DC 67 : Kemalangan

Drama Completed 34715

Tok! Tok! Tok! "Assalamualaikum, mama!" Belakang tapak tangan Rayyan naik mengetuk pintu rumah seraya bibirnya berkali-kali memberi salam. "Mama!" Namun, hampa. Masih tiada yang menyahut. Kemudian, anak matanya melirik ke arah halaman rumah baba dan mamanya buat kali kedua. 'Ada je ni kereta mama. Takkan mama solat kot? Dah jam dua belas pagi dah ni.' Getusnya dalam hati. Dia tertidur di pejabatnya dan tepat jam dua belas pagi baru dia terjaga.

Klak! Akhirnya, pintu rumah dibuka dan terjengul susuk tubuh Calina di hadapan pintu. "Kenapa Yan datang lewat-lewat ni?" Dingin sahaja suaranya bertanya pada anak sulung lelakinya, Rayyan.

Berkerut seribu dahi Rayyan mendengar pertanyaan dari Calina. "Yan kan masih tidur sini? Mestilah, Yan datang."

Anak mata Calina dibawa ke wajah pucat Rayyan yang seperti sakit. Tajam anak matanya menikam wajah pucat Rayyan. "Yan tak payah tidur sini lagi! Tu, muka pucat tu kenapa? Sakit? Hah, tulah! Dulu, isteri ada boleh tengok-tengokkan, pergi halau pula! Sekarang tanggung lah sendiri!" BAM! Usai berkata sedemikian, pintu rumah ditutup dengan kuat oleh Calina.

'Mama, mama.' Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan. Nafas berat dilepaskan. Sukar untuknya menerima semua keadaan ini.

"KENAPA Camy call?" Tanya Rayyan dengan suara yang sedikit kasar apabila tiada jawapan dari Camelia yang tiba-tiba sahaja memanggilnya disaat dia sedang sibuk menghadap kerja di Hotel Y&K.

"Iffa..." Itu sahaja yang keluar dari bibir Camelia dan otak Rayyan kini penuh dengan tanda tanya.

"Ke...kenapa dengan Dina?" Tanya Rayyan lagi. Jantungnya mula berdegup laju.

"Mummy..." Sekali lagi Camelia menjawab tapi masih tiada jawapan yang tepat.

"Camy, jawab lah betul-betul!" Jerit Rayyan pula. Sakit hatinya dengan jawapan-jawapan Camelia.

"Mummy dan papa accident!" Jawab Camelia laju setelah terkejut dengan pekikan Rayyan disebalik telefonnya.

"Hah? Macam mana boleh accident?!" Terkejut bukan kepalang Rayyan setelah mendengar jawapan dari Camelia. Berkerut seribu dahinya tika ini. Hatinya juga diserang dengan gelodak risau. "Macam mana keadaan mummy dan papa sekarang? Dina pula?" Peluh mula menitik jatuh dari hujung dahi Rayyan.

"Mummy dan papa dah meninggal dunia. Iffa pula..." Tidak dapat dia meneruskan kata ketika itu. "Lebih baik Abang Yan pergi jumpa Iffa sekarang ni. Dia ada dekat rumah baba dan mama. Teruk sangat keadaan dia tadi."

Selepas mendengar jawapan dari Camelia, Rayyan segera memutuskan panggilan antara mereka berdua dan kakinya laju berlari keluar dari Hotel Y&K dan keretanya memecut menuju ke arah rumah Ridzuan dan Calina.

"HAH, nak pergi mana?!" Kuat suara Calina menyoal Rayyan yang dilihatnya tergesa-gesa berlari naik tangga.

"Nak pergi tengok Dina." Jawab Rayyan yang sudah terhenti langkah kakinya.

"Jadi, Yan dah tahu lah? Iffa tadi kecewa sangat mama tengok keadaan dia. Nasib lah, arwah mummy dan papa tak tahu pasal hal Yan halau Iffa keluar dari rumah, kalau tak..."

"This is not the right time to talk about that, mama!" Secara tidak sengaja suara Rayyan naik seoktaf memotong percakapan Calina dan kakinya dibawa berlari naik tangga semula ke arah biliknya.

"Love!" Tapak tangannya naik memulas tombol pintu setelah sampai di biliknya dan jelas sekali dia dapat lihat Iffa yang sedang duduk di birai katil dengan memakai pakaian berwarna putih.

"Love..." Usai menutup pintu tapak kakinya dibawa menghampiri Iffa yang sedang termenung jauh. Rayyan duduk separa melutut di tepi Iffa. "I'm sorry to hear about mummy and papa." Baru sahaja tangannya ingin meraih tangan Iffa, namun, Iffa lebih cepat mengelak.

"Love. Tolong, jangan macam ni. Love kena kuat, kena sabar. Ni semua takdir hidup kita. Cepat atau lambat kita semua yang hidup di dunia ni akan merasai kematian." Lembut dan perlahan sahaja suara Rayyan menasihati isterinya, Iffa Irdina.

"Keluar." Sepatah perkataan yang keluar dari bibir Iffa cukup membuatkan hati Rayyan merasa pedih.

"Love, please..." Tapak tangan Iffa cuba diraih sekali lagi dan sekali lagi juga Iffa lebih pantas mengelak.

"Keluar. Saya cakap keluar kan?! Awak ni tak reti faham bahasa ke?!" Naik seoktaf suara Iffa menghalau Rayyan. Iffa bingkas berdiri.

"What?" Berkerut seribu dahi Rayyan setelah mendengar panggilan Iffa padanya yang tidak seperti dahulu lagi. Rayyan juga turut sama berdiri. "Saya? Awak?" Wajah pucat Iffa dipandang dengan pandangan pelik. "Hubby tahu love marahkan hubby tapi jangan lah sampai tukar panggilan. I'm sorry, okay?" Tapak tangan Iffa cuba diraih sekali lagi dan digenggam erat tetapi pantas juga ditepis Iffa.

"Saya cakap keluar, keluar lah!" Riak wajah bengang ditayangkan pada suaminya, Rayyan Ridzuan.

"Apa love cakap ni? Ni bilik hubby tau." Tekan Rayyan.

"Okey, fine! Kalau, macam tu biar saya je yang keluar dari bilik awak ni, Rayyan Ridzuan." Balas Iffa pula yang telah salah faham dengan kata-kata Rayyan.

"No! Love!" Laju tangan Rayyan menyambar sebelah tangan Iffa. "Please, love jangan buat hubby macam ni." Rayu Rayyan.

Kuat tangan Iffa menepis tangan Rayyan. Badannya dipusingkan ke belakang menghadap Rayyan dengan pandangan tajam. "You know what, Rayyan Ridzuan? Hanya arwah abang je yang boleh bahagiakan saya! Baik awak ceraikan je saya. Senang. Awak kan tak boleh bahagiakan saya? Tak boleh anggap dan faham saya sebagai isteri awak? Tak boleh sayang dan cintakan saya dengan sepenuh hati awak?"

Hancur berkecai hati Rayyan selepas mendengar semua kata-kata yang keluar dari bibir Iffa Irdina, seorang perempuan yang dia sangat sayang dan cintai. "Apa yang love merepek ni? Benda boleh bincang kan?"

"No!" Keras suara Iffa membalas kata-kata Rayyan. "Takde apa yang nak dibincangkan lagi! Semua dah hancur. Hati ni sakit sangat." Bergetar suara Iffa ketika berkata sedemikian. "Awak tahu tak apa kesalahan terbesar yang saya pernah buat dalam hidup? Jatuh cinta pada awak. Sayang awak. Terima awak. Beri awak peluang kedua dan pernikahan ini tak patut berlaku pun." Masih ada getaran dalam nada suaranya.

"Iffa Irdina! Kenapa cakap macam tu? Ingat sikit, yang love bukan seorang-seorang. Ada baby kita dalam perut love tu." Dia tak kecewa. Dia tak kecewa kalau Iffa hanya marahkannya tapi dengan berkata pernikahan mereka berdua tak patut berlaku pun yang sungguh mengecewakannya. Pedih sungguh hatinya mendengar semua kata-kata yang keluar dari bibir Iffa.

"Dahlah, saya tak nak panjang-panjangkan hal ni. Awak ceraikan je saya sekarang! Lepas saya bersalin nanti talak tu akan jatuh. Lepastu, kita boleh hidup bebas. Saya tak nak hidup dengan awak dah lepasni. Saya pun ada hati dan perasaan juga!" Tegas Iffa. Kali ini, dia tekad! Dia takkan tunduk lagi! Cukuplah, hatinya dah sakit dengan segala hal yang berlaku dalam hidupnya, dia tak nak merasa sakit lagi.

"Hubby takkan pernah lepaskan love walau sesaat. Sekali love jadi milik hubby dan sampai bila-bila love akan terus hubby milikki. Faham? Take it, or leave it. You will never go from my life, Iffa Irdina. Remember this until your last breath." Usai berkata sedemikian, kaki Rayyan dibawa melangkah keluar dari biliknya.

Alhamdulilah, dpt update lagi Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience