidak mahu mengakui cinta pada seorang perempuan.

Hazirul hampa. Bukan saja tidak terbuka pintunya, lampu dipadamkan pula tu.

Dia mendail nombor seseorang. Bengang. 

"Ayah! Apa kau sudah buat pada Su?" belum apa apa lagi dia sudah jerkah lelaki tua di hujung talian. 

Ketawa di hujung talian buat hatinya lebih membara. Dia sudah agak. Sikap acuh tak acuh Suhana padanya pasti berpunca dari orang tua tak guna ini. 

"Salahkah aku mahu anak aku kahwin semula dengan bekas isteri dia?" tenang saja bicara Tan Sri Rahman. 

Hazirul menumbuk stereng kereta. Dia benci mendengar suara tenang lelaki itu. Pasti lelaki tak guna ini ada rancangan busuk! 

"Kalau harapkan anak tak guna aku ini, memang tidak dapat apa lah." 

Sekali lagi hatinya panas. 

"Kau boleh buat apa saja pada aku, ayah. Tapi, jangan ganggu hidup Su!" dia mengingatkan. 

"Kalau kau mahu aku lepaskan Su, kau dapatkan apa aku mahu. Selepas itu, kalau kau mahu berdua sampai mati pun aku tidak kisah." talian dimatikan

Hazirul mencampak telefon pintar ke belakang. Permintaan Ayah tidak habis-habis berkenaan harta, harta dan harta!

Dia rasa bersalah dengan Suhana. Dia kira melepaskan Suhana adalah keputusan terbaik untuk Su. Dia tidak sanggup lagi melihat Suhana dipergunakan demi kepentingan ayah sendiri. Dia tidak mahu menghancurkan hidup gadis itu lagi. 

"Aku tak akan biar kau sentuh hak Suhana walau sedikitpun, ayah!"

Pedal minyak ditekan sampai habis. Menderu kuat bunyi enjin kereta sportnya keluar dari kawasan perumahan itu.

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience