BAB 8

Romance Series 18757

Kolam sebesar 30 kaki panjang, 15 kaki lebar itu direnung kosong. Airnya tenang saja. Nuha tiada tanda tanda mahu terjun masuk ke dalam. Baju mandi yang tersarung di badan itu sekadar hiasan saja. Selendang pemberian Ghazi dililit ke bahu. Dia menyandarkan badan ke kerusi malas di tepi kolam. 

"Hai. Anak Daddy buat apa disini tengahari buta ni? Tak panas ke, sayang ." Tegur Dato' Uzair lalu duduk di kerusi malas bersebelahan anak gadisnya. Dia juga begitu. Tersandar merenung air kolam yang tenang. 

Nuha menyengih manja. Kantoi kah dia berangan sorang-sorang kat sini dari tadi. 

"Tak ada apa pun, Daddy. Nuha duduk duduk je. Tenangkan fikiran." Dia suka berborak dengan Daddy. 

Memang dia lebih rapat dan manja dengan Daddy berbanding Mummy. Cuma Daddy ada habit tidak berapa disukainya kalau sudah mabuk. Mengamuk tidak tentu pasal. Tapi kebanyakan masa Daddy adalah seorang lelaki yang tenang dan mudah dibawa berbincang. Memahami adalah satu bonus!

Dato' Uzair menggeleng. Tidak sangka anaknya sudah di fasa perlu selalu tenangkan fikiran ya. Dia selalu merasakan anak gadisnya ini masih anak kecil yang selalu ingin dibelai manja. 

Telefon pintar nya dibuka. Dia membaca berita melalui portal di internet lebih lebih lagi perihal industri perniagaan yang semakin hari semakin maju. Sebagai seorang ahli perniagaan dan juga politik, dia perlu selalu peka dengan perubahan semasa. 

"So, how was your first clubbing experience? Did you enjoy it?" Soal Dato' Uzair. 

Dia mendengar khabar ini pun dari anak Tuan Zamri, si Aiman yang kecoh mulutnya itu. Memandangkan Nuha sudah dewasa, dia tidak mahu menghadkan lagi keseronokan Nuha. Nuha boleh memilih jalan hidupnya sendiri. 

Dia merasa sedikit sayu. Tugasnya sebagai seorang ayah akan tamat satu hari nanti apabila Nuha sudah berkahwin. Tanggungjawab menjaga Nuha akan diserahkan bulat bulat kepada si suami. Dia jadi sunyi memikirkan kemungkinan Nuha akan keluar dari rumah agam yang dibina demi keluarga tercinta ini.

Nuha menggeleng. Tak seronok langsung! Dia pun tidak tahu kenapa semua orang terkinja kinja mahu ke pusat hiburan. Atau kerana pengalaman pertamanya menyakitkan hati. Melihat Ghazi dipeluk peluk. 

Hatinya bengkak semula. Dia masih tidak dapat melupakan aksi mesra mereka berdua di kelab beberapa hari lalu. Sakit hatinya! 

Wajah masam mencuka. Pipi dikembungkan sedikit. 

"Lah. Kenapa? Nuha kena enjoy sekarang. Nuha tengah muda. Nanti dah tua macam Daddy, semua pun tak boleh nak buat lagi." Dato' Uzair ketawa kecil. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur Nuha tidak begitu sukakan hiburan liar. Jangan jadi seperti dia. Sudah tua tua pun masih tidak boleh buang habit tidak bermanfaat. 

Nuha menguis uis hujung rambut. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia pun tiada topik penting mahu diborakkan dengan ayah. Fikirannya berserabut. Penuh dengan Ghazi sahaja. Apa khabar Ghazi agaknya.

Ah. Mesti Ghazi tengah berseronok-seronok dengan ketiadaan dia. 

"By the way, about that night. Mama beritahu boifren Nuha datang rumah. Bila nak bawa jumpa Daddy pula? Dalam diam ya anak daddy dah ada boifren." Usik Dato' Uzair. Dia mahu juga berjumpa dengan pilihan hati si anak. Dengar cerita daripada isterinya, budak lelaki yang Nuha bawa balik tempoh hari baik betul akhlaknya. 

Nuha menggeleng laju. Dia tak mahu jumpa Ghazi dah. Malu nya tidak habis lagi kerana isu Aiman mulut tak ada lesen hari itu. Pasti sentap Ghazi dituduh sebegitu rupa.

Dato' Uzair memandang hairan. Kenapa tak mahu bawa jumpa dengannya? 

"Bukanlah Daddy. Ada lah. Nuha tak nak cerita." Nuha bernada manja. Memang segan dia mahu cerita apalagi dia yang terhegeh hegeh mahukan Ghazi. Ei. Tak malu nya! 

Kalau Daddy tahu, lagi haru. Anak perempuan Dato' Uzair ahli politik yang disegani ini terkejar kejarkan lelaki kampung. No !!

Hidung Nuha dicubit. Lega hatinya melihat telatah manja Nuha. Anak dara dia masih sudi bermanja manja dengannya macam dulu dulu. 

Nuha bangun dari kerusi malas itu apabila merasakan matahari sudah begitu terik. Mencucuk-cucuk ke kulitnya. Panas bukan main. Sebelum beredar, sempat dia meminta diri dan meninggalkan ayahnya sendirian membaca di kerusi malas. 

•••

Kehadiran Kak Surya yang sudah dimaklumkan terlebih dahulu itu mendatangkan rasa gembira tidak terhingga di hati Nuha Irdina. Pelbagai juadah makanan dan minuman diminta dipersiapkan bagi menyambut kedatangan wanita yang paling rapat dengannya itu. Dia membantu sedikit sedikit di dapur kerana teruja. 

Datin Zarina hanya menggeleng. Kalau pasal Surya, habis semua orang di kerah nya buat macam macam. Dia sendiri pun tidak pernah disayang seperti mana Nuha menyayangi Surya. 

Baju sleeveless top dengan spagheti strip itu di sarung ke badan. Dia melihat penampilannya di dalam cermin. Sudah lama dia tidak berjumpa kak Surya. 

Sejak kak Surya menyambung pelajaran ke luar negara tiga tahun lalu. Itu kali terakhir dia bertemu muka dengan gadis itu. Kak Surya adalah idolanya. 

Dia satu-satunya anak perempuan didalam rumah ini. Sekalipun abang Ali juga tidak dapat faham diri dia. Hanya pada Kak Surya lah tempat dia mengadu dulu-dulu. 

Ding! Dong! 

Loceng pintu berbunyi. Nuha berlari lari sambil menjerit. .

"Takpe! Biar Nuha buka pintu!" 

Terus terhenti tangan pekerja yang sudah siap sedia di pintu hadapan. Dia kembali membuat kerjanya yang tertangguh apabila di arah Nuha. 

Pintu terbuka luas. Seorang wanita berjubah hitam dan berselendang coklat cair berdiri sambil tersenyum lebar. 

Mata Nuha bersinar sinar. 

"Yeay! Kak Surya! Nuha rindu kakak!" Surya dipeluk ketat ketat. 

Kak Surya membalas pelukan Nuha seterusnya cuba mengangkat tubuh gadis kecil molek itu. Tetapi tidak berjaya. Adik kecil ini sudah besar! 

Kedua pipi Nuha dipegang. Wajah Nuha dibelek kiri dan kanan. 

"Hei! Pergi buat face-treatment dekat mana ni?!" Kulit halus mulus Nuha diusap. Cantiknya! 

Nuha tersenyum malu. Tangan Surya ditarik masuk ke dalam rumah. Bermacam macam cerita keluar dari mulutnya. 

Mereka berdua duduk bersila di atas katil mewah queen size itu. Patung patung bantal yang tersusun rapi mendatangkan rasa lucu di hati Surya. Nuha sudah besar tapi masih lagi budak kecil yang dulu dia dan Ali selalu bawa keluar ke mana mana. 

Ali.. 

"Mana Abang Ali?" Soal Surya. 

Dia rindu dengan cinta pertamanya sebelum ke luar negara. Ali orang yang bersungguh sungguh menyokong keputusannya menyambung pelajaran walaupun ketika itu dia agak keberatan mahu meninggalkan Ali sendirian di Malaysia. 

Dia tidak begitu berharap yang Ali masih menunggu dia. 3 tahun itu terlalu lama untuk lelaki sebaik Ali menunggu gadis seperti dia. Kalau Ali sudah punya pilihan sendiri, dia bersedia menerima kenyataan. 

Yang dia fikirkan sekarang hanyalah bertemu semula dengan orang orang yang dia sayang. 

Wajah Nuha suram. Dia tersenyum paksa. 

"Erm. Abang Ali .. Abang Ali dah lama tak balik. Nuha pun tak tahu dia lari ke mana." Perlahan saja suaranya menjawab. Hadiah hadiah yang dibawa pulang oleh Surya di pusing-pusing. 

Surya terdiam. Lari? Tapi kenapa? 

"Abang Ali bergaduh dengan Daddy. Kak Surya faham faham aje lah Daddy tu. Tak boleh di bantah dan dibetulkan. Lebih lebih lagi dua dua api. Sudahnya, abang Ali keluar dari rumah dan tak balik balik sampai sekarang. Dah dua tahun.."

Surya mengangguk perlahan. Tangan Nuha diusap meniupkan kesabaran ke dalam diri gadis itu dalam pada masa yang sama, dia risau akan keadaan Ali. Dia kenal Ali lebih dari semua orang.

"Oh ya. Alang alang Nuha dah lawa macam ni, tak ada boifren ke cik adik sorang ni?" Kening sebelah diangkat angkat. Cuba mencungkil rahsia hati Nuha. 

Dulu Nuha selalu berkongsi cerita dengannya sekalipun mengenai lelaki lelaki yang pernah dia suka di sekolah. Dia mahu Nuha berkongsi cerita macam dulu dulu. Dia juga lah manusia yang bertanggungjawab mengajar Nuha pergi meluahkan perasaan pada crush-crush Nuha dulu tapi tiada satu pun yang berhasil. 

Lelaki-lelaki di sekolah Nuha itu semua buta hati. Tidak nampak kecantikan sebenar Nuha Irdina hanya kerana dulu Nuha budak comot. 

Baginya Nuha seorang yang cantik luar dan dalaman. Nuha seorang gadis yang baik hati tetapi kerana sering kali diejek ejek, gadis ini berubah menjadi lebih mementingkan diri. Namun dia percaya, Nuha Irdina yang sebenar adalah lebih baik dari mana mana gadis yang pernah dia kenali. 

Nuha memuncungkan bibir. Kalau lawa pun tapi orang tak mahu juga, maknanya dia ini memang tak laku lah. Hmm. 

"Lah. Kenapa pula? Cuba cakap! Siapa yang berani berani tolak Nuha yang hot nak mampus ni!" 

Nuha melepaskan beban di hati. Mata Surya ditatap dalam-dalam. Dia mula bercerita apa yang berlaku dalam kisah cinta tidak kesampaiannya. 

Mengenai dia, mengenai Ghazi, mengenai segala perlakuan Ghazi yang sentiasa membuai perasaannya. Dia tidak pernah merasa sebegini. Rasa diri dihargai pada masa yang sama dibuang jauh dari hidup Ghazi. Hanya dia yang merindu sendiri. 

Dia tahu Ghazi tidak jahat. Dia tahu segala perlakuan Ghazi adalah spontan tanpa apa apa tujuan yang mementingkan diri sendiri. Dia tahu semua itu. Tetapi, dia berharap walau sedikit, Ghazi boleh jadi seperti lelaki lain yang suka mengambil kesempatan atas dirinya. Dia sanggup dan rela kalau Ghazi hanya mahukan harta dan pangkat asalkan dia dapat bersama Ghazi dan terus berdiri di sebelah lelaki itu. 

Tetapi itu mustahil. Ghazi bukan seperti lelaki lain. Ghazi adalah Ghazi. Lelaki yang tidak mudah jatuh kerana duniawi yang dia tawarkan. Dia buntu. 

Bagaimana caranya dia mahu menarik perhatian lelaki itu supaya memandangnya sebagai seorang perempuan yang layak untuknya? 

Sesekali Surya mengangguk faham. 

"Kalau macam tu, Nuha kejar saja dia habis habis! Biar dia surrender. Tak tahu mana lagi dia mahu pergi kalau tidak kepada Nuha. Sampai satu satunya wanita yang dia lihat adalah Nuha. Hanya Nuha sahaja yang dia ada." ujar Kak Surya dengan penuh semangat. 

Mata Nuha membulat. Biar betul? 

Kepala digeleng beberapa kali. Dia malu lah nanti! 

Tangannya digoncang goncang oleh Surya. 

"Nuha tahu tak, lelaki ni ada masanya lembap. Bila benda dah hilang, baru sibuk dicari. Lagipun ikut cerita Nuha, Ghazi tu nampaknya masih single available. Nuha patut grab this opportunity dan buat dia pandang Nuha seorang aje. Lelaki mudah jatuh cinta pada perempuan yang sayang pada dia." Kata Surya, bangga. 

Itulah yang dia lakukan ketika bersama Ali dahulu. Lelaki itu langsung tidak pandang dia ketika masih di bangku sekolah tetapi akhirnya dia berjaya juga menakhluki hati Ali walaupun hubungan mereka tidak lama. Kasih sayang yang ikhlas mampu meruntuhkan ego seorang lelaki. 

Nuha berfikir fikir. Ada benarnya kata kata Kak Surya tetapi mampukah dia meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Ghazi. 

"Ada satu pepatah ' hanya kerana dia tidak mencintai dengan cara yang kamu inginkan, tidak bermakna dia tidak boleh mencintai kamu dengan seluruh apa yang ia miliki'." 

"Maksudnya, Nuha tak boleh take things for granted. Kalau Nuha mahu dicintai dengan ikhlas, Nuha harus menerima dengan ikhlas. Tidak boleh mengharapkan balasan yang setimpal dengan apa Nuha sudah beri." Jelas Kak Surya. 

Aku terpinga pinga. Tidak faham apa yang Kak Surya maksudkan. 

"Haih. Apa pun, Nuha just go for it. Buat apa Nuha rasa betul. Lagipun Nuha dan Ghazi baru di fasa berkenalan. Belum betul betul kenal hati budi nya. Sebab itu Ghazi tolak perasaan Nuha. Dia tak kenal adik kakak yang baik gila ni betul betul. Yang dia nampak cuma adik anak orang kaya yang manja." 

Nuha mengangguk. 

"Dan Nuha pun belum kenal Ghazi sepenuhnya. Nuha kena belajar terima kekurangan Ghazi dan keseluruhan diri Ghazi seadanya. Kenal dan baru buat keputusan." tegas Surya. 

Dia tidak kenal Ghazi tetapi mengikut cerita Nuha, lelaki seperti Ghazi nampaknya tidak begitu mahir dalam menunjukkan perasaan sebenarnya. 

Dia berani memberi saranan begini adalah kerana personaliti Ghazi itu sendiri. Dia tidak rasa Ghazi akan beri peluang kepada Nuha kalau dia tidak sukakan gadis ini. Dan Nuha harus belajar menerima hakikat bahawa cintanya mungkin akan ditolak sekali lagi. Ghazi lelaki yang boleh dipercayai. 

Tetapi siapalah dia untuk menghukum selagi tidak berjumpa empat mata. Dia berharap satu hari nanti, dia akan dapat berjumpa dengan lelaki yang berjaya menakhluki hati Nuha Irdina yang degil ini. 

Nuha tersenyum lebar. Dia merasa beban yang bersarang di hatinya, hilang. Dia rasa lega. 

Betul cakap Kak Surya. Kenapa mahu melepaskan seseorang yang kita sayang hanya kerana belum sehaluan. Dia perlu lebih belajar mengenali Ghazi dan ketika itu, dia akan membuat keputusan mana yang lebih baik untuk dirinya. 

Tepat jam 4petang, mereka keluar dari bilik untuk minum petang setelah dipanggil oleh Datin Zarina dari tingkat bawah. Jeritan mummy, satu rumah ini boleh dengar. silap silap boleh pekak. 

Kak Surya mencium tangan Datin Zarina dan Dato' Uzair. Bakal mak dan bapa mertua tak jadi lah katakan. 

Dato' Uzair bersoal jawab mengenai keadaan belajar di luar negara. Sesekali dia memuji bakat akademik Kak Surya yang cemerlang. Tidak seperti Ali, hanya tahu main sahaja dari sekolah. Berjangkit pula ke Nuha ini perangai abangnya. Nasiblah Nuha masih mahu sambung belajar. 

Nuha muncung apabila namanya dikaitkan dengan sifat sifat pemalas si abang. Daddy ni! 

Untuk pertama kali selepas kepergian Abang Ali, rumah ini penuh dengan gelak tawa dan riuh rendah. 

•••

Wajahnya ditilik-tilik di dalam cermin. Dia mencalit sedikit lipstick ke bibir mungilnya. Sesekali dia tersenyum seorang diri menampakkan gigi. Kalau orang lain nampak, mesti dah cop dia perempuan tak betul. Ada ke cakap sorang sorang dalam kereta siap bercermin bagai. Ish Ish.

bermacam macam dialog direka di dalam kepala. .

"Hey Ghazi!" dengan ton suara yang agak santai. 

"Hye Ghazi." dengan penuh sopan. 

"Oh Ghazi rupanya." berlagak macam tidak peduli. 

Nuha melepaskan keluhan panjang. Susah betul lah!

Itu lah, kalau hari itu di kelab kau layan dia, sekarang ni kau sudah boleh tegur dia macam biasa tau. Padan muka diri sendiri.

Kalau dah tegur, nak borak pasal apa pulak. Aduhai. Serabutnya. Rasa macam dia tidak pernah kenal Ghazi pula. 

Macam dia ni stalker. Erk! 

Nuha mencari cari kelibat Ghazi di dalam kafe dari sebalik cermin kereta yang gelap. Namun hampa. 

Maknanya dia memang kena masuk ke dalam lah ini ya. Jantung mula ber marathon. 

Tenang Nuha. Tenang. Pura pura macam tiada apa berlaku antara kau dan Ghazi. 

"Ohpocot mak kau!" Latahnya. Terkejut dengan deringan bunyi telefon pintar yang tiba tiba. Mulut ditutup dengan tangan. Malu betul. Nasib tiada orang pandang. 

Tangan menyeluk masuk ke dalam tas tangan di tempat letak kaki. Telefon pintar berjenama Iphone itu dikeluarkan. Nama Kak Surya terpampang di skrin hadapan. 

Nuha mengomel. 

Akak ni pun, buat terkejut orang je. Nasib dia masih dalam kereta. Kalau dah di luar tadi, haru je. Mana nak sorok muka lepas termelatah sikit punya kuat macam tu. 

Panggilan dijawab. Belum sempat dia jawab salam, Kak Surya sudah memulakan tembakan soalannya. 

"Belum lagi. Nuha nervous lah, kakak. Dah la haritu Nuha sikit punya sombong dengan dia. Macam mana ni ." 

Mata terus memerhati ke dalam kedai minum kecil itu. Mencari cari Ghazi. 

Cuti ke dia harini? Alamak. Dah pakai cantik cantik macam ni, Ghazi takde pula. 

Membuntang matanya mendengar idea kak Surya. Patutlah abang Ali pun serah diri. Idea kak Surya ni semuanya idea berani mati. Go for it atau back off sahaja. 

"Ha? Buat buat pengsan depan dia? Tak nak lah Nuha. Buatnya dia biar je Nuha terbaring dekat lantai nanti macam mana?" 

Abang Ali iya lah, baik hati orangnya. Kalau Ghazi, sejuk beku lah dia di atas lantai nanti.

Nuha mengalih wajah ke tepi apabila kereta Zack melepasi keretanya. Risau kalau Zack dapat mengecam wajah Nuha. Zack ni boleh tahan kepoh juga, buatnya dia suruh Ghazi jemput aku kat luar ni kang, mampus. Baik pergi mati aje lah dari malu seumur hidup. 

Kak Surya masih tidak habis dengan idea gilanya. Terharu dengan kesungguhannya memberi semangat dan dorongan kepada aku, serta merta keyakinan aku memuncak. Kalau aku tangguhkan lagi hal ini, makin renggang hubungan kami berdua nanti.  

"Baiklah, kakak..Nuha dah sedia! Kakak siap siapkan kotak tisu tau." Mana tahu Ghazi pulaukan aku. 

Panggilan dimatikan. Untuk terakhir kali, aku menyembur minyak wangi kegemaran ke lengan dan menyapu ke leher. 

Baiklah. Okay. Let's go, Nuha. Sampai Ghazi menyerah diri! 

•••

Lampu terang menikam ke dalam bola mata. Sakit. Terangnya Masya Allah. Siapa yang membazir eletrik ni?!

"Ergh.. Jaz. Tutup lampu. Sakit mata." Rungut Ghazi. Tangan kanan cuba diangkat tetapi tidak berdaya.  Apabila diangkat tangan kiri pula, berselirat tiub drip yang mencucuk tangan kirinya. 

Hijjaz cepat-cepat bangun dari sofa mendapatkan Ghazi. Wajah Ghazi dipandang dalam-dalam. 

"Kau dah sedar ke? Kejap.. Kejap.  Aku panggil doktor dulu." Hijjaz menepuk perlahan lengannya dan berlari keluar mendapat doktor yang merawat Ghazi. 

"Lam..pu. Hish. Bodoh betul lah!" Omelnya perlahan dalam keadaan geram. Matanya sakit tidak boleh dibuka kerana lampu yang terang. Akhirnya ditutup dahulu matanya dan membukanya sediit demi sedikit. 

Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku padanya. Kenapa dia berada di tempat asing begini. Badan cuba dibangunkan tetapi setiap sendi tubuhnya terasa lemah dan tidak bermaya. 

Seorang lelaki dengan kot putih datang menghampirinya bertemankan Hijjaz dari belakang. Lelaki itu mengarahkan beberapa orang pembantu untuk menaikkan katil supaya Ghazi dapat berbaring dengan lebih selesa. 

"Awak rasa macam mana, encik Ghazi?" Soalan pertama keluar dari lelaki itu. Ghazi memandang ke arah tag nama yang melekat di kot putih milik si doktor. Nazrin. 

Ghazi mengangguk. Dia tidak ada tenaga mahu menjawab. Kepalanya berdenyut denyut. 

Doktor Nazrin mula memeriksa Ghazi bermula dari penglihatannya. Matanya dibuka dan disuluh. Seterusnya lelaki itu memeriksa monitor dan fail pesakit yang tergantung di birai katil. Hijjaz jadi tertunggu-tunggu akan apa yang bakal dibicarakan oleh doktor lelaki itu. 

Fail X-ray yang dihulur oleh pembantu perubatan di sambut. Sesekali dia merenung ke wajah Ghazi dan kembali ke laporan X-ray tersebut. Cermin mata dibetul-betulkan. Ghazi hanya memandang kosong. Dia melihat tangan kanannya yang sudah berbalut dan bersimen. Jari cuba digerak-gerakkan namun tindak balas jarinya agak mengecewakan. Lemah. 

"Beginilah." Doktor Nazrin membuka mulut. Wajahnya memandang ke arah Hijjaz. Hijjaz fokus mendengar. 

"Tulang rusuk Encik Ghazi semuanya okay. Cuma retak sedikit tetapi masih dalam keadaan boleh dipulihkan. I am glad you didn't take a long breath while suffering, back then. atau boleh jadi lebih teruk." 

Hijjaz dan Ghazi sama sama mengangguk.

"Untuk tangan, buat sementara mungkin encik Ghazi tidak boleh gunakannnya. Ambil masa sedikit untuk pulih dan you're lucky sebab tulang yang patah masih dalam keadaan yang baik. Walaupun saya pun tak tahu macam mana tulang ni patah tapi tak macam situasi tulang tangan patah yang selalu saya lihat." 

Hijjaz dan Ghazi mengangguk lagi. 

"Otak dia macam mana doktor? Ada problem tak?" Soal Hijjaz. Mana tidaknya. Masa masuk ke emergency, pendarahan di kepala Ghazi nampak teruk. 

Ghazi pandang Hijjaz dengan perasaan bengang. 

Kau nak cakap aku gila ke apa?

Doktor Nazrin ketawa kecil lalu menggeleng. Hijjaz meluahkan rasa lega. Apa dia mahu jawab dengan Uncle Irham kalau otak Ghazi bermasalah. Tak sanggup dia mahu tunjuk muka pada lelaki itu.

Doktor Nazrin memberi pesanan kepada pakar dietary yang juga bersama mereka. Hijjaz duduk di kerusi sebelah Ghazi. Kepala Ghazi yang berbalut di pandang sepi. 

Nasib lah tiada apa apa yang serius berlaku. Rasa nak gugur jantung dia mendapat panggilan daripada hospital ketika dia sedang makan malam bersama teman wanitanya tempoh hari. Betul lah Ghazi ni! 

Hari tu bapak dia masuk wad sebab sakit jantung. Sikit hari aku pula yang bakal masuk wad sebab sakit jantung. Baru jaga Ghazi beberapa bulan. Yang paling dia hairan, siapa yang memukul Ghazi?

Dari cerita budak budak motor yang menjumpai Ghazi di tengah jalan, Ghazi dipukul beramai-ramai. Ada beberapa orang dari mereka masih didalam wad dan sudah diambil keterangan cuma tinggal Ghazi seorang sahaja yang masih belum sedarkan diri. 

Dia baru terlepas pandang sekejap, macam macam sudah jadi. Hijjaz mengeluh. 

"Ghaz. Siapa yang pukul kau ni? Kau ada cari pasal dengan sesiapa kah?" Tanya Hijjaz perlahan. Dia risau kalau Ghazi ada buat masalah dengan orang yang tidak sepatutnya. Ini Kuala Lumpur. Mereka berdua ini macam level kuman saja berbanding orang orang besar di sini. 

Ghazi menggeleng. Dia pun tidak tahu. Tangan kanan dipandang sepi dari tadi. Yang dia ingat cuma dia kena pukul dengan mat rempit picisan secara tiba tiba. 

"Haih. Takpelah. Aku kena buat panggilan dulu dan maklumkan yang kau dah sedar. Kau okay kan kalau polis datang minta kau beri keterangan?" 

Ghazi mengangguk. Kalau setakat mahu dia beritahu apa yang jadi, boleh saja. 

Otaknya ligat berfikir akan motif mereka tapi kosong. Dia langsung tidak kenal pun siapa yang pukul dia. Seorang pun dia tidak kenal malah tidak pernah jumpa langsung. 

Ghazi teringatkan sesuatu. 

"Eh. Kau ada beritahu mama aku ke?" 

Hijjaz menggeleng laju. 

Gila ke? Uncle Irham pun dia tidak berani mahu beritahu, apalagi mama Ghazi. Memang habis lah! 

Ghazi mengangkat ibu jari tangan kirinya. Bagus, my boy! 

Lebih baik tidak beritahu mereka. Dia tidak mahu ayah dan mama risau akan keadaannya disini. Lebih teruk lagi melibatkan mereka berdua didalam masalahnya. 

Hijjaz keluar dari bilik untuk membuat panggilan. Ghazi termenung sendirian. 

Ini balasan dia pergi masuk kelab secara sukarela agaknya. Lepastu balasan sebab biar diri dipeluk-peluk dan berpeluk-peluk semalam. eh haritu.. haih. 

Padanlah muka dia. 

Takdir, Ghazi. Takdir. Jangan mengarut lagi lah. Terima saja dengan hati terbuka. 

Tubuhnya perlahan-lahan dibangunkan dengan kekuatan. Lebih lama dia terbaring, terasa semakin berat badannya. Sendi sendi kakinya juga sakit. Penangan di sepak terajang malam itu agaknya. 

Ghazi menurunkan kedua belah kaki ke bawah. Dia masih tidak boleh menarik nafas panjang. Rasa sakit bukan main tulang rusuknya. Setiap kali dia mahu menarik nafas panjang, dia menekan lengannya ke tulang rusuk yang retak supaya tulang itu tidak mengembang mengikut arus dadanya. 

Ghazi menutup mata dan menenangkan diri. dia tidak mahu terlalu memikirkan kesakitan yang dialami sekarang. Ada ramai lagi orang yang lebih sakit dari dia.  

"Eh. Kau nak pergi mana ni?" Hijjaz yang baru masuk terus menghalang Ghazi yang sudah bersiap sedia mahu berdiri. Tangannya menyokong tubuh Ghazi supaya tidak jatuh. 

"Tak. Aku nak solat lah. Nak habis waktu dah ni. Berapa hari dah aku tinggal solat ni. Botak kepala aku nak kena ganti nanti." Ujar Ghazi. 

Dia cuba membiasakan kakinya berdiri. Otot otot kakinya memberi reaksi. Sakit sakit sendi tadi makin menjadi-jadi namun selepas beberapa ketika, dia sudah merasa terbiasa. 

"Ha? Boleh ke kau nak solat. Solat duduk je lah."

Kepala Hijjaz diketuk. 

"Aku bukan cacat lah. Boleh je lagi ni nak solat. Kalau tak boleh bangun, aku tak bangun lah oi." 

Hijjaz tersengih. Dia menarik tiang drip IV beroda di tepi katil. Tiub Iv Drip yang berselirat itu dibetul-betulkan.

"Kau tunggu jap. Aku pergi ambil sejadah kejap. Kau boleh ambil wudhu' sendiri kan?" 

Ghazi mengangguk. Hijjaz ni layan dia macam budak budak pulak. Adeh. 

Dia selesai sahaja berwudhu', sejadah sudah sedia terbentang di tepi tingkap. Dia membetul-betulkan tiub di tangan supaya tidak menganggu sujud dan rukuk nya nanti. Nasiblah cukup panjang tiub ini. Kalau tak, kena solat duduk lah nampaknya.

Tangan sudah bersiap sedia mahu diangkat. Bibirnya mengucap takbir.

"Awak!" 

Pintu terbuka dengan kuat. 

Erk! 

Takbir Ghazi sebentar tadi jadi terhenti. Ghazi menjegilkan mata memandang Nuha yang masuk ke dalam biliknya tiba tiba. Terus bisu perempuan itu. 

"Sorry .." Ucapnya dalam nada berbisik. Serba salah pula dia kerana tidak mengetuk terlebih dahulu tadi. 

Itulah kau, Nuha. Adab mana?!

Jari Ghazi mengarahkan Nuha untuk masuk dan duduk di sofa. 

"Duduk!" Arahnya.

Berlari Nuha duduk di atas sofa berdekatan katil pesakit. 

Ghazi meletakkan jari ke bibir menyuruh Nuha duduk diam diam di situ. Jangan menganggu solatnya. 

Nuha mengangguk laju. Baik bos! 

Dia kembali menyambung solatnya. Tangan kiri diangkat separa telinga dan bibirnya mengucapkan kata kata yang membesarkan Allah dengan sepenuh perasaan. 

Nuha hanya memerhati dari belakang. Tergopoh-gapah dia datang ke sini sebaik sahaja Ban memberitahu bahawa Ghazi dimasukkan ke hospital. Dia geram betul dengan Ghazi. Masuk hospital sampai ke emergency pun langsung tidak beritahu dia. Kalau dia tak datang ke kafe tadi, sampai mati dia tidak tahu.

Nuha leka memandang Ghazi bersolat. 

Kalau di rumah, jarang keluarga mereka beribadah kecuali pada hari hari penting. Contohnya hari raya. Hari hari biasa, jarang sangat sangat sampai dia tidak merasakan penting solat dalam kehidupan seharian. 

Melihat Ghazi, dia jadi ingat bahawa solat itu satu kewajipan. Dia tidak pernah jumpa orang orang yang mengutamakan solat selama ini. 

Ghazi cuba untuk menampung tubuhnya setiap kali rukuk dan sujud memandang kan tangan kanannya tidak boleh digunakan seperti biasa. Setiap kali itu juga Nuha mahu bangun membantu tapi ditahan dirinya. Tidak baik rasanya menganggu Ghazi bersolat. Dia suka mendengar setiap bait bait perkataan yang Ghazi lafazkan di dalam solatnya. Hatinya merasa tenang. 

Nuha tersenyum sendiri. Senyumannya mati apabila Ghazi mengucapkan salam. 

Nanti Ghazi perasan pula yang dia dok tersenyum senyum seorang diri. Lagi teruk, Ghazi kata dia gila. Uish. 

Nuha bangun membantu Ghazi memungut dan melipat sejadah yang terbentang di lantai. Ghazi memandangnya kosong. 

Bukan nak puji dia rajin ke apa ke. Ish. 

"Okay. Awak duduk dulu." Cepat cepat lengan Ghazi dirangkul apabila lelaki itu mahu kembali ke katil. Perlahan saja langkah Ghazi. Kakinya masih sakit mungkin. 

"Ha. Kenapa datang ni?" Soal Ghazi sebaik sahaja punggung mencecah tilam. Kaki dia naikkan ke atas dan berbaring dengan selesa. Mata memandang wajah milik gadis dihadapan nya. 

Mata Ghazi yang tajam dan garang tu terlihat romantis di pandangan Nuha. 

ehh. Gila ke kau Nuha. Romantis? Sorry lah! 

Tapi memang dia romantik pun. Hensem..Baik.. Comel. Bila dia marah, lagi bertambah comel. Lagi bertambah hensem. 

"Oi. Kau berangan sampai mana dah?" Tangan kirinya dilambai lambai ke hadapan muka Nuha. Risau betul dia tiba tiba perempuan ni habis bateri. 

Jangan tiba tiba sawan pula minah dia. Sakit apa je lah dia ni. Asyik berangan aje. 

"Mana ada lah. Orang datang nak jenguk dia lah. Sampai hati tak beritahu saya yang awak warded." Nuha merajuk. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. 

Memang dia geram pun. Nampak sangat dia memang tak penting langsung. Erti kata lain, macam pelakon ekstra je dalam hidup Ghazi ni. 

Ghazi mencebik. Hujung rambut Nuha ditarik sehingga gadis itu menjerit kecil. 

"Aku warded, tak sedarkan diri. Macam mana aku nak beritahu kau? Pakai mimpi ke?" apa punya soalan lah perempuan ni. 

Kalau aku boleh masuk dalam mimpi orang, mimpi Nuha lah yang first dia nak masuk. 

Dia nak hantui hidup Nuha supaya jauhi dia! Hah. 

"Eh? Betul juga eh. He He." Dia tersipu-sipu. 

Nuha duduk di sebelah Ghazi. Wajahnya mendekat ke wajah Ghazi. Dahi Ghazi yang berlilit itu disentuh. 

"Auch! Sakit lah woi." Marahnya. Dia menjauhkan lukanya dari Nuha. Badan ditegakkan semula dari berbaring.

Selambanya tekan tekan dahi dia. Aku tekan kepala dia sampai penyek kang, baru tahu.

"Ala. Itu pun sakit ke. Tak lelaki langsung." 

Amboi. Sedap mulut dia bercakap. Lelaki lelaki jangan main ah. Ni anak jantan ni! 

"Pandai lah kau. Jap gi aku tunjuk lelaki aku, jangan kau tak tengok pula." Usik Ghazi dengan wajah yang serius. 

Pipi Nuha memerah. 

Ketawa Ghazi terburai. 

"Mesti kau fikir kotor kan? Kah kah."

"Mana ada! Awak tu yang tak senonoh." 

"Apa kau cakap?" Rambut Nuha ditarik lagi. 

"Wow.. Wow.. Apa ni. Siapa ni. Apa yang berlaku ni. Scandal mana ni.." Hijjaz mencelah. Dari tadi dia memerhati. Pelik betul Ghazi rajin bergurau senda dengan orang perempuan. 

Yang lagi jarang, ada perempuan datang jumpa Ghazi. Fulamak. 

Nuha dan Ghazi berpaling ke belakang. 

Ghazi hanya buat muka selamba manakala Nuha pula sudah tersipu malu. 

Hijjaz meletakkan dulang makanan yang dihulurkan padanya oleh pakar dietari tadi kemudian duduk bersandar di sofa.

"Takde sesiapa lah. NGO yang tidak dijemput." 

Nuha menampar kuat bahu Ghazi. Kurang ajar nya! 

Hijjaz tidak percaya. 

Ingat dia bodoh ke. Siap bergurau senda, gelak ketawa, tersipu sipu bagai. Amboi. 

"Tak nak percaya sudah." Ghazi menutup topik. Dia tidak mahu Hijjaz menggali gali benda yang dia tidak perlu tahu. 

"Saya Nuha. Kawan Ghazi." Nuha memperkenalkan diri. 

Mata Hijjaz membulat. Kawan Ghazi? Kawan?! 

"Hai. Saya Hijjaz. Kawan baik Ghazi. You lah kawan perempuan pertama Ghazi." Hijjaz menggunakan nada menggodanya. 

Nuha dipandang dari atas ke bawah. Hot nak mampus. Rugi betul Ghazi ni. Tolak rezeki depan mata. 

Ghazi mencebik. Tak ada maknanya kawan. Stranger to be exact. 

"Ye ke?!" Nuha jadi teruja mendengar jawapan balas Hijjaz. Dia kawan perempuan pertama Ghazi?! 

Matanya mencari anak mata lelaki itu meminta kepastian. Ghazi menjauhkan diri dari Nuha. 

"Apa? Kawan perempuan je pun. Bukan girlfriend  aku pun." kata Ghazi. Sombong. 

Nuha senyum mengejek. 

"Eleh. Macam lah awak tu pernah ada girlfriend." 

"Mana kau tahu aku tak pernah ada girlfriend? hahaha. Sorry. Tapi, aku memang pernah ada girlfriend. Kah!" Ghazi gelak jahat. Terus tak terasa langsung semua sakitnya kalau dapat mengenakan Nuha. 

Rasa dia berkuasa apabila melihat wajah cemberut gadis itu. Hodoh betul.

Bibir Nuha hilang senyum. Geramnya dia dengan Ghazi ni. Asyik-asyik dia yang kalah! 

Hijjaz gelak mengekek. Ini pertama kali Ghazi rajin melayan perempuan. Selalu dia buat tidak layan saja. Ghazi.. Ghazi..

Ghazi terus terus menyakitkan hati Nuha. Apa saja Nuha cakap, dia balas balik dengan perkataan perkataan yang lebih teruk 

"Oi. Sakitlah! Kau ni memang menganiaya orang sakit kan." Marahnya apabila bantal tebal itu hinggap ke kepala yang luka. Puas juga dia mengelak dari terus dipukul dengan bantal.

Hanya setelah puas hati, baru dia hentikan tangannya.  Bantal dibaling ke belakang. 

Nuha mendengus geram. 

"Macam mana awak boleh masuk hospital ni?"

Ghazi buat tidak tahu. Kedua babu diangkat. Pandangan pula dilarikan ke arah tingkap. Mata Nuha mengecil. Ghazi ni susah betul lah! 

Susah sangat mahu buka mulut. Ada emas agaknya dalam mulut dia tu!

Mata Nuha mencari jawapan dari Hijjaz pula. Lelaki itu terpinga-pinga. Makanan Ghazi yang dia bawa tadi di suap ke dalam mulut. Sedap juga makanan hospital walaupun agak tawar. 

Ghazi menjeling Hijjaz memberi isyarat supaya jangan sesekali membalas pertanyaan Nuha. Tiada sebab Nuha perlu tahu mengenai dirinya apalagi mahu masuk campur.

"Err.. Kena pukul?" Hijjaz tergagap gagap. dia tersekat di antara rasa kesian pada Nuha dan takut kepada Ghazi. Akhirnya dia memilih Nuha. 

Ghazi mendengus marah.

Ya Tuhan. Kau selamatkan lah aku dari Amir Ghazi! 

Air liur ditelan. 

Ini pertama kali Hijjaz berdoa selepas jatuh ke lembah dosa dan maksiat. 

•••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience