Bab 43

Romance Series 125055

NORA yang sudah terbukti bersalah akhirnya dibawa oleh pihak polis. Adam dan seluruh kakitangan di syarikatnya turut menarik nafas lega apabila pihak Purnama Tekstil sudah bersetuju untuk menarik kembali kes saman dan segera menutup isu yang sudah timbul sebelum ini. Keadaan di syarikat kencana Tekstil juga kembali tenang dan suasana kerja mula kembali seperti sediakala. Kini, Idayu pula bersama Adam di bilik Ketua Pegawai Eksekutif. Adam yang duduk di sofa menarik tangan Idayu perlahan-lahan untuk merapatinya. Dorongan daripada Adam itu membuatkan Idayu terduduk di riba suaminya itu. Tanpa menunggu, Adam segera memeluk erat pinggang Idayu yang sudah terduduk dipangkuannya.

"Kan abang dah cakap, tak perlu la sayang datang ke pejabat hari ni.. semua ni abang boleh selesaikan sendiri.." Adam bersuara dalam nada rendah sambil mulutnya hampir rapat ke telinga Idayu yang tertutup dengan tudung.

"Ish, ini kan pasal maruah sayang.. nama baik sayang.. sayang kena la buktikan sendiri yang sayang tak bersalah." Idayu cuba mempertahankan tindakannya.

"Setakat nak tunjuk bukti, abang pun boleh tolong buatkan.. lagipun, memang jelas Nora yang jual design tu kat Purnama Tekstil.. Sayang tu masih sakit.. jalan pun tak betul lagi.."

"Nak kata sayang cacat la ni?" Idayu menarik muka masam sambil memuncungkan bibirnya.

"Mana ada abang cakap macam tu.. abang cuma tak nak sayang susah, duk menahan sakit tu.. dah la sayang tu mengandung.. jaga la anak kita tu baik-baik.. kalau jadi apa-apa kat sayang dan anak kita, abang jugak yang susah."

"Nak jadi apanya? kan sayang datang ke pejabat je.. naik tingkat atas ni pun pakai lif.. bukan naik tangga.." Idayu cuba menenangkan Adam. Dia tahu suaminya itu terlalu mengambil berat tentang keadaan dirinya dan anak di dalam kandungan.

"Tapi abang taknak sayang ambil apa-apa risiko.. lebih baik sayang duk kat rumah je.. berehat sambil temankan mak."

"Jadi abang taknak tengok sayang kat sini la? suka kalau sayang duk jauh-jauh dari abang?"

"Bukan macam tu.. kalau sayang selalu ada depan abang macam ni, lagi abang suka.." Adam kemudian meletakkan kepalanya dibahu Idayu, seolah anak kecil yang merenggek menginginkan perhatian dan ingin dimanja.

"Ish, macam budak kecik la abang ni.." Idayu langsung tertawa dengan telatah suaminya. Seorang lelaki yang terlihat tegas dan dingin sebagai seorang majikan kini berubah seolah menjadi anak kecil di hadapan isterinya. Idayu kemudian membelai dan mengusap lembut kepala suaminya.

"Sayang.." Adam kembali mengangkat kepalanya.

"Emm?" Idayu segera melihat ke arah Adam yang masih mendakap erat pinggangnya itu. Perlahan-lahan Adam menggerakkan mulutnya untuk merapati bibir Idayu. Namun secara tiba-tiba Shakir muncul dari muka pintu bilik.

"Encik Adam.. Eh, sorry.." Shakir segera berbalik badan dan berpura-pura tidak melihat keberadaan Idayu dan Adam disana. Idayu yang terkejut dengan kehadiran Shakir pula segera menolak badan Adam, lantas bangkit berdiri dari ribaan suaminya itu.

"Shakir!" Adam bersuara sedikit keras. Idayu pula tersipu-sipu malu dan segera beredar dari bilik Adam setelah membetulkan pakaiannya. Wanita itu menundukkan wajahnya apabila berpapasan dengan Shakir di muka pintu bilik sambil menahan rasa malu. Melihatkan pemergian Idayu, Shakir segera kembali ke bilik Adam.

"Encik Adam.."

"Potong gaji kau setengah bulan!" Adam menghalakan jari telunjuknya kepada Shakir sebelum sempat setiausahanya itu berbicara. Shakir yang kebingungan segera menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil mengerutkan dahi. Padahal dia kesana disebabkan urusan kerja. Namun dia langsung tidak menyangka ketekunannya bekerja itu telah menyebabkan kemarahan majikannya. Namun dia sendiri sedar jika Adam hanya meluahkan kemarahannya itu secara gurauan. Padahal Adam sama sekali tidak bermaksud untuk memotong gaji pekerjanya itu. Menyedari dirinya sudah mengganggu hubungan romantik Adam dan Idayu sebentar tadi, Shakir hanya tersenyum terkidum-kidum sambil menggosokkan hidungnya.  

Idayu yang baru keluar dari lif pula tiba di ruang jabatan kerjanya. Sedang dia menuju ke arah bilik pejabatnya, terlihat Nadia sudah pun berdiri di hadapan muka pintu bilik Idayu. Idayu hanya tersenyum setelah melihat sahabatnya yang sudah sedia menunggunya di sana. Tanpa disangka tiba-tiba kedengaran satu suara melaung dari arah belakang Idayu.

"Hei perempuan jalang! kau nak pergi mana?!"

Semua mata yang berada di sana mula bertumpu ke arah pemilik suara yang berbahasa kasar tersebut. Idayu turut berpaling ke belakang untuk melihat gerangan individu yang menjerit itu. Rupa-rupanya pemilik suara tersebut adalah Fairuz. Sambil mengibar rambutnya yang panjang mengurai ke arah belakang, Fairuz berjalan menghampiri Idayu.

"Kau ni memang tak guna! Perempuan tak sedar diri! Dah la suka mengambil kesempatan nak goda lelaki, sekarang kau nak menjahanamkan pulak syarikat Adam ni.. Dassar perempuan sundal!" Fairuz menghamburkan kata-kata kesat kepada Idayu. Bibirnya yang merah menyala dari pemakaian gincu itu masih terkumat-kamit membisikkan sumpah seranahnya.

"Itukan Fairuz.. jutawan kosmetik yang terkenal.. Dengar kata, dia je perempuan yang rapat dengan Encik Adam.." Salah seorang pekerja di sana mula berbisik kepada rakannya.

"Tapi kenapa dia datang serang Ayu? Ke Ayu ada skandal dengan Encik Adam?" Pekerja yang lain pula membalas bisikan sesama mereka.

"Ni mesti sebab kes plagiat yang duk viral sekarang ni.. kan nama Ayu terpalit sampai merosakkan reputasi syarikat.. mesti la dia marah.. dia kan girlfriend Encik Adam.."

"Awak ni dah kenapa?" Idayu bertanya kepada Fairuz yang kini berdiri di hadapannya. Melihatkan keadaan tersebut, Nadia segera bergegas mendekati Idayu.

"Kau tak payah nak pura-pura buat tak tahu! Selama ni kau goda Adam.. kau nak kikis harta dia! Sekarang kau sengaja plagiat karya syarikat lain untuk menjatuhkan syarikat Adam ni.. Ni mesti sebab kau kecewa kan? sebab Adam tak layan kau.." Fairuz terus menyerang Idayu dengan hamburan kata-kata. Idayu menarik nafas dalam setelah mendengar penghinaan yang diberikan terhadapnya.

"Tolong, jangan duk buat fitnah macam tu.. Kalau ada apa yang awak tak puas hati, kita boleh bincang elok-elok." Idayu masih mengawal emosi dan nada suaranya.

"Fitnah? Kau ingat aku tak tahu, selama ni kau duk goda Adam.. hei perempuan sial! Dulu kau jadi pembantu Adam, kau ambil kesempatan duk goda dia.. kau ingat aku buta? Sebab meluat tengok muka kau la, Adam tukar kau kat jabatan lain.. perempuan murahan macam kau ni, kau ingat Adam akan tertarik? Adam masih tak buang kau dari syarikat ni,itu pun dah cukup baik.. tapi kau masih tak nak terima hakikat. Sampai sanggup buat plagiat untuk musnahkan usaha Adam selama ni."

"Wah, tak sangka Ayu yang nampak lembut, sopan selama ni buat perangai macam tu.. suka goda lelaki rupanya.. goda majikan sendiri.." Kedengaran suara bisikan daripada para pekerja di sana.

"Cukup! hentikan fitnah ni! Isu plagiat pun sudah selesai.. dah terbukti saya tak bersalah.. Encik Adam sendiri yang umumkan dan dalang sebenar pun dah ditangkap." Idayu ingin membela dirinya daripada tuduhan liar yang dilemparkan.

"Itu sebab kau dah racun fikiran Adam! Kau pujuk rayu dia supaya dia percaya kat kau dan jadikan orang lain sebagai kambing hitam.. Kau yang hasut Adam supaya percaya kau tak bersalah!" Fairuz yang penuh beremosi segera melayangkan satu tamparan ke wajah Idayu. Wanita itu kemudian menyambar kepala Idayu dengan mencengkam rambut Idayu yang terlindung disebalik tudung yang dipakainya. Fairuz menarik rambut Idayu Idayu dengan kasar sehingga Idayu menjerit nyaring.

"Cukup! Hentikan!" Nadia cuba membantu Idayu dengan memegang tangan Fairuz. Wanita itu sedaya upaya menarik tangan Fairuz agar melepaskan cengkamannya ke rambut Idayu. Namun kekuatan Nadia itu masih belum cukup untuk mengalahkan Fairuz yang sedang menggila. Idayu yang kesakitan pula tidak mampu melawan kembali disebabkan dirinya masih lemah dan sakit akibat kecederaan semasa kemalangan beberapa hari yang lalu. Setelah menarik dan menggoncangkan kepala Idayu dengan kasar sehingga kedudukan mereka berpusing beberapa kali, Fairuz akhirnya menolak Idayu dengan keras sehingga wanita itu terlanggar meja dan rebah ke lantai. Idayu segera mengerang kesakitan sambil mukanya berkerut seribu.

"Ayu!" Nadia segera mendapatkan Idayu yang terduduk dilantai.

"Mampus kau! betina sundal!" Fairuz yang belum berpuas hati masih meneruskan serangannya ke atas Idayu dengan menghayunkan tas tangannya berulang kali ke arah Idayu. Melihatkan sikap aggresif Fairuz, Nadia segera menahan serangan daripada tas tangan itu dengan badannya daripada mengenai Idayu.

"Berhenti!" Tanpa disangka, Adam tiba-tiba muncul di sana bersama setiausahanya, Shakir. Fairuz yang sedang rakus menyerang seolah hilang kewarasan sehingga tidak menyedari kehadiran Adam di sana. Dia masih lagi meneruskan serangannya dengan menghayunkan tas tangan berjenama miliknya. Melihatkan keadaan tersebut, Adam segera menghentikan Fairuz dengan menahan tangan wanita tersebut. Satu tamparan daripada Adam langsung singgah ke pipi Fairuz sehingga membuatkan wanita itu terundur ke belakang beberapa langkah.

"Ayu.." Adam menyampingkan Nadia dari sisi Idayu dan segera membantu isterinya itu untuk kembali berdiri. Nadia mula terpegun. Dia tidak menyangka majikan mereka itu terlalu memberi perhatian kepada Idayu. Dia mula terfikir, mungkinkah ucapan Fairuz tadi ada benarnya? Mungkinkah Idayu sebenarnya sudah menggoda majikan mereka?

"Ayu, awak tak apa-apa?" Adam bertanya sambil memapah isterinya itu.

"Adam.. jangan terpedaya dengan perempuan tu.." Fairuz cuba memujuk Adam agar memihak kepadanya.

"Kalau jadi apa-apa kat dia dan anak dalam kandungan dia, aku takkan lepaskan kau.." Adam mula bersuara, memberikan ancaman kepada Fairuz. Semua yang berada disitu tersentak.

"Ayu mengandung? Tapi dia dah kahwin ke? Macam mana Encik Adam boleh tahu Ayu hamil?" Beberapa persoalan mula muncul dikalangan para pekerja di sana.

"Adam, jangan percaya dengan cerita rekaan dia.. dia sengaja nak dekati awak untuk dapatkan duit awak je.. dia hasut awak supaya percaya yang dia tak bersalah pasal plagiat tu.. dia sengaja nak jahanamkan syarikat awak.." Fairuz masih cuba memujuk Adam. Tapak tangan kanannya pula masih memegang pipi kerana menahan pedih, kesan daripada tamparan Adam sebentar tadi.

"Kenapa aku tak boleh nak percaya kat dia? Pasal design tu, aku sendiri tengok dia hasilkan dari awal draft lagi.. kalau dia nak duit aku pun, aku akan beri semua harta aku kat dia.. apa masalahnya?"

"Tapi.. dia bukan sesiapa.. dia hanya pisau cukur.. dia nak pergunakan awak je.. nak hancurkan hidup awak dan syarikat awak.." Fairuz masih ingin menuduh.

"Seluruh hidup aku pun aku dah serahkan kat dia.. dia isteri aku! jadi aku akan percayakan dia sepenuhnya.. tak mungkin dia nak jahanamkan syarikat tempat dia bekerja, syarikat suami dia sendiri!" Adam mula mengeraskan suaranya dan mengakui jika Idayu adalah isterinya. Pengakuan Adam itu serta merta membuatkan seluruh isi pejabat menjadi terkejut. Idayu pula hanya menundukkan pandangan wajahnya. Dia tidak menyangka jika Adam akan berterus-terang mengumumkan hubungan mereka kepada semua orang.

"Aa..apa? tak..tak mungkin.." Fairuz masih tidak mempercayai ucapan Adam yang didengarinya sebentar tadi.

"Apa yang tak mungkin? Aku dah kahwin lama dengan Idayu.. sebelum dia jadi pembantu peribadi aku lagi.. dan sekarang, dia sedang mengandungkan anak aku dalam perut dia.. aku nak ingatkan sekali lagi, kalau jadi apa-apa kat anak dalam kandungan ayu ni, kau akan terima akibatnya.."

"Dia.. dia tak layak bersama awak! habis tu, saya ni macam mana? Adam! tolong sedar.. dia hanya perempuan murahan, perempuan miskin.. tak layak untuk jadi isteri awak.."

"Siapa cakap anak aku tak layak?"

Bergema satu suara yang tiba-tiba mencelah. Semua orang yang terkejut dengan pengumuman Adam sebentar tadi kini dikejutkan sekali lagi dengan kemunculan seorang wanita yang berpakaian mewah dan rapi. Maizura yang memakai kaca mata hitam kelihatan berjalan dengan penuh bergaya, menuju ke arah Adam dan Idayu.

"Dato' Seri?" Idayu kebingungan sambil menatap ke arah Maizura.

"Mama.." Adam turut terkejut dengan kemunculan Maizura disana.

"Siapa cakap anak aku tak layak jadi isteri Adam? Pewaris kepada syarikat ELBY tak layak untuk jadi isteri CEO Kencana Tekstil?" Maizura bersuara sambil melepaskan kaca mata hitam yang dipakainya. Penampilan yang megah dan sombong jelas terpapar dari gerak tubuh wanita yang menjadi pemilik kepada syarikat tekstil terbesar itu. Kini semua orang semakin pegun dan terkaku lidah mereka.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2025-01-09 12:07:05 

tk sis update seronok baca dan dapat ambil pengajaran daripada kisah kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran

Mythic 20 Ronaldojr7
2025-01-07 18:24:33 

xsabar nak tgk keadaan.......


NovelPlus Premium

The best ads free experience