"Sya, kawan Sya tu apa namanya?" Soal Sayf.
"Jasmine Nadhira." balas syaza pendek.
Sayf terus mengikuti langkah adiknya yang bergegas hendak pulang.
"Abang hantar Sya balik ya." pelawa sayf. Dia tahu Syaza akan menolak . Tapi sangat susah untuk bicara empat mata dengan adiknya sekarang sejak dia pilih untuk keluar dari rumah papanya.
Syaza menghentikan langkahnya. Menoleh pada abang nya yang tinggi lampai.
"Takyah lah abang, dekat je hostel nya. Abang harini takde client ke meeting ke ? Kenapa sibuk kat sini?" soalnya semula.
"Jumpa adik abang sendiri salah ke? Bukan abang paksa Sya balik pun. Dah lama abang tak jumpa adik abang sorang nih" . Syaza buat muka sebal.
"Tapi Sya, abang belanja makan nak?"pujuknya lagi. Kalau ikutkan hati Syaza nak menolak ajakan abangnya. Tapi sudah lama mereka berdua tidak hang out bersama sejak dia keluar dari rumah.
Dengan lemah Syaza menggangguk. "Jomlah tapi abang belanja eh, Sya kerja biasa je" usiknya santai . Sayf tersenyum kecil melihat telatah adiknya itu. Mereka berdua berjalan menuju kereta.
"Sya, dah lama ke Sya kenal Jasmine?" soal Sayf ingin tahu. Syaza mengerutkan dahi . "Takkan abang tak ingat Nadhi?Itukan kawan Sya dari sekolah lagi.Dia menggigit bibir, berusaha keras mengingat seketul Jasmine Nadhira... Nama itu kedengaran tidak asing baginya, seperti wajah yang sering muncul sekilas tetapi tidak pernah melekat.
" Tapi kan Sya, kenapa dia cantik Sya tak cantik?" telah Sayf dengan tawa kecilnya.
"Wah , ini sudah lebih nih" balas syaza dengan cubitan kecil hinggap di lengan Sayf.
Sayf tergelak, menahan cubitan kecil Syaza yang hinggap di lengannya. ‘Eh, janganlah marah, gurau je!’ katanya sambil mengangkat tangan, pura-pura menyerah. Syaza tersenyum lebar, rasa rindunya terubat melihat Sayf tergelak riang di hadapannya. Momen-momen kecil seperti ini membuatkan dia sedar betapa dia merindui saat-saat sederhana bersama abangnya.
"Dah lama kita tak gelak macam nih kan abang." kata Syaza masih tersenyum memandang Sayf.
"Eh Sya, abang ingat dah siapa Jasmine!" jerit Sayf tiba-tiba.
Terkejut Syaza dibuatnya. "Eh perlahan lah. Nak bagi sape dengar?" dengus Syaza geram. Mana nak letak muka ni.
"Anak Puan Qaseh tu kan?" soalnya.
"Ha dia lah." jawab Syaza pendek.
Sedikit demi sedikit, kenangan mulai terangkai di fikirannya. Dia ingat, gadis itu sering muncul di sisi Syaza dengan wajah tenang, sesekali tersenyum kecil saat mereka berpapasan. Manis! Sayf tersenyum senang.
Syaza melirik abangnya kehairanan. "Buang tebiat ke senyum sorang sorang?" Syaza menepuk kasar bahu abangnya.
"Aduh, kasarnya adik abang ni. Patut lah takde orang nak" ringis Sayf sambil menggosok perlahan bahunya.
Syaza mencebik sambil tertawa kecil, tak mahu kalah. ‘Eh, abang cakap apa tu? Yang takde orang nak tu abang kot,’ balasnya dengan nada mengusik sambil tersenyum puas.
Sayf tersenyum sambil menggelengkan kepala. ‘Adik abang ni, ganas tapi manis,’ usiknya lagi, lalu disambut dengan tawa mereka yang tak pernah berhenti.
Share this novel