SATU fail dihulurkan oleh Maizura kepada Adam. Adam hanya menyambut pemberian ibu mentuanya itu dengan penuh tanda tanya yang bermain di dalam fikiran.
"Apa ni?" Adam bertanya kepada Maizura.
"Itu adalah laporan hasil ujian DNA yang baru keluar.. terbukti Ayu adalah anak kandung mama.." Maizura tersenyum gembira sambil menatap ke arah Idayu. Idayu pula tergamam sehingga tidak mampu mengeluarkan sepatah kata. Adam tanpa membuang masa segera membuka fail yang diberikan kepadanya seraya membaca isi kandungan di dalam fail tersebut.
"99.99% sepadan.." Adam membaca dengan tenang. Dia tidak terlalu terkejut dengan hasil ujian tersebut memandangkan dia telah pun mengetahui hal itu sebelumnya. Semua orang yang berada di ruang pejabat terdiam kaku mendengar penjelasan Maizura yang mengaku Idayu sebagai anaknya.
"Tak.. tak mungkin.. habis tu.. mak.. tidak.. tidak.." Idayu menggelengkan kepala sambil bergetar suaranya. Dia masih tidak mampu untuk menerima hakikat yang dinyatakan sebentar tadi. Melihat ekspresi Idayu yang masih tidak mampu untuk menerima kenyataan tersebut, Adam segera memeluk isterinya itu.
"Sabar sayang.. semua tu benar.. abang dan mak pun dah tahu pasal ni.." Adam berbisik lembut untuk menenangkan Idayu.
"Abang dan mak dah tahu? tapi.. tapi kenapa tak bagitau?" Getus Idayu.
"Masa kat hospital tu, sayangkan masih tak sedarkan diri.. sekarang pun sayang masih sakit.. kami taknak hal ni ganggu fikiran sayang.. kami fikir, lepas sayang dah sihat, baru kami nak bagitahu.." Adam memberikan penjelasan. Sedetik kemudian, Idayu mula teringatkan ibunya, Zaiton. Semalam ibunya termenung dan menangis tanpa diketahui puncanya. Malah Zaiton juga beria-ia menangis, memohon agar Idayu tidak meninggalkan dirinya. Sekarang barulah Idayu mengerti. Ibunya itu sebenarnya risau jika Idayu meninggalkan dirinya setelah Idayu mengetahui hakikat bahawa Zaiton bukanlah ibu kandungnya. Idayu mula diselimuti rasa kecewa dan bersalah. Namun dia sedar, seberapa kecewa dirinya sekarang, namun kekecewaan Zaiton pastilah lebih besar. Setidaknya, Idayu masih memiliki Adam sebagai suaminya dan Maizura yang merupakan ibu kandungnya. Namun Zaiton yang menjadi ibunya itu kini pasti mengalami kekecewaan yang maha hebat. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa di dalam hidupnya. Idayu sedar, jika dia hanya ingin menurut rasa kecewanya sekarang, maka Zaiton pasti akan lebih bersedih. Di dalam kes ini, tiada sesiapa pun yang bersalah. Semuanya adalah tragedi yang tidak diinginkan. Memikirkan keadaan Zaiton, Idayu tidak tegar untuk membiarkan ibunya itu menjadi lebih sedih. Dia perlu menerima kenyataan dan berdamai dengan takdir. Malah dia sepatutnya bersyukur kerana dipertemukan semula dengan ibu kandungnya. Ya, dia perlu menerima hakikat agar semua orang dapat hidup dengan aman dan gembira.
Idayu kemudian berkalih pandang ke arah Maizura. Paras ibu kandungnya itu terlihat sayu. Wanita itu seolah tidak memaksa untuk Idayu menerima kehadirannya namun raut wajah wanita tua itu jelas memancarkan rasa rindu dan kasih kepada Idayu. Idayu tidak mampu lagi menahan sebaknya lantas meluru ke arah Maizura dan memeluknya.
"Mama.." Idayu mula menangis di dalam dakapan ibu kandungnya.
"Ya sayang.. Mama dah lama rindu nak dengar anak mama memanggil mama.." Maizura yang turut menangis mula memeluk erat Idayu di pangkuannya. Semua orang yang menyaksikan kejadian tersebut mula terharu dan turut menahan sebak. Penyatuan semula antara seorang ibu dan anak itu benar-benar menyentuh perasaan mereka. Manakala disaat yang sama, Fairuz pula sudah rebah terjelepok di lantai. Dia sama sekali tidak menyangka jika Idayu adalah anak kepada pemilik syarikat ELBY. Puteri orang terkaya di dalam bidang tesktil negara. Dia benar-benar kalah kepada Idayu yang selalu diremehkannya itu. Baik dalam tujuan memiliki Adam, mahupun dari segi kekayaan, dia tetap tewas kepada Idayu. Kejadian hari ini benar-benar menjadi satu tamparan hebat kepadanya.
SETELAH selesai, semuanya mulai bersurai. Hari ini, sungguh begitu banyak kejadian tak tersangka yang telah berlaku di pejabat. Setiap pekerja di Kencana tekstil, masing-masing menyebutkan isu yang telah berlaku di antara sesama mereka. Bahkan kejadian itu menjadi buah mulut sehingga ke luar syarikat. Bermula dari kejadian Nora ditangkap kerana menjerat Idayu di dalam isu plagiat, suasana di Kencana Tekstil kecoh pula dengan tindakan Fairuz yang menyerang Idayu. Lebih mengejutkan apabila Adam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang merangkap pemilik syarikat turut mengakui Idayu sebagai isterinya, malah kemunculan Dato' Seri Maizura sebagai pemilik syarikat ELBY pula mengaku Idayu sebagai anak kandungnya. Sosok Idayu yang kurang dikenali di syarikat selama ini kini menjadi bualan orang ramai dalam satu hari dengan pelbagai isu.
Setelah menceritakan kisah sebenar yang terjadi disaat kelahirannya pada 28 tahun yang lalu berserta kejadian di hospital beberapa hari yang lalu kepada Idayu, Maizura beralih pula perbincangannya bersama Adam mengenai projek kerjasama diantara syarikat mereka sebelum ini. Idayu yang sudah tenang dan berdamai dengan takdirnya pula di datangi Nadia, selaku sahabat baiknya di pejabat.
"Ayu.. tak sangka, dalam diam-diam, rupa-rupanya kau adalah isteri Encik Adam selama ni.." Nadia menegur Idayu.
"Ish, bukan lama mana pun., baru berapa bulan je.."
"Tapi.. paling tak sangka, kau sebenarnya anak Dato' Seri Maizura.. pewaris syarikat ELBY.. syarikat tekstil nombor satu dalam negara.."
"Emm.. entah la Nad.. aku sendiri pun baru tahu hari ni.. aku sendiri pun masih tak percaya lagi, Dato' Seri tu mak aku.."
"Ish, tak baik kau cakap macam tu.. apa pun, dia tetap ibu kandung kau.. hasil DNA dah membuktikan.."
"Ya.. aku bukan taknak mengaku dia mak aku.. cuma aku sendiri pun masih terkejut dan rasa macam tak percaya.. Padahal mak yang aku kenal selama ni, mak aku kat rumah tu je.. Kalau bukan sebab kes aku kemalangan baru ni, memang takde siapa tahu kalau ayah aku dulu tertukar bayi masa nak selamatkan diri dari kebakaran."
"Syukurlah, Allah bagi kau panjang umur.. masih hidup sihat sampai sekarang.." Nadia cuba menghiburkan sahabatnya. Idayu pula cuma tersenyum kelat. Dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk menghadapi situasi sekarang dan masa mendatang. Idayu cuma tahu, Zaiton pasti sangat sedih setelah mengetahui bahawa dirinya bukanlah anak kandung ibunya itu. Idayu sama sekali tidak ingin membuat ibunya itu menjadi sedih dan merasa terpinggir. Dia hanya berharap ibunya itu akan sentiasa sihat dan bahagia.
"Emm.. Ayu.." Nadia teragak-agak untuk berbicara.
"Kenapa?"
"Aku.. emm.. rasa segan la.. aku rasa.. aku.. macam tak layak je.. untuk jadi kawan kau.." Nadia meluahkan perasaan.
"Eh, kenapa pulak? Aku ada buat salah apa-apa kat kau ke Nad?" Idayu mula menggelabah.
"Bukan.. bukan macam tu.. kau takde buat salah apa pun.. tapi aku.. ye la.. aku ni orang biasa je.. pekerja biasa je kat syarikat ni.. tapi kau.. kau isteri CEO.. anak CEO ELBY lagi.."
"Nadia! Aku tetap diri aku je macam sebelum ni.. Kau selamanya akan jadi kawan aku.. kawan terbaik aku.. aku pun pekerja biasa macam kau je kat syarikat ni.. kau jangan nak membeza-bezakan antara kita.. jangan meletakkan pangkat atau darjat dalam perhubungan.. dalam hubungan, takdenya perbezaan atau penghalang.. yang penting keikhlasan kita.. kau jangan anggap aku sebagai orang lain hanya kerana suami dan mak aku.. aku tetap Idayu yang kau kenal dulu." Idayu menangkis pemikiran Nadia yang sangat merendah diri.
"Emm.." Nadia mengangguk sambil tersenyum. Dia begitu bangga dengan Idayu yang bersikap terbuka dan tetap merendah diri walaupun memiliki hubungan dengan golongan elit.
"28 tahun aku membesar dalam keluarga sederhana dan pernah merasa hidup susah.. Pembentukan diri aku selama 28 tahun sebagai anak orang susah takkan hilang begitu sahaja hanya kerana berhubungan dengan orang kaya dan berharta. Aku kena sentiasa sedar diri.. kalau aku sombong atau lupa diri, aku harap kau sudi tegur dan betulkan aku Nad.." Idayu memohon pengharapan kepada temannya itu agar dirinya sentiasa menjadi manusia yang bersyukur.
"Baiklah Ayu.. tapi.." Nadia sepertinya masih mempunyai keraguan untuk meluahkan apa yang sedang bermain di fikirannya.
"Tapi apa lagi? Bagitau aku cepat.." Idayu mula memaksa. Dia tidak ingin sahabatnya itu menyimpan apa-apa keraguan mengenai dirinya.
"Emm.. aku.. aku nak minta maaf.." Nadia masih tersekat-sekat suaranya.
"Hah, minta maaf untuk apa pulak?"
"Itu.. selama ni.. aku.. aku.. aku kan duk cakap.. Encik Adam tu geng kunyit.. tapi.. aku tak maksudkannya pun.. itu.. orang lain yang cakap dulu.. aku ikut je.. aku minta maaf okey.. kau.. kau jangan pulak cakap kat Encik Adam pasal ni.. nanti mati la aku.. aku minta maaf.. aku tak tahu pun dia tu suami kau.." Nadia meluahkan kerisauannya. Mendengarkan ucapan Nadia, Idayu segera ketawa terbahak-bahak.
"Dah la.. tak payah duk risau la pasal tu.. aku dulu pun macam kau jugak Nad.. tapi sekarang kau kena yakin la, dia bukan suka kunyit.. dia lelaki normal okey.." Idayu cuba menghilangkan kegusaran sahabatnya itu. Sambil menggosok perutnya, Idayu meneruskan ucapannya.
"Kalau kunyit, takkan la anak dia ada dalam kandungan aku sekarang." Idayu tersenyum bahagia.
"Wah, aku akan jadi makcik la tak lama lagi.. dah berapa bulan Ayu?" Nadia turut gembira dengan kehamilan Idayu.
"Emm..baru sebulan."
"Semoga semuanya berjalan lancar dan kau akan lahirkan anak yang sihat dan comel.. macam mak dia.." Nadia masih tersenyum lebar sambil menatap wajah Idayu.
Share this novel
macam mana chapter berikutnya?